Read WKSM201001.pdf text version

PENASIHAT: Dr. Maznah bt. Abd. Samad (Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan) Tuan Hj. Zainuddin bin Mohamed (Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan) Tuan Hj. Ahmad bin Mohd. Salleh KETUA EDITOR: Tn. Hj. Rosli bin Ab. Rahman PENOLONG KETUA EDITOR: En. Mohd. Hanif bin Mat Nor PENYELARAS WARTA: En. Helmi bin Hussin SIDANG EDITOR: En. Zakarai Awang Cik Tan Gek Seen Puan Hjh. Mariah bt. Ismail En. Khir Anuar bin Jaafar PEMBERITA WARTA: En. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) En. Nik Rosli bin Ibrahim (Jabatan Ilmu Pendidikan) En. Ahmad Shuhaimi bin Shahudin (Jabatan Matematik) En. Helmi bin Hussin (Jabatan Pengajian Melayu) Puan Hjh. Che Zaini binti Che Chik (Jabatan Sains) En. Azman bin Mohamed Nor (Jabatan Bahasa-bahasa) Tuan Hj. Norisin bin Mohamad (Jabatan Kajian Sosial) En. Jafri bin Jaffar (Jabatan Kemahiran Hidup) En. Abdul Hakim bin Abdul Majid (Jabatan Teknologi Pendidikan) Tuan Hj. Zulkefle bin Abdul Rahman (Jabatan Penyelidikan) En. Mohd. Yusri bin Mustafa (Jabatan Agama dan Pengajian Moral) Pn. Nor Azizah bt. Mohd. Nor ( Jabatan Pendidikan Prasekolah) En. Fuadi bin Hj. Abdul Razak (Unit Kokurikulum) Puan Suziana bt. Mat Ali (Unit Pusat Sumber) En. Mohamad Amir bin Husain (Unit Praktikum) Tuan Hj. Syakirin bin Abd. Ghani (Unit Latihan Dalam Perkhidmatan) Puan Rohhani bin Mohammad (Staf Sokongan) JURU GAMBAR: En. Abd. Malek bin Mohamed En. Alias bin Ali GRAFIK: En. Mohd Rasidi Al munir bin Aziz

DARI MEJA KETUA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t & salam perpaduan,

A

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

lhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana berkat kerjasama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Warta IPG Kampus Sultan Mizan bil. 1/2010 berjaya diterbitkan mengikut perancangan yang telah diatur. Warta IPG Kampus Sultan Mizan menjadi lidah bicara, merakamkan pelbagai aktiviti yang berlaku di IPG Kampus Sultan Mizan. Tanpa rakaman seumpama ini, peristiwa-peristiwa yang berlaku hanya tinggal kenangan semata-mata dan akan luput daripada ingatan warga IPG Kampus Sultan Mizan dalam jangka masa yang singkat sahaja. Justeru, penerbitan Warta IPG Kampus Sultan Mizan ini amat penting bagi setiap warga IPG Kampus Sultan Mizan. Penerbitan ini tidak mungkin dapat menjadi kenyataan jika tanpa kerjasama yang padu daripada semua warga IPG Kampus Sultan Mizan. Selaku Ketua Editor Warta IPG Kampus Sultan Mizan, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Maznah bt. Abd. Samad (Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan), Tuan Hj. Zainuddin bin Mohamed (Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan) dan seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan atas sokongan, bimbingan dan kerjasama yang dihulurkan kepada kami sidang editor Warta IPG Kampus Sultan Mizan.

Salam persaudaraan, Rosli Ab. Rahman [email protected] ***************************** Firman Allah s.w.t: Maksud: " Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benarbenar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."

1. 2.

2

SEJENAK BERSAMA DR. MAZNAH BT ABD. SAMAD, PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

idang Editor Warta IPG Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah menemu bual Dr. Maznah bt. Abd. Samad, Pengarah IPG KSM untuk meninjau pendapat beliau mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh IPG KSM sepanjang tahun 2009, harapan beliau kepada staf dan pelajar IPG KSM. Berikut adalah teks temu bual tersebut: Sidang Editor Dr. Maznah Sidang Editor Dr. Maznah Assalamualaikum w.b.t Dr. Waalaikummussalam w.b.t. Dr, bolehkah Dr. mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh IPG KSM sepanjang tahun 2009 yang lalu? Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh IPG KSM sepanjang tahun 2009 yang lalu. Pertama, peningkatan kualiti penyampaian pensyarah dari segi ilmu, kemahiran dan nilai keguruan melalui penglibatan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan IPG KSM dalam penggubalan soalan peperiksaan dan penyeliaan P&P. Kedua, kemenjadian pelajar. Kita telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar ambilan pertama guru Ijazah Sarjana Muda Keguruan menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Di samping itu, pelajarpelajar kita juga telah menyertai pertandingan kebahasaan di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), menyertai KAGUM peringkat kebangsaan dan menyertai Sukan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Ketiga, meningkatkan infrastruktur IPG KSM untuk memantapkan proses P&P seperti membaiki alat penghawa dingin di Pusat Sumber. Keempat, menjamin kebajikan pelajar melalui pendawaian pencegahan kebakaran baru bernilai RM 730,000.00. Kelima, pembaikian beberapa bangunan setelah 10 tahun IPG KSM beroperasi seperti membaiki bumbung yang bocor di Pusat Sumber dan Jabatan Teknologi Pendidikan, pendawaian semula elektrik di asrama dan membina pagar dalam pagar bagi asrama lelaki dan perempuan. Keenam, dapat `menghidupkan' penggunaan 3 blok bangunan baru dengan membina `gajah menyusur'. Apakah perkara yang akan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan di IPG KSM bagi tahun 2010 ini? `Our product is the best product.' Kita berhasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah serta dapat berfungsi dengan cemerlang di sekolah. Malah, kita juga berharap dapat melahirkan guru yang mempunyai jati diri yang utuh dan sanggup ditempatkan di mana-mana sekolah apabila tiba masanya nanti. Apakah harapan Dr kepada pelajar IPG KSM? Pertama, pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang walaupun pada tahun 2010 kita berhadapan dengan masalah kekangan kewangan. Kedua, pelajar perlu menggunakan masa dengan sebaik mungkin demi meningkatkan diri dari segi ilmu, kamahiran dan nilai sahsiah. Ketiga, pelajar juga perlu melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan agar mereka tidak berasa canggung apabila mereka masuk ke alam kerjaya nanti. Apakah pula harapan Dr kepada staf sokongan? Staf sokongan perlu senantiasa memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti demi membantu meningkatkan kecemerlangan IPG KSM. Terima kasih di atas kesudian Dr untuk ditemu bual oleh sidang editor Warta IPG KSM. Sama-sama. Semoga semua warga IPG KSM akan bersatu hati, sederap langkah membantu mencapai matlamat yang diharapkan.

