Read Microsoft Word - PANDUAN PENJAGAAN PC.doc text version

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK

31 Mac 2009 JABATAN PEGUAM NEGARA

1 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK .............................................................................................................................................................................. 3 PENDAHULUAN ............................................................................................................................................................... 3 A. 1. 1.1 1.2 1.3 1.4 2. B. C. PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI ......................................................................................... 4 PERKAKASAN ........................................................................................................................................................ 4 MONITOR ...........................................................................................................................................................4 CPU ......................................................................................................................................................................5 PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) DAN TETIKUS (MOUSE) .......................................................................6 BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY) ..........................................................................................................8 PERISIAN ................................................................................................................................................................9 PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER RIBA ............................................................................................... 15 PANDUAN PENJAGAAN PENCETAK ........................................................................................................... 16

2 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK

PENDAHULUAN Penjagaan perkakasan ICT selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Namun begitu, penyelenggaraan ringkas dan penjagaan yang betul penting bagi menyelamatkan sistem dari kerosakan serius dan memastikan jangka hayat perkakasan yang lebih panjang. Sehubungan itu, panduan ini disediakan untuk membantu pengguna dalam aspek penjagaan perkakasan ICT yang dibekalkan. Bagi aspek keselamatan pula, pengguna boleh merujuk Garis Panduan Keselamatan Pejabat Jabatan Peguam Negara yang terdapat dalam Laman Web Jabatan. Di samping itu, ia turut menyediakan panduan penggunaan

perkakasan yang betul dari aspek kesihatan. Panduan ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian, iaitu Panduan Penjagaan Komputer Peribadi, Panduan Penjagaan Komputer Riba dan Panduan Penjagaan Pencetak.

3 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

A. 1. 1.1

·

PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI

PERKAKASAN MONITOR Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.

Gambar rajah 1

Gambar rajah 2

Gambar rajah 3 Gambarajah 1, 2 dan 3 menunjukkan ruangan udara bagi monitor yang tertutup menghalang proses aliran

Gambar rajah 4 Gambar rajah 4 menunjukkan

ruangan udara bagi pencetak yang tertutup.

udara keluar masuk.

·

Jarakkan monitor dan dinding sebanyak 20 cm untuk laluan udara.

4 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

1.2

·

CPU Dapatkan sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding untuk laluan udara.

Gambar rajah 5 Gambar rajah 5 menunjukkan ruangan antara CPU dan dinding kurang dari jarak yang sepatutnya.

·

Pastikan CPU jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi komputer.

·

Letakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari pancaran matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.

5 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

·

Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.

·

Susun kabel-kabel dalam CPU agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.

1.3 ·

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) DAN TETIKUS (MOUSE) Merupakan perkakasan luar yang paling banyak bergerak dan mudah rosak.

·

Papan Kekunci - Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil serta gunakan cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.

Gambar rajah 6 Gambar rajah 6 menunjukkan Gambar

Gambar rajah 7 rajah 7 menunjukkan

penggunaan

berus

bagi penggunaan kain bagi membersihkan papan kekunci.

membersihkan papan kekunci.

6 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

Gambar rajah 8 · Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer. Air minum yang tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan takungan air di dalamnya dan merosakkan papan kekunci (rujuk Gambar rajah 8).

·

Tetikus - Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan, keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD. Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus dan cuci pada tetikus dengan kain lembap.

Gambar rajah 9 Gambar rajah 10 Gambar rajah 9 dan 10 menunjukkan cara membuka penutup tetikus mengikut anah panah secara lawan arah jam. 7 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

Gambar rajah 11 Penutup tetikus yang telah dibuka.

Gambar rajah 12 Ruangan dalam tetikus yang perlu dibersihkan secara berkala.

1.4

·

BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY) Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan di laluan udara B (rujuk Gambar rajah 13). Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.

·

Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah udara masuk di bahagian B.

·

Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan kuasa tidak dihalang.

8 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

Gambar rajah 13 · Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabil seperti berikut: a) Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding. b) Bekalan elektrik terlalu rendah menyebabkan komputer sering restart. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply atau Voltage Stabilizer) boleh menapis kebisingan dan menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, UPS dapat menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Oleh itu, untuk menutup komputer, pengguna perlu melakukan Shut Down yang sempurna.

