Read Microsoft Word - buku_panduan_08.doc text version

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

0

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

PENDAHULUAN Tahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Peringkat Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (ISMP) ini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

SENARAI SEMAKAN Untuk memudahkan urusan pendaftaran kemasukan saudara/i, sila pastikan bahawa perkara-perkara berikut ada disertakan di dalam sampul surat tawaran kemasukan seperti berikut: 1. Surat Tawaran Kemasukan 2. Maklumat Am 3. Pelekat Kenderaan Dokumen-dokumen yang perlu dicetak dari laman web UPSI, perlu diisi dan dibawa pada hari pendaftaran.

1. Borang Biodata Akademik (B1) 2. Borang Permohonan Penginapan Kolej Kediaman (B2) 3. Borang Unit Kaunseling dan Kerjaya (B3)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

PERIHAL UNIVERSITI Pengenalan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, melalui dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Penubuhan UPSI adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan bersahsiah mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, pengurusan serta bidang-bidang bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan dengan penekanan khusus kepada unsur pendidikan. Lokasi Kampus UPSI memiliki dua buah kampus pengajian,iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah. Sehingga kini, kampus utama UPSI terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang terletak di kawasan bandar Tanjong Malim iaitu di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan,manakala Kampus Sultan Azlan Shah di Behrang Ulu masih dalam perancangan. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

3

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

Fakulti Dan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (ISMP) Pada Sesi 2008/2009 ini Universiti mempunyai lapan (8) Fakulti dengan tiga puluh dua (32) program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan seperti berikut:

FAKULTI KOD PROGRAM

AT01 AT05 Bahasa AT06 AT49 AT50 AT04 Sains Kognitif & Pembangunan Manusia AT10 AT19 AT34 AT08 AT18 Perniagaan & Ekonomi AT21 AT24 AT45 Pend. Bahasa Melayu Pend. Pengajaran B. Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Bahasa Arab Dengan Pendidikan Bahasa Cina Dengan Pendidikan Pend. Bimbingan & Kaunseling Pend. Khas Pend. Awal Kanak-Kanak (Tidak ditawarkan) Pend. Sekolah Rendah (Tidak ditawarkan) Pend. Perakaunan Pend. Ekonomi Pend. Pengurusan Perniagaan (Tidak ditawarkan) Pend. Pengurusan Pendidikan * Pend. Keusahawanan & Perdagangan

PROGRAM

Pend. Kesusasteraan Melayu

Seni & Muzik

AT22 AT23 AT31

AT44

Pend. Muzik Pend. Seni Pend. Kemahiran Hidup / Teknikal

Pend. Seni Komunikasi Visual

Sains Sosial & Kemanusiaan

AT32 AT33 AT35

AT41

Pend. Sejarah Pend. Geografi Pend. Islam

Pend. Moral

AT58

AT03 Sains Sukan AT42 AT43 AT14 Sains & Teknologi AT16 AT48

Pengajian Malaysia Dgn Pendidikan

Pend. Sains Sukan Pend. Psikologi Sukan Pend. Sains Kejurulatihan Pend. Matematik Pend. Sains Sains (Matematik) Dengan Pendidikan

AT20 Tek. Maklumat & Komunikasi

AT46 AT47

Pend. Teknologi Maklumat (Tidak ditawarkan)

Pend. Multimedia (Tidak ditawarkan) Pend. Teknologi Rekabentuk Berkomputer (Tidak ditawarkan)

*Program kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Kementerian Pelajaran Malaysia / Institut Aminuddin baki

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

Sistem Akademik Universiti mengamalkan sistem semester. Program Ijazah Sarjanamuda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun).Walau bagaimanapun tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun). SYARAT ­ SYARAT TAWARAN KEMASUKAN 1. Syarat Penerimaan Masuk Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 1.1 Anda lulus pemeriksaan doktor, termasuk X-ray dada. Pelajar diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UPSI. Sila gunakan Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang akan diserahkan pada hari pendaftaran. Universiti berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada anda benar-benar sihat untuk belajar.

