Read FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PEMBANGUNAN KERJAYA DI KALANGAN PEKERJA WANITA text version

TAHAP KEYAKINAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR : KAJIAN KES DI SALAH SEBUAH KOLEJ KEDIAMAN KEDIAMAN DI UTM, KAMPUS SKUDAI, JOHOR BAHRU, MALAYSIA

MERIAM BINTI YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP-KEYAKINAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN

PELAJAR : KAJIAN KES DI SALAH SEBUAH KOLEJ KEDIAMAN DI UTM, KAMPUS SKUDAI JOHOR BAHRU, MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya

MERIAM BINTI YUSOFF

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : LOT 1140,, KG LALOH 18000, KUALA KRAI, KELANTAN DARUL NAIM Tarikh : 13 APRIL 2007

____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR. MOHAMED SHARIF B. MUSTAFFA Nama Penyelia

Tarikh :

APRIL 2007

CATATAN :

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)".

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

................................................ DR. MOHAMED SHARIF B. MUSTAFFA 13 APRIL 2007

TAHAP KEYAKINAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR : KAJIAN KES DI SALAH SEBUAH KOLEJ KEDIAMAN DI UTM, KAMPUS SKUDAI, JOHOR BAHRU, MALAYSIA

MERIAM BINTI YUSOFF

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

...................................................... MERIAM BINTI YUSOFF 13 APRIL 2007

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.........

Bingkisan Ilmu ini dititipkan untuk.............. Bonda,dan kekanda tersayang..... Bidah b. Awang Mamat, Ibrahim b. Yusoff dan Khaled b. Yusoff. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin terbalas walau dengan segunung intan.Doa dan restu menjadi dorongan dan pembakar semangat buat Sue... Kak Dah dan Kak Ma serta anak-anak buah tersayang tidak pernah Sue lupakan. Terima kasih atas segala kasih sayang yang telah kalian berikan sebagai pendorong dan menjadi sumber inspirasi kepada Sue. Pengorbanan kalian terlalu besar untuk Sue...... Doakan semoga Sue berjaya....hanya sebuah KEJAYAAN yang mampu Sue berikan buat semua......... Buat rakan-rakan dan teman yang dikasihi.... Nordin, Florence, Zubaidah, Nurul, Linda, Lisa, Helen dan Kak.As yang telah banyak membantu memberi nasihat dan dorongan kepadaku.... tidak akan kulupa buat selama-lamanya. Kalian semua mengajarku erti sebuah PERSAHABATAN.........sesungguhnya kalian menjadi pembimbing selaku teman yang setia dalam perjuanganku....Semoga kejayaan akan menjadi milik kita... MEMORI BERSAMA AKAN TERUS MEKAR SEBAGAI KENANGAN TERINDAH UNTUK SELAMANYA...

JUTAAN TERIMA KASIH KUCAPKAN BUAT SEMUA..................

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur Ke-Hadrat ALLAH SWT atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana ini dalam masa yang ditetapkan. Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Mohamed Sharif bin Mustaffa. Selaku penyelia kursus ini yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar, komentar serta dorongan kepada saya di dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini. Ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTM, Skudai yang telah memberi kebenaran menggunakan sampel di kolej tersebut. Buat Bahakhi dan semua pihak yang terlibat dalam membantu saya sepanjang proses menyiapkan penulisan ilmiah ini. Semoga sumbangan dan jasa baik anda mendapat rahmat daripadanya. Tidak lupa juga kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah memberi kerjasama yang baik sebagai responden dan sudi meluangkan masa mengulangkaji pelajaran untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Terima kasih dengan kerjasama anda dan semoga anda berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Sekian terima kasih.

-Meriam Yusoff-

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu analisis terhadap tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di kampus UTM, Skudai. Kajian ini juga dilakukan dengan melihat perbezaan tahap keyakinan kemahiran generik antara jantina. Populasi kajian ialah seramai 246 orang pelajar daripada pelbagai kursus. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 152 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens iaitu Analisis Skor Min dan Ujian-t. Secara keseluruhan, keputusan analisis menunjukkan tahap keyakinan kemahiran generik adalah pada tahap yang tinggi. Hasil analisis Ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keyakinan kemahiran generik merentas jantina sekaligus menyokong hipotesis kajian ini. Namun demikian, diharapkan semua pihak yang terlibat memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memperkembangkan kemahiran generic pelajar terutamanya di UTM bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendsk pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan Negara terus survive dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is an analysis among second year student on the mastery level of generic skills located at one of the hostel in UTM, Skudai Campus. This study was also conducted to seek the differences of students generic skills across gender. The populations of this study is comprised 246 students from various courses and 152 students were randomly selected as a sample in this studies. Quantitative method was used for the research design using questionnaire as amethod toobtain the data. The questionnaire data then will be analyzed using the Descriptive Statistical Analysis for tendency and inferential statistical analysis for t-test. Overall the finding of analysis result indicated that the levels of students generic skill were high. A T-Test analysis also indicated that there was no significant differences between student generic skills level across gender. These finding shows that the hypothesis of this research is insignificant. Nevertheless, all the parties involved should take effective steps and effort to expand the generic skills of student especially at UTM as to prepare them to be future work forces that could fulfill current and future market demand. Futhermore to ensure that our country can survive and able to compete at the international level.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH DAFTAR SINGKATAN

MUKA SURAT

v vi vii xi xii xv

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latarbelakang Masalah Penyataan Masalah Matlamat Kajian Objektif Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian 1 4 5 6 6 7 8 9

viii BAB PERKARA 1.9 Definisi Konsep dan Operasional 1.9.1 1.9.2 1.9.3 1.9.4 1.9.5 1.10 1.12 BAB 2 Definisi Tahap Definisi Keyakinan Definisi Kemahiran Definisi Kemahiran Generik Definisi Pelajar MUKA SURAT 9 10 10 10 10 11 12 13

Kerangka Konsep Penutup

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pengenalan Kemahiran Generik Kemahiran Generik Dari Perspektif Islam Kemahiran Generik dan Kepentingan Setiap Elemen di UTM Model-model Kemahiran Generik 2.5.1 2.5.2 Kemahiran Generik Oleh Espinonza Kemahiran Generik Oleh Pumphery Perkembangan Kurikulum Sekolah Ke Kerjaya 2.6 Kajian-Kajian Lepas 2.6.1 2.6.2 2.7 Kajian Dalam Negara Kajian Luar Negara 38 43 47 22 32 32 34 36 14 16 19

2.5.3 Kemahiran Generik Oleh Pusat

Rumusan

ix BAB BAB 3 PERKARA METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pengenalan Rekabentuk Penyelidikan Prosedur Kajian Tempat Kajian Persampelan Kajian Instrumen Kajian 3.6.1 Bahagian A: Demografi Pelajar 3.6.2 3.6.4 Bahagian B: Kemahiran Generik Analisis Data 3.6.4.1 Analisis Deskriptif 3.6.4.2 Analisis Tahap Kemahiran Generik Perbandingan Min 3.6.4.3 Analisis Ujian-t BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 Pengenalan Bahagian A: Analisis Deskriptif 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Latarbelakang Pelajar Mengikut Jantina dan Kursus Analisis Data Mengikut Bahagian Dalam Soal Selidik Analisis Tanggapan Pelajar Terhadap Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Dalam Diri 4.2.3.1 Analisis Item Kemahiran Berkomunikasi 4.2.3.2 Analisis Item Kemahiran Bekerja 67 70 66 63 60 3.6.3 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 55 55 56 58 58 60 49 50 52 54 54 MUKA SURAT

x BAB PERKARA Dalam Kumpulan 4.2.3.3 Analisis Item Kemahiran Menyelesaikan Masalah 4.2.3.4 Analisis Item Kemahiran Menjadi Fleksibel 74 4.2.3.5 Analisis Pembelajaran Sepanjang Hayat 4.2.3.6 Analisis Keyakinan Diri 4.2.3.7 Analisis Kemahiran Beretika 4.2.3.8 Analisis Keseluruhan 4.2.3.9 Analisis Perbandingan Skor Min Kemahiran Generik Berdasarkan Jantina 4.3 Bahagian B: Analisis Insferensi Hipotesis 4.3.1 Analisis t-test 4.3.1.1 Hipotesis nol 1 (Ho 1) 4.3.1.2 Hipotesis nol 2 (Ho 2) 4.3.1.3 Hipotesis nol 3 (Ho 3) 4.3.1.4 Hipotesis nol 4 (Ho 4) 4.3.1.5 Hipotesis nol 5 (Ho 5) 4.3.1.6 Hipotesis nol 6 (Ho 6) 4.3.1.7 Hipotesis nol 7 (Ho 7) 4.3.1.8 hipotesis nol 8 (Ho 8) 4.4 Kesimpulan 85 85 86 86 87 88 88 89 90 90 76 77 79 81 83 72 MUKA SURAT

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 Pendahuluan Perbincangan 5.2.1 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Berkomunikasi) 92 93 93

xi BAB PERKARA 5.2.2 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem. Bekerja Berkumpulan) 5.2.3 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem. Menyelesaikan Masalah) 5.2.4 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem. Menjadi Fleksibel) 5.2.5 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem. PSH) 5.2.6 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem. Berkeyakinan Diri) 5.2.7 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kem Beretika dan Moral) 5.2.8 5.2.9 Perbezaan Kemahiran Berkomunikasi Merentas Jantina Perbezaan Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan Merentas Jantina 5.2.10 Perbezaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Merentas Jantina 5.2.11 Perbezaan Kemahiran Menjadi Merentas Jantina 5.2.12 Perbezaan Kemahiran Berkomunikasi Fleksibel Merentas Jantina 5.2.13 Perbezaan Kemahiran Berkeyakinan Diri Merentas Jantina 5.2.14 Perbezaan Kemahiran Beretika dan Moral Merentas Jantina 5.2.15 Perbezaan Kemahiran Generik Secara Keseluruhan Merentas Jantina 107 106 106 105 104 103 103 102 101 100 98 97 95 MUKA SURAT 93

xii BAB PERKARA 5.3 5.4 5.5 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik Cadangan Cadangan Kajian Pada Masa Depan Rumusan MUKA SURAT 108 110 111 112

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 4.2.8

Jenis Konstruk dan Bilangan Item Dalam Soal Selidik Taburan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Perubahan5 Point Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kursus Analisis Data Mengikut Bahagian Dalam Soal Selidik Jadual Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Berkomunikasi Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam KemahiranMenyelesaikan Masalah Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Menjadi Fleksibel 74 72 70 67 67 66 64 64 56 57 59

xiv NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.9 4.2.10 4.2.11 4.2.12 4.2.13 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.3.8

Taburan Tahap.Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Berkeyakinan Diri Taburan Tahap Keyakinan Responden Dalam Kemahiran Beretika dan Moral Taburan Min Keseluruhan Bagi Tahap Kemahiran Generik Analisis Perbandingan Skor Min Kemahiran Generik Berdasarkan Jantina Perbandingan Kemahiran Komunikasi Antara Jantina Perbandingan Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan Perbandingan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Antara Jantina Perbandingan Kemahiran Menjadi Fleksibel Antara jantina Perbandingan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Antara Jantina Perbandingan Kemahiran Berkeyakinan Diri Antara Jantina Perbandingan Kemahiran Beretika dan Moral Antara Jantina Keputusan Keseluruhan Perbezaan Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Merentas Jantina

76 77 79 81 83 85 86 86 87 88 88 89 90

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 4.2.1 4.2.2 5.1

Kerangka Konsep Graf Palang Taburan Min Keseluruhan Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Graf Palang Skor Min Merentas Jantina Model Penyelesaian Masalah Dewey

12 82 84 96

xvi

DAFTAR SINGKAT

SHR SKP SPE SPA SAW SCS SEC SET SGG SHD SKK SPL SRI SSC SEE SEI SHF SMB SMI SGP SEP SKR SKB

Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) Sarjana MudaTek. Serta Pendidikan (Kej.Elektrik) Sarjana Muda Tek. Serta Pendidikan (Kej. Awam) Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) Sarjana Muda Kejuruteraan (Telekomunikasi) Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) Sarjana Muda kejuruteraan (Kimia) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) Sarjana Muda Sains ((Rekabentuk Industri) Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) Sarjana Muda Kej. (Elektrik- Kaw. & Instrumentasi) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Sarjana Muda Kej (Mekanikal & Bahan) Sarjana Muda Kej. (Mekanikal ­ Industri) Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) Sarjana Muda Kej (Elektrik ­ Elektronik Perubatan) Sarjana Muda Kej (Kimia Polimer) Sarjana Muda Kej (Kimia Bioproses)

xvii SKG SGU SBS PSH PBL Sarjana Muda Kej (Kimia Gas) Sarjana Muda Kej (Geomatik) Sarjana Muda Senibina Pembelajaran Sepanjang Hayat Problem Based Learning

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Masalah pengangguran di kalangan graduan universiti bukan lagi merupakan sesuatu yang dianggap janggal dewasa ini. Ianya sering dibincangkan sama ada di peringkat kementerian, universiti malah ianya juga merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan juga masyarakat umum. Salah satu isu yang dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri. Pihak institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran komunikasi dan kerja kumpulan, kurang kemahiran menggunakan

2 kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan. Atas dasar tersebut, kebanyakan institusi pengajian tinggi tidak hanya berfokus kepada proses penyaluran pengetahuan dan kemahiran dalam pengkhususan akademik semata-mata. Penerapan kepada kemahiran generik amat diperlukan bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya juga mula diberi perhatian. Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan sebagainya merupakan ciri-ciri yang amat perlu difahami, dikuasai dan seterusnya mampu diamalkan oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar telah mula dirancang dan dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut memberi penekanan serta menyokong setiap program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar UTM. Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran menerusi UNIPEN khususnya telah diamanahkan oleh pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai program, bengkel, aktiviti dan sebaginya bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. Program pembinaan atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar merupakan antara program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut. Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut graduan yang sewajarnya dicapai oleh pelajar UTM seperti kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dan sebagainya.

3 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menetapkan kemahiran dan nilai yang perlu diterapkan untuk graduannya sebagai melengkapi diri ke pasaran kerjaya di samping kemahiran teknikal pengkhususan masing-masing. Di antara kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral (Buletin P & P, UTM, 2004). Pembangunan `Modal Insan' di institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai lima gagasan utama iaitu penerapan nilai intelektual universal, pemurnian nilai kebangsaan, kredibiliti dan keprihatinan sosial, pengantarabangsaan kegiatan pelajar, dan pemeriksaan patriotisme (Utusan Malaysia). Dalam merealisasikan agenda tersebut, kemahiran generik merupakan salah satu kayu ukur yang menjadi medium untuk mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan pelajar mendepani alaf globalisasi. Kemahiran generik merupakan kemahiran utama yang perlu ada pada pelajar dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Menurut Model Kearns (2001), kemahiran generik pada individu boleh dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu kesediaan bekerja dan sifat bekerja individu, pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran interpersonal dan berfikir, serta mempunyai kemahuan untuk belajar. Kemahiran generik dalam kelompok pertama, kesediaan bekerja, terdiri dari pengetahuan asas pada diri individu dalam bidang tertentu dan mahir dalam penggunaan teknologi, amalan dalam bekerja, mempunyai minat dalam perniagaan dan boleh mengurus diri dan kebolehan merancang dalam organisasi. Kelompok yang kedua ialah seorang pekerja mesti mempunyai kemahiran interpersonal iaitu mahir dalam komunikasi sama ada secara lisan atau bertulis terutama dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik, memahami dan menghormati pendapat orang lain serta memahami diri sendiri. Kelompok ketiga meliputi kemahiran generik dalam konsep berfikir dan belajar, di mana seseorang boleh menggunakan daya berfikir yang baik dalam menyelesaikan masalah secara kritikal, menganalisa maklumat

4 dan ada kemahuan dalam diri untuk belajar memajukkan diri. Sementara Kearns juga berpendapat, kelompok yang keempat adalah perusahaan, keusahawanan, inovasi, kreativiti iaitu seseorang itu berilmu dalam perusahaan, berinovasi dalam menghasilkan produk dan kreatif. Kebanyakan institusi pendidikan tinggi terkemuka luar Negara (misalnya Griffith University dan Monash University di Australia, Alverno College di Milwaukee di USA dan The Under-Graduate Key Skills Project di United Kingdom) juga memberi fokus terhadap kecekapan dengan menerapkan kemahiran generik pelajar secara komprehensif berasaskan program yang direkabentuk khusus. Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, di antara kemahiran generik yang dikenalpasti perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisa maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik dan kemahiran budaya (Program Sekolah Ke Kerjaya, Kementerian Pelajaran Malaysia).

1.2

Latarbelakang Masalah

Universiti bukan sahaja dianggap sebagai institusi dalam proses mengembang dan membudayakan ilmu malah bertanggungjawab untuk memenuhi aspirasi dan jangkaan masyarakat serta negara dengan melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, mampu berfikir secara rasional, kritis, kreatif, inovatif, berdisiplin dan berakhlak mulia (Ishak, 1998; Khairul Annuar, 1998; Norfadzillah Hitam, 1997; Eh.Chot Cha Chan, 1987).

5

Kebelakangan ini kerap terdengar keluhan atau suara-suara yang mempertikaikan kewibawaan mahasiswa yang semakin menurun terutama dalam aspek kepimpinan dan jati diri sekalipun setelah bergelar graduan yang diakui keintelektualannya,. Keadaan ini berlaku kerana mungkin sepanjang tempoh mengikuti program-program pembelajaran mereka hanya didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada kursus atau bidang pilihan masing-masing. Ini mengakibatkan mereka lebih memikirkan keperluan terhadap pembangunan kerjaya selepas menerima ijazah berbanding dengan kesedaran memikirkan tanggungjawab terhadap pembangunan diri berhubung dengan kemahiran-kemahiran yang menjadi `nilai tambah' (value added) dalam alam kerjaya masing-masing. Jika andaian ini benar dan tidak didiagnosis, maka universiti akan terus melahirkan graduan yang pasif, tidak kreatif dan kaku dalam menghadapi cabaran-cabaran di luar alam keintelektualannya.

1.3

Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran generik di kalangan pelajar di salah sebuah kolej kediaman di UTM Kampus Skudai, Johor Malaysia. Pengkaji juga mengkaji tahap kemahiran generik dengan melihat perbezaan di antara jantina.

6 1.4 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk membantu universiti menyedia dan mengambil langkah yang perlu untuk melahirkan graduan yang berketrampilan. Seterusnya dapat membantu pelajar membuat persediaan menghadapi dunia kerjaya sebenar.

1.5

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk :

i)

Melihat tahap kemahiran generik pelajar di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dalam tujuh aspek berikut: Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Berkeyakinan Diri Kemahiran Etika dan Moral

ii)

Mengenalpasti perbezaan amalan antara tahap kemahiran generik merentas jantina.

7 1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah : Untuk melihat perbezaan antara kemahiran generik merentas jantina, 8 hipotesis telah dibentuk. Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang pertama (Kemahiran Komunikasi) merentas jantina. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang kedua (Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan) merentas jantina. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang ketiga (Kemahiran Menyelesaikan Masalah) merentas jantina. Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang keempat ( Kemahiran Menjadi Fleksibel) merentas jantina. Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang kelima (Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat) merentas jantina. Ho6 : Tidak terdapat perbezaan yang signikan antara tahap kemahiran generik yang keenam (Kemahiran Keyakinan Diri) merentas jantina.

8 Ho7 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran generik yang ketujuh (Kemahiran Beretika dan Moral) merentas jantina. Ho8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran generik secara keseluruhan merentas jantina.

1.7

Kepentingan Kajian

1.7.1

Membantu pelajar mengenalpasti tahap kemahiran generik yang ada dalam diri mereka.

1.7.2

Membantu pihak kolej mengenalpasti tahap kemahiran generik yang dimiliki oleh para pelajarnya.

1.7.3

Membolehkan pihak kolej menyediakan program-program kemahiran yang lebih terancang yang dapat membantu pelajar menghadapi dunia kehidupan sebenar selepas tamat belajar.

9 1.8 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 2 di salah sebuah kolej kediaman di UTM, Kampus Skudai sebagai sampel. Kemahiran Generik yang dikaji juga hanya tertakluk kepada kemahiran generik yang digariskan oleh UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menjadi fleksibel, kemahiran pembelajaran sepaanjang hayat, kemahiran keyakinan diri dan kemahiran beretika dan moral.

