Read COVER DEPAN TESIS.pdf text version

MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN

KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ***

JUDUL : MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN. SESI PENGAJIAN : 2005/2006/2 Saya, KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN

mengaku membenarkan tesis * Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara institusi pengajian tinggi. ** sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi matlumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / bahan dimana penyelidikan dijalankan).

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 457, JALAN CENDERAWASIH, TAMAN PAROI JAYA, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Tarikh :

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR. MOHD. TAJUDDIN MOHD. RASDI Nama Penyelia Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda

"Saya/ Kami akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/ kami, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah Seni Bina"

Tandatangan Nama Penyelia I Tarikh

:____________________________ : Prof. Dr. Mohd.Tajuddin Bin Mohd Rasdi : ____________________________

Tandatangan Nama Penyelia II Tarikh

:____________________________ : Dr. Syed Ahmad Iskandar Bin Syed Ariffin : ____________________________

i

MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN

KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Seni Bina

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2006

ii

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan Nama Penulis No. Passport Tarikh

:_____________________ : Kamarul Afizi Bin Kosman : 760626-06-5423 :

iii

Dipersembahkan khas untuk isteri yang tercinta, Juliana Binti Seman serta permata hati papa, Nur Kamalin Sofiya dan Mohammad Arif Syahmi yang begitu memahami dan membahagiakan ku selama ini .......

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, yang menggenggam apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi serta dengan segala izin dan hidayah dariNya, maka Tesis ini dapat selesai sebagai mana mestinya. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Rasulullah Muhammad SAW serta seluruh keluarga, sahabat, dan orang-orang yang istiqamah di jalannya hingga akhir zaman.

Penghargaan, penghormatan dan ucapan terima kasih sebesar-besarnya saya sampaikan kepada Prof. Dr Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi atas segala bimbingan, nasihat, arahan dan dorongannya dalam penyelesaian tesis ini.

Penghargaan, penghormatan dan ucapan terima kasih yang sama juga ditujukan kepada Dr Syed Ahmad Iskandar Ariffin atas segala kritikan dan saranan yang membangun selama proses penulisan tesis ini.

Ucapan terima sampaikan kepada tiga orang insan yang banyak berkorban serta menjadi inspirasi utama kepadaku iaitu isteri tercinta Juliana Binti Seman dan dua permata hati papa Nur Kamalin Sofiya.dan Mohammad Arif Syahmi.

v Juga ucapan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah banyak berkorban dan menyumbang kepada pencapaian yang telah dikecapi olehku sehingga ke tahap ini iaitu kedua-dua ibubapa tercinta, Kosman Bin Simin dan Allahyarhamah Zaitun Binti Mat Derus, kedua-kedua nenda tercinta, Allahyarhamah Zainab Binti Mat Derus dan Allahyarhamah Laminam Binti Noyo, ibu dan bapa saudara, Mohd Emran Bin Abdullah dan Patunah Binti Simin serta bapa dan ibu mertua, Seman Bin Ismail dan Nadzirah Binti Mohd Shah.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga sampaikan kepada tiga orang rakan seperjuangan, Rosdan Abdul Manan, Nangkula Utaberta dan Mastor bin Surat yang telah banyak membantu dengan memberikan pandangan yang kritis, dan berdiskusi tentang hala tuju tesis ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Prof.Dr. Mohd Fauzi Mohd Zain, Ketua Jabatan Seni Bina UKM yang telah banyak membantu khususnya dalam urusan pelepasan cuti belajar, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr. Hassan Basri yang sentiasa bersikap terbuka dan banyak memberi dorongan, pihak majikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga penaja sepanjang cuti belajar ini iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada pihak-pihak yang banyak membantu alam urusan mencari maklumat, Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA), Pusat Sumber NST, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan Karangkraf Sdn Bhd.

vi Ucapan terima kasih disampaikan kepada rakan seperjuangan di UKM, Nik Lukman, Abdul Halim, Izi dan Rasdan yang telah menjadi teman diskusi dan tempat bertukar cerita bagi penulis.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada kakitangan pentadbiran di JPA, Pendaftar UKM, Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Jabatan Seni Bina yang banyak membantu dalam melancarkan urusan teknikal sepanjang tempoh cuti belajar ini

Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada pelbagai pihak yang telah membantu selama proses penghasilan tesis ini, semoga Allah membalas kebaikan hati anda semua dan menaungi dengan rahmat-Nya.

vii

ABSTRAK

Krisis identiti seni bina yang wujud di Malaysia sejak empat dekad yang lalu telah mengundang pelbagai kritikan dan pandangan daripada tokoh-tokoh seni bina di negara ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh tersebut hanya berkisar di sekitar permasalahan reka bentuk sahaja manakala permasalahan dari sudut perlaksanaannya begitu jarang diperkatakan. Permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina melalui kaedah penerbitan di Malaysia dilihat sebagai salah satu daripada masalah perlaksanaan yang menjadi punca kepada wujudnya krisis identiti seni bina tersebut di mana idea-idea yang diutarakan oleh pendokong gagasan tersebut tidak diterima dan dihayati di peringkat akar umbi. Kajian terhadap penerbitan buku, majalah dan akhbar yang membincangkan mengenai isu seni bina Malaysia sejak empat dekad yang lalu telah dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana wujudnya permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia melalui medium-medium tersebut. Secara umumnya, perlaksanaan tesis ini berdasarkan kaedah kritikan sejarah yang mana penilaian serta cadangan terhadap penyelesaian masalah penerbitan identiti seni bina Malaysia tersebut dibuat berdasarkan nilai penyebaran idea yang dilaksanakan oleh dua pergerakan seni bina terdahulu yang wujud di Eropah iaitu Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman.

viii

ABSTRACT

The crisis of an architectural identity which occurred in Malaysia since the last four decades have attracted several criticism and opinions from architectural notaries in this country. Despite many opinions by these individuals, most of the discussions about architectural identity has only revolved around design problems while the problems of the execution of these ideas is rarely revealed. The problems with idea dissemination pertaining to architectural identity through publication methods in Malaysia has been seen as one of the execution problems which contribute to the causes of the crisis in architectural identity. The problem comes when ideas from the prime movers of the discourse are not received by the general public. The purpose of this research is to identify the kinds of Malaysian architectural issues as discussed in the publication of books, magazines and newspapers and to find out how far the problems in dissemination of ideas about a national identity in Malaysian architecture has occurred through those particular mediums. Generally, the method of research used in this thesis rely on the historical methodology. The publication frameworks as derived from two important movers of modern architecture in Europe; the Arts and Crafts Movement in Britain and Deutsche Werkbund Institution in German, are used as the evaluation parameters in this study.

ix

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKASURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN

i ii iii iv vii viii ix

1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1.1 Kenyataan Masalah 1.2 1.3 1.4 1.5 Matlamat Kajian Methodologi dan Skop Penyelidikan Struktur Kajian Rumusan

1 5 11 12 14 18

x

2

BEBERAPA PENDEKATAN DALAM PENULISAN DAN PENERBITAN ISU IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA

2.0 2.1

Pendahuluan Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut Pendekatan Reka Bentuk

20 21

2.2

Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut Kaedah Perlaksanaannya

27

2.3

Pendekatan yang Menjadi Idea Teras Kepada Tesis Ini

32

2.4

Rumusan

33

3

PENGERTIAN IDENTITI DALAM SENI BINA, PERMASALAHAN SERTA PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN NYA DI MALAYSIA

3.0. Pendahuluan 3.1 Definisi Seni Bina 3.2 Perkembangan Seni Bina Di Malaysia Menjelang Era-Pasca Merdeka 3.3 Penerapan Ciri-ciri Identiti Nasional Terhadap Seni Bina di Malaysia 3.4 Definisi Identiti Seni Bina Nasional 3.5 Krisis Identiti Seni Bina Di Malaysia 3.6 Sebab Dan Bentuk Krisis Identiti Seni Bina yang Wujud Di Malaysia.

34 35 39

41

43 46 48

xi 3.6.1 Kekeliruan Terhadap Ciri Asas Kepada Pembangunan Identiti Nasional. 3.6.2 Pemahaman yang Sempit Terhadap Keperluan Identiti Di dalam Seni Bina 3.7 Kesan Buruk Daripada Krisis Identiti Seni Bina Terhadap Masyarakat di Malaysia 3.7.1 Kelonggaran Ikatan Komuniti di Kawasan Bandar 3.7.2 Ancaman Terhadap Aspek Keselamatan Masyarakat 3.7.3 Deraan Emosi Masyarakat Yang Berpanjangan. 3.7.4 Pemisahan Nilai Moral Dan Etika Dalam Kehidupan Masyarakat 3.7.5. Penurunan Kualiti Kesihatan Masyarakat 3.6.6. Ancaman Kehabisan Sumber Tenaga Dan Kepincangan Ekonomi Masyarakat Pada Masa Hadapan. 3.8. Identiti Seni Bina Bukan Hanya Terbina Oleh Gaya Rupa Sahaja 3.9. Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Sebagai Penaung Baru Dalam Pembinaan Identiti Seni Bina di Malaysia 3.10. Perlunya Kajian Lanjut Terhadap LanjurTahap Kefahaman Dan Penglibatan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia Sejak Empat Dekad yang Lalu. 3.11 Rumusan 81 80 76 74 69 71 55 58 62 65 54 52 48

xii

4

PENYEBARAN IDEA MELALUI PENERBITAN SEBAGAI SALAH SATU LANGKAH MENARIK PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA

4.0. 4.1

Pendahuluan Kepentingan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia

82 83

4.2

Permasalahan Mengenai Kurangnya Pemahaman Masyarakat Terhadap Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.

87

4.3

Perlunya Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Kepada Masyarakat di Malaysia.

89

4.4.

Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar Merupakan Antara Kaedah Penyebaran Idea yang Berkesan Kepada Masyarakat.

92

4.5.

Pendapat Bahawa Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar Adalah Kaedah Penyebaran Idea Terbaik Kepada Masyarakat Mengenai Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.

95

4.6

Rumusan

96

5

PERANAN PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN DALAM PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA PADA AKHIR KURUN

KE ­19 DAN AWAL KURUN KE - 20

5.0

Pendahuluan

97

xiii 5.1 Kewujudan Pergerakan Arts and Crafts di Britain 5.1.1 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Seni Bina 5.1.2 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Produk Perindustrian 5.2 Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran Pergerakan Arts and Crafts di Britain 5.3 Pembentukan Kumpulan Kerja (Guild) Sebagai Tunjang Kepada Perlaksanaan Aktiviti Dan Perkembangan Pergerakan Arts and Crafts. 5.4 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pemimpin Pergerakan Arts and Crafts. 5.4.1 Penyebaran Idea Melalui Bidang Penerbitan 5.4.2 Penyebaran Idea Melalui Aktiviti `Guild'. 5.4.3 Penyebaran Idea Melalui Perubahan Kurikulum Pendidikan. 5.5 5.6 Penubuhan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman Proses Revolusi Terhadap Rekabentuk Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 5.7 Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran Institusi Deutsche Werkbund. 5.8 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund 5.8.1 Penggunaan Kaedah Penerbitan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 5.8.2 Penggunaan Kaedah Pameran Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 132 129 131 127 120 122 115 116 119 114 109 99 100 104 106

xiv 5.8.3 Mesyuarat Tahunan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 5.8.4 Penggunaan Agen Reformasi Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutscher Werkbund. 5.8.5 Rombakan Kurikulum Pembelajaran Seni Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 135 134 133

5.9

Rumusan.

136

6

PROSES PENYEBARAN IDEA MELALUI KAEDAH PENERBITAN KEPADA MASYARAKAT OLEH PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND

6.0

Pendahuluan 6.1 Kaedah Penyebaran Idea kepada Masyarakat yang Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and Crafts di Britain.

138 139

6.2

Kaedah Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

140

6.3

Kaedah Penerbitan Jurnal Dan Majalah Sebagai Medium Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

147

6.4

Kemajuan Bidang Percetakan Sebagai Pemangkin Kepada Kepesatan Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh

150

xv Pergerakan Arts and Crafts. 6.5 Program Penyebaran Idea Kepada Masyarakat oleh Institusi Deutsche Werkbund. 6.6 Peranan Penerbitan Risalah Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 6.7 Peranan Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 6.8 Peranan Penerbitan Jurnal, Buku Panduan Produk dan Surat Berita Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund. 6.9 Beberapa Persamaan Nilai yang Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and Crafts Dan Institusi Deutsche Werkbund Dalam Aktiviti Penyebaran Idea Melalui Penerbitan. 6.9.1 Penglibatan Menyeluruh Para Tokoh Dan Penggerak Dalam Penghasilan Penerbitan. 6.9.2 Kewujudan Unsur-unsur Kemasyarakatan Dalam Penerbitan. 6.9.3 Wujudnya Penerbitan Khusus Terhadap Penulisan yang Dihasilkan. 6.10 Rumusan 167 165 164 163 162 159 154 153 152

7

PERMASALAHAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MELALUI KAEDAH PENERBITAN DI MALAYSIA MENJELANG ERA PASCA-MERDEKA

7.0 7.1

Pendahuluan Aspek yang Menjadi Landasan Terhadap Perdebatan

169 170

xvi Mengenai Permasalahan Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Melalui Penerbitan . 7.1.1 7.1.2 Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian. Kaedah Analisis Terhadap Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian. 7.2 Kajian Terhadap Tahap Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia. 7.2.1 Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia. 7.2.2 Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Akhbar. 7.2.3 Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina Dalam Majalah Popular di Malaysia. 7.2.4 Kesan Daripada Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia. 7.3 Kajian Terhadap Tahap Perbincangan Aspek Kemasyarakatan di Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia . 7.3.1 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia . 7.3.2 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Isu Seni Bina 192 190 189 184 180 178 175 174 171 171

xvii di Majalah Seni Bina. 7.3.3 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Akhbar di Malaysia 7.3.4 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Dalam Majalah Dewan Budaya. 7.4.5 Kesan Daripada Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia. 7.4 Tiadanya Penerbitan Khusus Dalam Penyebaran Isu Identiti Seni Bina di Malaysia. 7.5 Rumusan. 200 199 197 196 194

8

BEBERAPA CADANGAN TERHADAP PERLAKSANAAN AKTIVITI PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG

8.0 8.1

Pendahuluan Perlunya Kerjasama Pelbagai Pihak Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilkan Penerbitan Seni Bina di Malaysia pada Masa Akan Datang. 8.1.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina 204 Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.1.2 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha 206

202 203

xviii Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.1.3 Peranan Pusat Pengajian Tinggi Dalam Usaha 208 Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina Di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.1.4 Peranan Badan Bebas Mengenai Seni Bina Dalam 209 Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.1.5 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan 213 Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.1.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam 214 Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina Di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.2 Langkah Untuk Meningkatkan Perbincangan Mengenai Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia. 8.2.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia. 215 215

xix 8.2.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia. 8.2.3 Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia. 8.2.4 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia. 8.2.5 Peranan Badan Bebas Atau Pusat Penyelidikan Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia. 8.2.6 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia. 8.3 Perlunya Wujud Saluran Khas Dalam Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Melalui Penerbitan di Malaysia. 8.3.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.3.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap 222 221 221 220 219 218 217 217

xx Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.3.3 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.3.4 Peranan Badan Bebas Dan Pusat Kajian Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.3.5 Peranan Badan Kerajaan Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.3.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang. 8.4 Rumusan. 227 226 225 224 223

9

KESIMPULAN

9.0 9.1

Pendahuluan Cadangan Kajian Lanjutan 9.1.1 Cadangan Kajian Mengenai Tahap Pemahaman Masyarakat Awam Terhadap Identiti Seni Bina

228 229 230

xxi Di Malaysia. 9.1.2 Cadangan Kajian Mengenai Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Nasional Oleh Para Pelopor Gagasan Tersebut Pada Era 70-an Dan 80-an. 9.1.3 Cadangan Kajian Terhadap Persepsi Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Mengenai Kepentingan Penglibatan Masyarakat Dalam Usaha Pembangunan Identiti Seni Bina Di Malaysia. 9.2 Rumusan 232 231 231

SENARAI RUJUKAN UTAMA SENARAI RUJUKAN UMUM DAFTAR BACAAN

I XV XLVI

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A : Antara Hasil Penerbitan Oleh Tokoh Dan Ahli Pergerakan Arts and Crafts Lampiran B: Senarai Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia (1957 ­ 2004). Lampiran C : Pembabitan Tokoh, Ahli Profesional Dan Akademik Seni Bina Malaysia Dalam Penerbitan Isu Seni Bina

LII

LIII

LIV

xxii di Akhbar (1963 ­ 2004). Lampiran D : Senarai Penerbitan Isu Seni Bina Malaysia di Dalam Majalah Dewan Budaya (1979 ­ 2003) Mengikut Kategori. Lampiran E : Senarai Penerbitan Isu Seni Bina Malaysia di Dalam Akhbar (1963 ­ 2005) Mengikut Kategori LVIII LVI

xxiii

SENARAI GAMBARAJAH

NO GAMBARAJAH

TAJUK

MUKASURAT

3.0

Rumah Kington Loo merupakan antara reka bentuk seni bina moden terawal di Malaysia menjelang era pasca-merdeka.

40

3.1

Masjid Negara, antara seni bina terawal yang mengetengah kan ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia.

42

3.2

Reka bentuk podium Ibu Pejabat BBMB (Sekarang ini diambil alih oleh Bank Muamalat) di Kuala Lumpur yang mengetengahkan ciri- ciri rekabentuk revivalisme seni bina Melayu.

51

3.3

Walaupun telah lebih empat dekad merdeka, rekabentuk skim perumahan awam di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa sebarang usaha untuk menjadikannya semakin baik serta mengambil kira unsur kemanusiaan dalam reka bentuknya.

53

3.4

Kawasan jalan yang sunyi dan luas di kawasan perumahan Seksyen 11 Petaling Jaya ini merupakan tempat yang sering berlaku kejadian jenayah seperti ragut dan ugut.

58

3.5

Tipologi rumah pangsa yang diambil daripada reka bentuk bangunan pejabat pejabat bukan sahaja mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada penghuninya tetapi juga mengancam aspek keselamatan terhadap kanak-kanak.

59

xxiv

3.6

Ketiadaan kawasan permainan yang khusus untuk kanak-kanak ataupun perletakan taman permainan yang terlalu jauh daripada blok kediaman mengakibatkan kanak-kanak menjadikan koridor sebagai kawasan permainan mereka.

60

3.7

Tiadanya ciri-ciri keselamatan di perkarangan sekolah telah mengundang bahaya murid-murid termasuk risiko dilanggar oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

62

3.8

Suasana di dalam rumah pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur yang hanya mempunyai satu bilik. Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan suasana luaran rumah pangsa satu bilik di Razak Mansion, Salak Selatan.

64

3.9

Reka bentuk kebanyakan Masjid di Malaysia pada hari ini yang mengambil contoh tipologi masjid dari Timur Tengah dan Turki.

68

3.10

Rekabentuk pusat membeli belah Sunway Pyramid dianggap menghina sebuah agama yang dianggap suci oleh pengikutnya suatu ketika dahulu.

69

3.11

Reka bentuk kebanyakan menara pejabat di Malaysia yang berdindingkan kaca tanpa sebarang penghadang sinaran matahari.

72

3.12

Budaya hidup seharian masyarakat menjadi teras kepada identiti seni bina tradisional Melayu pada masa dahulu.

75

3.13

Penubuhan pusat komuniti di Batu 11, Cheras telah mendatangkan banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di sekitarnya.

79

5.0

`The Red House' yang direkabentuk oleh Philip Web pada tahun 1859 dianggap sebagai hasil seni bina moden pertama di dunia.

100

xxv 5.1 Rumah penginapan paderi St. Saviour's yang direka bentuk oleh William Butterfield di Coalpit Heath, Avon pada tahun 1844 - 45. 5.2 Reka bentuk kediaman oleh Norman Shaw pada tahun 1868. Kelihatan corong asap dibesarkan dan menjadi elemen dominan pada bangunan tersebut. 5.3 Trellis wallpaper ( 1862) dan `Sussex' chair ( 1865), merupakan antara rekabentuk produk yang dihasilkan oleh Firma Morris & Co. 5.4 Pending dan pengacip oleh Alexander Fisher yang menggabungkan unsur Timur dan Barat di dalam reka bentuknya. 5.5 `Medieval Court' di Great Exibition pada tahun 1851. Pameran tersebut mendapat kritikan keras daripada Pugin kerana memaparkan produk reka bentuk yang bersifat peniruan semula dari zaman sebelumnya. 5.6 Botol menyimpan wain yang mempunyai pemegang dan penutup perak, direkabentuk oleh C.R. Ashbee pada tahun 1904 merupakan antara produk yang dihasilkan oleh Guild of Handicraft. 5.7 Ruang pameran Century Guild dalam Liverpool Exibition yang diadakan pada tahun 1886. 5.8 Penglibatan ahli-ahli dari Institusi Deutsche Werkbund dalam rekabentuk produk perindustrian juga melibatkan penghasilan produk dari industri berat seperti lokomotif . 5.9 Reka bentuk Kilang AEG Turbine di Berlin pada 1909 oleh Peter Behren merupakan antara pengiktirafan terbesar pihak industri terhadap kemampuan pereka bentuk 125 124 118 113 108 105 104 103 102

xxvi yang bernaung di bawah payung Institusi Deutsche Werkbund.. 5.10 Reka bentuk rumah teres oleh J.J.P.Oud di Weissenhofsiedlung, Stuttgart, 1927. 5.12 Tiga orang pengasas utama Institusi Deutcher Werkbund. Dari Kiri : Hermann Muthesius (1861-1927), Friederich Naumann (1860-1919), Henry van de Velde (1863 ­ 1957) 6.0 Reka bentuk kulit hadapan jurnal The Hobby Horse pada tahun 1886. 6.1 Reka bentuk muka pertama buku The Nature Of Gothic oleh John Ruskin yang dicetak oleh Kelmscott Press pada tahun 1892. 151 148 128 126

xxvii

SENARAI CARTA

NO CARTA 1.0 5.0 5.1 Struktur Tesis

TAJUK

MUKASURAT 19 114 130

Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pergerakan Arts and Crafts Kaedah Penyebaran Idea yang dilaksanakan Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

6.0

Kaedah Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh Pergerakan Arts and Crafts

140

6.1

Kaedah Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

152

6.2

Tiga Persamaan Nilai Dalam Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh Pergerakan Arts and Crafts Dan Institusi Deutsche Werkbund.

162

7.0

Pecahan Peratusan Penerbitan Buku Seni Bina (1957-2004) di Malaysia Mengikut Kategori.

191

7.1

Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam Majalah Seni Bina (1957 -2004) di Malaysia Mengikut Kategori.

193

7.2

Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam Akhbar (1963-2005) di Malaysia Mengikut Kategori.

195

xxviii 7.3 Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam Majalah Dewan Budaya (1979 -2003) Mengikut Kategori. 196

1

BAB SATU

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Usaha ke arah merealisasikan kelahiran identiti seni bina nasional di Malaysia telah bermula sejak negara ini baru mencapai kemerdekaan lagi. Di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,1 ianya telah mula diperkatakan secara sepintas lalu di dalam "kongres kebudayaan kebangsaan" yang dianjurkan pada penghujung 1957. Pada tahun 1971 pula, di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan, sebuah kongres yang hampir serupa telah diadakan sebagai kesinambungan terhadap usaha

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama apabila mula mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Sebagai penghormatan terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh beliau bagi mendapatkan kemerdekaan secara aman daripada British, maka Tunku Abdul Rahman telah digelar sebagai `Bapa Kemerdekaan Malaysia'.

1

2 mengembangkan wacana identiti seni bina nasional yang telah dicanangkan sebelum itu.2 Walaupun tampuk pemerintahan negara telah bertukar ganti, namun agenda ke arah merealisasikan identiti seni bina nasional tetap diteruskan. Pada tanggal 20 hingga 21 Januari 1981, bertempat di Kuala Lumpur, sebuah seminar yang bertajuk `Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina' telah dilangsungkan. Seminar yang melibatkan penyertaan 125 orang peserta dari perbagai profesyen yang mempunyai pertalian dengan bidang seni bina seperti akitek, jurutera, juru ukur bahan, artis, ahli akedemik, aktivis sosial dan sebagainya, sekali lagi telah memperlihatkan komitmen kerajaan di dalam menjayakan matlamat mewujudkan identiti seni bina tersebut.3 Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan perasmiannya sekali lagi menegaskan kepentingan identiti seni bina nasional kepada negara :

" Biasanya bagi sesebuah negara, identitinya boleh dikenal apabila kita melihat bandar dan kampung di negara itu buat kali pertamanya. Ada sahaja bentuk istimewa yang boleh dikenalkan sebagai kebudayaan bangsa dan negara itu. Seni bina bukan sahaja memberi bentuk yang mudah dikenal tetapi menunjuk juga nilai dan pencapaian negara itu dalam tamadunnya".4

Seiring dengan saranan pucuk pimpinan negara ke arah merealisasikan kelahiran identiti seni bina nasional, wacana seni bina negara turut berkembang dengan kehadiran semakin ramai pemikir, akitek dan karyawan yang bertindak sebagai penyumbang utama idea-idea baru seni bina serta komen agar wacana tersebut menjadi semakin sempurna

2

Noor Azam Shairi (17 Julai 2000). Sambutan 80 tahun Persatuan Akitek Malaysia (PAM) : Identiti Seni Bina Negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari halaman mana ianya diperolehi). 3 Laporan Seminar (20 ­ 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I. 4 Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan seminar "Ke arah Mewujudkan Identiti Seni Bina Nasional" Di Hotel Merlin, Kuala Lumpur pada 20 Januari 1981, jam 9.30 pagi. Dalam: Laporan Seminar (20 ­ 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I. Lampiran C. Hlmn 1.

3 dan matang. Idea-idea seni bina yang telah dibangunkan tersebut kemudiannya telah disebarkan ke peringkat akar umbi dan masyarakat umum melalui media cetak seperti majalah PETA, Majallah Akitek (kemudiannya dikenali sebagai Majalah Akitek), kertas kerja seminar, surat khabar dan sebagainya. Persatuan Akitek Malaysia (PAM) juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mengembangkan lagi wacana identiti seni bina nasional dengan menganjurkan seminar, dialog, pertandingan dan penyelidikan seni bina dari masa ke semasa. Pada tahun 1983 misalnya, telah berlangsung majlis wacana seni bina oleh PAM, khusus dalam mencari jawapan terhadap persoalan identiti seni bina Malaysia dan ianya diikuti dengan eksperimen reka bentuk yang berani melibatkan penyertaan beberapa buah pusat pengajian tinggi tempatan seperti ITM, UTM dan MIT dari Boston dalam mengkaji kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur.5 Di pihak akitek, saranan daripada pucuk pimpinan negara dan pemikir seni bina ke arah mewujudkan identiti seni bina nasional telah disambut dengan hati yang terbuka. Pelbagai eksperimentasi telah dibuat, daripada rumah persendirian hinggalah kepada bangunan pencakar langit. Begitu juga dengan pendekatan reka bentuk, pelbagai pendekatan reka bentuk telah diketengahkan sama ada dari sudut perancangan ruang, penggunaan gaya rupa atau butiran seni bina telah dilaksanakan dengan harapan ianya akan dapat menjawab persoalan identiti seni bina yang dicita-citakan. Usaha tersebut diperakui oleh salah seorang tokoh seni bina iaitu Datuk Ikmal Hisham Albakri6 di dalam temuramah oleh Majalah Akitek pada 1993 yang berbunyi :

"Our approach to the design Masjid Negara was definitely a departure from the normally acceptance perspective of adeptly the traditional Islamic architecture

5

Yeang, Ken ( December 1987). The Third Decade After Independence 1978 ­ 1987: Accelerated growth and the slowing down . In : Chan Chee Yong. ed. Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987, Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 27. 6 Datuk Ikmal Hisham Albakri merupakan antara arkitek Melayu terawal di Malaysia dan telah memberikan sumbangan yang sangat besar terhadap bidang praktis seni bina khususnya dalam pembangunan teknologi pembinaan bangunan di negara ini. Beliau juga merupakan presiden pertama Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) pada tahun 1967 dan melalui firmanya iaitu Kumpulan Arkitek yang ditubuhkan pada tahun 1964, beliau telah memberikan sumbangan besar ke arah merealisasikan identiti seni bina kebangsaan melalui reka bentuk seni bina seperti bangunan Perpustakaan Negara, Ibu Pejabat Bank Bumiputra dan Hotel Hyatt di Kuantan. Penulisan selepas ini tidak akan memasukkan gelaran Datuk seperti yang tertera di hadapan nama beliau sebelum ini.

4 style of Middle East. We set with a conceptual approach based on three main objectives : a) It must reflect its function as an Islamic religious building prayer b) There must also a need for building to have a NATIONAL ( Malayan) character or IDENTITY. c) At the same time , it must be contemporary in appearance".7

Walau bagaimanapun, selepas empat dekad usaha mewujudkan identiti seni bina Malaysia dilaksanakan, ianya dikatakan masih belum mencapai matlamatnya. Pelbagai komen dan kritikan daripada beberapa orang pemikir serta tokoh seni bina di negara ini telah diketengahkan berhubung dengan beberapa permasalahan dalam perlaksanaannya. Antara kritikan yang diketengahkan ialah tentang hasil eksperimentasi reka bentuk yang tidak berkembang dan tidak mencerminkan pemahaman yang mendalam oleh kebanyakan pereka bentuk atau akitek akan maksud sebenar identiti seni bina tersebut. Berikut merupakan antara kritikan yang diketengahkan oleh beberapa orang pemikir dan tokoh seni bina tentang permasahan dalam mewujudkan identiti seni bina di Malaysia :

" Kebanyakan bangunan penting menggunakan rumah tradisi Melayu sebagai contoh. Elemen seperti bumbung, alang dan tiang serta dinding dibesarkan secara terjemahan langsung tetapi menggunakan bahan moden. Dari segi intelektual ianya memberikan gambaran ketamadunan Melayu seakan-akan ketandusan idea dan juga bersifat regresif".8 " Masjid-masjid kita sekarang seperti yang ada di Asia Tengah dan negara Arab. Kenapa kita mesti melihat contoh di negara orang sedangkan kita pernah

7

Ikmal Hisham Albakri (Mar/Apr 1993). PAM Gold Medal Address (Part I) . Majallah Akitek. Vol 5. No 2. Hlmn 53. 8 Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Kepincangan Pendekatan Revivalisme. Majalah Akitek. Vol 13, No2.

5 membina sebuah masjid kontemporari yang boleh dibanggakan iaitu Masjid Negara". 9 Penggunaan gaya rupa berunsur revivalisme dan tidak mempunyai kaitan dengan dengan warisan seni bina di negara ini merupakan antara sebahagian daripada permasalahan identiti yang telah dibangkitkan oleh tokoh-tokoh seni bina di negara ini. Peniruan secara langsung ciri-ciri seni bina tradisional Melayu ke dalam reka bentuk seni bina moden yang sama sekali berbeza dari sudut fungsi, saiz, penggunaan bahan dan tahap teknologi semasa misalnya, telah menimbulkan pelbagai persoalan khususnya berkaitan dengan peranan seni bina sebagai medium yang memaparkan semangat sezaman. Walaupun penggunaan elemen tradisi sedemikian bukanlah menjadi satu kesalahan dari segi pandangan masyarakat umum, namun ciri sesebuah seni bina yang sentiasa progresif seiring keperluan semasa masyarakat dan persekitaran seharusnya diperhalusi oleh penggiat seni bina di negara ini dalam usaha mengetengahkan identiti nasional melaluinya.

1.1

Kenyataan Masalah Pengaruh yang besar daripada masyarakat sebagai golongan pengguna atau penaung

terhadap sesuatu hasil seni bina, mampu memberi kesan positif terhadap kewujudan identiti seni bina di sesuatu negara. Suasana sedemikian dapat diwujudkan seandainya mereka dididik dengan baik mengenai isu tersebut. Walau bagaimanapun, dalam memperkatakan mengenai penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia, ada pendapat yang menyatakan terdapat kesukaran di pihak masyarakat untuk melaksanakannya disebabkan kurangnya pemahaman mereka mengenai bidang seni bina. Permasalahan tersebut telah diutarakan oleh W.Y. Chin10 yang mana menurut beliau, kurangnya pemahaman di pihak masyarakat mengenai asas seni bina telah

9

Hijjas Kasturi (Ahad 27 Julai 2003). Rencana : Penghinaan Membakar Semangat. Mingguan Malaysia. Hlmn 36. 10 W.Y Chin merupakan seorang akitek dan perancang bandar berdaftar. Sewaktu kenyataan tersebut dikeluarkan (1981), W.Y Chin merupakan Presiden Persatuan Akitek Malaysia (PAM).

6 menyukarkan mereka untuk memahami aspek yang lebih kompleks mengenai identiti seni bina nasional:

" Whilst appreciating all the sentiments expressed in support for the above identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect concerning the national identity sectors".11 Permasalahan dalam penyebaran idea seni bina kepada masyarakat dikatakan antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya pemahaman masyarakat mengenai bidang seni bina khususnya berkaitan dengan isu pembangunan identiti seni bina tersebut. Penulisan oleh Ahmad Nizam Radzi12 misalnya, telah mendedahkan permasalahan penyebaran idea melalui penerbitan sebagai salah satu punca penyalah tafsiran atau kurangnya pemahaman masyarakat mengenai bidang seni bina di negara ini. Di dalam penulisan tersebut, beliau dengan tegas menyatakan bahawa penyalah-gunaan perkataan seni bina di dalam media massa telah menyebabkan pemahaman masyarakat mengenai maksud seni bina hanya terhad kepada gaya rupa bangunan sahaja:

" The words `architecture' had been abused and misused by the mass media and the public so much so that, to the most of them `architecture' has been reduced to nothing more than `building style". 13

11

W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 19. 12 Ahmad Nizam Radzi merupakan akitek yang banyak memberikan pandangan yang bernas mengenai dunia seni bina di negara ini melalui beberapa penulisan artikel di dalam Majalah Akitek sekitar era 80-an. 13 Ahmad Nizam Radzi (1987). Strong Stuff, Weak Presentation : A Personal view of the Post-Merdeka Architecture Exibition. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 2&3. Hlmn 31.

7 Kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat secara tidak langsung mampu menjadi penghalang kepada wujudnya kesinambungan di antara peringkat pembangunan idea, proses eksperimentasi dan juga respon dari pihak ketiga iaitu masyarakat umum dalam proses pembangunan identiti seni bina di Malaysia. Keberkesanan proses penyebaran idea ke peringkat akar umbi sebagai salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting terhadap kejayaan atau kegagalan dalam perjuangan sesuatu agenda juga dikatakan bersifat universal kerana ianya bukan hanya melibatkan bidang seni bina sahaja tetapi juga melibatkan bidangbidang yang lain seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Dalam bidang ekonomi misalnya, pandangan daripada beberapa ketua pegawai eksekutif syarikat dari seluruh dunia telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya proses penyebaran idea ke peringkat akar umbi terhadap kemajuan syarikat yang mereka terajui :

The model for Luksic business success is one of NETWORK and INFORMATION FLOW, at many different levels: " We've built a powerful NETWORK of PEOPLE and companies uncovering new business opportunities and constantly learning about markets. The VALUE of our NETWORK depends on how EASILY information flow".14 "Knowledge transfers" can't be just at the top of the organization: "Personal assistants used to be gatekeepers. They'd put you in your office and decide who was worthy to come see you. But a personal assistant in our new organization is a KNOWLEDGE TRANSFERS. It's their job to make sure EVERYONE who's associated with particular issue HAS the KNOWLEDGE they need to do their job".15

Guilarmo Luksic and Luksic Group: Chile (2000). Build Socially Literate Relationship. In: Rosen, Robert., Digh, Patricia., Singer, Marshall. and Philips, Carl. ed. Global Literacies : The Twenty ­ First Centuries Leadership Competency, Simon & Shuster. Hlmn 132. 15 E.T. `Ted' Kunkel and Foster's Brewing Group: Australia (2000). Leverage Knowledge For Competitive Advantage In: Rosen, Robert., Digh, Patricia., Singer, Marshall. and Philips, Carl. ed. Global Literacies : The Twenty ­ First Centuries Leadership Competency, Simon & Shuster. Hlmn 150.

14

8

Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia difokuskan hanya kepada bidang penerbitan yang terdiri daripada buku, majalah dan akhbar di mana ianya berperanan sebagai salah satu medium penyebaran idea tersebut. Oleh kerana peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan sebagai medium penyebaran idea kepada masyarakat begitu meluas meliputi masyarakat dalam bidang seni bina serta awam, kajian terhadapnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu penerbitan isu-isu identiti seni bina Malaysia di dalam penerbitan khas seni bina yang terdiri daripada buku serta majalah seni bina dan penerbitan isu-isu identiti seni bina di dalam penerbitan popular seperti surat khabar dan majalah umum. Dalam membina asas kritikan serta cadangan mengenai penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia, pendekatan yang akan digunakan ialah dengan mengambil pengajaran daripada pencapaian tokoh atau organisasi seni bina lampau yang memperjuangkan isu tersebut. Di Eropah misalnya, usaha memartabatkan identiti seni bina nasional di negara-negara seperti Britain dan Jerman telahpun wujud pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Terdapat dua pergerakan seni bina yang memainkan peranan penting bagi menjayakan agenda tersebut iaitu Pergerakan Arts and Crafts16 di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund17 di Jerman. Perlaksanaan rangka kerja yang tersusun oleh kedua-dua pergerakan tersebut dalam usaha merealisasikan kelahiran identiti nasional dalam seni dan seni bina di nagara-masing masing, telah menyaksikan kejayaan yang besar diraih mereka bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga menjangkau kedua-dua belah Lautan Atlantik.

16

Pergerakan Arts and Crafts diasaskan oleh pakar teori, arkitek dan pereka bentuk di Victoria, Britain pada pertengahan kurun ke-19. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyediakan suatu kod alternatif bagi menangani kerakusan sektor industri di negara tersebut dan membentuk suasana harmoni dalam penghasilan produk. Selain daripada itu, pemimpin pergerakan tersebut juga menekankan unsur-unsur individualisme dalam penghasilan produk, penghasilan produk dengan menggunakan tangan berbanding dengan penggunaan mesin seperti sebelumnya dan menilai semula penggunaan bahan dalam reka bentuk yang dihasilkan. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan huruf italic pada perkataan "Arts and Crafts". 17 Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan di Munich, Jerman dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada 5 dan 6 Oktober 1907 oleh lebih 100 orang artis, usahawan dan pencinta seni. Penubuhannya merupakan suatu respon tegas terhadap kepesatan sektor industri dan permodenan Jerman yang dianggap sebagai mengancam budaya nasional negara tersebut. Matlamat utama penubuhan institusi tersebut ialah untuk membina semula keruntuhan moral dan estatika dalam budaya hidup masyarakat Jerman pada masa itu berdasarkan pendekatan seni dan kraf. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan huruf italic pada perkataan "Deutsche Werkbund".

9 Dalam memperkatakan mengenai Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, satu perkara yang menarik mengenai kedua-dua pergerakan tersebut ialah wujudnya kesinambungan dalam perjuangan dan kaedah perlaksanaan aktiviti mereka. Penubuhan Pergerakan Arts and Crafts di Britain telah bermula lima puluh tahun lebih awal daripada Institusi Deutsche Werkbund di Jerman dan telah mengasaskan beberapa falsafah dan kaedah perlaksanaan dalam usaha mencapai matlamat perjuangannya. Pada penghujung kurun ke-19, kerajaan Jerman telah menghantar Hermann Muthesius18 untuk mengkaji perlaksanaan aktiviti dan falsafah Pergerakan Arts and Crafts di Britain dengan harapan beberapa pendekatan oleh pergerakan tersebut dapat diaplikasikan dalam konteks pembangunan negara Jerman. Pada 1907, Institusi Deutsche Werkbund telah ditubuhkan di Berlin dan Hermann Muthesius merupakan antara pengasas utamanya. Kajian terhadap Pergerakan Arts and Crafts selama 6 tahun ternyata memberi pengaruh yang cukup besar terhadap Muthesius dalam merangka kurikulum dan perlaksanaan aktiviti Institusi Deutsche Werkbund. Perkara tersebut telah dibangkitkan oleh Julius Posener di dalam penulisannya yang mana menurut beliau beberapa falsafah utama Pergerakan Arts and Crafts seperti menentang penghasilan produk yang tidak berkualiti untuk kegunaan masyarakat menjadi pegangan utama oleh Werkbund :

" When it was founded in 1907, the Werkbund Still retained much of the spirit of the English Art and Craft Movement : the protest against commercialism expressed by Morris and his followers such as Robert Ashbee or, as Morris stated in unmistakably clear term, against capitalism which forces people to use object of inferior quality and even worse, to produce thing that are shoddy and often useless".19

18

Hermann Muthesius merupakan pencetus utama idea penubuhan Institusi Deutsche Werkbund. Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Kementerian Perdagangan Prussia, beliau pernah dihantar ke England selama enam tahun (1896-1903) bagi melakukan kajian terhadap aktiviti Pergerakan Arts and Crafts serta potensinya untuk diaplikasikan dalam konteks negara Jerman. Pada peringkat awal penubuhan Werkbund, beliau merupakan individu yang bertanggungjawap merangka kurikulum asas institusi tersebut berlandaskan pengajaran yang diperolehi dari Pergerakan Arts and Crafts. 19 Posener, Julius ( 1979). Between Art and Industry The Deutscher Werkbund . In: Burchardt, Lucius, translated by Sanders, Pearl.. ed. The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutscher Werkbund 1907 ­ 1933', The Design Council . Hlmn 7.

10

Kesinambungan yang ditunjukkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dalam pembangunan identiti nasional dalam seni dan seni bina pada masa dan tempat yang berbeza memberikan satu mesej yang menarik bahawa sesetengah elemen yang menjadi tunjang kepada kejayaan perlaksanaan sesuatu agenda, sesuai dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain mempunyai kesinambungan dari sudut falsafah perjuangan, beberapa strategi dalam perlaksanaan aktiviti oleh keduadua pergerakan tersebut juga mempunyai persamaan di antara satu sama lain. Salah satu daripada strategi tersebut ialah kaedah penyebaran idea kepada masyarakat yang mana bidang penerbitan telah memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran idea keduadua pergerakan tersebut kepada masyarakatnya. Jika Pergerakan Arts and Crafts menggunakan penerbitan buku dan jurnal sebagai medium penyebaran idea kepada masyarakatnya, Institusi Deutsche Werkbund pula telah menggunakan risalah dalam penyebaran propagandanya dan apabila institusi tersebut telah berkembang dan mempunyai ramai ahli, kaedah penyebaran ideanya dilakukan dengan cara yang berbeza iaitu melalui penjualan buku tahunan serta media massa.20 Justeru, di dalam kajian ini, beberapa strategi penyebaran idea melalui penerbitan oleh kedua-dua pergerakan tersebut akan dijadikan asas kritikan dan pengajaran terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia.

1.2

Matlamat Kajian

Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengupas permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia yang dikatakan sebagai salah satu faktor penyumbang kepada wujudnya krisis identiti seni bina di negara ini sejak empat dekad yang lalu. Kaedah yang digunakan dalam mengupas permasalahan penerbitan serta cadangan perlaksanaannya di masa hadapan adalah berdasarkan nilai penyebaran

20

Davey, Peter ( 1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise'. Architectural Press : London; Cumming, Elizebeth. Kaplan,Wendy ( 1995). The Art And Craft , Thames and Hudson ; Burchardt, Lucius, translated by Sanders, Pearl( 1979). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933. The Design Council ; Cambell, Joan ( 1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts. Princeton University Press.

11 idea yang dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund kepada masyarakatnya. Kajian ini juga diharapkan dapat membuka salah satu jalan ke arah penyelidikan yang lebih mendalam mengenai punca dan kaedah penyelesaian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Jika selama ini kebanyakan kajian atau penulisan daripada ahli akademik dan profesional seni bina di Malaysia hanya tertumpu kepada permasalahan dalam pendekatan reka bentuk, dengan adanya kajian ini diharapkan ahli akademik dan profesional seni bina akan mengalih perhatian mereka terhadap permasalahan pokok mengenai kaedah perlaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan identiti seni bina tersebut. Dalam perbincangan mengenai identiti seni bina nasional, antara perkara yang sering dibangkitkan oleh penggiat seni bina di negara ini ialah penolakan gaya rupa atau pengaruh asing khususnya gaya rupa seni bina moden daripada agenda pembangunan identiti seni bina tersebut. Permasalahan ketiadaan identiti oleh gaya rupa seni bina moden telah mewujudkan persepsi negatif dikalangan penggerak identiti seni bina Malaysia bahawa ianya merupakan antara punca krisis identiti di negara ini. Pengajaran yang diambil dari Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah menunjukkan keadaan sebaliknya yang mana seni bina moden tidak harus dilihat dari sudut penghasilan gaya rupa sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah mempelajari kaedah perlaksanaan ke arah penghasilan gaya rupa tersebut. Justeru, satu lagi matlamat kajian ini ialah untuk membentuk satu persepsi positif di kalangan masyarakat seni bina di negara ini bahawa pengajaran daripada seni bina moden bukan hanya terdiri daripada reka bentuk sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah kaedah perlaksanaan oleh penggeraknya.

1.3 Metodologi dan Skop Penyelidikan

Methodologi kajian ini berupa sebuah analisa kandungan atau `Content Analysis' terhadap sumber penulisan berhubungan dengan isu-isu dan idea-idea yang menjadi batasan daripada pembahasan kajian ini.

12

Sumber-sumber penulisan yang menjadi rujukan dalam kajian ini terdiri daripada : 1. 2. 3. Buku, majalah dan keratan akhbar yang membahaskan tentang isu identiti seni bina Malaysia sejak 1957 hingga awal era 2000. Buku, artikel, jurnal, manuskrip dan majalah yang membahaskan tentang gerakan seni bina Moden, Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Rakaman dan nota-nota persembahan, seminar, perbincangan dan syarahan umum tentang Identiti Seni Bina Malaysia dan Moden. Skop penyelidikan ini hanya akan memfokus kepada permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia. Bahan penerbitan yang terpilih untuk kajian pula hanya terhad kepada penulisan dalam bahasa Melaya dan bahasa Inggeris sahaja. Kritikan serta cadangan terhadap permasalahan tersebut adalah berlandaskan tiga nilai penyebaran idea yang dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman iaitu penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan, penerbitan yang menekankan isu seni bina dan kemasyarakatan dan wujud penerbitan khas dalam mengetengahakan isu identiti seni bina. Dalam kajian terhadap permasalahan penerbitan isu-isu identiti seni bina di Malaysia, sampel kajian terdiri daripada 674 penerbitan mengenai isu tersebut sejak tahun 1957 hingga awal era 2000 dan ianya dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :

Penerbitan Khusus Bidang Seni Bina di Malaysia

1. Buku ­ kritikan seni bina, identiti, sejarah seni bina, seni bina tradisional, teknologi seni bina, grafik seni bina dan teknikal seni bina (66 buah). 3. Majalah ­ PETA, Majallah Akitek dan Architecture Malaysia (46 artikel).

13 Isu Seni Bina di Dalam Penerbitan Popular di Malaysia

1. Keratan akhbar ­ Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The STAR, Malay Mail, Kosmo! (400 artikel). 2. Majalah ­ Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya (162 artikel). Dalam melakukan kajian mengenai sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, empat buah buku yang membincangkan mengenai kedua-dua pergerakan tersebut dijadikan sebagai rujukan utama. Buku pertama yang terlibat dalam kajian ini ialah Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise karya Peter Davey dan diterbitkan oleh Architectural Press : London (1980). Ianya merupakan buku sejarah pertama mengenai Pergerakan Arts and Crafts yang dihasilkan secara lengkap dan menyeluruh. Mengandungi 16 bab, penulisan buku tersebut merangkumi sejarah pembentukan awal pergerakan tersebut dari peringkat pembangunan idea oleh tokoh-tokoh seperti AW.N. Pugin, John Ruskin dan William Morris kepada perlaksanaan aktiviti melalui penubuhan Guild dan proses reformasi terhadap reka bentuk oleh ahli-ahlinya. Buku kedua yang dijadikan rujukan pula ialah The Art and Craft Movement karya Elizebeth Cumming dan Wendy Kaplan dan diterbitkan oleh Thames and Hudson (1995). Ianya merupakan sebuah lagi buku yang memaparkan secara lengkap mengenai sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts. Selain memaparkan penulisan yang lebih tersusun dan ringkas, buku ini juga mengetengahkan beberapa topik yang tidak diterangkan secara terperinci dalam penulisan sebelumnya seperti proses pembelajaran oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts yang melibatkan pemindahan teknologi dari luar negara. Dalam melakukan kajian mengenai Institusi Deutsche Werkbund pula, dua buah buku yang memaparkan sejarah dan perkembangan institusi tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Buku ketiga yang terlibat dalam kajian ini ialah The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts karya Joan Cambell dan diterbitkan oleh Princeton University Press (1976). Buku yang memaparkan sejarah dan perkembangan lengkap Institusi Deutsche Werkbund daripada peringkat pembangunan idea, penubuhan,

14 perkembangan ideologi, zaman kegemilangan serta kejatuhannya merupakan sumber penulisan kedua (secondary resource) mengenai institusi tersebut. Penulisan buku ini juga dianggap sebagai himpunanan utama dari puluhan penulisan mengenai sejarah dan perkembangan Werkbund yang hampir keseluruhannya dihasilkan dalam bahasa Jerman. Buku yang keempat terlibat dalam kajian ini pula ialah The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutsche Werkbund 1907 ­ 1933 karya Lucius Burchardt, diterjemahkan oleh Pearl Sanders dan terbitkan oleh The Design Council (1979). Buku yang menghimpunkan penulisan artikel dari beberapa orang penulis seperti Julius Posener, Hanro-Walter Kruft, Goerd Peschken dan Tilmann Heinisch tersebut memaparkan sejarah dan perkembangan ideologi Werkbund pada sebelum dan selepas perang dunia pertama. Antara perkara yang menarik tentang buku ini ialah mengenai perkembangan institusi tersebut yang dipecahkan kepada tiga peringkat yang mana pada setiap peringkat perkembangannya akan melibatkan perubahan dari segi ideologi dan pendekatan dalam perlaksanaan aktivitinya. Di akhir kajian mengenai Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, satu kesimpulan mengenai persamaan nilai dalam penyebaran idea kepada masyarakat oleh kedua-dua pergerakan tersebut akan dilaksanakan. Persamaan nilai dalam penyebaran idea melalui penerbitan kepada masyarakat oleh kedua-dua pergerakan tersebut kemudiannya dijadikan asas terhadap kritikan dan cadangan strategi penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia pada masa akan datang.

1.4

Struktur Kajian

Penulisan kajian ini terdiri daripada sembilan bab yang mana bab pertama merupakan pendahuluan kajian yang akan membincangkan tentang latar belakang, masalah, tujuan penulisan, methodologi dan skop pembahasan serta struktur penulisan daripada kajian ini. Bab dua pula membincangkan mengenai beberapa pendekatan dalam kajian dan penulisan oleh penggiat serta tokoh seni bina mengenai isu identiti seni bina di Malaysia. Secara umumnya terdapat dua pendekatan utama dalam kajian dan penulisan isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu iaitu pandangan terhadap

15 permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan reka bentuk dan pandangan terhadap permasalahan tersebut dari sudut perlaksanaan aktivitinya. Kajian mengenai beberapa pendekatan dalam kajian yang telah dilaksanakan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan tesis ini. Penulisan bab tiga pula bertujuan untuk menjelaskan pendirian tesis ini berhubung dengan maksud identiti seni bina nasional dan peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunannya. Pada peringkat awal penulisan bab ini, ianya megetengahkan pandangan tokoh seni bina dari dalam dan luar negara mengenai maksud identiti seni bina nasional, seterusnya ianya memaparkan permasalahan semasa dan peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam agenda pembangunan identiti seni bina nasional pada masa akan datang. Dalam membicarakan mengenai permasalahan semasa yang dihadapi masyarakat akibat daripada krisis identiti seni bina nasional, isuisu seperti keselesaan, keselamatan kanak-kanak, komuniti dan privasi antara yang diketengahkan. Pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu yang melihat kepada aspek gaya rupa dan bangunan tertentu sahaja menyebabkan beberapa sektor seni bina yang memainkan peranan penting terhadap pembangunan sahsiah masyarakat seperti perumahan moden dan sekolah tidak diberi perhatian. Akibatnya, masyarakat sebagai pengguna utama kepada produk seni bina tersebut telah menjadi mangsa kepada krisis identiti seni bina yang berlaku di mana permasalahan seperti ketidak-selesaan, jenayah, kemalangan yang menimpa kanak-kanak dan sebagainya terpaksa dihadapi oleh mereka. Dalam usaha mengatasi permasalahan tersebut, penulisan bab ini telah mengetengahkan pendapat bahawa elemen kemasyarakatan perlu dijadikan teras kepada pembinaan identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan identiti seni bina tersebut. Penulisan bab empat merupakan kesinambungan kepada perbincangan dari bab tiga yang mana masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam agenda pembangunan identiti seni bina di negara ini. Walau bagaimanapun, antara permasalahan utama yang dihadapi oleh masyarakat umum di Malaysia ialah kurangnya pengetahuan mereka mengenai bidang seni bina khususnya berkaitan dengan isu identiti seni bina nasional. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, para pelopor dan penggerak identiti seni

16 bina di negara ini perlu melaksanakan aktiviti penyebaran idea kepada masyarakat dan berdasarkan beberapa pendapat bukan sahaja dari bidang seni bina tetapi juga meliputi bidang-bidang yang lain, kaedah penyebaran idea melalui penerbitan dilihat sebagai antara yang paling sesuai digunakan. Persoalan yang seterusnya ialah mengenai arah tuju proses penyebaran idea melalui penerbitan yang bakal dilaksanakan yang mana pada akhir penulisan bab ini, satu cadangan telah dikemukakan agar kejayaan mana-mana tokoh atau pergerakan seni bina di masa lampau dalam melaksanakan program penyebaran idea mereka boleh dijadikan pengajaran. Penulisan bab lima merupakan pengenalan terhadap dua buah pergerakan seni bina yang telah menunjukkan kejayaan yang mengkagumkan bukan sahaja dalam pembinaan identiti seni bina nasional tetapi juga dalam perlaksanaan aktiviti penyebaran idea kepada masyarakatnya iaitu Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman. Antara perkara yang disentuh dalam penulisan bab ini ialah mengenai sejarah dan perkembangan kedua pergerakan tersebut, tokoh-tokoh yang menjadi pelopor serta bentuk revolusi reka bentuk yang telah dilaksanakan oleh keduaduanya. Selain daripada itu, beberapa bentuk penyebaran idea kepada masyarakat oleh kedua-dua pergerakan tersebut telah diketengahkan termasuk juga kaedah penyebaran idea melalui penerbitan. Penulisan bab enam pula mengetengahkan kajian yang lebih terperinci mengenai kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Walaupun sesetengah kaedah penyebaran idea tersebut telah diketengahkan dalam penulisan bab lima, namun dalam penulisan bab ini, huraian yang lebih lanjut mengenainya telah dilaksanakan. Di akhir penulisan bab ini, satu kesimpulan telah dibuat yang mana terdapat banyak persamaan nilai yang dilaksanakan oleh keduadua pergerakan tersebut dalam aktiviti penyebaran idea mereka kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pengajaran terhadap proses penyebaran idea identiti kepada masyarakat di Malaysia pada masa akan datang, penulisan bab ini telah menggaris tiga nilai utama yang menjadi kunci kejayaan aktiviti penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut iaitu penglibatan menyeluruh daripada tokoh dan penggerak dalam penghasilan penerbitan, wujudnya penerbitan yang menyentuh isu seni bina dan kemasyarakatan dan kewujudan medium penyebaran idea khas kepada penulisan

17 yang dihasilkan. Tiga nilai penyebaran idea yang telah dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund merupakan sesuatu yang berpotensi untuk dilaksanakan dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, penulisan bab ini berpendapat bahawa kajian lanjut mengenai permasalahan penerbitan isu seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu perlu dilaksanakan berdasarkan tiga nilai penyebaran idea yang telah digariskan tersebut. Penulisan bab tujuh telah mengetengahkan kajian lanjut mengenai permasalahan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu berdasarkan tiga nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Ianya melibatkan kajian terhadap 674 sampel penerbitan isu seni bina yang terdiri daripada buku,artikel di majalah dan keratan akhbar sejak tahun 1957 hingga awal era 2000. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, apa yang dapat disimpulkan ialah tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak dilaksanakan secara meluas atau bersistematik dalam proses penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Justeru, penulisan bab ini mencadangkan agar strategi penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia pada masa akan datang perlu berlandaskan tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tersebut. Penulisan bab lapan mengetengahkan beberapa cadangan terhadap kaedah penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang berdasarkan tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Selain mengetengahkan cadangan mengenai strategi penyebaran idea, peranan yang seharusnya dimainkan oleh pelbagai pihak dalam menjayakannya juga telah diketengahkan. Selain mengharapkan penyertaan aktif pelbagai pihak yang telah sedia wujud dalam menjayakan perlaksanaan aktiviti penyebaran idea tersebut, penulisan bab ini juga turut mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Seni Bina Malaysia yang mana ianya akan memainkan peranan yang lebih khusus sebagai penyelaras dan pemangkin kepada perlaksanaan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

18 Bab sembilan merupakan kesimpulan terhadap tesis ini. Perkara utama yang dipertekankan dalam penulisan bab tersebut ialah tesis ini bukanlah satu-satunya jawapan terhadap permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia. Justeru, tiga kajian lanjutan telah dicadangkan agar dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Dengan terlaksananya kajian lanjutan tersebut, ianya bukan sahaja dapat mengetengahkan beberapa permasalahan baru berkaitan dengan usaha penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat tetapi juga beberapa strategi baru terhadap usaha penyebaran idea tersebut pada masa akan datang dapat diketengahkan.

1.5

Rumusan

Kajian ini cuba mengupas permasalahan dalam penyebaran idea kepada masyarakat sebagai salah satu punca kepada kesukaran mewujudkan identiti seni bina di Malaysia setelah lebih empat dekad ianya dilancarkan. Tiadanya kesinambungan di antara idea identiti seni bina yang dicetuskan oleh para pemikirnya dengan masyarakat yang berperanan sebagai pengguna atau penaung kepada sesuatu hasil seni bina menyebabkan agenda tersebut tidak berkembang dan menjadi isu elit di kalangan ahli seni bina sahaja. Permasalahan penyebaran idea seni bina ke peringkat akar umbi dilihat sebagai salah satu penyebab tiadanya kesinambungan idea tersebut dan bidang penerbitan yang mempunyai peranan serta pengaruh besar dalam menyebarkan sesuatu idea kepada masyarakat dipilih sebagai bahan kajian. Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat melalui penerbitan di Malaysia dilaksanakan terhadap 674 sampel penerbitan seni bina yang dihasilkan sejak 1957 hingga awal era 2000. Dalam membina asas kritikan dan cadangan terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia, nilai penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman, dipilih sebagai bahan rujukan utama.

19

Penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia

Krisis identiti seni bina di Malaysia - Pelbagai kesan negatif termasuk menjejaskan kualiti hidup masyarakat.

Penglibatan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina Malaysia. Situasi semasa ­ kurang penglibatan. Sebab ­ kurangnya pemahaman mengenai isu identiti seni bina.

Pendapat mengenai penerbitan sebagai kaedah yang paling sesuai terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina kepada Masyarakat

Kajian terhadap Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund

- wujudnya penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina kesan daripada proses penyebaran idea. - wujud persamaan strategi penyebaran idea melalui penerbitan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. -cadangan supaya diaplikasi dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina Malaysia.

Kajian permasalahan penerbitan seni bina di Malaysia berlandaskan tiga strategi penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund

Cadangan strategi penyebaran idea identiti seni bina Malaysia berlandaskan pengajaran dari Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund.

