Read Microsoft Word - doc3.doc text version

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

LEE SHUH SHING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

LEE SHUH SHING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

ii

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini, Tuan Haji Muslim Jonid dan Dr. Arba'at bin Hassan atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini. Penulis juga ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua penyelia atas tunjuk ajar yang bernas diberikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada pegawai Makmal Multimedia yang turut membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya.

Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

v

ABSTRAK

Dalam dunia perkembangan yang begitu pesat, banyak perubahan yang telah berlaku dalam bidang pendidikan termasuk penggunaan laptop dan LCD projektor dalam pengajaran Sains dan Matematik. Selaras dengan perkembangan teknologi, sebuah perisian modul Alat bantu mengajar (ABM) yang bertajuk fotosintesis bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 telah dibangunkan. Modul ABM ini dibina dengan menggunakan Microsoft Office XP Professional ­ Power Point dan perisian lain yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D, Herosoft 2001 dan Makromedia Flash MX. Modul ABM dibina dalam Bahasa Inggeris adalah selaras dengan perubahan pengajaran dan pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan dengan perisian modul ABM ini dapat membantu guru pada masa yang akan.

vi

ABSTRACT

In the age when computer prevail, a lot of changes had been made in the educational world including using laptop and LCD projector in teaching Science and Mathematic subject nowadays. In line with technological development, an educational software as a teaching aid entitled Photosynthesis Form Four Biology is developed. This educational software is mainly developed by using Microsoft Office XP Professional ­ Power Point and other software associated with it are Adobe Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft 2001 and Macromedia Flash MX. Since the medium of instruction of teaching Mathematic and Science has been changed to English, this educational software is developed in English version. Hopefully this software is useful for teachers in the future.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT ii iii iv v vi vii xii xiii xiv

BAB I

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Projek Kepentingan Projek Skop Projek Rasional Pemilihan Tajuk Definisi

1 1 4 6 7 8 9 9 10

viii

BAB II

SOROTAN PENULISAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Definisi Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM) Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK Ciri-ciri Perisian Modul ABM yang Baik Kepentingan Perisian Modul ABM Kelebihan-kelebihan Perisian Modul ABM Kelemahan-kelemahan Perisian Modul ABM Definisi Multimedia Media-media di dalam Multimedia 2.9.1 Teks 2.9.2 Grafik 2.9.3 Video 2.9.4 Animasi 2.9.5 Audio 2.9.6 Hipermedia 2.9.7 Hiperteks 2.10 Ciri-ciri baru Power Point XP 2.10.1 Task Pane 2.10.2 Help 2.10.3 Crash recovery 2.10.4 Perubahan Format 2.10.5 Lukisan dan imej 30 32 32 32 33 33 33 34 34 35 35 35 35 36 36 28 21 25 20 19 16 13

ix 2.11 Aspek Pedagogi dalam Perisian Modul ABM 2.11.1 Tajuk yang diajar 2.11.2 Latar Belakang murid 2.11.3 Kemahiran teknikal 2.11.4 Tempat alat digunakan 2.11.5 Ciri media 2.11.6 Bilangan murid 2.11.7 Kewangan 2.12 Teori Pembelajaran 2.9.1 Teori Tingkah Laku (Behaviourisme) 2.9.2 Teori Kognitif 2.9.2 Teori Konstruktivisme 2.13 Taksonomi Bloom 37 37 38 38 .38 48 49 40 41 41 42 44 36

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 3.1.1 Objektif Pengajaran Pemilihan Perisian Pembangunan 3.2.1 Mikrosoft Power Point ­ Office XP 3.2.2 Adobe Photoshop 3.2.3 Ulead Cool 3D 3.2.4 Sonic Foundry Sound Forge 6.0 3.2.5 Herosoft 2001 3.2.6 Ulead Gif Animator 5.0 3.2.7 Makrmedia Flash MX 3.3 Pemilihan Perkakasan 45 46 47 47 49 49 49 50 50 50 51

x 3.4 3.5 3.6 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna Pembangunan Perisian Carta Alir Perisian 52 53 51

