Read Microsoft Word - AEON Balance Transfer _TCs_ BM.doc text version

Terma & Syarat Pemindahan Baki Versi Bahasa Malaysia 1. Semua pemegang-pemegang Kad (Kad-Kad) Kredit AEON sedia ada dan baru ("Ahli Kad") boleh memohon untuk memindahkan baki tertunggak [termasuk prinsipal, faedah terakru, caj kewangan dan caj-caj lain seperti yang ditunjukkan dalam penyata (penyata-penyata) Kad Kredit terkini] ("Baki Tertunggak") dari akaun (akaun-akaun) kad berhubungan dengan mana-mana kad (kad-kad) kredit lain yang dipegang oleh mereka (kecuali Kad Kredit AEON) ["Akaun (akaun-akaun) Kad lain] ke mana-mana akaun Kad Kredit AEON yang dipegang atas nama mereka ("Akaun Kad Kredit AEON ") tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini. 2. Pemindahan Baki ("Program") hanya terbuka kepada Ahli Kad Utama kad kredit yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan Malaysia dalam Ringgit Malaysia. 3. (A) Amaun pemindahan baki minimum yang tersedia:Pelan 6 bulan ­ RM1,000.00 (B) Caj Kewangan Khas adalah sah dari tarikh pengiriman ("Tarikh Pengiriman") untuk tempoh:6 bulan pada 0% Menjelang tempoh tamat Caj Kewangan Khas untuk pelan 6 bulan, satu caj kewangan normal akan dikira atas dasar seharian yang akan dikenakan sehingga tarikh pembayaran-balik sepenuhnya berdasarkan Struktur Kadar Faedah Bertingkat di bawah: Kategori Tingkat 1 Tingkat 2 Tingkat 3 Pengkategorian Ahli Kad Ahli Kad yang membuat bayaran minimum perlu dibayar dalam 12 bulan berturut-turut. Ahli Kad yang membuat bayaran amaun minimum perlu dibayar untuk 10 bulan atau lebih dalam kitaran 12 bulan. Ahli Kad yang TIDAK tergolong dalam Kategori Tingkat 1 & Tingkat 2. Kadar Kewangan (%) 13.5% setahun 16% setahun 17.5% setahun

4. Bagi setiap permohonan di bawah Program ini, Ahli (ahli-ahli) Kad boleh memohon untuk memindahkan baki tertunggak (termasuk prinsipal, faedah terakru, caj kewangan dan caj-caj lain seperti yang ditunjukkan dalam penyata (penyata-penyata) terkini akaun berkenaan dari akaun-akaun kad kredit lain ("Baki Tertunggak") yang dipegang oleh Ahli Kad dengan bank (bank-bank) lain ("Akaun Kad Kredit") ke Kad Kredit AEON ("Akaun Kad Kredit AEON"). 5. Bagi setiap pemindahan baki di bawah Program ini, bayaran ansuran bulanan dikira sebagai jumlah keseluruhan amaun yang dipindah ditambah dengan faedah ke atas amaun pemindahan kemudian dibahagi oleh bilangan bulan dalam tempoh bayaran ansuran. Kadar faedah ditetapkan pada 0% setahun untuk tempoh bayaran ansuran 6 bulan. Bayaran ansuran bulanan berkenaan akan membentuk sebahagian daripada bayaran minimum tertentu Ahli Kad seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad Kredit AEON. 6. Ahli Kad dikehendaki untuk membuat satu bayaran minimum sebanyak 5% daripada bayaran ansuran bulanan untuk akaun (akaun-akaun) pemindahan baki. Sekiranya Ahli Kad membayar satu amaun yang kurang daripada amaun bayaran ansuran bulanan tetap atau gagal untuk membayar amaun minimum bayaran ansuran bulanan sebanyak 5% daripada bayaran ansuran bulanan pada tarikh akhir bayaran seperti yang dinyatakan dalam penyata pembayaran atau jika bayaran tidak diterima oleh AEON Credit sepenuhnya atau sebelum tarikh akhir bayaran seperti yang ternyata dalam penyata berkenaan, maka caj kewangan semasa (Struktur Kadar Faedah Bertingkat) akan dikenakan ke atas baki tertunggak untuk amaun bayaran ansuran bulanan dari tarikh tamat tempoh sehingga tarikh penjelasan sepenuhnya. 7. Amaun minimum baki tertunggak yang boleh dipindah adalah RM1,000 untuk setiap pelan dan sehingga maksimum 80% daripada had kad kredit AEON tersedia ditolak sebarang amaun yang telah digunakan. 8. Bayaran Pemindahan Baki ke bank-bank yang lain biasanya akan dilakukan dalam 15 hari perniagaan dari tarikh kelulusan setiap permohonan. 9. Sekiranya permohonan diluluskan, surat pemberitahuan akan dikirimkan kepada Ahli Kad untuk memaklumkan beliau tentang kelulusan permohonan. Bayaran kepada Akaun (akaun-akaun) Kad Lain oleh AEON Credit akan dibuat dalam cara yang dinyatakan di bawah. 10. Sebaik amaun Baki Tertunggak tertentu yang bakal dipindah telah diluluskan, satu amaun sewajarnya dalam had kad kredit tersedia Ahli Kad akan dirizab untuk matlamat ini dan tidak akan diperuntukkan kepada Ahli Kad sehingga Baki Tertunggak berkenaan dijelaskan. Pada Tarikh Pengiriman, amaun tertentu ini akan digunakan dan caj kewangan akan dikenakan selepas ini. 11. Meskipun tarikh Program Pemindahan Baki berkuatkuasa, tarikh tamat tempoh bayaran untuk Program Pemindahan Baki adalah mengikut tarikh tamat tempoh bayaran untuk Akaun AEON Credit. 12. Selepas permohonan diluluskan, AEON Credit akan mendebitkan Akaun pemindahan baki Ahli Kad dengan bayaran ansuran bulanan yang kena dibayar, sepanjang tempoh Program Pemindahan Baki untuk 6 bulan. 13. Sehingga pemberitahuan kelulusan diterima, Ahli Kad tetap dipertanggungjawabkan untuk meneruskan pembayaran kepada Akaun (akaun-akaun) Kad Lain menurut terma berkenaan. AEON Credit tidak akan bertanggungjawab untuk faedah atas sebarang bayaran lewat atau apa-apa caj kewangan atau caj lain yang dikenakan berikutan kegagalan atau kelewatan Ahli Kad dan/atau AEON Credit untuk membuat pembayaran sebelum atau selepas Tarikh Pengiriman. 14. Tanpa prasangka kepada peruntukan Klausa 15 di atas, AEON Credit merizab hak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa memberi sebarang sebab. Dalam sifat yang sama, AEON Credit mempunyai hak mutlak untuk meluluskan dan memindah hanya sebahagian daripada amaun yang dimohon (oleh Ahli Kad) tanpa notis terlebih dahulu dan persetujuan daripada Ahli Kad. 15. AEON merizab hak untuk mengubah kadar faedah yang ditawarkan ke kadar biasa (Struktur Kadar Faedah Bertingkat) jika Ahli Kad gagal membuat bayaran bulanan minimum yang dikehendaki, seperti yang dinyatakan di sini.