Carta 1.0 : Struktur Tesis

20

BAB DUA

BEBERAPA PENDEKATAN DALAM PENULISAN DAN PENERBITAN ISU IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA

2.0 Pendahuluan

Bab ini akan menjelaskan beberapa pendekatan dalam penulisan dan kajian mengenai isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Ianya bertujuan untuk memberikan pemahaman akan posisi kajian ini berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dilakukan sebelumnya. Beberapa bahagian dalam perbincangan ini akan dibahas dan dikembangkan lagi menurut isu yang berhubungan dengannya pada bab seterusnya sebagai suatu bentuk penulisan yang lengkap, integratif dan komprehensif. Walaupun usaha untuk melahirkan identiti seni bina di Malaysia telahpun berlangsung

21 selama lebih empat dekad, namun perkembangan wacananya agak terbatas di sekitar beberapa pendekatan dan tokoh sahaja. Pada asasnya bentuk penulisan atau kajian-kajian mengenai isu identiti seni bina di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua pendekatan utama iaitu perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan reka bentuk dan perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut kaedah perlaksanaannya. Apa yang diharapkan dari perbincangan ini ialah sebuah kerangka pemikiran yang jelas tentang pelbagai kajian dan pendekatan dalam isu identiti seni bina di Malaysia dapat diketengahkan bagi memudahkan proses penelitian lanjutan dilaksanakan.

2.1 Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut Pendekatan Reka Bentuk

Perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan reka bentuk merupakan antara pendekatan yang paling popular dalam kajian dan penulisan oleh penggiat dan tokoh seni bina di negara ini sejak empat dekat yang lalu. Antara individu yang terawal yang menghasilkan penulisan berdasarkan pendekatan tersebut ialah Raymond Honey.21Menurut beliau, pencarian identiti seni bina di Malaysia ( Malaya pada ketika itu) berada dalam kesamaran disebabkan tiadanya sebarang contoh atau pengajaran secara langsung yang dapat diambil dari seni bina terdahulu disebabkan kebanyakan seni bina yang dibangunkan selepas merdeka mempunyai fungsi yang berlainan sama sekali dengan seni bina yang wujud sebelum itu. Keadaan tersebut kelihatan lebih sukar disebabkan kepelbagaian budaya yang dibentuk oleh etnik-etnik yang berhijrah ke negara ini: "Where the difficulty arises is in the case of many types of building which have function for which there is no traditional precedent. It is lack of a continuous

Raymond Honey merupakan salah seorang akitek asing yang pernah berkhidmat di negara ini pada era penjajahan British hingga negara ini mencapai kemerdekaan. Beliau datang ke negara ini dari New Zealand pada tahun 1950 dan bertugas di bawah Public Work Department (PWD) atau dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR) pada hari ini di peringkat pusat, Kedah dan Johor. Di antara tahun 1956 hingga 1962, beliau telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (bangunan) di PWD pusat.

21

22 tradition in non-domestic building that is most acute. This is accentuated by the great differences in thought and culture which have been brought to Malaya by various immigrant races".22 Justeru, dalam mencari kepastian mengenai identiti seni bina Malaya pada ketika itu, penyelidikan yang dilaksanakan mestilah melangkaui aspek gaya rupa dan ianya bukan hanya berperanan sebagai hiasan atau ukiran sahaja tetapi meliputi seni bina secara keseluruhannya. Walaupun bayangan mengenai ciri-ciri identiti tersebut tidak jelas, namun kriteria utama yang disarankan oleh beliau dalam pencarian identiti tersebut ialah ianya perlu menggambarkan unsur-unsur regionalisme.23Antara aspek yang disarankan oleh Raymond Honey untuk dijadikan rujukan ialah seperti latar belakang budaya yang wujud, seni bina tradisi yang wujud, teknologi yang sedia ada, faktor cuaca dan bahan keluaran tempatan. Permasalahan dalam menjawap persoalan identiti seni bina di Malaysia turut mendapat perhatian seorang lagi pemikir dari luar negara iaitu Alvin Boyarski.24 Seperti juga Raymond Honey yang menyarankan perlunya wujud unsur-unsur regionalisme dalam identiti seni bina di Malaysia, Boyarski juga turut mempersoalkan tentang tiadanya unsur-unsur tropika dalam seni bina Malaysia yang kebanyakannya didominasi oleh gaya rupa seni bina moden dan antarabangsa:

" So when I arrived in KL, I was expecting to find tropical architecture because I've never been to this part of the world. Obviously as you can imagine, I did not find any tropical architecture in KL or Singapore for that matter. What I really found was the sort of architecture that I call Cincanetti 1950's, which is a sort of

22 23

Honey, Raymond( 1960). An Architecture For Malaya. Majalah PETA. Vol 3. No 1. Hlmn 2. Ibid 24 Alvin Boyarski merupakan akitek, perancang bandar dan pensyarah. Beliau mula menerima pendidikan tinggi di McGill and Cornell Universities dan ketika artikel yang mengutarakan pandangannya ditulis, beliau merupakan Profesor di dalam bidang seni bina di Univesities of Illinois, Chicago Circle Campus dan pengerusi Architectural Association, School of Architecture England, iaitu sekolah seni bina tertua, terbesar serta paling kontroversi di Britain sejak tahun 1971.

23 everyday modern architecture, office building, curtain wall, it is a regular international kind of architecture".25 Berhubung dengan permasalahan tersebut, beliau merujuk kepada kebanyakan pasaraya besar di negara yang menggunakan penghawa dingin dalam reka bentuknya selain daripada tidak mempunyai penghubung meskipun dibina berdekatan di antara satu sama lain. Penggunaan penghawa dingin misalnya, bukan sahaja tidak bersifat mesra alam malahan akan mewujudkan pembaziran kewangan dalam jangka masa panjang yang mana jutaan ringgit terpaksa dikeluarkan untuk tujuan pembayaran bil dan penyelenggaraan. Antara saranan yang dikemukakan oleh Boyarski dalam menjawab permasalahan identiti seni bina tersebut ialah, akitek perlu mengambil pengajaran daripada bangunan rumah kedai lama kerana menurut beliau rumah kedai sedemikian banyak mengandungi unsur-unsur kemanusiaan dalam reka bentuknya. Menurut beliau lagi, seni bina kolonial juga mempunyai elemen seni bina yang menarik untuk dikaji dan diserapkan ke dalam seni bina terkini. Mengambil pengajaran dari aspek budaya hidup masyarakat merupakan satu lagi saranan yang dikemukakan oleh Boyarski yang mana kegiatan berniaga makanan di sepanjang jalan melibatkan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India merupakan salah satu tradisi yang paling bernilai bagi Malaysia dan ianya perlu dikekalkan dalam perancangan reka bentuk yang dilaksanakan.26 Penyelesaian terhadap masalah reka bentuk turut digunakan sebagai pendekatan oleh Chan Sau Lai27 dalam membicarakan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia dalam penulisannya. Menurut beliau permasalahan identiti pada reka bentuk perumahan moden dan pembangunan bandar-bandar baru merupakan antara penyumbang kepada kewujudan krisis identiti seni bina di negara ini. Suasana persekitaran perumahan moden di Malaysia

Boyarski, Alvin. ( 1983). PAM Annual Discourse of Design. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:83. Hlmn 44. 26 Ibid 27 Chan Sau Lai (Datuk), merupakan seorang akitek yang mempunyai Ijazah Sarjana (Urban Design). Beliau merupakan pengasas dan pengerusi sebuah syarikat hartanah iaitu Beneton Group of Companies dan mula menceburkan diri dalam pembangunan hartanah sejak tahun 1979. Antara projek pembangunan yang diusahakan oleh syarikat tersebut seperti kondominium Scarborough beach di Perth, London and Australia serta projek pembangunan komersil di Karak, Pahang.

25

24 yang berkualiti rendah dan dibina dalam barisan tanpa pokok atau didominasi oleh jalan raya telah menggalakkan orang memandu dengan laju ketika melalui kawasan tersebut: "During the boom years of the past decade, numorous housing estates and new town has sprang up throughout the country. In terms of the quality of life within the actual dwelling, the standard of living has certainly been elevated. Unfortunately the some cannot be said of the quality of life within these new environments as a whole. To be fair, the dwelling by themselves are often extremely good and obviously dealt with care and sensitity. However the lustre of these individual `gems' is often tarnished when their number are multiplied by tens and hundreds, all in row, sitting on land devoid of vegetarian and dominated by road that often encourage fast driving.". 28 Menurut Chan Sau Lai lagi, faktor-faktor kemanusiaan yang tidak diambil kira dalam reka bentuk skim-skim perumahan moden di Malaysia bakal mengundang kewujudan permasalahan sosial yang meruncing. Berhubung dengan masalah tersebut, beliau telah memberi ingatan agar situasi yang berlaku di Vanezuela pada 1950-an tidak akan berulang di Malaysia yang mana penduduk-penduduk di kawasan setinggan telah dipindahkan ke rumah pangsa setinggi 4 hingga 15 tingkat. Suasana rumah pangsa yang membosankan telah menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti vandelisme dan sebagainya dan selepas tujuh tahun, masalah tersebut masih gagal diselesaikan meskipun telah banyak wang dihabiskan untuk mengatasi masalah tersebut. Akhirnya pangsapuri tersebut terpaksa dirobohkan.29 Beliau juga turut mengkritik reka bentuk perbandaran di Malaysia yang bersifat `faceless mediocrity' . Menurut beliau lagi, reka bentuk perbandaran di Malaysia perlu mengambil pengajaran dari reka bentuk perbandaran di Jepun dan Eropah yang mana keunikan bandar mereka ditonjolkan melalui reka bentuk jalan, kumpulan bangunan, tradisi setempat dan seni bina vernakular.

Chan Sau Lai (1981). The Need For Local Urban Identity. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 3&4 : 81. Hlmn 23. 29 Ibid

28

25 Penulisan oleh Hijjas Kasturi30 pula mengetengahkan pendapat bahawa seni bina merupakan salah satu medium yang boleh menghubungkan dunia baru dan lama. Walau bagaimanapun, menurut beliau usaha tersebut terlalu sedikit dilaksanakan di Malaysia malahan untuk mengenali komuniti, tradisi dan adaptasi ke dunia kontemporari juga masih dalam kesamaran. Beliau memberikan cadangan bahawa pembentukan sesebuah hasil seni bina tidak hanya berkisar pada fungsi semata-mata tetapi juga meliputi unsurunsur dinamik yang mencerminkan identiti bangsa. Isu-isu seperti `multi-racial' dan `multi-cultural nation' merupakan antara medium yang boleh membentuk hubungan antara kaum di negara ini melalui seni bina berbanding dengan hasil seni bina yang memaparkan budaya sesuatu kaum sahaja. Beliau berpendapat bahawa seni bina moden merupakan jalan penyelesaian yang adil bagi menjawap persoalan identiti tanpa merujuk kepada nilai sesuatu kaum sahaja dan cabaran yang besar bagi pereka bentuk ialah bagaimana untuk menggabungkan unsur-unsur pelbagai tradisi tersebut dengan nilai yang terdapat dalam seni bina moden.31 Seorang lagi pemikir seni bina yang banyak membicarakan tentang permasalahan identiti seni bina di Malaysia dari sudut reka bentuk ialah Prof Dr. Mohd Tajuddin Rasdi.32 Berbanding dengan kebanyakan tokoh atau penggiat seni bina yang hanya menghasilkan beberapa penulisan sahaja mengenai isu identiti seni bina Malaysia, beliau boleh disifatkan sebagai individu yang paling banyak menghasilkan penulisan mengenai isu tersebut yang mana ianya terdiri daripada lima buah buku dan berpuluh-puluh artikel. Secara umumnya, beliau telah mengklasifikasikan permasalahan reka bentuk yang mencerminkan identiti seni bina di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu

30

Hijjas Kasturi merupakan antara nama besar dalam dunia seni bina di Malaysia. Mendapat pendidikan seni bina di Australia melalui tajaan biasiswa Colombo, beliau telah memulakan praktis seni bina di Malaysia dengan menubuhkan Hijjas Kasturi Associates pada tahun 1977. Melalui firmanya, beliau terkenal dengan reka bentuk bangunan tinggi yang memaparkan ekpresi budaya dan warisan masyarakat di negara ini serta sentiasa berusaha menonjolkan identiti seni bina nasional melalui hasil reka bentuknya seperti yang terpapar pada reka bentuk bangunan Tabung Haji, Menara Maybank dan yang terbaru iaitu Menara Telekom. 31 Hijjas Kasturi (1983). Annual Discourse On Design 1983 : "Design In The Malaysia Context". Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:83. Hlmn 38 . 32 Prof. Dr. Mohd Tajuddin Rasdi merupakan seorang pakar dalam bidang seni bina Islam dan dan sejarah seni bina Malaysia pada abad ke-20. Bertugas sebagai pensyarah seni bina di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai serta memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM) di Fakulti Alam Bina universiti tersebut, beliau telah menghasilkan sebanyak 25 buah buku seni bina serta telah menulis berpuluh-puluh artikel seni bina di dalam majalah popular dan akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star dan Sin Chew Daily. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan gelaran `Prof. Dr.' seperti yang tertera di hadapan nama beliau.

26 permasalahan dari segi penampilan gaya rupa dan permasalahan dari segi perancangan susun aturnya. Mengenai permasalahan identiti dari sudut penampilan gaya rupa, permasalahan dalam pendekatan revivalisme, metafora, modenisme mesin, modenistik ekspresionisme dan regionalisme primitif telah diketengahkan oleh beliau. Dalam membicarakan mengenai permasalahan dalam pendekatan revivalisme misalnya, peniruan secara terus gaya rupa seni bina Melayu terhadap reka bentuk bangunan moden telah menimbulkan pelbagai persoalan seperti semangat sezaman, rasional dengan kemampuan teknologi semasa, reka bentuk yang tidak relevan dengan fungsi dan sebagainya:

" Ternyata perbezaan zaman telah menghasilkan rupa bentuk bangunan yang berlainan. Jika rupa bentuk binaan seperti bumbung meru, bumbung panjang, bumbung limas dikatakan digunakan pada masa kini untuk bangunan baru seperti pejabat, gudang beli belah atau hotel, maka satu pembohongan boleh dikatakan telah berlaku. Rupa bentuk sedemikian dikatakan membazir dari aspek penonjolan imejan kerana ianya tidak mempunyai fungsi tertentu. Pendekatan revivalisme juga memberi imejan bahawa sesuatu bangsa itu tidak kreatif dan progresif, dan hanya mampu meniru mengikut sentimen budaya tradisi tanpa rasional dalam pemikiran.".33

Selain membicarakan mengenai masalah gaya rupa dari sudut falsafah seni bina, Mohd Tajuddin Rasdi juga turut mengaitkan permasalahan tersebut dari sudut nilai kehidupan seharian seperti nilai moral, demokrasi dan ideologi politik. Penulisan mengenai tiga buah masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Rusila telah memaparkan satu analisis bahawa penghasilan sesuatu identiti dalam seni bina berkait rapat dengan ideologi politik yang dibawa oleh pemimpin di suatu zaman atau tempat yang berbeza.34 Isu-isu dalam kehidupan banyak dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin dalam perbincangan

33

Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 38. 34 Mohd Tajuddin Rasdi (2003). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers. Hlmn 24-32.

27 mengenai krisis identiti seni bina di Malaysia. Dalam perbincangan mengenai implikasi susun atur terhadap identiti seni bina, isu-isu seperti jenayah, komuniti, keselamatan kanak-kanak, keselesaan, privasi dan kesihatan dibangkitkan sebagai faktor yang perlu diambil kira. Reka bentuk skim rumah bertingkat di negara ini misalnya, disifatkan oleh beliau sebagai `death tower' yang boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan seumur hidup kepada kanak-kanak disebabkan keadaan koridor dan balkoni yang rendah dan tidak selamat untuk golongan tersebut bermain di sekitarnya.35

2.2 Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut Kaedah Perlaksanaannya

Permasalahan dalam mencari jawapan terhadap persoalan identiti seni di Malaysia mendorong para penggiat dan tokoh seni bina di negara ini membuka perbincangan melangkaui isu permasalahan dalam reka bentuk sahaja. Permasalahan dalam perlaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan seni bina beridentiti di Malaysia, merupakan satu lagi pendekatan yang digunakan oleh pengiat atau tokoh seni bina di negara ini dalam membicarakan tentang permasalahan serta penyelasaian isu tersebut. Ken Yeang,36 merupakan seorang tokoh seni bina yang tidak asing lagi di negara ini telah menyatakan bahawa permasalahan dalam merealisasikan kewujudan identiti seni bina di Malaysia di sebabkan akitek di negara ini tidak mempunyai falsafah yang khusus atau jelas dalam reka bentuk mereka dan mereka juga saling meniru reka bentuk di antara satu sama lain:

35

Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 8-15. 36 Dr Kenneth Yeang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1948 merupakan salah seorang arkitek yang begitu berjaya dalam praktis seni bina di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang begitu gigih melaksanakan apa yang beliau anggap sebagai tanggung jawab seorang arkitek iaitu menghasilkan penulisan, menyampaikan syarahan, menjadi pemeriksa luar serta menganggotai badan profesional. Bangunan rekaan beliau seperti 'Roof-roof House' dan Bangunan Mesiniaga di Petaling Jaya telah mendapat pengiktirafan tertinggi oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 11 buah buku, menjadi profesor anjung kepada beberapa buah universiti tempatan dan luar negara.

28 " Recently a visiting architect was asked what he thought of the architecture in Malaysia in the context of architecture in the world. He replied that firstly architecture lack any collective identifiable design philosophy . Of the good work that he has seen, they are largely results of individual competent committed profession. He added there does not seem to exist one predominant design philosophy or identity which is contemporary and at the same time identifiable as coming from Malaysia".37 Untuk memastikan akitek dapat berfungsi dengan baik sebagai penggerak kepada kewujudan identiti seni bina di Malaysia, Ken Yeang mencadangkan agar akitek harus bertindak sebagai pemaju agar idea yang dibangunkan dapat diterjemah secara langsung ketika proses pembangunan sesuatu hasil seni bina. Selain daripada itu, pencarian identiti seharusnya menjadi keutamaan setiap arkitek dan arkitek juga tidak harus menghasilkan reka bentuk berdasarkan konteks negara ini sahaja tetapi juga harus mempelajari sesuatu daripada negara luar. Masalah industri seni bina negara yang dikuasai oleh arkitek asing dan akitek tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara merupakan antara punca wujudnya krisis identiti seni bina di Malaysia, turut disuarakan dalam penulisan oleh seorang lagi tokoh seni bina negara iaitu Hajeedar Abdul Majid.38.Menurut beliau, salah satu syarat untuk mendapatkan projek reka bentuk ketika negara mula-mula mencapai kemerdekaan ialah perlunya ada penglibatan firma arkitek asing bersama-sama dengan firma akitek tempatan. Bagi arkitek tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara pula, mereka masih terbawa-bawa pendekatan reka bentuk dari tempat mereka belajar sama ada dari

37

Yeang, Ken (1979). The Causes of Homogenity Amongs Architects in Urban Area. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 2:79. Hlmn 11. 38 Hajeedar Abdul Majid mendapat pendidikan awal di Victoria Institution Kuala Lumpur (1959 -1963) sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Portsmouth, England. Beliau yang mempunyai firma akiteknya sendiri iaitu Hajeedar and Associates Sdn, pernah menjawat beberapa jawatan penting di dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran yang dimilikinya seperti Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia, Ahli Lembaga Akitek Malaysia, Penasihat Dewan Bandaraya dan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia. Masjid Bangsar merupakan salah satu reka bentuk seni bina yang telah dihasilkan oleh beliau. Hajeedar telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang diPertuan Agong pada 1978 dan disenaraikan sebagai Ten Outstanding Malaysians pada1985 oleh Jaycees Malaysia and Business Times, hasil kecemerlangannya di dalam bidang seni bina dan khidmat masyarakat.

29 Australia atau Britain dan mereka ternyata menghadapi banyak masalah untuk memahami aspek-aspek yang menjadi asas kepada pembentukan identiti seni bina di negara ini:

" Di dalam masa yang sama dengan adanya terlatih arkitek-arkitek tanah air berkelulusan dari luar negeri, mereka juga telah mengendalikan projek seni bina tempatan tanpa memberi keberatan kepada cita-cita kemerdekaan dahulu untuk melahirkan satu identiti senibina negara. Selanjutnya hasil yang diperolehi masih tidak memuaskan pada pandangan pakar seni, oleh kerana kebanyakan bangunanbangunan didirikan bercorak ke Baratan yang dahulunya diagung-agungkan dan dengan sendiri lahirnya konsep seni bina antarabangsa".39

Walaupun Hajeedar telah menyatakan dengan jelas bahawa penglibatan arkitek asing dan arkitek tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara merupakan antara punca wujudnya krisis identiti seni bina di Malaysia, namun tiada satu cadangan yang konkrit dikemukakan oleh beliau bagi mengatasi permasalahan tersebut. Jimmy Lim40 pula telah mengetengahkan satu lagi isu yang dikatakan sebagai punca berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia iaitu sumber rujukan sejarah negara yang banyak dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Sepanyol, Belanda, Portugis, Inggeris, Morish dan Cina. Persoalan yang beliau ajukan ialah, yang mana satu harus dijadikan panduan ?. Dalam menjawab persoalan tersebut, beliau mencadangkan agar penulisan mengenai aspek keperluan manusia di iklim tropika, sintesis terhadap `multi-racial',

Hajeedar Abdul Majid (1981). Sejauh Manakah Perkembangan Senibina Kita Sehingga Hari Ini. Dalam: Laporan Seminar. Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia. Kertas Kerja 10. Hlmn 3. 40 Jimmy C.S Lim dilahirkan pada tahun 1944 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di St Xavier's Institution, Pulau Pinang dan Oakhill College, Castle Hill di New South wales, Australia. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of South Wales, Australia dan setelah menamatkaan pengajian pada tahun 1968, beliau telah bekerja selama 5 tahun dengan firma arkitek di Australia. Beliau menubuhkan CSL Associates pada tahun 1978 setelah 10 tahun menceburkan diri dalam dunia praktis seni bina. Melalui firmanya , beliau telah mengetengahkan pendapat mengenai regionalisme ke atas rekabentuk beberapa buah bangunan seperti Selinger House, Impiana Beach Resort dan Walian House. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif dalam Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan pernah menjawat jawatan sebagai presiden persatuan tersebut.

39

30 kebudayaan, agama dan sebagainya boleh dijadikan jambatan ke arah mewujudkan identiti dalam seni bina di Malaysia.41 Kritikan permasalahan identiti seni bina di Malaysia dari sudut perlaksanaannya turut disuarakan oleh W.Y. Chin dalam penulisannya. Menurut beliau, kurangnya pemahaman daripada masyarakat mengenai elemen asas berkaitan dengan identiti seni bina menyebabkan mereka gagal memberikan sumbangan yang bermakna dalam pembangunan agenda tersebut:

" Whilst appreciating all the sentiments, expressed in support for the above identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect concerning the national identity factors".42 Antara sebab berlakunya permasalahan tersebut ialah wujudnya halangan bahasa di antara arkitek dengan masyarakat. Dalam keadaan tertentu, penggunaan sesetengah istilah oleh akitek begitu sukar difahami oleh masyarakat awam termasuk juga mereka yang berpendidikan tinggi seperti ahli politik ataupun usahawan. Kesan daripada keadaan tersebut, telah berlaku salah faham di kalangan masyarakat mengenai sesuatu maksud yang ingin disampaikan oleh arkitek dalam reka bentuknya. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, beliau menyarankan agar pihak arkitek perlu membuat kajian mengenai penggunaan sesuatu istilah seni bina agar ianya mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Dalam usaha melahirkan sesuatu hasil seni bina yang bermutu, pihak arkitek juga perlu melakukan usaha dokumentasi dan penyebaran sesuatu hasil seni bina itu kepada masyarakat awam. Di pihak masyarakat pula, mereka perlu mempunyai pengetahuan agar dapat menghargai sesuatu hasil seni bina yang diketengahkan.43

41

Lim, Jimmy. ( August 1975) . Malaysian Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 3 :75. Hlmn 52. 42 W.Y.Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 19. 43 Ibid.

31 Nik Azmi Nik Daud44 dalam penulisannya pula telah menyatakan bahawa perlunya kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha mewujudkan identiti seni bina di Malaysia. Menurut beliau, penglibatan masyarakat dari segi kefahaman terhadap perlaksanaan identiti seni bina tersebut adalah penting. Justeru dalam usaha menggerakkan masyarakat untuk melibatkan diri dalam proses perlaksanaan gagasan identiti seni bina tersebut, pengaruh politik merupakan salah satu saluran yang perlu digunakan:

" Pencapaian matlamat identiti seni bina kebangsaan adalah merupakan suatu isu nasional yang memerlukan pengaruh politik untuk menggerakkan masyarakat dalam proses perlaksanaannya".45 Dalam satu lagi penulisan yang dihasilkan, beliau telah memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai pentingnya wujud penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina tersebut sama ada sebagai pengguna ataupun sebagai penaung. Beliau telah memberikan contoh mengenai kegemilangan temadun seni bina di zaman silam seperti di Mesir, Greek, India dan sebagainya adalah hasil sokongan penaung yang terdiri daripada raja, pembesar dan sebagainya.46 Mengulas sama ada peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina Malaysia adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan atau sebaliknya, beliau menyatakan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil dan telahpun dilaksanakan di dalam proses reka bentuk pelan

Nik Mohd Azmi Nik Daud mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pengajian ke London. Beliau pernah bekerja dengan sebuah firma akitek swasta di London sebelum kembali ke tanah air dan bekerja di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi arkitek negeri, Negeri Terengganu. Semasa beliau menghasilkan penulisan mengenai identiti seni bina nasional di dalam akhbar Utusan Malaysia pada awal 1987, beliau telahpun mempunyai firma akiteknya sendiri yang dikenali sebagai Nik Sepakat dan firma antarabangsa iaitu Nik James Ferrie Arkitek yang mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura, Jakarta, Surabaya, Brunei, Vanuatu dan Sri Lanka. Antara projek yang telah dilaksanakan oleh firma beliau ialah Taman Tuaku Jaafar Seremban, Ibu Pejabat united Asian Bank, Fawina Court Condominium, Kedutaan Amarika, Pangsapuri Wangsa Maju dan Bangunan Yayasan Sabah. 45 Nik Azmi Nik Daud ( 2/1/1987). Kerjasama Semua Pihak perlu Mencapai Matlamat Seni Bina Nasional. Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 2. 46 Nik Azmi Nik Daud( 6/2/1987). Peranan Penaung Dalam Perkembangan Seni . Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 14 -16.

44

32 struktur bandar seperti di Kuala Lumpur yang mana masyarakat berhak untuk megkritik atau sekurang-kurangnya melihat sahaja pameran yang disediakan:

" Senibina, senibandar dan sebagainya itu adalah hak masyarakat. Sebab itu masyarakat perlu mengambil tahu tentang perkembangannya. Sebagai contohnya, dalam proses penyediaan pelan struktur untuk Kuala Lumpur itu, ada masanya yang ditetapkan atau dikhaskan untuk masyarakat memberi kritik, pandangan dan teguran, komen, sungutan dan sekurang-kurangnya tengok sahaja. Ini bermakna pelan struktur Kuala Lumpur itu melibatkan semua orang dari ahli politik, ahli profesional, ahli-ahli perniagaan dan setiap lapisan masyarakat boleh mengambil bahagian".47

Peranan yang berkesan daripada masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya cabaran untuk mendidik mereka megenai isu tersebut dapat diatasi. Nik Azmi telah mengutarakan dua permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat untuk memahami isu identiti seni bina tersebut iaitu penggunaan istilah yang sukar difahami oleh arkitek dan kekurangan bahan rujukan mengenainya.48

2.3

Pendekatan yang Menjadi Idea Teras Kepada Tesis Ini.

Selain daripada mengetengahkan persoalan reka bentuk sebagai salah satu punca berlakukan krisis identiti seni bina di Malaysia, persoalan dari sudut kaedah perlaksanaannya merupakan satu lagi isu yang perlu diberi perhatian dan dilakukan kajian yang lebih mendalam. Penulisan oleh W.Y. Chin dan Nik Azmi misalnya telah mengetengahkan satu pandangan yang bernas ke arah merealisasikan kewujudan identiti

47 48

Ibid.. Ibid..

33 seni bina di Malaysia dari sudut perlaksanaanya iaitu melalui penglibatan secara aktif daripada masyarakat. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah menimbulkan satu persoalan mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh masyarakat di negara ini dalam usaha mereka untuk memahami isu tersebut kerana wujudnya masalah dalam penyebaran idea identiti seni bina seperti sempadan bahasa, kekurangan hasil dokumentasi dan penerbitan. Persoalan mengenai permasalahan dalam penyebaran idea kepada masyarakat yang ditinggalkan oleh kedua-dua mereka merupakan sesuatu yang perlu diteroka dan dilaksanakan kajian lanjutan agar satu kepastian mengenai masalah yang wujud serta cadangan yang lebih bersistematik dapat diketengahkan. Justeru, kajian di dalam tesis ini akan membincangkan permasalahan identiti seni bina di Malaysia dari sudut perlaksanaanya dan ianya juga merupakan kesinambungan daripada persoalan mengenai permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat yang diketengahkan oleh W.Y. Chin dan Nik Azmi dalam penulisan mereka sebelum ini.

2.4 Rumusan

Huraian mengenai beberapa pendekatan kajian dan penulisan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia telah memperlihatkan bahawa terdapat dua pendekatan utama yang telah digunakan oleh penggiat atau tokoh seni bina dari luar dan dalam negara dalam menghurai serta memberi cadangan ke arah menjawap persoalan identiti seni bina tersebut. Selain daripada permasalahan dalam reka bentuk, permasalahan dari segi perlaksanaan merupakan suatu lagi isu yang sangat penting dan seringkali terlepas pandang oleh kebanyakan penggiat atau tokoh seni bina di negara ini apabila membicarakan mengenai permasalahan identiti seni bina di Malaysia. Kegagalan membuat perancangan yang rapi dalam melaksanakankan aktiviti pembangunan identiti seni bina nasional akan menyebabkan objektif perlaksanaanya sukar dicapai. Kajian terhadap permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia diharapkan akan membuka jalan kepada kajian yang lebih meluas mengenai perlaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan identiti seni bina nasional pada masa akan datang.

34

BAB TIGA

PENGERTIAN IDENTITI DALAM SENI BINA, PERMASALAHAN SERTA PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNANNYA DI MALAYSIA

3.0 Pendahuluan

Bab ini cuba menyingkap sejauh mana penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia. Krisis identiti seni bina di negara ini yang wujud lebih tiga dekad yang lalu memperlihatkan masyarakat sebagai golongan yang menerima kesan paling besar dalam pelbagai aspek kehidupan. Krisis identiti seni bina yang wujud bukan sahaja mendatangkan kesan buruk terhadap aspek falsafah reka bentuk seni bina sahaja tetapi juga turut mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti kehidupan seharian masyarakatnya. Permasalahan seperti peningkatan jenayah, ketidak-selesaan hidup, kelonggaran ikatan komuniti dan penurunan tahap kesihatan masyarakat merupakan

35 antara gejala-gejala yang disebabkan oleh krisis identiti seni bina yang berlaku.49 Walaupun masyarakat menerima tekanan yang hebat dari krisis yang berlaku, namun pengetahuan yang cetek mengenai peranan identiti seni bina dalam kehidupan mereka menyebabkan masalah tersebut berterusan dan masyarakat sering menyalahkan faktorfaktor lain seperti perundangan dan penguatkuasaan yang menyebabkan kehidupan mereka terjejas. Bagi golongan profesional seni bina pula, walaupun ada usaha untuk mengembangkan wacana identiti seni bina di negara ini sejak lebih empat dekad yang lalu namun secara majoritinya ruang lingkup perbincangan yang diutarakan banyak berkisar di sekitar pendekatan reka bentuk dan estetika sahaja berbanding dengan isu masyarakat dan seni binanya. Rasional akan kepentingan aspek kehidupan asas masyarakat sebagai faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan identiti seni bina dapat dilihat melalui contoh-contoh masyarakat terdahulu yang menitik beratkan aspek tersebut dalam pembangunan seni bina mereka dan kesannya pada hari ini, ianya telah ditafsirkan sebagai salah satu ciri identiti seni bina mereka. Sesungguhnya, pengabaian terhadap elemen asas kehidupan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia mungkin boleh diatasi melalui peranan aktif yang dimainkan oleh mereka sebagai pengguna dan penaung terhadap sesuatu seni bina yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasrat tersebut, pendidikan mengenai seni bina terhadap masyarakat oleh pemikir dan profesional seni bina perlu dilaksanakan secara bersepadu melalui pelbagai medium penyebaran idea seperti media cetak, elektronik dan sebagainya. Dengan adanya pengetahuan di kalangan masyarakat mengenai isu tersebut, respon yang lebih bermakna dapat diwujud daripada mereka terhadap sesuatu produk seni bina yang dihasilkan pada masa akan datang.

Perbincangan mengenai isu tersebut boleh diperolehi dalam panerbitan: Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 23; K.W. Mak ( 13 February 2004). Residents afraid to leave home due to crime spree. The Star. Hlmn 2-3; Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih Kurang Subur. Kosmo !. Hlmn 1; Chua Kok Hua, Tan, Darren.(1 November 2004). Former Squatter : We Like it the Way We Were. The; Boyarski, Alvin. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah Akitek. Vol 1:83. Hlmn 44 ­ 47.

49

36 3.1 Definisi Seni Bina

Seni bina merupakan subjek utama dalam tesis ini yang mana ianya menjadi perantara di dalam perbincangan identiti dan masyarakat yang menghasilkannya. Sebelum persoalan mengenai identiti di dalam seni bina dan penglibatan masyarakat dalam pembangunannya diperbincangkan dengan lebih lanjut, pemahaman mengenai maksud seni bina tersebut juga sangat penting kerana kekaburan mengenainya akan menyebabkan kajian terhadap aspek-aspek lain juga akan turut terjejas. Dalam penafsiran maksud seni bina, ahli akedemik, pemikir dan profesional di dalam bidang tersebut telah memberikan pelbagai tafsiran mengenainya. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina tersebut sekadar bangunan sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa seni bina tersebut merupakan suatu ciri ajaib yang mampu menaikkan nilai sesebuah bangunan daripada biasa kepada sesuatu yang istimewa, ada juga yang menyatakan bahawa ianya merupakan `jiwa' bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap bahawa seni bina tersebut hanya sekadar gaya rupa saja. Menurut Nikolaus Pevsner50 dalam bukunya yang bertajuk `Outline of European Architecture"(1943), beliau menyatakan bahawa istilah seni bina hanya layak diberikan kepada bangunan yang mempunyai `status yang tinggi':

"A bicycle shed is a building; Lincoln Cathedral is a piece of architecture. Nearly everything that encloses space on scale sufficient for human being to move in is a building; the term architecture applies only to buildings designed with a view to aesthetic appeal".51 (Pevsner, 1943:15) Jika Pevsner memberikan penafsiran yang agak sempit mengenai maksud seni bina, seorang lagi pengkaji sejarah seni bina yang terkemuka iaitu Spiro Kostof 52 mempunyai

Nikolaus Pevsner (1902-83) merupakan ahli sejarah seni bina dan banyak menghasilkan buku mengenai bidang tersebut. Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Pioneers of Modern Design: From William Morris to Walter Gropius (Panguin Art &Architecture) dan A History of Building Types. 51 Ballantyne, Andrew (2002).What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 10 ­ 11. 52 Spiro Kostof (1936-1991) merupakan ahli sejarah seni bina dan banyak menghasilkan mengenai bidang tersebut. Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah A History of Architecture: Setting and Rituals

50

37 pendirian yang sama sekali berbeza. Menurut Kostof, definisi seni bina merujuk kepada semua jenis binaan yang merangkumi bangunan `biasa' dan juga bangunan `istimewa'. Walaupun semua jenis binaan adalah seni bina, namun menurut Kostof lagi terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian binaan tersebut sebelum ianya layak dikategorikan sebagai sebuah hasil seni bina. Menurut beliau faktor yang paling penting dalam penilaian maksud seni bina sama ada ianya dikenali atau sebaliknya ialah wujudnya aspek kepentingan atau makna budaya hidup masyarakat pada binaan tersebut.53 Menurut beliau lagi, seni bina bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi di dalam sesebuah bangunan sebaliknya aspek budaya hidup yang disadurkan dalam program reka bentuk bangunan tersebut yang melayakkan bangunan tersebut dipanggil seni bina. Jika tafsiran Kostof terhadap maksud seni bina sudah di anggap sesuatu luas, tafsiran yang dibuat oleh George Hersey terhadap maksud seni bina adalah lebih luas daripada itu meliputi binaan yang dihasilkan oleh makhluk-makluk yang lain. Menurut beliau lagi seni bina juga meliputi binaan yang tidak kita bina tetapi terdapat banyak di sekitar kita seperti sarang semut, sarang lebah, bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan dan juga molekul.54 Antara hujah-hujah yang diketengahkan oleh George Hersey bagi menyokong pendapat beliau ialah binaan seperti sarang semut juga mempunyai unsurunsur gaya hidup seperti juga manusia di dalam lingkungan seni binanya. Menurut beliau sarang yang terbina merupakan ekspresi kesatuan cita-cita yang wujud dari komuniti semut tersebut, ianya disampaikan dan dapat dilihat melalui isyarat. Oleh yang demikian ianya merupakan sebuah hasil seni bina.

(1995, Paperback), The City Shaped:Urban Patterns and Meaning Through History (1993, Paperback) dan The Architect: Chapters in the History of the Profession.. 53 Ibid, hlmn 11 - 12. 54 Ibid, hlmn 12.

38 Menurut Amos Rapoport55 pula, definisi seni bina ialah sesuatu binaan yang mengambil kira faktor sosio budaya sesuatu masyarakat. Peranan sosio budaya terhadap sesuatu binaan yang dihuni oleh manusia adalah lebih penting berbanding dengan aspek cuaca, teknologi, bahan ataupun ekonomi. Menurut beliau lagi, selain berperanan sebagai pelindung kepada penghuni dari panas dan hujan, sesebuah seni bina juga berperanan melindungi penghuninya dari ancaman binatang buas ataupun makhluk halus, penegasan pemilikan oleh seseorang individu atau masyarakat, mencipta nilai-nilai kemanusiaan dan keselamatan dalam sesuatu persekitaran yang bahaya atau terancam, penekanan terhadap identiti, pernyataan status dan sebagainya.56 Di dalam penulisan William Wayne Caudill,57 William Merriweather Pena58 dan Paul Kennon59 pula , mereka berpendapat bahawa seni bina hanya layak ditafsirkan oleh seseorang individu berdasarkan pengalaman mereka terhadap sesuatu ruang. Proses penghayatan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang di dalam sesebuah ruang itu berlaku melalui tiga reaksi yang berlainan iaitu reaksi fizikal, reaksi emosi dan reaksi intelek. Pengalaman keseni binaan yang memenuhi kehendak ketiga aspek tersebut akan mewujudkan interaksi di antara insan dan bangunan.60 Definisi mengenai seni bina yang

55

Amos Rapoport merupakan profesor dalam bidang seni bina dan antropologi di Universiti WisconsinMilwakee di antara tahun 1974 hingga 1977. Beliau juga merupakan ahli Royal Australia Institut of Architects, ahli gabungan Royal Institute of British Architects (RIBA) dan arkitek berdaftar di Autralia serta pernah mengajar di Melbourne and Sydney University di Australia, University of California-Berkeley dan University College, London. Beliau telah terlibat dalam penyelidikan persekitaran manusia ( Human Environment) dan menulis banyak kertas kerja serta buku dan di antaranya ialah House Form and Culture ( 1969). The Mutual Interaction of People and Their Built Environment ( 1976) dan Human Aspect of Urban Form ( 1977).

56 57

Snyder, James C., Catanese, Anthony . J (1979). Intoduction To Architecture. McGraw-Hill. Hlmn 2. William Wayne Caudill, FAIA, berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Caudill Rowlett Scott, Architect Planners Engineers, firma yang telah diasaskan olehnya bersama John Rowlett pada tahun 1946. Beliau banyak menghasilkan buku seni bina, antara buku-bukunya ialah Architecture by Team, A Bucket of Oil: Energy Coservation through Design dan Infancy to Infinity. 58 William Merriweather Pena, FAIA, menjadi Pengarah Firma Caudill Rowlett Scott yang keempat, setahun selepas memasuki firma tersebut dan sewaktu beliau mengahasilkan penulisan tersebut, beliau menjawat Timbalan Kanan Presiden dan Pengarah CRS Planning and Programming Services Group. Beliau juga merupakan pensyarah seni bina terkenal dan banyak menghasilkan penulisan seni bina, antaranya ialah buku Problem Seeking. 59 Paul Kennon, AIA, ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Firma Caudill Rowlett Scott. Beliau juga bekas pereka bentuk kanan di Firma Eero Saarinen and Associates selama tujuh tahun. Pada tahun 1964-1966 beliau menetap di Santiago Chile, untuk menjadi penasihat dalam Program Kemudahan kepada Komuniti dan Wilayah Negeri Chile, yang dibiayai bersama oleh Yayasan Ford, University Rice, University Harvard dan Firma Rowlett Scott. 60 Caudill,William Wayne., Pena,William Merriweather., Kennon, Paul.diterjemahkan oleh Kamaruddin Md Nor (1991). Anda Dan SeniBina. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 4.

39 telah disebutkan tadi akan dapat diperjelaskan lagi dengan melihat bagaimana reaksi fizikal, emosi dan intelek daripada seseorang individu akan berlaku setiap kali seseorang itu melalui sesebuah ruang seni bina. Ianya berlaku secara berperingkat berdasarkan keutamaan fungsi seni bina itu kepada individu tersebut.Sebagai contoh, seorang lelaki yang memasuki ruang lobi sebuah hotel yang berhawa dingin dari ruang luar yang panas dan berkelembapan tinggi. Reaksi yang pertama daripada lelaki tersebut sudah tentu dari fizikalnya yang merasakan keadaan lobi tersebut begitu selesa dan meyeronokkan. Setelah desakan fizikal lelaki tersebut mula mengendur oleh keselesaan yang dinikmati dari ruang lobi yang dingin tersebut, insan emosi beliau mula mengambil alih dan pada ketika itu kesedaran visual beliau mula berlaku. Lelaki tersebut mula tertarik dengan keadaan lobi hotel yang besar dan indah tersebut. Elemen-elemen seperti air pancutan, kemasan jubin lantai yang disusun dalam pelbagai corak serta struktur bumbung yang didedahkan benar-benar membuatkan lelaki itu tertarik dengan ruang tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut tahu serba sedikit mengenai seni bina, maka beliau mula tertanyatanya tentang beberapa perkara terutamanya tentang siapakah arkitek yang merekabentuknya. Pertanyaan berkenaan wujud berdasarkan reaksi intelek beliau terhadap kewujudan beberapa elemen di dalam ruang tersebut. Dalam keadaan ini, ketiga-tiga faktor keinsanan telah berinteraksi dengan baik dalam menghasilkan penghayatan terhadap kewujudan seni bina di dalam diri lelaki tersebut. Seni bina bukanlah suatu perkara yang begitu mudah untuk difahami. Ianya banyak bergantung terhadap tahap penghayatan seseorang individu itu, sama ada mereka suka terhadap sesuatu hasil seni bina itu atau sebaliknya. Seni bina dikatakan wujud apabila wujud kegembiraan dalam penghayatan seseorang individu itu terhadap sesuatu ruang atau rupa bentuk.61Dengan kata lain, seni bina wujud dalam pelbagai bentuk terhadap individu yang berbeza. Walaupun tiada satu perkataan yang khusus dapat diketengahkan mengenai maksud sebenar seni bina berdasarkan pendapat beberapa tokoh yang telah disebutkan tadi, namun aspek budaya hidup sesuatu masyarakat telah banyak diketengahkan sebagai salah satu pra-syarat bagi sesuatu binaan tersebut untuk layak dikategorikan sebagai seni bina. Selain daripada itu, aspek-aspek seperti emosi, penghormatan, identiti, keselamatan dan keselesaan penguna merupakan antara aspek lain yang dikatakan perlu wujud di dalam

61

Ibid, hlmn 6-7.

40 sesebuah seni bina. Justeru, apa yang dapat disimpulkan ialah sesebuah seni bina terhasil daripada faktor-faktor asas yang wujud di dalam diri sesuatu masyarakat itu. Seperti yang telah diperkatakan oleh Spiro Kostof bahawa penyingkiran aspek-aspek kemanusiaan di dalam sesebuah binaan hanya melayakkan binaan tersebut dipanggil bangunan sahaja.62

3.2 Perkembangan Seni Bina di Malaysia Menjelang Era-Pasca Merdeka

Menjelang era pasca-merdeka di Malaysia, suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-bandar utama di negara ini yang sebelum itu dikuasai oleh gaya rupa seni bina kolonial, angloIndian, eklectik dan sebagainya. Gaya rupa seni bina moden yang telah menular di Eropah dan Amarika Syarikat beberapa dekad sebelum itu menjadi pilihan seiring dengan keadaan negara yang berada dalam keadaan progresif pada masa itu . Revolusi seni bina yang terawal berlaku kepada gaya rupa seni bina kediaman yang mana hanya selepas sebulan negara mengecapi kemerdekaan, kediaman pertama yang menggunakan bahasa seni bina moden telah dibina di no 6, Girdle Road, Kenny Hill, yang direka bentuk oleh Fong Ying Leong. Seterusnya pembinaan kediaman yang menggunakan gaya rupa seni bina moden terus bercambah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Rumah-rumah seperti Kington House, Dr. AFH Aerie House, Syed Nahar Sahabuddin House dan Mondrian House merupakan antara senarai pendek yang dapat disebutkan di sini yang memecah tradisi dengan reka bentuk ringkas serta menggunakan teknologi bahan binaan terkini pada masa itu.63

Ballantyne, Andrew. (2002). What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 11 - 12. Chen Voon Fee ( Sept/Okt 1993). Houses 1957-1987 ( or 30 Years of Dreams Fulfilled ?). Majallah Akitek. Hlmn 62 ­ 63.

63

62

41

Gambarajah 3.0 : Rumah Kington Loo merupakan antara reka bentuk seni bina moden terawal di Malaysia menjelang era pasca-merdeka.

Sumber : Chan Chee Yong (ed.) (December 1987). Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987. Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 50. Perubahan gaya rupa seni bina tidak terhenti setakat itu sahaja, gerakan seni bina moden dengan gaya rupa antarabangsa telah menular dengan begitu pantas kepada reka bentuk bangunan-bangunan yang lain seperti bangunan pentadbiran, masjid, pusat perniagaan, stadium, hospital dan sebagainya. Antara beberapa buah bangunan utama yang terlibat dengan perubahan gaya rupa tersebut ialah bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1959), Chin Woo Stadium, Kuala Lumpur (1950-an), Bangunan Parlimen (1963) dan Stadium Negara, Kuala Lumpur (1964). Perubahan reka bentuk yang ditunjukkan pada bangunan-bangunan tersebut memaparkan gaya rupa seni bina antarabangsa yang tidak mengambil kira gaya rupa seni bina sebelumnya serta penggunaan teknologi bahan binaan konkrit bertetulang yang menjadikan bangunan tersebut kelihatan ringan kerana mempunyai sistem rentangan yang lebih luas antara tiang ke tiang.

42 3.3 Penerapan Ciri-ciri Identiti Nasional Terhadap Seni Bina di Malaysia

Perubahan terhadap gaya rupa seni bina peda era pasca-merdeka telah diterima dengan hati yang terbuka oleh pelbagai golongan masyarakat di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, suatu aspek yang begitu diberi perhatian pada ketika itu khususnya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ialah melahirkan identiti seni bina nasional yang mencerminkan aspirasi negara.64 Di dalam pencarian identiti seni bina nasional tersebut juga, beberapa aspek seperti kemajuan teknologi pembinaan, warisan seni bina, faktor iklim setempat serta aspirasi negara di peringkat nasional dan antarabangsa dilihat sebagai antara faktor yang berpotensi ke arah melahirkan identiti seni bina nasional tersebut. Beberapa orang akitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang mereka-bentuk Bangunan Parlimen) berpendapat bahawa perlunya pengadaptasian faktor-faktor setempat ke dalam reka bentuk moden dan bukan hanya sekadar meniru bulat-bulat gaya rupa yang dihasilkan di Eropah atau di Amarika Syarikat. Kesannya, reka bentuk yang ditunjukkan pada Masjid Negara dan Bangunan Parlimen telah membuka perspektif baru tentang gaya rupa seni bina moden yang selama ini dianggap sebagai `form follows function' semata-mata. Ruang serambi yang terletak di bahagian hadapan Masjid Negara memberikan kesan `sense of welcoming' serta berfungsi sebagai tempat berdiskusi kepada jemaah yang datang untuk beribadat di dalamnya. Fungsi dan kedudukan serambi tersebut dikatakan telah diadaptasi daripada reka bentuk serambi yang terdapat pada rumah tradisional Melayu yang telah wujud sejak zaman berzaman di negara ini.

64

Noor Azam Shairi ( 17/07/2000). Sambutan 80 tahun Persatuan Akitek Malaysia (PAM) : Identiti seni bina negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari halaman mana ianya diperolehi).

43

Gambarajah 3.1 : Masjid Negara, antara seni bina terawal yang mengetengahkan ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia.

Keadaan serupa juga dapat dilihat pada reka bentuk Bangunan Parlimen dengan penggunaan beberapa elemen tertentu merujuk kepada budaya dan iklim setempat. Penggunaan elemen bumbung panjang pada bahagian podium bangunan tersebut jelas menunjukkan reka bentuk bumbung panjang yang terdapat pada reka bentuk rumah Melayu tradisional di Melaka. Walau bagaimanapun peniruan tersebut tidak dilakukan secara langsung tetapi turut disertakan dengan daya inovasi yang mana potensi teknologi konkrit bertetulang digunakan dengan sebaik mungkin dengan cara mendedahkan struktur kekuda bumbungnya di bahagian luar. Penggunaan penghadang cahaya matahari di bahagian menara bangunan tersebut juga menunjukkan sensitiviti yang tinggi pereka bentuknya terhadap permasalahan kepanasan dari cahaya matahari di Malaysia. Rekabentuk penghadang cahaya matahari tersebut juga kelihatan seperti kulit sebiji nenas yang merupakan salah satu produk pertanian utama negara pada ketika itu. Pengadaptasian elemen-elemen seni bina Melayu tradisional, faktor iklim setempat dan keupayaan teknologi pembinaan mula dilihat sebagai sebagai sesuatu yang amat berpotensi ke arah melahirkan identiti seni bina di Malaysia menjelang awal tahun 1960an. Bangunan-bangunan seperti gereja di Petaling Jaya (1960-an), Bangunan Muzium Negara (1964), Masjid Negeri Sembilan, Seremban (1967) dan Restoran A&W di Petaling Jaya (awal 1970-an) merupakan antara produk yang dianggap berjaya

44 mengetengahkan identiti seni bina Malaysia yang progresif dan pada masa yang sama tidak melupakan unsur tradisi yang menunjangi kehidupan masyarakatnya.

3.4 Definisi Identiti Seni Bina Nasional

Para pemikir seni bina dari dalam dan luar negara mempunyai pelbagai pendapat mengenai definisi identiti seni bina nasional. Pendapat yang pertama daripada pemikir luar mengenai konsep identiti seni bina ialah identiti tersebut tidak boleh dipalsukan. Menurut salah seorang daripada mereka iaitu Charles Correa,65 berpendapat bahawa pembentukan sesuatu identiti seni bina tidak seharusnya cenderung kepada ideologi sesetengah pihak sahaja sebaliknya bersifat menyeluruh dan dapat diterima oleh setiap ahli masyarakat tersebut. Menurut mereka lagi, pembentukan identiti di dalam seni bina merupakan satu proses yang panjang dan ada di antaranya merupakan tinggalan tamadun lampau yang mencerminkan budaya hidup dan peradaban masyarakat pada masa tersebut. Kaedah membentuk dan membangunkan identiti ini boleh dilaksanakan apabila kita berjaya mengatasi punca permasalahan yang sebenar kita hadapi dalam kehidupan seharian: "It's a process and not a found object. It may be likened to the trail left by civilization as it moves through history. The trail is the culture, or identity of that civilization .Being a process identity cannot be prefabricated. We develop our identity by tackling what we perceived to be our problems. Identity is not a self conscious thing. We find our identity by understanding ourselves and our environment".66

Charles Correa merupakan nama besar dalam seni bina kontemporari di peringkat antarabangsa. Beliau mula mendapat pendidikan awal seni bina di University of Michigan dan Massachussets Institute of Technology (MIT). Selain mempunyai kelayakan sebagai seorang akitek, beliau juga merupakan seorang perancang bandar dan aktivis. Melalui firma akiteknya yang mula ditubuhkan pada 1958 di Bombay, beliau telah mempelopori pelbagai projek reka bentuk yang berkaitan dengan isu perbandaran dan perumahan kos rendah di dunia ketiga. 66 Correa, Charles (Julai 25-27, 1983). Article Quest For Identity, Regional Seminar by the Aga Khan Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Budaya, Be;ia dan Sukan. Hlmn 28.

65

45 Pendapat tersebut disokong oleh R.G Wilson67 yang mana menurut beliau pembentukan identiti semulajadi mempunyai persamaan dengan sifat-sifat kewilayahan iaitu penyesuaian rupa bentuk bangunan seperti struktur, bahan-bahan, bentuk, imej dan seluruhnya dengan alam persekitaran dan asal-usul setempat. Seorang ahli sejarah seni bina yang terkenal iaitu Charles Jenks68 pula berpendapat bahawa pembentukan identiti seni bina perlulah disaduri dengan program yang mencerminkan aspirasi masyarakat semasa atau akan datang. Aspek-aspek seperti seni, budaya, kepercayaan, kemampuan teknologi, pengaruh tapak dan sebagainya merupakan elemen utama yang terkandung di dalam program seni bina tersebut. Sebagai contoh beliau merujuk kepada warisan seni bina piramid di Mesir yang mana gabungan unsur ketuhanan, kesenian, kebudayaan dan kemampuan teknologi diterjemahkan ke dalam hasil seni bina yang bersimbolik.69 Para pemikir seni bina tempatan juga mempunyai pelbagai pendapat mengenai maksud identiti seni bina nasional. Menurut Hijas Kasturi,70 identiti seni bina adalah sesuatu yang mencerminkan nilai patriotisme atau nasionalisme. Asas kepada pembentukan identiti dalam seni bina tersebut pula terdiri daripada tiga aspek utama iaitu fungsi, aspek ekonomi dalam pembinaan dan nilai estetika. Menurut beliau lagi, fungsi terdiri daripada pemikiran secara rasional dalam penghasilan reka bentuk yang berupaya memenuhi dan menyelesaikan permasalahan kehendak dan keperluan manusia. Faktor ekonomi pula terdiri daripada aspek pembinaan, peningkatan teknologi, persediaan bahan dan kemudahan asas bangunan. Bagi faktor yang ketiga iaitu nilai estetika pula, ianya

R.G Wilson merupakan tokoh aliran vernakular Amerika yang berfikiran dinamis dan begitu menekankan penggabungan unsur dunia baru dan lama dalam menghasilkan identiti. Walau bagaimanapun beliau lebih memandang kepada dasar dan konteks setempat atau peninggalan warisan sedia ada untuk mewujudkan jiwa seni bina yang sebenar-benarnya. 68 Charles Jencks dilahirkan pada 1939 dan mula mendapat pendidikan tinggi di Universiti Harvard serta memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kesusasteraan Inggeris pada tahun 1961. Pada tahun 1965, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang seni bina dan seterusnya menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sejarah seni bina. Antara penulisan beliau yang terkenal ialah "The Language of Post-Modern Architecture"( Six edition 1991),, "Architecture Today" ( Third edition 1997) dan "The Architecture of Jumping Universe"( Second edition 1997). Dalam penghasilan reka bentuk seni bina, Thematic House yang dihasilkan bersama Terry Farrel di antara tahun 1979 hingga 1984 merupakan antara reka bentuk yang menggunakan bahasa seni bina Post-Moden yang begitu dikenali dan dijadikan rujukan dalam perbincangan bahasa seni bina tersebut di seluruh dunia. 69 Jencks, Charles(1985.). Towards a Symbolic Architecture : The Thematic House. Rizolli New York. Hlmn 22-23. 70 Hijas Kasturi, (Julai 25-27 1983). Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementrian Budaya , Belia dan Sukan. Hlmn 22.

67

46 dibentuk berlandaskan sumber budaya dan etnik di sesuatu tempat. Persepsi Ken Yeang71 juga dilihat mempunyai persamaan dengan Hijjas mengenai pembentukan identiti seni bina. Menurut beliau, pembentukan identiti seni bina lahir daripada tiga faktor utama iaitu nilai simbolik, reka bentuk ruang litupnya dan batasan kewangan:

"Identity in architecture therefore comes from all these three factors influencing its design : its symbolic value, its enclosure design, its financial constraint".72 Menurut Nik Azmi Nik Daud pula, faktor seperti cara kegunaan bangunan, penyesuaian dengan cuaca dan persekitaran serta kaedah penggunaan bahan merupakan faktor penentu dalam pembentukan identiti seni bina. Beliau turut menambah bahawa kemahiran dalam mencorak atau mengatur elemen asas reka bentuk, penjimatan dalam pembinaan, cara pembinaan yang praktikal dengan konteks setempat merupakan faktor yang perlu diterapkan bagi memantapkan lagi identiti seni bina tersebut.73 Parid Wardi74 pula berpendapat bahawa pembentukan identiti dalam seni bina dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu aspirasi kebangsaan, penyesuaian identiti dengan masyarakatnya yang berubah mengikut peredaran zaman dan warisan budaya komuniti setempat. Aspirasi kebangsaan terdiri daripada pengaruh politik yang memantau perkembangan identiti seni bina tersebut. Dalam situasi ini, proses pengadptasian sesuatu identiti seni bina tersebut kemungkinan akan dipengaruhi oleh agenda pemerintah di sesuatu kawasan atau negara. Mengenai faktor yang kedua pula iaitu masyarakat yang berubah mengikut peredaran

Yeang, Ken(Julai 25-27 1983). Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementrian Budaya , Belia dan Sukan. Hlmn 31. 72 Ibid. 73 Nik Azmi Nik Daud ( 02/01/1987). Kerjasama Semua Pihak Perlu Mencapai Matlamat Senibina Nasional, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia: 2 -4. 74 Yang Berbahagia Profesor Dato' Parid Wardi bin Sudin merupakan seorang tokoh dalam bidang pendidikan seni bina di Malaysia. Beliau bergiat cergas dalam pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), menjadi Ahli Majlis dalam PAM mulai 1978 dan pernah dilantik sebagai pengerusi bahagian Pelajaran, Jawatankuasa Pengiktirafan Kursus dan Panel Peperiksaan Amalan Iktisas PAM dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Selain bergiat aktif dalam aktiviti PAM, beliau juga menerima banyak perlantikan di peringkat kebangsaan seperti menjadi pengerusi Jawatankuasa Kecil Terjemahan Istilah Seni Bina, Perancangan dan Ukur Bahan, menjadi Ahli Undangan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka serta Ahli Jawatankuasa Rancangan Pemulihan Kampung Unit Perlaksanaan dan Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri bersama INTAN. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan gelaran `Yang Berbahagia Profesor Dato' yang tertera di hadapan beliau.

71

47 zaman, beliau menyatakan bahawa kaedah implimentasi sesuatu bentuk identiti itu perlu dilaksanakan secara berhati-hati terhadap masyarakat berbilang kaum yang hidup secara global agar identiti tersebut tidak disalah tafsirkan oleh generasi seterusnya. Mengenai faktor yang terakhir iaitu pengaruh warisan budaya sesuatu komuniti dalam pembentukan identiti seni bina, ianya merujuk kepada proses memahami nilai dan akar umbi budaya kita sendiri.75 Setelah meneliti beberapa pandangan daripada pemikir seni bina dan golongan profesional mengenai maksud identiti seni bina nasional, kesimpulan yang dapat dibuat ialah pembentukan identiti perlu merujuk kepada strata sosial masyarakat dan organisasi politik setempat,budaya masyarakat setempat serta kefahaman kepada faktor-faktor regionalisme.

