Read zulhilmi-abstract.pdf text version

SISTEM PEMANTAUAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA BERASASKAN BIOMETRIK

MOHD ZULHILMI BIN TAMYIZ

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JULAI,2009

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ................................................................ : MOHD ZULHILMI BIN TAMYIZ : 13 JULAI 2009

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)"

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: ............................................... : DR SHUKOR BIN ABD RAZAK : 13 JULAI 2009

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun"

Pertama sekali jutaan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya Projek Sarjana Muda II telah berjaya disiapkan dengan baik dan jayanya. Rasa syukur yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah banyak memberi semangat agar gigih dalam melakukan dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Penghargaan yang ikhlas dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Shukor Abd Razak selaku penyelia kerana banyak membantu dalam melahirkan dan memberi idea yang bernas. Nasihat, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda II ini sangat dihargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah-pensyarah di jabatan rangkaian dan komputer sistem kerana banyak memberi panduan dan nasihat yang berguna kepada tidak kira samada di dalam kelas atau diwaktu luar pembelajaran. Terima kasih juga turut dilahirkan kepada rakan-rakan seperjuangan seperti Nur Nadirah binti Muhamad Ishak, Mohd Nabil bin Mohd Abd Hadi, Muhamad Faizal bin Sidek dan Mohamad Haider bin Abu Yazid yang banyak memberi bantuan dan sokongan moral sepanjang pelaksanaan projek ini.

Akhir kata, ribuan ucapan terima kasih ditujukan khas untuk yang berjasa kepada diri ini. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka. Sekian terima kasih.

ABSTRAK

Pelajar adalah satu aset negara yang perlu dijaga agar dapat membantu pembangunan negara pada masa hadapan. Pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang adalah pelajar yang mempunyai sikap dan tahap disiplin yang tinggi. Sehubungan itu, titik tolak dalam pembentukkan sahsiah diri pelajar yang utama bermula di sekolah. Masalah disiplin timbul apabila pelajar mula berjinak-jinak dalam melakukan kesalahan kecil di sekolah seperti ponteng kelas. Seterusnya apabila sudah biasa, pelajar lebih mudah melakukan kesalahan yang lebih berat. Sistem Pemantauan Aktiviti Pelajar Asrama Berasaskan Biometrik adalah sebuah sistem yang menggunakan data atau input cap jari pelajar sebagai satu maklumat penting dan menjadikan pengenalan diri dapat membantu dalam mencegah pelajar daripada berjinak-jinak dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Aktiviti pelajar akan direkodkan dan ibubapa dapat mengikuti perkembangan anak mereka dalam laman web yang disediakan. Menggunakan kaedah cap jari, proses pemadanan cap jari dilakukan dengan menggunakan algoritma GrFinger 4.2 manakala perkakasan bagi pengimbas cap jari adalah menggunakan U.are.U 4000. Metodologi pemprototaipan untuk pembangunan sistem yang dipilih adalah demi memberikan kebaikan dan kelebihan yang optimum semasa proses pembangunan tersebut. Menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan VB.NET, sistem ini dapat memudahkan pihak pengurusan sekolah dan asrama dalam meningkatkan keupayaan bagi memperbaiki kaedah lama.

ABSTRACT

Student is the most precious things for the country that need proper care so that in the future, they can help for country development. Excellent, glorious and outstanding student is a person who has good attitude and discipline. In the beginning to form attitude for student is from the school itself. Discipline's problems begin when they try to do a small problem like play truant. But then, when they normaly do small problems they are no hesitation to do big problems. Hostel student activity manager system base on biometric is a system that use finger print for student and use as important data to prevent them from doing bad activity. Student's activity will be recorded and parents can follow their children's development in web page that will be provide to them. Using finger print method, matching process will be use GrFinger 4.2 algorithm while for finger print scanner is U.are.U 4000. Prototype metodologi for system development has been choose will give advantages during process development. Using ASP.NET and VB.NET programming langguage, the system will make easier for school and hostel management in order to upgrade the capabilities from old method.

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN SENARAI ISTILAH

iv v vi vii xii xiii xiv xv xvi

I.

PENGENALAN PROJEK 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pengenalan Latar Belakang Masalah Matlamat Projek Objektif Projek Skop Projek Justifikasi Rumusan 1 2 3 3 3 4 4

II.