1.9 Definisi Konseptual dan Operasional

Definisi konsep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori harus bersandarkan pada sesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia memberi maksud yang lebih abstrak atau umum. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Definisi operasional menentukan prosedur yang spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definisi konsep mengenai sesuatu, individu atau objek. Dengan cara ini ia memberi peluang untuk mengkaji pembolehubah itu secara empirik. (Sabitha Marican, 2005) Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah:

10

i)

Tahap Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) tahap merupakan takat atau aras

dalam sesuatu usaha. Dalam kajian ini pengkaji telah mentakrifkan tahap sebagai tanda aras atau petunjuk terhadap elemen kemahiran generik di kalangan pelajar dikolej yang dikaji. Tahap kemahiran generik yang ada dalam diri pelajar telah diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. ii) Keyakinan Keyakinan mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (1999), keyakinan adalah bermula dari kata akar `yakin' yang bermaksud rasa pasti akan benarnya dalam sesuatu perkara itu. Justeru itu dalam kajian ini pengkaji mendefinisikan adalah rasa pasti terhadap kebolehan menguasai kemahiran generik dalam aktiviti pembelajaran di UTM. iii) Kemahiran Kemahiran disama erti dengan kompeten yang membawa maksud cepat, layak dan menjalankan tugas dengan sempurna. Kemahiran merujuk kepada keupayaan dan keupayaan dan perkembangan seseorang dalam membentuk kejayaan dalam diri mereka. iv) Kemahiran Generik Kemahiran Generik adalah kemahiran umum selain kemahiran yang melibatkan teknikal (Drew, S, 1998). Terdapat pelbagai kemahiran generik yang digariskan oleh sesebuah organisasi mahupun dasar kerajaan. Namun dalam kajian ini kemahiran generik adalah tertakluk kepada kemahiran generik yang digariskan oleh UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara kumpulan, kemahiran

11 menyelesaikan masalah, kemahiran menjadi fleksibel, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keyakinan diri dan kemahiran beretika dan moral. iv) Pelajar Pelajar-pelajar tahun 2 di salah sebuah kolej kediaman UTM, Kampus Skudai, Johor Bahru.

12 1.10 KERANGKA KONSEP

PELAJAR

TAHAP KEYAKINAN KEMAHIRAN GENERIK

KEMAHIRAN GENERIK 1 2 3 4 5 6 7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Berkeyakinan Diri Kemahiran Etika dan Moral

JANTINA

Lelaki

Perempuan

Perbezaan

Rajah 1.1: Kerangka Konsep

1.11

Penutup

Kemahiran generik dianggap sebagai satu kemahiran penting yang perlu ada bagi setiap individu sebagai satu kompetensi dalam diri mereka. Kemahiran ini perlu dilatih supaya rakyat malaysia mempunyai sumber (manusia) yang dapat menggerakkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Justeru, seseorang individu yang ingin berjaya dan menerajui diri akan memastikan bahawa mereka berusaha sedaya mungkin untuk mengadakan satu jalinan perhubungan yang sesuai dengan orang lain. Perkara yang penting ialah sikap diri dan kemampuan diri yang lahir daripada kemahiran yang diperolehi dan dipelajari. Pengetahuan yang diperolehi samada di dalam bilik kuliah mahupun di luar bilik kuliah akan memantapkan lagi kemahiran generik dalam diri seseorang individu dan ini akan memungkinkan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain dan hubungan yang baik dalam organisasi apabila berada dalam dunia kerjaya sebenar nanti.

14

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Kepentingan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah negara adalah amat penting. Beberapa buah negara mampu mencapai ekonomi yang tinggi melalui pembangunan sumber manusia yang teliti walaupun mempunyai modul fizikal yang sangat sedikit. Terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan modal fizikal, tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana kelemahan pembangunan sumber manusia (Rahmah Ismail, 1999). Pembangunan manusia dapat memberikan sumber yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan berhemah. Apabila pekerja diberikan sesuatu tanggungjawab dan amanah tertentu, mereka perlu dilatih bagi mencapai matlamat penubuhan organisasi. Apabila persekitaran, teknologi dan pemasaran berubah, pengetahuan dan kemahiran pekerja juga perlu turut berubah. Oleh itu pembangunan sumber manusia berfungsi sebagai pembina aset yang menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan kejayaan tenaga pekerja utama individu yang berkebolehan, berkemahiran dan berminat (Kamal S dan Mei L.Y, 1996).

15 Tenaga manusia dalam era globalisasi bekerja di alam yang bersifat `flexitime' dan `self paced' (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2002). Dalam keadaan demikian, pekerja akan berhadapan dengan perubahan yang tinggi dan berterusan seperti perubahan personal, perubahan produk dan penstrukturan semula organisasi. Maka sudah tentu akan berlaku peningkatan dalam permintaan terhadap pekerja oleh majikan, supaya pekerja dapat menjadi pekerja yang bertanggungjawab, mampu menangani cabaran, boleh menyesuaikan diri dan sensitif dengan kehendak semasa, maka pekerja-pekerja dalam era globalisasi perlulah mempelajari pelbagai nilai termasuklah etika kerja kepimpinan, kompetensi dalam teknologi maklumat, adaptabiliti pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Di antara cabaran utama yang perlu dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang produktif dan dapat memanfaatkan teknologi bagi menyumbang kepada pembentukan peradaban Sains dan Teknologi pada masa hadapan. Salah satu unsur penting dalam menangani cabaran di atas adalah mengaktifkan keperluan sumber manusia dengan meningkatkan kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang tersusun serta komprehensif. Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah kemajuan negara, sumber manusia ini perlu mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai positif seperti ikhlas, disiplin, menepati waktu., tekun, dedikasi dan gigih bekerja, berkemahiran dalam komunikasi, mahir dalam teknologi dan fleksibel (kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ketujuh 1999). Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Berita Harian, 17 Mei 2001). Malaysia perlu melakukan perubahan besar untuk terus melangkah menuju wawasan 2020 dengan bertukar menjadi negara berlandaskan ilmu dan bertunjangkan kemahiran. Beliau menekankan bahawa tumpuan khusus perlu diberikan kepada nillai etika dan moral, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengajaran kreatif.

16 Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan diperlukan di tempat kerja tanpa mengira apa jua jenis kemahiran generik sudah pasti ia merupakan satu kemahiran yang dapat membantu seseorang menjadi pekerja yang baik dan menuju ke arah `perfectionist'. Selain itu, majikan juga perlu memastikan perniagaan mereka berjaya dengan mengekalkan pekerja yang mempunyai kepelbagaian kemahiran dan keperibadian yang baik. Individu juga memerlukan kemahiran generik bagi mengekalkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan (Gergen, K, 1999). Dalam bidang pendidikan sudah pasti hubungan kemasyarakatan merupakan satu pertalian yang penting kerana guru sentiasa berurusan dengan masyarakat.

2.2

Kemahiran Generik

Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap graduan yang mana ia merupakan kemahiran yang bukan hanya tertumpu pada perkara-perkara yang mereka pelajari dalam bidang mereka. Kemahiran ini termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bekerja secara kumpulan. Untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran generik seperti ini, pihak universiti mestilah memasukkan latihan-latihan yang menggalakkan perkembangan kemahiran ini dalam diri pelajar. Penilaian dan ganjaran juga perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang baik terhadap kemahiran generik ini. Terdapat beberapa pandangan tentang kemahiran generik. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa kemahiran generik merupakan kemahiran yang diperlukan kolej pelajar bagi memenuhi perkembangan mereka untuk menjadi lebih berjaya dan juga pelajar yang berkesan. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mendapatkan maklumat dan kemahiran metakognitif (Elshout, J.J. Jansweijer, W & Widings, B.J,

17 1990). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kemahiran generik merupakan kuasa intelektual dan imaginasi, kemahiran memahami dan membuat pertimbangan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritikal dan juga kemahiran untuk melihat hubungkait (Squires, 1990: Ramsden, 1992) Menurut Ashcroft & Foreman Peck, (1994); Cribbs et.al (1994), kemahiran generik melibatkan kemahiran personal dan interpersonal yang diperlukan untuk komunikasi dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dalam kumpulan. Manakala menurut Gibbs et.al (1994) dan (Blumhof et.al, 1996) kemahiran generik merupakan satu kemahiran di mana seseorang itu boleh bekerja dengan baik secara berdikari mahupun dalam kumpulan. Industri kini memerlukan graduan dapat menjadi pekerja yang mempunyai kepelbagaian jenis kemahiran. Graduan yang berjaya semestinya mahir dalam bidang mereka dan pada masa yang sama haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran generik yang membolehkan mereka menyesuaikan diri mereka dengan keadaan di tempat kerja dan untuk berkomunikasi sesama mereka (Oblinger & Verville). Kajian yang dilakukan oleh Michelle Tullier (2000), menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran yang sering dilihat oleh majikan untuk menawarkan pekerjaan pada bakal pekerja adalah seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran mengurus, menilai dan menganalisis maklumat, kemahiran memahami budaya dan kemahiran bekerjasama dengan orang lain. Sharifah Nor Putih 2001, membuat takrifan kemahiran generik adalah kemahiran yang tidak khusus iaitu tidak mempunyai kurikulum yang khusus tetapi ianya boleh dipelajari melalui semua matapelajaran dengan kaedah interpretasi atau bersepadu kemahiran ini adalah bersifat funsional dan adaptif untuk menjadikan seseorang pekerja itu rasional dan produktif.

18 National Skill Task Force (2000) telah membuat definasi kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh digunakan dipelbagai pekerjaan seperti komunikasi, penyelesaian masalah, kebolehan membuat kesimpulan (reasoning skills,), membuat diagnostik masalah (diagnosis work problems), pengurusan proses kerja (process management) dan berkemahiran membuat penjadualan kerja yang tersusun (scheduling work). Pumphery (2001), telah membuat takrifan bahawa kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti individu. Kemahiran generik ini juga bergantung kepada sektor ataupun kumpulan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu untuk melakukan proses kerja untuk mendapatkan hasil yang diharapkan ia merangkumi kemahiran komunikasi (communication), kemahiran fleksibiliti (flexibility), kemahiran teknologi informasi (technology information), pengurusan (management), pengorganisasian kerja (organisation of work), bekerja secara kumpulan (team working), penyelesaian masalah (problem solving). Selain kemahiran generik (generic skills) ia juga dinamakan dengan beberapa kemahiran lain iaitu "key skills", "core skills", "essential skills", "key competencies", "neccesary skills", "transfreble skills" dan "employability skills". Dalam bidang industri mereka lebih gemar menggunakan "employability skills". Terdapat dua fasa bagi proses menterjemahkan dan menafsirkan apa itu kemahiran generik Di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pertama mengatakan bahawa kemahiran generik merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kemahiran umum yang berkaitan dengan pekerjaan dan kehidupan dan kemudian ia lebih dikaitkan dengan kemahiran dalam pekerjaan. Setiap sektor dalam pendidikan tidak kira di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai peranan dalam membantu individu untuk membangunkan kemahiran generik mereka (Holmes, L, 1995). Kemahiran Generik ini dibangunkan menerusi kehidupan individu itu dan juga

19 dalam pelbagai cara termasuklah kesedaran bekerja dalam kehidupan dalam konteks pendidikan. Fokus dalam kemahiran generik semakin besar dikaitkan dengan pembangunan dan pelaksanaannya juga semakin dikaitkan dengan isu pengajaran dan pembelajaran (Higher Education, Council, 1992).

2.3

Kemahiran Generik Dari Perspektif Islam

Mengikut Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin (2001) telah menggariskan bebarapa kemahiran generik dan etika pekerja dalam sesuatu organisasi mengikut lunaslunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Antaranya ialah: a) Amanah

Jika manusia melakukan selain daripada yang telah ditetapkan, maka ia sebenarnya melakukan kerosakan atau penyelewengan (fasad), dan dengan itu mengkhianati amanah yang telah diterima sejak alam roh lagi. Islam juga memberi penekanan yang berat terhadap konsep pertanggungjawaban (accountability). Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun sebesar zarah, akan dilihat (balasan) kejahatan itu" (Surah Al-Zalzalzalah: ayat 7-8) (Zainuddin, 1991)

20 Di dalam Islam, konsep perhitungan amal juga memberi gambaran mengenai konsep produktiviti yang menjadi motto atau objektif dalam mana-mana organisasi. Dalam organisasi hari ini, perhitungan amal tidak diambil peduli dan apa yang berlaku, kebanyakan organisasi bangga dengan mempunyai aset yang banyak, tenaga kerja yang mahir, peralatan dan sistem yang canggih tetapi dalam masa yang sama berlakulah keruntuhan daripada aspek kemanusiaan dengan segala rupa penyelewengan dan pengkhianatan sehingga menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam organisasi kerja. Jelaslah dalam Islam, penekanan kepada konsep pertanggungjawab kepada Allah S.W.T dan juga kepada majikan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan menjadi pegangan oleh semua pekerja bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan organisasi.

b)

Ikram Muslimin

Satu lagi adab dan etika pekerjaan dalam Islam adalah ikram muslim yang menyamai dengan Teori Z dalam pengurusan sumber manusia moden, di mana ia menekankan faktor kekitaan atau kekeluargaan. Prinsip ini akan menatijahkan pemupukan suasana ukhuwah yang berasaskan prinsip dan ianya tidak akkan terjalin kukuh jika anggota-anggota dalam organisasi memiliki sikap ego. Sifat ego ini merupakan racun yang boleh menjadikan seseorang pekerja bersifat angkuh dan mementingkan diri sendiri. Kumpulan pekerja yang sebegini suka bersifat hipokrit kerana mereka tidak mahu mengakui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Mereka juga tidak mahu belajar atau menerima cadangan orang lain kerana takut jatuh martabat. Lantaran itu semangat setia kawan dan suasana kemesraan menjadi pudar dalam organisasi kerja. Masing-masing buat hal sendiri, yang baik tidak dicontohi malah ada

21 yang mencemuh dan salah pula tidak diperbaiki kerana salah faham konsep menjaga tepi kain orang.

c)

Kepemimpinan

Kepemimpinan merupakan satu aspek yang penting dalam adab dan etika bekerja mengikut prinsip Islam. Seorang pengurus organisasi mesti menerima hakikat bahawa kedudukannya di tempat atasan itu bukan hanya satu anugerah, tetapi ianya merupakan satu amanah dari Allah S.W.T. Dalam erti kata lain, kedudukan itu tidak akan sepatutnya diterima sebagai suatu keistimewaan seperti teori barat, tetapi ianya merupakan satu tanggungjawab moral yang besar. Dalam Islam, kepemimpinan ini merupakan satu amanah kerana ia menuntut orang yang memegang amanah itu menggunakan segala kepakaran ilmu pengetahuan serta kemahiran yang ada bagi mempengaruhi pekerja agar bekerja dengan lebih kuat bagi mencapai matlamat dan objektif sesuatu organisasi.

d)

Sabar

Satu lagi adab dan etika pekerja yang dituntut oleh Islam adalah bersifat sabar. Ia merupakan satu ciri penting dalam mewujudkan suasana peradaban dalam organisasi kerja kerana keupayaan menahan marah dan sanggup menerima apa sahaja arahan dan peraturan yang ke arah kebaikan organisasi. Suka memaafkan orang mengikut prinsip Islam bukanlah bererti merestui atau menyokong perbuatan salah, tetapi ianya merupakan kebesaran jiwa yang dipancar oleh sifat takwa dengan tidak menaruh dendam atau bertindak balas kesalahan orang lain terhadapnya.

22 Sikap menghindari atau menahan amarah, ditambah pula suka memberi maaf dan nasihat-nasihat yang baik kepada orang lain dapat memupuk semangat kerjasama yang padu, tertib dan harmoni. Orang yang tidak mampu mengendalikan kemarahannya mudah menimbulkan konflik sehingga menggangu kesempurnaan sesuatu pekerjaan.. ayat al Quran yang bermaksud:

"dan orang-lain yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang berbuat kebajikan" (Surah al-Imraan: ayat 134, ms 92) (Zainuddin,1991)

2.4

Kemahiran Generik dan Kepentingan Setiap Elemen di UTM

"Generic skills are very important, as we look to deliver solition for society as well as clients, and graduate have to flexible to work with different groups and between cultures. The skills that we value particularly highly are communication, the ability to work with others, the ability to think laterally and to solve problem outside their specific discipline. The interview process is conducted by people not just on technical basis and certain not only within their discipline. We generally likee to see prospective employees perform outside of a formal interviewing process as well, so that we can see them in a work situation this well tell us as much as the interview itself." Seagraves. L. Kemp, I.& Osborne, M. (1996)

23 Kajian mengenai majikan oleh "The Conference Board of Canada" (2000) menyatakan bahawa masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh kebanyakakan majikan adalah mengenai kemahiran pekerja. Antara kemahiran-kemahiran pekerja yang dicari ialah berkaitan dengan kemahiran generik, sikap, dan tingklahlaku pekerja. Dalam kajian tersebut, kebanyakan majikan di Kanada memerlukan pekerja yang boleh berkomunikasi, berfikir, belajar dan dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi dan mengubahsuai sesuatu mengikut kreativiti. Kemahiran generik yang digariskan oleh UTM adalah berdasarkan kepada atribut graduan UTM. Atribut inilah yang digunakan oleh penyelidikan sebagai tujuh daripada kemahiran generik yang dikaji. Berikut merupakan kemahiran generik yang disasarkan oleh UTM .yang mana setiap elemen kemahiran generik yang dinyatakan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

a)

Kemahiran Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang menggabungkan kemampuan graduan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut adalah ciriciri yang digariskan oleh UTM dalam kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai: Seseorang individu berkemampuan untuk menyampaikan maklumat dan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan yakin melalui penulisan dan percakapan. Selain itu, individu juga berkemampuan untuk mendengar dan memberikan respon dengan baik terhadap pendapat orang lain. Selain ciri-ciri di atas, pelajar juga dilihat dari segi berkemampuan untuk berbincang dan mencapai persetujuan serta boleh menjadikan pembentangan disampaikan dengan jelas dan yakin kepada pendengar.Mereka yang mempunyai kemahiran dalam komunikasi mampu menggunakan teknik dalam pembentangan.

24 Komunikasi amat penting dalam kehidupan harian kita. Seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai keyakinan diri semasa berkomunikasi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang berkesan di mana ianya dapat meyakinkan orang lain. Komunikasi adalah meliputi percakapan, pertuturan, penulisan dan geraklaku seseorang. Oleh itu, setiap individu perlu mempunyai kemahiran bertutur, menulis dan mempunyai geraklaku yang menyenangkan orang lain sekiranya ingin berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Tidak kira diri seseorang itu berada dalam apa jua bidang yang diceburi, samada individu itu bekerja dengan syarikat yang besar, syarikat yang kecil, mahupun perniagaan di rumah, kemahiran komunikasi dengan berkesan merupakan satu kemahiran penting bagi menjamin kejayaan (Goleman, D, 1998). Majikan seringkali mencari dan menilai calon pekerja melalui beberapa kriteria kemahiran seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran bekerja secara kumpulan, kemahiran adaptabiliti, kemahiran interpersonal, kemahiran teknologi informasi dan kemahiran komunikasi (Donofrio & Davis, 1997). Daripada kemahiran-kemahiran yang dinyatakan, kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang seringkali dititik beratkan oleh majikan ketika mencari calon pekerja (Allen, 1998). Tujuan kemahiran komunikasi adalah supaya mesej yang hendak disampaikan kepada seseorang dapat difahami oleh penerima (Heskin, K; 1994). Proses ini melibatkan penyampai dan penerima mesej. Komunikasi yang tidak berkesan akan menyebabkan seseorang itu tidak memahami mesej yang disampaikan, tersalah interpretasi dan menyebabkan kesalahan arahan. Komunikasi itu dikatakan berjaya apabila penerima dan penyampai maklumat memahami maklumat tersebut seperti yang dimaksudkan. Kajian tinjauan yang dilakukan terhadap lebih daripada 50, 000 majikan menunjukkan bahawa mereka mengatakan kemahiran komunikasi merupakan faktor yang sangat penting dalam memilih pekerja (Anderson, D.S, Milligan, B. Caldwell, G.