S

Sidang Editor Dr. Maznah

Sidang Editor Dr. Maznah

Sidang Editor Dr. Maznah Sidang Editor Dr. Maznah

3

INDUCTION COURSE FOR MBMMBI'S CFS

By: Azman bin Mohamed Nor BMMBI ( Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) Induction course for course facilitators (CFs) was held on 24th Feb. 2010 in Bestari Room IPG KSM . The first of two phases induction programs for proficiency and methodology was handled by En Mohd Nor bin Ibrahim and Pn Mariah bt Ismail both from Languages Department ( Jabatan Bahasa-bahasa) IPG Kampus Sultan Mizan Besut. The one whole day program consisted of Listening and speaking, Becoming an effective Reader and Developing Writing Skills components. It was a preparation course planned to be carried out in a 12 day program involving 4 weekends : every Thursday, Friday and Saturday. CFs were exposed to the components , possible activities and also "hands on" activities based on the module. It was started with a welcoming speech by Mr Albadri Abu, head of JBB Unit. In the speech he stressed that even though it was going to be burdening for CFs as well as Course Participants attending the program during their weekends, but he would continue to fight for the welfare of all CFs with JPN Terengganu and The Director of IPG KSMB from time to time. According to Mr. Albadri "what we need right now is to start implementing this program as soon as possible and as best as we could because this is a National Program to help all English teachers in the country. The problems arisen will be handled as time goes by." Besides all JBB lectures, some senior teachers and master teachers from Terengganu will work together to ensure the success of the programmes. IPGM KSMB is responsible to conduct the programmes for teachers in PPD Besut, PPD Setiu and PPD Hulu Trg, For the rest of PPDs in Terengganu , the programs are under the responsibility of IPG KDRI Among the school teachers chosen to be the CFs for proficiency components (for non-optionist English teachers) are Maryati Mokhtar (SMK Tg Lela Segara), Rozita Mohd Amin( SMK Ajil), Baharuddin Nawi( SK Apal), Ainon Mardhiah Israh( SK Medan Jaya), Shamsul Rafizi Ramli ( Sk Batu 29), Nithiananthan ( SK Kg Buloh), Tg Fatimah Tg Ismail( SMK Seri Serating), Siti Nurbaya Zakaria ( SMK Putri Nur Zahirah), Sh Hidayah Tuan Baru( SMK Langkap), Esa Kosni( SMK Seri Berang) and Mohd Shukiman ( SMK Jabi)

M

Dr Maznah, the Director of IPG KSMB, in her closing speech praised all lectures and teachers for the commitment. She also hoped that the willingliness in sacrificing the money, time, energy especially working during the weekends by everybody involved for sure will be repaid with good deeds by Allah swt. not only in the world after but also in this world.

JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG

Oleh: Norisin bin Mohamed abatan Kajian Sosial (JKS) kehilangan seorang pensyarah yang berdedikasi apabila seorang pensyarahnya terpaksa meneruskan perkhidmatannya di IPG Kampus Gaya, Sabah. En. Ab. Razak bin Shafii yang mendapat tawaran kenaikan pangkat sebagai pensyarah Gred DG48 (memangku) berkuatkuasa 26 Mac 2009 terpaksa meninggalkan IPG Kampus Sultan Mizan dan telah melapor diri di IPG Kampus Gaya pada 15 Nov. 2009. Satu majlis ringkas dan sederhana tetapi penuh bermakna telah dianjurkan oleh JKS pada 1 Jan. 2010 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut untuk meraikan En. Ab. Razak. Ia sekaligus sebagai majlis perpisahan dan penghargaan atas sumbangan yang diberikan selama berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan. Menurut Ketua Jabatan Kajian Sosial En. Che Aminulddin bin Abd Hamid, pemergian En. Ab. Razak ke IPG Kampus Gaya merupakan suatu kehilangan kepada jabatan. Ini kerana beliau adalah pensyarah di jabatan ini yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung sebagai penyelaras "programme owner" bagi akreditasi MQA di peringkat jabatan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah. Beliau juga terpilih sebagai pensyarah yang akan dinilai oleh MQA pada semester ini bagi pengajaran 5 subjek untuk kelulusan MQA. Walau bagaimanapun beliau berharap En. Ab. Razak akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di Kampus Gaya demi kecemerlangan bidang pendidikan keseluruhannya.

J

4

PELAJAR IPG KAMPUS SULTAN MIZAN MULAI JALANI PRAKTIKUM

Oleh: Mohammad Amir bin Husain [email protected] raktikum merupakan salah satu komponen dalam amalan profesional bagi melengkapkan latihan perguruan program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan , kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan di antara agensi-agensi Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, bagi melengkapkan komponen tersebut, Unit praktikum IPG Kampus Sultan Mizan telah menguruskan beberapa program praktikum pada semester ini. Berikut ialah jadual kursus yang terlibat: SEMESTER 1 AMBILAN KDPM (KEMAS) Julai 2007 SEM . 6 TEMPOH PBS /PRAKTIKUM TARIKH PBS/PRAKTIKUM LOKASI Besut, Setiu Bachok & Pasir Puteh

P

14 Minggu

Fasa II

3 Januari - 15 April

KDPM (KEMAS) Julai 2008 KPLI SR Jun 2009 KPLI SR j-QAF Januari 2009 PISMP Januari 2007 KPLI ­ KDC (SABK) November 2008

4 2

8 Minggu 12 Minggu 12 Minggu 12 Minggu 12 Minggu

Fasa I Praktikum

3 Januari - 25 Februari 17 Januari - 15 April

Besut Besut

17 Januari - 15 April Praktikum Praktikum 3 31 Januari - 29 April 7 Februari - 6 Mei Praktikum

Tempat Guru Pelatih Mengajar

7 3

Besut & Pasir Puteh Tempat Guru Pelatih Mengajar (SMU)