3.5 Krisis Identiti Seni Bina di Malaysia

Kepelbagaian dalam penafsiran maksud identiti seni bina nasional oleh pemikir seni bina sama ada dari dalam atau luar negara diperakui bahawa telah mengukuhkan maksud identiti seni bina tersebut dari pelbagai sudut. Walau bagaimanapun, kurangnya usaha untuk melakukan huraian secara lebih terperinci akan ciri-ciri identiti yang dimaksudkan telah mewujudkan kekeliruan dalam penafsiran terhadap identiti seni bina oleh golongan profesional dalam bidang tersebut di negara ini. Menjelang tahun 1970-an, pelbagai komen dan kritikan tajam dari pemikir seni bina di negara ini telah mula kedengaran mengenai kegagalan identiti seni bina nasional mencapai matlamat asal kewujudannya. Antara pemikir yang banyak mengetengahkan pendapat mengenai permasalahan tersebut ialah Ken Yeang. Menurut beliau kekurangan pembangunan terhadap falsafah seni bina di negara ini menyebabkan masyarakat luar sukar mengenali identiti seni bina Malaysia.76 Mengenai definisi terhadap krisis identiti seni bina, Ken Yeang pernah membandingkannya dengan krisis yang berlaku terhadap seseorang individu yang mana ianya berkaitan dengan kegagalan individu tersebut mengenali siapa dirinya atau ke

75

Parid Wardi (Julai 25-27 1983).Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Budaya, Belia dan Sukan. Hlmn 23. 76 Yeang, Ken (1979). The Causes of Homogenity Amongs Architects in Urban Area. Majallah akitek. Vol 2:79. Hlmn 11.

48 manakah arah tuju hidupnya. Menurut beliau, krisis identiti seni bina di Malaysia dikatakan wujud disebabkan kegagalan untuk memastikan arah tuju sebenar seni bina kita. Antara bentuk-bentuk krisis identiti yang dikenal pasti banyak berlaku di Malaysia ialah kekeliruan dalam menterjemahkan beberapa elemen asas identiti seni bina ke dalam bentuk baru dan juga penafsiran sempit tentang maksud dan peranan identiti tersebut dalam konteks seni bina yang berbeza. Krisis identiti seni bina yang dialami oleh negara ini turut mendapat perhatian dan kritikan dari kebanyakan tokoh-tokoh seni bina Malaysia yang lain. Antara tokoh seni bina yang turut memberi pandangan terhadap permasalahan tersebut ialah Hijjas Kasturi. Beliau turut kesal dengan proses penafsiran seni bina yang dianggap semakin terkebelakang, cuba membandingkan usaha awal merealiasasikan identiti senibina nasional yang dilakukan terhadap Masjid Negara yang dianggap berjaya dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh kebanyakan arkitek yang mengambil contoh masjid dari Timur Tengah dalam reka bentuk masjid di Malaysia pada hari ini:

" Masjid-masjid kita sekarang seperti yang ada di Asia Tengah dan negara Arab. Kenapa kita mesti melihat contoh di negara orang sedangkan kita pernah membina sebuah masjid kontemporari yang boleh dibanggakan iaitu Masjid Negara". 77 Kritikan keras yang dilemparkan oleh beberapa tokoh seni bina di negara ini terhadap kewujudan krisis identiti dalam pelbagai sektor seni bina merupakan antara bukti awal kewujudan permasalahan tersebut. Persoalan yang seterusnya ialah bagaimanakah ianya boleh berlaku dan apakah bentuk permasalahan yang sering ditimbulkan oleh krisis identiti seni bina tersebut ?. Bagi menjawab persoalan ini, pemerhatian yang lebih menyeluruh akan sebab dan bentuk krisis yang ditimbulkan perlu dilaksanakan.

77

Hijjas Kasturi (Ahad 27 Julai 2003). Rencana : Penghinaan Membakar Semangat, Mingguan Malaysia. Hlmn 36.

49

3.6 Sebab Dan Bentuk Krisis Identiti Seni Bina yang Wujud di Malaysia.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap krisis identiti seni bina yang wujud di Malaysia sejak empat dekad yang lalu, apa yang dapat disimpulkan ialah terdapat dua sebab utama kewujudan permasalahan tersebut iaitu penyalah tafsiran terhadap ciri asas identiti seni bina seperti yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh seni bina dan pemahaman yang sempit di kalangan pelopor dan penggerak identiti seni bina akan peranan kewujudan identiti seni bina kepada masyarakat. Kewujudan reka bentuk revivalisme dan keadaan yang kurang selesa dalam skim perumahan moden merupakan antara gejala yang dapat dilihat daripada krisis identiti seni bina yang berlaku tersebut.

3.6.1 Kekeliruan Terhadap Ciri Asas Kepada Pembangunan Identiti Seni Bina Nasional

Penafsiran terhadap perlunya wujud aspek budaya di dalam identiti seni bina nasional oleh tokoh-tokoh seni bina dari dalam dan luar negara telah ditafsirkan dari sudut yang sempit oleh kebanyakan ahli akademik dan profesional seni bina yang mana ianya hanya meliputi warisan seni bina tradisi sahaja tanpa memahami secara menyeluruh tentang hubung kait seni bina tradisi tersebut dengan masyarakat lampau dan kesesuaiannya dengan konteks seni bina yang sama sekali berbeza pada hari ini. Permasalahan dalam penafsiran aspek budaya tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam "Seminar Kearah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina" anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada 20 hingga 23 Januari 1980 di Kuala Lumpur. Di dalam laporan persidangan tersebut, salah satu keputusan yang telah dicapai ialah pembinaan identiti seni bina nasional berteraskan warisan seni bina dan kebudayaan Melayu:

50 "Senibina Malaysia seharusnya mempunyai identiti tertentu yang boleh dikenal oleh masyarakat dan hendaklah berteraskan kepada kesenian Melayu".78 Kriteria asas terhadap pemilihan warisan kebudayaan dan seni bina Melayu sebagai teras kepada pembangunan identiti seni bina nasional tidak dapat dipastikan tetapi ianya mungkin berkait rapat dengan pengukuhan politik masyarakat Melayu di negara ini pada era awal 80-an. Pemilihan warisan kebudayaan masyarakat Melayu sebagai teras pembangunan identiti seni bina nasional juga dilihat sebagai kesinambungan ketuanan Melayu di dalam pembangunan kebudayaan nasional di Malaysia pada waktu itu seperti juga yang dilakukan terhadap dasar bahasa kebangsaan, baju kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Keputusan yang dicapai dalam seminar tersebut telah memberikan implikasi yang cukup besar terhadap pendekatan seni bina beridentiti nasional menjelang dekad 80-an dan 90-an yang mana terdapat banyak bangunan yang didirikan terutamanya bangunan-bangunan kerajaan menggunakan pendekatan warisan seni bina Melayu di dalam reka bentuknya. Perkembangan pesat penggunaan elemen seni bina Melayu di dalam seni bina moden pada waktu itu juga banyak dipengaruhi oleh perkembangan falsafah seni bina di peringkat global yang mana arus seni bina Post-Modernisme yang mencanangkan perlunya ciri-ciri warisan seni bina setempat diterapkan di dalam seni bina terkini. Hakikat bahawa cabaran hebat yang bakal dihadapi di dalam bidang seni bina berbanding dengan bidang-bidang lain yang mengambil pendekatan kebudayaan Melayu sebagai teras pembinaan identiti masing-masing mungkin tidak diperhalusi oleh pemikirpemikir seni bina di negara ini sewaktu di peringkat awal perlaksanaannya. Apa yang pasti, selama lebih dua dekad pendekatan tersebut digunakan, ianya ternyata sukar menakluki pemikiran masyarakat di negara ini terutamanya kaum-kaum bukan Melayu bahawa pendekatan tersebut adalah jawapan terbaik kepada persoalan identiti seni bina nasional yang dicari-cari selama ini. Pendekatan seni bina Melayu dalam menjawap persoalan identiti seni bina nasional jelas hanya tertumpu kepada bangunan-bangunan kerajaan atau syarikat-syarikat korporat yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan

78

Laporan Seminar (20-23 Januari 1980). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam SeniBina. Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid I. Hlmn 10.

51 sahaja. Kesukaran perlaksanaan pendekatan tersebut juga banyak dikaitkan dengan kelemahan para pemikir dan profesional seni bina di negara ini dalam menggabungkan aspek budaya dan jiwa seni bina sezaman. Penggunaan elemen-elemen seni bina Melayu terhadap bangunan moden juga dilihat lebih memaparkan aspek pembangunan fizikal dan gaya rupa sahaja sedangkan budaya penggunaannya atau keupayaan teknologi yang ada pada hari ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan gaya rupa yang cuba ditonjolkan. Reka bentuk podium di Ibu Pejabat BBMB di Kuala Lumpur misalnya menceduk secara bulat-bulat gaya rupa seni bina rumah atau istana tradisi Melayu Kelantan dengan reka bentuk bumbung panjang dan dinding menggunakan papan kembung. Walaupun terdapat sedikit perubahan di bahagian bumbungnya tetapi ciri-ciri asal reka bentuk rumah atau istana tradisi Melayu Kelantan tersebut masih tidak berubah seperti struktur gelegar yang kelihatan terjulur keluar dari bahagian tiangnya.

Gambarajah 3.2 : Reka bentuk podium Ibu Pejabat BBMB (Sekarang ini diambil alih oleh Bank Muamalat) di Kuala Lumpur yang mengetengahkan ciri- ciri reka bentuk revivalisme seni bina Melayu.

Penggunaan gaya rupa rumah Melayu sebenarnya tidak ada kait mengait dengan budaya kerja pejabat yang menjadi fungsi utama podium tersebut. Ianya juga dilihat tidak mampu untuk memberikan sebarang impak positif kepada pekerja di dalamnya kerana ruang dalaman pejabat tersebut tidak ada bezanya dengan ruang pejabat yang lain. Identiti seni bina sebegini tidak ubah seperti sebuah lukisan besar yang tidak memberi apa-apa makna

52 terhadap penggunanya dan juga masyarakat di sekelilingnya. Kegiatan membesarkan reka bentuk bangunan berkali ganda berbanding saiz asalnya disifatkan sebagai `balloon Architecture'.79 Pendekatan yang serupa juga dapat dilihat pada beberapa buah bangunan utama yang lain seperti Muzium Negeri Terangganu di Kuala Terengganu dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur .

3.6.2 Pemahaman yang Sempit Terhadap Keperluan Identiti di Dalam Seni Bina

Keperluan mewujudkan identiti seni bina nasional bukan hanya terhad kepada sesetengah bangunan sahaja tetapi seharusnya meliputi keseluruhan hasil seni bina di negara ini daripada bangunan pencakar langit hinggalah kepada sebuah tandas, tempat menunggu bas ataupun bangsal tempat letak basikal. Definasi terhadap bentuk identiti yang perlu diterapkan ke dalam sesebuah seni bina seharus ditakrifkan secara berbeza berdasarkan peranan sesebuah bangunan terhadap penggunanya. Peranan sebuah stadium kepada penggunanya adalah tidak sama dengan peranan sebuah rumah teres kepada penghuninya. Aplikasi identiti dari sudut tampak atau gaya rupa adalah sesuai digunakan pada reka bentuk stadium kerana fungsinya yang bersifat `utilitarian' dan sementara, manakala bagi sebuah rumah teres yang digunakan sepanjang hari oleh penghuninya, penekanan identiti adalah lebih sesuai dari sudut kesesuaian fungsi dan keselesaan kepada kehidupan penghuninya. Ianya selaras dengan maksud seni bina yang telah disebutkan sebelum ini iaitu bukan hanya setakat rupa bentuk atau gaya rupa sahaja tetapi juga melibatkan interaksi yang baik di antara sesebuah ruang itu dengan penggunanya. Konsep asas identiti seni bina juga sebenarnya berlandaskan pendekatan yang sama. Persoalan mengenai identiti seni bina yang sering di bangkitkan sebelum ini dilihat bukanlah bertujuan untuk memesongkan maksud sebenar seni bina tersebut tetapi lebih kepada usaha mendekatkan seni bina tersebut kepada aspirasi penggunanya. Kelemahan kebanyakan pemikir dan profesional seni bina negara ini dalam memahami maksud sebenar identiti seni bina serta peranannya dalam konteks yang berbeza merupakan antara penyumbang kepada krisis identiti seni bina di negara ini. Apa

79

Tajuddin Mohd Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 28.

53 yang berlaku dapat dilihat dengan jelas dalam sektor perumahan dan pendidikan yang juga merupakan sektor terpenting dalam pembinaan sahsiah masyarakat pada masa hadapan. Seorang remaja misalnya, akan menghabiskan sebahagian besar usianya sebelum meningkat dewasa di rumah dan di sekolah serta sudah tentu sedikit sebanyak perwatakan mereka akan ditentukan oleh kedua-dua bidang seni bina tersebut. Walaupun dianggap penting dalam menentukan arah tuju peneraju negara pada masa hadapan, tetapi kedua-dua sektor ini menerima tanggapan yang berbeza dari kebanyakan pemikir dan profesional seni bina di negara ini dalam konteks penerapan identiti seni bina nasional.

Gambarajah 3.3 : Walaupun telah lebih empat dekad merdeka, reka bentuk skim perumahan awam di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa sebarang usaha untuk menjadikannya semakin baik serta mengambil kira unsur kemanusiaan dalam reka bentuknya.

Sumber : Chan Chee Yong (December 1987). Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987. Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 144; Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM . Hlmn 6.

Apa yang boleh dirumuskan ialah kedua-dua sektor ini telah dipinggirkan atau dianak tirikan dari agenda pembangunan identiti seni bina nasional kerana dianggap kurang berpotensi untuk menonjolkan `identiti' seni bina nasional berbanding dengan pejabat

54 kerajaan, pusat membeli belah, menara dan sebagainya. Kesan daripada kesempitan pemikiran para pemikir serta profesional seni bina di negara ini terhadap penafsiran identiti tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui reka bentuk perumahan awam dan bangunan-bangunan yang berkaitan dengan pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang dilihat tidak mengalami sebarang peningkatan untuk menjadikannya lebih baik dari sudut fungsi dan sensitiviti terhadap budaya pengguna dalam reka bentuknya sejak dari zaman merdeka hinggalah ke hari ini.

3.7 Kesan Buruk Daripada Krisis Identiti Seni Bina Terhadap Masyarakat di Malaysia

Krisis identiti seni bina di Malaysia yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu sebenarnya telah memberi impak negatif secara tidak langsung terhadap aspek lain yang berkaitan dengannya. Salah satu aspek yang menerima kesan buruk dari krisis identiti seni bina tersebut ialah kepincangan struktur sosial masyarakat yang mana kebanyakan masyarakat di negara ini terpaksa mengubah budaya hidup seharian mereka bagi menyesuaikan diri dengan corak seni bina yang telah disediakan kepada mereka. Fenomena yang menjadikan seni bina sebagai medium yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat dan bukannya masyarakat yang menentukan bagaimana seni bina tersebut wujud, sesuai dengan kehidupan yang mereka impikan akan memberikan kesan yang kurang baik kepada kehidupan mereka bagi jangka masa panjang seperti masalah sosial, kehilangan hak persendirian, jenayah dan juga kehilangan nyawa sendiri atau orang yang disayangi. Kesan yang dibawa oleh krisis identiti seni bina sebenarnya begitu besar melangkaui batas fizikal seni bina dan manusia yang mendiaminya. Dalam jangka masa yang panjang krisis identiti seni bina boleh membawa kepada krisis tenaga kepada negara serta tekanan ekonomi kepada masyarakat di masa hadapan. Krisis identiti seni bina juga telah menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran dan gangguan kesihatan di negara ini terutamanya di bandar-bandar besar. Selain daripada itu kadar kemalangan jalan raya di negara ini yang kian meningkat dari tahun ke tahun juga dikaitkan dengan kelemahan perancangan seni bina yang mendorong masyarakat menggunakan kenderaan bermotor dari satu tempat walaupun dalam jarak yang dekat.

55 Walau apapun kesan negatif yang menimpa masyarakat di negara ini pada masa sekarang dan akan datang, apa yang pasti krisis identiti seni bina yang wujud telah memperlihatkan kelemahan seni bina tersebut dalam menyediakan kehidupan yang selesa kepada penggunanya sesuai dengan keperluan semasa mereka .

3.7.1 Kelonggaran Ikatan Komuniti di Kawasan Bandar

Krisis identiti seni bina yang wujud di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu turut membawa kesan buruk kepada institusi komuniti terutamanya di kawasan bandar. Di dalam sektor perumahan awam misalnya, kita dapat melihat bahawa pihak pemaju mempunyai hak mutlak dalam menentukan reka bentuk dan susun atur rumah yang bakal dimiliki oleh pembeli . Dalam reka bentuk rumah teres misalnya, susun atur serta reka bentuk pelan rumah-rumah yang telah dibina di seluruh negara adalah hampir sama dan telah berlanjutan selama lebih empat dekad semenjak skim perumahan awam pertama negara yang dilaksanakan di Petaling Jaya pada sekitar akhir tahun 1950-an lagi.80 Pada peringkat awal pembangunan negara, reka bentuk rumah teres yang menyediakan fungsi yang begitu minimum kepada penghuninya dianggap relevan memandangkan migrasi dalaman yang berlaku di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Ipoh dan sebagainya begitu mendadak dan keperluan perumahan perlu diselesaikan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, warisan reka bentuk rumah teres yang diperkenalkan pada peringkat awal pembangunan negara tersebut yang mempunyai tempat letak kereta yang kecil, ruang dapur yang sempit, ruang dalaman yang panas sepanjang masa dan disusun dalam bentuk sebaris dilihat tidak sesuai dengan struktur dan keperluan sosial yang semakin kompleks pada hari ini. Keinginan masyarakat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa di dalam skim perumahan awam pada hari ini dapat dilihat daripada reaksi awal pembeli yang melakukan aktiviti pengubahsuaian di beberapa bahagian rumah mereka seperti pagar, tempat letak kereta dan juga bahagian dapur. Kesan daripada proses pengubahsuian yang dilakukan maka wujudlah tembok-

80

Ngiom, Tay, Lilian. ( 2000.). 80 years of architecture in Malaysia . PAM Publication. Hlmn 90.

56 tembok batu yang memagari rumah, ruang anjung yang lebih luas untuk beristirehat serta dapur yang yang lebih besar bagi tujuan keselesaan ketika memasak. Ketidak-sesuian reka bentuk perumahan teres di Malaysia dengan corak kehidupan masyarakatnya, ada yang bersifat boleh ubah yang mana masyarakat mampu mengubahnya melalui pengubahsuaian beberapa bahagian rumah berkenaan seperti yang telah disebutkan tadi, manakala sebahagian lagi adalah bersifat kekal dan masyarakat terpaksa menghadapi situasi tersebut walaupun tanpa kerelaan mereka. Penyediaan susun atur rumah teres secara sebaris dengan jarak yang dekat di antara satu sama lain misalnya, telah mewujudkan pelbagai masalah seperti gangguan privasi kepada penghuninya. Masalah tersebut telah dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin Rasdi di dalam penulisan beliau yang mana akibat daripada gangguan privasi tersebut menyebabkan penghuni di dalam skim perumahan teres pada hari ini terpaksa hidup dalam suasana yang kurang selesa:

"The result of all this is a shrinking back- to- back window distance. With this close proximity, the exact window-to window alignment and no landscaping for visual obstruction, the setting is incredibly ideal for visual privacy violations. My daughter who has the back room hardly opens her window now. Poor lighting comes in as the drapes or curtains are usually night and day. Ventilations ? Well, actually you would need two openings on opposite sides of a room in order to draw a cross ventilation".81 Dalam usaha kebanyakan penghuni yang cuba untuk mendapatkan kembali hak privasi di dalam kediaman mereka, pembinaan pagar konkrit yang bertujuan mengurangkan gangguan visual akhirnya telah mengundang pelbagai masalah sampingan yang lain seperti mengurangkan interaksi di antara penghuni dengan jiran-jirannya. Kurangnya interaksi diantara jiran dalam kehidupan seharian seterusnya akan membawa kesan negatif dalam jangka masa panjang yang mana ianya akan membawa kepada kerenggangan hubungan di dalam sesuatu komuniti. Situasi tersebut bakal membawa

81

Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 23.

57 masalah yang lebih besar kepada komuniti itu sendiri seperti jenayah, sikap saling mencurigai dan sebagainya. Peningkatan kadar jenayah akibat daripada kelongaran ikatan komuniti di tamantaman perumahan pada hari ini begitu menggerunkan. Penjenayah pada hari ini begitu berani melakukan jenayah pada siang hari. Mereka meragut, mengugut, malah berani membunuh mangsanya di hadapan rumah mereka. Sebahagian keluhan masyarakat yang tinggal dalam ketakutan tersebut diluahkan oleh penduduk Seksyen 11, Petaling Jaya dalam The Star keluaran 13 Februari 2004. Menurut beberapa penduduk di kawasan tersebut, jenayah seperti ragut, ugut dan pecah rumah berlaku di siang hari dan penjenayah menjadikan wanita dan orang tua sebagai mangsa mereka:

"In the mornings, several girls have been relieved of their hand-bags by motorcyclist along Jaalan 11/6, a road that has many escape routes for the criminals. At night, house break-ins are rampant and several houses along Jalan 11/6 C have hit in succession in single night. They target even old women who are in their eighties. Two of them passed by an old lady friend of mine and remarked that the neighbourhood was very rich, before they pushed her to the ground and snatched her handbag, said Shahida".82

Kepada mangsa-mangsa jenayah, usaha untuk mendapatkan pertolongan segera adalah sukar kerana kebanyakan pintu atau pintu pagar rumah di kawasan tersebut dikunci dari dalam oleh penghuninya. Bagi penjenayah, aktiviti mereka dipermudahkan lagi dengan keadaan jalan di kawasan perumahan tersebut yang lurus serta banyak ke Lebuh Raya Federal. Bagi pihak penduduk, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana laporan polis yang dibuat tidak mendapat respon yang diharapkan. Walaupun terdapat persatuan penduduk yang tubuhkan tiga tahun sebelum sebelum itu, namun mereka mereka masih mengharapkan pihak-pihak tertentu menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, penduduk masih mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk

82

K.W. Mak ( 13 February 2004). Residents afraid to leave home due to crime spree. The Star. Hlmn 2-3.

58 membersihkan kawasan longkang besar yang bersemak samun di kejiranan mereka kerana kawasan tersebut disyaki sebagai jalan pintas penjenyah yang melakukan kegitan pecah rumah di waktu malam.83 Masalah membersihkan kawasan semak sedemikian sebenarnya dapat diatasi dengan mudah sekiranya komuniti di kejiranan tersebut mengamalkan sikap bergotong-royong. Akhirnya, kejadian jenayah di kawasan tersebut masih terus berlaku dan penduduk pula bagaikan orang buruan yang hidup dalam ketakutan tidak kira siang ataupun malam.

Gambarajah 3.4 : Kawasan jalan yang sunyi dan luas di kawasan perumahan Seksyen 11 Petaling Jaya ini merupakan tempat yang sering berlaku kejadian jenayah seperti ragut dan ugut.

Sumber : K.W. Mak (13 Februari 2004). Gripped by Fear.The Star. Hlmn 2

3.7.2 Ancaman Terhadap Aspek Keselamatan Masyarakat

Kesan buruk yang dihadapi oleh penghuni yang tinggal di skim perumahan bertingkat pula lebih menakutkan kerana bukan sahaja terdedah kepada faktor-faktor ketidak selesaan tetapi juga membabitkan masalah keselamatan kepada penghuninya. Sejak dari merdeka hingga ke hari ini, boleh dikatakan hampir keseluruhan reka bentuk rumah

83

Ibid.

59 pangsa atau kondomunium di negara ini dibina berdasarkan konsep bangunan pejabat yang mempunyai saiz dan rekabentuk pelan lantai yang sama daripada tingkat yang paling bawah hinggalah ke tingkat yang paling atas. Rekabentuk sedimikian, mungkin tidak memberikan sebarang masalah terhadap pengguna dan budaya kerja di pejabat kerana golongan penggunanya adalah orang dewasa serta tidak memerlukan mereka keluar ke ruang koridor atau balkoni ketika bekerja. Walau bagaimanapun, di dalam skim perumahan bertingkat, golongan penggunanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk juga kanak-kanak. Seperti yang kita telah sedia maklum bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang begitu sukar dikawal memandangkan sikap ingin tahu yang begitu menebal di dalam diri selaras dengan keperluan tumbesaran mereka. Justeru, kejadian kemalangan kecil kadang-kadang tidak dapat dielakkan dan menjadi lumrah dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, masalah yang kecil sedemikian sering bertukar menjadi tragedi di skim perumahan bertingkat disebabkan keperluan si kecil ini tidak diberi perhatian di dalam minda golongan profesional seni bina di negara ini.

Gambarajah 3.5 : Tipologi rumah pangsa yang diambil daripada reka bentuk bangunan pejabat bukan sahaja mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada penghuninya tetapi juga mengancam aspek keselamatan terhadap kanak-kanak.

Sumber : Chua Kok Hua, Darran Tan (1 November 2004). Life in a Box. The Star. Hlmn 1.

60 Jika kita melihat sepintas lalu, kebanyakan reka bentuk kediaman bertingkat di negara ini mempunyai ruang koridor dan anjung yang terbuka, saiz pelan lantai yang sama di setiap aras dan reka bentuk tingkap yang mudah dibuka. Secara disedari atau tidak, ianya telah mewujudkan bahaya yang begitu besar terhadap golongan kanak-kanak yang belum mengerti erti takut atau kematian. Walaupun kediaman sedemikian disediakan kawasan permainan kanak-kanak, namun atas beberapa sebab seperti kerosakan alat-alat permainan atau lokasi kawasan permainan tersebut yang jauh dari kediaman, menyebabkan kanak-kanak ini menjadikan kawasan koridor atau balkoni yang sempit di hadapan rumah mereka sebagai tempat bermain. Keadaan tersebut telah mewujudkan bahaya yang begitu besar kepada kanak-kanak ini memandangkan ruang koridor di kebanyakan rumah pangsa tidak dipasang dengan jeriji di samping terdapat objek-objek yang boleh dipanjat oleh mereka seperti kerusi, pasu bunga, rak kasut dan sebagainya yang akhirnya boleh menyebabkan kemalangan seperti terjatuh daripada bangunan tersebut.

Gambarajah 3.6 : Ketiadaan kawasan permainan yang khusus untuk kanak-kanak ataupun perletakan taman permainan yang terlalu jauh daripada blok kediaman mengakibatkan kanak-kanak menjadikan koridor sebagai kawasan permainan mereka.

Sumber : Chua Kok Hua, Darran Tan (1 November 2004). Narrow Corridor are Turned into Play Areas. The Star. Hlmn 4

61 Dalam satu perangkaan yang dibuat di antara bulan Ogos 2001 hingga bulan Oktober 2004, dianggar terdapat lima kes kematian kanak-kanak akibat terjatuh daripada kediaman keluarga mereka. Salah satu kejadian tersebut melibatkan kematian anak bongsu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang terjatuh dari tingkat 31, Kondomunium Seri Bistari, Kuala Lumpur. Dalam kejadian yang berlaku pada 10 Disember 2001tersebut, Ameer Mohammad Fawwaz, 3 tahun, dikatakan terjatuh setelah memanjat dan membuka tingkap bilik dalam usaha beliau mencari jalan keluar ketika terperangkap di dalam bilik tersebut.84 Tragedi yang berlaku terhadap keluarga Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan antara cebisan daripada kisah sedih yang melanda ibu bapa yang kehilangan anak mereka di tempat yang menjadi harapan mereka membina kebahagiaan selain dari menghindarkan diri serta keluarga dari bala bencana yang bakal mendatang. Risiko kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak disebabkan kelemahan perancangan seni bina merupakan trauma utama kepada ibu bapa pada hari ini. Selain daripada ketinggian, kelajuan juga merupakan salah satu lagi faktor pembunuh kepada kanak-kanak yang tak berdosa. Setelah tiba waktu persekolahan, hati ibu bapa sentiasa resah mengenangkan anak-anak mereka terutamanya yang masih bersekolah rendah selagi mereka tidak terpacul di depan pintu. Keresahan mereka sesungguhnya berasas kerana berdasarkan beberapa kemalangan ngeri yang berlaku sebelum itu. Sebagai contoh, dalam kejadian yang berlaku pada 6 September 2004, dua orang murid tahun tiga Sekolah Rendah Arab al-Falah, Pernu Melaka, maut dirempuh kereta di hadapan sekolah ketika melintas jalan selepas membeli makanan di gerai yang terletak di seberang sekolah mereka. Kejadian tersebut telah mengundang beberapa persoalan tentang bagaimana reka bentuk atau perancangan sesebuah sekolah yang dapat menjamin keselamatan kepada murid bukan sahaja di dalam kawasan sekolah tetapi juga di luar kawasan tersebut. Kedudukan gerai yang terletak di seberang jalan tersebut sebenarnya menggalakkan kanak-kanak melintas untuk membeli makanan di waktu pagi ataupun selepas waktu persekolahan. Selain daripada itu, reka bentuk jalan di hadapan sekolah tersebut juga tidak mempunyai ciri keselamatan bagi menghalang kenderaan bergerak laju ketika melaluinya.

84

Penulis Khas (10 Oktober 2004). Ruangan Keluarga. Utusan Malaysia. Hlmn 7.

62

Gambarajah 3.7 : Tiadanya ciri-ciri keselamatan di perkarangan sekolah telah mengundang bahaya murid-murid termasuk risiko dilanggar oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Sumber : Rosmah Dain (20 September 2004). Keselamatan Anak : kecuaian membawa padah. Utusan Malaysia, Seksyen Keluarga. Hlmn 4. Kanak-kanak pada hari ini sebenarnya terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya di mana-mana sahaja termasuk di hadapan rumah mereka. Kenderaan bermotor yang banyak digunakan pada hari ini adalah kesan daripada perancangan seni bina yang tidak menggalakkan orang berjalan kaki atau berbasikal untuk pergi ke destinasi yang dekat seperti ke kedai misalnya. Trek-trek basikal atau pejalan kaki tidak disediakan di bahubahu jalan manakala di kawasan perumahan pula dibanjiri oleh kenderaan yang tidak berkaitan kerana banyak jalan-jalan besar yang dibina di hadapan rumah. Permasalahan yang bermula dari rumah ini akhirnya menjadi permasalahan nasional kerana peningkatan kemalangan jalan raya sering dicatatkan dari tahun ke tahun walaupun pelbagai cara yang digunakan kerajaan untuk mengatasinya.

3.7.3 Deraan Emosi Masyarakat yang Berpanjangan

Kesan daripada krisis identiti seni bina juga membawa kepada tekanan emosi kepada masyarakat pada hari ini. Dalam kebanyakan skim perumahan awam misalnya, faktor emosi penghuni sering diketepikan . Dalam satu kajian yang dibuat oleh Lembaga

63 Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), didapati bahawa kadar kesuburan dan pertumbuhan keluarga menurun terutamanya di penempatan rumah pangsa . Ianya disebabkan oleh reka bentuk unit rumah pangsa tersebut yang begitu sempit dan ada di antaranya hanya mempunyai satu bilik sahaja.85

Gambarajah 3.8 : Suasana di dalam rumah pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur yang hanya mempunyai satu bilik. Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan suasana luaran rumah pangsa satu bilik di Razak Mansion, Salak Selatan.

Sumber : Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih Kurang Subur. Kosmo !. Hlmn 1. Walaupun sebahagian besar masyarakat di negara telah menerima arus pemodenan yang diterapkan dalam kehidupan sehari-harian mereka, namun sebahagian besar daripada mereka juga masih mengekalkan adab atau adat yang dituntut oleh agama dan budaya masing-masing. Justeru sikap malu di antara ahli keluarga yang wujud telah membataskan aktiviti yang bersifat peribadi oleh setiap ahlinya. Keadaan terebut akan menjadi lebih rumit sekiranya jumlah ahli di dalam sesebuah keluarga itu kian bertambah

85

Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih Kurang Subur. Kosmo !. Hlmn 1.

64 dan mereka pula semakin membesar daripada kanak-kanak menjadi menjadi seorang remaja. Emosi remaja yang sentiasa bergelora dalam proses mereka untuk menjadi seorang dewasa diburukkan lagi dengan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka yang serba kekurangan. Dalam banyak situasi, remaja-remaja tersebut mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mereka pada waktu siang disebabkan keadaannya rumah yang kurang selesa. Di kebanyakan skim rumah pangsa murah pada hari ini, kemudahan rekreasi hanya disediakan kepada gologan kanak-kanak sahaja manakala golongan remaja amat jarang diberikan ruang untuk mereka melakukan aktiviti riadah. Kegiatan remaja keluar dari rumah untuk mencari hiburan di luar terutamanya pada hujung minggu bukan sahaja akan merenggangkan ikatan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak mereka tetapi juga mendedahkan golongan tersebut kepada masalah sosial yang lebih serius. Ketiadaan kawasan lapang juga merupakan suatu masalah yang begitu mencengkam perasaan penghuni dikebanyakan rumah pangsa kos rendah pada hari ini . Menurut Dr. Denilson Jayasooria,86 jika berlaku sebarang kematian di rumah pangsa pada hari ini, adalah mustahil untuk tidak mengganggu perasaan penghuni lain terutama sekali melibatkan kematian penghuni yang berlainan bangsa dan agama. Keadaan tersebut dapat dibayangkan jika seseorang itu sedang menunggu lif, tiba-tiba lif yang bakal dinaikinya sedang membawa jenazah penghuni dari tingkat atas. Penyediaan lif yang kecil juga kadang-kadang menyebabkan jenazah yang dibawa turun terpaksa didirikan. Penyediaan kawasan lapang atau dewan kecil di kawasan rumah pangsa, sekurang-kurangnya memberi pilihan kepada penghuni untuk mengendalikan jenazah atau kenduri kahwin di kawasan tersebut. Penghuni-penghuni di rumah pangsa juga dikata tiada sifat `sense of belonging' terhadap tempat tinggal mereka kerana kemudahan yang disediakan tidak menepati kehendak dan keperluan asas mereka. Bagi penduduk yang ditempatkan semula dari kawasan setinggan misalnya, mereka telah dipaksa membentuk satu komuniti baru bersama-sama dengan penghuni dari setinggan yang lain di dalam satu penempatan yang begitu asing kepada mereka. Mereka mengeluh dengan ruang unit yang terlalu sempit (kira-kira 54 -58 meter persegi setiap unit), kedudukan unit yang terlalu tinggi (kadang86

Dr Danilson Jayasoorya merupakan pengerusi `Malaysian Crime Prevention Foundation' . Kenyataan tersebut diambil dari sesi termuramah dengan beliau oleh The Star yang bertajuk `Sense of belonging gone down the chute' pada 1 November 2004. Hlmn 3.

65 kadang di tingkat 14 atau lebih), gangguan bau dan bunyi daripada jiran, ketiadaan ruang yang cukup untuk menjemur pakaian dan sebagainya.87 Penghuni di rumah pangsa juga sering menjadi mangsa konflik kepentingan pihakpihak tertentu apabila terjadi sesuatu masalah. Sebagai contoh, mereka sering dipersalahkan apabila wujud pemandangan yang kurang menyenangkan akibat daripada jemuran pakaian di balkoni masing-masing. Sebagai contoh, ketika berlangsungnya sukan Komanwel pada tahun 1998 dahulu, pihak DBKL telah mengarahkan penduduk di rumah pangsa di Kuala Lumpur agar tidak menjemur pakaian mereka di balkoni dengan alasan untuk menjaga imej negara di mata antarabangsa. Persoalannya adakah alasan tersebut munasabah sedangkan ruang untuk mereka tidurpun tidak mencukupi, inikan pula untuk menjemur pakaian di dalam rumah. Pereka bentuk, kerajaan tempatan dan pemaju sering mengabaikan hak golongan yang berpendapatan rendah sebegini ketika menyediakan penempatan untuk mereka. Situasi yang berlaku di pangsapuri Pruit Igoe,88 St. Louis nampaknya tidak diambil pengajaran oleh pemikir dan profesional seni bina di Malaysia malahan ianya berulang dalam kebanyakan skim rumah pangsa di negara ini. Kesan buruk daripada deraan emosi berpanjangan yang wujud kepada penghuni yang tinggal di rumah pangsa pada hari ini telah dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan kes-kes vendalisme serta jenayah di kawasan tersebut. Keadaan ini akan menjadi lebih serius pada masa akan datang apabila lebih banyak rumah pangsa yang serupa didirikan.

3.7.4

Pemisahan Nilai Moral Dan Etika Dalam Kehidupan Masyarakat

Kewujudan sesebuah seni bina sering dikaitkan dengan aspirasi dan kepercayaan masyarakat tentang sesuatu perkara. Seni bina juga sering dikaitkan sebagai pemangkin semangat sesuatu bangsa untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain melalui ekspresi kemajuan bangsa tersebut dalam bentuk fizikal. Masyarakat purba Rom misalnya

Chua Kok Hua, Tan, Darren.(1 November 2004). Former Squatter : We Like it the Way We Were. The Star. Hlmn 2. 88 Pangsapuri Pruit Igoe ( 1951-1955) rekaan Minoru Yamasaki telah memenangi anugerah AIA terpaksa diletupkan pada bulan Julai 1972. Rekaan pangsapuri tersebut yang mengabaikan aspek budaya dan emosi penghuni dalam reka bentuknya telah mengakibatkan berlakunya pelbagai kerosakan dan jenayah. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut serta melibatkan perbelanjaan yang mencecah jutaan dolar, namun ianya menemui kegagalan dan akhirnya pangsapuri tersebut terpaksa diruntuhkan.

87

66 membina kuil yang besar kerana mereka percaya bahawa saiz fizikal tuhan mereka adalah besar. Selain daripada itu pembinaan kuil yang besar adalah selaras dengan kemampuan teknologi mereka pada masa itu. Bagi masyarakat purba Rom, ekspresi reka bentuk bangunan sedemikian adalah tidak bercanggah dengan nilai moral dan etika masyarakat mereka pada ketika itu memandangkan apa yang dipaparkan melalui seni bina adalah selaras dengan apa yang dituntut dalam kepercayaan mereka. Dalam krisis identiti seni bina di Malaysia, persoalan mengenai sejauh mana seni bina yang ditonjolkan selaras dengan nilai moral dan etika yang seharusnya dipupuk di dalam diri masyarakat mula menjadi persoalan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kedudukan ekonomi negara bukanlah berada dalam situasi yang kukuh seperti negara-negara maju. Justeru, antara agenda yang paling penting ialah melatih rakyat negara ini supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan dan mesej tersebut boleh disampaikan melalui seni bina. Sewaktu negara baru mencapai kemerdekaan, mesej tersebut kelihatan berjaya ditonjolkan melalui reka bentuk bangunan yang menggunakan bahan yang murah seperti Masjid Negara tetapi pada masa yang sama masih berjaya menonjolkan unsur-unsur identiti seni bina kebangsaan. Pengukuhan ekonomi dan politik negara pada sekitar era awal 80-an dan 90-an telah memperlihatkan pendekatan yang sama sekali berbeza dari era awal merdeka yang mana penggunaan reka bentuk revivalisme dalam seni bina telah mengudang penggunaan hiasan yang melampau serta penggunaan bahan binaan yang mahal terhadap sesebuah bangunan. Walaupun pada tahun 1980-an, pendapatan per-kapita rakyat di negara ini masih rendah, namun perbelanjaan yang tinggi terhadap reka bentuk seni bina beridentiti tidak mencerminkan situasi sebenar negara pada ketika itu . Salah faham mengenai identiti seni bina yang hanya boleh tonjolkan dengan perbelanjaan yang mahal dapat dilihat dari kenyataan seorang pemikir seni bina iaitu Nik Azmi Nik Daud dalam artikel yang pernah beliau tulis pada tahun 1987. Dalam artikel tersebut beliau mengesyorkan peruntukan besar diperlukan bagi merealisasikan gagasan identiti seni bina nasional: " Untuk kesan yang lebih, lebih banyak peruntukan diperlukan. Pada kebiasaannya sesuatu benda seni termasuk senibina yang tinggi harganyalah yang tinggi nilai mutunya. Seperti barang-barang antik, kebanyakannya mahal-mahal.

67 Barang-barang ukir yang penuh dengan unsur-unsur identiti amat tinggi harganya. Tiap-tiap ciptaan seni yang dicipta dengan payah ataupun rumit untuk membuatnya itulah yang selalu tinggi nilainya".89 Anggapan bahawa seni bina beridentiti sebagai sebuah hasil seni yang diukur ketinggian mutunya dari berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkannya berlanjutan hingga ke hari ini dalam pelbagai reka bentuk seni bina termasuk juga reka bentuk rumah ibadat. Reka bentuk masjid yang menonjolkan penggunaan elemen kubah, menara, ukiran geometri atau tulisan ayat-ayat suci al-Quran pada jubin bukan sahaja tidak mencerminkan identiti seni bina nasional malahan ianya telah mewujudkan pembaziran dari sudut kewangan kerana kebanyakan bahan binaan tersebut diimport dari luar negara.90 Dari sudut sejarah pula, masjid-masjid awal di Nusantara termasuk juga di Malaysia tidak mempunyai kubah serta menara konkrit yang besar tetapi masih berjaya memainkan peranannya dalam mengembangkan syiar Islam di rantau ini. Keghairahan pihak pemerintah yang ingin menonjolkan imej Malaysia sebagai negara Islam di mata dunia dengan mengambil gaya rupa seni bina yang tidak relevan dengan konteks masyarakat di negara ini, bukan sahaja menyempitkan lagi pemahaman mengenai masjid kepada masyarakat tetapi juga secara tidak langsung mendidik masyarakat Islam di negara ini mengamalkan budaya bermewah-mewah serta menunjuknunjuk dalam kehidupan seharian melalui pembiayaan besar yang terpaksa dikeluarkan dalam pembinaan setiap masjid tersebut. Budaya bermewah-mewahan adalah tidak digalakkan di dalam Islam serta Sunnah Rasul yang menganjurkan umatnya agar bersifat sederhana dan berjimat cermat dalam kehidupan. Kesan pemisahan moral dalam kehidupan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui persepsi kebanyakan masyarakat awam di negara ini sama ada Islam atau bukan Islam bahawa sebuah masjid mestilah besar serta mempunyai kubah dan menara.

Nik Azmi Nik Daud (17 April 1987) , Untuk Mrncapai Matlamat Senibina Nasional Bermutu Tinggi, Banyak Perbelanjaan Diperlukan. Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 44 -46. 90 Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 9.

89

68

Gambarajah 3.9 : Reka bentuk kebanyakan masjid di Malaysia pada hari ini yang mengambil contoh tipologi masjid dari Timur Tengah dan Turki .

Sumber : Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 8. Krisis identiti seni bina di negara ini sejak tiga dekad yang lalu membuatkan pemikir dan profesional seni bina teraba-raba mencari jawapan terhadap persoalan identiti tersebut dan ianya juga membawa pelbagai pendekatan dalam reka bentuk. Namun tiket kebebasan berfikir dalam seni bina bukanlah bersifat mutlak kerana seni bina bukan hanya setakat penampilan fizikal yang kosong tetapi juga berkait rapat dengan aspirasi atau ideologi sesetengah masyarakat. Seni bina yang lahir dari aspirasi atau ideologi sesuatu masyarakat biasanya bersifat sensitif dan perlu ada tertib tertentu yang perlu diikuti dalam pengunaannya kerana sebarang kesilapan mungkin akan mengundang perasaan kecil hati atau marah dari masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, sikap kurang arif sesetengah pihak untuk membezakan unsur-unsur seni bina yang dianggap sensitif atau sebaliknya telah mengudang penghinaan secara terang-terangan terhadap sesetengah masyarakat. Penggunaan elemen Piramid, Sphinx, tiang lotus dan ukiran mural Firaun yang sedang membeli belah di Sunway Pyramid misalnya adalah dianggap sebagai satu penghinaan serius terhadap sebuah agama yang dianggap suci oleh penganut-penganutnya suatu ketika dahulu. Walaupun agama tersebut telah pupus,

69 namun sikap menghormati agama lain harus disemai di dalam diri masyarakat agar tidak wujud pertelingkahan serius mengenainya pada masa hadapan.

Gambarajah 3.10 : Reka bentuk pusat membeli belah Sunway Pyramid dianggap menghina sebuah agama yang dianggap suci oleh pengikutnya suatu ketika dahulu.

Sumber : Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 63 -66. Penggunaan elemen-elemen yang di anggap sebagai suci suatu ketika dahulu ke dalam seni bina yang bercorak jenaka dan rekreasi seolah-olah mengajar masyarakat di negara ini agar tidak beretika atau menghormati perasaan orang lain.91

3.7.5 Penurunan Kualiti Kesihatan Masyarakat

Antara peranan asas sebuah seni bina adalah untuk menyediakan perlindungan dan keselesaan kepada penghuninya. Peminggiran aspek kualiti hidup terhadap pengguna atau penghuni dalam usaha melahirkan seni bina beridentiti mungkin boleh menyebabkan tahap kesihatan masyarakat di negara ini menjadi semakin menurun. Seperti yang telah

91

Mohd,Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 63 ­ 68.

70 disebutkan sebelum ini bahawa kesan daripada gangguan privasi terhadap penghuni yang tinggal di skim perumahan teres telah menyebabkan mereka sukar untuk membuka tingkap sekaligus mengundang kepada suasana yang kurang sihat di dalam rumah akibat daripada proses pengudaraan dan pencahayaan yang kurang baik.92 Selain daripada itu, reka bentuk mejoriti unit kediaman di dalam skim perumahan moden pada hari ini yang menyediakan bukaan minimum seperti yang disyaratkan oleh "Uniform Building By Law" (UBBL), kelihatan tidak mampu memenuhi tahap keselesaan penghuni yang mendiaminya. Ada di antara penghuni yang mengambil keputusan untuk menggunakan penghawa dingin bagi mendapatkan suasana yang selesa di dalam rumah masing-masing sama ada siang ataupun malam. Situasi tersebut telah dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin Rasdi :

"Quite recently, the Managing Director of a Housing Development company told me after my presentation that the only space not air conditioned in his house is the toilet. He also told me that he tries very hard to walk and sweat at least one hour a day".93 Budaya kerja yang menuntut banyak masa dihabiskan di tempat kerja menyebabkan kebanyakan masyarakat mengabaikan budaya bersenam untuk kesihatan mereka. Keadaan tersebut diburukkan lagi apabila ada sesetengah di antara mereka yang menggunakan penghawa dingin di rumah. Suasana ruang pejabat, kenderaan dan rumah yang berhawa dingin boleh memberi impak yang negatif kesihatan seseorang individu ekoran dari keadaan tubuh yang tidak berpeluh. Reka bentuk kawasan kediaman atau pusat bandar yang menggalakkan penghuninya berjalan kaki dilihat dapat membantu menyediakan suasana kehidupan yang sihat. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian amat jarang di dapati di Malaysia apabila kebanyakan pembangunan yang dilaksanakan hanya mengambil kira laluan kenderaan bermotor berbanding laluan pejalan kaki atau basikal. Kesan daripada keadaan tersebut, masyarakat lebih cenderung menggunakan kenderaan bermotor untuk ke sesuatu tempat walaupun dalam jarak yang dekat.

Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers, Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 21-29 93 Ibid, hlmn 36.

92

71 Perancangan seni bina yang menggalakkan penggunaan penghawa dingin dan kenderaan bermotor secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara dan peningkatan suhu bumi. Permasalahan pemanasan suhu bumi disebabkan oleh penggunaan penghawa dingin turut berlaku di negara maju seperti Jepun. Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang rakyat Jepun yang memegang ijazah kedoktoran dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan alam sekitar:

"Dr. Haji Tetsu, a post doctoral candidate stationed at the Faculty of Built Environment in Universiti Teknologi Malaysia specializes in Environment Engineering of urban development and he claims that the over emphasis of airconditioning in Japan is creating havoc with temperatures and climate in the cities".94 Reka bentuk seni bina yang menggalakkan penggunaan kenderaan bermotor juga telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius. Kesan negatif daripada keadaan tersebut menyebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma sering melanda melanda masyarakat di negara ini. Ketiadaan kawasan rekreasi terutamanya untuk golongan dewasa di kawasan perumahan juga dilihat sebagai antara faktor yang menyebabkan menurunnya tahap kesihatan masyarakat terutamanya di kawasan bandar di Malaysia.

3.7.6 Ancaman Kehabisan Sumber Tenaga Dan Kepincangan Ekonomi Masyarakat Pada Masa Hadapan

Reka bentuk seni bina yang mengabaikan faktor persekitaran merupakan simptom yang boleh dilihat daripada krisis identiti seni bina di Malaysia. Pembinaan menara pejabat berdindingkan kaca, reka bentuk pusat membeli belah mega yang tertutup dan terasing dari dunia luar dan pembangunan unit-unit kediaman daripada konkrit dan

94

Ibid

72 mempunyai bukaan yang terhad merupakan antara reka bentuk seni bina yang biasa dilihat di Malaysia pada hari ini. Untuk menyediakan ruang yang selesa kepada pengguna atau penghuninya, bangunan tersebut perlu beroperasi dengan bantuan cahaya dan pengudaraan meknikal. Dalam unit-unit kediaman, terutamanya di dalam skim perumahan awam pada hari ini, penggunaan lampu dan kipas angin pada waktu siang hari merupakan suatu keperluan kepada penghuninya. Keadaan yang serupa juga berlaku di menara-menara pejabat yang berdindingkan kaca.

Gambarajah 3.11 : Reka bentuk kebanyakan menara pejabat di Malaysia yang berdindingkan kaca tanpa sebarang penghadang sinaran matahari .

Sumber : Yeang, Ken (1992). The Architecture Of Malaysia. The Pepin Press. Hlmn 102. Pancaran cahaya matahari yang terik ke permukaan kaca yang tidak dilindungi oleh sebarang penghadang boleh mewujudkan kepanasan yang melampau ke atas ruang dalaman bangunan. Justeru, sistem hawa dingin sering dikerah berkerja di tahap maksimum bagi menjamin keselesaan suhu di dalam bangunan tersebut. Penggunaan sistem pencahayaan dan pengudaraan mekanikal di dalam bangunan dijana sepenuhnya oleh kuasa elektrik. Penggantungan terhadap tenaga elektrik secara meluas bagi menjamin keselesaan penghuni di dalam bangunan boleh mewujudkan krisis tenaga dalam jangka masa panjang. Kejadian terputus bekalan elektrik dalam skala yang

73 besar seperti yang berlaku pada 13 Januari 2005 yang melibatkan seluruh Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah kesan daripada permintaan tenaga elektrik yang begitu tinggi dari pelbagai sektor. Jumlah permintaan tenaga elektrik yang tinggi tersebut mungkin boleh dikurangkan antara 20-30 peratus sekiranya seni bina di negara ini bersifat mesra alam dengan penggunaan sistem pengudaraan dan pencahayaan semulajadi di samping kemampuannya menghasilkan tenaga elektrik sendiri daripada sumber solar, angin, hidrogen dan sebagainya. Kita juga sedia maklum bahawa penghasilan tenaga elektrik di negara bukanlah seratus peratus daripada empangan kerana sebahagiannya dijana oleh loji berkuasa arang batu, gas ataupun diesel. Permintaan tenaga elekrik yang semakin meningkat secara tidak langsung memerlukan bahan bakar yang lebih untuk menghasilkannya. Sifat bahan bakar yang berdepan dengan masalah kehabisan serta harganya yang tidak stabil sedikit sebanyak telah mempengaruhi harga tenaga elektrik yang dibekalkan kepada pengguna. Kenaikan tarif elektrik pada masa hadapan sudah tentu akan membebankan pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah sedangkan mereka begitu memerlukannya untuk terus hidup dalam keadaan selesa. Alvin Boyarsky pernah menyentuh permasalahan tersebut suatu ketika dahulu. Menurut beliau, penggantungan terhadap sistem pengudaraan mekanikal di dalam bangunan di negara ini terutamanya bangunan pejabat dan pusat membeli belah menyebabkan pengguna terpaksa membazirkan wang berjuta-juta ringgit sepanjang hayat sesebuah bangunan itu.95 Keadaan tersebut boleh dielakkan sekiranya beberapa langkah dilaksanakan termasuk mereka-bentuk bangunan yang dapat mengurangkan penyerapan haba daripada matahari.

3.8 Identiti Seni Bina Bukan Hanya Terbina Oleh Gaya Rupa Sahaja

Kesan buruk disebabkan oleh krisis identiti seni bina terhadap masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan yang diketengahkan sebelum ini diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap maksud sebenar identiti di dalam seni bina yang selama ini

95

Boyarski, Alvin. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah Akitek. Vol 1:83. Hlmn 44 ­ 47.

74 telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pihak. Seperti yang telah disebutkan oleh Ken Yeang sebelum ini bahawa maksud identiti seni bina tidak mempunyai banyak perbezaan dengan konteks identiti bagi seorang individu. Apabila kita membicarakan identiti seseorang individu, perkara yang disebut bagi menjelaskan karektor individu tersebut bukan sahaja dari sudut rupa parasnya sahaja tetapi juga merangkumi pelbagai aspek di dalam diri individu tersebut seperti cara percakapan, gerak badan, budi bahasa dan sebagainya. Gabungan pelbagai aspek jasmani dan rohani di dalam diri individu tersebut membentuk identiti bagi dirinya dan ianya tidak mungkin sama dengan individu yang lain. Huraian mengenai maksud identiti terhadap individu ini adalah selaras dengan maksud dalam Kamus Dewan yang membawa maksud kualiti yang terdapat pada individu atau organisasi yang membezakannya dari individu atau organisasi yang lain. Seperti juga seorang individu, identiti seni bina juga bukan hanya setakat penampilan luaran sahaja tetapi juga meliputi pelbagai aspek dalaman atau di sebalik tabir seperti keselesaan kepada penghuninya, jaminan keselamatan kepada penggunanya, orentasi bangunan, susun atur, penggunaan bahan, motif hiasan dalaman dan sebagainya. Faktorfaktor dalaman wujud disebabkan peranan yang dimainkan oleh seni bina tersebut kepada penggunanya. Manusia sebagai pengguna dan perancang utama sesuatu seni bina mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembentukan sesuatu seni bina . Penghasilan reka bentuk seni bina yang selaras dengan pelbagai aspek kehidupan masyarakat bukan sahaja akan berjaya memainkan peranannya untuk memperkenalkan identiti masyarakat tersebut kepada dunia luar tetapi juga akan berjaya memberikan kehidupan yang terbaik kepada penghuninya. Peranan penting yang dimainkan oleh faktor kemanusiaan dalam pembentukan identiti sesebuah seni bina dapat dilihat dalam warisan seni bina generasi terdahulu. Dalam warisan seni bina rumah Melayu tradisional misalnya, pembentukan setiap ruang, butiran seni bina atau reka bentuk tampak tempat tinggal mereka adalah berdasarkan faktor-faktor yang berkait rapat dengan aspek kehidupan penggunanya. Sebagai contoh aspek keselamatan terhadap keluarga telah diambil kira sewaktu dalam perancangan pemilihan tapak lagi di mana bantuan dari pawang-pawang digunakan bagi memastikan rumah yang dibina terhindar dari gangguan makhluk halus. Apabila rumah mula dibina, aspek keselamatan fizikal mula diambil kira yang mana rumah-rumah dibina

75 berpanggung bagi menghindari keluarga dari bala bencana seperti banjir dan gangguan binatang buas. Tingkap atau jendela dibina hingga ke paras lantai atau ke paras pinggang penghuni ketika duduk bersila agar udara nyaman dapat masuk dengan mudah ke dalam rumah sekaligus memberikan keselesaan kepada penghuninya. Ruang dapur pula dibina besar sesuai dengan budaya memasak kaum Melayu yang banyak memasak makanan basah dan ruang tersebut juga digunakan sebagai ruang sosial sewaktu kenduri kendara.

Gambarajah 3.12 : Budaya hidup seharian masyarakat menjadi teras kepada identiti seni bina tradisional Melayu pada masa dahulu

Sumber : Abdul Halim Nasir (1985). Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Loyal Press Sdn Bhd. Hlmn 60. Rumah Melayu juga bersifat progresif sesuai dengan perubahan hidup penghuninya. Kedatangan Islam ke rantau ini telah mengubah reka bentuk seni bina rumah bumbung panjang yang tidak berbilik kepada rumah bumbung Perak yang mempunyai bilik dan beberapa ruang lagi seperti kelek anak, selang dan anjung bagi tujuan pemisahan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim atau sudah mencapai akil baligh di dalam rumah. Peningkatan tahap ekonomi masyarakat tradisional Melayu membawa kepada pembinaan rumah yang lebih besar dan lebih cantik. Pembinaan rumah yang lebih besar seperti tiang 12 atau 16 masih lagi berpandukan ciri-ciri asas rumah Melayu sebelum itu dan penambahan elemen ukiran pada bahagian-bahagian tertentu adalah bagi memenuhi kehendak dan aspirasi seni pemiliknya. Gabungan antara aspek keperluan asas, budaya

76 yang diwarisi dan perubahan corak kehidupan semasa telah membentuk identiti seni bina rumah tradisional Melayu seperti yang kita lihat pada hari ini. Dalam membicarakan identiti seni bina di Malaysia pada hari ini, persoalan mengenai faktor kemanusiaan seperti yang telah dipaparkan oleh masyarakat yang terdahulu dalam pembentukan identiti seni bina mereka tidak boleh diketepikan sama sekali. Sebagai contoh , masyarakat Melayu telah mengalami banyak perubahan dari segi budaya, cara pemikiran, cara berpakaian atau cara hidup sehari-harian berbanding dengan nenekmoyang mereka tetapi dari segi keperluan asas atau beberapa aspek penting dalam nilai kehidupan, secara konsepnya adalah sama. Jika masyarakat terdahulu memerlukan suasana kehidupan yang selesa, masyarakat pada hari ini juga memerlukan suasana kehidupan yang sama. Ianya berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan yang lain seperti keselamatan, komuniti, pembangunan moral dan sebagainya. Apa yang membezakan antara masyarakat dahulu dengan sekarang adalah pendekatan mereka dalam memenuhi keperluan atau kehendak dalam kehidupan seharian. Perubahan yang telah dibentuk oleh masa dan pengaruh luar tersebut akan membentuk identiti seni bina yang mencerminkan pendekatan baru mesyarakat tersebut dalam meneruskan budaya kehidupan mereka di samping memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan semasa mereka.

3.9 Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Sebagai Penaung Baru Dalam Pembinaan Identiti Seni Bina di Malaysia

Perubahan corak kehidupan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia pada hari ini perlu dijadikan penaung baru dalam pembentukan identiti seni bina nasional pada masa akan datang. Antara kesukaran utama pembentukan identiti seni bina Malaysia di masa lalu ialah penafsiran sempit para pemikir dan profesional seni bina di negara ini yang mentakrifkan identiti hanya boleh tercapai melalui penggunaan semula warisan seni bina dari kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Penggunaan semula hasil warisan seni bina pelbagai etnik sebagai sumber identiti bukanlah menjadi kesalahan dalam usaha melahirkan identiti tersebut tetapi penggunaannya banyak terhad dari segi rupa bentuk sahaja di samping menimbulkan konflik kesetiaan dan pengiktirafan di antara kaum di

77 negara ini. Pembentukan identiti seni bina berdasarkan budaya hidup baru masyarakat turut dipersetujui oleh beberapa tokoh seni bina antarabangsa dan salah seorang daripadanya ialah Kisho Kurokawa.96 Menurut beliau, konsep identiti seni bina yang perlu diterapkan khususnya di dalam konteks Asia, perlu menerapkan hubungan harmoni di antara manusia, seni bina dan alam semulajadi. Pada pendapat beliau, suasana ideal yang dapat dipupuk di dalam sesebuah bandar misalnya, ialah apabila masyarakat dari palbagai etnik dapat hidup bersama dengan harmoni. Seni bina dan reka bentuk perbandaran tersebut juga perlu mengamalkan kesaksamaan terhadap golongan kurang upaya manakala kawasan perumahannya pula menyediakan suasana kehidupan yang selesa terhadap golongan tua dan muda. Mengenai hubungan seni bina tersebut dengan alam, beliau juga berpendapat bahawa perlu wujud hubungan saling menembusi yang matang di antara kedua-dua elemen tersebut.97 Pembentukan identiti seni bina berdasarkan budaya hidup baru masyarakat di Malaysia pada hari ini dan akan datang bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Setelah lebih empat dekad negara ini mencapai kemerdekaan, masyarakat telah melalui begitu banyak perubahan dari aspek budaya, pemikiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dalam beberapa keadaan, telah wujud titik pertemuan dalam berbudaya di antara masyarakat pelbagai kaum tersebut. Pusat-pusat membeli-belah yang menyediakan kemudahan rekreasi misalnya, sering menjadi tumpuan masyarakat dari pelbagai kaum di negara ini untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja sepanjang minggu. Pusat-pusat rekreasi yang menyediakan pelbagai jenis permainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak juga sering dijadikan medan untuk mengeratkan kembali ikatan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak setelah masa mereka banyak dihabiskan di tempat kerja dan sekolah sepanjang minggu. Kemodenan juga tidak menghalang masyarakat di negara ini untuk terus mengamalkan budaya dan tuntutan agama dalam

96

Kisho Kurokawa merupakan seorang akitek, mula mendapat pendidikan awal seni bina di Kyoto and Tokyo University. Beliau juga merupakan Presiden kepada firma akitek Kisho Kurokawa Architect & Associates, Presiden kepada Urban Design Consultan,Inc, Pengarah kepada Japan Architects Association (1978-), Naib Presiden kepada Japan Federation of Profesional Architects Association (1978-), Penganalisis Japan Broadcasting Corporation (1974-), Penasihat kepada Japanese National Railways (1970), Fellow seumur hidup kepada Royal Society of Arts, England, Penasihat kepada Science and Technology Agency (1971-1973) dan Ahli Perwakilan Japan Think-Tank Association (1973-1974). 97 Kurokawa, Kisho. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah Akitek. Persatuan Akitek Malaysia. Vol 1: 83. Hlmn 24.

