Read 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU text version

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.1.1 Rumpun bahasa Melayu 1.1.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua franca

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Molo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama ITsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersamasama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasabahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Bahasa Melayu (Jawi: ) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasabahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh pendudukpenduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Perkembangan Bahasa Melayu:

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno:

Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semuasamuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik:

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356): ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380): masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan katakata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (13031387): ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden:

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

1.1.2

Bahasa Melayu sebagai Lingua franca

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya di Palembang.

Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat. Natijahnya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Perkembangan Bahasa Melayu Perkembangan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga tahap; i) Bahasa Melayu Kuno ii) Bahasa Melayu Klasik iii) Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno Tahap bahasa Melayu kuno dianggarkan bermula dengan kelahiran kerajaan Jambi dan kerajaan Srivijaya, kira-kira abad ke-7 hingga ke-11. Menurut catatan Cina, kerajaan Melayu pernah menghantar utusan ke negeri China pada tahun 644 Masihi. Sejak abad ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya sudah terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan agama Buddha. Menurut I-Tsing bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajar bahasa Sanskrit, agama Buddha dan menjadi alat pernyataan seni dan sastera.

Pada zaman ini sejak kurun ke-7 Masihi pengaruh Hindu dan Buddha banyak memberi kesan kepada bahasa Melayu , terutama sekali dalam bidang agama. Bahasa Melayu yang pada mulanya menjadi bahasa harian berubah fungsinya kepada bahasa agama dan falsafah. Bahasa Melayu mula menerima kosa kata bahasa Sanskrit seperti kepala, dosa, neraka dan lain-lain.

Ciri Dan Bahan Bukti Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mengalami proses perubahan dengan menerima kata-kata daripada bahasa Sanskrit. Penerimaan kata-kata ini penting untuk mengungkapkan ide dan konsep yang baru. Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti; I Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi) II Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi) IIIBatu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi) IVBatu Bersurat Karang Brahi, Jambi (680 Masihi)

Yang berikut merupakan tulisan pada Batu Bersurat Kedukan Bukit:

Swasti SriShakawawarsatita 605 ekadshi Shuklapaksa wulan waishka dapunta Hilang naik disambau mengalap siddhayatra Di Saptami Shuklapaksa wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan(Tamwar?) Mamawa jang bala dua laksa Dangan......dua ratus Tsyara disambau dengan jalan Saribu tlu ratus sapuloh Dua banyaknya datang Di matajap (mataya?) Di pantshami shuklapaksa wulan ....laghu mudik datang Marwuat manua ....Sriwijaya Jayasiddhayatra subhiksa

Terjemahannya dalam bahasa Melayu:

Selamat dan bahagia Dalam syaka 605, pada sebelas Hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal Mencari untungnya Pada tujuh hari bulan terang dari bulan Jyesta Baginda berangkat Dari muara Tamuan (Tamwar?) Membawa bala dua laksa dengan .......dua ratus pawang di kapal dengan yang berjalan kaki seribu tiga ratus dua belas banyaknya batang di Matajab (matanya) sukacita pada lima hari bulan terang dari bulan..............belayar mudik datang membuat benua....Sriwijaya kota yang jaya,yang bahagia, dan yang makmur.

Kata-kata yang bergaris menunjukkan penggunaan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat ini ditulis menggunakan huruf Pallawa, iaitu huruf Kawi dan Nagiri yang berasal daripada bahasa Dravida di India Selatan.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno: 1. Ayat yang digunakan pendek dan ringkas. 2. Perkataan yang digunakan bercampur aduk antara kata-kata Bahasa Melayu Kuno dan kata-kata Sanskrit. 3. Keselarasan vokal pada Bahasa Melayu kuno, contohnya; a-a, u-i, i-i a) bala laksa b) mudik tuwi c) minimumnya 4. Penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b]. Wuat buat Wulan bulan

5.

6.

7.

8.

9.

Penggunaan awalan mar - bagi awalan berMarlapas berlepas Marwuat berbuat Pengunaan awalan ni- untuk awalan diNiwunuh dibunuh Nikenal dikenal Penggunaan vokal dengan luas [a] untuk vokal tengah [e] atau pengguguran vokal [a] seperti: Dgan dengan Sarivu seribu Dalam bahasa Melayu Kuno, terdapat kata pasif dan aktif. Kata-kata aktif ditandai oleh awalan ma-, mang- dan memmanakala kata-kata pasif ditandai oleh awalan ni-. Bahasa Melayu Kuno mempunyai 4 vokal sempit iaitu / i /, / u / , / e / (vokal depan separuh sempit) dan / a /.

Daripada bahan bukti ini dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Melayu Kuno sudah berkembang sebelum abad ke-7 kerana bahan-bahan ini menunjukkan bahawa pada abad inilah bahasa Melayu bertapak dan menerima pengaruh dari India. Selepas itu bahasa Melayu menerima evolusinya dengan meminjam perkataan daripada bahasa Sanskrit. Penemuan batu bersurat membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa rasmi dan bahasa pemerintahan di istana. Bahasa Melayu Kuno juga digunakan sebagai bahasa lingua franca dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perdagangan, agama, dan falsafah.

Information

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

33 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

614770


You might also be interested in

BETA
STPM/S910
Microsoft Word - Manual Pengajaran CTU151
C:\DOCUME~1\user\Desktop\PAGEMA
Microsoft Word - MUKA DEPAN KULIT.doc