Ketua Unit Praktikum, En Idrus Saaidy b. Maarof mengharapkan program praktikum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar bagi memantapkan ilmu yang mereka pelajari secara teori dan diterjemahkan di dalam bilik darjah. Pelajar juga dimestikan menyiapkan portfolio berkenaan proses praktikum mereka dan membincangkan sesuatu masalah yang dihadapi semasa praktikum di dalam jurnal. Menurut Siti Murni Mustafa (KDPM KEMAS Ambilan Julai 2007) yang sedang menjalani praktikum di SK. Kuala Setiu, beliau begitu bersemangat dan bersedia menjalani praktikum fasa 2 pada kali ini berbanding dengan praktikum pada fasa 1 pada semester yang lalu. Ini kerana beliau lebih bersedia dan dapat menguruskan masa serta merancang aktiviti pengajaran secara lebih berkesan di samping tunjuk ajar yang berterusan dari guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Bagi Mohd Alif b. Mokhtar (PISMP Ambilan Jan 2007) pula, beliau lebih berkeyakinan menjalani praktikum fasa 3 di SK. Beting Lintang, Besut pada kali ini.

" Saya dapat mempraktikkan teori yang saya pelajari semasa di IPG pada latihan praktikum ini." Siti Murni Mustafa (KDPM KEMAS Ambilan Julai 2007)

5

SEORANG SEDIKIT BERKAT MENGHIMPIT

Oleh: Normaizam Hamid mpama bulan jatuh ke riba dan tiada hadiah yang paling bermakna bagi pensyarah Jabatan Pengajian Melayu setelah diberi sebuah bangunan yang amat selesa untuk ruang bekerja oleh Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Dr. Maznah Abdul Samad. Pemilihan tarikh angka ganjil tanggal 7 Januari, hari pertama menghuni di bangunan baru ini, ahli Jabatan Pengajian Melayu mengharapkan tuah dan keberkatan terus berpanjangan. Sempena hari gembira dan bertuah ini, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Hj. Murad Zakariya mencadangkan supaya ahli jabatan membuat sedikit jamuan. Beliau mencadangkan konsep jamuan secara tidak formal. Jamuan ini terbuka kepada kakitangan IPG Kampus Sultan Mizan. Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bersepakat membawa satu jenis juadah bagi setiap orang. Pada tarikh 7 Januari, bermacam juadah dibawa oleh pensyarah Jabatan Pengajian Melayu seperti pulut kuning bersama rendang daging istemewa, lemang, wade,ketupat, agaragar, tapai, krim puff dan bermacam-macam lagi. Jamuan bermula pada pukul 9.00 pagi dengan kedatangan Tuan Hj Abdul Hadi memulakan majlis. Sementara bacaan doa pula, oleh Tn. Hj. Rosli Ab Rahman. Jamuan ini juga dapat dijamah oleh ahli mesyuarat M3P dan sebahagian besar staf akademik serta staf sokongan. "Walaupun sedikit seorang, masyaallah dapat menjamu sebahagian besar staf IPG Kampus Sultan Mizan," ujar Tuan Hj. Mohd Nor Salleh yang baru balik menunaikan fardu haji. "Jamuan begini sangat bagus kerana staf akademik dan sokongan dapat bersama menikmatinya," puji Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Dr. Maznah Abdul Samad. Selanjutnya, beliau berjanji akan melengkapkan bangunan ini dengan alat penghawa dingin secepat mungkin untuk keselesaan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Setelah menikmati jamuan, beliau telah meninjau bilik-bilik pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang baharu. Beliau meminta supaya pensyarah jabatan ini, bertahan dan bersabar buat sementara waktu dengan kipas angin sebelum alat penghawa dingin dipasang dalam satu atau dua minggu lagi. Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Hj Abdul Murad Zakariya menambah, "Kalau sebelum ini kita bekerja dalam ruang yang sempit, kita dapat member khidmat yang cukup cemerlang, saya yakin dengan ruang yang begini selesa, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu akan terus dapat meningkatkan kecemerlangan."

SELAMAT DATANG KE IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

U

ami warga IPG Kampus Sultan Mizan mengalu-alukan kehadiran staf baru ke IPG Kampus Sultan Mizan. Selamat menganggotai warga IPG Kampus Sultan Mizan. Semoga kita dapat berganding bahu menjulang nama IPG ini setanding dengan IPG lain yang ada di Malaysia. 1. Cik Shakila bt. Ahmad (lantikan baru sebagai pegawai pengurusan) bermula 16.11.2009. En. Mohd. Azlan bin Md. Noor (lantikan baru sebagai pegawai pengurusan) bermula 16.11.2009. En. Mohd. Yusof bin Ab. Ghani dari Politeknik Sultan Mizan, Dungun Terengganu bermula 20.12.2010. En. Azizo bin Awang (Pegawai Pengurusan Peperiksaan) dari SMK. Padang Pulut, Dungun, Terengganu bermula 16.2.2010. En. Mohd. Zuraidi bin Mohamed (Pegawai Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan) dari SK. Jalan Kuantan 2, Kuala Lumpur bermula 16.2.2010.

K

2.

3.

4.

5.

Alain Fornier: "Manusia diselamatkan oleh otak, tetapi manusia juga dicelakakan oleh otak."

6

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER ZAA'BA

Oleh Suziana binti Mat Ali ada 1.1.2010, bermulanya wajah baru Pusat Sumber Zaa'ba. Ini kerana,penantian selama beberapa tahun lamanya berakhir setelah Pusat Sumber ini dilengkapi kembali dengan alat penghawa dingin. Semua warga institut ini kembali ceria setelah mengunjungi pusat sumber ini. Statistik pengunjung ke pusat sumber terus kembali meningkat dari semasa ke semasa. Perpustakaan ini diketuai oleh seorang yang berpengalaman iaitu Encik Abd Rahman Ab Wahab dan terdiri daripada beberapa orang pegawainya yang didatangkan khas daripada Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Puan NiK Sabariah, Puan Suziana, Puan Norakimilah dan Encik Wan Mohd Shahridan. Selain itu, para pegawai ini juga dibantu oleh beberapa orang pegawai daripada IPG Kampus Sultan Mizan. Sehingga tahun 2010, koleksi Perpustakaan Zaa'ba telah meningkat kepada 49000 naskah buku, 700 jurnal dan 1796 CD,DVD dan VCD. Koleksi ini terdiri dari bahan bercetak dan bukan bercetak serta alat elektronik. Pusat sumber menggunakan Integreted Library Management Utility (ILMU) sebagai sistem Outomasi. Sistem ini memudahkan para pengguna perpustakaan untuk mengakses maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan tersebut atau melalui URL http:// terminalt/elmu-ipsmb Selain daripada koleksi bercetak dan multimedia, Pusat Sumber juga melanggan pangkalan data dan jurnal elektronik bagi pencarian artikel dan jurnal, prosiding dan pelbagai maklumat semasa. Ini sesuai dengan istilah Library Without Wall. Pangkalan data yang dimaksudkan adalah Pangkala Data Mylib dengan menggunakan URL http: //mylib.pnm.my/. Sebagai gerbang ilmu dan pusat maklumat institut ,harapan dan wawasan Ketua Pusat Sumber bahawa perpustakaan ini akan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamat di samping mewujudkan suasana keilmuan yang sihat untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga institut. Di samping itu juga Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Sultan Mizan berharap agar Pusat Sumber Zaaba akan diperluaskan maklumatnya berkonsepkan Perpustakaan Digital pada masa akan datang.

