Read Sekolah yang mempunyai makmal komputer ( bangunan sendiri / ubah suai) text version

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Sekolah yang mempunyai makmal komputer ( bangunan sendiri / ubah suai)

1. PENGURUSAN MAKMAL Pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai aspek-aspek berikut : Misi / Visi / Moto Objektif Piagam Pelanggan Carta Organisasi Induk Carta Organisasi Pelaksana PERATURAN Peraturan makmal SISTEM FAIL Pekeliling Surat menyurat Perkembangan Staff Jadual waktu penggunaan Fail mesyuarat INVENTORI Buku stok/rekod bekalan pejabat Kad inventori (kew312) Senarai inventori Buku laporan penyelenggaraan Buku pinjaman alatan Label

2. PENGGUNAAN MAKMAL Setiap aktiviti berhubung dengan penggunaan makmal direkodkan: Rekod penggunaan makmal Rekod penggunaan Komputer Rekod Penggunaan Bahan Rekod buku pelawat

3. KESELAMATAN Aspek keselamatan dari segi pengguna dan peralatan perlu diutamakan: Peralatan Plan kecemasan Langkah-langkah keselamatan 4. KECERIAAN Bagi menambahbaikkan pengurusan makmal, aspek keceriaan turut diambil kira: Plan Makmal Susun atur (kreativiti) Sudut Pembelajaran Kebersihan Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 1 PENGURUSAN MAKMAL 1.1 Misi / Visi / Moto

- Sila cipta Misi / Visi / Moto yang jelas dan mudah difahami dan pamerkan di dalam makmal komputer

1.2

Objektif

- Objektif yang hendak dicapai oleh jawatankuasa ICT sekolah hendaklah jelas dan bersesuaian mengikut persekitaran sekolah

1.3

Piagam Pelanggan

- Perlulah sesuai dan bertepatan

1.4

Carta Organisasi Induk (Gunakan carta organisasi sekolah yang menunjukkan Jawatankuasa ICT)

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.5 Carta Organisasi Pelaksana

Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah

Pengerusi ( Pengetua / Guru Besar )

Naib Pengerusi ( Penolong Kanan Kurikulum )

Setiausaha ( Penyelaras Makmal )

Penolong Setiausaha ( Penolong Penyelaras Makmal )

J/Kuasa Perkembangan Staf

J/Kuasa Pengajaran dan Pembelajaran

J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan

J/Kuasa Tugas-Tugas Khas

J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan

J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan

J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA ICT SEKOLAH

1.

PENGERUSI ( PENGETUA / GURU BESAR ) 1.1 1.2 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah Mengemukan keperluan sekolah kepada Pejabat Pelajaran Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar. Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan keomputer oleh semua pihak. Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahan dan pelajar. Memastikan keselamatan kawasan sekolah.

1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9

2.

NAIB PENGERUSI ( PENOLONG KANAN 1/KURIKULUM/PENTADBIRAN ) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas.

3.

SETIAUSAHA ( PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER ) 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah. Menguruskan latihan dan kursus dalaman. Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT sekolah Memantau pembangunan web / portal sekolah Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah Menyediakan jadual penggunaan makmal Jadual pengajaran dan pembelajaran. Jadual kelab. Jadual guru bertugas. Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti ICT sekolah. Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah.

4.

PENOLONG SETIAUSAHA ( PEN. PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER ) Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.

5.

JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf. Mengikut perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut. Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT. Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6. JAWATANKUASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Menilia kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara MS PowerPoint. Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

7.

JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu : 7.1 Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi 7.1.1 Menguruskan stok, iventori dan harta modal. 7.1.2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeling, manual dan lesen perisian 7.1.3 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisian kursus. 7.1.4 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisisan kursus. 7.1.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer. 7.1.6 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan. Jawatankuasa Keceriaan 7.2.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal 7.2.2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal 7.2.3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer. 7.2.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan 7.3.1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisisan serta mempamerkannya di tempat yang strategik. 7.3.2 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal emahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal. 7.3.3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. ( Contohnya penyenggaraan : Servis penghawa dingin, mengemaskini cakera keras, mencuci pemacu dan mengimbas cakera keras) 7.3.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

7.2

7.3

8.

JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS PROGRAM ICT 8.1 8.2 8.3 8.4 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar. Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah. Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.6 Peraturan makmal

Contoh Peraturan Makmal Komputer

1.6.1 Peraturan makmal diwujudkan untuk: 1.6.1.1 Memaksimumkan penggunaan 1.6.1.2 Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan 1.6.1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran 1.6.1.4 Panduan untuk penggunaan ramai. 1.6.2 Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer: Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas. Tidak dibenarkan membawa liquid paper. Dilarang membuat bising di dalam makmal. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu. Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal. Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

1.7

Sistem Fail 1.7.1 Pekeliling 1.7.1.1 Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling ) Surat menyurat 1.7.2.1 Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta. 1.7.2.2 Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT Perkembangan Staff 1.7.3.1 Laporan perkembangan staff/'in-house training' yang diadakan. 1.7.3.2 Senarai kehadiran perkembangan staff/'in-house training' Jadual waktu penggunaan 1.7.4.1 Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa. Fail mesyuarat 1.7.5.1 Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri. 1.7.5.2 Minit curai mesyuarat

1.7.2

1.7.3

1.7.4

1.7.5

1.8

INVENTORI 1.8.1

Buku stok/rekod bekalan pejabat 1.8.1.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah Kad inventori (kew312) 1.8.2.1 Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam kad inventori 1.8.2.2 Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak Senarai inventori 1.8.3.1 Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan dalam fail inventori Buku laporan penyelenggaraan 1.8.4.1 Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan (Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT ­ sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