* Nota Penting : Pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UPSI dalam tempoh (4) minggu dari tarikh mendaftar

1.2 1.3 Menjelaskan bayaran-bayaran tawaran kemasukan. seperti dinyatakan dalam

Anda mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui laman web http://student.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran.htm Sekiranya Universiti tidak menerima pengesahan daripada anda, anda akan dianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput dengan sendirinya dan tempat anda akan ditawarkan kepada calon lain. KAMI TIDAK AKAN MENGHANTAR PERINGATAN. Anda mesti mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Insuran Kemalangan Diri dan Skim Kesihatan Pelajar yang ditetapkan oleh Universiti. Calon-calon ISMP yang belum mendapat sekurang-kurangnya Band 4 untuk TESL dan Band 2 untuk program lain bagi Malaysian University English Test (MUET) diwajibkan mengambilnya dalam tempoh 6 bulan selepas mendaftar diri di UPSI.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.4

1.5

5

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

1.6

Tawaran ini menjadi batal sekiranya : 1.6.1 1.6.2 anda adalah seorang Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan,

anda adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti kursus di maktab-maktab perguruan atau institusi-institusi pendidikan tinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan. anda gagal melaporkan diri, walaupun anda telah mengesahkan penerimaan tawaran ini, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah didapati daripada pihak UPSI.

1.6.3

1.7

UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan adalah tidak benar.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

6

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

2. Etika Pelajar Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki: 2.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa; sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh sesiapa juga; tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dan sebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatan­kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik Universiti; menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti; bekerjasama dengan Pengetua­Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada anda penghuni atau tidak ; mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Universiti untuk anda; dan menjelaskan semua yuran yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.

2.2

2.3

2.4 2.5

2.6

2.7

3. Peraturan Pakaian Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki Peraturan Pakaian yang ditetapkan seperti berikut: 3.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki 3.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaitu berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang.; mematuhi

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

7

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

3.1.2

berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas; memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian jeans tidak dibenarkan sama sekali; memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau berekreasi; memakai kasut kulit dan berstoking.

3.1.3

3.1.4 3.1.5

3.2

Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan 3.2.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti berbaju kurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlengan panjang atau paras siku dan tidak sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan; Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah); Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans dan kemeja T tidak dibenarkan sama sekali; Memakai "make-up", aksesori dan pewangi secara sederhana; Memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan tumit,

3.2.2

3.2.3 3.2.4 3.2.5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

8

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

4. Kolej Kediaman Bagi pelajar ISMP yang mendaftar di Kampus UPSI, anda dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan oleh Universiti untuk tempoh sekurangkurangnya satu tahun akademik (dua semester). Bayaran penuh akan dikenakan sekiranya anda keluar dari asrama pada bila-bila masa sebelum mencukupi tempoh di atas. 5. Program Yang Ditawarkan Program yang ditawarkan kepada anda adalah muktamad dan anda tidak dibenarkan menukar program pengajian.Anda juga tidak dibenarkan menangguh kemasukan ke UPSI 6. Kuliah Kuliah akan bermula satu (1) minggu selepas minggu suaikenal berlangsung tetapi anda dikehendaki mendaftarkan diri lebih awal seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. 7. Kenderaan Pelajar Saudara/i yang hendak menggunakan motorsikal, hanya motosikal yang berkuasa 110cc ke bawah sahaja dibenarkan. Penggunaan kereta sendiri tidak digalakkan kerana masalah kesesakan dalam kampus.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

9

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

PERSEDIAAN SEBELUM MELAPOR DIRI

1. Bayaran Pemeriksaan Kesihatan 1.1 Saudara/i diwajibkan membuat Pemeriksaan di Pusat Kesihatan UPSI. Bayaran untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan adalah sebanyak RM80.00 dan perlu dibayar semasa Minggu Suaikenal di UPSI. Adalah dimaklumkan bayaran pemeriksaan kesihatan (RM 80.00) adalah tidak termasuk bayaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan.

1.2

2. Bayaran Yuran Pendaftaran 2.1 2.2 Pelajar-pelajar ISMP perlu membuat bayaran seperti di dalam surat tawaran kemasukan yang diterima. Saudara/i hendaklah menjelaskan bayaran yuran tersebut melalui mana-mana cawangan BIMB yang berdekatan dengan mengemukakan kad pengenalan dan surat tawaran

kemasukan asal. Walau bagaimanapun, sekiranya di tempat saudara/i tiada cawangan BIMB, saudara/i boleh menjelaskan

bayaran melalui kaunter BIMB yang akan dibuka semasa minggu suaikenal dengan menggunakan Slip Bayaran BIMB yang boleh diperolehi di kaunter tersebut. 2.3 2.4 Kadar bayaran terperinci yang perlu dibayar adalah seperti di Lampiran 1. Bagi pembayaran menggunakan Slip Bayaran BIMB di kaunter BIMB semasa minggu suaikenal, saudara/i diminta untuk mendapatkan kembali salinan UPSI sebagai bukti bayaran untuk diserahkan kepada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) pada hari tersebut. Sekiranya saudara/i gagal untuk mengemukakan bukti bayaran, pihak Universiti menganggap saudara/i masih belum menjelaskan bayaran.