P

7

UMPAMA SIRIH PULANG KE GAGANG

SELAMAT BERTUGAS DI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Selamat bertugas kembali ...

Setelah 3 tahun menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD), pada Disember 2009 yang lalu, mereka pulang kembali ke IPG Kampus Sultan Mizan untuk menabur bakti. Semoga kepulangan mereka akan melonjakkan nama IPG Kampus Sultan Mizan ke persada antarabangsa.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan...

Kami warga IPG Kampus Sultan Mizan mengalu-alukan kehadiran pensyarah baru ke kampus ini. Semoga kehadiran mereka akan menjulang nama IPG Kampus Sultan Mizan ke pentas dunia.

1. En. Abd. Hamid bin Ali (Jabatan Pengajian Is2. 3.

Tuan Hj. Rosli bin Ab. Rahman (Jabatan Pengajian Melayu) lam dan Moral) dari IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. En. Hasan bin Nor dari IPG Kampus Sarawak, Miri. En. Mohd. Anuar bin Husain (Jabatan Ilmu Pendidikan) dari SMK. Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan. En. Ahmad Satmi bin Salleh (Jabatan Kajian Sosial) dari SMK. Bukit Payong, Terengganu. En. Zahari bin Ahmad (Jabatan Sains) dari SMKA. Wataniah, Besut. En. Mohamad Zainuddin bin Awang (Jabatan Sains) dari SMK. Seri Paka, Terengganu. En. Azmi bin Ibrahim dari SMJK. Kuang Hua Taman Ann, Klang, Selangor. Puan Haslina bt. Hanafi dari IPG Kampus Tengku Bainun.

4. 5. 6. 7. 8.

Tuan Hj. Abdullah bin Mohamad (Jabatan Pengajian Islam dan Moral)

8

1.

UNIT LDP KENDALI PELBAGAI KURSUS

2. Oleh: Syakirin bin Abd. Ghani 3.

U

nit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berperanan dalam merancang dan mengendalikan pelbagai kursus atau program untuk seluruh staf (akademik dan bukan akademik) serta pegawai perkhidmatan pendidikan. Kursuskursus yang dikendali melibatkan kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan. Antara kursus yang ditawarkan melalui unit Latihan Dalam Perkhidmatan ialah: Latihan Pembangunan Staf (LPS) Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Projek Pensiangan Salinatan / KIA 2A / Literasi dan Numerasi 3M

4. 5. 6. 7.

Kursus KSPK untuk Praktikum (Pensyarah) pada 7 Januari oleh Jabatan Pra Sekolah Kursus Pengendalian Instrumen Saintifik pada 13 Januari oleh Jabatan Sains Profesional Talk: Pengurusan Berkesan Melaksanakan Tugas dan Tanggungjawab pada 19 Januari oleh Jabatan Ilmu Pendidikan. Web Dinamic pada 19 Januari oleh Jabatan Teknologi Pendidikan Taklimat KKBI pada 19 Januari oleh Jabatan Pra Sekolah Taklimat MQA pada 19 Januari oleh Jabatan Kemahiran Hidup Tatacara Penulisan Saintifik dan Ilmiah pada 21 Januari oleh Jabatan PJK

Bagi memenuhi keperluan Latihan Pembangunan Staf sebanyak 3 program telah dianjurkan iaitu : 1. Taklimat Praktikum (Pensyarah) pada 12 Januari bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Taklimat berkenaan praktikum untuk pensyarah telah disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Praktikum yang baru iaitu En. Idrus Saaidy bin Maarof. Bengkel Kemahiran Internet dan Email (Staf Sokongan) pada 19 Januari bertempat di Makmal Komputer Jabatan Teknologi Pendidikan. Bengkel ini dibuat sebagai memenuhi keperluan analisis matrik kompetensi staf sokongan yang sangat memerlukan Latihan Bidang Kemahiran C : Kemahiran Teknologi Maklumat dalam kedua-dua bidang Software dan Hardware. Ia dianjurkan hasil kerjasama Unit ICT dan Jabatan Teknologi Pendidikan melibatkan peserta seramai 15 orang. Staf Pentadbiran telah didedahkan bagaimana menggunakan kemudahan email pada laman web rasmi IPG Kampus Sultan Mizan. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Fasilitator kursus adalah En. Mohd. Sabri bin Hasan dan En. Abd. Hakim bin Abdul Majid Kursus Pengurusan Gerko pada 26 Januari bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Taklimat berkenaan Pengurusan Gerko telah diberikan oleh Ketua Unit Kokurikulum, En. Hamidi bin Abdul Aziz. Tn Hj Suhaimi pula telah memberi penerangan berkenaan penguatkuasaan pemakaian uniform lengkap dan jenis-jenis pakaian yang berkaitan badan beruniform di IPG Kampus Sultan Mizan.

Bagi tujuan kelicinan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan juga bertanggung jawab dalam menyelaras beberapa Kursus Dalam Perkhidmatan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Antaranya ialah: Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) KDP 14M Peningkatan Profesionalisme Kursus Dalam Perkhidmatan KPM-OUM Kursus 6M Conversion (Tambah Option) Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Latihan Guru Bestari Kursus First Step Kursus Pemantapan Profesionalisme MBMMBI

2.