1.8.2

1.8.3

1.8.4

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.8.5 Buku pinjaman alatan 1.8.5.1 Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan ICT di luar makmal komputer Label 1.8.6.1 Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar inventori yang telah dibuat

1.8.6

BAB 2 PENGGUNAAN MAKMAL 2.1 Rekod penggunaan makmal 2.1.1 Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa Rekod penggunaan Komputer 2.2.1 Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod Rekod Penggunaan Bahan 2.3.1 Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal Rekod buku pelawat 2.4.1 Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat

2.2

2.3

2.4

BAB 3 KESELAMATAN 3.1 Peralatan 3.1.1 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT 3.1.2 Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. 3.1.3 Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu. 3.1.4 Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku 3.1.5 Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian 3.1.6 Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas. 3.2 Plan kecemasan 3.2.1 Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

3.3 Langkah-langkah keselamatan KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM 3.3.1 Kunci : 3.3.1.1 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas 3.3.1.2 Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja. 3.3.1.3 Buku log untuk rekodkan pengguna kunci. 3.3.2 Akses Pelawat : 3.3.2.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan. 3.3.2.2 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau. 3.3.3 Elektrik : 3.3.3.1 Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat. 3.3.3.2 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply 3.3.3.3 Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat. 3.3.4 Label 3.3.4.1 Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel. 3.3.5 Pencegahan Kebakaran 3.3.5.1 Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2. 3.3.5.2 Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik. 3.3.6 Makanan 3.3.6.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM) 3.3.7 Bilik Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci 3.3.8 Kunci Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

3.3.9

Akses Pelawat 3.3.9.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan. 3.3.9.2 Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

3.3.9.3 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa. 3.3.10 Elektrik 3.3.10.1 Supply. 3.3.10.2 dingin. Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power

3.3.11 Alat Penghawa Dingin 3.3.11.1 Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua

(2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER 3.3.12 Akses Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet. 3.3.13 Elektrik Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal 3.3.14 Alat Penghawa Dingin Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

BAB 4 KECERIAAN 4.1 Plan Makmal 4.1.1 Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer 4.1.2 Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah. 4.2 Susun atur (kreativiti) 4.2.1 Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut. 4.2.2 Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

4.3 Sudut Pembelajaran 4.3.1 Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja) Kebersihan 4.4.1 Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer. 4.4.2 Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.

4.4

BAB 5 PERANCANGAN ICT SEKOLAH Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang menggerakkannya, segala ­ galanya akan menjadi sia ­ sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT). Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa ­apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber. Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah. Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan. Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya. Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain ­ lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan sebagai panduan. 5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun) 5.1.1. a. b. c. VISI Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan selaras dengan pembangunan ICT semasa. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. MISI Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman, pembelajaran. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan. Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

5.1.2. a. b. c. d.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

5.1.3 MATLAMAT Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia. OBJEKTIF Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. Menjadikan sekolah sebagai learning organisation. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap. Mewujudkan satu sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi. KUMPULAN SASARAN Kakitangan Sekolah Pelajar. Komuniti STRATEGI PELAKSANAAN Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah adalah seperti para 1.5. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut : Jawatankuasa a. Perkembangan Staf b. Pengajaran dan Pembelajaran c. Pengurusan dan Penyenggaraan d. Tugas ­ tugas Khas e. Pengurusan Stok dan Dokumentasi f. Penyenggaraan dan Keselamatan g. Keceriaan c. Ketua AAA BBB CCC DDD EEE FFF GGG

5.1.4. a. b. c. d. e.

5.1.5. a. b. c. 5.1.6 a.

b.

Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli jawatankuasanya sendiri.

5.1.7

PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 5.1.7.1 Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2007 hingga tahun 2009 adalah seperti di Jadual 1.

5.1.8

PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH 5.1.8.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika berikut : a) b) c) d) Panduan Keselamatan di sekolah, Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi, Etika Penggunaan Internet dan Peraturan Penggunaan Makmal Komputer.

5.1.9

PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 5.1.9.1 Perancangan Jangka Panjang ICT akan direviu pada tahun 2009.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

5.1.9.2 Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka. Contoh penilaian yang dibuat oleh ICT adalah seperti Jadual 2. 5.2 PERANCANGAN JANGKA PENDEK (Satu Tahun) Sekolah perlu membentuk perancangan jangka pendek yang melibatkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun selaras dengan objektif setahun ICT sekolah. 5.2.1. CARTA GANTT AKTIVITI TAHUNAN Sekolah perlu membentuk Carta Gantt (rujuk Jadual 3 : Contoh perancangan aktiviti tahunan), untuk perancangan aktiviti setahun (berpandukan Pelan Tindakan Perancangan Peningkatan ICT Jangka Panjang Sekolah). Contoh : Latihan - perlu dinyatakan pengisian latihan seperti Pembinaan Bahan P&P menggunakan PowerPoint 5.2.2 KEWANGAN Jawatankuasa Kerja sekolah perlu membuat kertas kerja bagi setiap aktiviti yang dirancang pada tahun berkenaan. Kertas kerja ini juga perlu dimasukkan belanjawan dan sumber kewangan Cadangan Kandungan Kertas Kerja Aktiviti/Projek/Program 1. Tajuk 2. Jangka masa projek 3. Rasional/Matlamat 4. Objektif 5. Kumpulan sasar 6. Kos/justifikasi kos dan sumber kewangan 7. Jawatankuasa kerja 8. Strategi pelaksanaan 9. Penilaian *Laporan perlu dibuat selepas aktiviti dijalankan. 5.2.3 JADUAL PENGGUNAAN Sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan makmal yang membenarkan penggunaan optimum. PENILAIAN Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun. LAPORAN Laporan perlu dibuat selepas penilaian perancangan jangka pendek.