25 Johnson, R, 1994). Kajian ini dijalankan oleh University of Pittsburgh's Katz Business School, menunjukkan kemahiran komunikasi termasuklah kemahiran menulis, pembentangan secara lisan merupakan faktor yang dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu kerjaya. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Indiana Commission for Higher Education pada 274 orang Pengurus Personel mengenai 10 faktor yang pertama dalam menentukan calon pekerja (Klopf & Caambra, 1997). Kajian yang lain oleh Hultz & Others (1998), telah mengedarkan 421 majikan di seluruh Amerika. Hasil daripada kajian menunjukkan komunikasi lisan dan komunikasi tulisan memerlukan pungutan yang tertinggi. Kemahiran berkomunikasi secara lisan merangkumi kemahiran mendengar untuk memahami, menganalisis dan bertindakbalas. Seseorang individu perlu mendengar dan memahami idea-idea yang diutarakan seterusnya menaakul iaitu memproses maklumat yang diperolehi dan akhirnya menolak atau menerima idea (Barnett R. 1994). Komunikasi yang berkesan mempunyai 5 ciri utama iaitu kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas sikap perhubungan yang bertambah baik dan adanya tindakan yang menyusuli (Abdullah Hassan, 2003). Komunikasi secara lisan juga dapat dilihat daripada kefasihan seseorang itu bertutur. Seseorang individu itu mestilah fasih bertutur, menguasai perbendaharaan kata yang luas, mahir menyesuaikan intonasi dalam pertuturan, menggunakan bahasa badan yang sesuai dengan intonasi, menggunakan bahasa yang tepat, mudah dan jelas, dan pandai mengemukakan soalan dan menjawab dengan jelas dan tepat. Kemahiran komunikasi secara bertulis dilihat dari aspek kemahiran seseorang menulis dengan jelas, lancar, tepat dan dapat difahami apa yang ditulis, menggunakan tanda bacaan yang tepat, berkemahiran membuat laporan, menginterpretasi maklumat, membuat rumusan dan menggunakan istilah yang tepat. Menurut Abdul Rahman Azizi

26 (2000) kebolehan berkomunikasi adalah pencapaian manusia yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung di antara satu sama lain.

b)

Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan

Bekerja secara kumpulan dalam organisasi merupakan satu aspek yang sangat penting sekiranya sesebuah organisasi itu mahu mencapai matlamat mereka dengan efisien dan berkesan (Kempt, I. And Seagraves, L, 1995). Kekurangan kerjasama dalam kumpulan akan menyebabkan pengeluaran yang tidak mencapai matlamat, pembaziran masa berlaku kerana pengulangan tugas-tugas yang sama dan suasana bekerja yang sabgat tidak memberaberangsangkan. Kejayaan dalam sesuatu kerja kumpulan adalah bergantung kepada pembinaan hubungan yang baik dan membentuk kerjasama dalam melaksanakan kerja. Department for Eduction Skills (2000) menyatakan kebanyakan pekerjaanpekerjaan baru di United Kingdom memerlukan kecekapan bekerja secara kumpulan mengatasi pekerjaan-pekerjaan yang konvensional pada masa lalu. Menurut beliau lagi bekerja dalam kumpulan boleh meminimumkan kos dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan produktiviti, menyumbangkan lebih banyak idea dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam kebanyakan industri seperti bidang kejuruteraan pembangunan pekerjaan berkelompok (cell-working) dan pekerjaan berkumpulan (team working) mendapat tempat yang tertinggi jika dibandingkan dengan bekerja secara sendirian (Connor, 2000).

27 c) Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Masalah berkemungkinan merupakan apa sahaja tugasan dan projek yang hendak dilaksanakan oleh seseorang dalam pekerjaan mereka. Pada kebiasaannya ia melibatkan pelbagai langkah dan tahap. Kebanyakan penyelesaian masalah juga memerlukan method tertentu yang sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan (Newell, A.& Simon, H.A,1972). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kemahiran generik dan proses yang boleh menyumbang kepada kejayaan dalam menyelesaikan masalah tersebut samada masalah dalam menulis dan menyiapkan tugasan kerja, mengawal dan memberi arahan yang berlaku dalam kehidupan seharian (Gerace, W.J,2001). Kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan penggunaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuklah situasi yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan kreatif dalam mencapai keputusan. Kemahiran menyelesaikan masalah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu kemmahiran mengenalpasti masalah merangkumi meneroka masalah dan menyeldik asalah kemahiran menganalisis punca-punca masalah, kemahiran memperolehi maklumat, kemahiran membuat pilihan, kemahiran membuat keputusan dan yang akhir ialh kemahiran mebuat penialain semula (Runco, M.A & Chand, I.1994).

d)

Kemahiran Menjadi Fleksibel

Kretovics & Mc Cambridge (1998) telah membuat penyelidikan mengenai keperluan majikan terhadap lepasan pelajar daripada institusi pengajian tinggi. Antaranya ialah para lepasan institusi Pengajian Tinggi hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan tugas (adaptabiliti) dalam apa jua keadaan dan teknologi yang terdapat di

28 dalam organisasi. Selain daripada itu kemahiran ini juga melibatkkan kesediaan pekerja untuk dilatih semula bagi disesuaikan dengan keperluan majikan. Pada hari ini permintaan untuk mendapatkan pekerja baru berkemahiran dalam satu-satu bidang tidak begitu penting, tetapi untuk mendapat pekerja yang bersedia untuk dilatih dengan pelbagai kemahiran adalah lebih penting (Olever, R. Omari, A. And McLoughlin, C.1999). Bersedia mengenal pasti masalah merupakan salah satu kemahiran generik yang penting dan keadaan ini merangkumi membuat keputusan, berfikiran kritis dan bersedia memahami persekitaran dunia pekerjaan yang diceburi. Kemahiran menjadi fleksibel dikatakan mempunyai tahap yang tinggi berbanding dengan kemahiran yang lain. Mereka yang mempunyai kemahiran ini dikatakan mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi kerana mereka diperlukan dalam skop kerja yang meluas dari satu tugasan atau tempat kerja ke tugasan dan tempat kerja yang lain. Ini merupakan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan etika kerja yang baik semasa waktu bekerja. Kemahiran ini memerlukan kemampuan untuk bekerja dalam situasi yang berubah dan boleh bertoleransi dengan kesamaran-kesamaran yang berlaku (Bridges, D, 1992). Pekerja yang mempunyai kemahiran ini juga mengadaptasikan keperluan yang perlu pada masa tersebut. Mereka mempunyai kemahiran ini juga mempunyai attitud yang baik mengenai perubahan. Mereka akan memandang perubahan ini sebagai satu cabaran cabaran dan peluang dan bukannya sebagai satu masalah. Kemahiran adaptabiliti ini sudah pasti merupakan kemahiran yang penting dalam menghadapi pekerjaan pada abad ke 21 ini. Menurut Carnevale (1994) kemahiran adaptabiliti dalam penggunaan teknologi juga amat diperlukan agar struktur dan fungsi organisasi berjalan dengan lancar. Setiap pekerja perlu membangunkan diri dan memperlengkapkan diri untuk mengenalpasti masalah yang timbul dan membuat keputusan dan pilihan yang dapat memberi keuntungan kepada organisasi. Kesemua ini dapat dicapai sekiranya mereka mampu mengaplikasikan kemahiran adaptabiliti di

29 samping mempunyai kemahiran lain seperti kemahiran menyelsesaikan masalah dan kemahiran berfikiran secara kreatif. Kemahiran adaptabiliti membolehkan seseorang itu menggunakan strategi pengurusan diri untuk menyesuaikan masa dan sumber, sentiasa tersusun dan berjadual, dan menjadi lebih bertanggungjawab untuk mencapai matlamat. Mereka juga akan sentiasa berusaha menuju matlamat tanpa mengharapkan sebarang keajaiban, memahami kelengkapan yang diperlukan. Mereka juga akan membuat refleksi terhadap pengajaran daripada peristiwa lepas dan menggunakan celik akal mereka untuk merancang usaha akan datang.

e)

Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menuntut ilmu yang berterusan atau pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk mendapatkan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kemahiran adalah amat diperlukan bagi pekerja sepenuh masa atau sementara. Kesan globalisasi akan menjadikan ciri-ciri ini lebih penting untuk dimiliki oleh pekerja. Kemahiran boleh dikategorikan sebagai pengetahuan, kesedaran dan kefahaman dalam sesuatu perkara (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Kepentingan pembelajaran sepanjang hayat di Institut Pengajian Tinggi adalah sesuatu yang amat diperlukan. Pembelajaran sepanjang hayat ini membolehkan seseorang cintakan ilmu, sentiasa mengaplikasikan teori pembelajaran dalam kehidupan mereka, sentiasa mempelajari sesuatu yang baru, dan boleh melihat sesuatu peristiwa sebagai satu pembelajaran (Bligh, 2000). Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa teori dan praktik merupakan elemen penting dalam pembelajaran (Taylor, 1993, Bowden, Master & Ramsden, 1987)

30 dan pembinaan kemahiran generik itu sendiri lebih kepadda penyediaan pada dunia sebenar (praktikal) (Bowden & Master, 1993). Namun, terdapat ramai penulis yang mengatakan bahawa pelajar sekarang gagal untuk mengaplikasikan pembelajaran sepanjang hayat dalam hidup mereka. Mereka gagal untuk mengaplikasikan teori yang sedia ada dalam pembelajaran mereka untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian seperti graduan psikologi, akauntan dan matematik (Wiggin, 1997, Crebbin, 1997, Yap 1997, Yasuka, 1997).

f)

Kemahiran Berkeyakinan Diri

Keyakinan diri merupakan faktor penting dalam proses kehidupan seharian. Tanpa keyakinan diri yang cukup, seseorang individu itu tidak akan menghargai diri mereka, kerja mereka, kemampuan mereka, dan tanpa keyakinan diri akan menyebabkan seseorang itu sukar berjaya dalam hidup mereka. Ramai para akademik telah melihat bahawa pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi biasanya tidak mempunyai kehendak dan kurang mengarahkan diri untuk mencapai potensi diri sepenuhnya dan cuba mencapai kecemerlangan dalam akademik (Dr. Robert Anthony, 2000). Walaubagaimananpun, apa yang menyedihkan, ramai pendidik yang tidak mahu membangunkan atau memberi masa kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dalam diri mereka. Keyakinan diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan, kegembiraan dalam hubungan sesama manusia, karier dan pelbagai lagi bidang dalam kehidupan. Keyakinan diri juga merupakan faktor yang boleh mempengaruhi emosi seperti kemurungan, kebimbangan dan kemarahan. Didapati bahawa masalah utama yang sering dirujuk oleh pakar psikologi berkenaan pelajar adalah kurangnya

31 kelemahan dalam keyakinan diri. Keyakinan diri merujuk kepada cara bagaimana seseorang itu berfikir tentang diri mereka (William Stewart, 2000).

g)

Kemahiran Beretika dan Moral

Nilai dan etika termasuklah dalam kemahiran generik yang diperlukan. Menurut kamus dewan (1996), etika bermaksud sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkahlaku atau kesesuaian juga menjelaskan perkataan dari dasar etika yang membawa maksud prinsip moral atau nilai akhlak yang mejadi pegangan individu, kejayaan untuk melahirkan masyarakat berilmu sukar untuk dicapai selagi tidak mengambil berat mengenai peningkatan moral. Ada empat perkara yang sering mempengaruhi moral seseorang. Pertama ialah hati. Hati adalah punca segala tindakan manusia, kedua ialah undang-undang atau falsafah gunaan (utilitarian value) dan kehendak semasa, sebagai contoh manusia pada zaman sekarang asyik mengejar kekayaan sehingga lupa pertimbangan baik buruk mereka. Gejala pecah amanah, rompak, mencuri dan kegiatan lain yang dilakukan semata-mata untuk kepuasan diri. Justeru, nilai adalah satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan manusia. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sutam Takdir Alisyahbana (1974) menerangkan nilai sebagai teori tentang perlakuan manusia.

32 2.5 Model-Model Kemahiran Generik

Beberapa model kemahiran generik yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini sebagai rujukan. Antaranya adalah:

2.5.1

Kemahiran Generik Oleh Espinoza

Espinonza (1999) telah membuat teori melalui induktif melalui kajiannya di Virginia telah menyenaraikan beberapa kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah:

i)

Adaptabiliti (adaptability) Antara kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah melaksanakan tugas di luar tugas yang dipertanggungjawabkan, menggunakan daya kreativiti dalam melaksanakan tugas dan bekerjasama dengan mereka yang berlainan bidang atau pengkhususan.

ii)

Analitik (analytical) Ia merangkumi kemahiran berfikir secara kritik, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah . antara kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah menyelesaikan tugas dengan hanya menerima arahan yang ringkas, menyemak semula rutin yang lazim, menyelesaikan masalah dengan bersendirian, menzahirkan buah fikiran daripada perkataan, carta, graf dan

33 jadual. Selain daripada itu, ia juga merangkumi kemahiran boleh menyelesaikan masalah baru dengan arahan-arahan yang lazim. iii) Komunikasi (communication) Komunikasi ini termasuklah secara lisan dan menulis. Antara kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah memperjelaskan tugas yang berkaitan dengan orang lain, menulis laporan atau memo, menulis arahan untuk pekerja bawahan atau pengguna, bertutur untuk meyakinkan pihak atasan atau pekerja bawahan dan membuat kertas kerja. iv) Initiatif (Initiative) Antara kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah melakukan kerja yang walaupun tidak diarahkan, menghasilkkan peraturan baru, bertanggungjawab, menepati masa dan mengambil peluang pada masa yang terluang untuk melaksanakan kerja yang meningkatkan prestasi kerja. v)

Interpersonal (Interpersonal) Antara kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah berbual-bual dengan pekerja bawahan, mencipta keharmonian antara pekerja bawahan atau pelanggan, berkompromi, melahirkan suasana lucu dalam melaksanakan tugas dan mempunyai pengaruh yang baik di kalangan anggota organisasi.

vi)

Kepimpinan (Leadership) Antara kemahiran yang ada di dalam elemen ini adalah menunjukkan contoh yang baik dalam setiap perbuatan, melatih pekerja dengan perbuatan yang lazim, mengambil bahagian di dalam perbincangan berkumpulan, membuat keputusan

34 dengan pendapat majoriti dan sentiasa memberi semangat pada pekerja bawahan untuk bekerja dengan lebih baik.

vii)

Keyakinan Diri (Self-Confidence) Antara kemahiran yang ada di dalam elemen ini adalah bersedia menanggung risiko daripada bertanya kepada penyelia, tidak menyalahkan orang lain daripada kesilapan yang dilakukan, mencadangkan prosedur yang sesuai digunakan atau sebaliknya, mencadangkan idea pada penyelia dan menerima segala kritikan.

2.5.2

Kemahiran Generik oleh Pumphery

Pumphery (2001) telah membuat teori melalui proses induktif melalui kajiannya di London, telah menyenaraikan beberapa kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah: i) Kemahiran Komunikasi Merangkumi kemahiran lisan, tulisan, bahasa, kemahiran pelanggan seperti kemahiran jualan, kemahiran hubungan pelamnggan dan kemahiran meyakinkan pelanggan. ii) Kemahiran Fleksibiliti Merangkumi kemahiran mengeluarkan idea hasil daripada pemerhatian sendiri, bersedia untuk dilatih, bersedia untuk belajar, sentiasa bersikap terbuka.

35 iii) Teknologi Informasi Merangkumi kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja, pengkalan data, menerima dan menghantar e-mail dan boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan kerjaya. iv) Kemahiran Pengurusan Merangkumi membuat pengurusan sumber manusia, boleh mempengaruhi rakan sekerja, sebagai sumber rujukan rakan sekerja, boleh menunjukkan contoh yang baik, sanggup menanggung risiko dan sentiasa mengambil bahagian dalam perbincangan. v) Kemahiran Matematik Merangkumi kemahiran menggunakan kalkulator dan boleh menggunakan aplikasi matematik di dalam perlakuan kerja. vi) Pengorganisasian Kerja Berkemahiran dalam membuat penjadualan kerja, mengatur proses kerja, menepati jadual, berkemahiran dalam membuat arahan kerja dan berkebolehan dalam membuat sasaran kerja. vii) Penyelesaian Masalah Berinovasi, mengambil tanggungjawab, bijak membuat keputusan, mempunyai fikiran yang kritis, bersedia menerima tekanan dan boleh membuat penilaian.

36 2.5.3 Kemahiran Generik oleh Pusat Perkembangan Kurikulum-Sekolah Ke Kerjaya

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), Program Sekolah Ke Kerjaya adalah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran boleh guna melalui pengalaman tempat kerja. Di dalam program ini, selain daripada kemahiran teknikal, kemahiran generik juga adalah diharapkan dapat diaplikasikan di tempat kerja agar pelajar tersebut menjadi seorang pekerja yang cekap dan produktif. Di samping mempunyai kemahiran khusus, para pelajar juga perlu ada kemahiran generik bagi melaksanakan tugas dengan smpurna. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyenaraikan kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti perlu untuk pelajar adalah seperti berikut: i) Kemahiran Komunikasi Kemahiran komunikasi adalah penting dalam semua situasi dan melibatkan idea dan informasi untuk menyata, menghurai, menjawab soalan-soalan, ucapan dan menulis. ii) Kemahiran Menggunakan Teknologi Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat bagi memahami dan menggunakan kaedah-kaedah saintifik dan prinsip-prinsip teknologi dalam penggunaan dan pengendalian alat-alat mengikut prosedur dan proses dengan cekap.

37 iii) Kemahiran Merancang dan mengelola Aktiviti Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri sendiri termasuk penggunaan masa dan sumber, berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri. iv) Kemahiran Bekerja Dengan Orang lain Keberkesanan bekerja dengan orang lain dan kumpulan berfokuskan kepada kemampuan individu berinteraksi dengan individu yang lain atau di dalam kumpulan. Ia merangkumi kesefahaman dan persetujuan anggota dari segi tujuan dan objektif. v) Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran ini melibatkan penggunaan kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuklah situasi yang memerlukan pemikiran dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu keputusan. vi) Kemahiran Analitik Kemahiran ini merangkumi kebolehan untuk mengenalpasti dan memilih informasi, menilai informasi, sumber informasi dan cara mendapatkan informasi dan menggunakan informasi secara efektif. vii) Kemahiran Menggunakan Idea dan Teknik Matematik Kemahiran ini menggunakan teknik dan idea matematik melibatkan kebolehan penggunaan idea matematik seperti nombor dan ruang dan

38 penggunaan teknik matematik seperti membuat anggaran untuk situasi harian. viii) Kemahiran Memahami Budaya Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti perpaduan, bertolak ansur, hormat menghormati antara satu sama lain, serta mewujudjkan kemesraan dengan rakan, jiran dan masyarakat. Dalam membuat penilaian pengurusan kemahiran generik di tempat latihan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) telah memilih jenis pekerjaan mekanik bagi mengenalpasti memberi aktiviti yang menggunakan kemahiran generik.

2.6

Kajian-kajian Lepas

2.6.1

Kajian dalam Negara

Pada tahun 1997, satu kajian tentang kemahiran diri pelajar di IPT khususnya di UTM pernah dilakukan . kajian kemahiran tersebut dibuat berdasarkan persepsi majikan terhadap graduan UTM. Hasil kajian tersebut menunjukkan sebahagian besar majikan mempunyai tanggapan bahawa kemahiran pelajar UTM dalam aspek Komunikasi dan penyelesaian masalah berada pada tahap sederhana.