78 kehidupan seharian mereka. Penyediaan tempat tinggal yang kurang selesa di kawasan bandar selama ini, menjadikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini mempermudahkan cara mereka melakukan ibadat dan meneruskan warisan budaya mereka. Bagi masyarakat Cina dan India misalnya mereka membina ruang kecil di hadapan rumah mereka untuk bersembahyang manakala masyarakat Melayu menggunakan bilik tidur untuk beribadat. Penyediaan ruang khas yang dilengkapi dengan corong asap di skim perumahan awam pada masa akan datang bukan sahaja menjadikan proses ibadat bagi kaum-kaum seperti Cina dan India lebih selesa malahan dapat mengurangkan gangguan privasi kepada jiran yang berlainan kaum seperti yang terjadi pada hari ini. Pembentukan budaya hidup baru dalam masyarakat pada hari ini bukanlah sesuatu yang terbaik dan masyarakat mungkin memerlukan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Kelonggaran ikatan komuniti di kawasan perumahan awam di bandar pada ketika ini akan dapat diatasi dengan penubuhan pusat komuniti yang menyediakan kemudahan asas kepada masyarakatnya untuk berinteraksi. Bagi sesetengah masyarakat di bandar pada hari ini, idea menubuhkan pusat komuniti telahpun dilaksanakan walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari pelbagai sudut. Bagi masyarakat Melayu di Bandar Baru Bangi misalnya, mereka telah mengambil inisiatif membina surau-surau kecil di seksyen perumahan mereka untuk dijadikan pusat pembelajaran ilmu agama dan pusat komuniti. Salah sebuah surau tersebut iaitu Surau An Nur yang di asaskan oleh ulamak terkenal, Ustaz Harun Din, bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadat dan pembelajaran ilmu agama tetapi juga menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif.98 Pada masa-masa tertentu pula, di perkarangan surau tersebut akan dijalankan aktiviti perniagaan seperti menjual makanan kepada pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan di situ. Bagi kaum Cina di Batu 11, Cheras pula , kesungguhan mereka untuk memiliki pusat komuniti sendiri begitu terserlah apabila mereka sanggup berusaha selama 6 tahun untuk mengumpul dana sebanyak RM 500,000 bagi kos pembinaan pusat komuniti tersebut. Pusat komuniti yang mempunyai kemudahan gelanggang bola keranjang tertutup tersebut

98

Syarifah Zaleha Syed Hassan (2001). Islamisation and Urban Religious Identity : The Middle Class of Bandar Baru Bangi. In: Abdul Rahman Embong. ed. Southeast Asian Middle Classes: Prospects for Social Charge and Democratisation. Penerbit UKM. Hlmn 129 .

79 telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat sekitarnya dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dari pagi hinggalah ke malam. Penyediaan gelanggang bola keranjang misalnya telah menyumbang kepada pembangunan sukan remaja di penempatan tersebut apabila mereka berjaya merangkul pelbagai kejuaraan dalam pelbagai peringkat umur manakala bagi golongan tua pula, pusat tersebut menjadi tempat mereka berkumpul sambil bermain dam pada waktu petang.99

Gambarajah 3.13 : Penubuhan pusat komuniti di Batu 11, Cheras telah mendatangkan banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di sekitarnya.

Sumber : Michael, Stuart(25 Oktober 2004). The Centre of attention at Batu 11, Cheras. The Star. Hlmn 27-28. Penyediaan pusat komuniti sedemikian dalam skim perumahan awam pada masa akan datang sudah pasti dapat menyediakan ruang yang lebih selesa kepada masyarakat untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada penyatuan semua komuniti di kawasan bandar yang telah sekian lama dilupakan.

99

Michael, Stuart. (25 Oktober 2004). The Centre of attention at Batu 11, Cheras. The Star. Hlmn 27-28.

80 3.10 Perlunya Kajian Lanjut Terhadap Tahap Kefahaman Dan Penglibatan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia Sejak Empat Dekad yang Lalu.

Usaha ke arah merealisasikan identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang tidak harus diletakkan di bahu sesetengah pihak sahaja sebaliknya segenap lapisan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada golongan profesional seni bina serta masyarakat awam perlu berganding bahu dan saling memberi sokongan di antara satu sama lain. Huraian mengenai maksud serta pendekatan identiti seni bina nasional dari sudut yang lebih luas yang mana faktor kemasyarakatan seharusnya diberi keutamaan dalam proses pembangunannya, telah meletakkan masyarakat umum bukan sahaja sebagai rujukan utama tetapi juga mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan identiti seni bina tersebut. Walau bagaimanapun, krisis identiti seni bina di Malaysia yang wujud sejak beberapa dekad yang lalu, telah memperlihatkan seolah-olah penglibatan masyarakat umum dalam pembangunannya berada pada tahap yang sangat minimum. Untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan dan pemahaman mereka mengenai isu tersebut, satu kajian lanjut mengenainya perlu dilaksanakan. Usaha mengenalpasti sejauh mana tahap pemahaman atau penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu merupakan sesuatu yang amat penting kerana melalui maklumat yang diperolehi tersebut, kajian mengenai punca permasalahan dan cadangan terhadap kaedah penyebaran idea yang lebih berkesan kepada mereka dapat dilaksanakan.

3.11 Rumusan

Huraian mengenai maksud identiti seni bina oleh tokoh-tokoh terkemuka seni bina dari dalam dan luar negara telah sependapat mengatakan bahawa elemen kemasyarakatan merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah identiti seni bina. Walau bagaimanapun, sikap kurang arif kebanyakan ahli profesional seni bina di negara ini mengenai maksud dan peranan identiti seni bina tersebut telah menyebabkan

81 penafsiran mengenainya dilakukan dari sudut yang sempit dan kesan daripada situasi tersebut menyebabkan berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia seperti yang telah disuarakan oleh tokoh-tokoh seni bina negara sebelum ini. Krisis identiti seni bina yang wujud di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu telah menimbulkan pelbagai masalah sehingga menjejaskan kualiti hidup seharian masyarakatnya. Hasil daripada huraian yang lebih lanjut mengenai makna dan peranan kewujudan sesebuah identiti seni bina kepada masyarakatnya telah meletakkan kembali masyarakat ke landasan yang sepatutnya iaitu sebagai sebagai elemen terpenting dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini pada masa akan datang. Selain daripada itu sejauh mana peranan dan faktor kemasyarakatan berpotensi melaksanakan fungsinya dalam pembangunan identiti seni bina pada masa akan datang telah diketengahkan melalui beberapa contoh seni bina yang terhasil daripada faktor-faktor tersebut. Bagi memastikan kejayaan perlaksanaan pendekatan tersebut, masyarakat juga harus memainkan peranan penting sama ada sebagai pengguna ataupun penaung. Walau bagaimanapun, sejauh mana masyarakat umum di negara ini mampu memainkan peranannya masih menjadi persoalan utama disebabkan wujud beberapa pendapat yang mengatakan bahawa penglibatan mereka dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini begitu minimum sejak empat dekad yang lalu di samping terdapat permasalahan lain yang dihadapi oleh golongan tersebut seperti kurangnya pemahaman mengenai bidang seni bina. Justeru, kajian yang lebih lanjut mengenainya perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti permasalahan dan pendekatan yang sesuai dalam usaha menarik penyertaan masyarakat dalam agenda pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

82

BAB EMPAT

PENYEBARAN IDEA MELALUI PENERBITAN SEBAGAI SALAH SATU LANGKAH MENARIK PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA

4.0 Pendahuluan

Idea membawa penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia telah disuarakan oleh beberapa orang tokoh seni bina yang mana menurut pendapat mereka, proses peminggiran masyarakat daripada isu tersebut mungkin merupakan salah satu punca terhadap wujudnya permasalahan dalam proses pembinaan identiti seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Pengetahuan masyarakat mengenai isu identiti seni bina nasional adalah tunjang kepada penglibatan mereka yang

83 mana melaluinya masyarakat akan dapat menilai sejauh mana kepentingan identiti tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan pada masa yang sama akan memupuk kesedaran untuk memainkan peranan aktif dalam agenda pembangunannya. Walau bagaimanapun, beberapa orang tokoh seni bina juga telah mengetengahkan pendapat bahawa wujud masalah di kalangan masyarakat di negara untuk melibatkan diri dalam proses pembangunan identiti seni bina tersebut disebabkan kurangnya pengetahuan mereka mengenai bidang seni bina khususnya berkaitan dengan isu identiti seni bina. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, cadangan mengenai perlunya usaha penyebaran idea identiti seni bina nasional kepada masyarakat oleh para pelopor dan penggerak identiti seni bina telah diketengahkan. Penyebaran idea melalui penerbitan merupakan antara kaedah yang boleh dilaksanakan dan keberkesanannya telah dibuktikan dalam pelbagai bidang . Justeru, penulisan bab ini akan mengetengahkan pandangan dari pelbagai tokoh mengenai usaha penyebaran idea melalui kaedah penerbitan dan rasional penggunaannya dalam proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

4.1 Kepentingan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia

Di dalam bab sebelum ini, telah dihuraikan dengan panjang lebar tentang peranan yang seharusnya dimainkan oleh masyarakat dalam usaha merealisasikan kelahiran identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Krisis identiti seni bina yang telah berlarutan sejak tiga dekad yang lalu telah memperlihatkan masyarakat sebagai golongan yang banyak menerima kesan negatif dan antara rasional yang cuba diketengahkan mengenai pentingnya penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina tersebut ialah dengan mengaitkan peranan masyarakat tradisional dalam pembangunan identiti seni bina mereka dan usaha-usaha masyarakat moden hari ini dalam membentuk gaya hidup baru ke arah kehidupan yang lebih berkualiti seperti penubuhan pusat komuniti di penempatan masing-masing. Pendapat mengenai pentingnya penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia turut disokong oleh pemikir dan profesional seni bina di negara ini dan secara umumnya terdapat dua

84 pendapat yang berbeza mengenai kedudukan atau peranan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina tersebut. Menurut pandapat yang pertama, masyarakat memainkan peranan yang penting sebagai pihak yang perlu dirujuk oleh jurubina dalam mereka-bentuk seni bina beridentiti manakala menurut pendapat kedua pula, masyarakat harus memainkan peranan yang aktif dalam usaha pembangunan identiti seni bina tersebut. Mengenai pendapat yang pertama tentang kepentingan masyarakat sebagai subjek rujukan oleh jurubina dalam reke bentuk, ianya telah disuarakan oleh dua orang tokoh seni bina terkemuka negara iaitu Lim Chong Keat100 dan Ken Yeang. Menurut Lim Chong Keat, di dalam seni bina kita boleh mengimport teknologi tetapi kita tidak boleh mengimport semangat budaya sesuatu bangsa. Semangat budaya sesuatu bangsa atau komuniti hanya lahir secara semulajadi di sesuatu kawasan yang didiami oleh bangsa tersebut sahaja. Justeru, tegas beliau peranan seorang akitek yang menghasilkan sesuatu seni bina haruslah mengambil kira suara hati sesuatu komuniti dan bukannya dipengaruhi oleh reka bentuk atau pihak tertentu sahaja.101 Ken Yeang juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Lim Chong Keat iaitu selain daripada mengambil kira faktor teknologi, penghasilan sesebuah seni bina harus mengambil kira faktor psikologi dan sosial sesuatu masyarakat:

" The creation of the built environment need to be compatible with current technological development as well as the psycho-social need of the society".102 Mengenai pendapat kedua pula iaitu masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan identiti seni bina negara, ianya disuarakan oleh beberapa orang

Lim Chong Keat merupakan antara arkitek terawal di Malaysia. Beliau merupakan seorang yang dinamik dan mempunyai pengetahuan yang luas bukan sahaja dalam bidang seni bina tetapi juga bidangbidang yang lain seperti muzik, sosial, sejarah dan seni. Beliau mula menceburkan diri secara serius dalam dunia praktis seni bina dengan menubuhkan Malayan Architect Co- Partnership pada tahun 1962 bersama rakan-rakan beliau seperti Tan Key Soon, William Siew Wai dan Chen Voon Fee. Antara produk seni bina yang terkenal oleh beliau ketika bersama firma tersebut ialah Masjid Negeri Sembilan di Seremban yang menerapkan identiti seni bina setempat melalui ekspresi struktur. 101 Lim Chong Keat (1983). PAM Annual Discourse 1983. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:83. Hlmn 51. 102 Yeang, Ken (1974). Comment On Architecture in Malaysia : In Praise of Innovation. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 4:74. Hlmn 48.

100

85 pemikir dan profesional seni bina negara seperti Nik Azmi Nik Daud, W.Y Chin dan Raymond Honey. Bagi Nik Azmi, dalam salah satu artikel yang ditulis oleh beliau mengenai identiti seni bina nasional pada pertengahan 80-an, beliau mengutarakan pendapat bahawa kefahaman masyarakat mengenai identiti seni bina nasional adalah sangat penting berdasarkan peranan mereka sebagai pelanggan kepada seni bina tersebut. Sebagai pelanggan atau penaung kepada seni bina, masyarakat mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam menentukan arah tuju sesebuah hasil seni bina. Menurut beliau lagi, kekaburan mengenai maksud identiti seni bina di kalangan masyarakat akan menyebabkan usaha mengetengahkannya oleh pemikir dan profesional seni bina akan menjadi semakin sukar:

"Masyarakat merupakan pelanggan kepada seni bina. Jika masyarakat tidak faham apakah itu identiti nasional, selama itulah hasrat ini akan hanya tinggal sebagai hasrat. Sebab itulah sesuatu perlu dibuat untuk masyarakat keseluruhannya faham dengan betul hal ini".103 Kepentingan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina turut disuarakan oleh bekas Presiden PAM iaitu W. Y Chin. Dalam sebuah artikel yang membincangkan tentang permasalahan serta arah tuju identiti seni bina di Malaysia, beliau menyuarakan pendapat bahawa sokongan daripada sektor awam dan profesional akan menjamin kejayaan dalam merealisasikan identiti seni bina nasional yang diimpi-impikan:

" A national approach to this identity crisis which is to be supported by both the public sector and professionals would be the assured way in achieving our aims and objectives towards this search for an identity in our national architecture".104

103

Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987), Langkah-langkah Perlu Ke arah Melahirkan Senibina Kebangsaan, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 44 -46. 104 W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1: 81. Hlmn 22.

86

Salah seorang akitek luar negara yang pernah berkhidmat di negara ini pada era 50an dan 60-an iaitu Raymond Honey turut memberikan pandangan beliau mengenai arah tuju identiti seni bina di Malaysia (ketika itu Malaya). Selain daripada memberikan pendapat dari sudut falsafah reka bentuk, beliau juga turut menegaskan bahawa peranan masyarakat adalah sangat penting dalam pembangunan identiti seni bina. Menurut beliau, penghasilan sesebuah seni bina yang baik bergantung kepada kefahaman di kalangan masyarakat yang terlibat dalam penghasilan seni bina tersebut. Sebagai contoh, sesuatu ukiran atau hiasan pada sesebuah bangunan akan dapat dihasilkan dengan baik sekiranya wujud persefahaman di antara akitek dengan pengukir yang menghasilkan hiasan tersebut di tapak:

" Good architecture can not develop without understanding between architect and craftsman. Any step which improves facilities for trade training and which raises the status of craftsman in society will ultimately help raise the standard of architecture".105 Pendapat yang telah diutarakan oleh tokoh-tokoh seni bina tersebut telah memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia. Walaupun terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam pembangunan identiti seni bina namun dari segi kepentingan masyarakat dalam pembangunan identiti tersebut telah memperlihatkan satu titik pertemuan yang mana penghasilan sesebuah seni bina yang beridentiti tidak boleh mengenepikan sama sekali pengaruh sosio-budaya sesebuah masyarakat yang manaung, menghuni, mengguna atau berada di sekitarnya.

105

Honey, Raymond(1960). An Architecture for Malaya. Majalah PETA. Vol 3 No 1. Hlmn 3.

87 4.2 Permasalahan Mengenai Kurangnya Pemahaman Masyarakat Terhadap Isu Identiti Seni Bina di Malaysia

Perbahasan panjang lebar mengenai kepentingan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina telah memperlihatkan masyarakat sebagai golongan yang sangat penting ke arah merealisasikan kelahiran identiti seni bina di Malaysia. Sebarang permasalahan dari sudut kefahaman masyarakat mengenai isu dan matlamat identiti seni bina tersebut secara tidak langsung akan menggugat kelancaran pembangunan identiti seni bina yang dicita-citakan. Walau bagaimanapun, krisis identiti seni bina di Malaysia yang diperbahaskan sebelum ini telah memperlihatkan suatu suasana yang begitu berbeza di mana masyarakat di Malaysia merupakan golongan yang dipinggirkan dari agenda pembangunan identiti seni bina tersebut selain turut menjadi mangsa daripada krisis identiti yang telah berlaku. Antara faktor yang dianggap sebagai penyebab kepada peminggiran masyarakat dari agenda pembangunan identiti tersebut ialah kurangnya pemahaman mereka mengenai hubungan kehidupan seharian dengan identiti seni bina yang dibangunkan. Kesukaran masyarakat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan identiti seni bina nasional disebabkan kurangnya pemahaman mereka tentang isu tersebut turut disuarakan oleh beberapa orang tokoh seni bina di negara ini. Pandangan daripada panel dalam Seminar Identiti Seni Bina Kebangsaan 1971 mengenai tahap pemahaman seni bina yang rendah di kalangan masyarakat di negara ini merupakan antara pendapat awal akan kewujudan permasalahan tersebut. Walaupun tidak menghuraikan dengan panjang lebar mengenainya, namun antara implikasi yang disebabkan oleh kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai isu tersebut ialah kesukaran mereka untuk menghayati warisan seni bina mereka sendiri:

" Pendidikan orang awam mengenai seni bina adalah terlalu rendah bagi membolehkan mereka menikmati nilai-nilai mengenai warisan mereka sendiri".106

Pandangan Panel Mengenai Isu Pendidikan Identiti Seni Bina, Laporan Seminar Identiti Seni Bina kebangsaan 1971. Dalam : Laporan Seminar (20 ­ 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I. Hlmn 7.

106

88

Kurangnya pemahaman masyarakat mengenai identiti seni bina di Malaysia turut disuarakan oleh pemikir dan profesional seni bina di negara ini. Menurut W.Y Chin, kelemahan ketara yang dapat dilihat mengenai kurangnya pemahaman masyarakat terhadap isu identiti ialah dari sudut kesukaran mereka memahami subjek asas mengenai seni bina tersebut:

" Whilst appreciating all the sentiments expressed in support for the above identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect concerning the national identity sectors".107

Kesukaran memahami subjek asas mengenai seni bina bina sudah tentu akan menjadi penghalang besar kepada masyarakat untuk memahami elemen atau subjek yang lebih kompleks berkaitan dengan isu identiti seni bina yang akan diperbincangkan. Menurut W.Y Chin lagi, kurangnya pemahaman mengenai isu seni bina oleh masyarakat diburukkan lagi dengan sikap kebanyakan arkitek yang tidak berusaha untuk mempermudahkan masyarakat awam memahami istilah seni bina yang mereka gunakan. Bentuk penyampaian dan penggunaan terminologi yang kompleks oleh arkitek bukan sahaja sukar difahami oleh masyarakat yang berpendidikan sederhana tetapi juga oleh ahli politik yang berpendidikan tinggi.108 Kurangnya pemahaman masyarakat mengenai isu identiti seni bina menyebabkan mereka terus terpinggir dari turut serta dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini dalam tempoh empat dekad yang lalu. Dalam situasi tertentu, akibat daripada kurangnya pemahaman tersebut menyebabkan ada dikalangan masyarakat yang menjadi penyumbang kepada krisis identiti seni bina yang telah sedia wujud. Permasalahan

W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek 1:81. Hlmn 19. "Sad to mention, the terminologies used by architect to describe their design principles are generally beyond the apprehension of even educated politicians, least to say the general public"

108 107

Ibid, hlmn 20.

89 tersebut telah diketengahkan oleh beberapa orang tokoh seni bina negara seperti Ken Yeang , W.Y Chin dan Nik Azmi yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai sikap segelintir masyarakat yang memandang tinggi gaya rupa dari luar negara seperti `Spanish Style' sebagai gaya rupa yang dianggap terkehadapan dan diabadikan pada reka bentuk kediaman mereka.109 Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masyarakat tidak harus dipersalahkan berikutan kurangnya pemahaman mereka mengenai isu identiti seni bina di negara ini sebaliknya kekurangan penulisan dan penerbitan seni bina yang menjadi medium penyebaran idea mengenai identiti seni bina Malaysia merupakan antara punca wujudnya permasalahan tersebut.

4.3 Perlunya Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Kepada Masyarakat di Malaysia.

Kemampuan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia banyak bergantung kepada tahap pengetahuan mereka mengenai isu tersebut. Pengetahuan masyarakat mengenai identiti seni bina akan mula bertambah apabila adanya usaha penyebaran oleh pendokong gagasan tersebut. Pendapat mengenai perlunya penyebaran idea seni bina kepada masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia turut dipersetujui oleh kebanyakan tokoh seni bina di negara ini. Dalam "Seminar Ke Arah identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina" yang diadakan di Kuala Lumpur pada Januari 1981, salah seorang panel iaitu Prof. Madya Fawizah Kamal110 menyarankan agar data dan hasil penyelidikan mengenai identiti seni bina nasional disebarkan kepada setiap lapisan masyarakat agar nilai-nilai asas mengenai identiti seni bina tersebut dapat difahami oleh mereka. Pemahaman yang wujud di

Yeang, Ken(1974). Comment On Architecture in Malaysia : In Praise of Innovation. Majallah Akitek. Vol 4:74. Hlmn 48; W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 19 -22 ; Nik Daud, Nik Azmi(13 Mac 1987). Pembinaan Rumah Di Negara Ini Kurang Tonjol Identiti Nasional . Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1. Universiti Teknologi Malaysia: Hlmn 32 -34. 110 Prof. Madya Fawizah Kamal merupakan wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM) di persidangan tersebut.

109

90 kalangan masyarakat secara tidak langsung akan menjayakan agenda penubuhan identiti seni bina nasional tersebut: " Kerja-kerja mengumpul data, memproses data, coding, decoding, mengedarkan maklumat, menjalankan kerja penyelidikan, ujian dan sebagainya, sebagai satu taktik permulaan penubuhan seni bina kebangsaan ini. Kedua, butir-butir yang telah dikumpul mestilah diedar kepada semua kalangan masyarakat dengan secara kebesaran supaya nilai-nilai dan asasnya yang telah dianalisa dan tujuan boleh difahamkan oleh semua golongan masyarakat".111 Pendapat bahawa pentingnya idea seni bina yang terhasil didokumentasi dan disebarkan kepada masyarakat turut disuarakan oleh W.Y. Chin. Beliau berpendapat bahawa idea seni bina yang telah didokumentasi perlu disebarkan kepada masyarakat dalam bahasa dan bentuk yang mudah difahami. Dengan memperolehi pengetahuan asas mengenai seni bina, masyarakat akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan identiti seni bina tersebut:

"In order to promote this objective, it is essential for the architect to promote this basic design element of good architecture and have them well documented dissemination to the general public in a simple explanatory language to be well understood by others. It is only with this background knowledge of good architecture that our public would then be in better position to aim for further good design element that would qualify for the suitable establishment of a national identity in architecture".112 Penghasilan sesebuah seni bina yang baik adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti himpunan idea seni bina yang baik serta pemahaman yang baik mengenai seni

111

Laporan Seminar (20 ­ 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid II. Lampiran R. Hlmn 16. 112 W.Y. Chin (1981) . Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:81. Hlmn 20.

91 bina oleh pelanggan dan pihak berkuasa tempatan. Pendapat tersebut telah disuarakan oleh Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dan menurut beliau lagi pengetahuan mengenai seni bina terutamanya di kalangan pelanggan dan pihak berkuasa tempatan tidak akan wujud sekiranya ilmu mengenai seni bina tersebut tidak disebarkan:

" Since good architecture can only be produced within the right assemblage of good design ideas, an understanding client and well-informed public authority, we will never have it if knowledge of architecture is not disseminated".113 Perlunya usaha penyebaran idea kepada masyarakat turut disuarakan oleh Jimmy Lim yang mana menurut beliau, masyarakat yang terdidik tidak akan memilih sesuatu produk yang dihasilkan tanpa mengutamakan aspek kualiti:

" When people are educated or informed, they won't go for things that are poorly done".114 Seorang lagi tokoh seni bina negara iaitu Hisham Albakri turut sependapat dengan Jimmy Lim yang mana menurut beliau, pendidikan yang berterusan terhadap masyarakat mengenai seni bina yang baik serta kefahaman mereka terhadap peranan seorang akitek, perlu dilaksanakan secara berterusan:

" We need to continually educate the public in appriciating good architecture an in understanding the role of architect".115

Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Crisis In Architecture Education : reevaluating the roles of academic. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 13, No 2. 114 C.S. Lim, Jimmy (14 Julai 1988). Educated Public Can Help. The Star. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari halaman mana ianya diperolehi). 115 Ikmal Hisham Albakri ( Mar/Apr 93). PAM Gold Medal Address (PartII). Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 5. No 2. Hlmn 87.

113

92 Pandangan dari beberapa orang tokoh seni bina di negara ini tentang kepentingan penyebaran idea kepada masyarakat bagi memastikan agenda pembangunan identiti seni bina nasional dapat dijayakan, telah memberikan satu gambaran bahawa ianya merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu dilaksanakan. Persoalan yang seterusnya ialah apakah medium penyebaran idea yang sesuai digunakan bagi tujuan tersebut memandangkan pada hari ini begitu banyak medium penyebaran idea yang telah dimajukan sama ada yang berbentuk bahan bercetak ataupun media elektronik.

4.4 Penerbitan Buku, Majalah dan Akhbar Merupakan Antara Kaedah Penyebaran Idea yang Berkesan Kepada Masyarakat.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini bahawa penyebaran idea seni bina kepada masyarakat adalah kaedah terbaik untuk mendidik dan seterusnya membolehkan mereka memberi sumbangan yang bermakna dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia. Dalam proses penyebaran idea kepada masyarakat, bukan sahaja dalam bidang seni bina tetapi juga meliputi bidang-bidang yang lain, banyak kaedah yang boleh digunakan namun penyebaran idea yang berkesan, murah serta mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat telah memperlihatkan kaedah penerbitan dalam bentuk buku, majalah dan akhbar merupakan antara kaedah yang terbaik. Menurut Yoshihara Kunio,116 peningkatan ekonomi Jepun banyak dibantu oleh pendidikan secara tidak rasmi oleh masyarakatnya daripada penerbitan buku, majalah dan akhbar mengenai ekonomi. Menurut beliau lagi, tahap ekonomi Jepun pada sekitar tahun 1950-an hanya setaraf dengan Filipina dan lebih rendah berbanding dengan negara Thailand, namun keupayaan mejoriti masyarakat Jepun membaca telah membolehkan mereka memperolehi pendidikan secara tidak rasmi melalui akhbar serta majalah mengenai ekonomi. Dengan bertambahnya pengetahuan masyarakat mengenai ekonomi tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan

Yoshihara Kunio merupakan pemegang Kursi Pok Rafeah peringkat pengajian antarabangsa dan juga merupakan Profesor pelawat di Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

116

93 keupayaan mereka untuk bersaing dan mengambil peluang bukan sahaja dalam kancah ekonomi di peringkat nasional tetapi juga di peringkat global:

" In the mid 1950s when the country was still poor, more than half of the population did not go beyond that level, but they could still continue to learn informally. For instance, they could read newspapers, which were available in most places in Japan at that time. There were also a number of magazines that were distributed nationwide. Without the widespread availability of this mass media, the basic education acquired in school would have become dysfunctional soon after graduation".117 Peranan yang besar dimainkan oleh media massa seperti akhbar dan majalah juga diperakui oleh penggiat-penggiat dalam bidang perhubungan awam. Antara peranan utama pegawai perhubungan awam ialah menguruskan maklumat organisasi yang diwakili mereka kepada masyarakat dan memastikan objektif penyampaian maklumat oleh organisasi tersebut tercapai. Salah satu medium komunikasi yang digunakan oleh kebanyakan penggiat perhubungan awam ialah media berita untuk akhbar sebagai perantaraan dalam menyampaikan maklumat tertentu organisasi kepada masyarakat. Kredibiliti akhbar sebagai sumber maklumat yang diiktiraf serta dipercayai oleh masyarakat telah memudahkan lagi objektif penyampaian maklumat oleh sesebuah organisasi tersebut tercapai.118 Walaupun peranan yang dimainkan oleh media massa seperti akhbar dan majalah dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan, namun peranan buku dalam dalam pendidikan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat tidak boleh dinafikan. Selain daripada peranan yang dimainkannya selama berabad-abad dalam pendidikan masyarakat di seluruh dunia meliputi pelbagai bidang, isi kandungan di dalam penulisan sesebuah buku yang membahaskan sesuatu isu

117

Kunio, Yoshihara(2001). Globalization & National Identity. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn 23. 118 Guth, David W., Marsh, Charles. (2003). Public Relations : A Values-Driven Approach. Allyn And Bacon. Hlmn 274.

94 secara mendalam merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh akhbar, majalah atau medium komunikasi dalam media massa yang lain. Dengan penerbitan buku yang berterusan sejak dahulu hingga ke hari ini telah memperlihatkan evolusi atau perkembangan sesuatu bidang atau organisasi yang diperbincangkan melalui usaha dokumentasi yang bersistematik. Sebagai contoh, Microsoft iaitu syarikat perisian komputer terkemuka dunia telah menghasilkan sebuah buku sempena 25 tahun penubuhannya dengan mengimbas semula sejarah penubuhan dan perkembangan syarikat gergasi tersebut serta jatuh bangun individu yang pernah berkhidmat dengannya.119 Walaupun syarikat perisian komputer terbesar dunia tersebut telah dikenali di seluruh dunia, tetapi dengan menerbitkan buku yang mengisahkan pengalaman para pelopornya secara terperinci telah memberikan lebih kefahaman kepada masyarakat di seluruh dunia mengenainya. Walaupun teknologi komunikasi dan dokumentasi di dunia pada hari ini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat, peranan buku dalam pendidikan formal dan tidak formal terhadap masyarakat masih tidak boleh diketepikan. Sifat asas sebuah buku sebagai sebuah bahan bacaan bercetak, mudah dibawa ke mana-mana dan kurang risiko kerosakan merupakan antara faktor mengapa ianya masih menjadi antara pilihan utama masyarakat di seluruh dunia pada hari ini dalam proses dokumentasi dan rujukan mengenai sesuatu bidang. Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah serta buku dalam penyebaran idea serta mendidik masyarakat merupakan sesuatu yang amat penting dan ketiga-tiganya saling memerlukan di antara satu sama lain berdasarkan peranan yang berbeza yang dimainkan oleh setiap setiap medium tersebut. Peranan utama akhbar dan majalah ialah untuk menarik perhatian masyarakat serta memberi pengetahuan asas mengenai sesuatu isu kepada mereka manakala peranan buku pula adalah untuk membahaskan sesuatu isu secara mendalam dan lebih terperinci. Justeru gabungan ketiga-tiga medium ini merupakan antara formula terbaik dalam mendidik masyarakat mengenai sesuatu isu atau agenda secara menyeluruh.

119

Microsoft Corporation (2000). Inside-Out : Mocrosoft ­ In Your Own Words.A Time Warner Company.

95 4.5 Pendapat Bahawa Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar Adalah Kaedah Penyebaran Idea Terbaik Kepada Masyarakat Mengenai Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.

Keaedah penyebaran idea seni bina kepada masyarakat di Malaysia dalam bentuk penerbitan sama ada dalam bentuk penulisan buku, majalah ataupun surat khabar turut dipersetujui oleh beberapa orang ahli seni bina di negara ini. Salah seorang daripada mereka yang mempunyai pendapat sedemikian ialah. Mohd Tajuddin Rasdi. Menurut beliau, sebarang penulisan yang diterbitkan dalam mana-mana bentuk penerbitan sama ada buku, majalah atau surat khabar akan menyumbang kepada penghasilan identiti seni bina kebangsaan yang inovatif dan bermakna:

"Dengan adanya penulisan yang mampu mencetuskan pemindahan ilmu, adalah diharapkan cetusan minda dapat berlaku. Kedua, banyak penulisan perlu dibuat dan diterbitkan terutama yang berkaitan mengenai seni bina warisan serta potensi perkembangan penggunaan bahan-bahan vernakular agar ianya menjadi satu alternatif kepada bahan-bahan binaan asing . Hanya dengan itu sahajalah ia dapat dikembangkan bagi menuju perjalanan ke arah penghasilan identiti seni bina kebangsaan yang inovatif dan bermakna".120

Seorang lagi penggiat seni bina di negara ini iaitu Nik Azmi Nik Daud berpendapat bahawa penulisan buku mengenai bidang seni bina begitu sedikit dan sudah tentu usaha penyebaran idea seni bina kepada masyarakat menjadi begitu sukar dengan hanya berbekalkan sumber penerbitan yang terhad. Justeru, beliau menyarankan agar idea-idea seni bina yang dibangunkan disebarkan kepada masyarakat melalui media massa seperti

Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 101-102.

120

96 akhbar dalam usaha menarik penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina nasional tersebut.121

4.6 Rumusan

Pandangan daripada tokoh-tokoh seni bina tanah air mengenai perkaitan masyarakat dengan pembangunan identiti seni bina telah menunjukkan bahawa idea membawa penglibatan mereka ke arah merealisasikan kewujudan identiti seni bina di Malaysia merupakan sesuatu yang realistik dan seharus dilaksanakan sejak dari dahulu lagi. Walau bagaimanapun, sejauh mana keberkesanan penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina tersebut banyak bergantung kepada tahap kefahaman mereka mengenai isu tersebut. Justeru, untuk memastikan masyarakat dapat menghayati serta memahami isu tersebut dengan lebih mendalam, proses penyebaran idea kepada mereka perlu dilaksanakan dalam pelbagai cara dan salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan kaedah penerbitan seperti buku, majalah dan akhbar. Cadangan perlaksanaan strategi penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia pada masa akan datang mungkin akan lebih jelas arah tujunya jika kita melakukan inisiatif dengan mengambil pengajaran dari kejayaan gagasan identiti seni bina terdahulu. Kejayaan mana-mana pihak sebelum ini yang menggunakan kaedah penyebaran idea melalui penerbitan dalam usaha membawa sokongan dan penglibatan masyarakat terhadap pembangunan identiti seni bina di negara masing-masing boleh diambil sebagai pengajaran. Mengambil pengajaran di sini bukanlah bermakna meniru secara terus apa yang telah mereka laksanakan tetapi cukup sekadar mengambil intipati dari strategi yang dilaksanakan untuk disesuaikan dengan konteks masa dan budaya masyarakat di negara ini.

121

"Oleh sebab itu cara-cara untuk melibatkan masyarakat ini perlu disalurkan di dalam program tertentu termasuk melalui media massa yang cara penyampaiannya dapat dihayati oleh masyarakat semua peringkat". Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987). Langkah-langkah Perlu Kea rah Melahirkan Senibina Kebangsaan. Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 44 -46.

97

BAB LIMA

PERANAN PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN DALAM PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA PADA AKHIR KURUN KE - 19 DAN AWAL KURUN KE 20

5.0 Pengenalan

Bab empat telah menghuraikan panjang lebar mengenai kedudukan masyarakat di dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu dan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam pembangunan agenda tersebut telah dicadangkan. Persoalan seterusnya diketengahkan

98 ialah mengenai hala tuju kaedah penyebaran idea yang disarankan memandangkan usaha sedemikian tidak begitu dipertekankan dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini sejak dari awal lagi. Antara langkah yang telah dicadangkan ialah dengan mengambil pengajaran daripada kaedah pembangunan identiti seni bina oleh mana-mana individu atau organisasi dari luar negara pada masa lampau. Sehubungan dengan itu, sejarah seni bina di Eropah dilihat sebagai antara rujukan terbaik bagi tujuan tersebut bukan sahaja disebabkan sumber penulisannya yang luas tetapi juga telah wujud hubungan sejarah termasuk seni bina di antara benua tersebut dan negara ini sejak ratusan tahun lagi. Revolusi seni bina yang berlangsung di Eropah pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 misalnya, telah mewujudkan beberapa buah pergerakan yang memperjuangkan kelahiran identiti seni bina nasional di negara masing-masing. Pergerakan Arts and Crafts di Britain yang wujud pada akhir kurun ke-19 dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman pada awal kurun ke-20 merupakan antara pergerakan yang dimaksudkan dan kedua-duanya begitu menitik beratkan aspek identiti nasional dalam perjuangan mereka seperti cara bekerja, pembangunan teknologi, penggunaan bahan, perancangan reka bentuk dan sebagainya. Revolusi seni bina yang dipelopori oleh kedua-dua pergerakan tersebut bukan hanya terbatas kepada aspek gaya rupa sahaja tetapi juga merangkumi aspek kehidupan termasuk juga perlaksanaan aktiviti yang bersistematik. Perkembangan pesat ideologi yang dicanangkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut misalnya, banyak dipengaruhi oleh kaedah penyebaran idea yang berkesan meliputi penggunaan pelbagai medium serta pendekatan. Justeru, tujuan utama penulisan bab ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat peranan serta kaedah perlaksanaan aktiviti oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund di dalam pembangunan identiti seni bina nasional di Britain dan Jerman agar dapat dijadikan pengajaran dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

99

5.1

Kewujudan Pergerakan Arts and Crafts di Britain

Perkembangan seni bina berjiwa industri telah mendapat reaksi negatif di Britain. Para cendikiawan seperti John Ruskin122 (1819-1900) dan William Morris123 (1834-1896) yang menulis pada penghujung kurun ke-19 dan mengecam produk-produk seni industri yang dikatakan tiada mempunyai nilai kemanusiaan. Walaupun industri- insdustri dapat menyediakan barangan yang banyak dan cepat, mereka berpendapat bahawa nilai kapitalis yang hanya mementingkan fungsi kegunaan semata-mata dan hiasan yang sewenang-wenang untuk tarikan komersil sahaja telah menjatuhkan darjat seni dan nilai barangan tersebut. Selain daripada mengkritik penghasilan produk seni yang tidak berkualiti dan mengabaikan unsur-unsur identiti nasional, mereka juga turut mengecam hasil seni bina yang diimport dari luar daripada Britain. Peniruan unsur Klassikal atau Rennaisance ke dalam seni bina Gothik telah dikecam sebagai suatu usaha yang tidak berjiwa nasionalis. Bagi Ruskin dan Morris, seni bina terbaik perlu mengambil kira faktor budaya, iklim, bahan dan teknologi binaan serta kraf yang terdapat di sesuatu tempat di mana bangunan tersebut dibina. Seni bina tulen tidak patut ditiru dari konteks yang lain dan buat pertama kalinya dalam sejarah seni bina, para cendikiawan yang biasanya terdiri daripada golongan bangsawan telah mengajak arkitek melihat dan mengambil teladan daripada pembinaan bangunan vernakular atau bangunan kampung orang kebiasaan. Ruskin dan Morris memuji bagaimana reka bentuk rumah kampung dihasilkan secocok dengan budaya hidup tanpa perhiasan yang sengaja diada-adakan serta responsif terhadap fungsi ruang dalaman dan cuaca. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan vernakular ini kebanyakan terhasil dari kurun pertengahan di mana pada pandangan mereka, tukangtukang yang membinanya lebih berjiwa agama dan bangga dengan hasil kraf serta teknologi binaan berasaskan bahan-bahan setempat.124

John Ruskin merupakan seorang pengkritik dan juga pengasas utama Pergerakan Arts and Crafts. Di dalam penulisan beliau, Ruskin percaya bahawa pereka bentuk dan pengukir di akhir zaman pertengahan lebih seronok menyiapkan hasil ekspresi yang bebas. 123 William Morris merupakan pengasas Pergerakan Arts and Crafts bersama John Ruskin. Beliau yang datang dari keluarga berada serta mendapat pendidikan awal dalam bidang vokasional mendapati dirinya mempunyai banyak persamaan dengan dengan Ruskin dari segi kerjaya, falsafah serta impian mereka. 124 Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy.( 1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson. Hlmn 11-12.

122

100

5.1.1 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Seni Bina

Proses revolusi awal terhadap reka bentuk seni bina telah dilaksanakan oleh Philip Webb yang mana beliau telah mereka-bentuk `The Red House' bagi William Morris yang mencerminkan falsafah Pergerakan Arts and Crafts. Bangunan ini tidak simetri dan bentuk luarnya terhasil dari perancangan fungsi dalaman. Reka bentuk pelan lantai tersebut berasaskan kepada falsafah `form follows function' dan bahan binaan utamanya terdiri daripada batu-bata serta disusun mengikut kaedah seni bina vernakular. Tingkap, gerbang pintu, bumbung, menara dan elemen seni bina lain tidak sedikitpun ditiru dari sudut proporsi atau gubahannya dari seni bina import.

Gambarajah 5.0 : `The Red House' yang direka bentuk oleh Philip Web pada tahun 1859 dianggap sebagai hasil seni bina moden pertama di dunia.

Sumber : Davey, Peter. (1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise . Architectural Press : London . Hlmn 31.

101 Ruskin dan Morris berpendapat bahawa hanya rumah yang dikrafkan dengan teliti dapat menimbulkan suasana kemanusiaan yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan.125 Walaupun banyak daripada cadangan pergerakan ini dikecam oleh para modenis, pergerakan mereka ternyata berwibawa apabila pergerakan `post-modenis' yang lahir beberapa dekad selepas itu turut memperjuangkan falsafah bangunan berkraf dan seni bina vernakular. Prinsip reka bentuk dan kaedah kerja yang dilaksanakan dalam pembinaan Red House telah memberikan inspirasi serta contoh yang sangat berguna kepada pereka bentuk dan arkitek dalam Pergerakan Arts and Crafts dalam tempoh setengah abad selapas itu. Walaupun pelbagai ekspresi reka bentuk serta prinsip-prinsip baru yang dihasilkan oleh arkitek serta pereka bentuk lain, namun prinsip asas yang diketengahkan dalam konsep reka bentuk Red House masih terus diguna pakai oleh mereka. Selain daripada itu, hasil penulisan daripada Augustus Welby Northmore Pugin126, John Ruskin dan William Morris terus menjadi panduan yang berguna kepada arkitek dan pereka bentuk yang bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts di dalam melakukan proses pembaharuan reka bentuk mereka. Sebagai contoh, tiga prinsip utama yang diutarakan oleh Pugin iaitu kejujuran dalam penggunaan struktur, reka bentuk yang asli serta penggunaan bahan binaan tempatan terus dipraktikkan oleh arkitek dari pergerakan tersebut melalui penampilan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan. William Butterfield (1814-1900) misalnya, telah menghasilkan reka bentuk bangunan gereja serta kediaman paderi dengan menonjolkan elemen seni bina Gothik melalui kesan imiginasi dari karektor semulajadi bahan, warna serta unsur-unsur praktikal yang dikaitkan dengan peranan bangunan tersebut.

125

Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise . Architectural Press : London. Hlmn 30. 126 A.W.N Pugin merupakan seorang pakar teori dan praktis. Penghasilan buku Contrast oleh beliau merupakan detik awal kepada kelahiran Pergerakan Arts and Crafts. Di dalam penulisan tersebut, Pugin menolak penggunaan gaya rupa seni bina klasik dari zaman awal Victoria ke dalam rupa bentuk seni bina di zaman Madieval Gothik kerana menurut beliau ianya bukan sahaja tidak melambangkan semangat sezaman tetapi juga akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan Kristian.

102

Gambarajah 5.1 : Rumah penginapan paderi St. Saviour's yang direka bentuk oleh William Butterfield di Coalpit Heath, Avon pada tahun 1844-45.

Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement .Thames and Hudson. Hlmn 33. Norman Shaw (1831-1921) pula mengetengahkan satu lagi falsafah baru iaitu kebebasan visual dalam seni bina Victoria di Britain. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah menukar persepsi arkitek atau pereka bentuk sebelum itu yang menganggap bahawa reka bentuk `country-house' perlu mempunyai unsur-unsur revivalisme dengan memperkenalkan tatabahasa gaya rupa eklektik melalui penggabungan bahan binaan yang berbeza seperti reka bentuk fasad yang terdiri daripada separuh kayu atau jubin dan digabungkan dengan penggunaan batu-bata atau batu-batan tempatan. Penggunaan bahan binaan yang berlainan tersebut kemudiannya dipadankan pula dengan penggunaan tingkap tinggi yang berbentuk grid. Shaw juga begitu meminati ekspresi ketinggian di dalam bangunan yang mana pada kebanyakan reka bentuk `country house' yang beliau

103 hasilkan mempunyai elemen corong asap yang tinggi dan besar di bahagian bumbung rumah tersebut.127

Gambarajah 5.2 : Reka bentuk kediaman oleh Norman Shaw pada tahun 1868. Kelihatan corong asap dibesarkan dan menjadi elemen dominan pada bangunan tersebut.

Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement .Thames and Hudson. Hlmn 34. Pembaharuan dalam kaedah reka bentuk dan suasana kerja yang dicanangkan oleh Pergerakan Arts and Crafts tidak bermakna bahawa mereka telah menghapuskan terus warisan seni bina tradisi yang miliki sejak zaman-berzaman. Bagi pelopor pergerakan tersebut, kewujudan seni bina tradisi adalah penting dalam memastikan kesinambungan budaya dan tamadun bangsa mereka selain ianya dapat dijadikan ukuran ke arah pembentukan ideologi seni bina baru yang lebih baik mengikut kesesuaian sesuatu zaman. Justeru pada tahun 1877, Society For The Protection of Ancient Building (SPAB) telah ditubuhkan oleh William Morris . Ianya menjadi pusat pertemuan para artis, pencinta keindahan, ahli sejarah dan arkitek yang mempunyai minat yang tinggi di dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan warisan seni bina. Pada tahun 1880-an SPAB semakin dikenali sebagai sebuah pertubuhan `anti pengikisan' yang memainkan peranan

127

Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise. Architectural Press : London. Hlmn 38 -40.

104 penting terhadap proses pemuliharaan warisan seni bina serta menyedarkan masyarakat mengenai betapa pentingnya proses pemuliharaan warisan seni bina dilaksanakan.128

5.1.2

Revolusi Terhadap Reka Bentuk Produk Perindustrian

Selain daripada melakukan revolusi terhadap reka bentuk seni bina, ahli-ahli di bawah naungan Pergerakan Arts and Crafts juga turut melakukan revolusi terhadap reka bentuk produk perindustrian. Sebagai contoh, firma Morris, Marshall, Faulkner & Co di tubuhkan pada tahun 1861 adalah khusus untuk menghasilkan seni halus, lukisan cat, ukiran, reka bentuk perabot dan kerja besi. Matlamat utama penubuhan firma tersebut ialah untuk menghasilkan keharmonian kerja dari pelbagai sudut kepakaran yang dimiliki oleh beberapa individu. Antara motif yang digunakan dalam hasil kerja firma tersebut ialah berdasarkan alam ciptaan tuhan seperti rupa bentuk burung dan tumbuh-tumbuhan.

Gambarajah 5.3 : Trellis wallpaper ( 1862) dan `Sussex' chair ( 1865), merupakan antara reka bentuk produk yang dihasilkan oleh Firma Morris & Co.

Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement .Thames and Hudson. Hlmn 16 dan 17.

Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy.( 1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson. Hlmn 36.

128

105

Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, Morris telah menggunakan firma luar untuk mencetak reka bentuk tekstil dari firmanya dan pada pada masa yang sama turut membekalkan reka bentuk kepada firma atau institusi lain.129 Walaupun pendekatan Pergerakan Arts and Crafts begitu mementingkan penggunaan teknologi dan bahan tempatan dalam penghasilan produknya, namun satu perkembangan yang menarik telah berlaku dalam usaha mereka untuk memajukan teknologi reka bentuk dan pembuatan produk dengan mengambil contoh teknologi dari pelbagai negara. Ada satu pendapat yang menyatakan bahawa pereka bentuk Pergerakan Arts and Crafts telah mengkaji kahalusan seni melampaui sempadan Britain dan mengambil pengajaran daripada kemajuan serta kehalusan teknik pembuatan kraf tangan dari India, Jepun dan Parsi.130

Gambarajah 5.4 : Salah satu produk yang dihasilkan oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts iaitu pending dan pengacip oleh Alexander Fisher yang menggabungkan unsur Timur dan Barat di dalam reka bentuknya.

Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement .Thames and Hudson. Hlmn 82.

129 130

Ibid, hlmn 17 ­ 18. Ibid, hlmn 67.

106 Di dalam bidang percetakan, mereka berpendapat bahawa tidak semestinya semua teknik percetakan mesti dipelajari dari teknologi yang terdapat di Britain sahaja kerana terdapat sesetengah negara yang mempunyai teknik percetakan yang lebih maju pada waktu tersebut. Syarikat percetakan Kelmscott Press milik Morris misalnya, telah mengambil contoh kerja-kerja percetakan sejarah oleh Perancis dan Jerman dalam reka bentuk kulit buku yang dihasilkan. Ahli Pergerakan Arts and Crafts juga turut belajar sesuatu daripada kegemilangan zaman Rennaisance Awal di Itali yang merangkumi strategi menarik perhatian umum terhadap seni, pemikiran romantik yang diamalkan pada waktu itu, keaslian, teknologi warna bersinar dan eksperimen dalam teknik lukisan dan kraf.131 Dari pemerhatian yang dilakukan juga, di dapati bahawa tindakan ahli Pergerakan Arts and Crafts mempelajari teknik baru dari negara luar telah menghasilkan pelbagai pendekatan dalam penghasilan sesuatu produk selain daripada kualiti yang lebih baik dari sebelumnya.

5.2 Ideologi Awal yang Membawa kepada Kelahiran Pergerakan Arts and Crafts di Britain

Pergerakan Arts and Crafts diasaskan oleh pakar teori, arkitek dan pereka bentuk di zaman Victoria, Britain pada pertengahan kurun ke-19. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyediakan suatu kod alternatif bagi menangani kerakusan sektor industri di negara tersebut dan membentuk suasana harmoni dalam penghasilan produk. Selain daripada itu, pemimpin pergerakan tersebut juga menekankan unsur-unsur individualisme dalam penghasilan produk, penghasilan produk dengan menggunakan tangan berbanding dengan penggunaan mesin seperti sebelumnya dan menilai semula penggunaan bahan dalam reka bentuk yang dihasilkan:

131

Ibid, hlmn 79.

107 "The Arts and Crafts movement was founded by theorists, architects and designers in Victorian Britain. They sought to provide an alternative code to the harshness of late nineteenth-century industrialism, to foster spiritual harmony through work process and to change that very process and its product. Its leaders encouraged individualism, the creation of hand made goods in place of machine uniformity, and reappraisal of design materials".132

Bibit kelahiran Pergerakan Arts and Crafts di Britain sebenarnya bermula apabila Augustus Welby Northmore Pugin (1812 ­ 1852) telah menghasilkan penulisan yang menolak penggunaan gaya rupa seni bina klasik dari zaman awal Victoria ke dalam rupa bentuk seni bina di zaman Madieval Gothik. Peniruan semula gaya rupa silam tersebut menurut Pugin, bukan sahaja akan memberikan kesan yang kurang baik kepada gaya rupa seni bina itu sendiri kerana ianya tidak melambangkan semangat sezaman tetapi juga akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan Kristian:

"Pugin rejected the early Victorian vogue for Classical architecture in favour of a revival of medieval Gothic , which he believed, reflected the order and stability of the Christian faith. To stem `the present decay of taste', he turned to preindustrial England for inspiration. In Contrast he stated for the first time that architectural beauty depended on `the fitness of the design to the purpose for which it is intended'. He found in the asymmetry of Gothic architecture a response to need and condition lacking in the current Neo-classical revival".133 Dalam usaha mencapai cita rasa yang ideal pada masa tersebut, Pugin mencadangkan agar mereka menoleh semula ke zaman pra-industri di England. Buat pertama kalinya

132 133

Ibid, hlmn 9. Ibid. Hlmn 11.

108 beliau menyatakan bahawa kecantikan seni bina bergantung kepada kekuatan reka bentuk dan fungsi ianya dibina. Menurut Pugin lagi, reka bentuk tidak simetri dalam seni bina Gothik yang dihasilkan pada zaman pertengahan dilihat lebih responsif terhadap keperluan penggunanya berbanding dengan kelemahan yang dipaparkan di dalam reka bentuk simetri dari gayarupa Neo-klasikal pada kebanyakan bangunan pada ketika itu.

Gambarajah 5.5 : `Medieval Court' di Great Exibition pada tahun 1851. Pameran tersebut mendapat kritikan keras daripada Pugin kerana memaparkan produk reka bentuk yang bersifat peniruan semula dari zaman sebelumnya.

Sumber : Devey, Peter (1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise . Architectural Press : London. Hlmn 10.

Pandangan Pugin tersebut turut dipersetujui oleh John Ruskin iaitu seorang pengkritik yang juga merupakan pengasas utama Pergerakan Arts and Crafts. Sokongan yang diberikan oleh Ruskin tersebut juga turut dinyatakan dalam penulisan esei yang beliau hasilkan. Salah sebuah penerbitan Pugin yang bertajuk ` The True Principles of Pointed Christian Architecture' yang dihasilkan pada tahun 1841, telah menyediakan asas moral dan estetik terhadap Pergerakan Art and Craft menjelang separuh masa kedua kurun ke19.134

134

Davey, Peter ( 1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise. Architectural Press : London. Hlmn 14.

109 5.3 Pembentukan Kumpulan Kerja (Guild ) Sebagai Tunjang Kepada Perlaksanaan Aktiviti Dan Perkembangan Pergerakan Arts and Crafts.

Pergerakan Arts and Crafts sebenarnya bukanlah berbentuk sebuah institusi tetapi ianya suatu bentuk fahaman yang dijayakan oleh beberapa orang individu, firma serta pertubuhan yang mempunyai kepercayaan dan matlamat yang sama. Perlaksanaan operasi pergerakan tersebut juga dijana oleh kumpulan kerja atau Guild yang menjadikan falsafah John Ruskin dan William Morris sebagai landasan perjuangan mereka. Walaupun bergelar sebagai pengasas Pergerakan Arts and Crafts, Ruskin dan Morris sebenarnya tidak pernah berada di bawah sebuah Guild yang sama dalam memperjuangkan ideologi pergerakan tersebut. Setelah melihat kejayaan yang begitu memberansangkan hasil kerjasama antara individu dalam proses reka bentuk dan pembinaan Red House miliknya, Morris telah mengorak langkah lebih jauh dengan mengembangkan potensi kerjasama yang telah sedia terjalin antara artis, pereka bentuk dan pelukis kepada skim komersil yang lebih berdaya maju yang mana pada tahun 1861, firma Morris, Marshall, Faulkner & Co ditubuhkan. Jika Morris mengambil satu pendekatan komersil dalam memperjuangkan falsafah Arts and Crafts, Ruskin pula mengambil pendekatan yang lebih konservatif dan ianya kelihatan lebih mencerminkan matlamat sebenar pergerakan tersebut dengan menyeru kepada kesederhanaan serta persaudaraan berdasarkan prinsip fahaman sosialis. Sebagai tanda bantahan kepada kepesatan sektor perindustrian, Ruskin telah menubuhkan kumpulan kerjanya sendiri iaitu Guild of St George yang mana beliau sendiri bertindak sebagai Master pada tahun 1871. Ahli kumpulan tersebut hidup dan bekerja berdasarkan prinsip moral dan kepercayaan Ruskin serta bersama-sama menyumbang dana kewangan kepada pergerakan tersebut. Sebagai balasannya mereka akan menerima bayaran yang sama rata dari keuntungan jualan produk yang dihasilkan di samping mendapat keseronokan dalam suasana kerja yang sihat dan hidup sebagai suatu komuniti. Walaupun pendekatan yang dilakukan oleh Ruskin tersebut mendapat respon yang agak minima tetapi modul yang

110 telah mereka laksanakan menjadi inspirasi kepada institusi lain yang ditubuhkan selepasnya.135 Inisiatif Ruskin menubuhkan kumpulan kerjanya, telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap perkembangan Pergerakan Arts and Crafts di Britain menjelang akhir kurun ke-19 yang mana beberapa buah kumpulan kerja yang hampir serupa dengan Guild Of St George telah ditubuhkan selepas itu. Sebuah lagi kumpulan kerja iaitu Century Guild telah mengumpulkan beberapa orang artis di bawah satu bumbung telah ditubuhkan pada tahun 1882 oleh A.H. Macmurdo136 (1851-1942). Kumpulan kerja yang diasaskan oleh Macmurdo yang juga seorang arkitek turut dianggotai oleh John Ruskin sendiri, Carlyle dan Herbert Spencer.137 Matlamat utama penubuhan Century Guild ialah untuk meningkatkan kualiti reka bentuk dan penghasilan produk bukan hanya untuk dekad tersebut sahaja tetapi juga meliputi keseluruhan abad ke-19. Prinsip utama dalam perjuangan Century Guild ialah profesionalisme dan persaudaraan yang mana ahlinya yang terdiri daripada profesyen yang berbeza seperti ahli ilmu keindahan atau sastera seni, bergaul secara rapat di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan kepakaran yang berbeza. Penghasilan produk oleh Century Guild seperti tekstil, perabot dan kerja besi telah meninggalkan reka bentuk simetri mekanikal dan hiasan Victoria yang berat, sebaliknya mereka muncul dengan reka bentuk baru yang lebih ringan dan menggunakan pengimbas bentuk yang berirama untuk menggambarkan keagungan organik dalam pembesaran semulajadi.138 Fahaman Ruskin menggalakkan individualisme dan kepentingan perlaksanaan secara berhati-hati dalam penghasilan produk setiap hari telah mengambil contoh syarikat milik Morris yang menyatukan reka bentuk dan pertukangan dalam skala yang besar. Dorongan yang sedemikian telah menaikkan semangat pecinta seni dan profesional di seluruh Britain khususnya di London untuk terus bersatu dan bekerjasama dalam memartabatkan

Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson. Hlmn 14.. 136 A.H Macmurdo merupakan seorang akitek yang berpendirian bebas mengenai politik. Walaupun kebanyakan tokoh dalam Pergerakan Arts and Crafts berpegang kuat kepada prinsip sosialis, namun Macmurdo mempunyai pandangan sebaliknya mengenai isu tersebut dengan mengamalkan sikap yang lebih fleksibel dalam perjuangan serta projek reka bentuk yang dikendalikannya. 137 Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson. Hlmn 22. 138 Ibid, hlmn 22­ 23.