KAJIAN LITERATUR 2.1 2.2 Pengenalan Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) 2.2.1 Sistem Catatan Aktiviti Pelajar 2.3 Biometrik 2.3.1 Definasi Biometrik 2.3.2 Jenis-jenis Kaedah Biometrik 2.3.3 Pengesahan dan Pemadanan Cap Jari 2.3.4 Pemprosesan Imej 2.3.5 Mengenalpasti ciri-ciri untuk Proses Pemadanan 2.3.6 Carian Pemadanan Cap Jari 2.3.7 Penegasan (Robust) Kepada Imej yang Berkualiti 2.3.8 Peletakan Jari Pada Pengimbas Bagi Tujuan Penegasan 2.3.9 Penegasan Kepada Orientasi Jari Pada Pengimbas 2.4 Algoritma Pemadanan Cap Jari 2.4.1 GrFinger 4.2 2.5 2.6 2.7 Justifikasi Pemilihan Teknik Sistem Pengurusan Tanpa Biometrik Kajian Kes 2.7.1 Kajian Kes 1 2.7.2 Kajian Kes 2 2.8 Laman Web 2.8.1 Aplikasi berasaskan web 2.8.2 Sejarah Aplikasi Berasaskan Web 2.9 ASP.NET 2.9.1 Prestasi 2.9.2 Kelebihan ASP.NET 2.9.2.1 Pengawal ASP.NET 2.9.2.2 Komponen-komponen ASP.NET 2.9.2.3 Kesesuaian 2.10 Rumusan 6 8 8 9 9 9 10 12 12 13 13 14 15 15 17 18 19 19 20 20 21 21 22 23 24 24 24 25 25 5

III.

METODOLOGI

3.1 3.2 3.3

Pendahuluan Metodologi Yang Digunakan Justifikasi Pemilihan Metodologi 3.3.1 Fleksibiliti 3.3.2 Kos Pembangunan Sistem 3.3.3 Kesesuaian Sistem 3.3.4 Jangka Masa Pembangunan Projek

26 27 28 28 29 29 29 30 30 30 31 31 33 33 34 35 35 36

3.4 3.5 3.6

Metodologi Pembangunan Sistem Fasa Perancangan Sistem Fasa Analisis Sistem 3.6.1 Analisis Keperluan Sistem 3.6.1.1 Justifikasi Perisian 3.6.1.2 Justifikasi Perkakasan

3.7 3.8 3.9 3.10 3.11

Fasa Rekabentuk Sistem Fasa Implementasi Sistem Fasa Penyelenggaraan dan Dokumentasi Perancangan Kerja Rumusan

IV.

REKABENTUK DAN IMPLEMENTASI

4.1 4.2 4.3 4.4

Pengenalan Pemodelan Kes Guna Rajah Jujukan Rekabentuk Antaramuka 4.4.1 Antaramuka Utama 4.4.2 Antaramuka Pendaftaran Pelajar 4.4.3 Antaramuka Memasukkan Imej Cap Jari

37 38 39 39 40 41 42 43 43 44

4.5

Rekabentuk Pangkalan Data 4.5.1 Jadual Admin 4.5.2 Jadual Enroll

4.5.3 Jadual Guru 4.5.4 Jadual Warden 4.5.5 Jadual Asrama 4.5.6 Jadual Kehadiran Pelajar 4.5.7 Jadual Ibu Bapa 4.6 Rumusan

45 45 46 47 47 48

V.

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 5.2 5.3

Pengenalan Persekitaran Pembangunan Implentasi Sistem 5.3.1 Fungsi Log Masuk 5.3.2 Fungsi Sambungan Pangkalan Data 5.3.3 Fungsi Papar Senarai Data 5.3.4 Fungsi Daftar 5.3.5 Fungsi Ekstrak Imej Cap Jari 5.3.6 Fungsi Kenalpasti 5.3.7 Fungsi Enroll

49 50 50 51 52 52 53 54 55 56 57 57

5.4 5.5

Pengujian Rumusan

VI.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 6.1 6.2 6.3 6.4 Pengenalan Perbincangan Masalah dan Kelemahan Sistem Cadangan Pembaikan dan Peningkatan 58 58 59 59