39 Selain itu, pada tahun 1999, satu lagi kajian telah dijalankan oleh penyelidik UTM untuk melihat tahap kemahiran pembangunan diri yang meliputi celik komputer, komunikasi, penampilan diri, motivasi, sahsiah, kemahiran berfikir, kepimpinan dan penyelesaian maslah di kalngan pelajar UTM, Skudai. Seramai 1490 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk memberi respon kepada soal selidik yang diedarkan oleh pensyarah. Hasil dapatan menunjukkan pelajar memperoleh skor min yang menghampiri 3.0 bagi semua kemahiran kecuali kemahiran menyelesaikan masalah di mana skor min yang diperolehi ialah menghampiri 2.0. Pada tahun 2005, Adibah Abdul Latif telah menjalankan kajian mengenai perkaitan antara tahap generik dengan pencapaian prestasi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Hasil kajian mendapati min kemahiran generik pada pelajar lelaki adalah lebih tinggi sedikit daripada pelajar perempuan. Selain itu hasil kajian juga mendapati tidak terdapat pertalian yang signifikan antara keputusan CGPA pelajar dengan kemahiran generik. Antara lain kajian kemahiran generik yang dijalankan di Malaysia sama ada di sekolah dan juga di IPTA serta IPTS. Antaranya ialah kajian berbentuk deskriptif tinjauan, bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran generik oleh guru-guru kejuruteraan dalam mata pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Seramai 61 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Terengganu telah terpilih untuk menjadi responden kajian kejuruteraan. Tahap penerapan generik dalam mata pelajaran kejuruteraan pada keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu mencatat skor min 4.05 dan sisihan piawai sebanyak 0.431 (Zainudin: 2005). Ini memperlihatkan satu usaha yang murni dalam melahirkan pelajar yang mampu berdepan dengan kehendak pasaran kerja di masa hadapan. Dalam hal yang sama, Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) telah memperkenalkan program " Soft Skill" yang dilaksanakan kepada semua pelajar meliputi di dalam dan di luar bilik kuliah. Program ini hanya menggunakan kemudahan yang sedia ada dengan jumlah 2 jam kredit. Berdasarkan satu

40 tinjauan yang telah dibuat, daripada 373 orang pelajar dan 49 orang kakitangan akademik yang terlibat secara langsung dalam program ini, majority pelajar (79%) dan tenaga pengajar (78%) bersetuju bahawa program " Soft Skills" KUKTEM berupaya meningkatkan penglibatan pelajar di dalam dewan/bilik kuliah. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti pelajar (74%) dan kakitangan akademik (77%) berpendapat bahawa program "Soft Skills" ini berupaya memperbaiki sahsiah para pelajarnya (Haslinda : 2005). Seterusnya kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar 180 orang pelajar semester akhir program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik di KUiTTHO mendapati pelajar semester akhir KUiTTHO mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran generik. Kemahiran generik yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO juga pada tahap yang tinggi. Namun begitu pelajar semester akhir kejuruteraan belum menguasai sepenuhnya kemahiran generik yang diperlukan dalam pasaran kerja walaupun mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran berkenaan (Ledia AK Angul: 2005). Kajian profil kemahiran generik juga dijalankan ke atas 315 orang pelajar semester akhir di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Merlimau dan aliran hospitaliti dan aliran perdagangan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kemahiran generik pelajar secara keseluruhan adalah sederhana. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap kemahiran generik dan jantina manakala terdapat perkaitan antara kemahiran generik dan aliran teknikal seseorang pelajar. (Nurul Afizah: 2005). Kajian mengenai kemahiran generik ini juga telah dijalankan di tiga buah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Politenik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Kota Bharu. Responden yang dipilih ialah pelajar jurusan perakaunan tahun akhir.Kemahiran Generik dilihat dari sudut persepsi pelajar dan pensyarah yang terlibat secara langsung dengan pengajaran

41 dan pembelajaran bagi semua matapelajaran pada semester akhir. Perbandingan persepsi di antara pelajar dan pensyarah terhadap penguasaan kemahiran generik pelajar juga turut menjadi fokus dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati wujud perbezaan persepsi yang signifikan bagi tiga aspek kemahiran generik yang dikaji iaitu Kemahiran Intelektual, Kemahiran Personal dan Kemahiran Interpersonal. Manakala bagi aspek Kemahiran Berorganisasi pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar dan pensyarah. Kajian oleh Nur Riana (2001) melibatkan pelajar semester akhir jurusan perdagangan di Politeknik Ungku Omar yang telah mendapat purata skor yang tinggi bagi tiga kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan kemahiran menyelesaikan maslah. Namun begitu, masih terdapat kekurangan dalam beberapa kemahiran yang dilihat pada kumpulan sampel ini. Kajian tersebut mendapati banyak kemahiran-kemahiran yang perlu dipertingkatkan agar graduan yang mantap dan berkualiti akan dapat dihasilkan. Antara kemahiran yang dikenalpasti adalah kemahiran berkomuniksai dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran mengemukakan idea atau cadangan. Kajian oleh Sharifah Noor Anita (2002) pula adalah berkaitan dengan penguasaan kemahiran generik dalam memenuhi kehendak pasaran kerja telah menunjukkan perkaitan yang kuat di antara proses pembelajaran dan kehendak pasaran industri. Profil kemahiran generik lain dikenalpasti penting dalam kajiannya adalah membuat keputusan secara matang dan bertanggungjawab dalam soal moral, sosial dan praktikal, belajar kemahiran dan prosedur baru, memahami implikasi terhadap etika, budaya dan sosial apabila membuat keputusan, bekerja dalam penyeliaan yang minimum dan berfikir secara kraetif dan kritis. Satu tinjauan juga telah dilakukan oleh Sharma Thayabarasilan (2001), terhadap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun akhir Kejuruteraan KUiTTHO, mendapati bahawa kesedaran terhadap kemahiran generik adalah rendah dan tahap penguasaan kemahiran generik adalah sederhana.

42 KUKTEM juga telah menjalankan satu tinjaun ke atas para pelajarnya. Elemenelemen yang membentuk "soft skill" di KUKTEM adalah komunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan, keupayaan belajar dan nilai-nilai murni. Elemen-elemen kemahiran generik di KUKTEM diterapkan melalui penubuhan Pasukan Wataniah. Kajian yang dijalankan ini menyatakan penerapan elemen-elemen "soft skill" ini adalah melalui kegiatan-kegiatan seperti latihan kawad kaki dan senjata, latihan penggunaan pelbagai senjata, merempuh halangan, latihan peperangan terbuka dan insurgensi serta ktiviti sukan antara plantun, batalion mahupun anggota. KUSTEM juga telah menjalankan kajian tahap kemahiran generik ke atas 1384 pelajar baru yang mendaftar di KUSTEM pada sesi pengajian Jun 2005/2006. Pelajarpelajar tersebut mengikuti pelbagai program yang ditawarkan daripada 3 buah fakulti. Hasil kajian mendapati tahap kemahiran generik pelajar baru secara keseluruhan adalah sederhana baik. Kemahiran generik juga mempunyai perberzaan yang signifikan mengikut jantina dan fakulti. Hashamiza, (2004) telah menjalankan kajian pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke atas 59 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar di ADTEC. Hasil kajian menunjukkan tahap pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran adalah tinggi. Namun demikian, masih terdapat beberapa aspek yang kurang memuaskan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran menguasai teknologi. Kajian secara empirikal juga telah dijalankan untuk melihat tahap kemahiran generik di kalangan seramai 32 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana tahap kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar yang telah mempunyai ijazah memandangkan kemahiran ini sangat penting untuk berjaya dengan cemerlang dalam dunia kerjaya. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan kolerasi pearson. Hail dapatan mendapati, kemahiran interpersonal, kemahiran memperolehi pengetahuan

43 dan kemahiran fleksibiliti merupakan kemahiran generik yang paling penting untuk berjaya dalam pekerjaan.

2.6.2

Kajian Luar Negara

Kajian mengenai pengangguran di kalangan siswazah telah banyak dilakukan oleh penyelidik sama ada di luar atau di dalam negara. Isu pengangguran bukan suatu isu yang baru. Apa yang menjadi topik hangat kini ialah kualiti graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Dapatan kajian mengenai graduan yang diketuai oleh Ambigapathy Pandian dalam Buletin Higher Education Research, IPPTN 2005 ke 5 mendapati kegagalan graduan menembusi pasaran kerja adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri iaitu kemahiran komunikasi, kualiti peribadi dan kekurangan kemahiran interpersonal. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian yang telah dijalankan (Hogarth et al, 2001) mengenai kesukaran untuk mengisi kekosongan jawatan di industri adalah kerana kekurangan kemahiran generik seperti kemahiran komuniksai, kerja berpasukan, kemahiran teknologi maklumat dan numeracy. Terdapat banyak kajian-kajian lain yang telah meninjau kepentingan kemahiran generik di kalangan pelajar. Kajian kemahiran generik yang dijalankan Oleh University of Western Australia mendapati pelajar perempuan lebih mempunyai kesedaran untuk menguasai kemahiran generik sewaktu berada di tahun satu berbanding pelajar lelaki. Responden juga didapati kurang menguasai kemahiran generik seperti komunikasi secara lisan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berfikir secara kreatif dan sifat bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. (Mary Anne: 1996).

44 Manakala kajian yang dijalankan oleh Griffith University, Australia terhadap 275 orang pelajar tahun satu mendapati pelajar mempunyai kesedaran untuk menguasai kemahiran generik sama ada yang berkaitan dengan bidang akademik ataupun yang melibatkan bidang kerjaya. Namun begitu dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan pelajar untuk menguasai kemahiran generik yang mempunyai kaitan dengan peluang kerjaya mereka sebagaimana contoh pelajar aliran kejuruteraan lebih berminat menguasai kemahiran menyelesaikan masalah berbanding pelajar dari jurusan lain. (Lizzio: 2004). Didapati juga tahap kepentingan kemahiran generik bergantung kepada keperluan atau bidang tugas sesuatu organisasi. Menurut Dickerson & Green (2002) bagi sesuatu organisasi, terdapat tahap keperluan kemahiran generik yang berbeza. Justeru itu, peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh organisasi tersebut akan mengambil kira tahap kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Di samping itu, kajian yang dijalankannya juga mendapati tahap kelulusan akademik responden akan mempengaruhi tahap kemahiran generik yang dimiliki. Ini bertepatan dengan kenyataan Zainuddin (2005), aset dalam bentuk sumber manusia dikenali sebagai aset tenaga pekerja ilmu. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi tenaga kerja sekarang untuk bersaing dalam pasaran. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu, kemahiran dalam teknologi, penggunaan dan pemprosesan maklumat, komunikasi, penyelesaian masalah dalam keadaan kritikal dan kemahiran-kemahiran generik yang lain yang diperlukan untuk menaikkan taraf ekonomi negara yang perlu dimiliki oleh pekerja. Ini adalah kerana dengan adanya ilmu akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan proses keluaran yang baru. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh University of Western Australia (1996), telah mengenalpasti 16 profil kemahiran generik yang penting dalam pendidikan di universiti adalah 16 profil tersebut adalah bersamaan dengan beberapa profil kemahiran generik yang telah dikaji oleh Leinonen et.at (1997).Namun begitu, kepentingan

45 terhadap kemahiran-kemahiran yang lain adalah kemahiran mempelajari sesuatu yang baru, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menganalisis dan kemampuan dalam menangani sesuatu perkara dengan matang dan bertanggungjawab. Graham dan Caso (1999), pula telah melihat persepsi dan sikap pelajar berhubung dengan pengalaman pembelajaran mereka dalam pembelajaran ke peringkat seterusnya terutama bagi pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Teknologi serta Kejuruteraan. Mereka telah melihat bahawa wujudnya pembelajaran yang dijadikan pengalaman oleh pelajar iaitu melibatkan kemahiran-kemahiran ini iaitu Pengetahuan Bersepadu, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kemahiran Teknologi dan Pengalaman Bekerja Dalam Kumpulan. Penguasaan kemahiran generik akan dapat memastikan pekerja menjalankan tugas dengan lebih efektif. Menurut Mayer dalam artikel yang ditulis oleh Raggat (a1995), iaitu antara kemahiran generik yang diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran menyelesaikan maslah. Penguasaan kemahiran generik ini seseorang individu dapat memberikan perkhidmatan yang paling berkesan. Mitchell, Mary L (2001) telah menjalankan kajian tentang kepentingan kemahiran generik di tempat kerja. Kajian telah dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah vokasional 103 organisasi yang menawarkan pekerjaan. Tujuh elemen kemahiran generik yang dikaji adalah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Asas, Kemahiran Personal, Kemahiran Dalam Teknologi dan Maklumat, Kemahiran Menyampaikan Maklumat serta Kemahiran Dalam Hubungan Interpersonal. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar dengan persepsi majikan terhadap tahap kemahiran generik. Kajian tentang pekerja dalam kemahiran generik seperti kerja berkumpulan dan kemahiran bersosial dengan orang lain telah dijalankan oleh Pina Tarricone dan Joe

46 Luca. Kedua-dua kemahiran ini merupakan aspek penting untuk cemerlang dalam perniagaan. Kajian yang telah dijalankan itu membincangkan tentang kepentingan kedua-dua aspek kemahiran generik ini dan perkaitannya dengan dunia pekerjaan terutamanya dalam bidang perniagaan. Individu yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam kedua-dua aspek kemahiran generik ini akan lebih berjaya berbanding dengan individu yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran generik yang rendah. Grayson (1995) telah menjalankan tinjauan ke atas Universiti York. Beliau menyatakan adalah sangat malang apabila universiti menganggap kemahiran-kemahiran generik akan terbina secara semulajdi bersama dengan pembelajaran secara semulajadi bersama dengan pembelajaran dalam pelbagai kursus atau disiplin yang diikuti oleh para pelajar. Terdapat beberapa universiti yang menyedari kepentingan dan mengasah kemahiran generik pelajar dan menjadikannya sebagai pengalaman pembelajaran yang dikehendaki. Kajian mengenai persepsi mengenai kemahiran generik dan hubungan dengan kerjaya masa hadapan. telah dijalankan di Central Lancashire, Preston UK oleh Ghulam R. Nabi dan David Bagley. Seramai 143 orang respoden telah dipilih. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran generik antara jantina. Tahap kemahiran generik pelajar dalam kemahiran teknologi maklumat didapati berada pada tahap yang rendah. Menerusi kajian yang dijalankan oleh David Boud dan Nod Miller (1996) pula mengatakan industri pekerjaan adalah tidak seragam Contohnya juruteknik elektronik lepasan institusi pendidikan ada yang tidak tahu mengenai cara mengendalikan mesin dengan betul dan langsung tiada inisiatif untuk mempelajarinya. Berdasarkan permasalahan dalam kajian di atas, ada majikan mencadangkan diwujudkan program akademik ke kerjaya sebagai usaha untuk menggabungkan pendidikan umum dengan latihan pengkhususan kerja.

47 Menurut kajian yang dijalankan oleh Linda Coffel (1994), di barat majikan bagi sebuah syarikat pengeluaran mesin menerangkan kepentingan kemahiran teknikal. Namun begitu beliau tidak menafikan, ramai daripada majikan menyenaraikan kemahiran asas sebagai aspek utama. Kemahiran asas yang dikenalpasti adalah kemahiran motivasi, kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi. Clouse, Joan Rose, Central Missouri State Universiti pula telah menjalankan kajian mengenai kepuasan majikan terhadap pelatih daripada aliran vokasional dan bukan vokasional terhadap tahap kemahiran generik yang dikuasai. Hasil dapatan kajian mendapati, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran generik pelajar aliran vokasional dengan pelajar pelajar bukan daripada aliran vokasional. Elemen-elemen kemahiran generik yang dikaji adalah kemahiran teknologi maklumat, pengetahuan tentang teknikal, kemahiran komunikasi, kemahiran pengetahuan tentang komputer dan kemahiran bersosial.

2.7

Rumusan

Secara keseluruhannya, kemahiran generik penting untuk membolehkan para graduan berfungsi dalam dunia yang telah banyak berubah kini. Kandungan teori dan disiplin ilmu semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian mereka di universiti. Para graduan perlu menjadi lebih fleksibel dan lebih beradaptabiliti, mampu menyelesaikan satu set permasalahan, boleh berkomunikasi secara berkesan, berfikir secara kreatif dan kritis ddan mampu bekerja dalam kumpulan dengan baik . Justeru jika dilihat daripada tujuh domain kemahiran generik yang telah digariskan oleh UTM ini, para graduan seharusnya dapat menguasai sekurang-

48 kurangnya lima daripada tujuh kemahiran generik tersebut, iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja secara kumpulan, kemahiranm menyelesaikan masalah, fleksibiliti dan keyakinan diri. Kemahiran generik tidak dapat diperolehi sepenuhnya melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, mempelbagaikan kaedah kuliah yang boleh melibatkan pelajar berkomunikasi secara individu, kumpulan atau umum berasaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Selain itu, para pelajar juga perlu banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti serta program-program diluar bilik kuliah yang mana ia boleh mengasah bakat kepimpinan pelajar selain di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti atau program-program di luar bilik kuliah akan membantu pelajar meningkatkan tahap kemahiran generik seperti bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, serta membantu meningkatkan tahap keyakinan dalam diri pelajar itu sendiri.

49

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi penyelidikan yang digunakan di dalam kajian ini untuk memperolehi, mengumpul dan menganalisis data yang diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Mohd.Majid Konting (1994), menyatakan bahawa jika pengkaji gagal menggunakan kaedah pengumpulan data yang baik, sesuai dan berkesan, akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur. Aspek perbincangan merangkumi rekabentuk kajian, tempat kajian, persampelan kajian, instrumen kajian dan analisis data.

50 3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah seperti satu peta yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu penyelidikan itu akan dijalankan. Ia adalah satu rangka rujuk (blueprint) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data, (Sabitha Marican, 2005). Menurut Kerlinger (1973), rekabentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada andaian-andaian penyelidikan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk melihat tahap kemahiran generik di kalangan pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di UTM, kampus Skudai.. Menurut Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Kajian deskriptif dapat menerangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam kumpulan yang dikaji, menerangkan hubungkait antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan memberi kesimpulan yang lebih tepat mengenai permasalahan dalam kumpulan yang dikaji. Kajian deskriptif secara asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi. Penyelidik akan menjelaskan bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji (Sabitha Marican, 2005). Menurut Mohd Shaffie (1995), penyelidikan deskriptif adalah penyelidikan yang bertujuan mendapatkan maklumat tanpa mengira sebab musababnya. Kaedah deskriptif juga digunakan bagi menggambarkan keadaan semasa (Mohd Najib, 2003). Kaedah ini sesuai untuk mengkaji tahap kemahiran generik di kalangan pelajar. Menurut Wiersma (1995), kajian tinjauan berbentuk deskriptif sesuai digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan pencapaian dalam suasana yang semula jadi.

51 Kajian ini berbentuk kajian penerangan secara deskriptif yang berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan borang soal selidik dijadikan instrumen kajian. Tujuan diedarkan borang soal selidik berkenaan adalah untuk mendapatkan data secara kuantitatif berkaitan dengan tahap keyakinan kemahiran generik pelajar UTM di salah sebuah kolej kediaman di Kampus UTM, Skudai. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi soal selidik yang terdiri daripada item-item demografi responden. Item-item pada bahagian ini meninjau perkara berkaitan dengan latar diri responden. Soalan-soalan demografi seperti jantina, tahun pengajian, jenis kursus dan CGPA terkini pelajar. Bahagian B pula adalah item-item berkenaan tahap kemahiran generik pelajar yang mengandungi 40 soalan. Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik akan menggunakan soal selidik sebagai insrtumen. Ini kerana soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat tepat dan lengkap. Selain itu penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat kerana soal selidik adalah sesuatu yang seragam dan semua responden yang menjawab soalan akan menjawab soalan-soalan yang sama. Selain itu soal selidik juga menjimatkan masa, perbelajaan dan tenaga penyelidikan. Penyelidik juga berpendapat responden mungkin lebih selesa memberikan respon melalui soal selidik berbanding melalui temuramah.

52 3.3 Prosedur Kajian

Kajian melalui perpustakaan telah dimulakan awal untuk mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian lepas yang telah dijalankan tentang kemahirankemahiran yang boleh membangunkan pembangunan kendiri pelajar samada dari segi "Generic Skill" mahupun "Soft Skill" serta hubungannya dari segi jantina. Penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada pengetua dan pihak kolej untuk menjalankan kajian di kolej kediaman tersebut. Penyelidik dapat menjalankan kajian dengan mudah serta mendapat kerjasama dari semua pihak. Kebenaran dari pihak Pengetua juga telah didapati untuk menggunakan pelajarnya sebagai responden kajian. Dengan kerjasama dan bantuan pembantu felo kolej kediaman, soal selidik diedarkan kepada responden dan penjelasan telah diberikan. Responden diminta menjawab keyataan-kenyataan yang diberikan secara jujur. Responden diberi masa satu jam untuk menjawab item-item dalam soal selidik tersebut. Data yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik kemudiannya telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Hasil dapatan kajian yang diperolehi kemudiannya dibincangkan dan dibuat cadangan bagi setiap elemen-elemen yang dibincangkan. Kajian diserahkan kepada pihak pentadbiran pada tarikh yang telah ditetapkan.