135

111 hasil seni serta penghasilan produk yang berkualiti . Justeru, sebuah lagi pertubuhan seni yang dinamakan Art Work Guild (AWG) telah ditubuhkan pada tahun 1884 untuk mengumpul serta mengembangkan profesyen reka bentuk. Ianya dianggotai oleh arkitek yang berfikiran bebas seperti Lethaby, E.S . Prior, Ernest Newton, Mervyn Macartney dan Gerald Harsley, kesemua mereka adalah anak murid kepada arkitek Scotland yang berpusat di London iaitu Norman Shaw. Tujuan penubuhan Art Work Guild yang juga dikenali sebagai kumpulan 15 (Group Fifteen) adalah khusus bagi menentang dasar yang dilaksanakan oleh Royal Academy yang enggan mempamerkan objek hiasan seni dan Royal Institute of British Architect (RIBA) yang bersikap konservatif. Cadangan RIBA untuk melaksanakan peperiksaan berbentuk teknikal sebelum seseorang itu layak bergelar arkitek misalnya, telah mendapat tentangan hebat daripada guild tersebut kerana mereka berpendapat dasar tersebut akan menghakis nilai seni dalam pemikiran arkitek:

" The Art Workers' Guild, like `The Fifteen', a new group of designers, was established in direct opposition to the Royal Academy, who refused to exhibit decorative art objects, and conservative Institute of British Architects. It set not only to raise design standards but actively to promote , like the Century Guild, `the Unity of all the Aesthatic Arts'. The meeting of the Arts Workers' Guild were a forum for the exchange of ideas and theorist and, not least, socializing".139

Perancangan aktiviti AWG bukan sahaja untuk meningkatkan tahap reka bentuk tetapi juga bergiat aktif dalam aktiviti promosi yang bertemakan kesatuan dalam semua seni estetika. Perjumpaan di kalangan ahli A.W.G berlangsung dalam bentuk forum untuk bertukar pandangan dan teori serta tidak ketinggalan juga isu-isu sosial. Perancangan aktiviti yang mantap serta mempunyai arah tuju yang jelas oleh ahli AWG telah berjaya menarik minat arkitek tempatan di London dan pada tahun 1886, beberapa orang pereka

139

Ibid, hlmn 25.

112 bentuk-tukang telah menyertai pertubuhan tersebut. Menjelang tahun 1890-an, AWG telah muncul sebagai pusat Pergerakan Arts and Crafts di Britain.140 Pada tahun 1888 pula, sebuah pertubuhan yang menggabungkan elemen sosialis dan komersil yang dinamakan Guild of Handicraft telah ditubuhkan. Di pimpin oleh seorang arkitek iaitu C.R. Ashbee141 (1863 ­ 1942), matlamat utama penubuhannya ialah untuk mencapai kesederhanaan hidup di samping mengeratkan intergrasi dengan alam ciptaan tuhan . Pada awal penubuhannya, pusat operasi Guild of Handicraft bertempat di sebuah rumah ladang bercirikan kurun ke-18 di kota London. Walau bagaimanapun, pemimpin serta ahli pertubuhan tersebut merasakan bahawa suasana persekitaran di London tidak memberikan kepuasan seperti yang mereka impikan. Justeru, pada tahun 1902 mereka telah mengambil keputusan meninggalkan kota London dan berpindah ke Chipping Campden di Cotsworlds yang mempunyai suasana persekitaran yang suram dan usang.142 Selepas enam tahun berpindah ke Chipping Campden, Guild of Handicraft telah muncul sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Komuniti yang telah sedia dibentuk terdiri daripada lebih 100 orang tersebut, menjalani kehidupan yang ringkas dengan berpegang kepada etika bertimbal balik terhadap kesihatan yang baik serta kegembiraan dalam melakukan kerja. Suasana pembelajaran dan kerja seni berlangsung dalam suasana yang demokratik serta masa yang fleksibel manakala waktu lapang pula dipenuhi dengan aktiviti riadah seperti melakukan lawatan, berlakon, menyanyi bersama-sama dan sebagainya. Ashbee juga menyediakan sebuah kolam renang untuk kegunaan bersama di antara ahli Guild of Handicraft dan penduduk asal Chipping Campden:

"His community became an examplar of Carpenter's ideal of the `simple life', where craftsmen worked together and shared their leisure hours in sing-songs,

Ibid, hlmn 26. C.R Ashbee merupakan seorang yang berkebolehan sebagai pereka bentuk dan pentadbir. Beliau mula mendalami falsafah Arts and Crafts apabila megikuti kuliah yang dikendalikan oleh Ruskin di Toynbee Hall pada 1886. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1888, beliau telah menubuhkan School of Handicrafts yang kemudiannya dikenali sebagai Guild of Handicrafts. 142 Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson . Hlmn 27-28.

141

140

113 excursions and play acting. Ashbee provided a swimming pool for use by both the Guild and Chipping Campden".143 Mengenai produk yang dihasilkan oleh ahli Guild of Handicraft di Chipping Campden, ianya merangkumi kerja-kerja kayu dan kerja-kerja besi. Turut dibawa bersama ke Chipping Campden ialah Essex House Press iaitu syarikat percetakan yang ditubuhkan oleh ahli Guild of Handicraft ketika pertubuhan tersebut masih lagi berpusat di London.

Gambarajah 5.6 : Botol menyimpan wain yang mempunyai pemegang dan penutup perak, direka bentuk oleh C.R. Ashbee pada tahun 1904 merupakan antara produk yang dihasilkan oleh Guild of Handicraft.

Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement .Thames and Hudson. Hlmn 29. Harapan paling besar Ashbee dengan penubuhan Essex House Press tersebut ialah untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat percetakan bermutu tinggi yang utama di Britain di zaman itu. Selain daripada itu, ahli Guild of Handicraft juga turut menyumbang kepada penghasilan reka bentuk dalaman seperti kemasan bilik yang dihasilkan oleh M.H. Baillie Scott untuk Grand Duke of Hesse di Darmstadt. Guild of Handicraft telah meninggalkan pengaruh yang sangat besar ke seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh

143

Ibid, hlmn 28.

114 syarikat Morris. Selama lebih daripada dua dekad mereka menyediakan model kehidupan berkumpulan, perkongsian faedah dan keseronokan dalam kerja dan menjadi inspirasi ke arah perkembangan idealisme Pergerakan Arts and Crafts di kedua-dua belah lautan Atlantik.144

5.4 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pemimpin Pergerakan Arts and Crafts.

Antara faktor yang memainkan peranan yang penting terhadap penerimaan masyarakat dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts ialah wujudnya kepelbagaian medium dan pendekatan penyebaran idea oleh mereka. Usaha memajukan bidang penerbitan misalnya, bukan sahaja dilakukan atas kepentingan komersil tetapi juga dimanfaatkan bagi tujuan menyebarkan ideologi dan falsafah reka bentuk pergerakan tersebut.

Kaedah penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts

Penerbitan

Aktiviti Guild

Rombakan Kurikulum Pendidikan Interaksi sosial Sekolah seni

Majalah

Jurnal

Pembelajaran Pameran

Buku

Pemindahan Teknologi

Universiti

Carta 5.0 : Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

144

Ibid.

115

Penubuhan Guild pula memberikan implikasi yang cukup besar kepada usaha penyebaran idea oleh pergerakan tersebut terutamanya kepada golongan masyarakat yang mempunyai pertalian terhadap usaha revolusi reka bentuk yang dicanangkan seperti artis, tukang, pembuat kraf dan sebagainya. Golongan muda atau remaja yang berperanan sebagai penyambung usaha yang dilaksanakan oleh genarasi sebelumnya juga tidak terkecuali daripada agenda penyebaran idea oleh pemimpin Pergerakan Arts and Crafts yang mana perubahan terhadap kurikulum pendidikan seni di kolej dan universiti merupakan medium yang digunakan bagi menyebarkan idea oleh pergerakan tersebut.

5.4.1

Penyebaran Idea Melalui Bidang Penerbitan

Di awal penubuhan Pergerakan Arts and Crafts , ideologi pergerakan tersebut telah tersebar dengan meluasnya melalui penerbitan dan penulisan oleh John Ruskin. Di dalam penulisan beliau, Ruskin percaya bahawa pereka bentuk dan pengukir di akhir zaman pertengahan lebih seronok menyiapkan hasil ekspresi yang bebas. Penulisan beliau yang bertajuk `Seven Lamps Of Architecture' yang dihasilkan pada tahun 1849 telah menjadi panduan kepada arkitek dan pereka bentuk pada akhir tahun 1880-an dan awal 1890-an. Di dalam buku tersebut beliau menyarankan agar kecantikan hiasan dengan tangan lebih mencerminkan nilai kemanusiaan dan ketelitian hasil kerja.145 Ketika penulisan dan syarahan Ruskin semakin mendapat tempat di kalangan artis dan golongan profesional di beberapa buah bandar besar di Britain, kepercayaan yang sama juga turut dikongsi oleh seorang tokoh yang sangat berpengaruh di kota London yang kemudiannya menjadi pengasas bersama Pergerakan Arts and Crafts iaitu William Morris (1834 ­ 96). Hasil penulisan Ruskin telah banyak mempengaruhi pendirian serta idealisme Morris terhadap pendekatan seni dan masyarakat pada zaman revolusi perindustrian di Britain pada masa itu. Di dalam penulisan beliau, Morris menyatakan tentang sebahagian keinginannya untuk menghasilkan sesuatu yang cantik tetapi pada masa yang sama amat membenci kepada suasana permodenan yang terlalu pesat. Apa yang dapat disimpulkan ialah isi

145

Ibid, hlmn 12.

116 penulisan dari kedua-dua orang tokoh ini banyak berkisar mengenai apa yang mereka anggap sebagai `penyakit' masyarakat Britain di zaman itu.146 Peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts tidak hanya tertumpu pada peringkat awal penubuhannya sahaja tetapi ianya dilaksanakan secara berterusan dan juga melibatkan penulisan yang dihasilkan oleh ahli-ahli yang lain. Sebagai contoh, Ebenezer Howard (1850-1928) merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah `garden city' telah menghasilkan buku yang bertajuk `Tommorow: a peaceful Path to Real Reform' (1898; disemak dan diterbitkan semula dalam tahun 1902 sebagai `Garden Cities of Tommorow) yang mana penggabungan idea kasih sayang dan sosialis di dalam buku tersebut dan telah menjadi panduan dalam pembaharuan sosial yang dilaksanakan oleh pengikut Arts and Crafts yang lain.147 Penerbitan jurnal The Hobby Horse (1884, 1886-92) oleh Century Guild merupakan jurnal pertama yang membincangkan aspek reka bentuk secara khusus dan ianya mencerminkan prinsip estetika guild tersebut.148 Penerbitan buku dan jurnal seperti `The Needle' (1903-10), `The Ladies Fancy Work Magazine' (1907) and `Home Handicraft' (1907-17) pula telah meransang hasil kerja amatur oleh golongan wanita yang bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts menjelang awal kurun ke 20.149

5.4.2

Penyebaran Idea Melalui Aktiviti `Guild'.

Kejayaan Pergerakan Arts and Crafts dalam mencapai matlamat perjuangan mereka juga banyak ditentukan oleh penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam perlaksanaan aktivitinya. Revolusi Industri secara tidak langsung telah menjejaskan potensi para tukang, pembuat kraftangan, tukang besi dan sebagainya apabila peranan yang dimainkan mereka dalam penghasilan produk sebelum itu telahpun diambil alih oleh mesin di kilang-kilang. Penubuhan Guild atau kumpulan kerja telah membentuk satu arena baru kepada artisan tersebut untuk terus berkarya, meraih pendapatan, disediakan tempat

146 147

Ibid, hlmn 15. Ibid, hlmn 62-63. 148 Ibid, hlmn 23 149 Ibid, hlmn 90.

117 penginapan yang selesa dan program pembelajaran yang berterusan. Sebagai contoh, Guild of Handicraft pimpinan arkitek C.R. Ashbee telah mencanangkan gaya hidup para tukang yang serba ringkas yang mana komuniti yang dibentuk telah mengambil keputusan berpindah ke kawasan desa Chipping Campden. Selepas hanya enam tahun berada di Chipping Campden, Guild tersebut telah berjaya muncul sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dan berjaya bertahan selama lebih dua puluh tahun. Di dalam proses penyebaran idea oleh kumpulan kerja tersebut, kaedah pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung merupakan antara medium penyebaran idea yang digunakan di kalangan ahlinya. Sebagai contoh, dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam pembuatan hasil kraftangan, para arkitek akan meminta tunjuk ajar daripada pekerja kraf yang mahir di bengkel dan keadaan sebaliknya juga berlaku di pihak pekerja kraf dalam usaha mempelajari serta memahami falsafah reka bentuk yang dipegang oleh pergerakan tersebut yang mana para arkitek atau pereka bentuk akan bertindak sebagai guru kepada mereka.150 Selain berperanan sebagai peserta dalam perlaksanaan aktiviti pembaharuan oleh Pergerakan Arts and Crafts, masyarakat juga berperanan sebagai penaung atau pelanggan kepada produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli pergerakan tersebut. Proses pembelajaran yang berterusan melalui perkongsian ilmu dan gerak kerja secara berkumpulan merupakan aset yang dimiliki oleh Guild dalam meluaskan pengaruh kepada masyarakat terutamanya kepada bakal penaung atau pelanggan kepada produk yang dihasilkan. Gerak kerja secara berkumpulan telah membentuk satu ransangan yang kuat ke arah penghasilan produk yang berkualiti, penguasaan teknologi pembuatan terkini dan seterusnya mewujudkan permintaan daripada masyarakat terhadap produk yang dihasilkan. Ruskin Pottery (1898 ­ 1933) yang diterajui oleh William Howson Taylor misalnya, telah mendapat kepercayaan untuk membekalkan tembikar tanpa hiasan kepada pihak industri. Hubungan mereka dengan pihak industri bukan sahaja setakat membekalkan produk yang terhasil tetapi juga melibatkan pemindahan teknologi yang mana mereka telah menyediakan latihan mengendalikan bahan kimia kepada juru hias di pihak industri tersebut:

150

Ibid, hlmn 28.

118 " The relationship between craft and industry could be close one, as Taylor demonstrated. He Drew upon local expertise, hiring factory staff from the nearby Wedgwood firm and like other ceramic studios, concentrating larger companies to supply the Pottery with blanks and gives his decorators their essential chemical training."151

Pendedahan Guild terhadap masyarakat terutamanya kepada bakal penaung atau pembeli kepada produk yang mereka hasilkan turut dilakukan melalui pameran yang dilaksanakan. Century Guild misalnya, telah mengiklankan produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dalam banyak pameran industri perbandaran pada sekitar tahun 1880-an. Hasilnya, mereka telah menerima tempahan reka bentuk seni bina serta reka bentuk dalaman daripada pelanggan-pelanggan yang berminat dan salah satu reka bentuk mereka yang terkenal iaitu Pownell Hall, untuk Henry Boddington.152

Gambarajah 5.7 : Ruang pameran Century Guild dalam Liverpool Exibition yang diadakan pada tahun 1886.

Sumber : Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise. Architectural Press : London. Hlmn 49.

Ibid, hlmn 74. "....Like the Morris company, it also advertised itself at the many municipal industrial exhibitions of the 1880s and received private commissions for architectural and interior designs, of which the best known remains Pownell Hall, Cheshire, for Henry Boddington".

152 151

Ibid, hlmn 24.

119 Pada tahun 1886 pula, sekumpulan pereka bentuk yang bernaung di bawah Art Worker's Guild (AWG) berpendapat bahawa perlunya mereka membina hubungan rapat dengan masyarakat. Diketuai oleh Walter Crane (1845-1915) dan W.A.S. Benson (1840 ­ 1922) pada sekitar tahun 1887, mereka mencadangkan agar diadakan pameran awam tahunan yang menggabungkan pelbagai seni dan buat pertama kalinya menggunakan istilah `Arts and Crafts'. Antara matlamat utama penganjuran pameran tersebut ialah untuk meningkatkan status para artis, pekerja kraf dan pereka bentuk selain merapatkan hubungan mereka dengan pihak industri dan pengguna produk mereka. Satu daripada tiga pameran Arts and Crafts telah diadakan di New Gallery, Regent Street pada Oktober 1888 dan selepas 1890, pameran tersebut hanya diadakan di antara tiga hingga empat tahun sekali.153

5.4.3

Penyebaran Idea Melalui Perubahan Kurikulum Pendidikan

Perubahan dalam kurikulum pendidikan merupakan satu lagi medium penyebaran idea terutama kepada generasi muda oleh Pergerakan Arts and Crafts. Walaupun perubahan kurikulum tidak melibatkan pendidikan di sekolah rendah ataupun menengah, namun penglibatan sekolah seni dan mata pelajaran seni di universiti sudah cukup untuk memberikan implikasi yang besar kepada pengaruh pergerakan tersebut kepada generasi pelapis. Mengenai bagaimana perubahan kurikulum tersebut dilaksanakan, ianya berlaku dalam beberapa cara seperti melalui penyertaan pemimpin atau ahli Pergerakan Arts and Crafts dalam pentadbiran atau tenaga pengajar di institusi pengajian tersebut. Antara institusi pendidikan yang terlibat dalam perubahan kurikulum tersebut ialah Central School of Arts and Crafts di London dan Glasgow School of Art. Berdasarkan kurikulum yang baru digubal tersebut, guru-guru menekankan kepada pelajar mengenai kaedah penyelesaian permasalahan praktikal dan estetika berdasarkan kajian kes dan bukannya melalui peperiksaan bertulis. Perubahan kurikulum oleh Central School of Arts and Crafts di London banyak dipengaruhi oleh Lethaby, salah seorang daripada tokoh terkemuka dalam Pergerakan Arts and Crafts yang juga merupakan penolong pengarah

153

Ibid, hlmn 26.

120 separuh masa di sekolah seni tersebut di antara tahun 1896 ­ 1902 dan kemudiannya dilantik sebagai pengetua sehingga 1911:

" The Central School of Arts and Crafts in London, opened in 1896, and the Glasgow School of Art taught particularly broad ranges of crafts, from illumination to lead plumbing. Their teachers encourage pupils not to work towards written examinations, but instead to be inspired by comtemparory life to solve their practical and aesthetic problem through the study of precedent and to acquire thereby respect for materials. The Central School was dominated by the inspirational philosophy of Lethaby, its part-time co-director from 1896 to 1902 and principal until 1911".154

Penyertaan ahli Pergerakan Arts and Crafts sebagai tenaga pengajar di sekolah seni juga merupakan antara agen penyebaran idea yang membawa kepada perubahan kurikulum pendidikan seni di sekolah berkenaan. Henry Payne (1868-1940), seorang pereka bentuk sulaman, Mary Newill (1860-1947) pereka bentuk kaca bewarna dan Charles Gere (1869-1957) seorang pakar ilustrasi telah mengajar di Art School's of Laboratories pada pertengahan 1890-an. Antara pembaharuan yang mereka bawa dalam kurikulum mata pelajaran seni di sekolah tersebut ialah penciptaan unsur -unsur regionalisme dalam penghasilan kraf.155

5.5 Penubuhan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman

Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan di Munich, Jerman dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada 5 dan 6 Oktober 1907 oleh lebih 100 orang artis, usahawan dan

154 155

Ibid, hlmn 84. Ibid, hlmn 84-85.

121 pencinta seni156 . Penubuhannya merupakan suatu respon tegas terhadap kepesatan sektor industri dan permodenan Jerman yang dianggap mengancam budaya nasional negara tersebut. Matlamat utama penubuhan institusi tersebut ialah untuk membina semula keruntuhan moral dan estetika dalam budaya hidup masyarakat Jerman pada masa itu berdasarkan pendekatan seni dan kraf. Walaupun permasalahan moral dan estetika tersebut berpunca daripada sektor industri yang meniru gaya rupa asing serta menghasilkan produk yang tidak berkualiti, Werkbund mengambil langkah yang lebih positif dengan menyeru sektor berkenaan untuk menyertai mereka dan mencari satu formula yang berkesan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Status penubuhan Werkbund adalah sebuah badan bebas yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta serta sumbangan kewangan dari ahli-ahli yang menyertainya. Friederich Naumann157 iaitu salah seorang dari pengasas Institusi Deutsche Werkbund telah membandingkan kepentingan penubuhan institusi tersebut dengan sebuah pertubuhan politik yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jerman iaitu Navy League. Pertubuhan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tersebut telah berjaya menyebarkan pengaruh politik Jerman di peringkat global dan Werkbund juga mempunyai matlamat yang serupa iaitu untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa ekonomi utama dunia berteraskan kepada penghasilan produk yang berkualiti dan pada masa yang sama ianya mencerminkan identiti bangsa mereka:

"Comparing the Werkbund to the Navy League, of which he was an ardent supporter, Naumann argued that just as a league encourage Germany to demand a larger role in world politics, so the Werkbund should work to extend Germany's economic power. Unlike the Navy League, however, the Werkbund was to remain

Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press . Hlmn 9 157 Friederich Naumann merupakan seorang ahli politik dan juga bekas paderi Kristian. Beliau pernah memenangi kerusi parti Liberal berhaluan kiri di bahagian selatan Jerman (Hailbron) pada 1907. Mempunyai pengetahuan artistik yang kuat, beliau menyarankan agar elemen ekspresi dalam kebudayaan Jerman disesuaikan dengan zaman penggunaan mesin dalam usaha mencari reka bentuk yang sesuai dengan zaman moden.

156

122 independent of official guidance or subsidies, for Naumann was convinced that it would be most effective to further the nation's cultural and economic growth".158

Keputusan untuk melaksanakan aktiviti institusi mengikut konsep sebuah badan korporat dan tidak terikat dengan kerenah birokrasi kerajaan merupakan sesuatu yang berisiko tinggi terutama dalam usaha mengembangkan pengaruh serta mendapatkan dana kewangan. Namun bagi barisan pelopor dan ahli Werkbund ianya bukanlah suatu masalah yang besar dan mereka berpendapat bahawa dengan kedudukan mereka sebagai sebuah badan korporat, institusi tersebut akan mempunyai inisiatif yang lebih untuk maju.

5.6 Proses Revolusi Terhadap Reka Bentuk Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Proses eksperimentasi reka bentuk oleh para artisan yang bernaung di bawah payung Deutsche Werkbund meliputi pelbagai produk perindustrian dan juga seni bina iaitu daripada reka bentuk sebiji cawan hinggalah kepada projek perumahan yang dihasilkan dalam bentuk `mass production'. Syarikat korporat dan sektor industri gergasi yang menyertai Werkbund telah membuka banyak peluang kepada pereka bentuk dan artisan dari institusi tersebut untuk melakukan ekperimen serta menerapkan konsep reka bentuk terkini terhadap produk dan juga operasi perniagaan mereka. Antara syarikat korporat tersebut ialah dua buah syarikat perkapalan utama yang menyertai Werkbund iaitu Norddeutche Lloyd dan Hamburg-Amarica yang mana mereka telah menggaji beberapa orang artis dan pereka bentuk Werkbund seperti Hermann Muthesius, Bruno Paul dan Paul Troost untuk mereka bentuk hiasan dalaman kapal persiaran Atlantik milik mereka:

Cambell, Joan (1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press.Hlmn 18.

158

123 " This approach met with some success. For example, two major shipping companies, the Norddeutche Lloyd and Hamburg-Amarika Line, publicly proclaimed their allegiance to quality ideal by joining the association as corporate members, and employed Werkbund artist like Hermann Muthesius, Bruno Paul, and Paul Troost to design interiors for their atlantic liners".159

Di dalam reka bentuk produk perindustrian, sumbangan daripada artisan dan pereka bentuk Werkbund telah diiktiraf oleh pihak industri di Jerman sebagai sangat penting menjelang sedekad penubuhan institusi tersebut. Para pereka bentuk dan artis seperti Peter Behren, Richard Riemerschmid dan Henry Van Der Velde160 telah menjalinkan kerjasama yang rapat dengan pihak pengusaha industri dalam penghasilan reka bentuk produk-produk seperti lampu meja, cerek, kerusi dan mesin jahit yang dianggap sesuai dihasilkan dengan menggunakan mesin tanpa menjejaskan unsur-unsur estetika serta kualiti produk tersebut. Kepercayaan pihak industri terhadap kemampuan ahli-ahli yang bernaung di bawah payung Werkbund bukan sahaja melibatkan penghasilan reka bentuk produk industri ringan tetapi juga melibatkan industri berat seperti kereta, lokomotif , landasan keretapi elektrik, kapal persiaran, kapal terbang dan juga jambatan gantung yang diperbuat daripada keluli.161

Cambell, Joan (1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press. Hlmn 46. 160 Henry Van Der Velde merupakan seorang lagi pengasas utama Institusi Deutsche Werkbund dan dianggap sebagai `bapa semangat' kepada institusi tersebut. Beliau yang berbangsa Belgium, mula berhijrah ke Jerman sekitar tahun 1890-an dan memulakan kerjaya sebagai tukang cat. Di dorong oleh kerja dan wawasan sosial John Ruskin dan William Morris, beliau menggunakan bakat inovasi dalam seni hiasan untuk muncul sebagai salah seorang pencipta Art Nouveau. Selain daripada itu, beliau juga merupakan seorang yang begitu berpengaruh dalam pergerakan seni dan kraf Jerman melalui hasil kerja dan teori seni beliau yang dinamakan `mesin dan masyarakat'. 161 Burchardt, Lucius, translated by Pearl Sanders (1979). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933 . The Design Council . Hlmn 11.

159

124

Gambarajah 5.8 : Penglibatan ahli-ahli dari Institusi Deutsche Werkbund dalam reka bentuk produk perindustrian juga melibatkan penghasilan produk dari industri berat seperti lokomotif .

Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Pearl Sanders (1979). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933 .The Design Council. Hlmn 10. Di dalam bidang seni bina, kesedaran yang wujud dari sektor perindustrian telah membuka peluang kepada pereka bentuk dan arkitek Werkbund seperti Peter Behren162, Hans Poelzig dan Walter Gropius163 untuk melakukan ekperimen reka bentuk terhadap projek yang diberikan. Syarikat elektronik utama Jerman iaitu AEG Turbine telah memberikan kepercayaan penuh kepada Peter Behren untuk melakukan eksperiman terhadap reka bentuk bangunan kilang baru mereka dan peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Behren untuk menonjolkan falsafah yang diperjuangkan Werkbund di dalam rekaannya yang juga meliputi hiasan dalaman, reka bentuk perabot dan pemilihan warna.

162

Peter Behrens merupakan seorang akitek yang berpengaruh dalam membentuk pemikiran awal beberapa orang bapa seni bina moden seperti Walter Gropius, Le Corbusier dan Mies van de Rohe. Antara prinsip seni bina yang menjadi pengangan utama beliau ialah penggunaan sistem rentangan panjang keluli serta sistem dinding tirai yang mana ianya dapat dilihat pada reka bentuk kilang AEG Turbine. 163 Walter Gropius merupakan salah seorang bapa seni bina Moden dan juga pengasas sebuah sekolah seni terkenal di Jerman selepas perang dunia pertama iaitu Bauhaus. Hasil reka bentuk beliau iaitu kilang Fagus pada 1911 dianggap benar-benar mencerminkan falsafah seni bina Moden yang mana kejujuran kerangkanya di sudut bangunan tersebut diserlahkan dengan cara membebaskan dindingnya dari tiang sokongan.

125

Gambarajah 5.9 : Reka bentuk Kilang AEG Turbine di Berlin pada 1909 oleh Peter Behren merupakan antara pengiktirafan terbesar pihak industri terhadap kemampuan pereka bentuk yang bernaung di bawah payung Institusi Deutsche Werkbund.

Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Sanders, Pearl (1979). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933 .The Design Council. Hlmn 17. Reka bentuk bangunan kilang AEG Turbine dianggap berjaya menonjolkan ciri seni bina moden yang mana karektor sebenar bahan seperti batu bata, keluli dan kaca ditonjolkan secara jujur serta diperagakan di dalam satu unit reka bentuk fasad bangunan. Selain daripada itu, reka bentuk kilang AEG Turbine juga telah memperlihatkan sumbangan besar Behren terhadap perjuangan moral Werkbund apabila beliau mengetengahkan konsep menghargai sumbangan pekerja dengan menyediakan suasana kerja yang selesa yang boleh meningkatkan tahap motivasi mereka melalui rekaan dalaman yang menarik . Behren berpendapat bahawa suasana kerja di zaman revolusi industri tidak lagi sama dengan sistem kerja di zaman feudal yang mana kedudukan pekerja bukan lagi sebagai seorang hamba tetapi sebagai kumpulan sokongan yang amat penting dalam menentukan produktivi dan kemajuan syarikat.164 Justeru, pendekatan majikan terhadap pekerjanya juga tidak lagi sama yang mana pekerja tidak boleh dipaksa dengan cara yang keras untuk menjadi seorang yang produktif, sebaliknya mewujudkan sikap produktif dan

Cambell, Joan (1976) .The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press. Hlmn 52-53.

164

126 keseronokan dari dalam diri mereka sendiri dengan penyediaan ruang dan suasana kerja yang selesa serta menunjukkan bahawa kewujudan mereka benar-benar dihargai. Selain daripada reka bentuk di sektor perindustrian, Werkbund juga mempunyai pengaruh dalam reka bentuk hotel, pusat membeli-belah dan gudang serta menerbitkan koleksi terbaik di dalam buku tahunannya dengan tujuan untuk memberi galakan kepada setiap ahlinya untuk melibatkan diri dalam penghasilan idea dan reka bentuk terbaru. Setelah agenda revolusi reka bentuk dalam seni bina berada di landasan yang kukuh, Werkbund telah menumpukan perhatian mereka terhadap tanggungjawab dan peluang perniagaan yang lebih besar iaitu menyediakan reka bentuk perumahan yang baik dan selesa serta murah kepada golongan pekerja industri.

Gambarajah 5.10 : Reka bentuk rumah teres oleh J.J.P.Oud di Weissenhofsiedlung, Stuttgart, 1927.

Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Sanders, Pearl (1979). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933 . The Design Council. Hlmn 82.

127 Walaupun telah menjadi kebiasaan bagi pihak pengilang menyediakan kemudahan perumahan kepada pekerjanya sebelum tahun 1914, namun aspek sosial, estetika dan permasalahan ekonomi tidak begitu dititik beratkan dan Werkbund mendapati banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam aspek tersebut. Karl Schmidt telah mengetuai barisan arkitek Werkbund bagi menyediakan contoh reka bentuk perumahan untuk pekerja Drutsch Werkstatten dengan menggunakan rangka kerja bandar dalam taman di Hellerau. Dalam masa yang sama juga, Werkbund telah melakukan kajian tentang kemungkinan mewujudkan keseragaman dan pengeluaran secara besar-besaran bagi komponen bangunan.165

5.7 Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran Institusi Deutsche Werkbund

Apabila memperkatakan mengenai idea awal penubuhan Institusi Deutsche Werkbund, nama Hermann Muthesius merupakan sesuatu yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Beliau yang juga seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Prussia merupakan pencetus awal idea penubuhan Werkbund. apabila dihantar oleh kerajaan Jerman ke Britain pada 1896 hingga 1903 untuk mengkaji aspek Pergerakan Arts and Crafts serta potensinya untuk dilaksanakan dalam konteks negara Jerman.166Apabila kembali ke Jerman, antara usaha awal yang dilaksanakan oleh Muthesius ialah menubuhkan sekolah seni dan mengumpulkan artis terbaik di bawah satu bumbung dan sistem pembelajarannya pula adalah berdasarkan kurikulum baru mirip Pergerakan Arts and Crafts. Muthesius juga percaya bahawa Werkbund hanya mampu mencapai matlamatnya berdasarkan pendekatan politik dan sejak dari awal penubuhan institusi tersebut, pihak kerajaan telah banyak membantu dari segi kebebasan melakukan aktiviti, sokongan moral dan perubahan dasar yang dianggap menyokong

165 166

Ibid, hlmn 54-56 Ibid, hlmn 12.

128 perkembangannya. Pada awal penubuhan Werkbund, Muthesius sekali lagi ditugaskan untuk merangka satu kurikulum yang dapat menentukan hala tuju institusi tersebut. Falsafah yang terkandung dalam kurikulum tersebut juga turut dijadikan bahan propaganda Werkbund dalam usaha mereka meraih sokongan daripada masyarakat di Jerman. Berbanding hanya tiga prinsip yang terkandung dalam kurikulum sekolah seninya, Muthesius telah mengemukakan empat prinsip yang harus dipegang oleh setiap ahli Deutsche Werkbund di dalam perlaksanaan aktiviti mereka. Antara prinsip-prinsip yang terkandung dalam kurikulum awal Werkbund tersebut ialah penghasilan produk yang berkualiti serta menepati cita rasa masyarakat Jerman, keazaman untuk menggerakkan ekonomi berteraskan produk berkualiti, beretika dalam menghasilkan reka bentuk dan menanamkan elemen patriotik dalam jiwa masyarakat Jerman termasuk juga artis dan pereka bentuk agar mereka mementingkan identiti nasional dalam penghasilan produk.167

Gambarajah 5.11 : Tiga orang pengasas utama Institusi Deutsche Werkbund. Dari Kiri : Hermann Muthesius (1861-1927), Friederich Naumann (1860-1919), Henry van de Velde (1863 ­ 1957)

Sumber : Cambell, Joan. (1976).The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts. Princeton University Press. Hlmn 171.

167

Ibid, hlmn 13 -16

129 Selain daripada Hermann Muthesius, Werkbund juga mempunyai beberapa orang lagi tokoh yang berpengaruh serta memainkan peranan sebagai pemikir ke arah kemajuan institusi tersebut seperti Friederich Naumann dan Henry Van Der Valde. Walaupun mempunyai latar belakang dan kaedah perlaksanaan yang berbeza di antara satu sama lain, tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin melihat kejayaan Werkbund membina semula keruntuhan moral dan estetika bangsa Jerman akibat daripada proses permodenan negara tersebut.

5.8 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund

Sejak dari awal penubuhannya sehinggalah institusi tersebut berada di puncak kemasyhuran, Deutsche Werkbund telah melaksanakan pelbagai kaedah di dalam penyebaran idea mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kaedah penyebaran idea oleh institusi tersebut terbahagi kepada lima cara iaitu melalui penerbitan, pameran, mesyuarat tahunan, ejen reformasi dan rombakan terhadap kurikulum pendidikan seni di sekolah. Di awal penubuhan Werkbund misalnya, penyebaran idea institusi tersebut kepada umum dilakukan melalui risalah. Setelah masyarakat mula memahami objektif perjuangan Werkbund melalui penyebaran risalah, institusi tersebut telah mengambil langkah yang lebih jauh di dalam penyebaran idea mereka melalui kaedah penerbitan buku tahunan yang mana di dalamnya mengandungi penulisan dalam bentuk artikel daripada tokoh-tokohnya dan juga senarai reka bentuk terbaik yang dihasilkan oleh ahli yang bernaung di bawah payung Deutsche Werkbund.168 Institusi Deutsche Werkbund juga menggunakan sepenuhnya institusi muzium di Jerman untuk mempengaruhi cita rasa masyarakat melalui pameran poster dan hasil kerja terkini daripada ahli-ahlinya. Propaganda umum Werkbund juga turut tersebar melalui menyuarat tahunan atau konvensyen yang diadakannya pada setiap tahun memandangkan ianya bukan hanya dihadiri oleh ahli Werkbund sahaja tetapi juga melibatkan peserta di kalangan bukan ahli.

Kaedah penyebaran idea oleh Institusi Deutsche Werkbund

168

Ibid, hlmn 37.

130

Mesyuarat Tahunan

Pameran

Agen Reformasi

Penerbitan

Rombakan Kurikulum

Konvensyen di Leipzig & Cologne

Pengedar produk terpilih di seluruh Jerman

Matapelajaran seni di sekolah rendah

Muzium

Kedutaan

Risalah

Buku Tahunan

Buku Panduan Produk

Surat Berita

Jurnal

Carta 5.1 : Kaedah Penyebaran Idea yang dilaksanakan oleh Institusi Deutsche Werkbund Werkbund juga meletakkan matlamat jangka panjang dalam program penyebaran ideanya dengan menjadikan pelajar sebagai golongan sasaran seterusnya memandangkan golongan tersebut akan memainkan peranan yang aktif dalam masyarakat suatu hari nanti sama ada sebagai artis ataupun pengguna. Cadangan terhadap rombakan kurikulum pendidikan seni di negara tersebut dengan memberi penekanan terhadap perlunya ransangan kreativiti terhadap kanak-kanak, memelihara daya imiginasi semulajadi mereka, memberi latihan terhadap penggunaan mata, tangan dan juga otak serta memupuk rasa hormat terhadap kemahiran manual telah memperlihatkan kesungguhan institusi tersebut dalam penyebaran idea mereka yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat. 169

5.8.1 Penggunaan Kaedah Penerbitan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

169

Ibid, hlmn 44-45

131 Salah satu medium penyebaran idea yang memainkan peranan utama pada peringkat awal penubuhan Institusi Deutsche Werkbund ialah bidang penerbitan yang mana risalah merupakan salah satu penerbitan terawal yang digunakan oleh pelopor institusi tersebut dalam penyebaran idea mereka kepada masyarakat. Risalah bertajuk Deutsche Gewerbekunst misalnya dihasilkan dengan tujuan untuk memperjelaskan matlamat perjuangan institusi tersebut kepada masyarakat dan negara.170 Penerbitan bahan bercetak seperti buku tahunan dan buku panduan produk pula merupakan antara inisiatif berterusan institusi tersebut dalam usaha mendidik masyarakatnya. Penerbitan buku tahunan yang mengandungi penulisan artikel daripada tokoh-tokoh Werkbund serta contoh-contoh produk reka bentuk terbaik oleh ahli-ahlinya, merupakan antara medium penyebaran idea terbaik kepada masyarakat yang mana informasi terkini mengenai agenda, falsafah atau produk terkini yang dihasilkan oleh institusi tersebut dapat diketengahkan. Peningkatan tahap pemahaman masyarakat terhadap agenda yang diperjuangkan oleh Werkbund dapat dilihat dari hasil peningkatan jumlah keahlian dan penjualan buku tahunan institusi tersebut dari tahun ke tahun sebelum perang dunia pertama. Selain daripada penerbitan buku tahunan, ahli-ahli yang bernaung di bawah payung Werkbund juga telah melakukan usaha untuk menerbitkan buku,majalah atau jurnal yang berkaitan dengan bidang masingmasing untuk dijadikan rujukan oleh pengguna. Pihak industri misalnya, telah menghasilkan majalah Gewerbliche Materialkunde iaitu sebuah penerbitan yang memaparkan analisis tentang potensi sesuatu bahan. Penghasilkan buku panduan produk yang berkualiti dari kedai yang diiktiraf pula merupakan antara usaha yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana institusi sebelum itu di dalam usaha penyebaran idea mereka. Buku panduan produk yang dinamakan Deutsches Warenbunch telah dihasilkan pada penghujung 1914 dan antara matlamat utama penghasilannya ialah untuk meningkatkan pengedaran barangan yang berkualiti kepada pengguna di samping mendidik minat mereka melalui pelbagai barangan rumah terpilih yang diterbitkan di dalam buku tersebut.171

170 171

Ibid, hlmn 17-18 Ibid, hlmn 44.

132

5.8.2 Penggunaan Kaedah Pameran Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Institusi muzium juga turut memainkan peranan yang penting kepada proses penyebaran idea oleh Werkbund yang mana mereka telah memberi kerjasama dari sudut penyediaan ruang dan pengurusan pameran kepada institusi tersebut. Usaha menjadikan muzium sebagai jambatan yang menghubungkan Institusi Deutsche Werkbund dengan masyarakat dipermudahkan lagi dengan penyertaan pengarah daripada beberapa buah muzium di Jerman ke dalam institusi tersebut. Pada tahun 1913, ahli lembaga pengarah Werkbund terdiri daripada 10 orang pengarah muzium dan empat daripada merupakan agen Werkbund di daerah masing-masing.172Pameran yang dianjurkan oleh Werkbund di muzium-muzium serata Jerman mungkin tidak akan berjaya tanpa sokongan kewangan yang kuat sama ada dari institusi tersebut atau individu-individu tertentu yang bernaung di dalamnya. Karl-Ernst Osthaus, seorang hartawan serta penaung seni moden yang luar biasa merupakan antara individu yang banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan pameran yang dilaksanakan oleh Werkbund. Selain daripada menganjurkan pameran hasil dari koleksi beliau sendiri, beliau juga turut menaja beberapa pameran yang dilaksanakan oleh ahli Werkbund yang lain. Pada tahun 1911 misalnya, beliau telah menganjurkan 48 pameran hasil koleksi beliau sendiri ke serata tempat di seluruh Jerman, manakala pada tahun 1912 pula, beliau telah menaja hampir kesemua pameran model reka bentuk kilang yang diuruskan oleh Walter Gropius:

"The brainchild of Karl-Ernst Osthaus, a wealthy and eccentric patron of modern arts, the Deutsches Muzeum became in effect the "Werkbund Museum", dependent on it for regular financial contributions and collaborating with it in number of ventures. The museum's speciality was the organization of travelling exhibitions of modern quality product from its own collection. By 1911, it had sent forty-eight of these to various parts of country, in 1912 it sponsored the most

172

Ibid, hlmn 38 .

133 significant display of this kind, an exhibition of model factory designs organized by the young Walter Gropious".173

Kaedah pameran juga dilaksanakan oleh Werkbund dalam usaha mereka mengembangkan pengaruh terhadap masyarakat di luar Jerman. Dalam mesyuarat tahunan institusi tersebut yang diadakan di Munich pada 1908, Gustav Geriche yang juga merupakan wakil pihak industri telah mencadangkan agar kedutaan Jerman di luar negara dijadikan `showcase' terhadap produk yang berkualiti dan reka bentuk terbaru yang dihasilkan oleh ahli yang bernaung di bawah Werkbund. Pada tahun 1914, kerajaan Jerman telah bersetuju dengan saranan tersebut dan antara usaha terawal yang dilakukan oleh pihak kedutaan ialah meminta Werkbund mengatur siri ceramah kepada pegawai konsulat dan diplomatik mengenai program pemeran yang akan diadakan di Cologne pada tahun tersebut.174

5.8.3 Mesyuarat Tahunan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Proses penyebaran idea oleh Werkbund juga turut berlangsung melalui menyuarat tahunan atau konvensyen yang diadakannya pada setiap tahun oleh mereka. Ketika kemuncak kejayaan Werkbund sebelum perang dunia pertama, format mesyuarat tahunannya telah berubah daripada perjumpaan elit di antara ahli yang terpilih kepada perjumpaan berbentuk konvensyen serta turut dihadiri oleh orang awam. Mesyuarat tahunan yang diadakan di Leipzig pada 1913 misalnya, dilaksanakan mengikut format festival awam yang mana ianya dimeriahkan dengan pameran ketenteraan, persembahan kumpulan tarian, muzikal dan teater.175 Konvensyen yang diadakan tersebut pula tidak

173 174

Ibid, hlmn 39. Ibid, hlmn 46. 175 Konvensyen di Liepzig turut dihadiri oleh perwakilan kerajaan dari luar negara seperti dari Kementerian Kerja Raya Austria, wakil dari kerajaan Saxony, Wutterberg dan Baden. Ibid, hlmn 35.

134 hanya dihadiri oleh ahli Werkbund sahaja tetapi juga melibatkan peserta bukan ahli. Selain daripada itu, penyertaan masyarakat awam sebagai pelawat dalam pameran yang dianjurkan, secara tidak langsung telah menambahkan kefahaman mereka tentang agenda yang diperjuangkan oleh institusi tersebut. Format mesyuarat tahunan Werkbund bertukar menjadi sebuah konvensyen secara tidak langsung telah menarik tumpuan media tempatan terhadap aktiviti dan isu yang diutarakan. Dengan penggunaan media massa sebagai medium penyebaran maklumat, ianya secara tidak langsung telah mempercepatkan proses penyebaran idea Werkbund kepada masyarakat.176

5.8.4 Penggunaan Agen Reformasi Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Hasil daripada kajian yang dilakukan juga telah menunjukkan Institusi Deutsche Werkbund telah banyak melakukan inovasi di dalam proses penyebaran idea kepada masyarakatnya. Satu lagi kaedah yang dilaksanakan oleh institusi tersebut dalam penyebaran idea kepada masyarakat ialah dengan melantik para pekedai sebagai agen reformasi mereka:

"One of the more unusual was an attempt to enlist the nation's retailer as agents of reform. Because shopkeeper seemed to possess great power to affect consumer decisions, for good or ill, through their choice and presentation of available products, the association arrange courses for different branches of the retail trade".177 Dalam usaha meningkatkan keupayaan para pekedai sebagai agen reformasi yang berkesan, Werkbund telah melaksanakan pelbagai program pendidikan kepada mereka seperti menganjurkan kursus di setiap cawangan yang telah dilantik. Selain daripada itu,

176 177

Ibid, hlmn 35-36 Ibid, hlmn 42.

135 institusi tersebut juga turut melaksanakan pertandingan hiasan pameran tingkap (window dressing competition) yang bertujuan meningkatkan kemahiran para pekedai dalam melakukan hiasan tingkap dan pada masa yang sama turut mendidik masyarakat melalui produk yang dipamerkan. Salah satu pertandingan hiasan tingkap yang telah dilaksanakan oleh institusi tersebut ialah di Hagen, Berlin pada 1911 dan ia kemudiannya diteruskan ke beberapa tempat lain di seluruh Jerman pada era sebelum perang dunia pertama.178

5.8.5 Rombakan Kurikulum Pembelajaran Seni Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Werkbund juga meletakkan matlamat jangka panjang dalam program penyebaran idea kepada masyarakat dengan menjadikan pelajar sebagai golongan sasaran seterusnya memandangkan golongan tersebut akan memainkan peranan yang aktif sama ada sebagai artis ataupun pengguna suatu hari nanti. Mereka juga percaya bahawa usaha penyebaran idea yang dilancarkan hanya akan mencapai matlamatnya pada masa hadapan melalui rombakan kurikulum pendidikan seni di negara tersebut. Ahli jawatan kuasa pendidikan seni Werkbund seperti Ludwig Pallet, Hermann Obrist dan Franz Cizek telah mencadangkan rombakan kurikulum pendidikan seni di sekolah dilakukan dengan memberi penekanan terhadap perlunya ransangan kreativiti terhadap kanak-kanak, memelihara daya imiginasi semulajadi mereka, memberi latihan terhadap penggunaan mata, tangan dan juga otak serta memupuk rasa hormat terhadap kemahiran manual:

" Other authorities on art education such as Ludwig Pallet, Herman Obrist, and Franz Cizek also used Werkbund to propagate their views. By empahasizing the need to stimulate the creativity of the child, preserve his innate imaginative powers, train his eyes and hands as well as his brain, and inculcate respect for manual skill, they hope not only to develop future artisans, designers and artist,

178

Ibid.

136 but to create an enlightened public capable of supporting a higher national culture".179 Cadangan rombakan kurikulum pendidikan seni di sekolah tersebut telah memperlihatkan visi yang jauh dalam program penyebaran idea kepada masyarakat oleh Werkbund pada masa hadapan. Manfaat yang diperolehi daripada cadangan rombakan kurikulum tersebut bukan sahaja dapat menghasilkan para artisan dan pereka bentuk yang lebih sensitif dan berkeliber tetapi apa yang lebih penting ialah dapat membentuk suatu generasi yang mampu memberi sokongan terhadap propaganda yang dicanangkan oleh mereka.

5.9 Rumusan

Kajian terhadap sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah membuka satu persepsi yang lebih luas terhadap pembinaan identiti seni bina nasional yang mana ianya perlu disertakan dengan perancangan yang rapi dalam pelbagai aspek sama ada dari sudut reka bentuk mahupun perlaksanaan aktivitinya. Di dalam melakukan proses revolusi reka bentuk misalnya, kedua-dua pergerakan tersebut telah mengetengahkan beberapa pendekatan yang berbeza dalam usaha memperjelaskan maksud identiti yang cuba dilahirkan dan ianya tidak hanya tertumpu kepada tampak luaran sahaja tetapi beberapa aspek lain seperti keperluan sosial masyarakat, psikologi, kemampuan teknologi, fungsi, unsur romantik tradisi, daya inovasi serta etika begitu dipertekankan. Dalam perlaksanaan aktivitinya pula, teras kejayaan kedua-dua pergerakan tersebut banyak bergantung kepada usaha yang berterusan, tenaga kerja yang berwibawa dan strategi perlaksanaannya yang tersusun. Seperkara lagi yang menarik untuk diperhalusi mengenai kedua-dua pergerakan tersebut ialah terdapatnya persamaan dari segi nilai yang diperjuangkan walaupun ianya wujud dalam masa dan konteks yang berbeza. Kaedah penyebaran idea kepada masyarakat misalnya, keberkesanan kaedah penerbitan dalam memainkan peranan terhadap

179

Ibid, hlmn 44-45

137 perkembangan pesat Pergerakan Arts and Crafts turut diperakui oleh pemimpin dan penggerak Institusi Deutsche Werkbund. Selain daripada mempraktikkan pendekatan penyebaran idea yang telah dipelopori oleh Pergerakan Arts and Crafts, Werkbund juga telah melakukan beberapa inovasi untuk membolehkan kaedah tersebut dapat berfungsi dengan lebih praktikal. Apa yang dapat dirumuskan ialah terdapat beberapa nilai sama ada dari sudut reka bentuk atau perlaksanaan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam konteks dan masa yang berbeza asalkan terdapat usaha penyesuaian dalam perlaksanaannya. Justeru, mengambil pengajaran dan mengadaptasi nilai penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut merupakan sesuatu yang wajar dilaksanakan di dalam proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Apa yang perlu dilaksanakan seterusnya ialah melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai kaedah penyebaran idea yang dilaksanakan oleh mereka khususnya berkaitan dengan bidang penerbitan agar satu rumusan dapat diperolehi mengenai elemen yang menjadi tunjang kepada kejayaan perlaksanaannya.

138

BAB ENAM

PENYEBARAN IDEA KEPADA MASYARAKAT MELALUI KAEDAH PENERBITAN OLEH PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND

6.0. Pendahuluan

Dalam bab lima, telah diketengahkan secara umum sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman dalam pembinaan identiti nasional melalui penghasilan produk perindustrian dan seni bina. Antara aspek yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut ialah wujudnya persamaan nilai dalam pelbagai aspek termasuk juga kaedah penyebaran idea kepada masyarakatnya. Kesan positif yang diterima oleh kedua-dua pergerakan tersebut daripada perlaksanaan kaedah penyebaran idea melalui penerbitan misalnya, telah membantu meningkatkan pemahaman dan penglibatan daripada pelbagai lapisan masyarakat terhadap aktiviti yang dilaksanakan dan ianya merupakan sesuatu yang amat berguna untuk diambil sebagai pengajaran. Sebelum sebarang nilai dari kaedah

139 penerbitan tersebut diambil sebagai pengajaran di dalam tesis ini, kajian yang lebih terperinci mengenainya perlu dilaksanakan. Justeru, tujuan penulisan bab ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh kedua-dua pergerakan tersebut serta memilih beberapa nilai yang difikirkan sesuai untuk diambil pengajaran dalam merangka kaedah penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

6.1 Kaedah Penyebaran Idea Kepada Masyarakat yang Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and Crafts di Britain.

Sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts sehingga berjaya meluaskan pengaruhnya melangkaui Lautan Atlantik bukan hanya hasil daripada usaha sesetengah pihak sahaja tetapi juga melibatkan sokongan dan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam menggerakkan aktiviti pergerakan tersebut sejak dari awal penubuhannya. Sokongan dan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam menjana aktiviti pergerakan tersebut juga bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi tetapi ianya hasil daripada perlaksanaan beberapa strategi yang telah dirancang oleh pelopornya. Seperti yang telah disebutkan dalam bab lima bahawa terdapat beberapa kaedah penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dalam usaha memberi pemahaman masyarakat seperti penubuhan kumpulan kerja atau Guild, wujudnya penerbitan yang membentuk pemikiran masyarakat serta perubahan kurikulum sekolah seni. Kesemua kaedah yang dilaksanakan tersebut diperakui telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam membantu perkembangan Pergerakan Arts and Crafts sehingga melangkaui sempadan Britain.

Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts

140

Buku

Jurnal

Majalah

Carta 6.0 : Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts

Walau bagaimanapun, kaedah penerbitan dilihat sebagai salah satu elemen yang memainkan peranan penting khususnya dalam penyebaran awal ideologi pergerakan tersebut oleh pelopornya sebelum sesuatu idea direalisasikan dalam bentuk fizikal. Berdasarkan pemerhatian terhadap kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts, didapati bahawa tiga medium telah memainkan peranan utama sebagai agen penyebaran idea yang dimaksudkan iaitu penerbitan buku, jurnal dan majalah.

6.2 Kaedah Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

Peranan penting yang dimainkan oleh penerbitan buku terhadap perkembangan awal Pergerakan Arts and Crafts dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa penulisan oleh pelopor pergerakan tersebut seperti Pugin, Ruskin dan Morris.180 Penerbitan buku seperti

180

Antara penerbitan buku yang dihasilkan oleh ketiga-tiga orang tokoh tersebut ialah:

A.W.N Pugin: Pugin, A.W.N ( 1843). An Apology for the Revival of Christian Architecture in England. London.; Pugin, A.W.N ( 1841). The True Principles of Pointed or Christian Architecture. London.; Pugin, A.W.N ( 1836). Contrast. London.; John Ruskin: Ruskin, John (1851). The Stones of Venice. Vol. I, Smith Elder, London.; Ruskin, John (1849). The Seven Lamp of Architecture. Smith Elder, London.; Ruskin, John (1903-12). The Complete Work of John Ruskin (ed E.T. Cook and A. Wedderburn) (39 vol). London.; William Morris: Morris, William (1974). Gothic Architecture. reprinted in William Morris, Nonesuch Press.; Morris, William (1974). News from Nowhere. reprinted in William Morris, Nonesuch Press.; Morris, William (1910-15). The Collected Work of William Morris, (ed May Morris ) (24 vol) Longman Green, London.; Morris, William (1974). William Morris (ed G.D.H. Cole), Nonesuch Press, New York.

141 The True Principles of Pointed or Christian Architecture (1841) oleh A.W.N. Pugin (1812-52) telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan awal Pergerakan Arts and Crafts dengan menyediakan asas yang kukuh dari sudut nilai moral di dalam estetika bagi tempoh setengah abad berikutnya:

" The architect and theorist A.W.N. Pugin (1812-52) in his book Contrast; or Parellel between the Noble Edificies of the fourteenth and fifteenth Centuries, and Similar Buildings of the Present Day; Shewing the Present Decay of Taste ( 1836) and The True Principles of Pointed or Christian Architecture (1841) provided the foundation from which the moral aesthetic of Arts and Crafts evolved during the second half of the century".181 Penulisan yang menjadi pegangan asas pelopor Pergerakan Arts and Crafts tersebut menegaskan bahawa peniruan semula gaya rupa silam bukan sahaja akan memberikan kesan yang kurang baik kepada gaya rupa seni bina kerana ianya tidak melambangkan semangat sezaman tetapi juga akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan Kristian . Budaya penulisan dan penerbitan ternyata menjadi teras kepada kekuatan penyebaran idea oleh pelopor Pergerakan Arts and Crafts sejak dari peringkat awal penubuhannya. Selain mendapat inspirasi dari penulisan Pugin, John Ruskin sendiri telah menghasilkan beberapa penulisan yang kemudiannya telah memberikan pengaruh yang cukup besar kepada pemikiran dan falsafah reka bentuk ahli-ahli Pergerakan Arts and Crafts yang lain. Salah sebuah penulisan beliau iaitu The Seven Lamp of Architecture (1849) telah memberi inspirasi terhadap pendekatan reka bentuk oleh para arkitek dan pereka bentuk pada era 1880-an dan awal 1890-an. Di dalam penulisan tersebut, beliau menitik beratkan kecantikan hiasan seni bina yang terhasil daripada tangan di mana ianya mencerminkan unsur kemanusiaan dan ketelitian dalam penghasilannya:

Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson. Hlmn 11.

181

142

"In The Seven Lamp of Architecture (1849), a book which inspired architects and designers particularly during the 1880's and early 90's, Ruskin emphasized the beauty of architectural ornament carved by hand, which reflected `the sense of human labour and care spent upon it".182 Selain daripada penulisan buku "The Seven Lamp of Architecture", Ruskin juga telah menghasilkan beberapa buah penulisan lagi yang kemudiannya telah meninggalkan pengaruh yang cukup besar terhadap arah tuju Pergerakan Arts and Crafts sepanjang dekad tersebut. Penulisan yang mengetengahkan idea mengenai perlunya wujud nilai keseronokan di dalam penghasilan produk perindustrian dan seni bina di dalam "The Seven Lamp of Architecture", sekali lagi telah diberi penekanan di dalam penulisan `The Nature of Gothic' dan ianya bukan sahaja memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap pemikiran seorang lagi pelopor pergerakan tersebut iaitu William Morris tetapi juga kepada aktiviti Guild yang wujud selepas itu:

"The idea that any building or object must be created with enjoyment to be of value, first voiced in The Seven Lamps but stressed in `The Nature of Gothic', was Ruskin's major legacy to the Arts and Crafts and one which laid the basis not only for the work of Morris but also for the creeds of crafts guilds later in the century".183 Peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea awal Arts and Crafts oleh John Ruskin kepada masyarakat adalah begitu besar dan ada pendapat yang menyatakan bahawa ruang lingkup penulisan dan penerbitan oleh beliau tidak hanya terbatas di sekitar Britain sahaja tetapi juga turut dibaca dan diminati dengan begitu meluas ke negara lain di kedua-dua belah Lautan Atlantik:

182 183

Ibid, hlmn 12. Ibid.

143

"Although Ruskin's lectures to student and workers in Oxford, London and other British cities drew large audience, and his writings were widely read and admired on both sides of Atlantic, it was William Morris (1836-96) whose ideas exerted the longest and most powerful influence".184 Peranan yang dimainkan oleh penerbitan buku di dalam penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts tidak hanya tertumpu pada peringkat awal penubuhannya sahaja tetapi ianya dilaksanakan secara berterusan dan melibatkan pelbagai bidang serta ahli-ahli yang lain. Antara pendekatan popular yang dilaksanakan oleh pereka bentuk atau arkitek muda yang bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts dalam melaksanakan eksperimentasi reka bentuk mereka ialah dengan mengambil contoh atau pengajaran daripada warisan seni bina tradisi. Bagi memastikan kejayaan proses tersebut, kewujudan bahan rujukan mengenai warisan seni bina merupakan sesuatu yang amat penting. Dua orang arkitek iaitu David Mac Gibbon dan Thomas Ross telah menghasilkan penulisan sejarah seni bina negara mereka yang bertajuk "The Castellated and Domestic Architecture of Scotland from the Twelfth to the Eighteenth Century" dan diterbitkan di Edinburgh di antara tahun 1887 dan 1892. Sebuah lagi hasil penulisan sejarah seni bina yang bertajuk "A History of Renaissance Architecture in England 1500-1800" telah dihasilkan oleh Reginald Blomfield di London pada 1897. Penghasilan penulisan sejarah seni bina sedemikian bukan sahaja berperanan sebagai rekod yang begitu bernilai kepada Pergerakan Arts and Crafts tetapi juga turut menjadi faktor utama kepada perkembangan pesat usaha eksperimentasi reka bentuk di seluruh Britain pada ketika itu:

"The younger architects of the 1880s and early 1890s looked to the past for both inspiration and practical guidance in building. The examination of the vernacular focused attention on national heritage. Architects wrote illustrated histories of their countries: The Castellated and Domestic Architecture of Scotland from the Twelfth to the Eighteenth Century by David Mac Gibbon and Thomas Ross was

184

Ibid, hlmn 14.