Bagi tahun 2010, disebabkan peruntukan yang agak terhad maka Unit LDP perlu menganjurkan kursus-kursus yang penting dan strategik. Latihan telah dibuat secara "Blended Approach" iaitu bentuk latihan yang pelbagai menggunakan premis kerajaan dan secara dalaman atau "Book Review". Unit LDP telah memilih kursus yang mencapai input kepada kumpulan sasar dan sesuai dengan peruntukan kewangan yang terhad bagi memenuhi keperluan latihan sekurangkurangnya 7 hari setahun. Pada bulan Januari 2010 sebanyak 7 program latihan dalaman jabatan telah dibuat iaitu :

3.

Bersambung di muka 10

9

Sambungan di muka 9

Pada bulan Februari 2010, Unit LDP telah menganjurkan 7 program : 1. Pengurusan Sumber dan MyLib pada 2 Februari bertempat di Dewan Ibnu Khaldun oleh Ketua Unit Pusat Sumber, En. Abd. Rahman bin Ab. Wahab. 2. Taklimat Akta 174 dan Peraturan Terkini Disiplin Pelajar pada 9 Februari di Dewan Ibnu Khaldun oleh Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib HEP, En. Mohammad Sabri bin Awang Hitam. Taklimat ini dibuat atas keperluan mendesak bagi menangani masalah disiplin pelajar dan mengemas kini peraturan yang telah dikuat kuasa di IPG Kampus Sultan Mizan. 3. Kursus Freebies Software (Staf Sokongan) pada 10 Februari bertempat di Makmal Komputer Jabatan Teknologi Pendidikan. Freebies Software bermaksud perisian yang boleh didapati secara percuma melalui laman web dan boleh diguna pakai bagi memudahkan urusan kerja pentadbiran dan P&P. Antara software yang didedahkan adalah Wall Calendar, YouTube Downloader , File Format Converters dan The Simple Ways to Increase the Performance of your Windows XP. Kursus ini sangat menarik sehingga pihak LDP tidak dapat memenuhi permintaan untuk mengikuti kursus ini yang sangat menggalakkan disebabkan bilangan PC yang terhad. 4. Taklimat Praktikum B.Inggeris pada 10 Februari di Dewan Ibnu Khaldun. 5. Taklimat Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi pada 23 Februari di Dewan Ibnu Khaldun. Taklimat ini dikelolakan oleh Tn. Hj Abd. Hadi bin Mohamad dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ia juga diselangi oleh Taklimat Jadual Waktu Bekerja oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Tn. Hj Mohd. Ramli bin Ab. Lah. 6. Kursus Freebies Software (Pensyarah) 24 Februari bertempat di Makmal Komputer Jabatan Teknologi Pendidikan. Sambutan kursus ini daripada pensyarah juga sangat menggalakkan. Rata-rata pensyarah mengeluh kerana masih banyak ilmu dan kemahiran yang mereka belum kuasai berkaitan dengan penggunaan ICT bagi menarik minat pelajar dan mempelbagaikan kaedah P&P.

7.

Kursus Excel (Staf Sokongan) 25 Februari bertempat di Makmal Komputer Jabatan Teknologi Pendidikan. Kursus ini juga sangat menarik kerana staf sokongan diberi pendedahan menggunakan MS Excell oleh Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan sendiri, En. Aminnuddin bin Mohd. Yusof . Staf didedahkan Modul Pembelajaran Akses Kendiri MS Excel iaitu bagaimana membuat invoice yang boleh diaplikasi untuk membuat analisa dokumen pentadbiran lain.

Firman Allahs.w.t: Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." Surah As-Saff:2-3.

JASAMU DIKENANG ...

Biar pun sempadan geografi memisahkan kita, namun jasamu tetap dikenang. Sumbangan baktimu akan sentiasa kekal dalam ingatan kami warga IPG Kampus Sultan Mizan. Semoga bahagia bertugas di tempat baharu. 1. 2. 3. 4. Cik Zuraidah bt Bidin bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. En. Saifulizan bin Ibrahim bertukar ke SM. Teknik Pasir Mas, Kelantan. En. Sayuti bin Basri menyambung pelajaran ke IPG Kampus Bahasa Melayu. En. Md. Shamsuddin bin Ngat Denin bertukar ke IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. En. Mohd. Ramiz bin Hj. Omar bertukar ke IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Puan Amalina bt. Suhaimi bertukar ke IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

5.

6.

MINDA BESTARI "Kegagalan tidak bererti kita telah mensia-siakan hidup tetapi bererti kita harus Mulai lagi dengan cara lain dan lebih giat serta penuh kesabaran." -Robert It

10

TAHUN 2010 TAHUN MURAH REZEKI

Oleh: Rohhani bt. Mohammad

T

ahun 2010 adalah tahun murah rezeki bagi staf sokongan kerana seramai 8 orang kakitangan sokongan telah berjaya mendapat kenaikan pangkat iaitu En. Zarawi bin Che Ali sebagai Juruteknik Gred J22 (KUP), Pn. Zunaidah binti Awang ­ Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 (KUP), En. Mohd Fouzi bin Abd Rahman ­ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP), En. Che Basir bin Ibrahim ­ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP), En. Aziz bin Zakaria ­ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP), En. Mohamad bin Abdullah ­ Pemandu Gred R6 (KUP), En. Mohd Azli bin Mohamad ­ Pemandu Gred R6 (KUP) dan En. Alias bin Ali sebagai Pembantu Am Pejabat Gred N4 (Hakiki). Semoga kenaikan pangkat ini akan mendorong mereka dan semua staf sokongan untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi demi menjulang nama IPG Kampus Sultan Mizan setanding dengan IPG lain yang ada di Malaysia. Tahniah!

En. Mohd Fouzi bin Abd Rahman

En. Zarawi bin Che Ali

Pn. Zunaidah binti Awang

En. Aziz bin Zakaria

En. Mohamad bin Abdullah

En. Che Basir bin Ibrahim

En. Mohd Azli bin Mohamad

En. Alias bin Ali

11

Seminar keselamatan elektrik TNB Hebatnya pasukan koir IPG KSM

Ikrar oleh YDP JPP IPG KSM 2010 Istiadat pelantikan watikah JPP IPG KSM

Puncak Gunung Tebu berjaya ditawan pada 5 Mac 2010.

Sukarnya mendaki Gunung Tebu!

Senamrobik melibatkan semua warga IPG KSM.