53 3.4 Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah kolej kediaman di kampus UTM, Skudai, Johor Bahru sahaja. Rasional pemilihan tempat kajian ini ialah kerana Universiti Teknologi Malaysia kini sedang giat untuk menerapkan kemahiran generik kepada para pelajar. Pengkaji memilih kolej kediaman ini atas permintaan penyelia memandangkan penyelia penyelidik merupakan pengetua kolej berkenaan. Justeru hasil kajian yang diperolehi nanti dapat membantu pihak pengurusan kolej melihat tahap kemahiran generik pelajar-pelajar di kolej kediaman tersebut di samping dapat menggunakan data bagi tujuan rujukan pihak pengurusan kolej untuk membangunkan serta meningkatkan lagi tahap keyakinan pelajarnya dalam aspek kemahiran generik.

3.5

Persampelan Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar tahun 2 di salah sebuah kolej kediaman di UTM, Kampus Skudai iaitu seramai 246 orang daripada pelbagai kursus. Penentuan saiz sampel telah dijalankan berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti yang disyorkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menurut jadual tersebut, Krejcie dan Morgan (1970) telah menentukan bahawa jika saiz populasi berjumlah di antara 241 dan 250 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 152 orang. Sebanyak 250 soalan selidik telah diedarkan bagi menjamin bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dapat dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.

54

Oleh kerana penyelidik memilih responden yang terdiri daripada pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kursus maka penyelidik menggunakan persampelan rawak mudah. Bilangan pelajar yang dipilih secara rawak ini meliputi pelbagai fakulti. Rasional memilih pelajar tahun dua ini adalah disebabkan untuk melihat sejauh mana tahap kemahiran generik yang telah dikuasai oleh pelajar setelah dua tahun berada di menara gading. Hasil dapatan kajian yang diperolehi akan dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan serta memantapkan lagi tahap keyakinan kemahiran generik mereka memandangkan jangkamasa pengajian di menara gading masih panjang. Selain itu, diharapkan hasil dapatan kajian ini nanti akan dapat membantu pihak kolej untuk memantau perkembangan kemahiran generik pelajar dan mengemaskini atribut-atribut kemahiran generik agar relevan dan sentiasa beradaptasi dengan keperluan pasaran kerja semasa.

3.6

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mendapatkan maklumbalas dan pengumpulan data. Pemilihan instrument ini adalah bertepatan dengan pandangan Colombo Plan (1984) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Mc Millan dan Schumacher (1984) juga sependapat dan mengatakan bahawa kajian berbentuk tinjauan dalam penyelidikan pendidikan sangat popular menggunakan teknik soal selidik selain dari temubual. Selain daripada itu penyelidik merasakan instrumen ini dapat membantu mencapai objektif kajian dengan lebih berkesan. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah menggunakan soal selidik yang dibina oleh Adibah Abdul Latif. Intrumen yang diedarkan ini merangkumi dua bahagian iaitu:

55 3.6.1 Bahagian A - Demografi Pelajar

Bahagian A mengandungi soal selidik yang terdiri daripada item-item demografi responden. Item-item pada bahagian ini meninjau perkara berkaitan dengan latar diri responden. Soalan-soalan demografi seperti jantina, tahun pengajian, jenis kursus dan CGPA terkini pelajar.

3.6.2

Bahagian B ­ Kemahiran Generik

Bahagian ini pula berkaitan dengan tahap kemahiran generik belajar. Dalam bahagian ini soal selidik adalah berasaskan skala Likert. Soal selidik jenis Likert ini menghendaki responden menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Dalam skala ini mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Kurang Setuju (KS) Setuju (S) Sangat Setuju (SS)

56 Secara keseluruhannya, bilangan item bagi bahagian B adalah seperti berikut:-

Jadual 3.1 : Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik Kemahiran Generik 1 2 3 4 5 6 7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika Jumlah Item No.Item 1,2,3,4,5,6,7,8,9 10,11,12,13,14,15 16,17,18,19,20 21,22,23,24,25,26 27,28,29,30 31,32,33,34 35,36,37,38,39,40 Bil.Item 9 6 5 6 4 4 6 40

3.6.3

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Instrumen kajian ini telah dibina oleh Adibah binti Abdul Latif dalam kajiannya

mengenai kemahiran generik. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kebolehpercayaan item yang pernah dijalankan sebelum ini.

57 Jadual 3.2: Taburan kebolehpercayaan item soal selidik Konstruk Kemahiran Komunikasi Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika · Kebolehpercayaan 0.8384 0.9543 0.7579 0.8333 0.8340 0.7294 0.7938

Indeks sains sosial nilai alpha 0.6 ke atas boleh digunakan

Jadual di atas menunjukkan kebolehpercayaan item bagi kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Kebolehpercayaan soal selidik dibahagikan mengikut konstruk. Penyelidik terdahulu telah menjalankan kajian rintis untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang telah dibina. Keputusan yang diperolehi adalah tinggi iaitu nilai alpha 0.9273.Nilai ini adalah tinggi dan menunjukkan soal selidik yang dibina oleh penyelidik terdahulu ini boleh diguna pakai. Justeru dalam kajian ini saya telah menggunakan soal selidik yang dibina oleh Adibah Abdul Latif untuk menjalankan kajian.

3.6.4

Analisis Data

Soal selidik yang dikumpulkan akan dianalisis melalui komputer menggunakanpengisian windows " Statistical Package For SocialScience (SPSS) version 11.0 " bagi mendapatkan data yang tepat. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan dan peratusan. Keputusan kajian

58 dibincangkan daripada data yang diperolehi mengikut setiap item berpandukan soalan kajian. Bahagian A untuk melihat tahap keyakinan kemahiran generik, penyelidik menggunakan min purata daripada analisis deskriptif. Ia akan dianalisis mengikut jantina, dan kursus. Analisis secara deskriptif juga melibatkan pengukuran tahap keyakinan kemahiran generik secara bandingan skor min kemahiran generik merentas jantina. Bahagian B pula data dianalisis secara inferensi iaitu menggunakan korelasi ujian-t untuk mengukur hipotesis yang dibina. Analisis secara infrensi ini digunakan untuk melihat perbezaan kemahiran generik antara jantina. Bagi kajian yang lebih mendalam bagi setiap pembolehubah ini, ujian-t digunakan untuk mencari perbezaan min sampel dalam populasi yang spesifik (Grimm, 1993). Dalam ujian ini, perbezaan merentasi jantina bagi tahap kemahiran generik diukur dengan ujian-t kerana ujian-t adalah ujian signifikan yang paling baik untuk menentukan perbezaan di antara 2 min. (Best & Kahn, 1993).

3.6.4.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti tahap keyakinan kemahiran generik yang terdapat di kalangan pelajar tahun dua secara keseluruhannya. Bagi tujuan menganalisis, penyelidik mengkategorikan kembali 5 point skala kepada 3 peringkat. Ia bertujuan mengelaskan setiap item kepada tahap-tahap tertentu seperti pada jadual 3.3 di bawah:

59

Jadual 3.3: Perubahan 5 point skala likert kepada skala 3 peringkat Faktor Kemahiran Komunikasi Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Adaptabiliti Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Nilai dan Etika Rendah 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 1.00 ­ 2.33 Sederhana 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 2.34 ­ 3.67 Tinggi 3.68 ­ 5.00 3.68 - 5.00 3.68 ­ 5.00 3.68 ­ 5.00 3.68 ­ 5.00 3.68 ­ 5.00 3.68 ­ 5.00

Sumber diubahsuai daripada Adibah Abdul Latif (2005) Skor soalan yang digunakan dalam soal selidik ini adalah berbentuk normal iaitu penyelidik meletakkan nilai min antara 1.0 hingga 2.33 sebagai skor rendah, min 2.34 hingga 3.67 sebagai skor sederhana dan min 3.68 sehingga 5.0 sebagai skor yang tinggi. Ini adalah kerana penyelidik telah mengemukakan soalan-soalan berbentuk positif berdasarkan kepada objektif dan hipotesis kajian.

60 3.6.4.2 Analisis Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Perbandingan Min

Analisis perbandingan skor min digunakan untuk mengenalpasti tahap keyakinan kemahiran generik berdasarkan jantina seseorang pelajar. Analisis perbandingan min dijalankan untuk melihat perbandingan min antara kumpulan pelajar lelaki dan kumpulan pelajar perempuan.

3.6.4.3 Analisis Ujian t-test

Analisis ujian-t digunakan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan min berdasarkan kumpulan jantina. Oleh itu, bagi menjawab persoalan kajain yang dikemukakan dalam hipotesis kajian iaitu samada penerimaan Ho, yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan secara statistik di antara satusatunya kemahiran generik antara kumpulan yang diuji atau melibatkan penerimaan Ha iaitu wujudnya perbezaan min yang signifikan secara statistik di antara satu-satu kemahiran generik antara kumpulan yang diuji.

61 3.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan bahagian yang perlu dalam sebuah metodologi kajian iaitu rekabentuk kajian, persampelan kajian, instrumen kajian dan kebolehpercayaan dana analisis data kajian. Secara tidak langsung, metodologi yang telah dirangka akan memudahkan pelaksaan kajian serta mengenal pasti dengan lebih lanjut mengenai masalah yang timbul sepanjang kajian yang dijalankan.

62

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan hasil dapatan daripada soal selidik yang telah diedarkan. Walaubagaimanapun, di dalam bab ini, penyelidik hanyamenerangkan hasil dapatan secara umum tanpa memberikan sebarang ulasan. Ulasan bagi setiap hsil dapatan yang diperolehi akan dibincangkan dalam bab 5. Hasil dapatan yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.0. Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan juga min.

63 Hasil Dapatan kajian akan dibahagikan kepada bahagian seperti berikut:

4.1.1

Bahagian A: Latarbelakang Pelajar dan Analisis Deskriptif Soal selidik.

4.1.1.1 4.1.1.2 4.1.1.3 4.1.1.4

Latarbelakang pelajar mengikut jantina dan kursus. Analisis data mengikut bahagian dalam soal selidik Analisis tanggapan pelajar terhadap tahap keyakinan kemahiran generik dalam diri . Analisis kemahiran generik berdasarkan jantina.

4.1.2 Bahagian B: Analisis Inferensi Hipotesis

4.1.2.1 Analisis ujian-t terhadap perbandingan jantina dengan kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar.

64 4.2 Bahagian A (Analisis Deskriptif)

4.2.1

Latarbelakang pelajar mengikut jantina dan kursus.

Jadual 4.2.1 Taburan kekerapan responden mengikut jantina Pernyataan Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 78 74 152 Peratus (%) 51 49 100

Jadual 4.2.1 menunjukkan Taburan kekerapan responden mengikut jantina dengan majoriti responden adalah lelaki seramai 78 orang atau 51% berbanding 74 orang responden perempuan dengan 49%.

Jadual 4.2.2 Taburan kekerapan responden mengikut Kursus Pernyataan 2SHR 2SBS 2SPE 2SPA 2SAW 2SCS 2SEC 2SET 2SGG 2SHD 2SKK Kekerapan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Peratus (%) 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7

65 2SPL 2SRI 2SSC 2SEE 2SEI 2SHF 2SMB 2SMI 2SGP 2SEP 2SKP 2SKR 2SKB 2SKG 2SGU Jumlah

n=152

1 1 2 2 2 2 2 2 6 4 4 6 11 13 19 152

0.7 0.7 1.3 1.3 1.3 1.3 1.3 1.3 4 2.6 2.6 3.9 7.2 8.6 12.5 100

Jadual 4.2.2 menunjukkan Taburan kekerapan responden mengikut Kursus dengan jumlah pelajar yang mengambil kursus paling tinggi adalah 19 orang atau 12.5% daripada 152 responden iaitu kursus SGU diikuti kursus SKG seramai 13 orang atau 8.6%, SKB seramai 11 orang atau 7.2%, SKR seramai 6 orang atau 3.9%. Kursus SKP dan SEP masing-masing seramai 4 orang atau 2.6%. Bilangan pelajar yang mengambil kursus SGP pula ialah seramai 6 orang atau 4%. Bagi kursus SMI,SMB,SHF,SEI dan SEE masing-masing dengan jumlah pelajar seramai 2 orang atau 1.3%. Bagi kursus SSC, SRI, SPL, SKK, SHD, SGG, SET, SET, SCS, SPE, SPA, SBS dan SHR masing-masing seramai seorang pelajar atau 0.7%.

66 4.2.2 Analisis data mengikut bahagian dalam soal selidik

Jadual 4.2.3 : Analisis data mengikut bahagian dalam soal selidik. Kemahiran Generik 1 2 3 4 5 6 7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika Jumlah Item No.Item 1,2,3,4,5,6,7,8,9 10,11,12,13,14,15 16,17,18,19,20 21,22,23,24,25,26 27,28,29,30 31,32,33,34 35,36,37,38,39,40 Bil.Item 9 6 5 6 4 4 6 40

4.2.3

Analisis tanggapan pelajar terhadap tahap keyakinan kemahiran generik dalam diri .

Bagi tujuan menganalisis, skor min yang digunakan untuk mengukur tahap keyakinan kemahiran generik yang dimiliki oleh pelajar akan ditentukan berdasarkan kepada Jadual 4.2.4 iaitu Jadual Tahap Keyakinan Kemahiran Generik yang diubahsuai daripada Adibah Binti Abdul Latif (2005).

67 4.2.3.1 Analisis Item Kemahiran Berkomunikasi

Jadual 4.2.4: Jadual tahap keyakinan kemahiran generik Skor Min 1.00 - 2.33 2.34 ­ 3.67 3.68 ­ 5.00 Ukuran Tahap Keyakinan Rendah Sederhana Tinggi

Jadual 4.2.5.: Taburan tahap keyakinan responden dalam kemahiran berkomunikasi Pernyataan Saya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik 2 Saya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik Saya mampu menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik 2 Saya mampu menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik Saya mampu menyampaikan maklumat melalui lisan dengan baik Saya mampu menyampaikan idea melalui lisan dengan baik Saya mampu untuk mendengar pendapat orang lain dengan baik Saya mampu untuk memberi respon terhadap pendapat orang lain dengan baik Saya mampu untuk menggunakan teknologi 1.3% 2 1.3% 1.3% 3 2% STS 1 TS 2 KS 3 5 3.3% 47 30.9% 9 5.9% 47 30.9% 33 21.7% 4 2.6% 1 0.7% 1 0.7% 3 1 0.7% 5 3.3% 2 27 17.8% 14 9.2% 21 13.8% 21 S 4 44 28.9% 84 55.3% 50 32.9% 83 54.6% 85 55.9% 92 60.5% 77 50.7% 86 56.6% 82 SS 5 103 67.8% 16 10.5% 93 61.2% 18 11.8% 34 22.4% 29 19.1% 59 38.8% 39 25.7% 44 4.03 4.07 4.26 3.96 4.01 3.74 4.55 3.72 Min 4.64

68 dalam pembentangan saya 2% 1.3% 13.8% 53.9% 28.9% 4.11

Purata Jadual 4.2.5. menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut Kemahiran Berkomunikasi, di mana bagi pernyataan "Saya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik" seramai 103 atau 67.8% responden sangat setuju dengan pernyataan itu diikuti seramai 44 orang atau 28.9% bersetuju dengan pernyataan ini dan hanya 5 orang atau 3.3% sahaja yang kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini 4.64. Manakala pernyataan "Saya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik" di mana majoriti daripada responden iaitu seramai 84 orang atau 55.3% bersetuju dengan pernyataan ini diikuti seramai 47 orang atau 30.9% yang kurang setuju dengan pernyataan ini dan seramai 16 orang atau 10.5% sangat setuju mereka dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik dan seramai 3 orang atau 2% yang tidak setuju mereka dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik dan hanya 2 orang atau 1.3% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini dengan nilai min adalah 3.72. Bagi pernyataan "Saya mampu menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik", 93 orang atau 61.2% responden sangat setuju dan mampu menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik manakala 50 orang atau 32,9% setuju dengan pernyataan ini dan hanya 9 orang atau 5.9% responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 4.55. Seterusnya pernyataan " Saya mampu menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik" sebanyak 54.6% atau 83 responden bersetuju dengan pernyataan ini dan seramai 47 responden atau 30.9% kurang setuju diikuti hanya 18 orang atau 11.8% yang sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 3.74. Bagi pernyataan "Saya mampu menyampaikan maklumat melalui lisan dengan baik" majoriti seramai 85 orang atau 55.9% responden bersetuju dengan pernyataan ini

69 dan 34 orang atau 22.4% sangat bersetuju dengan pernyataan ini manakala 33 orang responden atau 21.7% kurang setuju mereka mampu menyampaikan maklumat melalui lisan dengan baik. Nilai min adalah 4.01. Seterusnya penyataan "Saya mampu menyampaikan idea melalui lisan dengan baik" pula, seramai 92 orang atau 60.5% bersetuju dengan pernyataan ini dan 29 orang atau 19.1% sangat bersetuju mereka mampu menyampaikan idea melalui lisan dengan baik. Kemudian 27 orang atau 17.8% kurang bersetuju dan hanya 4 orang atau 2.6% sahaja daripada responden tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 3.96. Untuk pernyataan "Saya mampu untuk mendengar pendapat orang lain dengan baik", seramai 77 orang atau 50.7% bersetuju dengan pernyataan ini diikuti 59 orang atau 38.8% sangat setuju dengan pernyataan ini manakala 14 orang atau 9.2% kurang setuju mereka mampu untuk mendengar pendapat orang lain dengan baik. Hanya 1 orang atau 0.7% sahaja yang masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 4.26. Pernyataan "Saya mampu untuk memberi respon terhadap pendapat orang lain dengan baik" pula, majoriti responden iaitu seramai 86 orang atau 56.6% setuju dengan pernyataan ini manakala 39 orang atau 25.7% sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Diikuti pula seramai 21 orang atau 13.8% kurang setuju dengan pernyataan ini manakala 5 orang atau 3.3% pula tidak bersetuju dan seorang sahaja atau 0.7% sangat tidak setuju. Nilai min adalah 4.03. Pernyataan terakhir iaitu "Saya mampu untuk menggunakan teknologi dalam pembentangan saya", seramai 82 orang atau 53.9% setuju dengan pernyataan ini diikuti dengan 44 orang atau 28.9% daripada responden sangat setuju. Seramai 21 orang atau 13.8% kurang setuju diikuti 3 orang atau 2% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini dan hanya 2 orang atau 1.3% yang tidak setuju mereka mampu untuk menggunakan teknologi dalam pembentangan saya. Nilai min adalah 4.07.

70 4.2.3.2 Analisis Item Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan

Jadual 4.2.6: Taburan tahap keyakinan responden dalam kemahiran bekerja dalam kumpulan Pernyataan Saya mudah untuk mewujudkan rapport/hubungan baik sesama ahli kumpulan Saya suka bekerja secara kumpulan STS 1 1 0.7% TS 2 2 1.3% KS 3 13 8.6% S 4 95 62.5 SS 5 41 27% Min 4.14

3 2%

4 2.6% 3 2% 5 .3.3%

21 13.8% 17 11.2% 8 5.3% 16 10.5%

79 52% 89 58.6% 84 55.3% 88 57.9% 90 59.2%

45 29.6% 41 27% 55 36.2% 48 31.6% 50 32.9%

4.05 4.08 4.24 4.21 4.23

2 Saya mudah berbincang 1.3% sesama ahli kumpulan Saya mudah menghormati pendapat ahli kumpulan majoriti Saya sentiasa menunjukkan komitmen semasa bekerja dalam kumpulan Saya boleh bekerja dengan ahli kumpulan saya dengan baik walaupun ahli kumpulan saya berlainan bangsa dan agama Purata

3 2%

9 5.9%

4.16

Jadual 4.2.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan dan untuk pernyataan pertama "Saya mudah untuk mewujudkan rapport/hubungan baik sesama ahli kumpulan", 95 orang atau 62.5% responden bersetuju dengan pernyataan ini dan 41 orang atau 27% responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 13 orang responden atau sebanyak 8.6% pula kurang bersetuju, manakala 2 orang atau 1.3% tidak setuju dan hanya

71 seorang atau 0.7% sahaja yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 4.14. Bagi pernyataan "Saya suka bekerja secara kumpulan" seramai 79 orang responden atau 52% bersetuju diikuti seramai 45 orang atau 29.6% sangat bersetuju. Seramai 21 orang atau 13.8% kurang setuju untuk bekerja secara kumpulan dan 4 orang atau 2.6% tidak setuju. 3 orang responden atau 2% yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 4.05. Bagi pernyataan " Saya mudah berbincang sesama ahli kumpulan majoriti", seramai 89 orang atau 58.6% bersetuju dan 41 orang atau 27% pula sangat bersetuju. Ini diikuti seramai 17 orang atau 11.2% responden yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut yang diikuti 3 dan 2 orang yang masing-masing 2% dan 1.3% tidak setuju dan sangat tidak setuju. Nilai min adalah 4.08. Seterusnya untuk pernyataan "Saya mudah menghormati pendapat ahli kumpulan", seramai 84 orang atau 55.3% yang bersetuju diikuti seramai 55 orang atau 36.2% yang sangat bersetuju. Tetapi seramai 8 orang atau 5.3% yang kurang setuju dengan pernyataan ini diikuti pula seramai 5 orang atau 3.3% yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min adalah 4.24. Bagi pernyataan berikutnya iaitu "Saya sentiasa menunjukkan komitmen semasa bekerja dalam kumpulan" seramai 88 orang atau 57.9% setuju mereka sentiasa menunjukkan komitmen semasa bekerja dalam kumpulan diikuti seramai 55 orang atu 36.2% yang sangat setuju dengan pernyataan itu. Nilai min adalah 4.21. Akhir sekali, pernyataan "Saya boleh bekerja dengan baik walaupun ahli kumpulan saya berlainan bangsa dan agama", seramai 90 orang atau 59.2% bersetuju manakala 50 orang atau 32.9% pula sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 9 orang atau 5.9% pula kurang setuju dengan pernyataan ini dan hanya 3 orang atau 2%

72 sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini adalah 4.23. Purata nilai min untuk taburan ini adalah 4.16.