144 published in Edinburgh between 1887 and 1892, and a History of Renaissance Architecture in England 1500-1800 by Reginald Blomfield in London in 1897. These and many other volumes, together with obedience to Pugin's rule of regional variation, helped to promote visual diversity across Britain".185 Usaha ke arah menjawap persoalan identiti seni bina nasional oleh Pergerakan Arts and Crafts telah melibatkan pelbagai kaedah serta pendekatan dan jika pereka bentuk atau arkitek muda begitu gemar menggunakan unsur-unsur tradisi sebagai asas eksperimentasi reka bentuk, situasi yang sebaliknya pula ditunjukkan oleh pereka bentuk atau akitek yang lebih berpengalaman. Bagi W.R Lethaby 186yang juga seorang arkitek dan sejarawan berpendapat bahawa untuk menghasil sebuah seni bina yang baik, seseorang pereka bentuk itu mestilah arif mengenai struktur serta cukup mahir dalam penghasilan kerja di tapak. Pendirian beliau telah dinyatakan di dalam penulisan buku yang bertajuk "Architecture, Mysticism and Myth" (1891) dan ianya dianggap sebagai antara pemecah kebuntuan pereka bentuk Arts and Crafts yang sebelum itu yang banyak berkisar kepada unsur tradisi dalam penghasilan reka bentuk mereka:

"In Britain the designers of Arts and Crafts buildings and objects did not adopt any neatly identifiable style; indeed, the very word `style' as applied to historicist revivalism, was anathema to them. A short book entitled "Architecture, Mysticism and Myth", published in London in 1891, summarized the idealistic nature of movement when it had become a professional design force in Britain. Its author, the architect and historian W.R Lethaby, a major figure in the movement,

185

186

Ibid, hlmn 37.

Antara buku yang dihasilkan oleh Lethaby ialah: Lethaby, W.R (1935). Philip Webb and His Work. Oxford.; Lethaby, W.R (1924). Earnest Gimson, his Life and Work. Stratford London and Oxford.; Lethaby, W.R (1974). Architecture Mysticism and Myth. republished by The Architectural Press, London.; Lethaby, W.R (1896). Arts and Function of Guilds. first published in the Quest, Birmingham; reprinted in Lethaby, W.R. Form in Civilization, Oxford 1957. ; Lethaby, W.R (1911). Architecture. William and Norgate, London.; Lethaby, W.R (1892). " The Builder's Art and the Craftsman". In Architecture a Profession or an Art, ed Shaw, R.N and Jackson, T.G., John Murray.

145 examined the past and looked towards the future when he wrote, `the massage will be of nature and man, of order and beauty, but all will be sweatness, simplicity, freedom, confidence and light, all term used at the time not only in application to architecture but to describe the quality of life".187 Selain daripada penggabungan individu dari pelbagai profesyen di bawah satu bumbung, penghasilan penulisan dari pelbagai bidang juga dilihat sebagai faktor yang mempercepatkan usaha penyebaran idea dan eksperimentasi reka bentuk oleh pergerakan tersebut. Penggabungan warna yang bersesuaian dalam reka bentuk misalnya merupakan antara faktor penting di dalam mewujudkan suasana harmoni kepada penghuni atau pengguna sesuatu seni bina yang dihasilkan. Isu tersebut telah diketengahkan oleh Helsey Ricardo (1854-1928) di dalam penulisannya yang bertajuk `colour enough to set off and harmonise with the palette serve by Nature' (1896) yang mana menurut beliau bahan binaan tempatan yang digunakan di dalam reka bentuk mampu menghasilkan pelbagai skim warna.188 Menjelang awal kurun ke-20, peranan penerbitan buku dalam penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts merupakan sesuatu yang amat penting terutamanya bagi memenuhi kehendak golongan profesional di dalam pergerakan tersebut selain daripada permintaan oleh golongan artis amatur dari kelas pertengahan. Kewujudan buku terbabit telah menyediakan garis panduan serta memberi penekanan tentang perlunya aspek individualisme kepada pereka bentuk dalam kerja-kerja praktikal di bengkelbengkel. Penulisan buku seperti `The Needle' (1903-10) dan `Home Handicraft' (190717), telah meransang hasil kerja amatur oleh golongan wanita.189 Selain daripada itu, penerbitan buku lain yang dianggap berpengaruh sekitar awal abad ke 20 ialah berkaitan dengan penghasilan cat kilat pada permukaan logam (enamel) dan sulaman (embroidery). Hasil karya Fisher, `The Art of Enamelling', mengadunkan tunjuk ajar dan perbicangan sejarah mengenai bidang tersebut manakala sebuah lagi penulisan mengenai bidang yang sama iaitu `Enamelling' hasil karya Edit Dawson telah diterbitkan pada tahun 1906. Dalam bidang sulaman pula, penerbitan buku yang bertajuk `Educational Embroidery

187

Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.Hlmn 9. 188 Ibid, hlmn 45. 189 Ibid, hlmn 90.

146 (1911) hasil karya Margaret Swanson, Ann Macbeth dan Jessie Newbery, merupakan buku petunjuk yang paling praktikal dan popular di mana ianya mengandungi contoh corak pada kain yang memudahkan pembuatan pakaian kanak-kanak dan objek-objek kegunaan rumah yang lain.190 Selain daripada seni bina, keadaan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan suasana harmoni dapat dikecapi oleh masyarakat. Reka bentuk seni taman dan perbandaran merupakan antara bidang yang diberi perhatian oleh pereka bentuk atau arkitek di zaman Arts and Crafts ke arah menghasilkan kehidupan yang ideal. Seperti juga beberapa bidang yang telah disebutkan sebelum ini bahawa penerbitan buku telah memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran idea serta memberi panduan kepada penggiatnya di dalam melakukan usaha eksperimentasi reka bentuk. Peningkatan permasalahan dalam kehidupan masyarakat Britain menurut John Ruskin adalah berpunca daripada reka bentuk bandar itu sendiri dan pada hemat beliau sesebuah bandar mestilah direka bentuk dengan berhati-hati. Di dalam buku beliau yang bertajuk Sesame and Lilies (1865), Ruskin menyarankan agar pembinaan sesebuah rumah mestilah berlandaskan kepada prinsip keteguhan, kecantikan dan dalam kumpulan yang terhad bagi menjamin keseimbangan dengan persekitarannya.191 Impian Ruskin untuk menghasilkan penempatan ideal yang mana masyarakat yang mendiaminya dapat hidup dan bekerja dalam keadaan yang harmoni, gembira dan sihat telah membuahkan idea bandar dalam taman (garden city) di kalangan pengikutnya. Ebenezer Howard (1850-1928), merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah `garden city' telah menghasilkan buku yang bertajuk `Tommorow: a peaceful Path to Real Reform' (1898; disemak dan diterbitkan semula dalam tahun 1902 sebagai `Garden Cities of Tommorow) yang mana penggabungan idea kasih sayang dan sosialis di dalam buku tersebut telah menjadi panduan dalam pembaharuan sosial yang dilaksanakan oleh pengikut Arts and Crafts yang lain. Berdasarkan penulisan yang beliau hasilkan, Howard menekankan penghasilan reka bentuk pelan bangunan, seperti juga bangunan Arts and

190 191

Ibid Ibid, hlmn 60.

147 Crafts yang terdahulu, mesti mengambil kira tapak yang dipilih dan saiz bandar pula haruslah berdasarkan penyelidikan ekonomi yang dilakukan mengenainya.192

6.3 Kaedah Penerbitan Jurnal Dan Majalah Sebagai Medium Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

Selain daripada penerbitan buku, penerbitan majalah atau jurnal juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam proses penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts. Penerbitan The Hobby Horse (1884, 1886-92) oleh Century Guild merupakan antara jurnal pertama yang membincangkan aspek reka bentuk secara khusus dan ianya mencerminkan prinsip estetika sebenar guild tersebut.193 Selain daripada itu terdapat beberapa buah jurnal lain yang turut memainkan peranan penting dalam penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts kepada masyarakat. Hasil penulisan oleh W.R Lethaby yang bertajuk `Cast Iron and its Treatment' misalnya telah diterbitkan di dalam The Journal of the Society of Arts yang mana antara isu di ketengahkan dalam penulisan tersebut ialah perasaan hina yang sering wujud terhadap logam adalah kesan daripada kurangnya pengetahuan mengenai kaedah perawatan bahan tersebut.194 Majalah British Architect yang mula diterbitkan pada 1874 pula telah banyak membantu dalam penyebaran idea salah seorang ahli Pergerakan Arts and Crafts iaitu C.F.A. Voysey.195 Penulisan esei yang bertajuk The English Home (1911) merupakan antara karya Voysey yang diterbitkan di dalam majalah tersebut.

Ibid, hlmn 62-63. Ibid, hlmn 23 194 Ibid, hlmn 97. 195 Antara penulisan C.F.A Voysey di dalam majalah British Architect dan beberapa majalah lain serta penerbitan buku ialah: Voysey, C.F.A (1911). The English Home. British Architect, p.60.\; Voysey, C..F.A (1901). Remarks on domestic entrance halls. Studio. Vol XXI, p.243.; Voysey, C..F.A (1915). Individuality. Chapman & Hall, London.; Voysey, C..F.A (1906). Reason as Basis of Art. Elkin Matthews, London.; Voysey, C..F.A (1909). Ideas In Thing. One of series of essay in The Arts connected with Building, ed. Davidson, Raffles, Batsford, London.

193

192

Ibid, hlmn 218.

148

Gambarajah 6.0: Reka bentuk kulit hadapan jurnal The Hobby Horse pada tahun 1886.

Sumber: Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.Hlmn 24.

Dua buah lagi majalah yang diterbitkan pada awal dan pertengahan 1890-an iaitu The Studio(1893) dan Architectural Review (1896) telah memberikan kesan secara langsung terhadap proses penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts. Majalah The Studio misalnya bukan sahaja mengetengahkan hasil karya Arts and Crafts dari Britain sahaja tetapi juga melibatkan penghasilan karya dari luar negara:

"Baillie Scott introduced painted and stenciled ceiling, walls and furniture whose decoration echoed European Peasant work that had been illustrated in The Studio, the London art journal founded in 1893 which did much to publicize Arts and Crafts at home and abroad".196

196

Ibid, hlmn 52.

149 Mengenai penerbitan karya tempatan di dalam majalah The Studio, tokoh-tokoh Pergerakan Arts and Crafts seperti Baillie Scott,197 C.R Ashbee,198 E.S Prior199 dan C.F.A Voysey merupakan antara individu yang menyumbangkan karya masing-masing untuk di terbitkan.200.Majalah Architectural Review juga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts yang mana karya beberapa tokoh pergerakan tersebut telah diterbitkan. Hasil penulisan oleh tokoh seperti E.S Prior yang bertajuk Church building as it is and as it might be (1898) dan The New Cathedral for Liverpool ( 1901) serta W.R Lethaby yang bertajuk Architecture Education (1904) merupakan antara karya yang diterbitkan oleh majalah tersebut. Penerbitan beberapa buah majalah lagi seperti Century Life (1897), Academy Architecture (1889), Architect (1869), Building News (1857) dan Journal of the Royal Institute of British Architect telah memberi ruang yang cukup luas kepada tokoh serta ahli Pergerakan Arts and Crafts untuk terus berkarya dan menyebarkan idea mereka kepada umum.

Selain daripada yang diterbitkan di dalam majalah Studio, penerbitan seni bina lain yang telah di hasil oleh Baillie Scott ialah: Scott, M.H Baillie (1909). "Ideals in Building, False and True" from The Arts Connected with Building. Batsford, London.; Scott, M.H Baillie (1910). Garden Suburb, Town Planning and Modern Architecture. Fisher Unwin, London.; Scott, M.H Baillie (1906). House and Garden. G. Nawnes,London.; 198 Hasil penerbitan yang telah dihasilkan oleh C.R Ashbee selain daripada yang diterbitkan di dalam majalah Studio ialah: Ashbee, C.R (1917). Where The Great City Stands. Essax House Press, London.; Ashbee, C.R (1890). Transactions of the Guild and School of Handicraft. London; Ashbee, C.R (1894). A Few Chapters in Workshop Reconstruction and Citizenship. Essax House Press, London.; Ashbee, C.R (1911). Should we stop teaching art. Batsford, London.; Ashbee, C.R (1908). Craftsmanship in Competitive Industry . Essax House Press, London.; Ashbee, C.R (1906). A Book of Cottages and Little Houses. Batsford, London. 199 Selain daripada yang diterbitkan di dalam majalah Studio, penerbitan seni bina lain yang telah di hasil oleh E.S Prior ialah: Prior, E.S ( 1900). A History of Gothic Art in England .George Bell & Sons, London.; Prior, E.S ( 1901). The New Cathedral for Liverpool .Architectural Review.; Prior, E.S ( 1898). Church building as it is and as it might be. Architecture Review. 200 Antara penulisan tokoh-tokoh tersebut yang diterbitkan di dalam majalah Studio ialah: Ashbee, C.R (1905). On the Bromleigh Estate at Iver Heath. Studio. Vol XXXVI. P 50.; Ashbee, C.R (1907). The Norman Chapel building at Broad Campden. Studio. Vol XLI. P 290.; Scott, M.H Baillie (1894). An ideal suburban house. Studio. Vol IV.; Scott, M.H Baillie (1908). On the Characteristics of Mr.C.F.A. Voysey's architecture. Studio. Vol XLII. P 19.; Prior, E.S ( 1901). Studio. Vol XXI.

197

150 6.4 Kemajuan Bidang Percetakan Sebagai Pemangkin Kepada Kepesatan Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh Pergerakan Arts and Crafts.

Bidang percetakan yang turut sama dimajukan oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts merupakan antara faktor penting selain daripada kemampuan untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti oleh pemimpin dan pengikut pergerakan tersebut. William Morris misalnya, telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan yang dinamakan Kelmscot Press. yang mana melalui syarikat tersebut, beliau telah mencetak secara terhad buku-buku yang berkualiti tinggi dan dipasarkan kepada golongan kelas atasan dan yang berpendidikan tinggi. Dari segi penulisan dan reka bentuk buku-buku tersebut, ianya begitu mementingkan unsur kualiti seperti juga hasil seni lain oleh Pergerakan Arts and Crafts:

" The Kelmscott books used text ranging from Ruskin and Morris's own prose romances to Chaucer. Morris wanted these books, like the product of his firm, to be antithesis of recent crude commercial production. They were monochrome artworks, many of which were printed to design by Burne-Jones and produced in limited editions for an upper-class, well educated market".201

Dalam usaha meningkatkan kualiti percetakan yang dihasilkan oleh mereka, syarikat percetakan Kelmscott Press telah mengambil contoh kerja-kerja percetakan sejarah oleh Perancis dan Jerman dalam reka bentuk kulit buku yang dihasilkan.

Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson, Hlmn 18.

201

151

Gambarajah 6.1: Reka bentuk muka pertama buku The Nature Of Gothic oleh John Ruskin yang dicetak oleh Kelmscott Press pada tahun 1892.

Sumber: Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.Hlmn 18.

Usaha meningkatkan mutu percetakan turut dilakukan oleh beberapa syarikat percetakan lain yang ditubuhkan oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts. Essex House Press yang ditubuhkan oleh Ashbee pada 1898 misalnya, menetapkan matlamat untuk menjadi syarikat percetakan terbaik di Britain pada waktu itu. Kemajuan bidang percetakan seiring dengan penghasilan produk dan penulisan yang berkualiti merupakan pakej terbaik yang dimiliki oleh Pergerakan Arts and Crafts dalam proses penyebaran idea kepada masyarakat melalui kaedah penerbitan. Penghasilan buku atau jurnal yang dikraf dengan teliti bukan sahaja mencerminkan pendirian pergerakan tersebut dalam penghasilan produknya tetapi juga mampu menarik minat masyarakat untuk membaca dan seterusnya membeli hasil penerbitan tersebut.

152 6.5 Program Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Melalui Penerbitan Oleh Institusi Deutsche Werkbund

Sebelum ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1907, idea penubuhan Institusi Deutsche Werkbund telahpun bermula sejak akhir kurun kesembilan belas lagi melalui penyelidikan yang dilakukan oleh Hermann Muthesius terhadap sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts di Britain. Beberapa aspek yang menjadi penggerak kepada kejayaan Pergerakan Arts and Crafts seperti aspek fungsi dan kualiti dalam penghasilan reka bentuk telah diambil sebagai pengajaran oleh Muthesius dalam merangka kurikulum awal Institusi Deutsche Werkbund. Satu lagi aspek daripada Pergerakan Arts and Crafts yang turut diambil pengajaran oleh Muthesius dan pelopor Institusi Deutsche Werkbund yang lain ialah kaedah menarik penglibatan masyarakat dalam perjuangan institusi tersebut. Walau bagaimanapun, berbanding dengan Pergerakan Arts and Crafts yang menggerakkan aktivitinya dalam skala yang terhad, aktiviti yang dilaksanakan oleh Werkbund dilihat lebih menyeluruh dari segi ruang lingkup penyebarannya dan juga pihak-pihak yang turut terlibat dalam aktiviti penyebaran idea tersebut.

Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Institusi Deutsche Werkbund

Risalah

Jurnal

Buku Tahunan

Surat Berita

Buku Panduan Produk

Carta 6.1 : Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Institusi Deutsche Werkbund

153 Seperti juga Pergerakan Arts and Craft, bab lima telah mengetengahkan pelbagai kaedah yang digunakan oleh Wekbund dalam penyebaran idea kepada masyarakatnya dan peranan yang dimainkan oleh kaedah pameran, mesyuarat tahunan, penerbitan, agen reformasi dan rombakan kurikulum seni di sekolah telah memperlihatkan kejayaan masing-masing di samping melengkapi di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea Institusi Deutsche Werkbund kepada ahli dan masyarakat di sekitarnya dianggap sebagai intipati kepada kejayaan perlaksanaan aktiviti yang lain dan ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Satu lagi aspek yang menarik untuk diperkatakan mengenai kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Institusi Deutsche Werkbund ialah terdapatnya beberapa medium baru yang diperkenalkan dan ianya dilihat bersesuaian dengan dasar institusi tersebut serta berjaya melaksanakan peranannya. Inovasi yang telah ditunjukkan oleh Institusi Deutsche Werkbund tersebut telah memberikan satu isyarat yang positif bahawa proses mempelajari sesuatu daripada masyarakat terdahulu bukan bermakna perlunya peniruan secara langsung terhadap apa yang telah dilaksanakan tetapi apa yang lebih penting ialah mengambil intipati serta menyesuaikannya dengan konteks semasa.

6.6 Peranan Penerbitan Risalah Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Pelancaran propaganda umum yang dilaksanakan pada peringkat awal penubuhan Werkbund, bertujuan memberi kefahaman awal kepada masyarakat tentang dasar serta objektif perjuangan institusi tersebut. Salah satu medium penyebaran idea yang memainkan peranan penting pada peringkat tersebut ialah bidang penerbitan yang mana penggunaan risalah merupakan salah satu penerbitan terawal yang digunakan oleh pelopor Institusi Deutsche Werkbund. Friederich Naumann, salah seorang daripada tiga tokoh terkemuka Werkbund, telah menghasilkan risalah propaganda ringkas yang bertajuk Deutsche Gewerbekunst . Risalah yang memperjelaskan matlamat perjuangan institusi tersebut kepada masyarakat dan negara, mengandungi isu-isu seperti prinsip

154 kualiti yang dapat meningkatkan nilai buruh, meningkatkan status pekerja, meningkatkan keseronokan dalam pekerjaan dan secara tidak langsung mengubah penafsiran terhadap peranan yang dimainkan oleh mereka, iaitu daripada hanya golongan buruh kepada satu entiti yang amat penting dalam memajukan sistem kapitalis yang wujud pada ketika itu.202 Penggunaan risalah sebagai medium penyebaran idea Werkbund di peringkat awal penubuhannya bukan sahaja sangat berkesan dari segi kos kerana ianya murah dan dapat diedarkan kepada orang awam secara percuma, tetapi juga ianya telah menyaksikan terjalinnya kerjasama awal di antara institusi tersebut dengan sektor industri yang mana syarikat percetakan milik Eugen Diederichs telah muncul sebagai penaja terawal mereka.203

6.7 Peranan Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Jika penerbitan buku oleh pelopor Pergerakan Arts and Crafts telah memainkan peranan yang penting terhadap pembentukan ideologi dan penyebaran idea pergerakan tersebut kepada masyarakat, situasi yang hampir serupa juga turut dilakukan oleh pelopor dan ahli Institusi Deutsche Werkbund yang mana mereka turut menerbitkan buku secara peribadi di samping buku-buku yang dihasilkan atas nama institusi tersebut. Berdasarkan semakan rekod terhadap sumber sekunder, didapati banyak penulisan buku oleh tokohtokoh institusi tersebut telah dihasilkan. Tokoh-tokoh seperti Hermann Muthesius, Henry van de Velde, Friederich Naumann, Fritz Schumacher, Peter Behren, Walter Gropius, Richard Riemerschmid, Ernst Jackh, Theodor Heuss dan Bruno Taut telah menghasilkan buku atau sekurang-kurangnya terlibat dalam sebahagian penulisan buku yang mengetengahkan idea masing-masing.204 Peranan buku di dalam penyebaran idea kepada

Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press. Hlmn 17-18 203 Ibid, hlmn 21. 204 Antara penulisan buku yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut: Hermann Muthesius: Muthesius, Hermann. Des Englische Haus. 3 Vols. Berlin: Wasmuth, 1902.; Muthesius, Hermann, Witschaftsformen im kunstgewerbe. Vortrag gen.am 30. I. 1908 in der Volkwirtsschaftlichen Gesellschaft in Berlin. Volkwirtsschaftlichen Zeilfragen Nr.233. Berlin: L.Simion,

202

155 masyarakat juga sebenarnya telah wujud sebelum penubuhan Institusi Deutsche Werkbund lagi yang mana Julius Langbahn, seorang pengkritik budaya telah menghasilkan penulisan pada penghujung kurun ke-19 dan kemudiannya telah muncul sebagai bahan bacaan popular di kalangan artis termasuk juga Hermann Muthesius:

"Langbahn's call for revival of artistic values in a materialistic age appealed strongly to educated Germans. His bestselling Rembrandt als Erzieher,first published anonymously in 1890, quickly become one of the most popular books

1908.; Muthesius, Hermann, Kultur und Kunst Gesommelte Aufsatze uber kunstleriche Fragen der Gegenwart, 2 nd ed. Jena: Eugen Diederichs, 1909. First Edition, 1904.; Muthesius, Hermann, Die Werkbunderbeit der Zukunft (1914). Neudruck. Schriftenreihe der Muthesius-Werkschule Kiel, Heft 7. Kiel: Muthesius-Werkschule, 1960.; Muthesius, Hermann, Die Zukunft der deutschen Form. Der Deutsche Krieg, Heft 50. Stuttgart: Deutsche Verlags-Anstalt, 1915.; Muthesius, Hermann, Der Deutsche nach dem Kriege. Weltkultur und Welpolitik, Heft 4. Munich: Deutsche Verlags-Anstalt, 1915.: Henry van de Velde : Velde, Henry Van de. Kunstgewerbliche Laienpredigten. 2 Vols. Leipzig: Hermann Seemann Nochfolger, 1902.; Velde, Henry Van de, Essays. Leipzig: Insel-Verlog, 1910.; Velde, Henry Van de, Zum neuen stil. Aus Seinen Schriften ausgewahlt von H. Curjel. Munich : R. Piper, 1955.; Friederich Naumann: Naumann, Friederich. Werke. 6 Vols. Cologne: Westdeutscher Verlag: 1964-1969.; Fritz Schumacher: Schumacher, Fritz. Die weidereroberung hormonischer kultur". Kunstwart, xxi, No.8 (1908), 135-38.; Schumacher, Fritz, Kulturpolitik, Neue Streifzuge eines Architecten. Jena: Eugen Diederich, 1920.; Schumacher, Fritz, Zeitfragen der Architectur. Jena: Eugen Diederich, 1929.; Peter Behren: Behren, Peter. " Bund der Erneuerung." Die Notwendigkeit einergeistigen verfassung. Jena: Eugen Diederich, 1920.; Walter Gropius: Gropius, Walter. Idee und Aufbau des Staatlichen Bauhauses Waimer. Munich: Hursching am Amersee, Dietz Edzard, 1923.; Gropius, Walter, The New Architecture and the Bauhaus. Trans. From the German by P. Morton Shand with an introduction by Frank Pick. London: Faber & Faber, 1935.; Gropius, Walter, Scope of total Architecture. World Perspective Planned and edited by Ruth Nanda Anshen. Vol. III. New York: Harper & Brother, 1955.; Richard Riemerschmid: Riemerschmid, Richard. Kunstlerrische Erziehungsfragen. I. Flugshriften des Munchener Bundes, Erstes Heft. Munich. Georg Muller, 1917.; Riemerschmid, Richard, Kunstlerische Erziehungsfragen. II. Flugshriften des Munchener Bundes. Funftes . Heft. Munich: Hugo Bruckmann, 1919.; Ernst Jackh: Jackh, Ernast. Der Goldane Pflug: Lebensernte eines Weltbur. Gers. Stuttgart: Deutsche Verloge-Anstalt, 1954.; Jackh, Ernast, Weltsaat: Erlebtes und Ersrebtes. Stuttgart: Deutsche Verlogs-Anstalt, 1960.; Theodor Heuss: Heuss, Theodor. "Gewerbekunst und Volkswirtschaft." Preussishe Jahrbucher, CXLI (1910), 1-5.; Heuss, Theodor, " Der deutsche Werkbund in Wien." Die Hilfe, XVIII, No 25 (1912), 400.; Heuss, Theodor, Der deutsche Werkbund in Leipzig. "Der Kaufmann und das Leben (Leipzig), VI (1913-14 ), 72-74.; Heuss, Theodor, "Der Werkbund in Koln".(Ausstellungsbericht). Marz. VIII, No 2 (1912), 90713.; Heuss, Theodor, "Ein englischer Werkbund." Die Hilfe, XXII (1916), 395.; Heuss, Theodor, " Werkbund-Ausstellung in Kopenhagen." Deutsche kunst und Dekoration, XLIII (1918), 253-63. ; Heuss, Theodor, Zwinscher Gestern und Morgen, Stuttgart: J. Engelhorns-Nochf, 1919.; Heuss, Theodor, "Luxussteuer und Qualitatsproduktion." Vassische Zeitung. Berlin, Sept.3.1919. Bruno Taut : Taut, Bruno, Die Stadtkrone. Jena: Eugen Diederichs, 1919.; Taut, Bruno, Modern Architecture. London: The Studio Ltd, 1919.

156 among the artists, influenced the Art Education Movement, and deeply impressed reformers like Muthesius".205 Penerbitan buku terus memainkan peranan yang penting di dalam proses penyebaran idea kepada masyarakat apabila Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan dan ianya juga meliputi pelbagai bentuk atau genre penulisan seperti analisis, kritik, penulisan sejarah, teori baru dan sebagainya. Kajian selama enam tahun Muthesius terhadap revolusi reka bentuk dan pendidikan seni bina oleh Pergerakan Arts and Crafts di Britain misalnya, telah disusuli dengan laporan rasmi yang kemudiannya meninggal pengaruh yang begitu besar terhadap penulisan yang beliau hasilkan selepas itu. Penulisan buku yang bertajuk Das englische Haus (3 vol, Berlin, 1904) merupakan sumber rujukan terpenting terhadap proses pemindahan nilai yang diperkenalkan oleh Pergerakan Arts and Crafts ke dalam kebudayaan Jerman khususnya dalam merangka kurikulum Institusi Deutsche Werkbund.206 Seorang lagi tokoh terkemuka Werkbund iaitu Henry van de Velde telah menghasilkan penulisan buku yang bertajuk Kunstgewerbliche Laienpredigten (Berlin) pada 1902 yang mana dalam penulisan tersebut beliau menegaskan bahawa seni dan seni bina seharusnya berkhidmat untuk masyarakat ke arah menyediakan persekitaran yang mulia kepada individu komtemporari.207 Selain daripada penulisan buku yang dihasilkan oleh tokohtokoh utama, terdapat banyak lagi hasil penulisan buku oleh individu yang menjadi ahli atau penggerak institusi tersebut seperti Norbert Stern, Walter Riezler, Eugene Fischer, Karl Scheffler dan Werner Sombart.208 Penulisan buku yang bertajuk

Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press. Hlmn 26. 206 Ibid, hlmn 12. 207 Ibid, hlmn 22 208 Antara penulisan buku yang dihasilkan oleh penggerak Institusi Deutsche Werkbund terbabit ialah: Norbert Stern: Stern, Norbert. Die Weltpolitik der Weltmode. Der deutsche Krieg. Heft. 30/31. Stuttgart: Deutsche Verlogs-Anstalt, 1915.; Walter Riezler: Riezler, Walter. Die Kulturarbeit des Deutschen Werkbundes. Weltkultur und Weltpolitik, Deutsche Folge, Heft 7. Munich: Deutsche Verlogs-Anstalt, 1916.; Eugen Fischer: Fischer, Eugene. "Die Ausstellung des Werkbund in Koln." Die Tat.VI (1914-15), 530-39.; Karl Scheffler: Scheffler, Karl. Die Zukuft der deutschen Kunst. Berlin: Bruno Cassier, 1919.; Scheffler, Karl. "Ein Arbeitsprogramm fur den Deutschen Werkbund". Kunst Und Kunstler, XVII (1920), 43-52.; Scheffler, Karl. "Der Werkbund." Kunst Und Kunstler. XXXI (1932). 422.; Scheffler, Karl. "Der neue Mensh". Leipzig: Insel-Verlog, 1932.; Werner Sombart: Sombart, Werner. Kunstgewerbe Und kultur. Die Kultur, Heft. VII, Berlin: J Knoblauch, 1908.

205

157 Kunstgewerbe und Kultur (1908) oleh Werner Sombart misalnya telah mengkritik penggunaan artis oleh para kapitalis yang mana pada pendapat beliau ianya tidak ubah seperti satu bentuk pelacuran kerana artis-artis tersebut terpaksa mengikut kata para pemain ekonomi yang menaungi mereka:

"In Kunstgewerbe und Kultur, Published in 1908, Sombart maintained that the applied artis under capitalism could never be more than a prostitute at the beck and call of an all-powerful economic master. Moreover, art was at the mercy not only of profit-seeking producers but of mass market. A ninetynine percent of consumers lacked either the taste or the money to purchase quality goods, Sombart saw little prospect for genuine cultural reform".209 Selain daripada penerbitan buku oleh individu, penerbitan buku tahunan yang mengandungi penulisan artikel daripada tokoh-tokoh Werkbund serta contoh-contoh produk reka bentuk terbaik oleh ahli-ahlinya, telah memberikan impak yang cukup besar terhadap perkembangan institusi tersebut. Peningkatan tahap pemahaman masyarakat terhadap agenda yang diperjuangkan oleh Werkbund dapat dilihat dari hasil peningkatan jumlah keahlian dan penjualan buku tahunan institusi tersebut dari tahun ke tahun sebelum perang dunia pertama. Sebagai contoh, penjualan buku tahunan Werkbund dari tahun 1912 hingga 1914 telah meningkat sekali ganda daripada 10 000 unit kepada 20 000 unit manakala jumlah keahliannya turut meningkat mengikut kadar yang hampir serupa iaitu 971 orang pada bulan Mac 1912 kepada 1870 orang pada 1914.210 Peningkatan penjualan buku tahunan juga turut dibantu oleh sokongan secara tidak langsung daripada pihak kerajaan. Kementerian Perniagaan dan Perdagangan Prussia misalnya telah membeli 700 salinan dari cetakan siri pertama buah buku tahunan institusi tersebut dan disebarkan dengan harga sabsidi kepada pelajar-pelajar sekolah.211 Penerbitan buku tahunan juga telah memainkan pengaruh yang besar terhadap

209

Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton University Press. Hlmn 30. 210 Ibid, hlmn 37. 211 Ibid.

158 penghasilan reka bentuk yang lebih berkualiti di kalangan ahli-ahlinya yang mana penerbitan contoh-contoh reka bentuk terbaik yang terdiri daripada reka bentuk hotel, pusat membeli-belah dan gudang telah meningkatkan semangat mereka untuk terus menghasilkan reka bentuk berkualiti di masa hadapan:

"The Werkbund also influenced the design of hotels, department stores, and warehouses, both by publisizing good examples in its yearbooks and by encouraging its member to address themselves to these matters".212 Penerbitan buku tahunan terus memainkan peranannya sebagai medium penyebaran idea serta pemangkin ke arah penghasilan reka bentuk yang lebih berkualiti oleh ahli-ahli Werkbund selepas era perang dunia pertama. Kesan daripada peperangan ternyata telah banyak menjejaskan perkembangan institusi tersebut yang bukan sahaja melibatkan kemusnahan harta benda tetapi juga nyawa ahli-ahlinya. Kemelesetan ekonomi Jerman selepas perang juga begitu menyukarkan proses eksperimentasi atau revolusi reka bentuk dan disebabkan tiada pilihan, ahli-ahli Werkbund mula melibatkan diri dalam merekabentuk struktur perkuburan dan memorial. Penerbitan buku tahunan pada 1916 dan 1917 hampir keseluruhannya dipenuhi dengan topik yang berkaitan dengan reka bentuk perkuburan dan memorial tersebut. Hasil kerja sama dengan pihak tentera serta subsidi daripada kementerian kebudayaan beberapa buah negeri di Jerman, buku tahunan tersebut telah mengetengahkan sebanyak 200 reka bentuk yang dipilih oleh sebuah ahli jawatankuasa dari pelbagai organisasi termasuk juga lima orang daripada Werkbund.213

Pengaruh penerbitan buku tahunan terhadap pembaharuan reka bentuk yang dilaksanakan oleh ahliahlinya dapat dilihat dalam penerbitan buku tahunan Werkbund pada tahun 1913 yang menumpukan kepada seni di dalam industri dan perdagangan. Ibid, hlmn 46. 213 Ibid, hlmn 88.

212

159 6.8 Peranan Penerbitan Jurnal, Buku Panduan Produk dan Surat Berita Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.

Ahli-ahli yang bernaung di bawah payung Werkbund juga telah melakukan usaha menerbitkan jurnal yang berkaitan dengan bidang masing-masing untuk dijadikan rujukan oleh pengguna. Dalam mesyuarat tahunan yang dilangsungkan pada setiap tahun sebelum perang dunia pertama, ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah melakukan perbincangan mengenai sesuatu permasalahan dengan matang serta jujur dan kebanyakan dari hasil perbincangan tersebut kemudiannya telah diterbitkan. Pihak industri misalnya, telah menghasilkan penerbitan Gewerbliche Materialkunde iaitu sebuah penerbitan yang memaparkan analisis tentang potensi sesuatu bahan:

"Industries were represented on Werkbund committees, and were served by publications such as Gewerbliche Materialkunde, a series addressed to the analysis of the uses potentiaitialities of materials".214 Pihak Werkbund juga telah melaksanakan sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana pihak sebelumnya dalam usaha menyebarkan idea kepada masyarakat melalui kaedah penerbitan iaitu dengan menghasilkan buku panduan produk yang berkualiti dari kedai yang diiktiraf. Usaha penghasilan buku panduan produk yang dinamakan Deutsches Warenbunch telah dimulakan pada 1913, namun penerbitan pertamanya yang dijangka dapat dihasilkan pada penghujung 1914 terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya akibat tercetusnya perang dunia pertama.215 Menjelang penghujung tahun 1915, edisi pertama Deutsches Warenbunch telah dilancarkan yang mana buku panduan setebal 248 muka tersebut memaparkan artikel mengenai reka bentuk peralatan rumah berkualiti yang dihasilkan di Jerman pada ketika itu:

214 215

Ibid, hlmn 50. Ibid, hlmn 43.

160 "An important effort in the shere of wartime consumer education was the publication, in late 1915, of the Deutsches Warenbunch.This product of the prewar Durerbund-Werkbund Cooperative Association contained 248 pages of household articles of good design currently produced in Germany and stocked by 150 cooperating shops throughout the country. War conditions made it necessary to scale down the first edition from projected 100,000 to a mere 10,000. Nevertherless, the Warenbunch represented a positive contribution to the cause of quality, as well a testimonial to the persistence and dedication of all involved".216

Idea penerbitan buku panduan produk Deutsches Warenbunch sebenarnya telah bermula seawal 1908 apabila Friederich Naumann telah mengusahakan kompilasi panduan pengguna yang dinamakan "Baedeker" yang hanya diedarkan kepada ahli Werbund sahaja dan penerbitannya tidak berasaskan keuntungan. Antara matlamat utama penerbitan buku panduan produk Deutsches Warenbunch ialah untuk meningkatkan pengedaran barangan yang berkualiti kepada pengguna di samping mendidik minat mereka melalui pelbagai barangan rumah terpilih yang diterbitkan di dalam buku tersebut. Proses pemilihan produk yang diterbitkan di dalam buku panduan tersebut juga dilakukan oleh sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada pakar-pakar dalam penghasilan produk dan reka bentuk yang bernaung di bawah payung Werkbund.217 Walaupun perang dunia pertama telah menyaksikan perkembangan Institusi Deutsche Werkbund agak terbantut, namun para penggeraknya sedaya upaya cuba mempertahankan institusi tersebut dan mengingatkan masyarakat bahawa mereka masih lagi wujud. Salah satu kaedah yang digunakan oleh mereka dalam proses penyebaran idea pada masa tersebut ialah dengan menggunakan surat berita (newsletter) yang dinamakan Mitteilungen dan mula diterbitkan pada 1 Januari 1918. Surat berita yang disunting oleh Fritz Hellwag tersebut antara lainnya melaporkan aktiviti yang dilaksanakan oleh Werkbund semasa perang:

216 217

Ibid, hlmn 84. Ibid, hlmn 43- 44.

161

"In particular, the Werkbund Mitteilungen, edited by Fritz Hellwag, from January 1, 1918 in collaboration with Theodor Heuss, reported the more prosaic aspect of association's wartime activities in language remarkably free from chauvinistic excess. Designed with care, each issue by a different typographic artist, these newsletters were more notable for their form than for their content".218 Walaupun berada dalam suasana perang, namun para pemimpin Werkbund tetap optimis mengenai masa depan institusi tersebut dan melalui Mitteilungen antara topik yang turut diperbincangkan ialah mengenai masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh Jerman setelah tamat perang dan peranan yang harus dimainkan oleh Werkbund pada era pascaperang tersebut.219.Mengenai aktiviti Werkbund yang dilaporkan di dalam Mitteilungen, ianya meliputi aktiviti mesyuarat yang di laksanakan oleh institusi tersebut. Sebagai contoh, surat berita berkenaan telah melaporkan aktiviti mesyuarat yang telah diadakan pada awal Oktober 1918 yang mana antara topik utama yang diperbahaskan ialah bagaimana untuk mewujudkan keadilan dalam pengagihan bahan mentah kepada sektor industri setelah keadaan kembali aman.220 Penerbitan Mitteilungen turut memberikan ruang kepada perbincangan mengenai beberapa topik lain yang berkaitan dengan aktiviti serta subjek yang diperjuangkan oleh Werkbund. Topik perbincangan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh ahli institusi tersebut, ekonomi, pendidikan seni, ulasan mengenai reka bentuk perabot dan poster, malahan ulasan buku-buku mengenai batu permata turut diketengahkan di dalam Mitteilungen. Akhir sekali, Mitteilungen merancang untuk muncul sebagai salah satu daripada buku tahunan Werkbund yang mana isi kandungannya merangkumi perbincangan mengenai seni dan kraf, monumen dan seni hiasan, lanskap taman dan piawaian.221

218 219

Ibid, hlmn 101. Ibid, hlmn 102. 220 Ibid. 221 Ibid.

162 6.9 Beberapa Persamaan Nilai yang Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and Crafts Dan Institusi Deutsche Werkbund Dalam Aktiviti Penyebaran Idea Melalui Penerbitan.

Kepelbagaian aktiviti penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund didorong oleh kesedaran bahawa penglibatan masyarakat adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan agenda mereka. Kejayaan bidang penerbitan memainkan peranannya dalam pelbagai situasi telah memberikan satu mesej yang jelas bahawa perlaksanaannya tidak hanya terbatas kepada faktor waktu atau ideologi tertentu sahaja, sebaliknya ianya sesuai diaplikasikan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di dunia ini. Kejayaan atau kegagalan penerbitan sebagai medium penyebaran idea kepada masyarakat banyak bergantung kepada kesesuaian perlaksanaannya terhadap tuntutan budaya, politik, sosial ataupun ekonomi setempat.

Strategi penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutscshe Werkbund

Penglibatan menyeluruh dalam penerbitan

Wujud unsur-unsur kemasyarakatan dalam penerbitan

Wujudnya saluran khas dalam proses penyebaran idea.

Carta 6.2: Tiga persamaan nilai dalam penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund.

Daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap kaedah penerbitan yang dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institus Deutsche Werkbund, apa yang dapat dirumuskan ialah terdapat banyak persamaan nilai yang dilaksanakan oleh mereka. Walau bagaimanapun, untuk tujuan pengajaran di dalam tesis ini hanya tiga persamaan

163 nilai yang dilaksanakan oleh mereka akan diketengahkan. Tiga nilai yang dimaksudkan tersebut ialah penglibatan menyeluruh para tokoh dan penggerak dalam menghasilkan penerbitan, wujudnya unsur-unsur kemasyarakatan dalam penerbitan dan wujudnya saluran khusus terhadap penerbitan yang dihasilkan.

6.9.1

Penglibatan Menyeluruh Para Tokoh Dan Penggerak Dalam Penghasilan Penerbitan

Penghasilan penulisan dan penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah melibatkan pelbagai pihak iaitu daripada individu yang berstatus tokoh hinggalah kepada ahli-ahli yang mewarisi perjuangan kedua-dua pergerakan tersebut. Jika tokoh-tokoh seperti John Ruskin, William Morris, W.R Lethaby dan sebagainya telah menghasilkan banyak penulisan yang memperjelaskan ideologi Pergerakan Arts and Crafts, perkara yang sama turut dilaksanakan oleh tokoh-tokoh dari Institusi Deutsche Werkbund yang mana individu seperti Hermann Muthesius, Henry van de Velde, Friederich Naumann, Peter Behren dan Walter Gropius telah menghasilkan penulisan yang memperjelaskan pendirian masing-masing mengenai seni dan seni bina. Penghasilan penerbitan daripada tokoh-tokoh tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat penting khususnya dalam memperjelaskan prinsip serta arah tuju perjuangan pergerakan masing-masing. Prinsip pembaharuan terhadap reka bentuk yang telah diketengahkan di dalam penulisan Ruskin dan Muthesius misalnya, telah menjadi asas kepada perlaksanaan agenda perubahan yang dicanangkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Kewujudan penulisan dari tokoh-tokoh yang lain juga dilihat sebagai elemen yang memperkukuhkan lagi ideologi yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh utama terbabit. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila penulisan oleh William Morris dengan begitu kuat menyokong pendirian John Ruskin manakala penulisan Henry van de Valde pula walaupun bersifat mengkritik terhadap apa yang dilaksanakan oleh Hermann Muthesius, tetapi ianya dilihat sebagai kuasa pengimbang terhadap perlaksanaan dasar Werkbund agar tidak bersifat terlalu mengikut piawaian. Penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund

164 juga melibatkan individu selain daripada tokoh utama iaitu generasi pewaris. Penglibatan golongan tersebut tidak kurang pentingnya dalam memperkayakan wacana ilmu terhadap kedua-dua pergerakan tersebut berbanding dengan sumbangan dari tokoh-tokoh utama. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa usaha ke arah menjawap persoalan identiti di dalam seni dan seni bina oleh kedua-dua pergerakan tersebut meliputi pelbagai pendekatan serta komponen yang melengkapinya. Dengan wujudnya hasil penulisan dan penerbitan daripada golongan tersebut, ianya telah memperlihatkan kematangan terhadap perbincangan mengenai sesuatu bidang selain beberapa bidang yang baru juga turut diperbincangkan.

6.9.2 Kewujudan Unsur-unsur Kemasyarakatan Dalam Penerbitan.

Penerbitan yang mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan merupakan satu lagi kunci kejayaan penerbitan sebagai agen penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund kepada masyarakat. Selaras dengan matlamat kedua-dua pergerakan tersebut untuk membawa kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat melalui revolusi reka bentuk, penerbitan yang dihasilkan oleh mereka juga mengetengahkan isu yang sama. Isu moral dan kualiti di dalam reka bentuk dan implikasinya kepada kehidupan merupakan antara aspek yang dipertekankan di dalam penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts. Jika penerbitan buku seperti The True Principles of Pointed or Christian Architecture (1841) oleh A.W.N. Pugin menegaskan implikasi keruntuhan moral di dalam reka bentuk terhadap kestabilan keimanan Kristian, buku The Seven Lamp of Architecture (1849) oleh John Ruskin pula mengaitkan aspek kemanusiaan dengan kualiti sesuatu produk yang mana menurut beliau kecantikan hiasan seni bina yang terhasil daripada tangan mencerminkan unsur kemanusiaan dan ketelitian dalam penghasilannya. Penerbitan oleh Institusi Deutsche Werkbund pula mengetengahkan perkaitan antara unsur kualiti dan semangat nasionalisme dalam penerbitannya. Selaras dengan agenda institusi tersebut untuk membina identiti Jerman berteraskan kualiti, kebanyakan penerbitan yang dihasilkan oleh mereka melaungkan betapa pentingnya kualiti sesuatu

165 produk terhadap peningkatan kualiti hidup. Penghasilan risalah Deutsche Gewerbekunst misalnya, telah memperjelaskan prinsip kualiti yang dapat meningkatkan nilai buruh, meningkatkan status pekerja dan meningkatkan keseronokan dalam pekerjaan. Penerbitan buku yang bertajuk Sittliche Dictatur oleh Karl Scheffer pula membangkitkan semangat nasionalisme dalam reka bentuk. Menurut beliau, pembaziran bahan mentah dalam penghasilan produk akan menghapus atau mengurangkan kekayaan negara dan penggunaan bahan import pula bakal menjerumus negara tersebut ke kancah kolonialisme tanpa disedari:

" In his book Sittliche Dictatur of 1920, issued by the Werkbund, the art critic Karl Scheffer warned that every westage of material was a dissipation of the national wealth and that every importation of raw meterial from abroad transformed Germany into the colonial nation".222 Penggunaan isu-isu kemasyarakatan di dalam penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund secara tidak langsung telah meningkatkan perasaan ingin tahu dan permintaan terhadap penerbitan yang dihasilkan dari pelbagai lapisan masyarakat memandangkan wujudnya pengetahuan asas daripada mereka mengenai isuisu yang diketengahkan tersebut. Ianya sekali gus telah mempercepatkan proses penyebaran idea oleh kedua-dua institusi tersebut kepada masyarakat.

6.9.3 Wujudnya Penerbitan Khusus Terhadap Penulisan yang Dihasilkan.

Sesuatu isu yang telah dibangkitkan dalam penulisan pelopor serta penggerak dari Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak mungkin dapat disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat atau golongan yang disasarkan sekiranya tidak wujud penerbitan khusus yang memberi keutamaan terhadap topik yang

222

Burchardt, Lucius., translated by Pearl Sanders (1979.). The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 ­ 1933 , The Design Council. Hlmn 75.

166 diperbincangkan. Selain daripada penulisan buku, proses penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan berkesan disebabkan wujudnya penerbitan khusus seperti risalah, surat berita, majalah, jurnal, buku tahunan dan buku panduan pengguna. Jika Pergerakan Arts and Crafts telah menggunakan penerbitan khusus seperti jurnal dan majalah dalam mengetengahkan penulisan esei serta karya seni dan seni binanya, Institusi Deutsche Werkbund juga telah melaksanakan kaedah serupa dengan lebih meluas. Penggunaan penerbitan khusus seperti risalah, surat berita, buku tahunan dan buku panduan produk oleh Werkbund telah memperlihatkan pengaruh yang cukup besar terhadap proses penyebaran idea kepada masyarakat serta menjadi faktor utama kepada perkembangan drastik institusi tersebut. Kelebihan utama penggunaan penerbitan khusus terhadap penulisan yang dihasilkan berbanding dengan menyisipnya di dalam mana-mana sumber penerbitan umum ialah wujudnya pengkhususan di dalam perbincangan sesuatu isu yang mana lebih banyak ulasan, pandangan, analisis atau kritikan mengenainya dapat diketengahkan. Penggunaan penerbitan khusus juga dapat meningkatkan lagi peratusan pembacaan terhadap karya seni atau seni bina yang dihasilkan kerana golongan sasaran, bentuk penulisan atau persembahan di dalam penerbitan tersebut dapat ditentukan. Sebagai contoh, syarikat percetakan Kelmscott Press milik William Morris telah menghasilkan penerbitan yang berkualiti untuk golongan kaya dan berpendidikan tinggi di Britain . Perkembangan teknologi percetakan yang masih baru pada ketika itu menyebabkan harga setiap penerbitan berkualiti yang dihasilkan agak tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh golongan buruh atau yang berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, pengkhususan terhadap golongan yang benar-benar berpotensi sebagai pembaca dan pembeli telah memastikan penghasilan penerbitan tersebut terus mendapat permintaan. Sehingga awal kurun ke-20, penghasilan penerbitan seni dan seni bina oleh Pergerakan Arts and Crafts dibuat berdasarkan permintaan golongan profesional dan amatur dari kelas pertengahan. Kaedah yang hampir sama juga dilaksanakan dipihak Werkbund yang mana Friederich Naumann misalnya, telah mengusahakan kompilasi panduan pengguna pertama yang dinamakan"Baedeker" dan hanya diedarkan kepada ahli institusi tersebut sahaja manakala pengenalan buku panduan pengguna Deutches Warenbunch beberapa tahun

167 selepas itu telah memperluaskan peranannya kepada bakal pembeli atau penaung di kalangan bukan ahli institusi tersebut.

6.10 Rumusan

Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah menyediakan satu kaedah mantap dalam penyebaran idea identiti seni bina nasional kepada masyarakat. Di antara pelbagai kaedah penyebaran idea yang telah dilaksanakan, kaedah penerbitan telah membuktikan bahawa ianya mampu memberi impak yang besar terhadap kejayaan kedua-dua pergerakan tersebut dalam meraih sokongan dan penglibatan masyarakat. Kejayaan perlaksanaan kaedah penerbitan sebagai agen penyebaran idea oleh Institusi Deutscher Werkbund hasil pengajaran yang diambil daripada Pergerakan Arts and Crafts telah memberikan suatu isyarat yang jelas bahawa penggunaan kaedah tersebut tidak hanya terbatas oleh faktor masa atau sempadan geografi tertentu sahaja, tetapi ianya sesuai dilaksanakan pada bila-bila dan di mana jua asalkan terdapat penyesuaian dari sudut perlaksanaannya. Dalam merangka strategi penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang, peluang untuk belajar sesuatu dari apa yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak harus dipersia-siakan. Jika sistem politik atau ekonomi yang berteraskan model luar negara berjaya dilaksanakan atas prinsip penyesuaian semula di Malaysia, situasi tersebut juga tidak mustahil dapat dicapai di dalam bidang seni bina sekiranya usaha penyesuaian terhadap konteks masa dan budaya yang berbeza dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebelum sebarang cadangan lanjut mengenainya dapat diberikan, ada baiknya jika dapat melihat kembali kepada usaha penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan sejak empat dekad yang lalu. Usaha tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat penting kerana hampir keseluruhan pendapat mengenai permasalahan penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan yang diketengahkan sebelum ini tidak disokong oleh sebarang statistik dari kajian yang telah dilakukan sebelumnya. Mengenai kaedah penilaian yang bakal dilaksanakan pula, tiga nilai penyebaran idea

168 yang telah dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund boleh dijadikan landasan terhadap kajian tersebut.

169

BAB TUJUH

PERMASALAHAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MELALUI KAEDAH PENERBITAN DI MALAYSIA MENJELANG ERA PASCA-MERDEKA

7.0 Pendahuluan

Di dalam bab enam, telah dinyatakan mengenai tiga nilai yang menjadi faktor kejayaan kepada program penyebaran idea kepada masyarakat oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dan antara cadangan yang dikemukakan dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang ialah dengan mengambil pengajaran dari nilai yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum sebarang cadangan mengenainya dikemukakan, kajian yang lebih mendalam mengenai bentuk permasalahan yang dihadapi oleh bidang penerbitan seni bina di negara ini perlu dilaksanakan kerana kebanyakan

170 pendapat daripada tokoh atau ahli profesional seni bina mengenainya tidak disertakan dengan sebarang statistik dari hasil kajian sebelumnya. Dengan adanya kajian sedemikian, maka cadangan yang lebih terperinci mengenai permasalahan yang diperkatakan dapat diketengahkan. Justeru, tujuan utama penulisan bab ini ialah untuk melihat sejauh mana kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia sejak lebih empat dekad yang lalu. Kajian bab ini akan memberi fokus kepada bidang penerbitan yang menjadi medium penyebaran idea kepada masyarakat terdiri daripada buku, majalah dan keratan akhbar yang membincangkan isu seni bina di negara ini sejak akhir dekad 50-an hingga awal era 2000. Sesungguhnya, pemilihan bahan penerbitan mengenai isu-isu seni bina di Malaysia tersebut merangkumi dua kumpulan utama iaitu bahan penerbitan khusus mengenai bidang seni bina yang terdiri daripada penerbitan buku seni bina serta majalah seni bina dan kajian terhadap bahan penerbitan popular seperti akhbar dan majalah popular yang menerbitkan artikel mengenai seni bina. Ruang lingkup kajian yang meliputi sumber penerbitan yang agak luas tersebut bertujuan untuk melihat permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia dalam konteks yang lebih menyeluruh iaitu melibatkan masyarakat profesional seni bina dan juga masyarakat umum.

7.1 Aspek yang Menjadi Landasan Terhadap Perdebatan Mengenai Permasalahan Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Melalui Penerbitan .

Dalam membincangkan mengenai punca permasalahan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia, tiga nilai penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund akan dijadikan landasan terhadap kajian yang bakal dilaksanakan. Tiga nilai penyebaran idea yang dimaksudkan ialah wujudnya penglibatan menyeluruh para pelopor dan penggerak dalam penghasilan penerbitan, kewujudan unsur kemasyarakatan dalam penghasilan penerbitan dan wujudnya saluran khas dalam penyebaran idea seni bina.

171 7.1.1 Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian. Dalam kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan seni bina di Malaysia, fokus kajian akan tertumpu kepada penerbitan buku yang ditulis oleh penulis dari negara ini atau penulis asing mengenai seni bina di negara ini. Kajian terhadap majalah seni bina pula akan meliputi koleksi penulisan yang dihasilkan dalam majalah seperti PETA, Majallah Akitek, Majalah Akitek dan Architecture Magazine bermula seawal 1955 hingga tahun 2004. Mengenai kajian terhadap penerbitan popular yang menerbitkan artikel seni bina pula, ianya terdiri daripada penerbitan akhbar utama dan majalah yang difikirkan mampu mengetengah dan membincangkan isu seni bina secara serius dan matang. Justeru, penerbitan artikel seni bina di dalam akhbar utama serta beberapa buah tabloid seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, News Straits Times, The Star, Malay Mail dan KOSMO! dipilih sebagai bahan kajian. Penerbitan artikel seni bina di dalam Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya pula mewakili kajian terhadap majalah popular.

7.1.2 Kaedah Analisis Terhadap Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian.

Kajian terhadap sampel penerbitan yang dipilih akan dilakukan secara berbeza mengikut perbahasan isu yang diutarakan. Bagi perbahasan mengenai penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan isu identiti seni bina, pemerhatian secara sepintas lalu terhadap penglibatan tokoh-tokoh utama seni bina, ahli profesional dan akademik seni bina yang lain akan dilakukan terhadap senarai penerbitan buku seni bina, majalah seni bina, penerbitan akhbar dan majalah popular yang terlibat di dalam kajian. Daripada pemerhatian tersebut, satu kesimpulan akan dibuat sama ada penglibatan pihakpihak terbabit bersifat menyeluruh atau sebaliknya. Bagi kajian terhadap penerbitan popular yang terdiri daripada akhbar dan majalah pula, satu statistik ringkas yang menunjukkan penglibatan mereka berbanding dengan keseluruhan artikel yang telah diterbitkan akan dikemukakan.

172 Penggunaan statistik akan diaplikasikan dengan lebih menyeluruh dalam perbahasan isu kedua iaitu mengenai tahap kewujudan unsur kemasyarakatan dalam penulisan isu seni bina yang telah di terbitkan. Bagi melihat sejauh mana kewujudan elemen kemasyarakatan di dalam penerbitan seni bina yang dikaji, satu pengkelasan akan dilakukan yang mana ianya akan dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu:

a) Seni Bina Dan Kemasyarakatan

Penulisan isu seni bina yang secara langsung mengaitkannya dengan masyarakat sama ada pengaruh masyarakat terhadap reka bentuknya atau pengaruh reka bentuknya kepada masyarakat. Penulisan tersebut juga meliputi isu-isu atau permasalahan semasa yang disebabkan oleh seni bina kepada masyarakat seperti keselamatan kanak-kanak, jenayah, gangguan privasi, keselesaan dan sebagainya. Kajian yang akan dilakukan juga sedaya upaya cuba untuk melihat sebarang penerbitan yang memberi cadangan terhadap jawapan kepada pembinaan identiti seni bina di Malaysia dengan mengambil kira aspek-aspek kemasyarakatan dalam reka bentuknya.

b) Sejarah Dan Warisan Seni Bina

Penerbitan seni bina yang mengetengahkan unsur sejarah atau warisan seni bina dan secara umumnya penulisan yang dihasilkan adalah bersifat diskripsi dan bukannya analisis mengenai bagaimana elemen tersebut diaplikasikan dalam reka bentuk kontemparori. Sebagai contoh, penerbitan seni bina yang mengetengahkan isu rumah Melayu sebagai warisan bangsa serta komponen-komponen yang terdapat dalam reka bentuknya. Penerbitan mengenai sejarah seni bina Malaysia sejak dari zaman prasejarah hingga hari ini juga merupakan sebahagian daripada penerbitan yang tergolong dalam kategori ini.

173 c) Teknologi Dan Teknikal Seni Bina

Penerbitan seni bina yang menampilkan isu pengaruh teknologi terhadap penampilan sesuatu seni bina atau keagaman sesebuah seni bina yang diserlahkan melalui teknologi yang dimilikinya. Sebagai contoh, penulisan artikel yang mengetengahkan kemajuan teknologi maklumat masa kini yang membolehkan sesebuah seni bina dihasilkan dalam bentuk maya atau ianya boleh mempercepatkan penghasilan produk seni bina. Penulisan mengenai sesebuah seni bina yang menyerlah karektor melalui teknologi seni bina yang dimilikinya atau penghasilan bahan binaan termoden oleh pihak industri merupakan antara penerbitan yang tergolong dalam kategori ini.

d) Teori Dan Falsafah Reka Bentuk Seni Bina

Penerbitan seni bina yang membincangkan aspek falsafah reka bentuk seperti bahasa seni bina atau sesuatu konsep reka bentuk yang diilhamkan oleh pereka bentuk yang memberi pengaruh secara lahiriah atau fizikal kepada penampilan sesuatu hasil seni bina. Sebagai contoh, artikel yang membincangkan mengenai permasalahan dalam penampilan seni bina Post-Moden di Malaysia yang menggunakan elemen berunsur revivalisme. Selain daripada itu, penulisan artikel yang membincangkan mengenai pengaruh unsur persekitaran terhadap pembentukan sesuatu seni bina seperti cahaya matahari, pengudaraan, lalulintas, pemandangan atau seni bina lain juga termasuk di dalam kategori ini. Bagi penulisan artikel yang membincangkan mengenai pembentukan sesuatu seni bina dari unsur atau pengaruh yang kompleks seperti seperti hadis, cerita rakyat, cerita fantasi dan sebagainya juga termasuk dalam kategori ini.

e) Lain-lain

Penerbitan yang membincangkan isu selain daripada empat kategori yang telah diperkatakan akan dimasukkan ke dalam ketegori ini. Sebagai contoh, penulisan seni

174 bina yang mengetengahkan isu personaliti seni bina atau permasalahan keselamatan sesebuah seni bina yang disebabkan oleh faktor alam semulajadi. Selain daripada itu, penulisan yang menyentuh sesuatu bentuk seni bina tetapi tidak menghuraikannya secara spesifik dari perspektif seni bina atau mana-mana sudut dari empat kategori yang telah digariskan akan dimasukkan dalam kategori ini. Bagi perbincangan mengenai isu ketiga iaitu kewujudan penerbitan khas yang memainkan peranan dalam penyebaran idea identiti seni bina, tiada sebarang kajian yang berbentuk statistik yang akan dikemukakan kerana analisis yang dilakukan hanya melibatkan usaha mengenal pasti mana-mana medium penyebaran idea yang terlibat dalam kajian ini sama ada ianya sebuah penerbitan khas terhadap agenda pembinaan identiti seni bina nasional yang diperbincangkan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, huraian mengenai implikasi daripada keputusan yang diperolehi daripada permasalahan tersebut akan dikemukakan.