BAB IV

PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 4.1.1 Penyediaan dan pengeditan teks 4.1.2 Grafik dan visual 4.1.3 Audio 4.2 Struktur asas perisian 4.2.1 Skrin Tajuk 4.2.2 Skrin menu utama 4.2.3 Skrin topik 4.2.4 Skrin kandungan 4.2.5 Skrin Penilaian 4.2.6 Skrin Laman Web 4.2.7 Skrin Glosari 4.2.8 Skrin bantuan 4.3 4.4 Pempekajan Perisian Cara Menggunakan Perisian 59 60 61 61 61 62 62 63 64 65 66 67 68 68 70

BAB V

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Perbincangan 5.1.1 Kos yang tinggi 72 73

xi 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.2 Kekurangan kepakaran perisian Kekurangan perkakasan Kekangan masa 73 73 74 74 74 75 76 77

Kekuatan dan kelemahan Perisian 5.2.1 Kekuatan Perisian 5.2.2 Kelemahan Perisian

5.3 5.4

Cadangan Kesimpulan

RUJUKAN LAMPIRAN

79 84

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1

TAJUK

MUKA SURAT 19

Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13

TAJUK

MUKA SURAT 54 55 56 57 58 62 63 64 64 65 66 66 67 67 68 69 69 70

Carta alir Perisian Secara Umum Carta Alir Pengenalan Carta Alir Struktur dan Fungsi Carta alir penyesuaian tumbuhan Carta alir mekanisme fotosintesis Skrin Tajuk Skrin menu utama Skrin topik Skrin kandungan Skrin Penilaian Pengetahuan sedia ada Skrin Penilaian Formatif Skrin Penilaian Sumatif Skrin Laman Web Skrin Glosari Skrin bantuan Skrin opsyen Pack and go Wizard Skrin Embed True Type Font Skrin prepart

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Soal Selidik 1

84

BAB I

PENDAHULUAN

PADA sekitar tahun 40-an dan sebelumnya sehinggalah tahun 60-an, guru adalah segala-galanya bagi seorang murid. Hanya guru sahaja sumber ilmu untuk mereka (Utusan Malaysia, 16-05-2003).

Guru pada masa itu dikenali sebagai guru am iaitu seorang guru harus mengajar semua mata pelajaran sama ada Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Alam atau bahasa Melayu.

Suasana pemerintahan ketika dijajah oleh Inggeris, sumber ilmu atau buku teks adalah terhad, hanya sekolah sahaja yang membekalkan buku tersebut.

2

Menurut Tokoh Guru Kebangsaan 2001, Mohamed Saat Bongkek, 64, sumber ilmu bukannya daripada guru semata-mata. Sekarang, guru didedahkan dengan komputer, laptop, projektor paparan cecair kristal (LCD), projektor overhead dan perakam video sebagai kaedah membantu pengajaran, dahulu, guru hanya ada papan hitam dan kapur sahaja(Utusan Malaysia, 16/05/03).

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, teknologi pendidikan sekarang merupakan satu bidang luas yang merangkumi keseluruhan organisasi pendidikan (Utusan Malaysia, 16-05-2003).

``Teknologi pendidikan merupakan sumber menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara rasional, suatu teknik baru yang menyediakan cabaran dari segi masa dan kemajuan,'' katanya.

Mahu atau tidak, guru-guru terpaksa mengikut arus perkembangan teknologi yang begitu pantas khususnya teknologi komputer. Katanya, bukan sahaja memudah dan membantu guru dalam penyediaan bahan pengajaran malah menolong guru mendapatkan maklumat terkini, bahan rujukan, menjimatkan masa, dan mampu membuka minda pelajar secara global.

Dr. Ahmad berkata, kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) kini mendorong guru dan pelajar supaya sentiasa meneroka dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran semasa. Contohnya beliau menambah, teknologi laman web yang pada satu ketika dahulu amat popular kini sudah mula beralih kepada teknologi portal yang lebih dinamik dan interaktif (Utusan Malaysia,09-08-2002).