4.2.3.3

Analisis Item Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Jadual 4.2.7: Taburan tahap keyakinan responden dalam Kemahiran Menyelesaikan Masalah Pernyataan Saya mampu menyelesaikan pelbagai masalah secara efektif Saya mampu menyelesaikan masalah dengan menggabungkan beberapa mod pemikiran (seperti kreatif, kritis, analitik) Saya mampu memvisualisasikan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya Saya mampu mendapatkan idea dan jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah Saya mampu berfikir di luar kepompong tradisi STS 1 TS 2 2 1.3% 1 0.7% 3 2% KS 3 42 27.6% 41 27% S 4 88 57.9% 91 59.9% SS 5 20 13.2% 16 10.5%

3.78

Min

3.83

1 0.7%

1 0.7% 2 1.3% 2 1.3%

40 26.3% 34 22.4% 42 27.6%

92 60.5% 100 65.8% 81 53.3%

18 11.8% 16 10.5% 27 17.8%

3.88 3.86 3.82

Purata

3.83

Jadual 4.2.7 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden Kemahiran Menyelesaikan Masalah iaitu dengan pernyataan pertama "Saya mampu menyelesaikan pelbagai masalah secara efektif" di mana 88 orang responden atau 57.9% setuju dengan pernyataan ini manakala seramai 20 orang atau 13.2% sangat bersetuju. Tetapi seramai 42 orang atau 27.6% kurang setuju dan 2 orang atau 1.3%

73 tidak bersetuju mereka mampu menyelesaikan pelbagai masalah secara efektif. Nilai min penyataan ini adalah 3.83. Pernyataan kedua taburan ini adalah "Saya mampu menyelesaikan masalah dengan menggabungkan beberapa mod pemikiran (seperti kreatif,kritis,analitik)" di mana 91 orang responden atau 59.9% bersetuju, 16 orang atau 10.5% yang sangat setuju dan 41 orang atau 27% pula kurang setuju dengan pernyataan ini. Sebilangan kecil sahaja yang tidak setuju dan sangat tidak setuju iaitu masing-masing 3 orang atau 2% dan 1 orang atau 0.7%. Nilai min pernyataan ini ialah 3.78. Pernyataan "Saya mampu memvisualisasikan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya" pula mempunyai seramai 92 orang atau 60.5% yang setuju dan 18 orang atau 11.8% pula sangat setuju. Tapi seramai 40 orang atau 26.3% kurang setuju dengan pernyataan ini manakala sangat kecil sekali responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju iaitu masing-masing sebanyak 0.7% atau seorang. Nilai min pernyataan ini adalah 3.82. Bagi pernyataan "Saya mampu mendapatkan idea dan jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah" mempunyai seramai 100 orang atau 65.8% yang bersetuju tapi hanya 16 orang atau 10.5% sahaja yang sangat setuju dengannya. Seramai 34 orang atau 22.4% pula kurang setuju dengan pernyataan ini. Hanya 1.3% atau 2 orang sahaja yang tidak setuju. Nilai min pernyataan ini pula adalah 3.86. Seterusnya pernyataan "Saya mampu berfikir di luar kepompong tradisi" di mana sebanyak 53.3% atau 81 orang yang setuju dengannya dan 42 orang atau 27.6% pula kurang setuju. 27 orang atau 17.8% daripada responden sangat setuju dengan pernyataan ini dan hanya 2 orang atau 1.3% sahaja yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini adalah 3.88. Purata nilai min bagi taburan pernyataan ini adalah 3.83.

74 4.2.3.4 Analisis Item Kemahiran Menjadi Fleksibel

Jadual 4.2.8: Taburan tahap keyakinan responden dalam Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Pernyataan Saya mampu mengenal potensi diri bagi tujuan peningkatan atau pembaikan kerja Saya mampu mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada Saya mampu memula dan melaksanakan perubahan Saya mampu bekerja dengan baik walaupun dalam tekanan Saya mampu mermahami dan mengadaptasi diri ke dalam budaya, komuniti atau persekitaran kerja yang baru Saya mampu menjadi fleksibel dan mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas Purata STS 1 TS 2 4 2.6% 1 0.7% 2 1.3% 2 1.3% 2 1.3% 5 3.3% KS 3 S 4 SS 5 Min

30 93 25 19.7% 61.2% 16.4% 26 96 27 17.1% 63.2% 17.8% 39 86 25 25.7% 56.6% 16.4% 55 36.2% 73 48% 17 11.2%

3.91

3.96 3.88 3.64

3 2% 1 0.7%

33 88 28 21.7% 57.9% 18.4%

3.93

1 0.7%

32 95 23 21.1% 62.5% 15.1%

3.91 3.87

Jadual 4.2.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) di mana bagi pernyataan "Saya mampu mengenal potensi diri bagi tujuan peningkatan atau pembaikan kerja" mempunyai responden yang bersetuju seramai 93 orang atau 61.2% manakala responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini seramai 25 orang atau 16.4%. Seramai 30 orang atau 19.7% responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini dan 4 orang atau 2.6% sahaja yang tidak setuju. Nilai min pernyataan ini adalah 3.91.

75

Seterusnya bagi peryataan "Saya mampu mengaplikasikan jalan peyelesaian yang sedia ada" mendapat respon setuju seramai 96 orang atau 63.2% diikuti dengan respon yang sangat setuju sebanyak 17.8% atau seramai 27 orang. Manakala responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini adalah sermai 26 orang atau 17.1%. Seramai 2 orang dan seorang sahaja yang masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan peryataan ini iaitu dengan peratusan 1.3% dan 0.7%. Nilai min bagi pernyataan ini adalah 3.96. Pernyataan "Saya mampu memula dan melaksanakan perubahan" pula mendapat respon bersetuju daripada seramai 86 orang atau 56.6% diikuti respon sangat setuju daripada 25 orang atau 16.4%. Manakala seramai 39 orang atau 25.7% pula memberikan respon kurang setuju dengan pernyataan ini dan hanya 2 orang atau 1.3% sahaja yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Bagi pernyataan "Saya mampu bekerja dengan baik walaupun dalam tekanan" pula mendapat respon setuju daripada 73 orang atau 48% responden dan 55 orang atau 36.2% responden lain kurang setuju pula dengan pernyataan ini. Seramai 17 orang atau 11.2% responden sangat setuju dengan pernyataan in mankala seramai 5 orang atau 3.3% yang tidak bersetuju diikuti seramai 2 orang atau 1.3% yang sangat tidak setuju. Nilai min adalah 3.64. Untuk pernyataan "Saya mampu memahami dan mengadaptasi diri ke dalam budaya, komuniti atau persekitaran kerja yang baru" pula seramai 88 orang atau 57.9% yang bersetuju, 28 orang atau 18.4% yang sangat setuju, 33 orang atau 21.7% yang kurang setuju dan 3 orang atau 2% yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min penyataan ini adalah 3.91. Pernyataan terakhir taburan ini iaitu "Saya mampu menjadi fleksibel dan mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas" mendapat respon setuju daripada responden seramai 95 0rang atau 62.5% diikuti 32 orang atau 21.1% yang kurang setuju, 23 orang

76 atau 15.1% yang sangat setuju. Manakala hanya 0.7% atau seorang sahaja yang masingmasing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min bagi pernyataan ini adalah 3.91 dan nilai purata min pula adalah 3.87.

4.2.3.5

Analisis Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 4.2.9: Taburan tahap keyakinan responden dalam Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Pernyataan Saya mampu mencari informasi yang relevan dari pelbagai sumber Saya bersikap terbuka dalam menerima idea baru Saya mampu mengarahkan diri sendiri melalui pembelajaran kendiri Saya seorang yang bersemangat dalam pembelajaran Purata STS 1 TS 2 2 1.3% KS 3 28 18.4% 11 7.2% 2 1.3% 6 3.9% 34 22.4% 29 19.1% S 4 99 65.1% 93 61.2% 90 59.2% 72 47.4% SS 5 23 15.1% 48 31.6% 26 17.1% 45 29.6% 4.03 4.03 3.92 4.24 Min 3.94

Jadual 4.2.9 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat di mana pernyataan pertama iaitu "Saya mampu mencari informasi yang relevan dari pelbagai sumber" mendapat respon setuju daripada 99 orang atau 65.1% responden yang sangat jauh tinggi berbanding respon kurang setuju dan sangat setuju kerana masing masing dengan peratus 18.4% atau 28 orang an 15.1% atau 23 orang. Manakala hanya 2 orang atau 1.3% sahaja memberikan respon tidak setuju terhadap pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini adalah 3.94.

77 Pernyataan kedua taburan ini adalah "Saya bersikap terbuka dalam menerima idea baru" di mana terdapat 3 respon utama iaitu setuju, sangat setuju dan kurang setuju iaitu masing-masing 93 orang atau 61.2%,48 orang atau 31.6% dan 11 orangatau 7.2%. Nilai min bagi pernyataan ini adalah 3.92. Seterusnya pernyataan "Saya mampu mengarahkan diri sendiri melalui pembelajaran kendiri" di mana seramai 90 orang atau 59.2% bersetuju dengannya ,34 orang atau 22.4% pula kurang setuju, 26 orang atau 17.1% responden sangat setuju dan hanya 2 orang atau 1.3% sahaja yang tidak setuju. Nilai min pernyatan ini adalah 3.92. Pernyataan terakhir taburan ini adalah " Saya seorang yang bersemangat dalam pembelajaran." Pernyataan ini mendapat respon tidak setuju daripada 6 responden atau sebanyak 3.9% diikuti respon kurang setuju daripada 29 orang atau 19.1%, kemudian respon yang sangat setuju daripada 45 orang atau 29.6% dan yang tertinggi adalah respon yang bersetuju dengan pernyataan ini iaitu daripada seramai 72 orang atau 47.7%. Nilai min dan purata min bagi pernyataan dan taburan pernyataan ini adalah 4.03

4.2.3.6

Analisis Item Keyakinan Diri

Jadual 4.2.10:Taburan tahap keyakinan responden dalam Kemahiran Keyakinan Diri Pernyataan Saya seorang yang berfikiran positif Saya seorang yang komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah Saya seorang yang yakin kepada diri sendiri STS 1 2 1.3% TS 2 4 2.6% 1 0.7% 2 KS 3 22 14.5% 14 9.2% 18 S 4 78 51.3% 72 47.4% 83 SS 5 46 30.3% 65 42.8% 49 4.18 4.32 Min

4.07

78 1.3% 4 Saya mempunyai kualiti dari aspek keyakinan 2.6% Purata 11.8% 27 17.8% 54.6% 85 55.9% 32.2% 36 23.7% 4.01 4.14

Jadual 4.2.10 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden Kemahiran Keyakinan Diri dengan pernyataan pertama "Saya seorang yang berfikiran positif" mendapat kesemua jenis respon iaitu tertinggi ialah daripada 78 orang atau 51.3% yang bersetuju, diikuti 46 orang atau 30.3% yang sangat setuju kemudian 22 orang atau 14.5% yang kurang setuju. Respon yang paling kurang adalah respon tidak setuju iaitu daripada seramai 4 orang atau 2.6% dan juga respon sangat tidak setuju iaitu hanya seorang atau 1.3% dan nilai min pernyataan ini adalah 4.07. Bagi pernyataan "Saya seorang yang komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah" pula, seramai 72 orang atau 47.4% yang setuju diikuti respon sangat setuju daripada 65 orang atau 42.8%. Seterusnya sebanyak 11.8% atau 18 orang responden kurang setuju dengan pernyataan ini dan hanya 2 orang atau 1.3% pula tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini ialah 4.32. Pernyataan item seterusnya ialah "Saya seorang yang yakin kepada diri sendiri." Seramai 49 orang (32.2%) mengatakan sangat setuju.manakala seramai 83 orang (54.6%) megatakan setuju dan 18 orang (11.8%) mengatakan kurang setuju. Selebihnya iaitu 2 orang (1.3%) mengatakan tidak setuju. Nilai min bagi item ini ialah 4.18. Pernyataan "Saya mempunyai kualiti dari aspek keyakinan" pula mendapat respon setuju sebanyak 55.9% atau 85 orang dan 36 orang atau 23.7% pula sangat bersetuju. Pernyataan ini tidak dipersetujui oleh 27 orang atau 17.8% responden manakala 4 orang atau 2.6% pula sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min dan purata min keseluruhan adalah masing-masing 4.01 dan 4.14.

79 4.2.3.7 Analisis Item Kemahiran Beretika dan Moral

Jadual 4.2.11 Taburan tahap keyakinanresponden dalam Kemahiran Beretika dan Moral Pernyataan Saya seorang yang seimbang dari aspek emosi dan rohani Saya seorang yang bertindak secara beretika dan bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial Saya memahami kesan ekonomi, terhadap kerjaya professional Saya memahami kesan persekitaran terhadap kerjaya profesional Saya memahami kesan sosio-budaya terhadap kerjaya profesional Saya mampu menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah melibatkan isu moral atau etika Purata STS 1 1 0.7% 1 0.7% 2 1.3% 1 0.7% 1 0.7% 1 0.7% TS 2 2 1.3% 2 1.3% 2 1.3% 2 1.3% 3 2% 1 0.7% KS 3 20 13.2% 18 11.8% 33 21.7% 24 15.8% 27 17.8% 26 17.1% S 4 92 60.5% 87 57.2% 76 50% 85 55.9% 83 54.6% 88 57.9% SS 5 37 24.3% 44 28.9% 39 25.7% 40 26.3% 38 25% 36 23.7% Min 4.07

4.13

3.97 4.06 4.01

4.03 4.04

Jadual 4.2.11 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut Kemahiran Beretika yang mempunyai 6 pernyataan iaitu pertama "Saya seorang yang seimbang dari aspek emosi dan rohani." Seramai 92 orang responden atau 60.5% dan 37 orang responden atau 24.3% yang masing-masing memberikan respon setuju dan sangat setuju terhadap pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini adalah 4.07.

80 Pernyataan kedua ialah "Saya seorang yang bertindak secara beretika dan bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial" yang mendapat respon setuju daripada 87 orang atau 57.2% responden. Seramai 44 orang atau 28.9% responden pula sangat setuju dengan pernyataan ini. Responden yang berpendapat kurang setuju dengan pernyataan ini adalah seramai 18 orang atau 11.8%. Responden yang tidak setuju hanya 2 orang atau 1.3% serta respon yang paling kecil adalah respon sangat tidak setuju iaitu hanya seorang atau 0.7%. Pernyataan ini mempunyai nilai min 4.13. Pernyataan "Saya memahami kesan ekonomi terhadap kerjaya professional" pula mempunyai respon setuju daripada76 orang atau 50% responden. Responden juga sangat setuju dengan pernyataan ini yang menyumbang 25.7% atau 39 orang daripada keseluruhan responden. Seramai 33 orang atau 21.7% daripada mereka ada yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Terdapat juga responden yang tidak setuju iaitu seramai 2 orang atau 1.3% yang sama dengan jumlah responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Nilai min pernyataan ini adalah 3.97. Bagi pernyataan "Saya memahami kesan persekitaran terhadap kerjaya professional" mendapat respon daripada 85 orang atau 55.9%yang bersetuju. Seramai 40 orang atau 26.3% pula sangat setuju dengan pernyataan ini dan 24 orang atau 15.8% yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Manakala responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing ialah 2 orang iaitu 1.3% dan seorang 0.7%, nilai min bagi pernyataan ini adalah 4.06. Pernyataan "Saya memahami kesan sosio-budaya terhadap kerjaya professional" mempunyai seramai 83 orang atau 54.6% yang setuju dengannya manakala seramai 38 orang atau 25% yang sangat setuju. Sebanyak 17.8% atau 27 orang daripada responden yang kurang setuju untuk pernyataan ini manakala 3 orang atau 2% serta seorang lagi yang sangat tidak setuju dengan peratus hanya 0.7% Min pernyataan ini adalah 4.01.

81 Akhir sekali, pernyataan "Saya mampu menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah melibatkan isu moral atau etika". Seramai 88 orang atau 57.9% yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala seramai 36 orang atau 23.7% yang sangat setuju dengan pernyataan ini. Responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini adalah seramai 26 atau 17.1% .Terdapat 0.7% atau seorang yang sangat tidak setuju. Dan jumlah yang sama memberikan respon sangat tidak setuju. Nilai min pernyataan ini adalah 4.03 dan nilai purata min adalah 4.04

4.2.3.8

Analisis Keseluruhan Tahap Keyakinan Kemahiran Generik

Jadual 4.1.12: Taburan min keseluruhan bagi tahap keyakinan kemahiran generik pelajar Item Kemahiran Generik 1 2 3 4 5 6 7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika Purata Min 4.11 4.16 3.83 3.87 4.03 4.14 4.04 4.03 Tahap Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

82 Graf 4.2.1: Graf palang taburan min keseluruhan bagi tahap kemahiran generik pelajar

Min Keseluruhan 4.2 4.16 4.14 4.11 4.1 4.03 4 4.04

Min

3.9 3.83 3.8

3.87

Min Keseluruhan

3.7

3.6 1 2 3 4 Item Kemahiran generik 5 6 7

Jadual 4.1.12 adalah taburan min keseluruhan bagi tahap kemahiran generik pelajar yang dibahagikan kepada 7 kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, menjadi fleksibel, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan beretika Berdasarkan jadual tersebut kesemua kemahiran generik pelajar itu berada pada tahap yang tinggi. Taburan min keseluruhan ini digambarkan dalam bentuk graf iaitu seperti pada graf 4.2.1

83 4.2.3.9 Analisis Perbandingan Skor Min Kemahiran Generik Berdasarkan Jantina.

Analisis secara perbandingan skor min telah digunakan untuk mengenal pasti tahap keyakinan kemahiran generik berdasarkan jantina. Melalui analisis ini, didapati min kemahiran generik keseluruhan pelajar lelaki adalah 4.01 dan nilai min bagi pelajar perempuan adalah 4.05. Dari jadual 4.2.13 dapat diperhatikan kemahiran generik yang terdiri daripada 7 kemahiran generik dan nilai skor min yang didapati bagi setiap kemahiran tersebut berdasarkan jantina.

Jadual 4.2.13: Analisis Perbandingan Skor Min Kemahiran Generik Berdasarkan Jantina. Kemahiran Generik Skor Min / Jantina Lelaki ( n = 78 ) 1 2 3 4 5 6 7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika dan Moral 4.07 4.15 3.83 3.86 4.00 4.13 4.03 4.01 Perempuan ( n = 74 ) 4.15 4.16 3.84 3.89 4.07 4.16 4.06 4.05

Purata

Graf palang pada rajah 4.2.2 pula menunjukkan tahap keyakinan kemahiran generik pelajar mengikut jantina. Daripada graf tersebut dapat diperhatikan tidak wujud perbezaan yang ketara di antara jantina.