7.2

Kajian Terhadap Tahap Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werbund sebelum ini, didapati bahawa penghasilan penerbitan oleh kedua-dua pergerakan tersebut telah melibatkan pelbagai pihak iaitu dari individu yang berstatus tokoh hinggalah kepada genarasi penggerak atau pewarisnya. Kesan positif yang ditunjukkan daripada situasi tersebut ialah benih pemikiran yang dirintis oleh tokohtokoh terbabit telah berjaya dikembangkan yang akhirnya mewujudkan rantaian penyebaran idea kepada masyarakat yang berterusan. Seterusnya, situasi tersebut telah memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan kedua-dua pergerakan tersebut. Berpandukan nilai yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, suatu pemerhatian secara menyeluruh terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia telah dilaksanakan. Kesimpulan awal yang dapat buat ialah wujudnya masalah ketara berhubung dengan tahap penglibatan

175 terutamanya dari individu yang berstatus tokoh seni bina dalam perbincangan mengenai isu identiti seni bina di beberapa medium penyebaran idea seperti buku seni bina, akbar dan majalah popular.

7.2.1

Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap 66 buah buku seni bina Malaysia yang dihasilkan menjelang era-pasca merdeka, di dapati bahawa hanya dua individu yang dianggap sebagai tokoh dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini iaitu Ezrin Arbi223 dan Ken Yeang, pernah menghasilkan penerbitan buku seni bina masing-masing. Sebahagian besar penulisan buku seni bina Malaysia yang terlibat dalam kajian ini adalah hasil daripada penulisan ahli akademik, profesional seni bina dan budayawan yang kebanyakannya tidak dapat dipastikan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh mereka dalam pembangunan identiti seni bina tersebut.224 Penghasilan buku yang bertajuk "Ke arah Seni Bina Beridentiti Malaysia" oleh Ezrin Arbi merupakan antara penerbitan buku seni bina terawal yang membincangkan isu identiti seni bina nasional secara khusus.225 Usaha yang telah dilaksanakan oleh Ken Yeang dengan menulis pengalaman serta falsafah reka bentuk beliau melalui penerbitan beberapa buah buku seperti "Reinverting The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design" dan "Designing With Nature: The Ecological Basic For Architectural Design", telah menyumbang sesuatu yang amat

223

Ezrin Arbi merupakan antara individu yang sangat berpengaruh terhadap pembangunan sistem pendidikan seni bina di Malaysia sejak menyertai Institut Teknologi MARA ( sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau UITM) pada penghujung tahun 1960-an. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Alam Bina, Univesiti Malaya dan memainkan peranan utama dalam perancangan `Master Plan' Kuala Lumpur pada awal 1980-an iaitu sebagai pengurus projek dan kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Alam Bina ITM dan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupa seorang pendidik yang begitu dikagumi dalam wacana seni bina kontemparori di Malaysia di samping memiliki kepakaran dalam falsafah senibina vernacular. 224 Rujuk lampiran B. 225 Sila rujuk : Ezrin Arbi (1997). Ke arah Seni Bina Beridentiti Malaysia. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

176 berharga dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada hari ini.226 Penglibatan hanya dua daripada deretan tokoh dalam penghasilan penerbitan buku seni bina, telah menimbulkan satu persoalan berkenaan dengan sejauh mana pendirian serta percambahan idea tokoh-tokoh seni bina yang lain mengenai isu tersebut. Individu seperti Kington Loo, Hisham Albakri, Baharuddin Kassim,227 Parid Wardi, Lim Chong Keat, Jimmy Lim, Hijjas Kasturi, Hajeedar Abdul Majid dan W.Y Chin telah memainkan peranan yang begitu besar dalam memperkatakan mengenai isu identiti seni bina di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi melalui eksperimentasi rekabentuk. Dalam "Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina" yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Malaysia pada 20-23 Januari 1981 di Kuala Lumpur, sebahagian besar daripada tokoh tersebut telah terlibat secara langsung dalam merangka strategi serta penghasilan kertas kerja yang mengetengahkan pandangan masing-masing mengenai isu identiti seni bina tersebut.228 Walau bagaimanapun, pandangan bernas daripada tokoh-tokoh terbabit nampaknya tidak dikembang atau dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bentuk penerbitan buku. Penghasilan sebahagian besar penerbitan buku seni bina di Malaysia menjelang era pasca-merdeka oleh individu yang tidak dianggap sebagai tokoh utama dalam pembangunan identiti seni bina masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang bernilai terhadap perkembangan wacana seni bina negara, khususnya dalam pembangunan identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun, kesan yang dibawa oleh penerbitan terbabit dilihat agak terbatas disebabkan oleh beberapa faktor seperti pergantungan kepada beberapa individu sahaja dalam penghasilannya serta sebahagian kecil sahaja daripada penerbitan tersebut yang menyentuh secara langsung mengenai isu pembangunan identiti

Sila rujuk: Yeang, Ken (1995). Designing With Nature: The Ecological Basic For Architectural Design. Mc Graw Hill.; Yeang, Ken (2002). Reinverting The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design. Chichester West Sussex, England, Nabaken, N.J : Willey Academy. 227 Datuk Baharuddin Kassim adalah Pengarah firma arkitek Jurubina Bertiga International merupakan antara anak Melayu terawal menjadi arkitek di Malaysia. Memulakan kerjaya di Jabatan Perancang Bandar selama dua tahun, beliau kemudiannya telah berpindah ke Jabatan Kerja Raya dan menabur bakti di jabatan tersebut sehingga tahun 1965. Beliau mula menyertai dunia praktis seni bina melalui firma Malaysian Architect Co. Partnership yang kemudiannya di kenali sebagai Jurubina Bertiga International pada hari ini. Ketika bersama JKR, beliau terlibat secara langsung mereka bentuk bangunan Masjid Negara yang menggabungkan konsep senibina antarabangsa, Melayu dan Islam dengan begitu berjaya. 228 Sila rujuk: Laporan Seminar (20-23 Januari 1980). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam SeniBina. Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid I & II.

226

177 seni bina Malaysia.229 Dalam memperkatakan mengenai pergantungan kepada beberapa individu tertentu sahaja dalam penghasilan penulisan, ianya dapat dilihat dengan jelas di mana hampir separuh daripadanya telah dihasilkan oleh Abdul Halim Nasir230 dan Mohd Tajuddin Rasdi.231 Berbanding dengan Halim Nasir yang hanya menghasilkan penulisan mengenai warisan seni bina tradisi Melayu, penulisan buku oleh Mohd Tajuddin Rasdi pula merangkumi tiga bidang utama iaitu warisan seni bina Malaysia, seni bina Islam dan identiti seni bina nasional.232 Penghasilan penulisan mengenai seni bina Melayu oleh Halim Nasir diperakui sebagai sesuatu yang amat berharga khususnya kepada generasi muda dalam usaha mengenali dengan lebih lanjut mengenai warisan seni bina tradisi Melayu. Walau bagaimanapun, penghasilan penulisan tersebut dilihat sebagai sumbangan secara tidak langsung dalam proses pembangunan identiti seni bina di Malaysia kerana ianya diibaratkan sebagai bahan mentah yang perlu dianalisis dengan lebih lanjut sebelum ianya mampu diterjemahkan dalam bentuk kontemparori serta membentuk identiti seni bina yang mencerminkan `semangat sezaman'. Penulisan yang dihasilkan oleh Mohd Tajuddin Rasdi pula dilihat mampu memberi sumbangan secara langsung dalam menghurai serta membangkitkan persoalan atau permasalahan berkaitan dengan isu identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun, pembahagian kepada tiga bidang dalam penghasilan penulisan beliau, sedikit sebanyak telah menghadkan penghasilan penulisan mengenai isu identiti seni bina.233 Penerbitan buku seni bina dalam peratusan yang besar oleh sesetengah individu telah memberikan pelbagai gambaran dari perspektif berbeza. Dari sudut yang positif, ianya memperlihatkan daya usaha dan kematangan mereka dalam membincangkan sesetengah isu seni bina manakala dari sudut lain pula ianya mencerminkan kurangnya penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan seni bina di negara ini. Kesan daripada keadaan tersebut menyebabkan

Rujuk lampiran B. Abdul Halim Nasir pernah menjadi Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengalaman beliau selama dua puluh tiga tahun di Muzium Negara telah menjadikannya seorang peneliti, pengkaji dan penulis yang baik dalam hal seni bina terutama yang mencakupi soal tradisi dan estetika. 231 Rujuk lampiran B. 232 Ibid 233 Sehingga ke hari ini, beliau hanya berjaya menghasilkan 5 buah buku yang berkaitan dengan isu identiti seni bina nasional berbanding dengan penghasilan keseluruhan penerbitan olehnya iaitu 25 buah buku.

230

229

Rujuk lampiran B.

178 berlakunya pembangunan yang tidak seimbang kepada bidang ilmu yang menjadi pelengkap kepada proses pembangunan identiti seni bina tersebut. Kurangnya penglibatan pelbagai pihak khususnya dari tokoh seni bina dalam membincangkan isu identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan buku seni bina, telah menyebabkan perbincangan secara terperinci isu tersebut tidak dapat diketengahkan kepada masyarakat umum. Kewujudan suasana terlalu bergantung kepada individu tertentu sahaja dalam penghasilan penerbitan pula, sedikit sebanyak akan melambatkan perkembangan wacana identiti seni bina di negara ini kerana perbincangan sesuatu isu seharusnya melibatkan pandangan dari pelbagai pihak agar ianya akan menjadi lebih matang dan berkembang. Dengan kata lain, penglibatan tokoh seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu lebih tertumpu kepada eksperimentasi reka bentuk secara bersendirian berbanding dengan inisiatif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai isu tersebut melalui penerbitan buku.

7.2.2

Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Akhbar.

Dalam kajian mengenai sejauh mana penglibatan pelbagai pihak dalam penerbitan isu seni bina di akhbar, ianya kelihatan tidak banyak berbeza dari masalah yang dihadapi oleh penerbitan buku seni bina. Walaupun jumlah penerbitan isu seni bina di akhbar adalah banyak dan mewakili sebahagian besar daripada sampel yang dikaji, namun penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari individu yang bergelar tokoh seni bina dalam penghasilannya adalah begitu terhad. Dalam kajian penerbitan seni bina di akhbar utama sejak tahun 1963 hingga awal 2005, terdapat hanya kira-kira 57 artikel sahaja yang melibatkan pandangan atau disumbangkan oleh ahli profesional dan akademik seni bina. Berbanding dengan sejumlah 400 sampel penerbitan seni bina yang dikaji, peratusan penerbitan yang melibatkan penyertaan golongan tersebut hanya kira-kira 14.25 % sahaja.234 Dari segi penyertaan tokoh-tokoh seni bina pula, walaupun terdapat peningkatan dari segi penglibatan mereka yang mana telah muncul beberapa penerbitan

234

Rujuk lampiran C

179 yang dihasilkan oleh nama-nama besar seperti Baharuddin Kassim, Hisham Albakri, Parid Wardi, Jimmy Lim, Hijjas Kasturi, Hajeedar dan Ken Yeang, namun sumbangan idea daripada tokoh-tokoh tersebut dilihat masih terhad kerana kebanyakannya hanya menyumbang sekitar satu hingga tiga artikel sahaja.235 Penghasilan 57 artikel terbabit juga tidak seratus peratus datangnya dari tokoh-tokoh seni bina berkenaan, sebaliknya sebahagian besar daripadanya adalah daripada dua individu yang bukan bergelar tokoh utama dalam pembangunan identiti seni bina nasional. Nama Nik Azmi Nik Azmi Nik Daud mungkin agak asing bagi dunia seni bina negara pada hari ini tetapi pada sekitar pertengahan 1980-an, beliau merupakan antara individu yang paling banyak memberikan pandangan mengenai isu identiti seni bina di dalam akhbar. Sumbangan terbesar oleh Nik Azmi dalam perbincangan isu identiti seni bina nasional di dalam akhbar pada pertengahan era 80-an ialah apabila penulisan beliau mengenai isu tersebut disiarkan selama 17 minggu berturut-turut di dalam akhbar Utusan Malaysia bermula pada 2 Januari 1987 hingga 1 Mei 1987.236 Berdasarkan semakan rekod juga, didapati sehingga ke hari ini tiada seorangpun individu selain Nik Azmi telah diberi peluang untuk membicarakan isu identiti seni bina bagi tempoh yang begitu lama dalam penerbitan akhbar di negara ini. Seorang lagi individu yang bukan tergolong sebagai tokoh utama dalam pembangunan identiti seni bina nasional tetapi banyak menghasilkan penulisan seni bina di dalam akhbar ialah Mohd Tajuddin Rasdi. Setakat kajian ini dilaksanakan, Mohd Tajuddin Rasdi merupakan individu yang paling banyak menyumbang pandangan serta hasil penulisan seni bina di dalam akhbar iaitu sekitar 26 artikel.237 Sumbangan besar yang telah dilakukan oleh beliau terhadap penerbitan isu seni bina di akhbar adalah kesinambungan dari inisiatif yang telah dilaksanakannya terhadap penghasilan buku seni bina. Apa yang dapat disimpulkan mengenai tahap penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penerbitan seni bina di akhbar ialah masih kurang memuaskan walaupun terdapat peningkatan dari segi penyertaan. Sumbangan penulisan dan pandangan dalam jumlah yang besar oleh beberapa individu dilihat masih belum memadai untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai isu tersebut dari

235 236

Ibid. Sila rujuk: Mastor Surat (1987). Koleksi Rencana Bacaan 1, Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Malaysia. 237 Rujuk lampiran C.

180 perspektif yang lebih luas dan menyeluruh. Kurangnya sumbangan penulisan di dalam akhbar oleh kebanyakan tokoh utama seni bina juga secara tidak langsung telah membantutkan perkembangan idea serta merendahkan motivasi ahli profesional dan akademik seni bina yang lain untuk turut sama membincangkan isu identiti seni bina tersebut melalui penerbitan akhbar.

7.2.3

Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina Dalam Majalah Popular di Malaysia.

Penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penerbitan isu seni bina di akhbar yang memperlihatkan perkembangan positif nampaknya tidak berlangsung dalam keadaan yang diharapkan dalam penerbitan majalah popular iaitu Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Walaupun penulisan mengenai isu seni bina bukanlah terlalu asing di dalam penerbitan kedua-dua majalah tersebut, namun penglibatan ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni bina dilihat terlalu berkurangan.238 Keadaan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi pola perbincangan mengenai seni bina di dalam penerbitan kedua-dua majalah tersebut yang mana isu seni bina dari sudut konsumerisme dan warisan tradisi merupakan antara yang paling banyak disentuh berbanding dengan isu identiti seni bina. Penglibatan tokoh seni bina dalam perbincangan mengenai isu identiti seni bina di Majalah Dewan Masyarakat misalnya, berlangsung dengan baik pada tahun-tahun awal dan akhir penerbitan majalah tersebut sahaja, manakala pada peringkat pertengahannya pula kebanyakannya dihasil oleh beberapa individu yang bukan dari kalangan tokoh utama serta individu dari bidang lain.239 Penulisan yang memaparkan sejarah dan perkembangan Masjid Negara pada Ogos 1965 di dalam Majalah Dewan Masyarakat telah memaparkan pandangan daripada pereka bentuk bangunan tersebut iaitu Ikmal Hisham Albakri.240 Penglibatan beliau dalam memberi pandangan di dalam penulisan tersebut merupakan sesuatu yang amat bernilai

238 239

Rujuk senarai rujukan umum dan lampiran D. Ibid. 240 Abu Yazid Abidin (Ogos 1965). Masjid Negara. Dewan Masharakat. Hlmn 4-9.

181 terutamanya dalam memperjelaskan matlamat reka bentuk Masjid Negara sebagai salah satu usaha ke arah menjawab persoalan identiti seni bina nasional: "Tentang Kubah pula, banyak kita lihat kubah2 masjid berbentuk bulat bundar ada juga yang bersegi empat atau lebeh, ada juga yang lichin dan ada yang bulat lentek tirus ke atas dan ada pula kubah seperti topi besi perajurit. Tetapi bentok kubah masjid negara ia-lah bentok payong kembang. Menara dan kubah ini tentulah disesuaikan dengan kebudayaan dan kebesaran negara kita. Perhatikan-lah dalam isti'adat diraja dan sebagai-nya, payong mengambil peranan yang istimewa".241 Usaha yang baik oleh tokoh seni bina seperti Ikmal Hisham Albakri dengan menyumbangkan pandangan mengenai matlamat mewujudkan identiti seni bina nasional melalui reka bentuk simbolik terhadap Masjid Negara, nampaknya tidak diteruskan dalam penerbitan isu seni bina di dalam majalah tersebut sepanjang tiga dekad selepas itu.242 Ketiadaan penglibatan tokoh seni bina dalam membincangkan mengenai isu identiti seni bina Malaysia di dalam Majalah Dewan Masyarakat sepanjang dekad 70-an, 80-an dan 90-, telah menyebabkan perbincangan mengenai seni bina dan kosumerisme merupakan antara yang paling banyak di perkatakan oleh ahli ekonomi ataupun pemaju. Permasalahan dalam pemilikan rumah, penipuan dalam proses jual beli oleh pemaju dan penyediaan rumah yang tidak berkualiti merupakan antara isu-isu diketengahkan.243 Walaupun terdapat beberapa ahli profesional dan akademik seni bina serta individu dari bidang yang lain seperti perancang bandar dan ahli antropologi telah menghasilkan penulisan yang baik mengenai seni bina dan implikasi terhadap masyarakat, namun tidak ada sebarang penegasan dalam penulisan mereka bahawa ianya adalah sebahagian daripada agenda untuk memperjelaskan mengenai matlamat pembangunan identiti seni

241 242

Ibid, hlmn 6. Rujuk senarai rujukan umum. 243 Rujuk artikel yang bertajuk: Norizan Muslim ( Julai 1997). Penyelewengan Rumah Kos Rendah. Dewan Masyarakat. Hlmn 48 -49; Shamsul Amri Baharuddin (15 Sept 1980). Rumah Untuk Semua ? : Satu Agenda Untuk Kerajaan . Dewan Masyarakat. Hlmn 22 -26; Zakiah Jamaluddin (Jan 1996). Program Perumahan Rakyat Terkini : Terbelakah Nasib Mereka ? . Dewan Masyarakat. Hlmn 19 -21; Zakiyah Jamaluddin ( Jun 1997). Dasar Penswastaan dan Demokrasi Pemilikan Rumah. Dewan Masyarakat. Hlmn 10-15.

182 bina nasional kepada masyarakat.244 Menjelang awal era 2000, penglibatan tokoh seni bina negara dalam memberi pandangan terhadap pembinaan identiti seni bina nasional seperti awal era 60-an telah diusahakan semula dalam penerbitan Majalah Dewan Masyarakat. Penerbitan artikel yang bertajuk "Hijjas Kasturi : Berjaya Kerana Jiwa dan Cita-Cita" telah memaparkan kisah hidup serta pengalaman tokoh seni bina tersohor tersebut bermula dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah muncul sebagai seorang akitek yang sangat berjaya. Penulisan artikel tersebut juga turut mengetengahkan aspirasi Hijjas ke arah pembentukan identiti nasional dalam seni binanya.245 Walau bagaimanapun, sejauh mana penerbitan sedemikian dapat bertahan dan terus diterbitkan untuk tatapan masyarakat, ianya tidak dapat dipastikan. Kajian terhadap tahap penglibatan pelbagai pihak dalam penulisan isu identiti seni bina di Majalah Dewan Budaya juga menunjukkan situasi yang hampir serupa dengan apa yang ditunjukkan di dalam penerbitan Majalah Dewan Masyarakat yang mana penglibatan ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni bina adalah terlalu kurang dan hanya berlaku pada peringkat awal dan akhir penerbitan sahaja. Kesan yang dihadapi oleh isu seni bina yang diperbahaskan juga adalah mirip dengan apa yang berlaku di dalam majalah Dewan Masyarakat, cuma apa yang membezakannya ialah penghasilan sebahagian besar penulisan seni bina oleh budayawan dan sejarawan telah menyababkan topik yang diperbincangkan hanya berkisar di sekitar isu warisan seni bina tradisi.246 Penglibatan budayawan yang banyak melakukan kajian terhadap seni bina tradisi Melayu seperti Abdul Halim Nasir dilihat sebagai sesuatu yang begitu dominan dan mempengaruhi pola penulisan seni bina di dalam Majalah Dewan Budaya. Di antara pertengahan tahun 1985 hingga pertengahan 1997, penulisan artikel yang telah dihasilkan oleh Halim Nasir telah menguasai lebih kurang 53 peratus daripada keseluruhan penerbitan isu seni bina di dalam majalah tersebut. Selain daripada Abdul Halim Nasir,

Rujuk artikel-artikel yang bertajuk: Hassan Ali (Okt 1975). Pembangunan Bandar dan Urbanisasi Bawa Masalah. Dewan Masyarakat. Hlmn 22-25; Jaafar Abdul Rahim (15 Okt 1978). Perumahan Belia : bukan sekadar tempat tinggal. Dewan Masyarakat. Hlmn 7-8; Syed Sobri Syed Ismail (Feb 1988). Pendidikan Dan Amalan Senibina. Dewan Masyarakat. Hlmn 30 -31; Mohd Razali Agus (Nov 1991). Kondominium : Ke arah Kehidupan Masyarakat Ruwet. Dewan Masyarakat. Hlmn 34 ­ 36; Raja Noriza Raja Ariffin (Okt 1998). Membangun Perumahan Yang Terancang. Dewan Masyarakat. Hlmn 44 -46. 245 Zurita Mohd Anua (Jun 2002). Hijjas Kasturi : Berjaya Kerana Jiwa Dan Cita-cita. Dewan Masyarakat. Hlmn 52-54. 246 Rujuk senarai rujukan utama dan senarai rujukan umum.

244

183 nama-nama seperti Zahidin Abd Aziz, Che Mahzan Ahmad, Wardati Sheriff, Ibnu Baharum, Adeen N.H dan Zaen Kasturi merupakan antara individu yang turut menyumbang hasil penulisan berkaitan dengan isu warisan seni bina tradisi tersebut.247 Mengenai penglibatan yang terlalu sedikit ahli seni bina atau tokoh seni bina yang membincangkan mengenai isu identiti seni bina dalam Majalah Dewan Budaya, ianya dapat dilihat dalam artikel yang mengutarakan pandangan daripada Parid Wardi, Ikmal Hisham Albakri serta Mohd Tajuddin Rasdi mengenai isu identiti seni bina pada peringkat awal dan akhir penerbitan majalah tersebut. Dalam penulisan yang bertajuk " Senibina: pertembungan konsep dan nilai lama dan baru" misalnya, ianya telah memaparkan petikan wawancara bersama dua orang tokoh seni bina negara iaitu Ikmal Hisham Albakri dan Parid Wardi. Menurut pendapat Hisham Albakri, pembentukan identiti seni bina nasional mestilah berlandaskan kepada empat pendekatan iaitu penghasilannya mestilah dari masyarakat tempatan, menggunakan bahan tempatan, mengambil kira faktor kebudayaan tempatan dan iklim di sesebuah negara atau kawasan. Parid Wardi pula mengetengahkan beberapa permasalahan berkaitan dengan penggunaan kayu bagi tujuan menonjolkan identiti seni bina nasional seperti halangan dari sudut perundangan serta harganya yang mahal.248 Menjelang penghujung dekad 90-an isu identiti seni bina nasional kembali diperkatakan apabila beberapa buah penulisan mengenainya oleh Mohd Tajuddin Rasdi telah diterbitkan. Dalam penulisan beliau yang bertajuk "Modenisme Dalam Warisan Vernakular", beberapa pendekatan vernakular yang dilaksanakan sebagai usaha menjawab persoalan identiti seni bina nasional oleh akitek-akitek di Malaysia sejak dari era 50-an telah diketengahkan. Salah satu daripada pendekatan tersebut ialah dengan berpandukan pengaruh iklim sebagai elemen yang membentuk seni bina seperti yang dilaksanakan pada bangunan Parlimen dan beberapa buah bangunan lain. Selain daripada itu, satu lagi pendekatan yang dilaksanakan ialah dengan berpandukan elemen seni bina tradisional yang kemudiannya digabungkan dalam reka bentuk bangunan moden. Dalam artikel tersebut juga, beliau telah melemparkan kritikan mengenai ketiadaan prinsip yang menyeluruh dalam menjawab persoalan identiti seni bina di Malaysia dan ianya telah menyebabkan kewujudan pelbagai bahasa seni bina

247 248

Ibid. Penulis Khas (Jun 1979). Seni Bina: Pertembungan Konsep dan Niilai Lama dan Baru. Dewan Budaya. Hlmn 10-14.

184 eksotik yang bertentangan dengan nilai serta budaya masyarakat di negara ini.249 Pendapat dalam penulisan isu identiti seni bina nasional oleh tiga orang tokoh tersebut merupakan sesuatu yang amat bernas. Walau bagaimanapun penghasilan penulisan oleh mereka dalam jumlah yang begitu terhad iaitu kira-kira 7.25 peratus daripada keseluruhan penulisan seni bina yang dihasilkan dalam Majalah Dewan Budaya, dilihat sukar untuk mendatangkan impak yang berkesan kepada usaha memperjelaskan hasrat dan matlamat pembangunan identiti seni bina nasional kepada masyarakat.

7.2.4

Kesan Daripada Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia.

Kajian terhadap penerbitan buku seni bina serta penerbitan isu seni bina di dalam akhbar dan majalah popular di Malaysia telah menunjukkan kurangnya penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penghasilannya. Kesan yang dibawa oleh permasalahan tersebut bukan sahaja menyebabkan perubahan dari segi pola perbincangan tetapi juga telah menyaksikan perkembangan yang tidak sihat terhadap beberapa bidang yang berfungsi sebagai komponen penting terhadap pembangunan identiti seni bina tersebut. Walaupun pencarian identiti seni bina di Malaysia menemui jalan buntu, namun pengalaman yang dikutip oleh para pendokongya merupakan sesuatu yang amat berharga untuk dikaji serta dilakukan pembaikan di masa hadapan. Sebagai contoh, menurut Ikmal Hisham Albakri, antara agenda utama pendidikan seni bina di Malaysia pada dekad 70-an ialah memartabatkan identiti seni bina nasional seperti yang telah dicanangkan oleh pemimpin negara pada ketika itu.250 Walau bagaimanapun, setakat penulisan ini dilakukan, masih belum ditemui sebarang hasil dokumentasi atau penerbitan buku dari mana-mana institusi pengajian seni bina Malaysia mengenai usaha atau kaedah pendidikan seni bina yang dilaksanakan pada zaman tersebut. Pengalaman praktis oleh para pelopor identiti seni bina terawal di negara ini juga merupakan sesuatu yang amat

Mohd Tajuddin Rasdi ( April 1998). Modenisme Dalam Warisan Vernakular. Dewan Budaya. Hlmn 3436. 250 Pandangan yang diberikan oleh Ikmal Hisham Albakri pada sesi soal jawab hari terakhir Forum Pendidikan Seni Bina ( Architecture Education :Towards A Global Perspective) yang diadakan di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur pada 23 ­ 24 Ogos 2003.

249

185 penting dalam pembangunan identiti seni bina Malaysia pada masa hadapan. Usaha yang dilakukan oleh Ken Yeang, dengan menulis dan menerbitkan pengalaman serta falsafah reka bentuk beliau telah menyumbang sesuatu yang amat berharga dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada hari ini.251 Walau bagaimanapun, ketiadaan usaha penulisan dan penerbitan mengenai pengalaman tokoh-tokoh seni bina yang lain dilihat sebagai sesuatu yang amat merugikan. Sehingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan falsafah seni bina atau proses dalam kebanyakan reka bentuk yang mencerminkan identiti seni bina nasional oleh kebanyakan tokoh tersebut. Permasalahan mengenai kurangnya penerbitan buku mengenai pengalaman praktis dan pendidikan seni bina oleh badan profesional dan institusi pendidikan telah disuarakan oleh Mohd Tajuddin Rasdi. Menurut beliau, pendidikan seni bina di Malaysia berada dalam krisis disebabkan kurangnya usaha dokumentasi dan penerbitan oleh badan profesional dan institusi akedemik mengenai pengalaman praktis dan pendidikan mereka:

" Once in a forum at UTM, I made strong statement that architectural education in Malaysia is in a state of crisis because neither the professional body nor the academic institutions emphasized the important need of documenting and publishing our practice and education experience".252 Pemergian tokoh seni bina tersohor negara, Datuk Kington Loo253 kepada penciptanya pada 20 Mac 2003, perlu dijadikan pengajaran tentang betapa pentingnya usaha dokumentasi dan penerbitan mengenai pengalaman tokoh seni bina di negara ini

Yeang, Ken (2002). Reinverting The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design. Chichester West Sussex, England, Nabaken, N.J : Willey Academy ; Yeang, Ken (1995). Designing With Nature: The Ecological Basic For Architectural Design. Mc Graw Hill. 252 Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Crisis In Architecture Education : reevaluating the roles of academic. Majallah Akitek. Vol 13, No 2. 253 Kington Loo merupakan warga Malaysia pertama yang menjawat jawatan presiden 'The Federation of Malaya Society of Architect' (FMSA) pada tahun 1962. Pada tahun 1953 beliau telah memulakan kerjaya sebagai arkitek dan kemudiannya muncul sebagai salah seorang rakan kongsi di Booty, Edward & Partners ( BEP Architects). Melalui firma Arkitek BEP, Kington Loo telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan senibina Malaysia khususnya dalam pencarian identiti kebangsaan setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Antara bangunan yang sinonim dengan sumbangan beliau ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang , Dewan Tuanku Censelor, Universiti Malaya dan bangunan Standard Chartered, Kuala Lumpur. Sumbangan beliau dalam bidang senibina telah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila beliau muncul sebagai pemenang pertama Pingat Emas PAM pada tahun 1998.

251

186 dilaksanakan. Ketiadaan sebarang usaha penulisan atau penerbitan mengenai beliau menyebabkan negara bukan sahaja kehilangan seorang tokoh seni bina yang banyak berjasa khususnya dalam pembangunan awal identiti seni bina di Malaysia tetapi juga turut terkubur bersamanya ialah pengalaman beliau yang tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Pengalaman tokoh-tokoh sebegini amat diperlukan oleh generasi sekarang dan akan datang terutama sekali dalam mengkaji permasalahan sebenar yang dihadapi oleh dunia praktis dalam usaha mewujudkan identiti seni bina Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Selain daripada pengalaman praktis dan pendidikan seni bina, satu lagi sumber pembacaan terpenting yang perlu ada dalam pembangunan sesebuah identiti seni bina ialah penulisan sejarah dan perkembangan seni bina bagi sesuatu kawasan atau negara. Walau bagaimanapun, sehingga pertengahan tahun 80-an, proses dokumentasi atau penerbitan buku mengenai sejarah dan perkembangan seni bina Malaysia boleh dikata tiada langsung berdasarkan semakan rekod dan komen daripada ahli seni bina tempatan. Dalam satu penulisan artikel pada awal tahun 1985, Wan Burhanuddin Wan Abidin254 telah menyatakan bahawa antara kesukaran utama dalam mengkaji evolusi seni bina di Malaysia ialah kerana ketiadaan sebarang hasil dokumentasi tentang sejarah seni binanya:

"Looking back at the "architecture" Malaysian architects have generated, one may find an important component missing. Perhaps this is what Ken Yeang meant when he suggested that the "didactic and instructive aspect of work of architecture" be deliberated. To begin to explore this, there is a need to refer to the events in the evolution of architecture in Malaysia. The problem is, there is no documented history of Malaysian architecture".255 Komen yang diberikan oleh Wan Burhanuddin mula mendapat perhatian beberapa tahun kemudian. Pada tahun 1987, Persatuan Akitek Malaysia (PAM) telah melakukan

254

Wan Buhanuddin Wan Abidin merupakan pensyarah seni bina di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981. 255 Wan Burhanuddin Wan Abidin (1985). Malaysian Architecture: Some question In Making Of Its History. Majallah Akitek, Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:85. Hlmn 16 -17.

187 satu usaha yang besar dalam usaha memperjelaskan tentang identiti dan perkembangan seni bina di Malaysia kepada masyarakat melalui pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara dan diikuti dengan penerbitan buku yang bertajuk "Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987".256 Usaha mendokumentasi serta membukukan perkembangan sejarah seni bina negara semakin dipergiatkan menjelang era 90-an dan awal tahun 2000 oleh individu, badan korporat dan pihak PAM sendiri. Ken Yeang telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "The Architecture of Malaysia"257 pada tahun 1992 yang menampilkan hasil dokumentasi seni bina utama negara sejak era pra-sejarah hingga awal 1990-an. Penerbitan "The Encyclopedia Of Malaysia Architecture"258 pada 1999 mungkin merupakan impian para akitek di Malaysia selama ini kerana penghasilan encyclopedia yang ditaja oleh pelbagai syarikat korporat ini merupakan hasil dokumentasi seni bina yang dianggap sebagai paling lengkap setakat ini. Pada tahun 2000 pula, sempena ulang tahun ke-80 profesyen arkitek di Malaysia, PAM sekali lagi menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "80 years of architecture in Malaysia".259 Buku yang mengimbas pencapaian selama 80 tahun dunia seni bina di Malaysia tersebut, telah memaparkan reka bentuk seni bina utama negara dari zaman kolonial hingga era pascamerdeka yang mencorak identiti seni bina di Malaysia pada hari ini. Walaupun penghasilan buku sejarah dan perkembangan seni bina negara menjelang akhir dekad 80an hingga awal tahun 2000 begitu giat dilakukan, namun kesedaran yang diperlihatkan oleh beberapa individu, syarikat korporat dan pihak PAM tersebut hadir pada waktu yang agak lewat di mana pada masa tersebut krisis identiti seni bina nasional telahpun wujud dan begitu hebat diperkatakan. Mengenai skop penulisan sejarah seni bina yang telah dihasilkan, ianya dilihat masih terbatas kepada bangunan utama sahaja dan ada di antara penulisan buku tersebut bersifat pengulangan semula dari penerbitan lain yang wujud sebelum itu. Sekiranya wujud penglibatan lebih ramai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penerbitan buku sejarah seni bina di negara ini, kajian yang lebih menyeluruh mengenai bidang tersebut terutamanya melibatkan pembangunan baru atau sebelum ini tidak dianggap sebagai seni bina utama mungkin boleh dilaksanakan.

Chan Chee Yong (December 1987). Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987. Pertubuhan Akitek Malaysia. 257 Yeang, Ken (1992). The Architecture of Malaysia . The Pepin Press. 258 Chen Voon Fee (1999). The Encyclopedia Of Malaysia Architecture. Archipelago Press. 259 Ngiom & Lilian Tay ( 2000.). 80 years of architecture in Malaysia . PAM Publication.

256

188 Satu lagi sumber penulisan dan penerbitan yang penting dalam pembangunan identiti seni bina ialah buku-buku mengenai idea dan kritikan identiti seni bina. Melalui penerbitan buku-buku tersebut, masyarakat akan dapat memahami secara langsung akan maksud, visi atau permasalahan dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini. Walau bagaimanapun, kurangnya penglibatan pelbagai pihak terutamanya tokoh seni bina telah menyaksikan kekurangan yang amat ketara penerbitan yang membincangkan isu tersebut. Penerbitan buku yang mengetengahkan isu kritikan seni bina Malaysia juga muncul pada waktu yang agak lewat iaitu pada penghujung dekad 90-an dan awal era2000. Di antara tahun 1999 hingga 2003, hanya Mohd Tajuddin Rasdi sahaja yang menghasilkan beberapa buah buku yang mengetengahkan isu kritikan seni bina seperti "Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan" dan "Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk".260 Penghasilan tiga buah lagi buku sedemikian oleh beliau yang bertajuk "Crisis in Public Architecture", "Crisis in Islamic Architecture" dan "Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda" telah memaparkan perbincangan dan kritikan mengenai permasalahan yang wujud dari krisis identiti yang melanda pelbagai bentuk seni bina di Malaysia seperti masjid, bangunan kerajaan, perumahan, pusat membelibelah dan sebagainya.261 Seperti juga permasalahan yang dihadapi dalam penerbitan buku sejarah seni bina, penghasilan buku-buku mengenai idea dan kritikan identiti seni bina yang agak lewat telah memperlihatkan inisiatif yang tidak menyeluruh khususnya dari golongan tokoh seni bina di negara ini. Kesan daripada penglibatan yang terhad ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni bina di negara ini juga boleh dilihat di dalam penerbitan majalah seni bina yang mana perbincangan mengenai idea dan kritik seni bina yang wujud di dalam majalah tersebut masih berkisar di sekitar beberapa individu tertentu sahaja seperti Ken Yeang, Hijjas Kasturi, Lim Chong Keat dan Mohd Tajuddin Rasdi.262 Permasalahan tersebut juga telah

260

Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd; Mohd Tajuddin Rasdi(2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 261 Mohd Tajuddin Rasdi (June 2003) . Crisis in Public Architecture. The KALAM Papers; Mohd Tajuddin Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers ; Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers. Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. 262 Rujuk senarai rujukan utama dan senarai rujukan umum.

189 diutarakan oleh Nik Azmi pada tahun 1987 yang mana menurut beliau, elemen utama ke arah pembangunan identiti seni bina nasional adalah daripada penulisan kritik dan antara sumber utama penulisan tersebut adalah dari majalah yang diterbitkan oleh PAM. Walau bagaimanapun, menurut beliau penulisan kritik tersebut kadang-kadang tidak dapat membantu kerana perbincangannya yang kurang mendalam dan pada masa-masa tertentu pula majalah itu sendiri tidak dapat dikeluarkan kerana kekurangan sumber.263 Kekurangan penglibatan tokoh seni bina serta generasi pelapisnya dalam membincangkan mengenai isu identiti seni bina nasional di dalam majalah seni bina juga menyaksikan beberapa tajuk perbincangan yang baik gagal dikembangkan. Sebagai contoh, penulisan oleh W.Y Chin pada awal dekad 80-an264 telah membuka jalan yang luas terhadap perbincangan mengenai kaedah perlaksanan dan peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun tiada sebarang penulisan selepas itu yang membahas serta mengembangkannya agar satu cadangan atau kajian yang lebih konkrit mengenainya dapat dikemukakan.

7.3

Kajian Terhadap Tahap Perbincangan Aspek Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia .

Nilai kedua yang dikenal pasti sebagai elemen yang membawa kejayaan kepada proses penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund ialah wujudnya aspek kemasyarakatan dalam isu seni bina yang diterbitkan. Antara aspek kemasyarakatan yang dipertekankan oleh kedua-dua pergerakan tersebut ialah seperti perkaitan antara nilai moral dengan prinsip reka bentuk seni bina dan penekanan terhadap penghasilan seni bina yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan seharian. Walaupun dalam bab sebelum ini telah dinyatakan bahawa kewujudan aspek kemasyarakatan dalam penerbitan isu seni bina bukanlah faktor mutlak yang dapat menjamin perhatian

263

Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987). Langkah-langkah Perlu Ke arah Melahirkan Senibina Kebangsaan, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1. Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 44 -46. 264 Sila rujuk: W.Y . Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. 1(81). Hlmn 19-22.

190 masyarakat terhadap isu yang diutarakan, namun berdasarkan usaha yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, kewujudan aspek tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menarik perhatian masyarakat terhadap penerbitan yang dihasilkan. Justeru, satu kajian yang terperinci telah dilaksanakan terhadap penerbitan buku seni bina, majalah seni bina, akhbar dan majalah popular di Malaysia bagi mengenal pasti sejauh mana isu seni bina dan kemasyarakatan diketengahkan dalam penerbitan tersebut. Daripada kajian tersebut, kesimpulan awal yang dapat diketengahkan ialah isu seni bina dan kemasyarakatan kurang diberi keutamaan berbanding dengan beberapa isu lain seperti sejarah dan warisan seni bina serta teori dan falsafah seni bina dalam sebahagian besar sampel penerbitan yang telah disemak.

7.3.1

Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia

Dalam kajian yang dilakukan terhadap penerbitan buku seni bina di Malaysia, di dapati bahawa penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan tidak begitu di pertekankan berbanding dengan isu lain seperti sejarah dan warisan seni bina, teori dan falsafah seni bina atau teknologi dan teknikal seni bina. Daripada 66 buah buku yang telah disemak, di dapati bahawa penerbitan bagi isu sejarah dan warisan seni bina telah mendahului senarai dengan penerbitan keseluruhannya mencecah 26 buah atau 39.89 peratus daripada keseluruhan penerbitan. Penghasilan penerbitan oleh Abdul Halim Nasir seperti "Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia" dan "Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara" merupakan antara penerbitan yang membincangkan aspek sejarah dan dan warisan seni bina. Selain Abdul Halim Nasir, nama-nama lain seperti Lim Yee Juan, Kamaruddin Md.Ali, Zulkifli Hanafi dan Chen Voon Fee merupakan antara individu membincangkan isu sejarah dan warisan seni bina di dalam penerbitan buku seni bina mereka.265 Kategori teori dan falsafah seni bina serta teknologi dan teknikal seni bina merupakan bidang yang kedua dan ketiga paling banyak diberi

265

Rujuk lampiran B.

191 perhatian dalam penerbitan buku seni bina di Malaysia. Jumlah keseluruhan buku teori dan falsafah seni bina adalah sebanyak 23 buah atau 34.85 peratus dari keseluruhan penerbitan manakala penerbitan buku yang membincangkan aspek teknologi dan teknikal seni bina pula adalah sebanyak 12 buah atau 18.18 peratus dari keseluruhan penerbitan seni bina di Malaysia.266

Lain-lain., 1.51% M as yarakat, 5.57% Tekno lo g i & Teknikal, 18 .18 % Sejarah & Waris an, 3 9 .8 9 %

Teo ri & Fals afah, 3 4 .8 5%

Carta 7.0 : Pecahan peratusan penerbitan buku seni bina (1957-2004) di Malaysia mengikut kategori.

Penghasilan buku yang membincangkan aspek seni bina dan kemasyarakatan hanya menduduki tempat kedua terbawah daripada lima kategori yang diperbincangkan yang mana jumlah penerbitan keseluruhannya adalah sebanyak 5 buah atau 5.57 peratus dari keseluruhan penerbitan buku seni bina Malaysia sejak empat dekad yang lalu.267 Tajuktajuk buku seperti "Peranan Kurikulum Dan Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat", "Crisis in Public Architecture" dan "Housing Crisis In

Ibid. Sila rujuk: Mohd Tajuddin Rasdi (1998). The Mosque As A Community Development Centre: Programme And Architectural Design Guidelines For Contemporary Muslim Societies. Utusan Publication Sdn Bhd; Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Peranan Kurikulum Dan Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat. Penerbit UTM; Mohd Tajuddin Rasdi(June 2003). Crisis in Public Architecture. The KALAM Papers; Mohd Tajuddin Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture.The KALAM Papers.; Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM.

267

266

192 Malaysia : Back To A Humanistic Agenda" merupakan penulisan yang membincangkan aspek kemasyarakatan di dalam seni bina khususnya dalam pembinaan identiti seni bina nasional.268 Penerbitan buku yang membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan di dalam seni bina bukan sahaja kurang dari segi kuantiti penghasilannya tetapi juga kurang diberi perhatian oleh kebanyakan individu yang menghasilkan penerbitan seni bina tersebut. Berdasarkan semakan rekod, didapati hanya Mohd Tajuddin Rasdi sahaja yang membincangkan aspek tersebut di dalam penulisan beliau.269

7.3.2

Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di Majalah Seni Bina.

Kurangnya penerapan terhadap isu kemasyarakatan turut berlaku ke atas penerbitan majalah seni bina. Walaupun pengabaian terhadap isu seni bina dan kemasyarakatan dianggap sederhana berbanding dengan apa yang dialaminya dalam penerbitan buku seni bina, namun ianya masih tetap berada dalam kedudukan yang tidak popular berbanding dengan perbincangan mengenai isu teori dan falsafah seni bina atau sejarah dan warisan seni bina. Daripada 47 artikel yang terlibat dalam kajian, hanya 5 artikel atau 10.63 peratus sahaja yang membincangkan isu kemasyarakatan dalam seni bina. Tajuk-tajuk artikel seperti " Pengenalan Senibina Melalui Cara Hidup", "Design Sacred architecture and The Sunway Pyramid Complex : a Question of Architectural Competence and Cultural Tolerance" dan "Towards A National Identity In Architecture" merupakan antara penulisan yang mengetengahkan aspek kemasyarakatan dan seni bina dalam perbincangan yang diutarakan.270 Perbincangan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia oleh W.Y Chin misalnya cuba melihat permasalahan identiti yang wujud dari

268 269

Ibid. Rujuk lampiran B. 270 Sila rujuk : Hassan Mohammed (1981). Pengenalan Senibina Melalui Cara Hidup. Majallah Akitek, Vol.1:81. Hlmn 37- 42.; Mohd Rasdi, Tajuddin (May/June 1998). Design Sacred architecture and The Sunway Pyramid Complex : a Question of Architetural Competence and Cultural Tolerance. Majalah Akitek. Hlmn 62 -68; Wong Chong Thai, Boby. and Powell, Robert (1988). The Contemparory Kampong. Majallah Akitek. Vol. 1:88. Hlmn 22 -29. ; Ruslan Khalid (1981). The Role of Petronage In The Development of Art And Architecture. Majallah Akitek. Vol.1:81. Hlmn 29 -32.; W.Y Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 19-22.

193 sudut kaedah perlaksanaannya di pihak profesional seni bina dan juga penerimaan masyarakat. Beberapa permasalahan dalam perlaksanaan oleh kedua-dua pihak telah diketengahkan dalam perbincangan tersebut seperti wujudnya masalah bahasa dan jurang komunikasi di antara akitek dan klien selain penyalah tafsiran mengenai isu tersebut oleh kedua-dua pihak.271 Penerapan aspek kemasyarakatan seperti yang dilakukan oleh W.Y Chin dilihat mampu menarik perhatian masyarakat umum sekiranya dilaksanakan dengan meluas. Walau bagaimanapun, penghasilan penerbitan sedemikian yang begitu terhad di dalam majalah rasmi seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, dilihat sebagai halangan utama kepada masyarakat seni bina dan umum untuk memahami dengan lebih lanjut akan peranan mereka dalam pembangunan identiti seni bina tersebut

Lain-lain., 6 .3 9 % M as yarakat, 10 .6 3 % Tekno lo g i & Teknikal, 6 .3 9 % Sejarah & Waris an, 14 .8 9 %

Teo ri & Fals afah, 6 1.70 %

Carta 7.1 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina dalam majalah seni bina (1957 -2004) di Malaysia mengikut kategori.

Di sebalik pengabaian terhadap perbincanagan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan di dalam majalah rasmi seni bina di Malaysia, perbincangan mengenai isu teori dan falsafah seni bina serta sejarah dan warisan seni bina terus menerajui penerbitan artikel yang dihasilkan dalam majalah seperti PETA dan Majalah Akitek. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa penerbitan isu teori dan falsafah

271

W.Y Chin (1981).Towards a National Identity In Architecture. Majallah Akitek, 1:81. Hlmn 19 -22.

194 seni bina telah mendominasi sebahagian besar perbincangan dengan peratusan sebanyak 61.70 peratus atau 29 buah penerbitan manakala isu sejarah dan warisan seni bina pula berada di tempat kedua di antara isu yang paling kerap diperbincangkan iaitu 14.89 peratus atau sebanyak 7 buah penerbitan.

7.3.3

Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Akhbar di Malaysia

Masalah kurangnya perbincangan isu seni bina dan kemasyarakatan turut dapat dilihat dalam penerbitan isu seni bina di akhbar. Dalam kajian yang telah dijalankan, kekurangan perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan berada pada tahap kedua terbawah manakala kategori teori dan falsafah seni bina, lain-lain serta sejarah dan warisan seni bina merupakan isu yang paling banyak diketengahkan. Berbanding dengan jumlah keseluruhan 400 sampel artikel yang dikaji, hanya sejumlah 12.0 peratus atau 48 artikel sahaja yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan.272 Perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan di dalam penerbitan yang bertajuk "For save journey" misalnya, telah membincangkan masalah kemalangan jalan raya yang sering berlaku di taman-taman perumahan. Antara punca permasalahan yang dikenal pasti ialah kewujudan terlalu banyak jalan yang boleh mengundang kenderaan yang tidak berkenaan keluar masuk dengan mudah di dalam sesuatu taman perumahan dan antara langkah penyelesaian yang dicadangkan ialah dengan memperkenalkan sistem "ring road" .273 Perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan merupakan suatu yang ideal serta mampu menarik perhatian masyarakat untuk mengikutinya secara lebih dekat terutamanya di dalam penerbitan popular seperti akhbar. Walau bagaimanapun, dengan jumlah peratusan penerbitan yang kecil berbanding dengan isu-isu yang lain, harapan untuk melihat kesan yang lebih besar dapat dibawa oleh penerbitan tersebut khususnya dalam proses pembangunan identiti seni bina Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang agak sukar untuk dicapai.

272 273

Rujuk lampiran E Loh Foon Fong ( 27/01/2004). For save journey. The Star. Hlmn 13 -14.

195

Lain-lain., 2 3 .0 0 % Teo ri & Fals afah, 4 0 .75% M as yarakat, 12 .0 0 % Tekno lo g i & Teknikal, 6 .2 5%

Sejarah & Waris an, 18 .0 0 %

Carta 7.2 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina dalam akhbar utama di Malaysia (1963-2005) mengikut kategori.

Seperti juga kajian terhadap beberapa medium penyebaran idea sebelum ini, isu teori dan falsafah seni bina serta sejarah dan warisan seni bina merupakan antara yang paling banyak disentuh dalam penerbitan isu seni bina di akhbar. Perbincangan mengenai isu teori dan falsafah seni bina merupakan yang paling banyak diketengahkan iaitu 40.75 peratus atau 163 artikel manakala isu sejarah dan warisan seni bina pula ialah 18.0 peratus 72 artikel dari keseluruhan 400 sampel yang dikaji. Penulisan artikel seni bina yang dikategorikan sebagai `lain-lain' merupakan isu yang kedua paling kerap diketengahkan iaitu sebanyak 92 artikel atau 23.0 peratus dari keseluruhan sampel yang dikaji.274Daripada jumlah peratusan mengikut kategori yang telah diketengahkan, ternyata peratusan yang telah ditunjukkan oleh isu seni bina dan kemasyarakatan adalah kecil berbanding dengan beberapa isu yang lain. Oleh yang demikian, harapan untuk melihat masyarakat lebih menyedari atau memahami peranan seni bina dalam kehidupan mereka juga adalah kurang disebabkan penerbitan isu tersebut dibayangi oleh penerbitan mengenai isu yang lain.

274

Rujuk lampiran E.

196

7.3.4

Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina dan Kemasyarakatan di Dalam Majalah Dewan Budaya.

Dalam kajian sebelum ini mengenai dengan tahap penglibatan pelbagai pihak terutamanya oleh tokoh seni bina dalam penerbitan isu seni bina di dalam Majalah Dewan Budaya,275 didapati bahawa kurangnya penglibatan mereka telah menyumbang kepada perubahan pola perbincangan kepada isu sejarah dan warisan seni bina sahaja disebabkan mejoriti yang melibatkan diri adalah golongan budayawan dan sejarawan. Kesan daripada keadaan tersebut bukan sahaja memperlihatkan isu sejarah dan warisan seni bina telah menguasai sebahagian besar topik perbincangan iaitu kira-kira 62.90 peratus atau 78 daripada 124 penerbitan, tetapi juga telah menyaksikan isu seni bina dan kemasyarakatan merupakan antara isu yang paling kurang disentuh.276

Lain-lain., 1.6 2 % M as yarakat, 12 .0 9 % Teo ri & Fals afah, 2 3 .3 9 %

Sejarah & Waris an, 6 2 .9 0 %

Carta 7.3 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina di dalam majalah Dewan Budaya (1979 -2003) mengikut kategori.

Majalah Dewan Budaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan mula menemui pembaca pada Januari 1979. Isu yang diperbincangkan di dalam majalah ini adalah pelbagai aspek berkaitan dengan kebudayaan termasuk juga bidang seni bina. 276 Rujuk lampiran D

275

197 Seperti juga dalam kebanyakan medium penyebaran idea sebelum ini, isu teori dan falsafah seni bina merupakan antara yang banyak disentuh iaitu kira-kira 23.39 peratus atau 29 penerbitan.277 Dengan melihat kepada hanya 15 penerbitan yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan atau 12.09 peratus daripada keseluruhan penerbitan isu seni bina di dalam majalah Dewan Budaya, kemungkinan situasi yang menimpa isu sedemikian di dalam beberapa medium penyebaran idea yang lain akan turut dialami di dalam majalah tersebut. Walaupun penerbitan yang mengetengahkan isu seperti "Dari Pulau Seraya Ke Rumah Pangsa : hidup semakin sempit" , : "Nilai Yang Semakin Luntur Di Bandar ?" dan "Kondominium : Gaya Hidup Barat ?"278 telah memaparkan perbincangan yang hebat mengenai permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di bandar disebabkan penyediaan seni bina yang tidak sesuai dengan norma kehidupan seharian mereka, namun kekerapan penerbitannya yang begitu terhad sekali lagi telah menyaksikan harapan agar penerbitan sedemikian dapat memberikan implikasi yang besar kepada pembacanya, boleh dikatakan agak tipis dan terbatas.

7.3.5

Kesan Daripada Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia.

Kurangnya perbincangan mengenai aspek seni bina dan kemasyarakatan dalam penerbitan isu seni bina di Malaysia dilihat sebagai salah satu punca kepada tiadanya penglibatan secara menyeluruh dari masyarakat dalam proses pembangunan identiti seni bina nasional. Perbincangan isu seni bina sama ada di dalam buku seni bina, majalah seni bina, majalah popular dan akhbar yang banyak menyentuh isu-isu lain seperti teori dan falsafah seni bina atau sejarah dan warisan seni bina telah menjadikannya suatu perbincangan yang elit dan hanya difahami oleh individu yang mempunyai asas

Ibid. Rujuk artikel yang bertajuk: Penulis Khas (April 1979). Dari Pulau Seraya Ke Rumah Pangsa : hidup semakin sempit. Dewan Budaya. Hlmn 11 -13; Amirul Syafiq Azman ( Jan 2002). Kondominium : Gaya Hidup Barat ?. Dewan Budaya. Hlmn 14 -15.

278 277

198 pendidikan seni bina sahaja manakala masyarakat umum pula menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang terasing daripada kehidupan seharian mereka. Kewujudan penerbitan yang menghuraikan sesuatu isu seni bina secara umum seperti yang terdapat di dalam kebanyakan penerbitan akhbar yang dikaji, tanpa disaduri dengan pengetahuan seni bina oleh penulisnya menyebabkan wujudnya tafsiran yang kurang tepat masyarakat tarhadap bidang tersebut iaitu hanya dari sudut sebuah bangunan atau gaya rupa sahaja. Akhirnya, masyarakat yang semakin keliru dengan maksud serta peranan sesebuah seni bina khususnya identiti seni bina dalam kehidupan mereka telah menghadapi pelbagai kesukaran ketika berhadapan dengan golongan profesional seni bina seperti yang telah disuarakan oleh W.Y Chin sebelum ini. Keadaan tersebut akan menjadi lebih menyedihkan apabila masyarakat menjadi mangsa kepada krisis identiti seni bina yang mana kurangnya pengetahuan mengenai hak dan peranan menyebabkan mereka menyalahkan pihak serta faktor lain sebagai punca kepada permasalahan tersebut. Keadaan sedemikian dapat dilihat dengan jelas berhubung dengan masalah pelajar yang sering dilanggar oleh kenderaan di hadapan sekolah sejak kebelakangan ini yang mana masyarakat sering menuding jari kepada pihak berkuasa sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka. Situasi tuduh- menuduh tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya ada penerbitan yang memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa faktor utama yang menentukan keselamatan anak mereka adalah reka bentuk sekolah dan persekitarannya yang mana selain perlunya reka bentuk jalan yang boleh memperlahankan kenderaan ketika melaluinya, lokasi serta kapasiti sesebuah sekolah juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar atau murid-muridnya. Kekurangan penerbitan yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan dilihat sebagai sesuatu yang meruncing di Malaysia pada hari ini yang mana begitu banyak kejadian seperti kemalangan, jenayah dan sebagainya berlaku disebabkan oleh faktor seni bina. Walau bagaimanapun, kekurangan isu tersebut diketengahkan melalui penerbitan menyebabkan masyarakat tidak menyedarinya dan disebabkan kegagalan mereka untuk memainkan peranan, maka permasalahan tersebut terus berlanjutan dari hari ke hari.

199 7.4 Tiadanya Penerbitan Khusus Dalam Penyebaran Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.

Kejayaan Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dalam progam penyebaran idea kepada masyarakat juga banyak dibantu oleh penerbitan khas yang berperanan sebagai agen penyebaran idea kepada penulisan atau artikel yang dihasilkan oleh golongan tokoh dan penggerak kedua-dua pergerakan tersebut. Dalam usaha untuk mengenal pasti sama ada faktor tersebut juga turut memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia, kajian secara menyeluruh mengenainya telah dilaksanakan. Sepanjang kajian mengenai identiti seni bina di Malaysia, antara perkara pertama yang dilakukan ialah mengenal pasti medium penyebaran idea yang menerbitkan isu tersebut serta melakukan pengesahan bahawa ianya adalah medium khas yang hanya berperanan menyebarkan isu tersebut sahaja atau sebaliknya. Apa yang dapat disimpulkan sepanjang kajian ini ialah selain daripada penerbitan buku, tiada sebarang medium penyebaran idea yang diwujudkan khas bagi membincangkan isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Jika merujuk kembali kepada senarai penerbitan yang telah dikaji, didapati keseluruhannya diperolehi daripada sumber yang disisip sama ada di dalam majalah seni bina seperti Majalah PETA dan Majalah Akitek atau penerbitan popular seperti surat khabar, Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya.279 Sumber yang mengetengahkan perbincangan secara menyeluruh mengenai isu identiti seni bina nasional hanya melibatkan himpunan usul dan kertas kerja daripada `Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina' yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan sebanyak dua jilid.280 Walau bagaimanapun, himpunan tersebut tidak diterbitkan dan hanya sebahagian sahaja daripada kertas kerja yang dihasilkan telah diterbitkan di dalam Majallah Akitek seperti kertas kerja daripada Hajeedar Abdul Majid, Ruslan Khalid, Syed Ahmad Jamal dan Hassan Mohammad.281 Ketiadaan sebarang

Rujuk senarai rujukan utama dan rujukan umum. Laporan Seminar (20-23 Januari 1981). Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina. Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia. Kuala Lumpur. Vol I & II. 281 Hajeedar Abdul Majid (1981). Sejauh Manakah Perkembangan Kita Sehingga Hari Ini ?. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 23-25 ; Ruslan Khalid (1981). The Role of Petronage In The Development of Art And Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 29-31 ; Syed Ahmad Jamal (1981). Seni Rupa dan Seni

280 279

200 penerbitan khas yang membincangkan mengenai identiti seni bina nasional, mungkin merupakan salah satu faktor yang menyebabkan proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia sejak empat dekad yang lalu tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Antara permasalahan utama yang dikenal pasti pada penerbitan atau artikel yang disisipkan dalam majalah seni bina, akhbar dan majalah popular ialah perbincangan yang mengenai sesuatu isu tidak dilakukan secara mendalam dan penerbitan mengenainya juga tidak berterusan. Jika wujud sebuah penerbitan khas yang membincangkan isu identiti seni bina nasional pada masa akan datang, permasalahan tersebut mungkin boleh diatasi.

7.5 Rumusan

Daripada kajian mengenai isu seni bina di dalam penerbitan rasmi seni bina dan penerbitan popular, di dapati bahawa tiga nilai penyebaran idea yang telah dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak dilaksanakan dengan menyeluruh dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Kesan yang dapat dilihat daripada pengabaian beberapa nilai penyebaran idea tersebut, telah menimbulkan beberapa masalah seperti perkembangan yang tidak sihat beberapa bidang yang memainkan peranan utama dalam proses pembangunan identiti seni bina, penyalah tafsiran terhadap seni bina dari sudut gaya rupa sahaja dan penerbitan mengenainya yang tidak konsisten. Kewujudan beberapa masalah dalam proses penyebaran idea tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu proses pemahaman masyarakat tarhadap seni bina khususnya mengenai isu identiti seni bina nasional. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh masyarakat dalam menentukan kejayaan sesuatu agenda yang diperjuangkan adalah sesuatu yang amat penting dan telah dibuktikan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Tiga nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut seharusnya

Bina. Majallah Akitek.Vol 1:81. Hlmn 33-36 ; Hassan Mohammad (1981). Pengenalan Senibina Melalui Cara Hidup. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 37- 42.