2. PERISIAN · Simpan atau download semua driver serta manual yang dibekalkan kerana sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula 9 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

dengan mudah. Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras atau USB.

·

Pastikan PC dipasang dengan program anti-virus dan sentiasa dikemas kini (update). Jalankan checkdisk dan scandisk setiap minggu atau bila disyakki sistem terganggu. Buat defragment pada cakera keras (hard disk) setiap minggu atau sebulan sekali. Tujuannya supaya sistem tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau fail.

·

Hapus (delete) fail yang tidak perlu. Fail-fail yang tidak perlu ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk, fail-fail log dan fail-fail yang digunakan sementara (temporary files). Hapuskan juga cookies atau history sekiranya perlu dalam browser (Contoh: Internet Explorer atau Mozilla Firefox).

·

Buang program yang tidak digunakan (uninstall).

Proses uninstall dibuat Bagi paparan

dengan memilih program tersebut dan pilih menu uninstall.

yang tiada menu tersebut, klik menu START - SETTINGS - CONTROL PANEL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang ingin dibuang dan tekan ADD/REMOVE.

·

Membuat salinan data (copy) pada storan tambahan seperti USB atau external hard disk sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kerosakan tidak dijangka pada hard disk, yang boleh menyebabkan kehilangan data.

Selain penjagaan perkakasan dan perisian, cara penggunaan juga memainkan peranan.

·

Tutup komputer anda dengan betul iaitu dengan menekan menu START SHUT DOWN/TURN OFF COMPUTER ­ OK/TURN OFF. Sekiranya anda 10 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

ingin

meninggalkan

komputer

anda

buat

seketika,

anda

disyorkan

menggunakan menu STAND BY.

·

Letakkan CD-ROM di dalam bekasnya (Jewel Box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat.

·

Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.

·

Amalkan langkah-langkah `ergonomik' (istilah yang merujuk kepada sesuatu reka bentuk peralatan yang direka untuk kesesuaian fizikal manusia) di ruang kerja bagi mengelakkan simptom-simptom seperti:

i.

Computer Vision Syndrome (CVS) - Sindrom sementara yang disebabkan oleh pemfokusan mata dengan computer display akibat kerja komputer terlalu lama. Antara simptom CVS adalah seperti pening, keletihan dan sakit leher.

ii. Repetitive Strain Injury (RSI) - Kerosakan tisu dan otot yang boleh mengakibatkan kesakitan, akibat keletihan yang melampau.

·

Langkah-langkah ergonomik yang disarankan adalah seperti berikut:

i.

Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ke tahap sederhana dan pastikan skrin monitor di kedudukan yang kurang atau tiada silau. Silau dari tingkap boleh dikurangkan dengan kedudukan monitor yang menghadang tingkap atau penggunaan langsir supaya kecerahan ruang kerja boleh diubah dari semasa ke semasa.

11 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

ii. Menggunakan komputer terlalu lama tanpa henti boleh menyebabkan keletihan pada mata. Anda dinasihatkan mengalih pandangan dari skrin monitor sesekali dan fokus pada sesuatu objek yang jauh.

iii. Tempatkan monitor di kedudukan hadapan anda dengan jarak yang selesa. Jika banyak menggunakan dokumen, anda dinasihatkan untuk meletakkannya di hadapan anda dan monitor pada sebelahnya. Cuba posisikan kedudukan paling atas skrin di bawah garis pandangan anda semasa duduk menghadap papan kekunci.

iv. Sebelum memulakan kerja:

a) Ubah kedudukan skrin monitor, papan kekunci, tetikus dan dokumen tugasan pada kedudukan yang paling selesa. Pastikan ada ruang

untuk menggunakan tetikus dengan mudah dan rehatkan pergelangan tangan semasa tidak menaip.

b) Ubah kedudukan pada kedudukan yang selesa dari segi jarak penglihatan dan postur. Skrin seharusnya mempunyai jarak 18 hingga 30 inci dari anda mengikut kesesuaian. c) Teknik penggunaan papan kekunci dan tetikus adalah penting. Pastikan kedudukan bahagian atas badan berada pada kedudukan yang tenang dan jangan memaksa pergelangan tangan serta jari anda bergerak berlebihan. Secara amnya, lengan anda perlulah berada di kedudukan mendatar dan siku berada sejajar dengan papan kekunci dan tetikus (rujuk Gambarajah 13).