84 Rajah 4.2.2:Graf Palang Skor Min Merentas Jantina

4.16

4.15

4.07

4.07

4.15 4.10 4.05 4.00 3.95

4.13

4.20

4.15

4.16

3.85 3.80 3.75 3.70 3.65 K1 K2

K3 lelaki

3.83

3.90

3.84

K4 perempuan

3.86

3.89

4.00

K5

K6

Petunjuk Rajah 4.2.2: K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika

4.03 K7

4.06

85 4.3 Bahagian B : Analisis Inferensi Hipotesis

4.3.1

Analisis t-test

4.3.1.1 Hipotesis Nol 1 (Ho1)

Jadual 4.3.1 Perbandingan Kemahiran Berkomunikasi Antara Jantina

F sig t df Sig 2 hujung Beza min Beza Ralat Piawai K1 Varian di anggap sama 1.719 .192 -1.245 148.9 .215 -8.77 7.05 -.0.23 5.15 Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

Aras signifikan : 0.05 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang pertama iaitu kemahiran berkomunikasi pada aras signifikan 0.05 (2 hujung)

86 4.3.1.2 Hipotesis Nol (Ho2)

Jadual 4.3.2 Perbandingan Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan Antara Jantina

F sig t df Sig 2 hujung Varian K2 di anggap sama .001 .974 -.045 149.9 .964 -3.93 8.77 -0.35 0.17 Beza min Beza Ralat Piawai Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

Aras signifikan : 0.05 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang kedua iaitu kemahiran bekerja secara kumpulan pada aras signifikan 0.05 (2 hujung).

4.3.1.3 Hipotesis Nol (Ho3)

Jadual 4.3.3 Perbandingan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Antara Jantina

F Sig t df Sig 2 hujung Varian Beza min Beza Ralat Piawai di anggap sama 1.459 Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

K3

.229

-.021

148.4

.984

-1.66

8.07

-0.16

0.16

Aras signifikan : 0.05

87 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang ketiga iaitu kemahiran menyelesaikan masalah pada aras signifikan 0.05 (2 hujung)

4.3.1.4 Hipotesis Nol 4 (Ho4)

Jadual 4.3.4 Perbandingan Kemahiran Menjadi Fleksibel Antara Jantina

F Sig t df Sig 2 hujung Varian K4 di anggap sama 2.777 .098 -.425 148.4 .671 -3.37 7.92 -0.38 0.12 Beza min Beza Ralat Piawai Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

Aras signifikan : 0.05 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang keempat iaitu kemahiran menjadi fleksibel pada aras signifikan 0.05 (2 hujung).

88 4.3.1.5 Hipotesis Nol 5 (Ho5)

Jadual 4.3.5 Perbandingan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Antara Jantina

F Sig t df Sig 2 hujung Varian K5 di anggap sama 1.397 .239 -.837 149.4 .404 Beza min -6.76 Beza Ralat Piawai 8.08 Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas -0.23 0.15

Aras signifikan : 0.05 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang kelima iaitu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat pada aras signifikan 0.05 (2 hujung). 4.3.1.6 Hipotesis Nol 6 (Ho6)

Jadual 4.3.6 Perbandingan Kemahiran Berkeyakinan Diri Antara Jantina

F Sig t df Sig 2 hujung Beza min Beza Ralat Piawai K6 Varian di anggap sama 1.213 .272 -.333 149.1 .746 -3.05 9.18 -0.42 0.30 Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

Aras signifikan : 0.05

89 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang keenam iaitu kemahiran berkeyakinan diri pada aras signifikan 0.05 (2 hujung). 4.3.1.7 Hipotesis Nol 7 (Ho7)

Jadual 4.3.7 Perbandingan Kemahiran Beretika dan Moral Antara Jantina

F sig t df Sig 2 hujung Varian K7 di anggap sama .812 .369 -.32 148.3 .749 -2.88 8.98 -0.21 0.29 Beza min Beza Ralat Piawai Beza dalam keyakinan 95% Bawah Atas

Aras signifikan : 0.05 Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran generik yang ketujuh iaitu kemahiran beretika dan moral pada aras signifikan 0.05 (2 hujung)

90 4.3.1.8 Hipotesis Nol (Ho8)

Jadual 4.3.8 Keputusan Keseluruhan Perbezaan Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Merentas Jantina Ujian t untuk nilai min Kemahiran Generik Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Bekerja dalam Kumpulan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Menjadi Fleksibel (Adaptabiliti) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Keyakinan Diri Kemahiran Beretika -.333 -.32 149.1 148.3 .746 .749 4.13 4.03 4.16 4.06 -.837 149.4 .404 4.00 4.07

t df Sig (2 hujung)

Min Jantina

Lelaki Perempuan

-1.245 -.045 -.021 -.425

148.9 149.9 148.4 148.4

.215 .964 .984 .671

4.07 4.15 3.83 3.86

4.15 4.16 3.84 3.89

4.4

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, daripada analisis yang dilakukan secara deskriptif untuk mengenalpasti tahap keyakinan kemahiran generik pelajar tahun dua di salah sebuah

91 kolej kediaman di UTM didapati, tahap keyakinan kemahiran generik di kolej kediaman yang dikaji adalah berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan sebanyak 4.03. Analisis deskriptif juga dilakukan untuk mengenalpasti perbandingan min antara jantina dengan dilakukan berasaskan perbezaan skor min tahap keyakinan kemahiran generik merentas jantina. Jika dilihat secara deskriptif, kita boleh lihat bahawa min kemahiran generik pada diri pelajar perempuan adalah lebih tinggi iaitu 4.05 berbanding pelajar lelaki iaitu 4.01. Namun setelah dikaji secara inferensi menggunakan ujian-t bebas didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina bagi kemahiran generik tersebut.

92

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan hasil analisis data yang diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam bab IV. Perbincangan akan dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian dan juga hipotesis kajian, serta sorotan kajian yang disertakan dalam bab II. Kesimpulan akan dibuat dengan memberikan sokongan kepada dapatan kajian dan beberapa cadangan lanjutan dibincangkan bagi kajian pada masa akan datang.

5.2

Perbincangan

Secara keseluruhannya, kajian ini menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian seperti yang dinyatakan dalam bab 1 . Berdasarkan kajian yang telah dijalankan

93 terhadap pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di UTM, Malaysia, hasil dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:

5.2.1

Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Berkomunikasi)

Bagi tahap kemahiran generik yang pertama iaitu kemahiran berkomunikasi, didapati, min paling tinggi yang diperolehi adalah bagi item pertama iaitu " saya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik". Min yang diperolehi ialah 4.64 dan berada pada tahap tinggi. Ini mungkin disebabkan kebanyakan responden terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu dan antara syarat kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia ialah mereka mestilah lulus dalam Bahasa Melayu. Item terendah adalah item "saya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik" dengan min yang diperolehi sebanyak 3.72. Walaupun min berada pada tahap tinggi, tetapi item ini merupakan item yang terendah. Keadaan ini terjadi mungkin kerana kebanyakan pengajaran adalah dalam Bahasa Melayu. Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris adalah sangat penting. Menurut Esa Abd Samad (2000), ramai pelajar Melayu kita yang gagal mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan oleh kegagalan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Daripada penilaian yang dibuat daripada hasil kajian, kita dapati para pelajar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. Penguasaan kemahiran komunikasi merupakan kemahiran asas yang diperlukan dalam apa-apa jua juga bidang pekerjaan yang diceburi (Abd. Aziz Yusof, 2003). Ia adalah asas dalam setiap perhubungan dan ia adalah kunci kepada setiap kejayaan. Namun demikian didapati kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris mendapat skor min yang terendah dalam kemahiran berkomunikasi. Walaupun min yang

94 diperolehi adalah tinggi namun jelas kepada kita bahawa kemahiran yang melibatkan pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris adalah perkara yang paling rendah berbanding dengan komunikasi yang lain (Adibah Abdul Latif, 2005). Ini jelas menunjukkan responden tidak menguasai bahasa ketiga yang semakin penting dalam era globalisasi Pendapat ini juga disokong oleh Sulaiman (2001), para pelajar mesti berkeupayaan untuk menulis dengan baik dan bercakap secara lancar dan jelas. Kajian oleh Nur Riana (2001) juga mendapati banyak kemahiran-kemahiran yang perlu dipertingkatkan agar graduan yang mantap dan berkualiti akan dapat dihasilkan. Antara kemahiran yang dikenalpasti adalah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh Nurul Afizah (2005) terhadap para pelajar di salah sebuah IPTA mendapati, melalui penerapan kemahiran komunikasi yang baik ia akan menyumbang kepada keupayaan memimpin, mendorong, berunding, meleraikan konflik, menyelesaikan masalah serta mewujudkan satu perhubungan yang sihat. Prof. Datuk Dr. Sulaiman, Rektor KUSTEM, turut berpendapat bahawa kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris dan kemahiran interpersonal adalah antara kemahiran generik yang dikenalpasti oleh majikan sebagai prasyarat kepada pembuka peluang menjawat sesuatu pekerjaan (Berita Minggu, 17/08/2003).

5.2.2

Tahap Kemahiran Generik Pelajar ( Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan)

Bagi Konstruk kemahiran bekerja secara kumpulan, didapati min tertinggi ialah bagi item yang ke 13 iaitu "saya mudah menghormati pendapat ahli kumpulan." Keadaan ini menunjukkan para pelajar dapat bekerja dalam kumpulan dengan baik. Persetujuan bersama adalah penyelesaian yang paling berkesan dalam mencapai keputusan menyelesaikan sesuatu masalah (Abdul Rahman Abdul Aziz (2000).

95 Daripada hasil kajian dapat kita simpulkan bahawa para pelajar di kolej kediaman ini sememanganya didedahkan dengan cara bersosial dengan orang lain dan bekerja secara kumpulan. Min bagi item ini ialah 4.24. Min yang terendah ialah min bagi item "saya suka bekerja secara kumpulan" Min bagi item ini ialah 4.05. Min ini juga masih berada pada tahap yang tinggi. Ini jelas menunjukkan, bekerja secara kumpulan bukanlah pilihan utama para pelajar. Ada kemungkinan mereka lebih suka bekerja secara bersendirian. Namun demikian, berdasarkan dapatan kajian, ia menunjukkan bahawa pelajar mampu untuk bekerja sebagai satu pasukan. Kemahiran untuk bekerja dalam satu kumpulan merupakan kemahiran yang perlu di kuasai oleh setiap pelajar. Ini disokong oleh Narimah dan Saodah (2002) yang menyatakan bahawa kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah penting dalam proses pembelajaran dan pekerjaan. Ini kerana aktiviti berkumpulan akan dapat membawa kepada beberapa kemahiran lain seperti berkomunikasi, berfikir serta merancang kerja yang hendakdilakukan. Kualiti pekerjaan yang dihasilkan secara berkumpulan adalah lebih baik kerana ia dibuat berdasarkan keputusan dan sebulat suara dalam kumpulan tersebut (Nurul Afizah, 2005).

5.2.3

Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Menyelesaikan Masalah) Min tertinggi bagi konstruk kemahiran menyelesaikan masalah ialah min bagi

Item ke 20 iaitu "saya mampu berfikir di luar kepompong tradisi." Min bagi item ini juga pada tahap yang tinggi iaitu 3.88. Berfikir di luar kepompong tradisi juga merupakan satu aspek yang perlu terutamanya jika mahu melakukan perubahan. Menurut Grace,W.J (2001) kemampuan untuk berfikir diluar kepompong amat penting supaya kita boleh menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku dengan seribu satu cara.

96 Manakala min terendah bagi konstruk kemahiran menyelesaikan masalah ialah 3.78 iaitu bagi item "saya mampu menyelesaikan masalah dengan menggabungkan beberapa mod pemikiran (seperti kreatif, kritis, analitik)." Hasil daripada dapatan kajian mendapati,para pelajar lebih yakin untuk menyelesaikan masalah dengan maklumat yang sedia ada berbanding untukmenggunakan idea mereka dalam penyelesaian sesuatu permasalahan John Dewey menyatakan bahawa penyelesaian masalah adalah peringkat bermulanya proses berfikir apabila keinginan menyelesaikan masalah dapat diwujudkan. Proses berfikir diakhiri apabila masalah itu dapat diselesaikan selepas pengujian hipotesis dilakukan. Rajah . 5.1 menunjukkan Model Dewey dalam proses penyelesaian masalah.

Mengenalpasti Masalah

Mencari Maklumat Rumusan

Membuat Hipotesis

Menguji Hipotesis

Menilai dan Membuat Rumusan

Rajah 5.1: Model Dewey Dalam Peringkat Menyelesaikan Masalah

97

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah adalah kemahiran yang perlu diterap dalam diri setiap pelajar di kolej ini. Dalam proses pembelajaran pelajar terdedah kepada aktiviti-aktiviti berbentuk perkataan, masalah, kuiz dan sebagainya. Pelajar perlu mengetahui bahawa setiap masalah merupakan satu proses yang sentiasa berlaku dalam diri seseorang individu. Ada jalan penyelesaian yang sangat mudah, dan ada juga yang terlalu sukar sehingga seseorang itu tidak mampu menyelesaikannya (Sharifah Noor Anita, 2002) .Oleh itu seseorang pelajar perlu menguasai kemahiran ini supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan menangani sesuatu masalah secara rasional.

5.2.4

Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Menjadi Fleksibel)

Bagi konstruk kemahiran menjadi fleksibel, item yang mempunyai min tertinggi ialah item ke 22 iaitu "saya mampu mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada." min bagi item ini ialah 3.96. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengalaman pelajar adalah sesuatu yang amat penting bagi membolehkan mereka mengadaptabilitikan mereka dalam suatu keadaan yang lain mahupun yang baru. Daripada item di atas kita dapati para pelajar masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran ini sepenuhnya terutamanya dalam aspek yang melibatkan penyelesaian masalah. Mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah berdasarkan jalan penyelesaian yang sedia ada sahaja.

Item terakhir dalam konstruk ini mempunyai nilai min yang terendah ialah item ke 24 iaitu "saya mampu bekerja dengan baik walaupun dalam tekanan". Walaupun begitu item ini masih lagi di tahap tinggi dengan nilai 3.64. Ini menunjukkan para

98 pelajar mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Individu yang mepunyai kecerdasan emosi yang tinggi mampu melaksanakan sesuatu tugas walaupun dalam situasiyang tertekan (Goleman, D. (1998). Pasaran kerja pada era globalisasi memerlukan tenaga kerja yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi berikutan persaingan yang semakin sengit. Pencapaian ilmu yang tinggi sahaja tidak mencukupi kerana majikan memerlukan pekerja yang serba boleh (Berita Harian, 15/03/2006). Masalah mempunyai struktur abstrak yang formal. Namun begitu proses sesuatu masalah mungkin berbeza di kalangan seseorang individu di mana ia adalah bergantung dengan kapasiti ingatan kerja seseorang. Proses permasalahan yang baik boleh menunjukkan sama ada sesuatu gerakan yang diambil itu sah dan produktif (Gerace, W. J, 2001) Mereka yang mempunyai kemahiran dalam kemahiran fleksibiliti mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi kerana mereka diperlukan dalam skop kerja yang meluas dari satu tugasan atau tempat kerja ke tugasan dan tempat kerja yang lain. Ia merupakan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan etika kerja yang baik semasa waktu bekerja (Gucharan Sigh Sandhu, 2003).

5.2.5

Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat)

Bagi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, item yang mempunyai nilai min Paling tinggi ialah item ke 28 iaitu "saya bersikap terbuka dalam menerima idea baru." Nilai min tersebut ialah 4.24. Keadaan ini akan lebih memudahkan pelajar apabila memasuki dunia kerjaya nanti. Ini menunjukkan para pelajar mampu berfikir di

99 luar kotak pemikirannya, sebaliknya mereka boleh menerima pendapat daripada orang lain dalam apa jua situasi ke arah pembangunan diri dan masyarakat. Item yang mempunyai nilai min terendah bagi konstruk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ialah bagi item ke 29 iaitu item yang berbunyi "saya mampu mengarah diri sendiri melalui pembelajaran kendiri." Min bagi item ini ialah 3.92 dan ini menunjukkan keseluruhan konstruk bagi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah pada tahap tinggi. Menurut Brigg dan Hodson dalam Nurul Afizah (2005), pembelajaran sepanjang hayat memerlukan pelajar memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di antara kerja mereka, unit mereka dan juga organisasi. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ianya memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat ini dapat diwujudkan secara tidak langsung melalui pemikiran kritis. Ini kerana pelajar menggunakan pengalaman, idea dan pendapat mereka untuk memperoleh pengetahuan yang dinamakan ilmu tanpa katakata (tacit knowledge) ini daripada diri mereka sendiri. Justeru pembelajaran sepanjang hayat ini adalah perlu kerana pedagogi ini merupakan proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi (Hassan Jantan, 2006). Antara penyebab lain yang menjadikan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ini penting pada masa kini adalah disebabkan oleh perubahan persekitaran yang baru, di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi menjadi keutamaan (Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan NASDEC 2006).

100 5.2.6 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Berkeyakinan Diri)

Item yang mempunyai min tertinggi bagi kemahiran keyakinan diri adalah item ke 32 dengan min 4.32. Item tersebut ialah "saya seorang yang komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah." Seterusnya ialah item ke 33 iaitu saya seorang yang yakin kepada diri sendiri." min bagi item ke 33 ini ialah 4.18 iaitu berada pada tahap tinggi. Item yang mempunyai min terendah bagi konstruk ini ialah item "saya mempunyai kualiti" iaitu item ke 34.Nilai min adalah pada tahap tinggi iaitu 4.01. Daripada analisis menunjukkan sebilangan besar pelajar yakin dan mempunyai persediaan untuk menceburi alam pekerjaan. Kemahiran generik ini sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang cemerlang. Tahap keyakinan diri yang tinggi harus dimiliki dan dipupuk semasa menuntut di menara gading oleh setiap pelajar sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan nanti (Gurcharan Sigh Sandhu, 2003). Kebolehan bercampur dan berinteraksi terutamanya dalam Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian. Komunikasi dalam Bahasa Inggeris mampu membina keyakinan diri seseorang individu. Keyakinan diri yang tinggi mampu untuk menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada seseorang individu pelajar. (Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn ­ Menteri Sumber Manusia).

101 5.2.7 Tahap Kemahiran Generik Pelajar (Kemahiran Beretika dan Moral)

Bagi kemahiran beretika, item yang mendapat nilai min tertinggi ialah item ke 36 iaitu "saya seorang yang bertindak secara beretika dan bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial." Min bagi item ini ialah 4.13. Kemahiran beretika dan Moral diperolehi melalui proses pembelajaran yang dilalui oleh setiap orang pelajar. Melalui hubungan dengan orang lain individu dapat memahami tingkahlaku orang lain (Al Ghazali, 1983). Item terakhir untuk konstruk ini "saya memahami kesan ekonomi terhadap kerjaya profesional" dengan min 3.97. item ini mendapat skor min yang terendah bagi Kemahiran Beretika dan Moral. Ini menunjukkan pelajar memahami kesan perubahan ekonomi kepada kerjaya mereka. Pengetahuan tentang ekonomi atau lebih dikenali sebagai K-Ekonomi ini merupaka salah satu kemahiran yang perlu dipertingkatkan di kalangan para pelajar. Kajian mengenai pengetahun tentang K-Ekonomi pernah dijalankan di UKM. Menurut Hasnah (2000), k-ekonomi adalah pendekatan yang menggunakan pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan aktiviti ekonomi seperti pengeluaran barangan, penyelidikan dan pemasaran. Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa para pelajar perlu lebih meningkatkan tahap keyakinan mereka dalam kemahiran generik ini.

102 5.2.8 Perbezaan Kemahiran Berkomunikasi Merentas Jantina

Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran berkomunikasi merentas jantina. Perbandingan min antara lelaki dan perempuan terhadap kemahiran ini adalah 4.07 dan 4.15. Kajian oleh Maccoby dan Jacklin (dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali) mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam kecerdasan lisan atau bahasa. Namun demikian, melalui analisis secara ujian-t kita dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi merentas jantina. Keadaan ini jelas menunjukkan para pelajar menyedari tentang kepentingan kemahiran ini untuk dikuasai. Melalui komunikasi idea dan informasi dapat dinyatakan, dihurai dan dijawab (Nurul Afizah,2005). Kajian yang pernah dilakukan oleh Nurul Afizah di salah sebuah IPTA telah menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi dengan jantina dengan nilai =0.02. Keadaan ini berlaku kerana penyelidik berpendapat pelajar lelaki lebih berfikiran luas dan lebih mudah berhubung dengan orang lain. Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Latihan Industri, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM) mengenai pandangan pihak industri terhadap kemahiran generik pelajar. Mereka mengharapkan kemahiran-kemahiran generik seperti interpersonal dan komunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, etika kerja, teknologi maklumat adalah lebih utama berbanding kemahiran generik yang lain (Khatijah Omar dan Siti Nazilah Mat Ali, 2006).