RUJUKAN Lampiran A-D

60 61-83

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL HALAMAN

TAJUK

2.1 2.2 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Sejarah Ringkas Aplikasi Berasaskan Web Penerangan ringkas ASP.NET Spesifikasi Perkakasan Jadual admin Jadual Enroll Jadual Guru Jadual Warden Jadual Penyimpanan Maklumat Keluar Masuk Pelajar Jadual Penyimpanan Rekod Kehadiran Pelajar Jadual Penyimpanan Rekod Ibu bapa

22 23 33 43 44 45 46 46 47 48

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH HALAMAN

TAJUK

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 4.1 4.2 4.3 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7

Pemprosesan imej Mengenalpasti Ciri-ciri serta Nama Bagi Setiap Bahagian Imej Cap Jari yang Dikenalpasti Penegasan Kepada Imej yang berkualiti Contoh Aplikasi yang Berasaskan Web Gambarajah Antaramuka Utama Sistem Antaramuka Pendaftaran Pelajar Gambarajah Antaramuka Memasukkan Imej Cap Jari Keratan Kod Bagi Fungsi Log Masuk Keratan Kod Bagi Fungsi Sambungan Pangkalan Data Keratan Kod Bagi Fungsi Papar Senarai Data Keratan Kod Bagi Fungsi Daftar Keratan Kod Bagi Fungsi Ekstrak Imej Cap Jari Keratan Kod Bagi Fungsi Kenalpasti Keratan Kod Bagi Fungsi Enroll

11 12 13 14 21 40 41 42 51 52 53 54 55 56 57

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN HALAMAN A

PENERANGAN

Carta Gantt Projek Sarjana Muda I Carta Gantt Projek Sarjana Muda II

62 63 64 66 69 72

B C D E

Alat Pengimbas Cap Jari Senarai Kes Guna Dalam Sistem Gambarajah Berjujukan Dalam Sistem Manual Penggunaan Sistem

SENARAI SINGKATAN

HD OOP PSM RAM UML WWW

Hard Disk Object Oriented Programming Projek Sarjana Muda Random Access Memory Unified Modelling Language World Wide Web

SENARAI ISTILAH

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

Bahasa Permodelan Disatu Pengaturcaraan Berorientasikan Objek Rajah Aktiviti Rajah Jujukan Rajah Kelas Rajah Kes Guna

Unified Modelling Language Object Oriented Programming Activity Diagram Sequence Diagram Class Diagram Use Case

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1

Pengenalan

Kebanyakkan sekolah di Malaysia telah pun mempunyai sistem pemantauan aktiviti pelajar mereka tersendiri. Walaubagaimanapun, kebanyakan sekolah hanya menggunakan sistem yang boleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Ini kerana sistem yang diguna-pakai adalah dengan menggunakan kaedah manual iaitu merekodkannya di dalam buku catatan. Seiring kemajuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat, sistem pemantauan aktiviti pelajar yang sedia ada perlu dikaji keberkesanannya.

Sistem yang dipraktikkan di sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk memantau aktiviti pelajar sepanjang masa persekolahan. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan para pelajar mengikuti kelas atau aktiviti yang telah diaturkan atau dijadualkan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan para pelajar dipertingkatkan. Sebagai contoh sekiranya pelajar keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran atau tidak berada di kawasan yang sepatutnya seperti di kelas, data daripada cap jari tidak diperoleh dan sistem akan mengesan yang pelajar tersebut tidak berada di kawasan yang sekolah. Sistem tersebut bukan hanya semata-mata digunakan untuk dalam bidang akademik sahaja, bahkan turut digunakan untuk merekodkan displin para pelajar. Bagi penggunaan kaedah lama, segala aktiviti para pelajar yang direkodkan adalah dengan menggunakan tenaga manusia. Sekiranya komputer digunakan, ianya hanya terhad kepada aktiviti penyimpanan rekod sahaja. Tanpa satu sistem pemantauan aktiviti pelajar yang baik,

sesebuah sekolah akan mengalami masalah dan sekaligus akan membebankan para guru.