201 dijadikan panduan dalam perlaksanaan program penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.

202

BAB LAPAN

BEBERAPA CADANGAN TERHADAP PERLAKSANAAN AKTIVITI PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG

8.0 Pendahuluan

Penulisan bab tujuh telah membuktikan kewujudan beberapa masalah dalam proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia berdasarkan nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dan antara cadangan yang diketengahkan ialah kaedah penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang perlu berlandaskan nilai-nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Justeru, penulisan bab ini

203 bertujuan untuk mengetengahkan beberapa cadangan terhadap perlaksanaan proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang berdasarkan tiga nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tersebut iaitu perlunya usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina, meningkatkan perbincangan isu seni bina dan kemasyarakatan di dalam penerbitan seni bina serta mewujudkan penerbitan khas dalam proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat. Dalam memastikan hasrat tersebut dapat dicapai, kerjasama dari pelbagai pihak sama ada dari orang perseorangan, firma akitek, badan profesional, institusi pengajian tinggi, pusat-pusat kajian, pihak kerajaan dan sebagainya amat diperlukan.

8.1

Perlunya Kerjasama Pelbagai Pihak Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilkan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Dalam memastikan usaha mewujudkan identiti seni bina di Malaysia pada masa hadapan akan dapat dicapai, salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah usaha meningkatkan jumlah penghasilan penulisan seni bina bukan sahaja dalam bentuk buku tetapi juga penghasilan artikel di dalam majalah rasmi seni bina dan juga penerbitan popular. Untuk mencapai matlamat tersebut, penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan tersebut perlu diwujudkan. Walau bagaimanapun, penglibatan pelbagai pihak bukanlah suatu tugas yang mudah dan ianya memerlukan beberapa mekanisme yang dapat melancarkan perjalanan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Tahap penglibatan pelbagai pihak tersebut juga mungkin boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dari tahap individu, firma, badan profesional hinggalah kepada pihak kerajaan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang ialah dengan turut serta dalam penghasilan penerbitan atau bertindak sebagai pihak yang menyediakan mekanisme sokongan terhadap penyelidikan, penulisan atau penerbitan yang bakal dihasilkan.

204 8.1.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Penglibatan secara aktif ahli akademik dan profesional seni bina terutamanya yang berstatus tokoh seni bina merupakan antara elemen penting ke arah meningkatkan jumlah penerbitan serta perbincangan isu identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan penglibatan secara sukarela daripada golongan tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya tidak wujud kesedaran di dalam diri mereka mengenai tanggungjawab yang seharusnya dimainkan dalam proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat. Ahli akademik dan profesional seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga harus berfikiran positif dalam usaha menghasilkan penulisan dan penerbitan seni bina dengan tidak meletakkan aspek keuntungan materialistik sebagai batu aras kepada usaha yang bakal dilaksanakan oleh mereka. Situasi terlalu melihat kepada ganjaran dalam jangka masa pendek atau yang telah dijanjikan oleh pihak-pihak tertentu dapat dilihat sejak beberapa dekad yang lalu apabila majoriti ahli akademik dan profesional seni bina di Malaysia hanya melakukan perkara atau tugasan asas yang digariskan oleh organisasi, badan profesional atau firma yang menaungi mereka. Sebagai contoh, dalam proses kenaikan pangkat seseorang kakitangan akademik di universiti awam tempatan, jumlah mata yang diberikan terhadap penulisan artikel di dalam penerbitan akhbar atau majalah popular adalah rendah jika hendak dibandingkan dengan jumlah mata yang diberikan terhadap penulisan jurnal antarabangsa, kertas kerja atau penyelidikan yang ditaja oleh IRPA.282 Justeru, kesan yang dapat dilihat ialah kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada ahli akademik termasuk juga bidang seni bina di dalam penghasilan penerbitan artikel terutamanya di dalam akhbar atau majalah popular berbanding dengan penghasilan penulisan jurnal antarabangsa, kertas kerja dan penyelidikan IRPA di universiti-universiti awam tempatan. Situasi yang hampir sama juga berlaku di dalam dunia praktis seni bina apabila majoriti ahli profesional seni bina di negara ini dilihat hanya memberi komitmen

282

IRPA merupakan singkatan daripada perkataan Intensification of Research in Priority Areas yang merupakan geran penyelidikan jangka panjang dan melibatkan peruntukan yang besar.

205 kepada profesyen seni bina mereka berbanding dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai bidang tersebut. Kesan daripada situasi ini dapat dilihat dengan jelas terhadap penghasilan penerbitan terutamanya melibatkan buku seni bina oleh golongan profesional seni bina di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu apabila ianya hanya melibatkan usaha beberapa individu tertentu sahaja.283 Dalam memupuk kesedaran di kalangan ahli akademik dan profesional seni bina akan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh mereka dalam proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang, aspek penghormatan atau pembinaan reputasi perlu dipertekankan. Walaupun usaha menerbitkan buku atau artikel seni bina tidak menjamin satu pulangan yang lumayan dari sudut kewangan berbanding dengan projek reka bentuk atau perundingan, namun ianya akan memberikan pulangan yang berlipat ganda terhadap perkembangan kerjaya seseorang ahli akedemik atau profesional seni bina dalam jangka masa panjang. Melalui penghasilan penerbitan oleh ahli akademik atau profesional seni bina terbabit, masyarakat di sekelilingnya akan lebih memahami dan menghormati prinsip atau agenda yang diperjuangkan oleh mereka. Melalui pemahaman yang telah mula terbina di dalam minda masyarakat, ianya secara tidak langsung akan membuka ruang atau peluang yang lebih luas kepada penerimaan terhadap sesuatu idea yang telah diketengahkan oleh mereka. Usaha yang telah dilakukan oleh Ken Yeang dengan menghasilkan banyak penerbitan mengenai falsafah reka bentuk yang beliau hasilkan merupakan antara contoh terbaik terhadap usaha penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat yang mana ianya bukan sahaja telah menjadi antara rujukan yang paling berharga oleh masyarakat seni bina dan awam di negara ini tetapi juga telah memberi kelebihan kepada beliau dalam usaha meyakinkan pihak pelanggan mengenai sesuatu idea reka bentuk seni bina yang dicadangkan.284

283 284

Rujuk lampiran B. Ibid.

206 8.1.2 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Sesungguhnya badan profesional seni bina di negara ini iaitu Lembaga Akitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) juga perlu memainkan peranan yang aktif dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina Malaysia pada masa akan datang. Langkah yang telah dilaksanakan oleh LAM bermula Januari 2003 dengan menganjurkan program Continuing Professional Development (CPD) terhadap arkitek profesional, akitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar yang bernaung di bawah badan tersebut dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina pada masa akan datang. Program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme golongan profesional seni bina tersebut telah mewajibkan arkitek profesional dan arkitek berdaftar yang bernaung di bawah LAM untuk melengkapkan 10 jam kredit kehadiran aktiviti CPD manakala 4 jam kredit kehadiran aktiviti CPD bagi pelukis pelan berdaftar dalam tempoh setahun sebagai syarat memperbaharui keahlian mereka.285 Pungutan mata CPD oleh arkitek profesional, arkitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti yang telah digariskan oleh LAM dan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh golongan profesional tersebut ialah dengan menghasilkan penerbitan seperti buku dan artikel.286 Berdasarkan pemerhatian terhadap jumlah mata yang diberikan oleh pihak LAM terhadap aktiviti CPD yang bakal dilaksanakan oleh arkitek profesional, arkitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar, jumlah mata yang tinggi diberikan terhadap penerbitan buku seni bina (10 jam kredit bagi arkitek profesional dan arkitek berdaftar manakala 4 jam kredit bagi pelukis pelan berdaftar ) dan artikel mengenai seni bina ( 4 jam kredit bagi arkitek profesional dan arkitek berdaftar manakala 2 jam kredit bagi pelukis pelan berdaftar) dilihat dilihat mampu meningkatkan jumlah penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, untuk memastikan penglibatan secara lebih menyeluruh golongan profesional seni bina di

285

Sila rujuk "Guidelines On Continuing Professional Development for Profesional Architect, Registered Architect and Registered Building Draughtsmen" oleh Lembaga Arkitek Malaysia, klausa 4.1 dan 4.2. Hlmn 2. di laman web: http://www.lam.gov.my/. 286 Ibid, Appendix A1 & A2, Hlmn 9-10.

207 dalam penghasilan penerbitan tersebut, beberapa pengubahsuaian terhadap dasar yang telah digariskan oleh pihak LAM perlu dilaksanakan. Dalam menentukan medium yang boleh digunakan untuk menerbitkan artikel seni bina, pihak LAM tidak seharusnya menghadkan penerbitan di dalam jurnal yang berkaitan seni bina sahaja tetapi juga di dalam jurnal-jurnal yang lain, akhbar dan juga majalah popular. Selain daripada itu, penghasilan penerbitan tidak seharusnya diletakkan sebagai pilihan semata-mata terhadap aktiviti CPD yang boleh dilaksanakan oleh golongan profesional seni bina yang bernaung di bawah badan tersebut tetapi perlu mewajibkan setiap ahlinya menghasilkan buku atau artikel seni bina dalam tempoh tertentu keahlian mereka di bawah LAM. Sebagai contoh, arkitek berdaftar wajib menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah buku seni bina sepanjang tempoh 10 tahun pertama keahlian mereka di bawah badan tersebut atau selepas 10 tahun perlaksanaan CPD dikuatkuasakan. Selain daripada LAM, pihak PAM juga perlu memainkan peranan dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa pihak PAM telah memainkan peranan yang aktif dalam penghasilan penerbitan seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu melalui penghasilan Majalah Akitek dan beberapa buah buku seni bina, namun kesan yang lebih besar boleh diwujudkan oleh pertubuhan tersebut dalam meningkatkan lagi penghasilan penulisan seni bina khususnya di dalam akhbar dan majalah popular. Pihak PAM juga perlu merubah pendekatan mereka daripada sebuah pertubuhan yang dianggap elit kepada pertubuhan yang lebih mesra media dan berwibawa dalam menyuarakan pandangan mereka mengenai isu semasa seni bina di negara ini. Pandangan mengenai sesuatu isu misalnya boleh disampaikan melalui beberapa pendekatan seperti sidang media, sesi wacana seni bina, bengkel ataupun seminar yang melibatkan liputan meluas daripada pihak akhbar, majalah popular ataupun mungkin juga melibatkan kehadiran media elektronik. Tanggung jawap tersebut mungkin boleh dilaksanakan oleh PAM Government Liaison Committee yang selama ini telah melaksanakan tugas sebagai penghubung di antara PAM dengan pihak kerajaan dalam perbincangan mengenai pelbagai isu. Melalui penganjuran aktiviti sedemikian, sebahagian besar ahli akademik dan profesional seni bina berpeluang mengambil bahagian dengan mengutarakan pendapat mereka bukan sahaja di kalangan peserta tetapi juga kepada pihak media yang

208 bertindak sebagai pemerhati serta merekod perjalanan majlis tersebut. Satu lagi kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pihak PAM ialah berperanan sebagai pencetus kepada perbahasan mengenai sesuatu isu seni bina di dalam akhbar atau penerbitan popular yang lain dan kemudiannya mempromosikan beberapa individu sama ada yang berstatus tokoh seni bina ataupun ahli seni bina yang sedang meningkat naik kepada pihak media untuk memberikan ulasan atau penulisan lanjut mengenai isu tersebut.

8.1.3 Peranan Pusat Pengajian Tinggi Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang, pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang berperanan sebagai organisasi yang menaungi ahli akademik seni bina perlu memainkan peranan sebagai penggalak kepada usaha penghasilan penerbitan seni bina melalui pengiktirafan yang lebih terhadap penghasilan penerbitan di dalam akhbar atau majalah popular serta mempermudahkan proses penerbitan buku oleh ahli akademiknya. Dalam usaha melakukan perubahan terhadap dasar penerbitan atau kenaikan pangkat di universiti awam dan swasta misalnya, dorongan atau penguatkuasaan daripada penggubal dasar seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam amat diperlukan. Sekiranya berlaku perubahan dasar yang mewajib atau menggalakkan ahli akademik menghasilkan penulisan dan penerbitan, ianya bukan sahaja memberikan banyak informasi kepada masyarakat mengenai bidang seni bina tetapi juga mengenai bidang-bidang yang lain. Dasar menggalakkan ahli akademik menghasilkan penerbitan terutamanya di dalam penerbitan popular harus dilihat dari sudut positif seperti menaikkan nama sesebuah institusi pengajian tinggi di mata masyarakat serta mewujudkan proses perkongsian ilmu dalam konteks yang lebih luas. Dalam proses pembinaan identiti seni bina pula, kewujudan lebih banyak penerbitan oleh ahli akademik seni bina sudah tentu akan mewujudkan banyak bahan rujukan mengenai isu tersebut. Penyebarannya secara meluas juga akan memberikan lebih pengetahuan dan kesedaran

209 kepada masyarakat akan peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam pembangunan identiti seni bina tersebut.

8.1.4 Peranan Badan Bebas Mengenai Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Usaha untuk meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga memerlukan sokongan daripada badan-badan bebas atau pusat penyelidikan seni bina yang telah sedia wujud di negara ini. Salah sebuah badan bebas yang dimaksudkan tersebut ialah Badan Warisan Malaysia.287 Dalam usaha mengembangkan wacana seni bina di negara ini khususnya berkenaan dengan warisan seni bina tradisi sejak dua dekad yang lalu, tidak dinafikan bahawa Badan Warisan Malaysia telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi memenuhi tujuan tersebut. Selain menyediakan ruang seminar serta pameran, pihak Badan Warisan Malaysia juga telah menyediakan ruang pameran dan jualan terhadap hasil penerbitan seni bina tempatan kepada pengunjung di Ibu Pejabatnya di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Dalam usaha menyedarkan masyarakat di negara ini akan kepentingan memulihara warisan seni bina sebagai salah satu teras kepada pembinaan identiti seni bina pada masa akan datang, Badan Warisan Malaysia seharusnya melaksanakan aktiviti penyebaran idea mengenai isu tersebut secara lebih komprehensif. Antara strategi yang boleh dilaksanakan oleh badan tersebut ialah dengan memasyarakatkan isu warisan seni bina serta hubung kaitnya dengan pembinaan identiti seni bina pada masa akan datang berbanding dengan hanya memfokus kepada aspek nostalgia serta melibatkan hanya golongan elit sahaja di dalam perbincangannya. Medium penerbitan yang boleh digunakan dalam proses penyebaran idea tersebut ialah dengan menghasilkan buku bersiri atau memohon ruangan khas di dalam majalah popular atau akhbar yang membolehkan isu tersebut dibincangkan secara

Badan Warisan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1983 oleh sebilangan kecil individu yang begitu perihatin terhadap kepupusan warisan seni bina di Malaysia. Penubuhan awal badan tersebut diketuai oleh bekas pegawai kerajaan British iaitu Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Harun Hashim (bekas presiden), Jimmy C.S Lim ( bekas naib presiden) dan Chen Voon Fee. Dalam jangkamasa 20 tahun kewujudannya, Badan Warisan Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk kesedaran terhadap perlunya usaha pemuliharaan warisan seni bina negara.

287

210 berterusan dan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagi mendapatkan bahan penulisan untuk diterbitkan, pihak Badan Warisan Malaysia perlu menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli akademik dan profesional seni bina, artis atau budayawan yang berkemampuan mengutarakan pandangan bernas mengenai isu tersebut. Selain daripada Badan Warisan Malaysia, peranan yang telah dimainkan oleh pusat penyelidikan seperti Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM)288 dalam usaha meningkatkan hasil penerbitan seni bina di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu merupakan sesuatu yang tidak boleh diperkecilkan. Dalam usaha dokumentasi warisan seni bina Malaysia, KALAM merupakan satu-satunya pusat kajian yang memiliki rekod lengkap terdiri daripada koleksi lukisan terukur, laporan berjilid, koleksi gambar, model, artifak dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 200 hasil dokumentasi mengenai warisan seni bina Malaysia di KALAM. Selain daripada melaksanakan aktiviti dokumentasi, pihak KALAM juga telah menerbitkan monograf yang memaparkan bangunan warisan yang terpilih dan juga beberapa buah buku yang membincangkan isu identiti seni bina Malaysia.289 Pada masa-masa tertentu juga, pihak KALAM akan mengadakan pameran bergerak, penjualan buku dan syarahan umum di pelbagai lokasi serta melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Di antara Mei 2005 hingga April 2006 pula, pihak KALAM telah membuat perancangan jangka panjang dalam usaha memantapkan wacana seni bina di negara ini dengan bertindak

Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM) ditubuhkan pada bulan Jun 1996 atas landasan kerja Lukisan Terukur yang dihasilkan oleh pelajar di Jabatan Seni Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kekhuatiran akan kehilangan warisan seni bina Malaysia. Usaha mendokumentasi bangunan tradisi bermula sejak tahun 1975 dan kerja mengenal pasti, mengklasifikasi dan menganalisis di peringkat sarjana muda dan sarjana telah dijalankan. Kini KALAM mempunyai koleksi dokumentasi lebih 200 buah bangunan seperti rumah kediaman, istana, masjid, bangunan awam, bangunan komersil, wakaf, madrasah dan makam. 289 Antara yang diterbitkan oleh KALAM ialah: Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (2002). Monograf KALAM ( jilid 1). Pusat Kajian Alam Bina Melayu ( KALAM), UTM; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (2003). Traditional Muslim Architecture In Malaysia. Pusat Kajian Alam Bina Melayu ( KALAM), UTM; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (2003). Sejarah, Teori Dan Kritikan Seni Bina. Pusat Kajian Alam Bina Melayu ( KALAM), UTM ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (June 2003). Crisis in Public Architecture. The KALAM Papers ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers, UTM ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM.

288

211 sebagai penganjur kepada Wacana Alam Bina yang diadakan pada setiap hujung bulan bagi membincangkan pelbagai isu seni bina.290 Sesungguhnya usaha yang telah dilaksanakan oleh KALAM dalam proses penyebaran idea seni bina kepada masyarakat sejak beberapa tahun yang lalu adalah sesuatu yang bersifat progresif dan berada dilandasan yang tepat. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang pihak KALAM mungkin perlu melaksanakan beberapa pendekatan baru dalam penyebaran idea khususnya melalui kaedah penerbitan. Peluang sebagai penganjur kepada Wacana Alam Bina misalnya, seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan merekod atau menerbitkan salinan kertas kerja yang telah dibentang. Selain menerbitkan buku, pihak KALAM juga mungkin boleh menghasilkan majalah mereka sendiri yang memuatkan pelbagai isu seni bina khususnya berkaitan dengan warisan seni bina tradisi dan identiti seni bina Malaysia. Selain daripada pusat kajian, KALAM juga boleh memainkan peranan sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan para pemikir seni bina di masa hadapan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh KALAM bagi memenuhi hasrat tersebut ialah dengan bertindak sebagai `pusat bimbingan' kepada ahli akademik dan profesional seni bina yang berpotensi untuk diketengahkan melalui pembentukan pemikiran kritis dan kemahiran dalam penghasilan penulisan serta penerbitan seni bina pada masa akan datang. Selain daripada bergantung kepada usaha badan bebas atau pusat kajian seni bina yang telah sedia ada, usaha mewujudkan sebuah lagi badan bebas yang khusus sebagai penyelaras kepada perlaksanaan aktiviti penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang mungkin perlu dilaksanakan. Antara faktor utama yang dirasakan perlu diwujudkan organisasi sedemikian ialah bagi memastikan strategi atau gerak kerja penyebaran idea yang bakal diketengahkan dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan. Selama lebih empat dekad perlaksanaan aktiviti pembangunan identiti seni bina di Malaysia, apa yang dapat diperkatakan tidak wujud satu badan khusus yang berperanan sebagai pemangkin atau pemantau kepada aktiviti yang telah dilaksanakan.291 Kepentingan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat memantau aktiviti pembangunan

290

Maklumat penganjuran aktiviti tersebut diperolehi dari poster yang telah diedarkan oleh pihak KALAM yang bertajuk "Wacana alam bina 2005-2006". 291 Laporan Seminar (20-23 Januari 1981). Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina. Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia. Kuala Lumpur. Vol I. Hlmn 11.

212 identiti seni bina nasional telah dibangkitkan oleh Parid Wardi Sudin yang mana menurut beliau penubuhan pusat penyelidikan seni bina adalah perlu sebagai pemangkin ke arah pembinaan identiti seni bina di Malaysia.292 Oleh yang demikian, penubuhan pusat penyelidikan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar untuk direalisasikan. Penubuhan pusat penyelidikan yang mungkin boleh dinamakan Pusat Kajian Seni Bina Malaysia tersebut juga, perlu mengambil kira faktor kebebasan dalam perlaksanaan aktivitinya tanpa dibelenggu oleh mana-mana pihak. Justeru, penubuhan Pusat Kajian Seni Bina Malaysia dilihat sesuai menggunakan pendekatan badan berkecuali atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mana aktivitinya dapat dilaksanakan dengan lebih lancar tanpa terlalu tertakluk kepada arahan pihak kerajaan atau pengaruh politik pihak-pihak tertentu. Selain daripada itu, pusat kajian tersebut juga perlu mempunyai kakitangan dan struktur organisasi sepenuh masanya sendiri bagi memenuhi keperluan kepada peranan asasnya sebagai penyelaras dan pemangkin kepada proses pembinaan identiti seni bina tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pusat kajian tersebut dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang ialah dengan melakukan penyelidikan terhadap hasil seni bina, individu, pertubuhan atau firma tertentu dengan cara menghantar wakil mereka untuk melakukan penyelidikan dan dokumentasi. Hasil daripada penyelidikan tersebut akan diterbitkan dan segala perbelanjaan penyelidikan dan penerbitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Kajian Seni Bina Malaysia atau penaja yang menaja penyelidikan tersebut. Selain daripada itu Pusat Kajian Seni Bina Malaysia juga mungkin boleh menjalinkan program kerjasama dengan pihak-pihak yang lain atau pihak yang dikaji dari sudut penajaan atau kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan. Kemudahan khidmat nasihat secara percuma mungkin salah satu lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Pusat Kajian Seni Bina Malaysia terhadap mana-mana individu atau organisasi yang berhasrat melakukan penyelidikan atau dokumentasi mengenai seni bina. Antara perkhidmatan yang boleh disalurkan oleh pusat kajian tersebut ialah seperti menganjurkan kursus pendek kepada individu atau

Noor Azam Shairi (17 Julai 2000). Sambutan 80 tahun Persatuab Arkitek Malaysia (PAM) : Identiti Seni Bina Negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari halaman mana ianya diperolehi).

292

213 kakitangan organisasi yang terlibat mengenai kaedah penyelidikan,penulisan, fotografi, penyediaan montaj dan sebagainya.

8.1.5 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Penglibatan secara langsung pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina pada masa akan datang amat diperlukan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan ialah dengan menyediakan geran penyelidikan kepada mana-mana individu yang berhasrat melakukan penyelidikan seni bina melalui beberapa kementerian seperti Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar, Kementerian Kebudayaan Dan Warisan, Kementerian Pelancongan dan sebagainya. Dengan wujudnya bantuan kewangan sedemikian, ianya secara tidak langsung akan memberikan lebih ransangan terhadap ahli akademik dan professional seni bina untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan. Selain daripada itu, kesudian pihak kerajaan membenarkan ahli akademik dan profesional seni bina menggunakan sepenuhnya kemudahan sokongan penyelidikan serta penerbitannya juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Kerjasama daripada pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menerbitkan lebih banyak buku serta artikel-artikel berkenaan dengan isu identiti seni bina misalnya, bakal memberikan implikasi yang cukup besar terhadap pemahaman masyarakat awam mengenai isu tersebut. Satu lagi aspek yang dianggap kritikal dalam penghasilan sesuatu penerbitan ialah bagaimana ianya dapat dipasarkan. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, pihak kerajaan boleh memainkan peranan dalam mewujudkan kuasa beli terhadap penerbitan yang dihasilkan. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan membeli buku atau majalah seni bina yang dihasilkan dan kemudiannya diedarkan ke setiap perpustakaan sekolah di seluruh negara. Pihak Kerajaan Negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina pada masa akan datang dengan membeli buku dan majalah seni bina yang dihasilkan serta diedarkan

214 ke perpustakaan negeri atau desa. Dengan wujudnya kuasa beli daripada pihak kerajaan, ianya bukan sahaja menjamin pengeluaran yang berterusan terhadap penerbitan seni bina yang dihasilkan tetapi juga membolehkan masyarakat umum terutamanya bagi golongan muda dan berpendapatan rendah untuk lebih memahami isu identiti seni bina melalui pembacaan terhadap buku dan majalah seni bina yang terdapat di perpustakaan tersebut.

8.1.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Selain daripada mengharapkan komitmen yang tinggi daripada pihak-pihak yang bersangkutan dengan bidang seni bina serta pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan penerbitan seni bina di negara ini pada masa akan datang, penglibatan pihak swasta dan badan korporat dalam menjayakan perlaksanaan agenda tersebut juga merupakan sesuatu yang amat penting dan dialu-alukan. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh pihak swasta dan badan korporat ialah sebagai penaja kepada penerbitan seni bina yang bakal dihasilkan. Penghasilan buku The Encyclopedia Of Malaysia Architecture293 merupakan antara contoh terbaik mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh pihak swasta dalam penerbitan sesebuah buku seni bina. Syarikat-syarikat gergasi nasional seperti DRB HICOM Group, PETRONAS, TNB, Renong Berhad dan YTL Corporation Berhad merupakan antara penaja utama kepada penerbitan buku tersebut. Selain daripada arkitek, pihak pemaju atau badan korporat yang menjadi penaung kepada sesuatu hasil seni bina juga boleh memainkan peranan dalam usaha mempromosikan pembangunan identiti seni bina nasional kepada masyarakat dengan melantik perunding bagi melakukan penyelidikan serta menerbitkan penulisan mengenai seni bina yang mereka naungi. Sebagai contoh, syarikat Telekom Malaysia Berhad melantik sekumpulan penyelidik untuk melakukan proses dokumentasi dan penerbitan buku mengenai Bangunan Menara Telekom Malaysia yang direka bentuk oleh Hijjas Kasturi.

293

Chen Voon Fee (1999). The Encyclopedia Of Malaysia Architecture. Archipelago Press.

215 8.2 Langkah Untuk Meningkatkan Perbincangan Mengenai Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia.

Kajian terhadap Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund yang diketengahkan dalam bab sebelum ini telah menunjukkan satu lagi faktor yang membawa kejayaan kepada proses penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut iaitu wujudnya penulisan yang menyentuh isu seni bina dan kemasyarakatan. Dengan wujudnya penulisan sedemikian, ianya sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat masyarakat untuk membaca disebabkan ianya mudah difahami dan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dalam usaha menarik perhatian masyarakat di Malaysia terhadap penerbitan seni bina yang dihasilkan pada masa akan datang, pendekatan yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tersebut juga merupakan sesuatu yang berpotensi untuk dipraktikkan di negara ini. Untuk memastikan penerbitan yang mengutarakan perbincangan mengenai isu tersebut dapat dihasilkan secara berterusan pada masa akan datang, kemampuan ahli akademik dan profesional seni bina dalam menghasilkan penulisan sedemikian perlu dipertingkatkan manakala sumbangan daripada individu dari luar bidang seni bina seperti wartawan, ahli antropologi dan sebagainya pula perlu dikekalkan. Selain daripada itu, organisasi yang berkaitan dengan bidang seni bina dan pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang aktif bagi memastikan isu tersebut mendapat keutamaan dalam perbincangan yang diutarakan di samping mempertingkatkan kemampuan mereka untuk menghasilkan penulisan dan penerbitan sedemikian.

8.2.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Usaha untuk meningkatkan penerbitan yang menyentuh isu seni bina dan kemasyarakat umum memerlukan kerjasama dan sumbangan yang berterusan dari masyarakat seni bina terutamanya ahli akademik dan profesional seni bina. Bagi ahli akademik dan profesional seni bina pula, beberapa inisiatif perlu diambil oleh mereka

216 bagi memastikan penulisan dan penerbitan yang bakal dihasilkan adalah sesuatu yang berkesan dan berupaya menarik perhatian masyarakat untuk mengikutinya. Inisiatif pertama yang perlu diambil oleh golongan tersebut ialah meningkatkan pengetahuan mereka mengenai isu semasa masyarakat dan seni binanya. Pengetahuan ahli akademik dan profesional seni bina mengenai isu tersebut adalah sangat penting kerana ianya merupakan asas kepada perbincangan yang akan dibangkitkan dan antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan tersebut ialah dengan memperbanyakkan pembacaan atau mengadakan dialog dengan individu di luar bidang seni bina seperti ahli politik, aktivis sosial, ahli antropologi dan sebagainya. Selain daripada itu, ahli akademik dan profesional seni bina perlu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh mengenai sejarah dan teori seni bina kerana kewujudan awal bahasa dan susun atur seni bina yang ada pada hari ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan masyarakat di sekelilingnya. Sebagai contoh, falsafah seni bina Moden yang mula diperjuangkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund adalah berkisar kepada aspek keperluan asas, teknologi semasa dan budaya hidup masyarakat di sekitar seni bina yang dihasilkan. Dengan mempunyai pengetahuan asas sedemikian, ahli akademik dan profesional seni bina di negara akan mempunyai kemampuan untuk menilai sama ada seni bina yang dihasilkan di Malaysia pada masa lampau selaras dengan keperluan masyarakat atau sebaliknya. Kewujudan nilai moral dan patriotik yang tinggi di kalangan ahli akademik dan profesional seni bina di negara ini juga merupakan sesuatu yang perlu ada bagi memastikan penghasilan penulisan yang berterusan dan bersemangat oleh golongan terbabit. Peranan yang harus dimainkan oleh ahli akademik dan profesional seni bina dalam menghasilkan penerbitan isu seni bina dan kemasyarakatan samalah seperti peranan seorang aktivis sosial yang tidak meletakkan keuntungan materialistik sebagai keutamaan dalam perjuangannya.

217 8.2.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Sumbangan individu dari luar bidang seni bina dalam penghasilan penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan merupakan satu usaha yang perlu dihargai dan harus diteruskan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, sebagai individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta pengetahuan yang terhad mengenai seni bina, bentuk penulisan yang dihasilkan oleh individu-individu tersebut juga adakalanya memberikan gambaran yang agak samar mengenai kepentingan sesuatu seni bina itu kepada masyarakatnya. Justeru, untuk menjadikan penulisan yang dihasilkan oleh individu berkenaan lebih berkesan serta selari dengan objektif menjadikannya sebahagian daripada elemen pembinaan identiti seni bina nasional, sesuatu perlu dilakukan agar golongan tersebut memperolehi lebih pengetahuan mengenai seni bina. Sebagai contoh, badan profesional seni bina atau pusat kajian seni bina mengambil inisiatif dengan menjemput individu-individu terbabit dalam siri forum atau mengadakan beberapa sesi dialog di antara ahli profesional dan akademik seni bina dengan individu-individu dari luar bidang seni bina terbabit. Dengan kata lain, sumbangan individu dari luar bidang seni bina dalam penghasilan penerbitan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan perlu dihargai serta dialu-alukan oleh masyarakat seni bina di samping mengekalkan hubungan yang berterusan dengan mereka.

8.2.3 Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Selain meletakkan matlamat jangka pendek terhadap peningkatan penerbitan yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan di kalangan ahli akademik dan profesional seni bina, usaha untuk melahirkan generasi seni bina yang sensitif terhadap keperluan masyarakat dalam seni binanya perlu dihasilkan dalam jangka masa 10 atau 30 tahun akan datang. Dengan wujudnya generasi sedemikian, usaha untuk

218 mempertingkatkan penulisan berkaitan dengan isu kemasyarakatan dan seni bina dari golongan tersebut akan menjadi lebih mudah. Untuk mencapai hasrat tersebut, perubahan kurikulum pembelajaran seni bina di seluruh pusat pengajian tinggi di Malaysia pada masa hadapan perlu dilaksanakan memandangkan aspek tersebut tidak begitu dipertekankan pada hari ini.294 Selain daripada itu, pusat pengajian tinggi juga harus mengambil pendekatan mesra media dan bersikap terbuka terhadap pandangan yang mungkin bersifat sensitif mengenai masyarakat oleh ahli akademiknya. Sifat terbuka yang diamalkan oleh mana-mana pusat pengajian tinggi di negara ini secara tidak langsung akan memberikan suasana yang lebih selesa kepada ahli akademik seni bina untuk mengeluarkan pendapat atau menghasilkan penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan tersebut.

8.2.4 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Selain daripada mengharapkan sokongan daripada orang perseorangan, usaha meningkatkan penghasilan penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan juga memerlukan sokongan kuat daripada badan profesional seni bina. Pihak PAM misalnya boleh memperuntukkan satu ruangan khas di dalam Architecture Magazine bagi membincangkan mengenai isu tersebut pada setiap keluarannya. Pihak PAM juga perlu melakukan perubahan terhadap kehendak asas yang telah ditetapkan di dalam akta Undang-undang Kecil Seragam Bangunan (UBBL) yang mana mengambil kira keperluan dan kebudayaan semasa masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, mewajibkan penyediaan reka bentuk ruang komuniti di bahagian belakang kawasan rumah teres yang bakal dibangunkan pada masa akan datang atau mewajibkan penyediaan ruang pejalan kaki di kawasan perumahan. Dengan adanya perubahan undang-undang yang mengambil kira aspek keperluan dan kebudayaan masyarakat tersebut, ianya secara tidak langsung

Kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis sebagai pelajar seni bina di Universiti Teknologi Malaysia selama enam tahun (1994-2000) dan juga ahli akademik seni bina selama 4 tahun. Dalam tahun 2003, penulis secara langsung terlibat dalam penulisan silibus bagi peringkat Sarjana Muda Sains Seni Bina di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang tempoh penulisan tersebut, penulis telah melakukan semakan terhadap beberapa silibus mata pelajaran seni bina dari UiTM dan UTM.

294

219 akan mengubah pola perbincangan di dalam penerbitan yang dihasilkan oleh badan tersebut atau masyarakat seni bina yang berada disekelilingnya. Selain daripada PAM, pihak LAM juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan yang berkaitan dengan isu seni bina dan kemasyarakatan secara tidak langsung. Dalam usaha melahirkan generasi seni bina yang peka dengan isu kemasyarakatan pada masa akan datang oleh institusi pengajian tinggi, pihak LAM perlu memberi pengiktirafan terhadap kepentingan aspek tersebut dalam proses akriditasi yang dilaksanakan berbanding dengan hanya memberi penekanan terhadap aspek teknikal dan kemahiran sahaja.

8.2.5 Peranan Badan Bebas Atau Pusat Penyelidikan Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Badan bebas atau pusat kajian seni bina turut berperanan dalam usaha meningkatkan penerbitan yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan di Malaysia pada masa akan datang. Pada masa kini, penghasilan penulisan sedemikian telahpun dilaksanakan oleh badan bebas atau pusat kajian seni bina seperti KALAM melalui beberapa penerbitan yang telah di hasilkan oleh mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh badan bebas atau pusat kajian seni bina pada masa akan datang ialah dengan memperbanyakkan lagi usaha penyelidikan dan perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan. Dengan wujudnya banyak sumber atau perkongsian idea mengenai isu tersebut, ianya secara tidak langsung akan mempermudahkan lagi proses penghasilan penerbitan yang membincangkan isu sedemikian. Selain daripada menghasilkan penerbitan, badan bebas atau pusat kajian seni bina di negara ini juga boleh memainkan peranan sebagai `pusat bimbingan' kepada ahli akademik dan profesional seni bina atau mungkin juga individu di luar bidang seni bina seperti wartawan, ahli antropologi, sejarawan dan sebagainya (yang pernah menghasilkan penulisan atau penerbitan seni bina sebelum ini) mengenai isu tersebut. Sebagai contoh, Pusat Kajian Seni Bina Malaysia yang telah dicadangkan sebelum ini mungkin boleh menganjurkan seminar atau bengkel percuma kepada golongan tersebut mengenai seni bina dan kepentingannya terhadap

220 pembinaan sahsiah masyarakat. Selain daripada itu, golongan tersebut juga perlu dimaklumkan mengenai matlamat mewujudkan identiti seni bina nasional berdasarkan kebudayaan dan keperluan masyarakat semasa. Sesungguhnya pendidikan yang berterusan kepada golongan tersebut perlu dilaksanakan yang mana selain daripada seminar atau bengkel, pengiriman artikel atau surat berita yang menyentuh aspek seni bina dan kemasyarakatan perlu dilakukan secara berterusan agar ianya dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

8.2.6 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.

Selain perlunya wujud kesedaran mengenai peranan seni bina terhadap masyarakat di kalangan individu atau organisasi yang menghasilkan penulisan dan penerbitan seni bina, kewujudan suasana yang boleh meransang lebih banyak penerbitan yang membincangkan isu sedemikian merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Dalam situasi tersebut, pihak kerajaan dilihat sebagai entiti yang mampu memainkan peranan yang penting iaitu melalui kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam isu berkaitan dengan permasalahan sosial di kawasan rumah pangsa yang kurang selesa, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga dan Kementerian Dalam Negeri mungkin boleh mengetengahkan isu tersebut untuk diperbincangkan dari pelbagai aspek termasuk juga mengkaji semula reka bentuk rumah pangsa di negara ini pada masa hadapan. Dengan wujudnya isu seni bina dan kemasyarakatan di peringkat nasional kesan daripada sikap perihatin pihak kerajaan tersebut, ianya secara tidak langsung akan membuka ruang yang lebih selesa kepada banyak pihak termasuk juga ahli akademik dan profesional seni bina untuk melakukan ulasan mengenainya dalam bentuk penerbitan.

221 8.3 Perlunya Wujud Saluran Khas Dalam Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Melalui Penerbitan di Malaysia.

Dalam kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia sebelum ini, satu lagi aspek yang dilihat sebagai penyumbang kepada kurangnya keberkesanan dalam penyampaian isu tersebut ialah tiadanya satu penerbitan khusus yang mengetengahkan isu berkenaan. Keseluruhan penerbitan yang dikaji terutamanya dalam bentuk artikel menunjukkan ianya merupakan bahan bacaan sisipan kepada sebuah penerbitan yang membincangkan pelbagai isu. Jika kita menoleh kembali kepada perlaksanaan aktiviti penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werbund, kedua-dua pergerakan tersebut telah mewujudkan penerbitan khas masing-masing berbentuk majalah, jurnal, surat berita, buku panduan produk dan buku tahunan. Dalam memastikan perbincangan mengenai isu identiti seni bina dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan pada masa akan datang di Malaysia, adalah perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah penerbitan khas dalam apa jua bentuk yang membincangkan isu tersebut secara khusus. Seperti juga dalam proses penghasilan penerbitan yang lain, penglibatan dari pelbagai pihak dalam usaha mewujudkan penerbitan khas tersebut merupakan aspek yang perlu dipertekankan.

8.3.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Usaha mewujudkan penerbitan khas sebagai agen utama terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang memerlukan komitmen yang tinggi daripada ahli akademik dan profesional seni bina. Kepakaran yang dimiliki oleh ahli akademik dan profesional seni bina dalam pelbagai aspek sama ada dalam menghasilkan penulisan, rekaan grafik dan sebagainya begitu diperlukan dalam memastikan proses penerbitan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar . Inisiatif organisasi atau badan-badan tertentu untuk mewujudkan penerbitan khas mungkin

222 memerlukan sebuah jawatankuasa tetap. Justeru, sumbangan dari segi masa, tenaga dan buah fikiran dari sesetengah ahli akademik dan professional seni bina secara berterusan sepanjang tempoh penghasilannya juga begitu perlukan. Sumbangan idea dalam bentuk penulisan secara menyeluruh daripada kedua-dua golongan tersebut juga diperlukan agar penerbitan khas yang bakal diwujudkan tidak bersifat mengetengahkan pandangan individu tertentu sahaja. Untuk mencapai hasrat tersebut, ahli akademik dan profesional seni bina terutamanya yang masih muda, perlu bersikap pro-aktif, berfikiran kritis dan berani menyuarakan pandangan mereka melalui penulisan. Selain daripada memberi sumbangan dalam bentuk penulisan, kemahiran pengurusan dan sebagainya, sumbangan daripada ahli akademik dan profesional seni bina dari segi mewujudkan kuasa beli dan promosi terhadap sesuatu penerbitan khas yang dihasilkan juga dirasakan sesuatu yang perlu diwujudkan. Sesungguhnya, kewujudan kuasa beli terhadap mana-mana produk yang dihasilkan adalah faktor yang paling penting dalam memastikan ianya dapat terus bertahan. Walaupun penerbitan khas yang bakal dihasilkan mungkin tidak meletakkan faktor keuntungan sebagai keutamaan, namun dengan pembelian terhadap penerbitan tersebut sekurang-kurangnya dapat mewujudkan modal pusingan terhadap proses penerbitan yang seterusnya. Dalam usaha mewujudkan kuasa beli, sumbangan ahli akademik dan profesional seni bina dari segi mengadakan promosi dari `mulut-ke mulut' sama ada di kalangan masyarakat seni bina ataupun masyarakat awam begitu diperlukan. Sebagai contoh, usaha promosi di kalangan masyarakat seni bina boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan Seni Bina di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan kepada ahli akademik dan pelajar seni bina yang bernaung di bawah mereka.

8.3.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Dalam usaha mewujudkan saluran khas terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan

223 terutamanya kepada masyarakat awam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pendidikan. Justeru, dalam memastikan matlamat mendidik masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang mengenai isu identiti seni bina dapat dilaksanakan, sumbangan daripada individu dari luar bidang seni bina dilihat sebagai sesuatu yang amat penting. Sebagai contoh, untuk memastikan proses penyebaran idea identiti seni bina kepada golongan muda menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan, kerjasama dari golongan kartunis seperti Lat dan Ujang dilihat sebagai salah satu alternatif yang boleh digunakan. Kedua-dua kartunis tersebut telahpun mempunyai komik mereka sendiri dan juga dikenali sebagai seniman yang mempunyai pemikiran tajam terhadap perkembangan budaya hidup masyarakat di Malaysia serta mampu menyampaikan mesej mereka dalam bentuk humor tetapi berkesan. Apa yang perlu dilaksanakan kedua-dua individu tersebut ialah menyelitkan unsur moral mengenai pengaruh seni bina terhadap masyarakatnya dalam segmen-segmen tertentu di dalam komik yang dihasilkan atau menghasilkan sebuah komik khas yang menggabungkan beberapa orang kartunis dan jalan cerita yang diketengahkan di dalamnya secara langsung menyentuh isu seni bina dan kemasyarakatan tersebut.

8.3.3 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Sejak beberapa dekad yang lalu, pihak PAM telahpun menghasilkan Majalah Akitek yang bertujuan memberikan informasi kepada masyarakat seni bina mengenai isu dan perkembangan seni bina semasa termasuk juga isu mengenai identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun, sifat Majalah Akitek yang tidak memberikan tumpuan khusus kepada isu-isu tertentu telah menjadikan perbincangan mengenai isu identiti seni bina di dalam majalah tersebut tidak begitu mendalam. Apa yang perlu dilakukan oleh PAM pada masa akan datang ialah usaha berterusan dalam mengangkat isu identiti seni bina nasional sebagai isu yang penting dan perlu diterbitkan secara tetap dan konsisten sama ada di dalam Majalah Akitek (hari ini dikenali sebagai Architecture Magazine) atau

224 menerbitkan isu tersebut secara berasingan dalam bentuk risalah dan dijual secara pakej bersama Architecture Megazine . Selain daripada itu, pihak PAM juga mungkin boleh memberikan sokongan moral atau bantuan teknikal dalam penulisan dan penerbitan terhadap mana-mana organisasi yang mempunyai inisiatif untuk menghasilkan penerbitan khas yang membincangkan isu identiti seni bina tersebut.

8.3.4 Peranan Badan Bebas Dan Pusat Kajian Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Badan bebas dan pusat kajian seni bina yang telah sedia wujud atau yang bakal diwujudkan seperti Badan Warisan Malaysia, KALAM dan Pusat Kajian Seni Bina Malaysia dilihat sebagai antara institusi yang paling berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan saluran khas terhadap proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan pada masa akan datang sama ada melalui kerja sama ataupun secara berasingan. Pada peringkat awal penghasilan penerbitan khas oleh ketiga-tiga badan tersebut, ianya mungkin boleh dihasilkan dalam bentuk risalah atau surat berita dan diedarkan dalam jumlah yang terhad. Penyediaan risalah atau surat berita bukan sahaja dapat dihasilkan dengan cepat tetapi juga hanya melibatkan kos yang rendah. Apabila masyarakat mula menyedari akan kewujudan penerbitan khas sedemikian serta terdapat pihak yang sanggup menjadi penaja, penerbitan yang membabitkan kos yang lebih tinggi seperti akhbar mini, majalah ataupun jurnal boleh dihasilkan. Penghasilan penerbitan khas oleh institusi-istitusi tersebut juga harus meletakkan matlamat jangka panjang serta proses menaik tarafnya juga tidak perlu dilakukan secara terburu-buru tetapi apa yang lebih penting ialah kesedaran masyarakat mengenai kewujudan medium tersebut serta isu yang diperbincangkannya.

225 8.3.5 Peranan Badan Kerajaan Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Dalam usaha mewujudkan penerbitan khas terhadap penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang, kerjasama daripada pihak kerajaan juga amat diperlukan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan ialah dengan menyedikan mekanisme sokongan terhadap proses penghasilan penerbitan tersebut dan juga boleh bertindak sebagai pihak yang memberi galakan atau penaung terhadap penerbitan khas yang dihasilkan. Dalam memainkan peranan sebagai pihak yang menyediakan mekanisme sokongan terhadap proses penghasilan penerbitan khas, pihak kerajaan melalui badan-badan tertentu yang bernaung di bawahnya seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Percetakan Nasional Berhad boleh menyediakan bantuan kepakaran dari sudut percetakan dan pemasaran terhadap mana-mana institusi atau organisasi yang berhasrat menghasilkan penerbitan tersebut. Bantuan yang dihulurkan oleh badan-badan kerajaan terbabit dari sudut percetakan misalnya, bukan sahaja dari segi teknik atau kemudahan percetakan tetapi juga mungkin dari sudut penjimatan kos dalam menghasilkan penerbitan itu sendiri. Dengan penggunaan kos yang lebih rendah dalam proses penghasilan penerbitan, ianya secara tidak langsung akan meningkatkan kuasa beli masyarakat terhadapnya. Selain daripada menyediakan mekanisme sokongan terhadap mana-mana penerbitan khas seni bina yang bakal dihasilkan, pihak kerajaan juga boleh bertindak sebagai pihak yang memberi galakan atau penaung kepada projek penerbitan terbabit. Dalam situasi tersebut, satu atau beberapa kementerian boleh bertindak sebagai penaung kepada sesuatu penerbitan khas seni bina yang dihasilkan oleh sesebuah institusi. Sebagai contoh, Kementerian Kebudayaan Dan Warisan bertindak sebagai penaung kepada penerbitan khas yang dihasilkan oleh Badan Warisan Malaysia. Melalui kesudian pihak kerajaan untuk menjadi penaung kepada penghasilan sesuatu penerbitan khas, ia sekurangkurangnya akan meningkatkan moral institusi atau organisasi berkenaan untuk terus bekerja keras dalam usaha mencapai matlamat penghasilan penerbitan tersebut.

226

8.3.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.

Proses mewujudkan penerbitan khas yang berperanan sebagai medium utama terhadap perbincangan isu identiti seni bina nasional boleh direalisasikan dengan jayanya melalui penglibatan secara aktif pihak swasta dan badan korporat. Selain berpotensi sebagai penaja kepada penerbitan khas yang bakal dihasilkan, pihak swasta dan badan korporat juga boleh memainkan peranan sebagai pihak yang menghasilkan penerbitan atau menyediakan kemudahan yang boleh melancarkan lagi proses penghasilan penerbitan tersebut. Dalam memainkan peranan sebagai pihak yang menghasilkan penerbitan khas misalnya, ianya mungkin boleh dilaksanakan oleh pihak pemaju seni bina (terutamanya pemaju yang besar) dalam usaha memberi informasi dan mendidik bakal pembeli mengenai reka bentuk seni bina yang menekankan aspek identiti seni bina nasional di dalam projek yang telah atau bakal mereka bangunkan. Pihak pemaju seni bina di Malaysia juga mungkin boleh mengambil iktibar daripada kesedaran pengguna yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini yang mana telah wujud sikap ingin tahu yang lebih mendalam mengenai sesuatu produk. Dengan wujudnya penerbitan khas yang mampu mendidik golongan pembeli, ianya bukan sahaja memberi kebaikan kepada golongan tersebut dari segi peningkatan pengetahuan mengenai identiti seni bina tetapi juga akan mewujudkan keuntungan dalam jangka masa panjang kepada pihak pemaju dari segi peningkatan jualan, kesan daripada perasaan yakin masyarakat terhadap organisasi mereka. Selain daripada kemudahan penerbitan yang diperolehi dari pihak kerajaan, penghasilan penerbitan khas yang membincangkan isu identiti seni bina nasional oleh mana-mana organisasi mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan penerbitan daripada pihak swasta. Dalam situasi tersebut, sokongan teknikal dan penjimatan kos penerbitan merupakan antara bantuan yang boleh dihulurkan oleh syarikat penerbitan terbabit. Selain daripada itu, syarikat penerbitan swasta terbabit juga perlu memainkan peranan yang penting dalam proses pemasaran hasil penerbitan khas tersebut sama ada dalam usaha mengenal pasti cita rasa pembaca sebelum sesuatu

227 penerbitan dihasilkan atau menyalurkan penerbitan tersebut kepada pengedar atau kedai buku di seluruh negara.

8.4 Rumusan

Penulisan bab ini telah memperlihatkan dengan jelas mengenai proses adaptasi serta penyesuaian ketiga-tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Intitusi Deutsche Werkbund terhadap garis kasar strategi penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Usaha penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia tidak harus diletakkan di bahu pihak tertentu sahaja, sebaliknya pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar bidang seni bina perlu berganding bahu dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut selaras dengan menjadikan masyarakat sebagai sebahagian daripada elemen dalam pembinaan identiti seni bina nasional. Pengajaran yang diambil daripada Pergerakan Arts and Crafts dan Intitusi Deutsche Werkbund juga tidak terhad setakat nilai penyebaran ideanya sahaja tetapi juga merangkumi kaedah kerja yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Dalam suasana dunia seni bina Malaysia yang semakin kompleks pada hari ini, perlaksanaan proses penyebaran idea oleh sebuah institusi seperti yang dilakukan oleh Institusi Deutsche Werkbund dilihat sebagai sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan berbanding dengan Pergerakan Arts and Crafts yang menggerakkan aktivitinya melalui kerjasama pelbagai individu dan institusi. Walau bagaimanapun, perlaksanaan gerak kerja penyebaran idea oleh Institusi Deutsche Werkbund yang mendapat kerjasama rapat daripada pihak kerajaan juga dilihat sebagai sesuatu yang wajar dipraktikkan dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Justeru, di samping mengambil pengajaran daripada nilai penyebaran idea yang diketengahkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga cuba menerap dan menyesuaikan sesetengah nilai dinamik dari kedua-dua pergerakan tersebut dalam menggerakkan strategi penyebaran idea yang telah digariskan.

228

BAB SEMBILAN

KESIMPULAN

9.0 Pendahuluan

Secara keseluruhannya tesis ini cuba mengetengahkan pendapat mengenai perlunya wujud usaha penyebaran idea secara bersistematik kepada masyarakat sebagai salah satu kaedah ke arah mewujudkan seni bina beridentiti di Malaysia pada masa akan datang. Komen dari beberapa orang tokoh seni bina negara mengenai kurangnya pemahaman di kalangan masyarakat mengenai isu identiti seni bina sebagai salah satu punca kepada permasalahan dalam proses pembangunan identiti seni bina nasional sejak beberapa dekad yang lalu, telah membawa kepada kajian lanjut terhadap sumber penerbitan seni bina yang berlandaskan nilai penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan

229 Institusi Deutsche Werkbund. Daripada kajian yang dilakukan terhadap bahan penerbitan seni bina tersebut, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah telah wujud beberapa kelemahan di dalam proses penyebaran idea melaluinya dan sebagai tindakan susulan, cadangan terhadap strategi penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang telah diketengahkan. Sesungguhnya, tesis ini merupakan sebahagian daripada usaha mengenal pasti punca yang membawa kepincangan dalam proses pembinaan identiti seni bina di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah satu-satunya jawapan terhadap persoalan tersebut. Justeru, beberapa kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi memperjelaskan lagi beberapa permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu serta cadangan susulan mengenainya.

9.1 Cadangan Kajian Lanjutan

Beberapa kajian lanjutan mengenai kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina Malaysia pada masa lampau perlu dilaksanakan. Kajian pertama yang boleh dilaksanakan ialah dengan cuba mengenal pasti secara langsung tahap pemahaman atau kesedaran masyarakat mengenai isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Berbanding tesis ini, kajian lanjutan yang bakal dilaksanakan tersebut mungkin akan melaksanakan ujian secara langsung terhadap kumpulan sasaran untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman mereka mengenai isu identiti seni bina tersebut. Cadangan kajian lanjutan kedua pula ialah mengenai usaha penyebaran idea identiti seni bina yang telah dilaksanakan oleh pelopor atau penggerak gagasan tersebut pada era 70-an dan 80an yang mana pada waktu itu, isu berkenaan begitu hebat diperkatakan. Selain daripada menghasilkan penerbitan, mungkin pada waktu itu terdapat beberapa kaedah lain yang digunakan oleh pelopor atau penggerak gagasan identiti seni bina nasional dalam usaha penyebaran idea kepada masyarakat. Cadangan kajian lanjutan ketiga yang difikir perlu dilaksanakan pada masa hadapan ialah mengenai persepsi ahli akademik dan profesional seni bina terhadap peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada masa lampau. Kepentingan kajian tersebut ialah untuk

230 mengenal pasti tahap motivasi serta sejauh mana usaha penyebaran idea mengenai isu identiti seni bina nasional telah dilaksanakan oleh golongan tersebut sejak beberapa dekad yang lalu.

9.1.1 Cadangan Kajian Mengenai Tahap Pemahaman Masyarakat Awam Terhadap Identiti Seni Bina di Malaysia.

Dalam kajian mengenai tahap pemahaman masyarakat awam mengenai identiti seni bina Malaysia, kaedah temu ramah boleh digunakan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai isu tersebut. Untuk melihat sejauh mana pemahaman masyarakat mengenai identiti seni bina sama ada hanya dari sudut fizikal atau sebaliknya, pandangan mereka mengenai penggunaan elemen-elemen tertentu pada bangunan moden boleh dijadikan ukuran. Sebagai contoh, penggunaan elemen seni bina Melayu pada seni bina kontemporari telah ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai jawapan terhadap pembinaan identiti seni bina nasional. Justeru, ujian yang akan dilaksanakan ialah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai tafsiran tersebut. Menurut kebiasaannya, tahap pemikiran seseorang mengenai sesuatu isu berdasarkan apa yang mereka lihat, dengar atau baca. Justeru, selain daripada sesi temuramah, maklum balas daripada respondan mengenai sumber penerbitan seni bina yang biasa mereka baca juga akan cuba direkodkan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti sama ada proses penyebaran idea identiti seni bina yang telah dilaksanakan telah diterima dengan baik di peringkat akar umbi atau sebaliknya. Mengenai respondan yang terlibat, golongan pertengahan yang terdiri daripada pemimpin politik, ahli akademik, golongan profesional dan sebagainya merupakan golongan masyarakat yang begitu berpotensi dan perlu diberi keutamaan dalam kajian yang bakal dilaksanakan. Pemilihan golongan masyarakat terbabit sebagai respondan utama di dalam kajian tersebut adalah bertepatan berdasarkan beberapa kriteria yang ada pada mereka seperti tahap pendidikan atau intelektual yang tinggi serta sering dianggap sebagai suara utama masyarakat dalam mengutara serta membincangkan secara matang mengenai sesuatu isu.

231 9.1.2 Cadangan Kajian Mengenai Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Nasional Oleh Para Pelopor Gagasan Tersebut Pada Era 70-an Dan 80-an.

Cadangan kajian mengenai usaha peyebaran idea oleh para pelopor gagasan identiti seni bina nasional pada era 70-an dan 80-an cuba melihat dari perspektif yang lebih khusus iaitu usaha penyebaran idea oleh individu tertentu ketika isu tersebut begitu hebat diperkatakan dalam kedua-dua dekad tersebut. Beberapa tokoh seni bina negara seperti Ken Yeang, Ikmal Hisham Albakri, Baharuddin Kassim, Hijjas Kasturi dan sebagainya merupakan antara respondan utama dalam kajian yang bakal dilaksanakan. Kaedah kajian yang bakal dilaksanakan ialah dengan mengadakan sesi temu ramah dan mungkin juga semakan terhadap dokumen yang berkaitan usaha penyebaran idea oleh tokoh-tokoh terbabit suatu ketika dahulu. Tujuan utama kajian tersebut dilaksanakan ialah untuk mengenal pasti sama tokoh-tokoh terbabit mempunyai kaedah penyebaran idea yang bersistematik atau sebaliknya. Selain daripada itu, dengan perlaksanaan kajian tersebut, sebarang permasalahan yang dihadapi oleh tokoh-tokoh terbabit dalam proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat dalam era 70-an dan 80-an dapat dikenal pasti.

9.1.3 Cadangan Kajian Terhadap Persepsi Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Mengenai Kepentingan Penglibatan Masyarakat Dalam Usaha Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia.

Satu lagi kajian yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang ialah mengenai persepsi ahli akademik dan profesional seni bina terhadap peranan yang seharusnya dimainkan oleh masyarakat dalam pembanguan identiti seni bina di Malaysia. Dalam kajian tersebut, beberapa ahli akademik dan profesional seni bina yang berpengalaman atau pernah memainkan peranan penting dalam perbincangan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia akan dipilih dan ditemu bual. Melalui kajian tersebut, satu rumusan mungkin boleh dibuat mengenai tahap kesungguhan ahli akademik dan profesional seni bina terbabit dalam proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat sejak beberapa dekad yang lalu. Selain daripada itu, satu perbandingan terhadap hasil kajian

232 yang diperolehi dalam penyelidikan tersebut dengan hasil penyelidikan lepas boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, masalah dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat melalui beberapa medium penerbitan seperti yang telah diketengahkan di dalam tesis ini mungkin mempunyai kaitan dengan tahap motivasi atau persepsi ahli akademik dan profesional seni bina terhadap peranan masyarakat di dalam pembangunan identiti seni bina tersebut.

9.2 Rumusan Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan telah menunjukkan bahawa usaha memperkemaskan strategi perlaksanaan dalam pembangunan identiti seni bina tersebut adalah sesuatu yang amat penting. Walau bagaimanapun, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa tesis ini bukanlah satu-satunya jawapan kepada permasalahan dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia khususnya dalam usaha penyebaran idea kepada masyarakat dan menyedari hakikat itu, beberapa cadangan kajian lanjutan telah diketengahkan. Melalui perlaksanaan beberapa kajian susulan tersebut, beberapa cadangan baru terhadap strategi penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga pasti diketengahkan. Dengan wujudnya pelbagai cadangan baru terhadap pendekatan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat, ianya secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas kepada tercapainya objektif penyebaran idea tersebut berbanding dengan hanya melaksanakan satu strategi penyebaran idea sahaja.

Information

COVER DEPAN TESIS.pdf

263 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

91492


You might also be interested in

BETA
Takdir Islam: Jambatan Peradaban Antara Timur dengan Barat
sari27-2008[10].pmd
Contents
COVER DEPAN TESIS.pdf
akademika78[01]A4.pmd