3 Persembahan dengan berbantukan komputer telah mula digunakan dengan meluas dalam urusan kehidupan manusia. Perisian seperti PowerPoint telah mula memanfaatkan pelbagai bidang contohnya, pendidikan, perniagaan dan bidang latihan. Guru hanya memerlukan masa yang pendek untuk menghasilkan persembahan multimedia dengan memilih saiz dan warna perkataan atau latar belakang daripada perisian sahaja. Ini lebih menjimatkan masa daripada membuat poster atau model (Pamela, 1999).

Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat membina sikap positif dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar dapat belajar berkesan dengan persembahan isi pelajaran yang menggunakan elemenelemen multimedia yang menarik (Michael dan Ann, 1997).

bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna (Mok,1993),.

Mengikut Mat Nor Hussin (1987), alat bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Persembahan menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan ciri-ciri interaktiviti ke dalam persembahan multimedia yang dibangunkan. Multimedia yang interaktif memberi pelbagai penekanan kepada pengguna berbanding cara yang pasif.

4 Kajian yang dijalankan oleh Kulik dan Kulik (1987), mendapati pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep dengan lebih cepat jika mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar juga mempunyai sikap positif terhadap mata pelajaran yang diajar jika mereka menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer.

1.1

Latar Belakang Masalah

Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, walaupun kaedah pengajaran kini diwarnai dengan pelbagai teknik dan teknologi namun kaedah lama iaitu papan hitam, carta atau pun poster tidak boleh diketepikan (Utusan Malaysia, 16-05-2003).

Menurut Baharuddin et. al (2000), penggunaan ABM yang canggih atau yang berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan satu perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh demikian, guru lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (`Chalk and Talk"), carta atau poster dan sampel sebenarnya.

Terdapat kajian oleh Abdul Rahim Selamat dan Ismail Haji Adnan (1998) yang menunjukkan para pendidik masih lagi menggunakan bahan seperti buku teks, papan kapur, buku nota serta kaedah "talk and talk" dan "chalk and talk" dalam pengajaran harian.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1990) , di kebanyakan negara di Asia termasuk Malaysia, kaedah yang dijalankan masih bersifat autokratik,

5 formal dan tradisional. Pengajaran sehala dimana guru yang bercakap, membaca dan memberi kuliah manakala pelajar pula sebagai peserta yang pasif atau "passive learner".

Terdapat pelbagai halangan yang wujud menyebabkan ramai guru menggunakan atau tidak menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Dr.Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Di antaranya ialah tiada peruntukan kewangan bagi membeli peralatan dan menghasilkan bahan pembelajaran. Ini bermakna guru terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menghasilkan ABM. Selain itu, ramai guru di Malaysia tidak suka menggunakan ABM disebabkan kuantiti ABM di sekolah mereka tidak mencukupi.

Daripada tinjauan di Sekolah Menengah Pei Hwa, Puan Zarina, ketua penitia Biologi berkata masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi ialah ABM yang kurang menarik menyebabkan pelajar kurang faham konsep yang abstrak atau bab yang melibatkan fakta yang banyak dan mengelirukan. Borang soal selidik dilampirkan di lampiran A.

Pendidikan merupakan suatu proses yang dinamis dan sentiasa berubah sama ada dari segi perancangan serta perlaksanaan. Perubahan yang berlaku perlu bersesuaian dengan perubahan masa dan zaman.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno, Dr Adham Baba (Berita Mingguan), berkata guru perlu menyedari hakikat bahawa bidang pendidikan adalah suatu pasaran besar yang mencakupi kepentingan seluruh dunia dan sentiasa berubah dengan pantas. Tambahan pula, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam Rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi mulai tahun 2003. Guru Sains dan Matematik yang mengajar mata pelajaran tersebut juga dibekalkan laptop, LCD projektor untuk pengajaran dan pembelajaran mereka.

6 Maka Perisian ABM berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.

1.2

Pernyataan Masalah

Menurut bekas Kementerian Pendidikan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam Buletin Kementerian Pendidikan (1998) : "Mereka yang mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan akan mengatasi mereka yang tidak bermaklumat. Negara yang kaya dengan maklumat akan menguasai negara yang miskin dengan maklumat dan faktor utama membawa manusia kepada maklumat dan pengetahuan ialah teknologi. Teknologi dan pembangunan sumber manusia adalah dua agenda yang memerlukan perhatian istimewa dalam usaha menilai semula kurikulum pendidikan formal kita."

