Read Microsoft Word - Document2 text version

From: Norzam A. Hamid Sent: Tuesday, December 21, 2010 5:22 PM To: AGC Group Subject: Pengesahan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Melalui Sistem HRMIS

Ruj : PN. BPA 152/323/4/5-1 Jld 2 (53) Tarikh : 21 Disember 2010

Semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Peguam Negara Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/ Puan, PENGESAHAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) TAHUN 2010 ANGGOTA JPN SECARA ELEKTRONIK (e-SKT) MELALUI SISTEM HRMIS Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa dari semakan Unit HRMIS, Seksyen Sumber Manusia JPN, didapati peratus kemasukan maklumat berdasarkan e-SKT anggota JPN (ibu pejabat dan semua Negeri) untuk tahun 2010 sehingga 14 Disember 2010 masih lagi rendah iaitu 56.9%. Antara faktor peratus yang rendah adalah berpunca dari sistem yang sangat perlahan dan sering terganggu, di samping penggunaan modul e-SKT dan e-LNPT HRMIS yang mendadak atas arahan Kerajaan/JPA supaya semua penjawat awam mula menggunakan e-SKT dan e-LNPT untuk kali pertamanya pada tahun 2010 ini. 3. Pada masa kini gangguan ke atas sistem e-SKT yang dialami oleh JPN turut berlaku di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Peratus rendah ini juga berlaku oleh kerana tindakan kemasukan dan pengemaskinian e-SKT 2010 oleh anggota JPN masih rendah dan wajar dipertingkatkan kadar awal mulai sekarang. Ini bertujuan supaya pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara elektronik, e-LNPT dan eSKT 2010 kelak di JPN dapat dijalankan secara elektronik dan manual serentak, sekali gus pencapaian KPI Peguam Negara dan SSR JPN dapat ditambahbaiki. 4. Emel ini turut dikeluarkan berikutan pihak JPA telah menambahbaiki URL HRMIS seperti berikut ­ i) ii) http://hrmis.eghrmis.gov.my atau http://hrmis.eghrmis.gov.my/myhrmis

5. Oleh yang demikian bagi terus meningkatkan peratus pencapaian e-SKT yang disemak dan disahkan, setiap Pegawai Yang Dinilai (PYD) dipohon menghantar semula e-SKT masingmasing kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) setiap kali berlaku perubahan/pengemaskinian SKT dan turut memaklumkan PPP. PPP pula diminta membuat semakan ke atas SKT PYD masingmasing secara berterusan untuk membuat pengesahan. Tindakan ini perlu dilaksanakan pada atau sebelum 27 Disember 2010 bagi memastikan KPI HRMIS iaitu KPI kepada Peguam Negara mencapai sasaran. 6. Emel ini boleh diakses di Portal AGC/Maklumat Terkini. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Zaharah Othman (e-mel : [email protected], tel : 8872 2205) dan Puan Amelia Naidu @ Kaur (e-mel: [email protected], tel : 8872 2199)

7. Perhatian dan kerjasama Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/ Puan berkenaan perkara ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

t.t.

(NORSHAM BINTI RAHIN) Pengarah Bahagian Pengurusan b.p: Peguam Negara Malaysia

Tel: 03-88722110 E-mel : [email protected]

Information

Microsoft Word - Document2

2 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

561322


You might also be interested in

BETA
Microsoft Word - Document2