12 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

Gambar rajah 13 e) Sekiranya kaki tidak sampai pada lantai di kedudukan anda yang paling selesa, gunakan tempat rehat kaki. f) Gunakan pemegang dokumen (document holder) jika melakukan kerja-kerja salinan dari dokumen ke komputer.

Gambar rajah 14 13 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

Gambar rajah 14 menunjukkan langkah-langkah ergonomik penggunaan komputer. v. Jenis kerja dan peralatan media yang digunakan menjadi penentu kepada jangka masa yang perlu diambil untuk berehat bagi mengelakkan keletihan. Secara amnya: a) Anda perlu berhenti seketika sebelum benar-benar letih. b) Berehat dalam masa yang pendek tetapi kerap lebih memuaskan dari berehat dalam jangka masa yang lama. Berehat dalam jangka masa 30 saat - 2 minit setelah 20 ­ 30 minit menggunakan komputer adalah lebih efektif berbanding 15 minit setiap 2 jam. c) Sebaik-baiknya jauhkan pandangan dari skrin semasa berehat dan elakkan aktiviti yang hampir sama dengan kerja anda seperti menulis atau bermain silang kata.

14 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

B.

PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER RIBA

·

Hindarkan dari menggunakan bateri dan pengecaj (charger) yang tidak sesuai dengan komputer riba yang digunakan. Hubungi khidmat pelanggan (customer service) dari pembekal sekiranya bateri dan pengecaj tidak boleh mengecaj komputer riba yang digunakan.

·

Elakkan menggunakan komputer riba di atas paha atau di atas karpet kerana permukaan yang lembut akan menyebabkan udara tidak dapat berjalan dengan sempurna di bawah komputer riba dan menjadikan ia overheating.

·

Jangan

meletakkan

beban

berat

di

atas

komputer

riba.

Ia

akan

mengakibatkan litar (circuit) di dalam bateri menjadi mudah rosak.

·

Jauhkan kedudukan bateri dengan sebarang benda yang diperbuat dari logam.

·

Tidak meletakkan komputer riba di tempat yang terkena pancaran matahari atau dibiarkan lama di dalam kenderaan.

·

Tidak menumpahkan air di atas komputer riba. Walaupun mengering dan berfungsi secara normal kembali, namun litar di dalam komputer riba ataupun bateri secara perlahan-perlahan akan berkarat.

·

Menjaga komputer riba dan bateri mengikut panduan.

·

Gunakan salah satu bekalan kuasa dalam sesuatu masa, sama ada bateri yang dicaj penuh atau pemasangan komputer riba terus ke plug.

15 / 16

Panduan Penjagaan dan Penggunaan PC, Komputer Riba dan Pencetak di Jabatan Peguam Negara

C.

PANDUAN PENJAGAAN PENCETAK

·

Habuk-habuk yang terdapat pada pencetak boleh merosakkan komponenkomponen pencetak tersebut. tisu lembap. Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau

·

Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus kecil sebaik-baiknya setiap satu atau dua minggu. Jika perlu, bungkus pencetak dengan plastik agar terhindar dari kotoran.

·

Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink.

Kartrij

pencetak dipenuhi penghubung halus yang mempengaruhi hasil cetakan, gunakan kartrij dengan berhati-hati termasuk semasa mengganti kartrij.

·

Jimatkan penggunaan pencetak jika perlu agar kualiti cetakan sentiasa optimum dan penggunaan dakwat menjadi lancar.

·

Matikan suis pencetak jika tidak digunakan.

·

Gunakan Diagnostic Tools yang selalunya dibekalkan bersama pencetak. Pelajari perisian tersebut kerana informasi yang disediakan boleh membantu pengguna mengatasi permasalahan dalam mencetak serta panduan

penggunaan.

·

Matikan pencetak jika gagal mencetak. Kegagalan mencetak boleh diatasi dengan mematikan butang suis pencetak, kemudian cabut kabel dari PC yang digunakan (Local Printer). Setelah sepuluh minit, pasangkan kabel tersebut pada plug, hidupkan semula pencetak. Kemudian cuba cetak kembali.

16 / 16

Information

Microsoft Word - PANDUAN PENJAGAAN PC.doc

16 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

389896