1.2

Latarbelakang Masalah

Berdasarkan kepada sistem pemantauan aktiviti pelajar yang biasa, sistem tersebut tidak lagi praktikal pada masa kini. Ini kerana pemantauan aktiviti pelajar adalah secara manual dan sukar bagi para guru memastikan pelajar berada pada kelas atau di kawasan sekolah. Banyak masalah akan timbul sekiranya sistem yang lama tidak dinaik taraf kepada satu sistem yang lebih berkesan dan cekap. Antara masalah yang timbul adalah apabila berlaku kesilapan teknikal oleh staf atau guru yang dipertanggungjawabkan untuk merekod aktiviti pelajar. Ada juga berlaku situasi yang mana pelajar yang bukan sepatutnya, melaporkan kehadiran rakan mereka walhal rakan pelajar tersebut tidak berada di kawasan yang sepatutnya. Ini sekaligus akan merebak gejala ponteng.

Selain itu, sekolah berasrama dipilih kerana sekolah berasrama perlu diberi perhatian yang lebih. Ini kerana para pelajarnya adalah tinggal berjauhan dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa hanya dapat mengetahui perkembangan anak mereka apabila mereka datang melawat dan waktu cuti sekolah tetapi belum pasti apa yang disampaikan adalah benar.

Satu langkah yang dikenal pasti boleh membantu mengurangkan masalah yang timbul adalah dengan menaik taraf daripada sistem yang lama kepada satu sistem yang baru. Sehubungan itu, satu sistem yang lebih baik dan berkesan perlu dibangunkan demi mengurangkan masalah dan memberi kebaikan kepada semua pihak. Sistem ini berteraskan web dan penggunaan visual basic. Ia bertujuan sebagai mengumpul data, menjadi pengantara pada sistem dan perkakasan, dan memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau atau mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka. Penggunaan visual basic adalah lebih kepada pengantara pada perkakasan.

1.3

Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem pemantauan aktiviti pelajar berasaskan biometrik yang berkesan dan cekap dalam membantu serta memudahkan pengurusan bagi sesebuah sekolah berasrama.

1.4

Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk :

i. ii.

Melakukan kajian terhadap sistem sedia ada berasaskan biometrik. Merekabentuk dan membangunkan sistem pemantauan aktiviti pelajar bagi sekolah berasrama.

iii.

Melakukan pengujian terhadap sistem pemantauan aktiviti pelajar yang dibangunkan.

1.5

Skop Projek

Skop projek ini adalah :

i.

Sistem ini menyokong persekitaran windows dan menggunakan bahasa pengaturcaraan visual basic dan serta pangkalan data.

ii.

Sistem ini meliputi para guru, pihak pengurusan asrama, ibubapa dan pelajar.

iii.

Penggunaan biometrik menggunakan cap jari semasa pelajar menghadiri sesuatu aktiviti

1.6

Justifikasi

Sistem pemantauan aktiviti pelajar ini akan memberi banyak kemudahan dan manfaat untuk banyak pihak. Tidak hanya terhad kepada pihak pengurusan sekolah dan asrama, malah manfaatnya dapat diperoleh pada ibubapa dan juga pelajar itu sendiri. Sistem yang dibangunkan dapat membantu pengurusan sekolah mengurangkan masalah yang timbul menggunakan kaedah lama. Bagi memberi dan menjamin data yang tepat, kaedah biometrik digunakan dalam sistem tersebut. Kesilapan teknikal dan pelbagai masalah lain seperti kehilangan buku rekod dapat diatasi. Ibubapa yang tidak berkesempatan untuk selalu melawat anak mereka boleh mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang dilakukan anak mereka iaitu dengan cara dengan melayari web yang disediakan. Dengan cara ini, kerisauan ibubapa dapat dikurangkan kerana mereka mengetahui keadaan anak mereka di sekolah. Apa yang lebih utama ialah dengan menggunakan sistem ini, secara tidak langsung akan dapat mendisiplinkan pelajar dan mengurangkan salah laku disiplin pelajar. Sekiranya pelajar tidak hadir dalam sesuatu aktiviti pihak pengurusan akan segera mengetahui sekiranya pelajar tidak berada di tempat yang sepatutnya.

1.7

Rumusan

Sistem ini akan memberi banyak kelebihan kepada pelajar, pihak pengurusan asrama, guru dan juga ibubapa. Penggunaan teknologi diharap dapat memantapkan lagi sistem yang dibangunkan. Segala permasalahan yang timbul dalam sistem terdahulu diharap dapat diselesaikan menerusi sistem ini. Masalah mengenai sistem terdahulu serta kajian mengenainya akan dibincangkan di bab seterusnya.

Information

21 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

14274


You might also be interested in

BETA
Microsoft Word - Keperluan+Pengangkutan+Awal