5.2.4

5.2.5

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 1

CADANGAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG

2007 Sasaran Kos 2008 Sasaran 70% menguasai kemahiran ICT RM 350 Literasi Pelajar asas 30%kemahiran interemediate RM 350 Literasi Pelajar Kos 2009 Sasaran 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate RM 450 Kos 40% menguasai kemahiran ICT asas

Literasi Pelajar

Literasi Guru

20% menguasai kemahiran ICT asas

50% menguasai kemahiran ICT RM 550 Literasi Guru asas 10%kemahiran interemediate RM 650 Literasi Guru

70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate RM 750

Peningkatan Kemahiran ICT

Literasi Staf Sokongan

30% menguasai kemahiran ICT asas

60% menguasai kemahiran ICT RM 200 Literasi Staf Sokongan asas 10%kemahiran interemediate RM 200 Literasi Staf Sokongan

70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate RM 350

Kursus Literasi ICT bagi Komuniti

1 kursus, 20 peserta

RM 200

Kursus Literasi ICT bagi Komuniti

2 kursus, 20 peserta RM 400

Latihan Guru

20% menggunakan ICT dalam P&P

RM 550

Latihan Guru

40% menggunakan ICT dalam P&P

60% menggunakan ICT dalam RM 550 Latihan Guru P&P RM 650

Peningkatan 30% dalam Peningkatan 30% dalam perolehan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P perolehan bahan P&P RM 1000 Bahan Sumber Sejarah RM 1200

Bahan Sumber Matematik

RM 1000

Bahan Sumber Sains

Bahan Sumber Bahasa Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bengkel Penghasilan Bahan Sumber Melayu

Peningkatan 30% dalam perolehan P&P

RM 1000

Bahan Sumber Bahasa Inggeris

Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P

Peningkatan 30% dalam RM 1000 Bahan Sumber Geografi perolehan bahan P&P RM 1200

3 bengkel 2 bengkel RM 640 Bengkel Penghasilan Bahan Sumber 3 bengkel RM 790 Bengkel Penghasilan Bahan Sumber RM 790

Kajian Tindakan

4 Matapelajaran

RM 500

Latihan Staf Sokongan Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan Penyenggelaraan Komputer dalam Aplikasi Pengurusan

40% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan

RM 460

Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan

80% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan

RM 460

Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan

100% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan RM 500

2 kali setahun begi semua computer

RM 2000

Penyenggelaraan Komputer

2 kali setahun bagi semua komputer

1 kali setahun bagi semua RM 2000 Penyenggelaraan Komputer komputer RM 1200

Peningkatan Infrastruktur ICT

Pembelian Peralatan Komputer

2 komputer

RM 6500

Pembelian Peralatan Komputer

5 buah komputer 1 pengimbas 1 pencetak RM 12000

5 buah komputer Pembelian Peralatan Komputer 1 projektor LCD 1 kemera digital RM 16000

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 2

2007 Literasi Pelajar Sasaran 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate CADANGAN PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG 2008 Sasaran 2009 Sasaran Literasi Pelajar 70% kemahiran Literasi Pelajar 100% kemahiran intermediate intermediate 30% kemahiran tinggi 50% kemahiran tinggi Penilaian 95% menguasai kemahiran asas, 90% intermediate, 30% kemahiran tinggi kerana: 1. Lima peratus pelajar tidak menghadiri kelas komputer. 2. Dua peratus pelajar buta huruf tidak dapat mengikuti kelas. 3. Dua peratus pelajar fobia komputer dan tidak menyentuh komputer. 95% menguasai kemahiran asas, 60% intermediate, 20% kemahiran tinggi kerana: 1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke sekolah tanpa kemahiran ICT 2. Dua peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain. 100% menguasai kemahiran intermediate dan 50% kemahiran tinggi kerana: 1. Pemindahan masuk staf yang mahir IT 2. Latihan tambahan di jalankan bagi staf oleh Jabatan Pendidikan Negeri Seramai 300 ahli komuniti telah dilatih dalam ICT (melebihi sasaran yang ditetapkan) 75% menggunakan ICT dalam P&P kerana: 1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke sekolah tanpa kemahiran ICT 2. Sepuluh peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain 3. Belum ada bahan perisian bagi matapelajaran tertentu. Koleksi bahan P&P sekolah telah bertambah sebanyak 150% (mengikut sasaran yang ditetapkan)

Literasi Guru Peningkatan Kemahiran ICT Literasi Staf Sokongan

70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate

Literasi Guru

100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate

Literasi Guru

70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi

70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran intermediate 2 kursus x 20 peserta

Literasi Staf Sokongan

100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate 3 kursus x 20 peserta

Literasi Staf Sokongan

70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi

Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru

Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru

Kursus Literasi ICT bagi Komuniti Latihan Guru

3 kursus x 20 peserta

40% menggunakan ICT dalam P&P

80% menggunakan ICT dalam P&P

100% menggunakan ICT dalam P&P

Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan Sumber Matematik Tambahan Bahan Sumber Bahasa Melayu Bengkel Penghasilan Bahan Sumber

Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P 3 Bengkel

Bahan Sumber Sains Tulen Bahan Sumber Bahasa Inggeris Bengkel Penghasilan Bahan Sumber

Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P 2 Bengkel

Bahan Sumber Matematik Bahan Sumber Bahasa Melayu Bengkel Penghasilan Bahan Sumber

Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P 2 Bengkel

Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan

Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan

Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer

80% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan 2 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 pengimbas 1 pencetak laser

Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer Merangkaikan komputer sekolah (WAN)

40% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan 1 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 pelayan 20 Komputer

Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Penyelenggaraan komputer Pembelian Peralatan Komputer

60% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan 1 kali setahun bagi semua komputer 5 buah komputer 1 projektor LCD 1 perakam video digital

15 bengkel pembinaan bahan telah dijalankan (melebihi sasaran) kerana: 1. Keperluan bahan bagi P&P oleh guru 2. Keperluan mendedahkan guru yang baru dipindah kepada proses pembinaan bahan Kajian tindakan bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah dijalankan dan hasil kajian digunakan untuk memperbaiki mutu P&P. Semua staf sokongan telah dilatih dan menerima latihan semula dalam aplikasi pengurusan

Penyelenggaraan telah dibuat seperti yang dirancangkan. Perolehan telah dibuat seperti yang dirancangkan.