16. Jika Akaun Kad Kredit AEON Ahli Kad ditamatkan atas sebarang sebab, Ahli Kad dikehendaki untuk menjelaskan segala baki perlu dibayar di bawah Program Pemindahan Baki menjelang penamatan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan caj kewangan semasa (Struktur Kadar Faedah Bertingkat) dikenakan ke atas baki tertunggak termasuk baki prinsipal dan faedah terakru. 17. Ahli Kad telah meneliti dan memahami maklumat serta terma dan syarat Program Pemindahan Baki yang terkandung di sini. Terma dan syarat ini merupakan tambahan kepada Kad Kredit AEON ("Perjanjian Ahli Kad") yang mengawal peruntukan kemudahan kad kredit oleh AEON Credit. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat ini dan Perjanjian tersebut, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai selagi tertakluk kepada Program Pemindahan Baki. 18. Meskipun rangkaian kadar faedah efektif sepertimana yang dinyatakan atau apa-apa maklumat yang terkandung di sini atau dalam mana-mana borang permohonan, AEON Credit berhak untuk mengubah kadar faedah (Struktur Kadar Faedah Bertingkat) pada bila-bila masa berdasarkan penilaian AEON Credit atau peninjauan perilakuan kredit Ahli Kad dari semasa ke semasa, sama ada berhubung segala pinjaman Ahli Kad, sama ada perseorangan atau bersama dan sama ada dari AEON Credit atau mana-mana pihak. Peninjauan tersebut oleh AEON Credit dan keputusan (keputusan-keputusan)nya untuk mengubah kadar faedah adalah muktamat dan AEON Credit tidak akan dipertanggungjawabkan untuk memberi sebarang sebab untuk perubahan berkenaan. 19. Ungkapan yang ditera dalam Terma dan Syarat ini akan, kecuali jika konteks mewajibkan sebaliknya, mempunyai maksud yang sama dengan apa yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad Kredit Ahli Kad, rujuk kepada Klausa 18 di atas. 20. AEON Credit merizab hak untuk mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis secara bertulis terlebih dahulu kepada Ahli Kad dan perubahan tersebut mengikat Ahli Kad meskipun Ahli Kad mungkin tidak menerima notis bertulis. 21. Terma dan Syarat ini akan dikawal dan diertikan mengikut perundangan Malaysia. 22. Sekiranya berlaku perbezaan antara terma dan syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dalam perbezaan berkenaan.

Information

Microsoft Word - AEON Balance Transfer _TCs_ BM.doc

2 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

11290


You might also be interested in

BETA
FAQCP204
Layout 1
Microsoft Word - AEON Balance Transfer _TCs_ BM.doc
untitled