Sebulan sekali warga IPG KSM bersama-sama bersenamrobik

12

Barisan pensyarah penasihat Unit Beruniform yang segak berbaris.

Bekerjasama memasak untuk kenduri Sempena Maulidur Rasul.

Upacara pemeriksaan barisan semasa Hari Unit Beruniform IPG KSM

Ujian darah turut diadakan sempena Seminar Kenali Anak Kita.

Pengalaman mengikuti Kursus Bina Insan Guru sungguh berharga.

Seminar Kenali Anak Kita anjuran PENGASIH di IPG KSM pada 6.3.2010

Sama-sama memasak dan sama-sama makan. Alangkah seronoknya!

13

JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH ANJUR KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Oleh : Nor Azizah Mohd Nor

Pada Januari 2010, pelajar semester 4 dan 6 KDPM

KEMAS telah diberi pendedahan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertempat di Dewan Kuliah Ibnu Khaldum mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang yang melibatkan 120 orang pelajar. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas tentang kurikulum baru prasekolah iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Penggunaan KSPK ini dikuatkuasakan pada Januari 2010 untuk semua prasekolah dan tadika swasta. Semua guru pelatih wajib menggunakan kurikulum baru ini dalam praktikum mereka di prasekolah. Semua pensyarah prasekolah yang terdiri daripada Pn. Wan Nor Hayati bt Md Nor, Pn. Nor Azizah bt Mohd Nor, Pn. Rosmah bt Abd Ghani dan En. Ismail bin Mamat telah turut serta mengendalikan sesi penerangan tersebut. Dalam ucapan pembukaan pada hari tersebut, Tn Hj Mazlan Talib selaku Ketua Jabatan (KJ) telah menasihatkan guru pelatih agar menjaga disiplin diri dan menjaga nama baik IPG semasa menjalani latihan praktikum selama lapan minggu untuk fasa 1 dan dua belas minggu untuk fasa 2. Setelah ucapan perasmian selesai, Pn. Rosmah bt Abd Ghani telah meneruskan sesi penerangan yang berkaitan dengan struktur praktikum kerana ada dalam kalangan guru pelatih yang masih keliru dan memerlukan penjelasan semula berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan praktikum. Slot kedua pada sesi penerangan ini diteruskan lagi oleh Pn. Wan Nor Hayati bt Wan Md Nor dengan memberi penjelasan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang sekarang ini diguna pakai oleh semua prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, prasekolah KEMAS dan juga prasekolah swasta yang lain. Menurut Pn. Wan Nor Hayati lagi, dulu guru pelatih telah didedahkan dengan komponen-komponen tertentu seperti yang terkandung dalam kurikulum lama prasekolah. Komponen-komponen yang dimaksudkan itu ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen

kognitif, komponen perkembangan fizikal, komponen kreativiti dan estetika, komponen sosioemosi dan komponen kerohanian dan moral. Sekarang komponen-komponen tersebut telah diberi nafas baru dengan penjenamaan semula yang menggunakan istilah tunjang bagi menggantikan komponen tersebut. Setelah berlaku ledakan besar-besaran tentang pentingnya pendidikan prasekolah maka pendidikan prasekolah telah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanakkanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak. Pn. Wan Nor Hayati telah mengupas secara mendalam kesemua tunjang-tunjang seperti tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang ketrampilan diri, tunjang perkembangan fizikal, tunjang sains dan teknologi dan tunjang kemanusiaan. Penjelasan dibuat dengan mengaitkan apa yang perlu dibuat ketika guru pelatih menjalani latihan praktikum. Contoh-contoh yang berkaitan dengan cara penulisan rancangan pengajaran harian telah disentuh oleh fasilitator dengan menunjukkan perbezaan penggunaan komponen dengan konsep tunjang yang digunapakai sekarang ini. Seorang lagi fasilitator turut mengambil bahagian dalam penerangan kepada guru pelatih ini ialah Pn. Nor Azizah bt Mohd Nor yang juga memberi penjelasan semasa sesi soal jawab dengan guru pelatih. Berbekalkan pengalaman selaku pensyarah penyelia praktikum segala permasalah yang timbul dapat diberi penjelasan dengan sejelas-jelasnya dan difahami oleh guru pelatih.

14

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN

Oleh: Tan Gek Seen

KURSUS ASAS PENYELIDIKAN

Oleh: Zulkifle bin Abd. Rahman

I

PG Kampus Sultan Mizan telah dipilih oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu sebagai pusat latihan pasukan bola jaring yang akan menyertai SUKMA yang ke-13 di Melaka pada bulan Jun tahun ini. Pemilihan ini bertepatan dengan fungsi IPG Kampus Sultan Mizan sebagai Pusat Sains Sukan Zon Timur. Tahniah diucapkan kepada pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan! Encik Lukman b. Saa'don telah dilantik sebagai jurulatih kecergasan fizikal untuk pemain bola jaring. Seramai 13 orang pemain telah dilatih di bawah program ini. Latihan ini bermula pada 1.1.2010 sehingga berlangsungnya SUKMA (Sukan Malaysia) yang ke-13. Pihak institut telah menyediakan tempat penginapan dan juga gelanggang untuk latihan pemain-pemain bola jaring. Latihan dijalankan dua sesi setiap hari mulai jam pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan mulai jam 5 petang hingga 7 petang. Latihan ini telah memberi rangsangan dan juga motivasi kepada pelajar IPG Kampus Sultan Mizan untuk lebih aktif bergiat dalam sukan dan melihat cara latihan dijalankan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan.

P

ada 19-21 Januari 2010, bertempat di Dewan Ibnu Khaldum, Jabatan R&D telah mengadakan Kursus Asas Penyelidikan kepada semua pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah Jabatan R&D dan En Zulkifli bin Daud sebagai penceramah jemputan. Kursus ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar PISMP yang akan menyiapkan tesis sebagai syarat bagi memenuhi keperluan sebelum mereka dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Semua pelajar semester 7 telah menghadiri kursus ini dengan jayanya. Kandungan kursus meliputi: 1. 2. 3. 4. 5. cara menyediakan kertas cadangan kajian yang baik; format pelaporan cadangan kajian; perancangan dalam melaksanakan kajian; pendedahan kepada pendekatan Kajian Tindakan; asas analisis data kajian.