Rangkaian komputer telah dibuat bagi 40 buah komputer (melebihi sasaran) kerana: 1. Guru IT sekolah telah merangkaikan 20 komputer dengan menggunakan kepakaran sendiri

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 3

CADANGAN CARTA GANTT BAGI AKTIVITI TAHUN 2007

Jan Literasi Pelajar Literasi Guru Peningkatan kemahiran ICT Literasi Staf So-kongan Kursus Literasi Komuniti Latihan Guru Bahan Sumber Mate-matik Bahan Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pem-belajaran Sumber Bahasa Melayu Bengkel Penghasilan Bahan Sumber Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan PenyengPeningkatan Infrastruktur ICT gelaraan Komputer Pembelian Komputer Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

CONTOH PERANCANGAN ICT TAHUN 2007 1. MATLAMAT Membangunkan infrastruktur ICT sekolah. Melahirkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT . Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian.

2. OBJEKTIF Membangunkan infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya. Melahirkan 20 % guru ( 5 orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran . Melahirkan staf sokongan ( 1orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Melahirkan 40% pelajar yang celik ICT .

3. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT Jabatan Pendidikan Negeri. Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus lanjutan aplikasi ICT di Syarikat XYZ. Yuran penyertaan dibayar. Menggalakkan guru mengikuti Kursus KSPK ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di institusi perguruan. Latihan untuk staf sokongan (semua ) oleh guru terlatih. Menjalankan kelas asas ICT kepada guru yang buta ICT .

4. CARTA GANTT Carta Gantt pula bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT sekolah bagi tahun 2007. Ia disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan. Carta Gantt Tahun 2007 bagi sekolah adalah seperti berikut di Jadual 3.

5. KERTAS KERJA Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan kan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan. Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru Dalam Meningkatan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. (Sila rujuk Lampiran 1-1)

6. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL Jadual Penggunaan Makmal Komputer Sekolah dirangka bagi membenarkan penggunaan optimun makmal bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal berulang setiap 4 minggu dicadang penggunaannya.

7. SEMAKAN SEMULA (REVIU) Semakan status pelaksanaan Pelan dicadangakan pada 1 April dan 1 Jun tahun semasa. Semakan status pencapaian Pelan dicadangkan pada 1 November tahun semasa

Lampiran 1-1

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

CONTOH KERTAS KERJA LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JANGKA MASA : BAHAGIAN 1 : 28 ­ 29 Mei 2007 BAHAGIAN 2 : 20 Ogos 2007 BAHAGIAN 3 : 26 Disember 2007

RASIONAL : Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif, sejak tahun 1996. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

Bagi mencapai matlamat ICT SMK XYZ perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep sekolah bestari bagi guru-guru SMK XYZ. Pada Masa ini, SMK XYZ mempunyai dua orang guru yang mahir dalam IT tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaranpembelajaran. Tambahan pula, tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam mengenai konsep Sekolah Bestari. Dengan ini, latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu agar sekolah SMK XYZ tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan swasta.

MATLAMAT : Menghasilkan tenaga pengajar SMK XYZ yang mahir dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran dan pembelajaran, dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

OBJEKTIF : Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Mengadakan latihan dalam aspek-aspek tersebut: Kemahiran generik Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran. TARIKH / ASPEK / KUMPULAN SASARAN Bahagian Tarikh Aspek Kumpulan Sasaran Bilangan

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1 28-29 Mei 2007 Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2 20 Ogos 2007 Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif 3 26 Dis 2007 Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains 20 orang Guru Matematik 5 orang Semua Guru 50 orang

KOS / JUSTIFIKASI KOS / SUMBER KEWANGAN Bahagian 1 Tarikh 28-29 Mei 2007 Aspek Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam pengajaran dan pembelajaran 2 20 Ogos 2007 Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif 3 26 Dis 2007 Bahan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran OS 29000: RM 150 20 orang OS 29000: RM 50 5 orang Kos OS 29000: RM 350 Bilangan 50 orang

JADUAL AKTIVITI / STRATEGI PELAKSANAAN Pegawai, pensyarah, Jurulatih Utama ICT Daerah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan dijemput ke sekolah untuk memberi latihan. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi daripada Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terhampir. BAHAGIAN 1: 28-29 Mei 2007 Tarikh Masa 8.00 pagi ­ 12.00 tgh 2.00 ­ 4.00 ptg Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran 28 Mei 2007 - Konsep Sekolah Bestari - Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Bestari Strategi Pembelajaran Taklimat oleh Penyelia Pusat Kegiatan Guru Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber SMK AAA Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik Semua guru

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

29 Mei 2007 8.00 pagi ­ 4.00 ptg Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Taklimat, Bengkel dan Latihan oleh Pensyarah Maktab Perguruan Semua guru