2.5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

10

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

2.6

Berkuat kuasa mulai sesi Pengajian Jun 2004 pelajar-pelajar yang belum menjelaskan bayaran, keputusan peperiksaan akhir semester akan ditahan oleh pihak Universiti dan seterusnya tidak dibenarkan daripada mendaftar untuk semester hadapan. Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dan akan graduat, pihak Universiti akan menahan keputusan peperiksaan akhir semester, transkrip keputusan peperiksaan dan skrol ijazah selagi pelajar masih belum menjelaskan bayaran atau denda yang telah dikenakan. Saudara/i diminta untuk mendapatkan kembali Salinan UPSI sebagai bukti bayaran untuk diserahkan kapada kakitangan Jabatan Bendahari semasa mendaftar pada hari pendaftaran. Sekiranya saudara/i menghadapi sebarang masalah mengenai pembayaran, sila hubungi Unit Akaun Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian 05-4506309/6936/6301.

2.7

2.8

2.9

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

11

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

3. Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: 3.1 Pakaian semasa melapor diri 3.1.1.Lelaki : berpakaian kemas (baju T, jeans, selipar/ `sandal' tidak dibenarkan)

3.1.2.Perempuan : berpakaian kemas dan sopan (baju T, jeans,selipar/sandal tidak dibenarkan) 3.2 Pakaian semasa membaca ikrar Saudara/i dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh Universiti semasa membaca ikrar 3.2.1 Pelajar Melayu 3.2.1.1 Lelaki i. ii. iii. iv. 3.2.1.2 Pakaian Baju Melayu lengkap berwarna hitam (Berbutang Lima); Songkok hitam (kopiah/ketayap, serban, songkok "raihan" dan seumpamanya tidak dibenarkan); Samping songket hitam berbenang emas; Kasut kulit hitam (bukan kasut sukan).

Perempuan i. ii. iii. Baju batik dan tudung (akan diserahkan kepada anda semasa pendaftaran); Kain hitam untuk dipakai bersama baju kurung batik (disediakan sendiri); Kasut kulit hitam (bukan kasut sukan) yang menutup jari, lereng kaki dan tumit.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

12

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

3.2.2

Pelajar bukan Melayu 3.2.2.1 Lelaki i. suit hitam ii. baju kemeja putih berlengan panjang dan berseluar `slack'hitam iii. tali Leher (akan diserahkan kepada anda semasa hari pendaftaran); iv. stoking hitam; v. kasut kulit hitam (bukan kasut sukan/sendal) atau boleh memilih untuk berpakaian seperti pelajar Melayu tertakluk kepada perkara 3.2.1.1 3.2.2.2 Perempuan i. baju kurung batik (akan diserahkan semasa pendaftaran pelajar); ii. kain hitam untuk dipakai bersama baju batik (disediakan sendiri); iii. kasut kulit hitam (bukan kasut sukan) yang menutup jari dan lereng kaki dan tumit

3.3

Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti (mengikut Kod Etika Pakaian Universiti) ­ sila lihat di http://akademik.upsi.edu.my/julai08/index.htm 3.3.1. Lelaki : pakaian pejabat/bertali leher

3.3.2. Perempuan : pakaian kemas dan sopan 3.4 3.5 Pakaian sukan termasuk baju T berkolar warna putih, track suit (warna hitam/biru tua) sarung kaki dan kasut sukan. Keperluan harian peribadi yang lain: 3.5.1 3.5.2 sehelai baju kemeja/kurung batik akan diberikan kepada saudara/i pada hari pendaftaran; saudara/i dinasihatkan membawa payung bagi memastikan aktiviti suaikenal dapat dijalankan dengan sempurna sekiranya hujan; menyediakan sendiri dua (2) helai cadar, bantal serta sarung bantal dan sehelai kain selimut (tidak disediakan oleh Universiti).