Bidang teknologi komunikasi dan komputer berkembang dengan pesat. Pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin, 2000). Masalah yang timbul masa kini adalah kekurangan sumber manusia yang mahir untuk menyediakan perisian modul alat bantu mengajar yang memenuhi sukatan pelajaran negara kita.

Tambahan pula, konsep sekolah bestari telah dikemukakan oleh Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Zahid Noordin adalah untuk menjadikan pelajar celik IT (Utusan Malaysia, 17-06-2002). Ini mendorong guru dan pelajar

7 supaya sentiasa meneroka dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran semasa.

Demi membolehkan interaksi global dan perkongsian ilmu pengetahuan secara lebih matang dan cekap, satu perisian modul alat bantu mengajar dibina untuk membantu guru menghasilkan sesebuah perisian ABM yang bersesuaian dengan pengajaran supaya penyampaian pelajaran daripada yang abstrak kepada konkrit.

1.3

Objektif Projek

Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah: i) Menghasilkan perisian modul ABM bertajuk Fotosintesis dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 dengan menggunakan Power Point XP dalam versi Bahasa Inggeris.

8 1.4 Kepentingan Projek

Kepentingan perisian modul ABM adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan mendalam tentang konsep fotosintesis. Perisian ini dihasilkan melalui proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi supaya pelajar memahami bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangi atau difahami. Aspek hipertensi dalam perisian ini membolehkan pengguna mengembara di dalam suatu topik pelajaran mengikut keperluan dan kehendak seseorang.

Perisian ini dibina untuk mengatasi masalah kekurangan perisian yang bersifat tempatan. Perisian ini juga boleh meringankan beban guru untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar. Selain itu, terdapat soalan-soalan formatif dan sumatif untuk menguji kefahaman pelajar selepas satu topik mengikut taksonomi Bloom. Perisian ini dibina berasaskan versi Bahasa Inggeris selaras dengan penukaran pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

1.5

Skop Projek

Skop projek ini adalah membina Perisian Alat Bantu Mengajar bagi topik Fotosintesis dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Isi kandungan dalam modul ini merangkumi subtopik-subtopik seperti pengenalan kepada fotosintesis, struktur dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun dan tumbuhan untuk mengoptimumkan fotosintesis dan mekanisme fotosintesis.

Penilaian formatif dan penilaian sumatif juga diselitkan untuk menguji kefahaman pelajar dari semasa ke semasa selepas satu topik.

9 1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk fotosintesis dipilih sebagai perisian modul ABM kerana ia merupakan suatu tajuk yang bersifat abstrak dan banyak fakta yang perlu difahami yang mungkin mengelirukan pelajar. Tajuk ini amat membosankan dan mengelirukan sekiranya teknik "chalk and talk" dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar yang kurang efektif digunakan oleh guru semasa penyampaian fakta-fakta. Sebagai contohnya tindak balas cahaya dan tindak balas gelap melibatkan banyak langkah . Tambahan pula, langkah antara kedua-dua tindak balas hampir sama. Oleh itu, adalah perlukan menggunakan animasi untuk menjelaskan perbezaan antara keduadua tindak balas. Jika pelajar tidak dapat melihat pergerakannya maka pembelajaran akan menjadi abstrak dan menimbulkan salah konsepsi kepada pelajar. Ini dapat dibuktikan dengan tinjauan yang dibuat di Sekolah Menengah Pei Hwa, Muar, Johor di mana guru penitia Biologi, Puan Zarina yang menyatakan bahawa susah untuk menjelaskan konsep yang abstrak apabila mengajar topik-topik tersebut. Soal selidik tersebut telah dilampirkan pada Lampiran A.

Oleh itu, grafik, video bersama dengan teks dan audio yang menarik dan berkesan boleh mengatasi masalah tersebut. Pelajar akan lebih tertarik kepada pengajaran dan pembelajaran di samping mengukuhkan pemahaman mereka.

Information

Microsoft Word - doc3.doc

26 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

2239


You might also be interested in

BETA
Keselamatan makmal
Microsoft Word - 1.cover PnP.doc
untitled
Microsoft Word - 1.cover PnP.doc