BAHAGIAN 2: 20 Ogos 2007 Tarikh Masa 8.00 ­ 10.00 pagi Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran Pengenlan kepad aplikasi Microsoft Excel Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB 10.30-1.00 20 Ogos 2007 ptg Penggunaan aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif 2.00-5.00 ptg Penggunaan Excel dalam pengajaran dan pembelajaran Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber Matematik SMK AAA Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB 5 guru Matematik

BAHAGIAN 3: 26 Disember 2007 Tarikh Masa 8.00 ­ 10.00 pagi Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran Pengenalan kepada Internet sebagai Sumber Maklumat, Kaedah Muat Turun Laman Web untuk penggunaan kelas 10.30 ­ 1.00 tgh 26 Dis 2007 2.00 ­ 5.00 ptg Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahan Sumber Mata Pelajaran daripada Internet Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SMK AAA Sesi Kumpulan (mengikut mata pelajaran) dan Bengkel dengan Guru Sumber Bahasa Melayu, Bahasa Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik 20 guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SMK BBB

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Inggeris dan Sains SMK AAA sebagai pemudah cara

PENILAIAN: Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat bahagian dari segi : Pencapaian objektif latihan Kesesuaian program Kesesuaian isi kandungan Kesesuaian bahan Keberkesanan Penceramah / Pemudahcara

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

GARIS PANDUAN MENJALANKAN KURSUS ICT DI SEKOLAH Setiap guru yang telah menduduki Kursus ICT sewajarnya melaksanakan latihan dalaman atau "in-house" untuk rakan guru yang lain. Tindakkan ini perlu dilakukan supaya ilmu kemahiran baru yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya. Berikut adalah cadangan langkah-langkah menjalankan kursus latihan dalaman.

Kenal pasti kursus

Buat justifikasi keperluan menjalankan kursus

Tubuh jawatankuasa / urus setia kursus

Kenal pasti kumpulan sasaran

Kenal pasti tenaga pengajar dan pusat latihan

Sedia keperluan kursus

Sediakan kertas kerja

Buat permohonan untuk mengadakan kursus serta peruntukan kewangan

Sediakan dokumen

Jalankan kursus

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

JENIS KURSUS

KENAL PASTI JENIS KURSUS

Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang diperlukan berdasarkan keperluan guru atau sekolah. Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak PPD tau JPN untuk memastikan tidak ada pertindihan kursus yang dijalankan.

JUSTIFIKASI KURSUS

Pihak sekolah hendaklah menentukan keperluan menjalan kursus dengan jelas supaya kursus yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar , guru dan sekolah.

JAWATANKUASA KURSUS

Melantik jawatankuasa atau urus setia kursus

KUMPULAN SASARAN

Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan aras, kemahiran, dan Keperluan atau kepentingan mengikuti kursus.

PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR

Mengenal pasti pusat latihan - maktab, swasta, agensi kerajaan, dan lain-lain. Mengenal pasti khidmat kepakaran ( Jurulatih ICT Daerah/Negeri, kakitangan sumber negeri, pensyarah maktab, dll.)

KEPERLUAN KURSUS

Menyediakan peralatan termasuk bahan rujukan/ sumber rujukan kursus. Menyediakan kemudahan makan, minum, dan penginapan.

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

Menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

PERMOHONAN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Mengenal pasti dan membuat kiraan kos melaksanakan kursus Mengenal pasti sumber kewangan yang boleh digunakan Mengajukan permohonan bagi memperolehi peruntukan kepada pihak berkenaan

MENYEDIAKAN DOKUMEN

Memaklumkan kepada pihak PPD, JPN mengenai kursus yang hendak dijalankan Mengedarkan surat panggilan, jadual kursus dan bahan rujukan kepada peserta.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kursus yang boleh atau sesuai dijalankan disekolah berdasar keperluan dan pihak-pihak yang boleh dirujuk bagi mendapatkan khidmat nasihat ataupun contoh modul.

JENIS KURSUS 1. Literasi komputer

PERINCIAN KURSUS 1. Pengenalan komputer 2. Microsoft Office

AGENSI 1. JPN/BPG 2. IAB 1. JPN/BPG 2. IAB 3. PSPN/BTP

2. Pengurusan ICT

1. Pengurusan makmal 2. Sistem rangkaian 3. Baik pulih dan penyelenggaraan 4. Pengurusan Maklumat/Data 5. Pengurusan Perisian 6. Pengurusan Kelab Komputer 7. Salah laku ICT 8. Pembangunan Program Pengkomputeran Sekolah 9. Pengurusan pembangunan halaman web dan perisian kursus

3. Multimedia

1. Internet dan pengurusan e-mel 2. Pembinaan laman web 3. Grafik 4. Suntingan audio/video 5. Pengarangan perisian kursus

1. JPN/BPG 2. IAB 3. PSPN/BTP

4. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Perisian kursus Sistem Bestari 2. Perisian kursus CD-Rom Multimedia Pendidikan Interaktif

1. JPN/BPG 2. PSPN/BTP

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 6 KELAB KOMPUTER SEKOLAH 6.1 LATAR BELAKANG 6.1.1 Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami kemahiran ICT dan mengoptimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

6.1.2

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat Pekeliling Ikhtisas bil.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000, lampiran surat KP(BS)8591/Jld.XVI/(8) untuk: 6.1.2.1 Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah. 6.1.2.2 Merancang aktiviti kelab. 6.1.2.3 Mengurus dan mentadbir kelab.

6.1.3

Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta, PIBG, dan sebagainya, Kelab Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang sedia ada di bawah program perkomputeraan KPM seperti Program Komputer Dalam Pendidikan, Program Perkomputeraan Reka Cipta, Sekolah Bestari, Perkomputeraan Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.

6.1.4

Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah.