MINDA BESTARI

"Hidup yang mengabdikan diri kepada ilmu pengetahuan adalah hidup yang mulia" -Pyhagoras "Salah satu faktor terpenting kejayaan bangsa Jepun ialah terdapatnya suatu komitmen yang mendalam terhadap ilmu dan maklumat pada setiap lapisan bangsa tersebut." -Ezra Vogal "Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik tetapi orang yang bijaksana mampu memetik buah hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya." -Walt Whitman

Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang terlibat. Semua pelajar terbabit telah berjaya menghadiri kursus ini dengan jayanya. Kursus ini diikuti dengan taklimat susulan kepada semua pensyarah daripada semua jabatan yang terlibat kerana mereka akan menyelia dan membimbing kajian pelajar berkenaan.

RENUNGAN

Maksud Ayat: "Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-NYa. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman." (Surah Az-Zumar: 52)

15

PUNCAK GUNUNG TEBU BERJAYA DITAWAN

Oleh: Tan Gek Seen

Pada 4 -5 Mac 2010 yang lalu, sekumpulan pelajar KPLI seramai 44 orang bersama 3 orang pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan telah berjaya menawan puncak Gunung Tebu, Besut. Program Bina Daya Tahan dan Daya Juang anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Mizan bermatlamat untuk membantu pelajar menguasai kemahiran asas kegiatan luar, menghayati kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi dan memupuk sikap ketahanan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa. Menurut En. Ishak bin Ismail, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Mizan, program tersebut berjaya membantu pelajar KPLI menyesuaikan diri dan membina daya tahan dengan kehidupan sebagai bakal guru. "Pengalaman paling manis ketika menyertai program tersebut ialah saya berjaya menawan puncak Gunung Tebu. Sungguh seronok kerana inilah pengalaman pertama saya menawan puncak gunung," ujar Fatimah bt. Ab. Rashid, pelajar KPLI PJ, IPG Kampus Sultan Mizan.

SEMINAR KENALI ANAK KITA

Oleh: Ahmad Shidki bin Mat Yusoff Pada 6 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Bendahara, IPG Kampus Sultan Mizan, telah berlangsung Seminar Kenali Anak Kita Zon Timur yang menghimpunkan seramai 420 orang peserta yang terdiri daripada kaum pendidik, ibu bapa dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Seminar tersebut anjuran PENGASIH dan Petronas serta IPG Kampus Sultan Mizan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan LPPKN. Seramai 72 orang pelajar dan staf IPG Kampus Sultan Mizan menyertai seminar tersebut. Penglibatan IPG Kampus Sultan Mizan dalam seminar ini adalah sebahagian daripada sumbangan IPG ini kepada agensi luar. Kertas kerja 1 yang bertajuk "memahami perkembangan remaja" telah disampaikan oleh Dr. Adibah Hanim bt. Ismail, pensyarah kanan/Family Medicine Speacialist HUSM. Sementara, kertas kerja 2 yang bertajuk "cabaran keibubapaan masa kini" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fauzi bin Abdul Ghani" daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu." Kertas kerja 3 yang bertajuk "cabaran gejala sosial masa kini" disampaikan oleh Hj. Mohd. Yunus Pathi, Presiden PENGASIH Malaysia.

RENUNGI SEJENAK "Nobody plans to fail but many fail to plan. So lets plan our work and work our plan" "Orang yang gagal usahanya masih tetap lebih baik daripada orang yang tidak berusaha sama sekali." -James Douglas

16

SELAMAT DATANG PELAJAR KPLI

Oleh Mohd. Hanif bin Mat Nor [email protected]

P

ada 18 Januari 2010 yang lalu, seramai 20 orang pelajar KPLI PJK telah mendaftarkan diri di IPG Kampus Sultan Mizan. Kehadiran mereka telah dialu-alukan oleh warga IPG Kampus Sultan Mizan. Dalam ucapan Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI tersebut, Dr. Maznah bt. Abd. Samad, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar KPLI yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pendidikan di IPG Kampus Sultan Mizan. Beliau melahirkan harapannya agar pelajar-pelajar KPLI bersedia menghadapi cabaran dan memupuk sikap positif agar segala cabaran yang mendatang semasa mengikuti latihan perguruan di IPG Kampus Sultan Mizan dapat dilalui dengan jayanya. Sepanjang seminggu tersebut, pelajar-pelajar KPLI telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang meliputi latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah, taklimat, aktiviti kerohanian dan aktiviti kecergasan fizikal. Antara tajuk-tajuk ceramah yang mengisi slot ceramah ialah transisi kerjaya guru, , pengajaran dan pembelajaran dan cara berpakaian/budaya IPG. Sementara, slot taklimat diisi dengan tajuk akta 174, GERKO, penilaian dan peperiksaan, peraturan-peraturan pusat sumber, struktur kursus dan borang perjanjian. Norhasliza bt. Kamil menyatakan bahawa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu membantunya mengenali budaya IPG Kampus Sultan Mizan dan struktur kursus yang bakal dijalaninya. Jelasnya " Saya bangga menjadi pelajar KPLI IPG Kampus Sultan Mizan dan berazam menjadi guru yang berilmu, berpengetahuan dan berketrampilan dalam segala aspek." "Aktiviti yang paling menarik sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baharu ialah sesi refleksi kerana kami pelajar KPLI dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi," ujar Omar Wahyuddin bin Ahmad. Mohd. Zulhaizie bin Yahya menyatakan "Aktiviti motivasi cukup menarik kerana fasilitatornya memotivasi kami melalui permainan seperti mereka kapal terbang kertas dan membalingnya ke udara. Banyak mesej penting yang disampaikan kepada kami melalui permainan tersebut." Ketika diwawancara, En. Mohd. Sabri bin Awang Hitam, Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib IPG Kampus Sultan Mizan memuji disiplin pelajar-pelajar KPLI sepanjang mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. "Mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti yang disediakan. Malah, mereka telah memberikan kerjasama yang padu sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baharu." Menurut Tuan Hj. Che Rahim bin Che Din, Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM), berdasarkan LAM-PT08-05, analisis pemantauan keberkesanan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu daripada persepsi pelajar KPLI ambilan Januari 2010, daripada 11 item yang disoal selidik, pelajar KPLI ambilan Januari 2010 telah memberi purata skor 3.93 terhadap penilaian mereka. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar-pelajar KPLI ambilan Januari amat berpuas hati terhadap pengurusan dan perjalanan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.

