Read PERTUKARANJUN2011.pdf text version

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-88849586 (Aras 3) / 03-88849370 (Aras 4) Faks : 03-88849315 Laman Web : http://www.moe.gov.my/bs

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO. : AR4166

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO. : AR4166

Rujukan Kami : KP(BPSH-SPSM) 301/01/01/Jld.6(1) Tarikh : 18 Februari 2011 Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pengurusan Teknik Dan Vokasional Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Kesenian dan Kokurikulum Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y. Bhg. Dato' / Tuan / Puan, PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN DALAM DAERAH JUN 2011. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun 2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut :i. ii. http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo

3. Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA 29, DG 41, DGA 32 (KUP time base), DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran. Guruguru yang memegang jawatan pada gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan Excel) yang boleh diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN / Bahagian

"1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

yang berkenaan untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran. 4. Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2011 juga hanya dibuka untuk kes-kes Permohonan Pertukaran seperti berikut :i. ii. iii. Mengikut suami / isteri yang telah berada di negeri yang dipohon. Ancaman Keselamatan (disertakan laporan polis). Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan daripada doktor pakar kerajaan). (* Bagi kes ii dan iii, sila serahkan laporan polis atau laporan kesihatan kepada JPN) 5. Sehubungan itu, kelulusan bagi permohonan pertukaran guru Jun 2011 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan opsyen di tempat yang dipohon. adalah

6. Oleh sebab permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah adalah sepenuhnya secara on-line. Dipohon Pengetua / Guru Besar / Pentadbir Sekolah memaklumkan kepada semua guru sekolah supaya mengemaskini maklumat mereka melalui laman web e-Operasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi) mulai 1 hingga 27 Mac 2011. 7. Kerjasama dan akauntabiliti Pengetua / Guru Besar / Pentadbir Sekolah sebagai "pengesah" juga sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang dikemaskini oleh guru, adalah betul dan tepat. Pengesah juga dipohon mengesahkan setiap permohonan pertukaran guru dengan kadar segera mulai 1 hingga 27 April 2011 supaya tindakan seterusnya oleh penyemak di PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan. Sekian dimaklumkan, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah,

DATUK HAJI ISA B. HJ. ABU Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia.

sk.

1. 2. 3.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OP) Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

D:\Surat\2011\PERTUKARAN JUN 2011- SURAT SIARAN

Information

2 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

316681


You might also be interested in

BETA
PERINTAH-PERINTAH AM
PERINTAH-PERINTAH AM