6.2

KANDUNGAN 6.2.1 Untuk aktiviti kelab, pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kepakaran tenaga pelajar yang boeh dipilih di kalangan guru atau pihak luar. Aktiviti yang dicadangkan ialah: 6.2.1.1 Sesi pendedahan kepada komputer. 6.2.1.2 Pengajaran pengaturcaraan. 6.2.1.3 Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi 6.2.1.4 Penggunaan perisian pengarangan dan pembangunan bahan multimedia. 6.2.1.5 Komputer Grafik 6.2.1.6 Internet dan komunikasi 6.2.1.7 Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya. 6.2.1.8 Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.3

SYARAT PELAKSANAAN 6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat. Sekurang-kurangnya dua guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar. Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang. Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan perkomputeraan. 6.3.5 6.3.6 Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen. Untuk keselamatan perkakasan, bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jerji pada pintu dan tingkap.

6.4

KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 6.4.1 6.4.2 6.4.3 Kesediaan dan kesedaran guru. Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah. Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik.

6.5

UKURAN PENCAPAIAN Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output atau produk pelajar. Contohnya, penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan menggunakan Power Point, merekacipta aturcara komputer atau perisian.

6.7

RUJUKAN 6.7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/200 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000 bil.KP(BS)8591/Jld.XVI/(8). 6.7.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah. 6.7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988: Larangan menaja Jualan Terus di Sekolahsekolah, bertarikh 29 Jun 1988, bil KP(BS)8591/Jld.lll/(31) 6.7.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar, bertarikh 28 April 1992, bil KP(BS)8591/Jld.lV/(110) 6.7.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/atau Pungutan Wang, bertarikh 2 Mei 1997, bil KP(BS)8591/Jld.VIII/(74) 6.7.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 : Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah, bertarikh 6 Jun 2001, bil KP(BS)8591/Jld.XVII/(6)

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.7.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah, bertarikh 17 Feb 1992, bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.II(91) 6.7.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum "Pengenalan Kepada Komputer" dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 7 Mac 1986, bil KP(BS)8591/ Jld.II/(45) 6.7.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 11 Mac 1986. bil KP(BS)8591/Jld. II/(45) 6.7.10 Laman web http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer)

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Lampiran 2-1 PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER / TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH

1. Pendahuluan 1.1 Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan

perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, panduan penubuhan Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi penekanan baru kerana:

a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah: b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi maklumat ke sekolah: c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran

bestari:dan/atau d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru bagaimana hendak: a. Menubuhkan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah; b. Merancang aktiviti; dan c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2. Matlamat Kelab Komputer / Teknologi maklumat Sekolah Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Negara.

3. Objektif Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah Matalamat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

a. Pengetahuan. i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem Komputer / Teknologi Maklumat. ii. Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer. iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu. iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerja yang berkaitan dengan Komputer dan Teknologi Maklumat. b. Kemahiran. i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan Teknologi Maklumat. ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu / kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi. iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu system.

c.

Nilai. i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat. ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4. Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah 4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan kelab Komputer / Teknologi Maklumat dan mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98 yang termatub dalam Akta Pendidikan 1996. 4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengetua / Guru Besar dengan mengemukakan perkara-perkara seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, dan senarai aktiviti utama kelab. 4.3 Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan kemudahan makmal

komputer yang sedia ada di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Komputer Dalam Pendidikan, Reka Cipta, sekolah Bestari, Perkomputer Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat. 4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang berikut setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftaran, iaitu: a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). b. Syarikat Komputer swasta. c. Sumbangan luar KPM seperti badan korporat dan orang perseorangan.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat ialah: a. Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Negari (JPN) masing-masing. b. Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan sebagai aktiviti kokurikulum. c. d. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan di luar jadual waktu sekolah supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah waktu belajar secara "hands-on" hendaklah tidak kurang daripada 2 jam seminggu bagi seseorang murid.

e.

f.

Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah: i. ii. Mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing. Mematuhi Peraturan-Peraturan Ikhtisas, Kewangan dan Perkhidmatan yang

dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

g.

Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN sebelum ditandatangani oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau Lembaga Pengelola Sekolah.

h.

Sekirannya komputer dibekalkan oleh pihak KPM atau disumbangkan oleh mana-mana pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar.

i.

Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak PIBG/LPS maka kadar bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan bersetujuan PIBG serta mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak sekolah perlu

memastikan murid-murid yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum. Komputer / Teknologi Yuran Kelab

maklumat Sekolah yang disimpan dalam akaun PIBG hendaklah

dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku Penasihat PIBG.

j.

Sekiranya tenaga pengajar adalah dari syarikat swasta, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran Pendaftar dan juga menentukan kesesuaian kandungan pengajaran yang disimpankan kepada murid.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

k. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi semua kemahiran asas sehingga aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan ahli.

l.

Semua perisian yang digunakan mestilah berlesen

m. Pengetua / Guru Besar dalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan simpanan wang kelab.

n.

Pendaftar / Pengetua / Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab dibubarkan sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada murid sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98

5. Pengurusan Kelab Komputer / Teknologi Makluamat Sekolah 5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab

5.1.1 Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. Perlembagaan Kelab mesti merangkumi perkara-perkr seperti nama dn logo kelab, dasar, matlamat dan tujun penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli jawatankuasa guru penasihat dan mesyuarat agung.

5.1.2 Guru Penasihat a) Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurngny dua orng guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

b) Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang mempunyai minat mendalam dan motivasi tinggi serta mempunyai dedikasi serta penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

c) Antara peranan guru penasihat ialah :

i. ii.