103 5.2.9 Perbezaan Kemahiran Bekerja Secara Kumpulan Merentas Jantina

Melalui analisis secara deskriptif didapati tidak wujud perbezaan min yang ketara antara tahap keyakinan kemahiran generik antara lelaki dan perempuan masingmasing memperoleh skor 4.15 dan 4.16. Namun demikian, berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran bekerja secara kumpulan merentas jantina. Ini bermakna kemahiran bekerja secara kumpulan perlu dikuasai oleh semua golongan pelajar di UTM. Menurut Boland (1996), bekerja dalam kumpulan akan menyumbang kepada perbincangan dan percambahan idea akan mudah berkembang dengan mudah antara satu sama lain. Kualiti pekerjaan yang dihasilkan secara berkumpulan adalah lebih baik. Ini keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keputusan semua dan sebulat suara dalam kumpulan tersebut.

5.2.10 Perbezaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Merentas Jantina

Daripada analisis perbandingan min, didapati min perempuan lebih tinggi berbanding perempuan. Namun demikiann berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara kemahiran menyelesaikan masalah merentas jantina. Skor min yang diperolehi oleh lelaki adalah 3.83 manakala skor minbagi perempuan pula ialah 3.84. oleh itu, tidak dinafikan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah adalah kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar.

104 Masalah merupakan satu proses yang sentiasa dilaksanakan oleh setiap individu yang menemui pelbagai masalah dalam sesuatu kehidupan. Aada yang amat jelas penyelesaiannya dan langkah-langkah penyelesaiannya, ada yang terlalu kabur dan sukar. Bayangan langkah dan penyelesaian adalah proses masalah atau peta tentang kegiatan mental yang melibatkan penerokaan dari titik mula merumus masalah dan mencartakan jalan kerja ke matlamat hingga matlamat dapat dicapai. Intisari penyelesaian masalah ialah untuk mengendalikan situasi-situasi baru bagi seseorang yang tidak pernah dilatih untuk menyelesaikannya. Keupayaan kognitif adalah yang paling utama hasil daripada perkembangan prosedur menyelesaikan masalah dan pelaksanaan prosedur tersebut (Anderson, 1980). Kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) atau Problem Based Learning adalah salah satu daripada kaedah pembelajaran yang menekankan pengalaman sebenar dan juga memberikan tumpuan kepada pelajar (Husin Othman et.al, 2006). Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Husin Othman et.al di KUiTHHO mendapati majikan melihat bidang ini amat penting khususnya dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran generik atau soft skill yang tinggi.

5.2.11 Perbezaan Kemahiran Menjadi Fleksibel Merentas Jantina

Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara kemahiran menjadi fleksibel merentas jantina. Perbandingan skor min juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan bagi kemahiran ini iaitu masing-masing adalah 3.86 dan 3.89.

105 Merujuk kepada Model yang telah dikemukan oleh Espinonza (1999), kemahiran yang diperlukan dalam elemen ini adalah melaksanakan tugas di luat tugas yang dipertanggungjawabkan dan menggunakan daya kreativiti dalam melaksanakan tugas dan bekerjasama dengan mereka yang berlainan bidang atau pengkhususan.

5.2.12 Perbezaan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Merentas Jantina

Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara kemahiran pembelajaran sepanjang hayat merentas jantina. Skor min yang diperolehi oleh pelajar lelaki adalah 4.0 manakala pelajar perempuan mendapat skor min sebanyak 4.07. Ini menunjukkan para pelajar menyedari bahawa proses pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu proses yang berterusan. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk biasa baik bagi pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan (Dr Mohamad Nasir Saludin, 2006).

106 5.2.13 Perbezaan Kemahiran Berkeyakinan Diri Merentas Jantina

Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran berkeyakinan diri merentas jantina. Bandingan secara skor min antara pelajar lelakidan perempuan juga tidak terlalu ketara. Iaitu 4.13 bagi lelaki dan 4.16 bagi perempuan. Peranan universiti perlu menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna, selain daripada mengasah keupayaan pelajar dengan kemahiran interpersonal, kemahiran berfikir mampu untuk membina tahap keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki dan juga perempuan.

5.2.14 Perbezaan Kemahiran Beretika dan Moral Merentas Jantina

Perbandingan secara skor min kemahiran ini juga tidak terlalu ketara malah hampir sama iaitu 4.03 bagi pelajar lelaki dan 4.06 bagi perempuan. Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran beretika dan moral merentas jantina Kematangan moral dan etika seseorang bukan sahaja dipengaruhi oleh akademik tetapi juga oleh faktor-faktor lain. Ludeman (2004) dalam kajiannya mengenai masalah tingkahlaku pelajar IPT yang menagitkannya dengan proses sosialisasi semasa seseorang dibesarkan. Hanya kematangan moral dan akhlak diperingkat yang tinggi sahaja yang membolehkan pelajar menentukan sama ada mahu terlibat dengan perkaraperkara yang baik atau tidak. Masalah disiplin boleh wujud jika universiti gagal

107 menyediakan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar, tidak menggalakkan pelajar berfikir secara terbuka dan mengamalkan undang-undang yang terlau ketat (Edward, 1993).

Sepertimana yang kita tahu, sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Kelekaan dan kealpaan individu boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Satu hal yang sangat penting adalah individu perlu sentiasa peka dan sentiasa menjaga etika dan moral mereka dalam semua aspek kehidupan mereka pada hari ini dengan menghayati konsep-konsep dan nilai-nilai Islam dalam era globalisasi hari ini. Walaupun negara kita hari ini berada dalam arus pemodenan tetapi jika kita mempunya tahap yang tinggi dalam etika dan moral kita akan terselamat dari terus dijajah dan sekaligus melahirkan masyarakat yang bukan sahaja maju informasi dan berteknologi tinggi malah mempunyai kuat pegangan akidah dan akhlaknya (Ramziah Husin dan Ramlee Mustafa, 2001).

5.2.15 Perbezaan Kemahiran Generik Secara Keseluruhan Merentas Jantina

Berdasarkan analisis statistik dengan menggunakan ujian-t, pada aras signifikan 0.05 didapati bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara kemahiran berkomunikasi merentas jantina. Didapati tidak wujud perbezaan min yang ketara dalam mengaplikasikan kemahiran generik antara lelaki dan perempuan iaitu 4.01 bagi lelaki dan 4.05 bagi perempuan. Ini mungkin kerana pelajar perempuan lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih berjaya dalam pelajaran (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2002). Kajian yang pernah dilakukan oleh penyelidik KUSTEM ke atas 1384 pelajar baru mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara jantina

108 5.3 Cadangan

Berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik pelajar pada secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar menyedari tentang kepentingan kemahiran generik. Kelulusan dan sijil semata-mata belum boleh menjamin seseorang individu itu untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran generik yang telah digariskan oleh UTM ini khususnya mampu membantu individu pelajar menonjolkan diri mereka dalam dunia kerjaya sebenar. Hasil daripada dapatan dan rumusan kajian, dicadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak universiti amnya, dan pihak kolej khususnya untuk menerapkan kemahiran generik kepada para pelajar di kolej-kolej kediaman samada secara langsung atau tidak langsung. . Cadangan adalah berdasarkan item-item kemahiran yang dikaji dalam kajian ini. 1. Bagi aspek komunikasi, pelajar didedahkan melalui latihan praktikum di tempat kerja bagi mendapatkan sekurang-kurangnya lima kemahiran generik yang asas yang perlu ada bagi seseorang pelajar (kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, fleksibiliti dan keyakinan diri) dilaksanakan pada setiap musim cuti. Memandangkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris adalah aspek kemahiran komunikasi yang paling rendah, justeru di harapkan semua pihak menggalakkan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi yang utama selain daripada Bahasa Melayu. 2. Manakala bagi aspek kemahiran bekerja dalam kumpulan, setiap tugasan atau aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan hendaklah dipantau supaya sesebuah kumpulan yang diwujudkan bukan hanya semata-mata kerana

109 mahukan satu kumpulan tetapi kumpulan tersebut perlu bertindak secara positif dan produktif. 3. Pensyarah menerapkan aspek motivasi dalam pengajaran masing-masing dengan cara menyelitkan kata-kata perangsang seperti melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin, berfikiran positif bila berdepan dengan cabaran, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. 4. Pelajar mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan. Pendedahan kepada persekitaran baru boleh membantu pelajar menjadi seorang yang lebih fleksibel supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Penyertaan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti seperti program khidmat masyarakat dan program khidmat pendidikan dapat melatih pelajar untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan persekitaran baru . 5. Proses pembelajaran seseorang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan. Mempelbagaikan pendekatan untuk belajar supaya konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat dijadikan amalan contohnya seperti amalan membaca, mengadakan kursus jangka pendek dan juga kursus jangka panjang serta menyertai ceramah-ceramah yang berbentuk ilmiah contohnya seperti kursus kepimpinan JKM, kursus kemahiran generik, kurus motivasi serta kursus kaunseling. 6. Memperbanyakkan "platform" untuk mengasah keyakinan diri di dalam setiap aktiviti di dalam dan di luar bilik kuliah. Program di luar bilik kuliah sewajarnya dikendalikan oleh pihak HEP dan kolej-kolej kediaman. Program-program seperti pidato, forum dan pengucapan awam contohnya mampu untuk membina tahap keyakinan dalam diri pelajar.

110 7. Pensyarah seharusnya menyampaikan teori dan ilmu dengan disulami nilai dan etika agar ia dapat dikaitkan dalam kehidupan harian pelajar di samping membina sahsiah diri pelajar yang baik. Selain itu, penyertaan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti keagamaan seperti tazkirah, kuliah subuh, ceramah moral dan sebagainya mampu untuk meningkatkan tahap kemahiran etika dan moral Dalam usaha meningkatkan tahap keyakinan dan penguasaan dalam kemahiran generik ini sebenarnya memerlukan kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri selain daripada peranan-peranan pihak-pihak yang lain. Pelajar-pelajar digalakkan menyediakan kertas-kertas kerja, membuat perancangan dan belanjawan yang kemudiannya disemak dan diberi teguran oleh pihak pentadbiran kolej dan juga felofelo. Ini merupakan bimbingan dan penerapan yang dibuat secara langsung oleh pihak kolej terhadap para pelajar. Manakala bagi kaedah penerapan secara tidak langsung pula para pelajar kolej digalakkan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturanperaturan dan disiplin yang telah ditetapkan.

5.4

Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan

Daripada hasil kajian yang diperolehi, pengkaji merasakan kajian ini tidak seharusnya berhenti setakat ini sahaja. Kajian lanjutan adalah dirasakan sangat perlu untuk melihat konteks kemahiran generik dari sudut pandangan yang berbeza. Pengkaji percaya hasil yang diperolehi akan memberikan maklumat yang berguna untuk faedah bersama. Antara cadangan untuk kajian lanjutan yang difikirkan sesuai untuk dijalankan ialah:

111 1. Kajian terhadap tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pensyarah di institusi pengajian tinggi. 2. Kajian terhadap keberkesanan penerapan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diajar bagi memenuhi kehendak semasa. 3. Kajian terhadap sejauhmana proses mengintegrasikan kemahiran generik yang telah dijalankan di institusi pendidikan. 4. Kajian terhadap sejauhmana tindakan yang telah dilakukanoleh institusi pengajian dalam memperkembangkan kemahiran generik pelajar. 5. Selain perbandingan antara jantina, perbandingan kemahiran merentas kaum, latarbelakang dan aliran juga boleh dijalankan.

5.5

Rumusan

Berdasarkan kajian ini, ia dapat menyedarkan kita bahawa setiap manusia mempunyai kemahiran yang berbeza dan kecerdasan yang berbeza (McCornick, 1999). Setiap potensi diri mereka boleh diperkembangkan sekiranya ada usaha untuk memajukan diri mereka sendiri. Sebagai pelajar mereka perlu lebih bersikap terbuka dan mudah menerima nilai, konsep dan keyakinan baru. Maklumat mengenai tahap keyakinan kemahiran generik ini boleh dijadikan benchmark untuk memastikan UTM mampu melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran globalisasi tanpa membelakangkan unsur pengukuhan spritual dan adat budaya.

112 Kemahiran generik merupakan salah satu komponen utama. Justeru itu, penerapan kemahiran generik perlu dititik beratkan terutamanya kepada pelajar baru. Ini melibatkan kerjasama semua pihak bermula dari pensyarah, fakulti, kolej-kolej kediaman, dan universiti keseluruhannya. Sebagai contoh, pensyarah perlu memahami dan menguasai kemahiran khusus yang diperlukan untuk menerapkan kemahiran generik (generic skills) di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka kendalikan. Manakala fakulti dan universiti pula perlu memantau perkembangan kemahiran generik dan mengemaskini atribut-atribut kemahiran generik agar relevan dan sentiasa beradaptasi dengan keperluan pasaran kerja semasa. Pekerja yang menguasai kemahiran generik merupakan tenaga kerja yang menjadikan negara berdaya saing dengan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (Leo Ann, 2001). Adalah penting bagi seseorang individu pelajar untuk memiliki kemahirankemahiran generik yang telah digariskan oleh pihak UTM sekurang-kurangnya lima daripada tujuh kemahiran generik tersebut. Ini kerana penguasaan dalam kemahiran generik akan membantu individu di alam dunia kerjaya sebenar. Usaha untuk meningkatkan kemahiran generik ini perlu diteruskan oleh setiap individu sekiranya ingin menempuh masa depan yang cemerlang. Menguasai kemahiran generik akan menjadikan seseorang pelajar sebagai pekerja yang berketrampilan, berinovasi dan fleksibel selaras dengan keperluan sumber tenaga negara. Menurut Grayson (1995) dalam satu tinjauan yang dilakukan di Universiti York, adalah sangat malang apabila universiti menganggap kemahiran-kemahiran generik ini akan terbina secara semulajadi bersama dengan pembelajaran dalam berbagai kursus atau disiplin yang diikuti oleh pelajar. Institut pengajian juga dilihat perlu menawarkan subjek kemahiran generik secara khusus bagi memenuhi kehendak pekerjaan semasa yang memerlukan pelajar menguasai kemahiran generik.

113

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Yusof (2003). Komunikasi untuk Pengurus. Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd. Ab. Rahim Selamat (2000). Pengurusan Sekolah Bestari ­ Satu Pengenalan". Subang Jaya: Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Abdul Rahman Abdul Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Adibah binti Abdul Latif. Perkaitan Antara tahap Kemahiran Generik dengan Pencapaian Prestasi Pelajar: Kajian Kes TerhadapPelajar Tahun Akhir FakultiPendidikan.Tesis Sarjana.Universiti Tun Teknologi Malaysia; 2005 Alf Lizio & Kethia Wilson (2004) First Years Student's Percepcions of Cabability, Studies in Higher Education, vol. 29 no 1. February 2004, Australia, Grifith University. Allen, M. (1993). A conceptual Model of Transferable Personal Skills, Sherffield : Employment Department. Best, J. W. & Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th Ed. USA : Ally & Bacon.

114 Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997). Education Psychology : A Contemporary Approach". 2nd Ed. USA : Addison Wesley Longman Inc. Crebbin, W. (1997). Teaching for lifelong learning. R. Ballantyne, J. B, & J. Packer (Editors), Reflecting on university teaching academics stories Canberra : Committee for Universitty Teaching Staff Development// Australian Government Printing Service. Dearing Report (1997). Higher Education in the Learning Society. London : HMSO. Esa Abdul Samad (2000), Pencapaian akademik bukan jaminan kerjaya?, UIA : Tidak Diterbitkan. Gerace, W. J. (2001). Problem Solving and Conceptual Understanding. Proceeding of Physics Education Research Conference, Rochester, New York, Julai 2001. Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence. New York : Bantam Books. Grimm, L. G. (1993). Statistical Applications for the Behavioral Sciences. New York : John Wiley & Sons, Inc. Hashamiza Hamdan (2004). Pengintegrasian Aspek-aspek Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran Bagi Program Kemahiran Tinggi Selaras Dengan Keperluan Industri: satu Kajian Kes di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dari Perspektif Pengajar. Tesis Sarjana, KUiTHHO. Havard, M., Hughes, M. & Clarke, J. (1998). The introduction and evaluation of skills in undergraduate course. Journal of further and Higher Education. Heskin, K. (1994). Generic Skills Requirement for Stakeholders : An Australian Case

115 Study". Association for Institutional Research 1994 Annual Forum Paper. HM Tuah Iskandar. (2003). Membina Imaginasi Cemerlang. Petaling Jaya: Karya Bestari Sdn. Bhd. Kamarudin Mohd Tahir.Tahap Keyakinan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti KPTM. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. 2005 Kamus Dewan (1999), Dewan Bahasa dan Pustaka. Kearns, P (2001), Generic Skills For The new Economy ­ review of reseacr, NCVER Adelaide. Mohd. Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Shafiee Ahmad (1995). Metodologi Penyelidikan Untuk Bidang Ekonomi dan Bidang-bidang Berkaitan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Yahya Nordin (2003), "Isu Dan Cabaran dalam Penyediaan Tenaga Kerja dalam Era Perubahan Teknologi dan Globalisasi". Kertas Kerja dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional 2003. Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Nurul Afizah binti Adnan. Perkaitan Profil Kemahiran Generik Aliran Teknikal di Politeknik Malaysia.Tesis Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn; 2005

Pusat Perkembangan Kurikulum (1995). "Kemahiran Generik". Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

116 Prosiding Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (Pembangunan Pelajar Ke arah Wawasan 2020) NASDEC 2006 8-9 Ogos 2006. Space UTM

Rahmah Ismail (1997). Situasi Semasa Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia dalam "Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia". Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Ramsden, P. (1992). Learning and Teaching in Higher Education. London : Routledge. Resnick, L. B. & Glaser, R. (1976). Problem Solving and Intelligence. Dlm. Resnick, L. B. "The Nature of Intelligence". Hillsdale, New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Sabitha Marican (1993). Pengurusan Masalah dan Penyelesaian.. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Sharifah Noor Anita binti Syed Jaafar Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Memenuhi Kehendak Pasaran Kerja: Kajian di Kalangan Pelajar Semester Akhir Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Port Dickson.Tesis Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn; 2002 Sharifah Noor Putih (2001). Perlaksanaan program sekolah ke kerjaya. Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional Kuala Lumpur. Tengku Mahaleel Tengku Arif (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Kerja Pada Masa Kini. Seminar antara Industri danInstitusi Pendidikan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

117 Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Pearson Prentice Hall, Malaysia Sdn. Bhd. Debold B. Van Dalen (1993). Memahami penyelidikan pendidikan satu pengenalan. Terjemahan Abdul Fatah Abd. Malik & Mohd. Majid Konting, M.Sc. Penerbit Universiti Pertanian Malaysia, Selangor. Mohd. Majid Konting, Ph.D. (2000), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dr. Robert Anthony (2003). Rahsia Membina Keyakinan Diri Sendiri. Albaz Publishing & Distribution Sdn. Bhd. Gurcharan Sigh Sandhu (2003). Menerajui Diri ke Arah Kecemerlangan Hubungan dengan Orang Lain dan Organisasi. Thinker's Library Sdn. Bhd. William Stenart (2000). Building Self-Esteem. Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Maimunah Aminuddin (1999). Pengurusan Sumber Manusia. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti. Megginson, D. and Paddler, M. (1992). Self-Development : A Facilitator's Guide". England : Mc Graww-Hill Book Company Ltd. Paimah Atoma et al. Hubungan Kemahiran Pembangunan Diri Pelajar UTM dengan Sosio demografi bagi sesi 1998/99. Laporan Penyelidikan.Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Sumber Manusia; UTM. 2002.

Information

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PEMBANGUNAN KERJAYA DI KALANGAN PEKERJA WANITA

137 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

75082


You might also be interested in

BETA
Chap 1.pmd
SENARAI TESIS KOD CS-PS (2000~2004).xls
Microsoft PowerPoint - COVER EEG
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PEMBANGUNAN KERJAYA DI KALANGAN PEKERJA WANITA