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

3.5.3

13

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

4. Gambar Menyediakan sepuluh (10) keping gambar berwarna yang terbaru berukuran pasport. Semua dokumen berikut hendaklah diserahkan di kaunter-kaunter pendaftaran pada hari pendaftaran. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Fail Pelajar yang akan diberikan semasa pendaftaran; satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Borang Biodata; dua (2) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Borang Pemeriksaan Kesihatan; satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Borang Kolej Kediaman; selebihnya lima (5) keping gambar adalah untuk kegunaan aktiviti pelajar.

5. Sijil dan Salinan Sijil Saudara/i dikehendaki membawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil akademik/dokumen lain yang telah disahkan, hanya sijil-sijil/dokumen yang disahkan sahaja diterima untuk urusan pendaftaran. 6. Pembukaan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 6.1. 6.2. 6.3. Saudara/i dikehendaki membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja. Proses membuka akaun hendaklah dilakukan ditempat masingmasing sebelum hari pendaftaran. Saudara/i hendaklah menyerahkan no akaun BIMB tersebut pada hari pendaftaran kerana pinjaman PTPTN akan dimasukkan terus ke akaun berkenaan. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun BIMB sebelum ini, boleh menggunakan akaun tersebut untuk urusan PTPTN. (Tidak perlu buka akaun baru)

6.4.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

14

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

7.

Bantuan Kewangan 7.1 Saudara/i boleh memohon bantuan kewangan daripada agensi atau pertubuhan lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan-yayasan Negeri, Bank atau Institusi Kewangan,kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Borang Pengesahan pembayaran yuran bagi permohonan mengeluarkan wang melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh didapati di Kaunter Unit Akaun Pelajar,Jabatan Bendahari. Walau bagaimanapun borang bagi pengeluaran wang KWSP hanya boleh didapati di cawangan-cawangan KWSP sahaja. Untuk maklumat lanjut, saudara/i boleh merujuk kepada Unit Displin & Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 054505334/6242.

7.2

7.3 7.4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

15

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

PENDAFTARAN DAN PROGRAM SUAIKENAL PENDAFTARAN Saudara/i dikehendaki mendaftar diri pada tarikh, tempat dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran. PROGRAM SUAIKENAL 1. Program Suaikenal akan pendaftaran kemasukan. diadakan selama seminggu mulai tarikh

2. Program Suaikenal ini adalah aturcara rasmi dan semua pelajar diwajibkan mengikutinya. 3. Tujuan Program Suaikenal ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai Sistem Pentadbiran berkaitan Akademik, Pentadbiran Kolej, Hal Ehwal Pelajar, Fakulti dan mengeratkan siratulrahim sesama pelajar serta menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan di institusi pengajian tinggi. Nota: Sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai Program Suaikenal pelajar bolehlah dikemukakan di talian 05-4506886. ATURCARA PENDAFTARAN dan PROGRAM SUAIKENAL Aturcara lengkap program suaikenal pelajar akan diedarkan pada hari pendaftaran. PANDUAN KE TANJONG MALIM

1. Bagi saudara/i yang tiba dengan penerbangan, bolehlah datang ke

Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang. Kadar tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang adalah dalam anggaran RM120.00.

2. Bagi saudara/i yang datang dari arah utara, selatan dan timur boleh

menggunakan sama ada jalan biasa atau Lebuhraya PLUS dan keluar di persimpangan Tol Tanjong Malim. Jarak Kampus dari Tol Tanjong Malim ialah lebih kurang 4 km.

3. Bagi saudara/i yang datang dengan keretapi, jarak perjalanan dari stesen keretapi ke kampus hampir satu kilometer (1 km). Sila lihat peta panduan yang disertakan.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

16

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

LOKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Dari Kuala Kubu Baru

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

17

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU ISMP & DP

PERTANYAAN Sekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi: Pejabat Perkara No.Telefon 05- 4506929 05- 4506932 05- 4506993

Bahagian Akademik

- Surat Tawaran - Tarikh Lapor Diri

- Kolej Kediaman Hal Ehwal Pelajar (HEP) - Pinjaman PTPTN - Pemeriksaan Kesihatan x-ray - Minggu Suaikenal

05- 4505338 05-4505335 05- 4506668 05- 4506886

Bendahari

- Yuran - Kewangan

05- 4506303 05- 4506305

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

18

Information

Microsoft Word - buku_panduan_08.doc

19 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

28015


You might also be interested in

BETA
BAB[8]
Microsoft Word - TEORI-TEORI MOTIVASI