Menubuhkan jawatnkuasa yang dianggotai oleh murid-murid Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang : Menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza kebolehan dalam menggunakan komputer. Mempunyai kesimbangan dari segi nilai pengetahuan nilai sosialdan nilai rekreasinya.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

iii. Mengatur jadual(schedule) bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatnkuasa. iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta memantau aktiviti yang dijalankan. v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuan dan mempelbagaikan aktiviti kelab. vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan perbelanjaan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah. vii. Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh tenaga pengajar swasta.

d) Penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah digalakkan mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat.

5.1.3

Jawatankuasa a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang bertanggungjawab b) Jawatankuasa kelab terdiri daripada Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari (perlu menyimpan rekod kutipan yuran dan perbelanjaan pegangan tunai sekiranya kelab tersebut tidak melibatkan pihak luar)

dan Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan bilangannya bergantung kepada bilangan ahli kelab).

c) Ahli Jawatankuasa perlu diberi latihn yang sesuai untuk membolehkan mereka membantu guru dalam penyeliaan kerja amali

d) Pengiktirafan hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa sebagai insentif.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

5.1.4 Keahlian. a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah, melanggar peraturan kelab atau melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia) 1998 yang termaktub dalam Akta Pendidikan !996. b. Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancang. c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab. d. Untuk sesi "hands-on", tidak lebih daripada 2 orang murid diperuntukkan kepada sebuah komputer pada sesuatu masa. 5.1.5 Kewangan

a. Semua kutipan dang perbelanjaan wang oleh Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah direkod dan Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab menyelia dan mengawal kutipan dan perbelanjaan wang kelab. b. Pegangan tunai tidak melebihi RM 200.00 hendaklah dipegang oleh Bendahari Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah pada sesuatu masa. c. Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada bila-bila masa kewangan kelab sekiranya yuran kelab disimpan dalam akaun PIBG.

5.1.6

Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat

a. Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab sekiranya kompuer disewa daripada syarikat swasta. b. Kemudahan computer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh guru dan kakitangan pejabat sekolah dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab mengadakan aktivitiaktivitinya serta mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat. c. Bagi Kelab yang menggunakan kemudahan makmal computer kepunyaan sekolah, Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat hendaklah mengatur jadual penggunaan kemudahan tersebut untuk kelab.

5.2 5.2.1

Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Latihan

a. Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru pembantu, murid-murid yang telah mahir, pengajar swasta atau pengajar sambilan b. Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah berkenaan dengan syarat mereka juga membayar yuran yang ditetapkan. c. Antara latihan yang dicadangkan ialah

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

i. Sesi pendedahan kepada komputer (Computer Awareness Sessions); ii. Pengajaran pengatucaraan; iii. Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi; iv. Penggunaan sistem ,,authoring ; v. Capaian internet; vi. Pembangunan laman web; dan vii. Pembinaan aplikasi sistem.

5.2.2

Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam Pendidikan (KDP) Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diguna pakai untuk tujuan latihan peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

5.2.3 Aktiviti Am Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk: a. Surat berita (newsletter)/bulletin. b. Perjumpaan/mesyuarat kelab. c. Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz.

d. Lawatan. e. Pameran/Hari Terbuka. f. Tayangan filem/video/slaid.

g. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan perisian.

5.3

Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya terdapat perubahan dalam perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa atau ahli, umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada perubahan tersebut.

6.

Infrastruktur Kelab Komputer /Teknologi Maklumat Sekolah 6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada a. Makmal/Bilik Komputer b. Perkakasan c. Perisian

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.2 Makmal/Bilik Komputer 6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik komputer hendaklah mengambil kira a. Saiz makmal/bilik b. Bilangan murid Nisbah murid : komputer

6.2.2 6.2.3 6.2.4

Makmal/Bilik Komputer sebaik-baiknya berhawa dingin. Makmal / Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan dipasang,terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik.

6.2.3

Makmal / Bilik Komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan. Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading ) mestilah diletakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.

6.2.4

6.3 Perkakasan. 6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa : a. Keperluan Utama. i. Komputer mikro (multimedia); dan ii.Pencetak ( 1 unit untuk setiap 5 ­ 10 unit komputer mikro). b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab ) i. ii. iii. iv. v. 6.3.2 Pengimbas; Modem dan sambungan internet; Rangkaian setempat (LAN) Projektor LCD atau TV dan kad dan; Lain-lain peralatan komputer,

Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian yang berlesen dan sesuai dengan perisian. Semua perkakasan komputer sebaik-baik hendaklah diinsuranskan.

6.3.3

6.4 Perisian. 6.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

7 Penyelenggaraan ( Makmal, Perkakasan dan Perisian ) 7.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok sebagai rekod inventori. Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. Penyelengaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu. Kelab adalah digalakan dan menyimpan salinan (backup) perisian dan aplikasi sebagai langkah keselamatan

7.2 7.3

7.4

8. Peraturan Makmal a. Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ialah ; i. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal. ii. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal kecuali dengan kebenaran guru penasihat. iii. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer. iv. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambutan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer. v. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal. b. Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Bab 7 ­ PENGLIBATAN, KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan, kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam kegiatan sekolah berhubung aktiviti atau program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Bab ini menerangkan tatacara penerimaan sumbangan yang dibenarkan oleh KPM apabila sesuatu pihak ingin menaja atau meyumbangkan kepakaran, perkakasan,perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah.

Walau bagaimanapun sekolah sebagai institusi kerajaan perlu mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang termaktub. Pekeliling-Pekeliling yang dirujuk dalam bab ini ialah : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar / Atau Pungutan Wang.

1.

PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 1.1 Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat pelajar serta melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer. 1.2 Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan. 1.3 Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media massa dan menaggung perbelanjaan serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan. 1.4 Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sekolah asalkan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk tujuan ini, pihak penyumbang perlu terlebih dahulu mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM untuk mendapatkan kelulusan.

2.

PERSEDIAAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM MENERIMA SUMBANGAN

2.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan atau tajaan, perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian : Sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran dikenakan. Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah. Pertimbangan perlu diberikan kepada infrastruktur, keselamatan dan peruntukan kewangan. Mendapatkan sumbangan secara pakej adalah digalakkan. Sebarang sumbangan dari negara luar perlu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan. Sumbangan hendaklah selaras dengan rancangan dan dasar yang ditetapkan. Penyertaan pihak luar tidak bercanggah dangan falsafah dan matlamat pendidikan negara.

2.2 Bagi sumbangn berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut : Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk diteliti. Pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan sekolah perludijalankan. Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran.

3.

TATACARA PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH

Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah yang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara berikut seperti Carta Alir sumbangan pihak luar : 3.1 3.2 Memohon kebenaran daripada PPD/PPB. Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikan oleh PPD/PPB. 3.3 3.4 Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam boring KEW.312 (daftar harta modal). Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada JPN masing-masing.

4.

TANGGUNGJAWAB JPN DAN PPD / PPB

Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak JPN dan PPD / PPB perlu melaksanakan perkara-perkara barikut : 4.1 Meminta pihak sekolah membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek : Kos penyenggaraan peralatan; Kos sewaan talian; Kos penggantian alat; Kos penggunaan perisian, dan Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

4.2 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun tamat tempoh tajaan. 4.3 Memaklumkan semua kelulusan program ini kapada Bahagian Sekolah dengan salinan kepada Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran (JMPK) Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Sistem Maklumat dan Pusat Perkembangan Kurikulum. 4.4 Pihak JPN/PPD/PPB perlu memastikan sekolah sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan manamana dasar, syarat atau peraturan berkaitan pungutan wang. 4.5 Sekiranya program atau aktiviti dalam sumbangan yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan mengenai bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan disertakan maklumat lengkap mengenai program atau aktiviti yang hendaklah dijalankan. 4.6 Merancang dan memantau latihan ICT guru.

5.

KESINAMBUNGAN PROJEK Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak sekolah perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :

5.1

Membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek : Kos penyenggaraan peralatan Kos sewaan talian Kos penggantian alat Kos penggunaan perisian Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.

5.2

Merancang kos tersebut untuk dikemukakan kepada JPN bagi dimasukkan dalam Anggaran

Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun tamat tempoh tajaan.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 8 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.

LATARBELAKANG Merupakan kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan ICT bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2.

KANDUNGAN 2.1 2.2 2.3 Berdasarkan perancangan rapi sebelum seseuatu P&P Berdasarkan objektif pelajaran dan kesesuaian (relevan) Berfikrah dan bijaksana

3.

PENDEKATAN / KAEDAH 3.1 Penggunaan ICT secara tutoran ­ bahan yang berdasarkan susunan yang tetap atau modul dalam portal pendidikan dan penjelajahannya dikawal oleh sistem 3.2 Penggunaan ICT secara penerokaan ­ penggunaan bahan CD, Portal maklumat atau Internet untuk megumpul maklumat untuk tugasan yang tertentu di mana mautan dan penerokaan dikawal oleh murid 3.3 ICT sebagai alat aplikasi ­ penggunaan aplikasi untuk menjanakan produk dan melaksanakan tugas pembelajaran , contohnya membuat persembahan hasil perbincangan menggunakan aplikasi Power Point. 3.4 ICT sebagai alat komunikasi ­ berhubung dengan pihak lain atau sumber maklumat daripada lokasi yang berbeza menerusi aplikasi komunikasi seperti e-mail, video conferencing, messenger, dan sebagainya.

4.

PRODUK / HASIL 4.1 4.2 Kerja kursus dan penilaian hasil projek pelajar. Pembinaan laman web yang boleh diakses secara offline sekolah. (Bahan laman web disimpan dalam server dan diakses secara Intranet) 4.3 Kemahiran mencari, mengumpul dan memilih maklumat daripada Internet. 4.4 Berkomunikasi secara e-mail, chatting atau video conferencing untuk tujuan pendidikan.

5.

SYARAT PELAKSANAAN 5.1 Perancangan rapi oleh guru bersesuaian dengan objektif pengajaran. 5.2 Penguasaan kemahiran belajar oleh pelajar iaitu dapat memilih, menyusun, memetik

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

maklumat dan mempersembahkan maklumat.

6.

KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 6.1 6.2 6.3 Tahap literasi computer guru yang baik Kesediaan dan kesedaran guru Sokongan oleh pihak pengurusan

7.

UKURAN PENCAPAIAN 7.1 7.2 7.3 7.4 Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar. Pentaksiran autentik berdasarkan hasil sebenar Briged pelajar yang dapat membantu pelajar lain dalam P & P dan masalah komputer. Briged guru yang mampu membantu guru lain dalam P & P dan masalah komputer.

8.

RUJUKAN 8.1 8.2 8.3 8.4 Laman web http://kdp.ppk.kpm.my atau http://igalaksi/mercury/kdp Laman web http://www.bestarinet.my Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my Laman web http://www.akademikpahang.edu.my/v3/

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 9

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk: 1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara. 2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa. 3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. 4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia. 5. E-mel Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam. Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa. Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan: a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. b) Menghalang identiti pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain. c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host). Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang boring, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya.

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

Information

Sekolah yang mempunyai makmal komputer ( bangunan sendiri / ubah suai)

44 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

387805


You might also be interested in

BETA
Microsoft Word - PENGURUSAN PEMBELAJARAN BESTARI.doc
SEPARATOR