KEGEMBIRAAN KITA KONGSI BERSAMA

Oleh: Ahmad Shuhaimi Shahudin Pada 13.02.2010, sebuah masjid telah didirikan. Jangan terkejut! Masjid yang dimaksudkan adalah penyatuan dua hati dengan satu ikatan perkahwinan antara puteri ketiga salah seorang daripada ahli Jabatan Matematik iaitu Wan Nur Hamni dengan jejaka idaman iaitu Ishahmuddin bin Ramli pada 13 Februari 2010, bertempat di Kuala Besut, Terengganu. Ahli Jabatan Matematik mendoakan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.

"Orang yang paling banyak bercakap, tidak ada waktu untuk berfikir." -Karl Heinz Pinkel

17

PELAJAR PISMP IKUTI KURSUS BINA INSAN GURU (BIG)

Oleh: Ahmad Shidki bin Mat Yusoff

B

ertempat di Tapak Perkhemahan IPG Kampus Sultan Mizan, pada 8-11 Februari 2010, pelajar-

pelajar PISMP unit Reka Bentuk Tanda (RBT), IPG Kampus Sultan Mizan telah mengikuti Kursus Bina Insan Guru (BIG). Menurut En. Latif bin Hamzah, Kem Komanden BIG bagi siri tersebut, seramai 74 orang pelajar PISMP telah mengikuti kursus BIG pada kali itu. Tuan Hj. Che Rahim bin Che Din, Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM) ketika ditemui menyatakan bahawa matlamat Program BIG adalah untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru." Pada hari pertama, selepas sesi pendaftaran, peserta telah diberi taklimat dan bekerjasama menyediakan tapak perkhemahan. Semangat kerjasama dan kerja bersama-sama sebagaimana moto IPG Kampus Sultan Mizan jelas terpancar semasa aktiviti ini dilakukan. Setelah siap memasang khemah, peserta telah diberi taklimat mengenai panduan ketika kecemasan dan asas bantu mula. Sesi tazkirah telah dikendalikan oleh pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral selepas solat maghrib sebagai pengisian kerohanian. Selepas solat isya' peserta didedahkan dengan aktiviti `ice breaking'.

Pada hari kedua dan ketiga, peserta kursus BIG telah didedahkan dengan aktiviti darat dan air di Pantai Bukit Keluang, suatu destinasi pelancongan yang menarik di Besut. Aktiviti berkayak dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu dan mendaki Bukit Keluang telah menjadi pengalaman manis kepada peserta Kursus BIG. Menurut Mohd. Ariff Zakwan bin Zamre, pelajar PISMP RBT 1, pengalaman berkayak dan mendaki Bukit Keluang yang agak curam serta berenang di dalam lumpur adalah pengalaman yang paling berharga sepanjang mengikuti Kursus BIG. Sementara, ketika ditanya apakah aktiviti yang paling menarik semasa BIG, Shazwana bt. Salahuddin, pelajar PISMP RBT1 menjawab, "berkayak."

Menurut Kem Komanden, En. Latif bin Hamzah, peserta Kursus BIG telah menunjukkan sikap positif sepanjang Kursus BIG tersebut . Mereka bersemangat menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

"Saya seronok mengikuti Kursus BIG kerana dapat pelbagai pengalaman baharu seperti berkayak dan mendaki bukit," ujar Mohd. Ariff Zakwan bin Zamree, peserta Kursus BIG. Sementara, menurut Shazwana bt. Salahuddin, pengalaman yang tidak dapat dilupakannya sepanjang mengikuti Kursus BIG ialah menyelamatkan mangsa daripada kalangan peserta Kursus BIG dengan meredah lumpur dan bermandikan lumpur.

18

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JPP IPG KAMPUS SULTAN MIZAN SESI 2010/2011

Oleh: Ahmad Shidki bin Mat Yusoff

B

ertempat di Dewan Bendahara, IPG Kampus Sultan Mizan, pada 2 Mac 2010, jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Sultan Mizan Sesi 2010/2011. Majlis atur cara yang penuh adat istiadat tersebut bermula dengan kedatangan guru pelatih mengambil tempat pada jam 2.15 petang. Pada jam 2.30 petang, perarakan masuk ke dewan alat-alat kebesaran, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Timbalan Pengarah, Ahli Majlis MPPP dan Ahli JPP. Pengisytiharan memulakan majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Che Rahim bin Che Din, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pada jam 3.00 petang, Dr. Maznah bt. Abd. Samad, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan menyampaikan ucapan. Pemasyhuran Majlis Pelantikan JPP telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Zainuddin bin Mohamed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan. Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli JPP telah disempurnakan pada jam 3.20 petang. Pada jam, 4.00 petang, Muhammad Ariff bin Aripin, Yang Dipertua JPP mengetuai bacaan ikrar diikuti oleh ahli JPP. Majlis tersebut diteruskan dengan nyanyian 4 buah lagu oleh Pasukan Koir IPG Kampus Sultan Mizan dan diikuti oleh pengumuman penangguhan majlis oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pada jam 4.20 petang, majlis berakhir dengan perarakan keluar alat-alat kebesaran, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Timbalan Pengarah, Ahli MPPP dan ahli JPP. Dalam ucapannya, Dr. Maznah bt. Abd. Samad, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan melahirkan harapan beliau agar ahli JPP berperanan menggerakkan pelajar IPG Kampus Sultan Mizan ke arah mencipta pesona guru yang sewajarnya. Beliau telah menggariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada diri ahli JPP dengan ungkapan indah daripada teromba iaitu: `Dahulukan suluh diri

Bukan menunjuk dengan maki Bukan mengajar dengan caci Menunjuk pada yang perlu Mengajar supaya tahu Petunjuknya berfaedah Pengajarannya berguna."

Ketika ditemu ramah, Muhammad Ariff bin Aripin, Yang Dipertua JPP melahirkan keazamannya untuk menyediakan pelajar dalam menuntut ilmu sebagaimana tuntutan dan dasar Bahagian Pendidikan Guru. Apabila ditanya visinya selaku Yang Dipertua JPP, beliau berkata, "Saya ingin menjadikan tahun ini sebagai tahun paling cemerlang bagi IPG Kampus Sultan Mizan." Asraf Hadzwan bin Ahmad Safian, selaku exco Biro Penerbitan dan Publisiti menyatakan bahawa beliau berasa bangga kerana dipilih untuk memegang amanah kepimpinan dan berazam untuk menghidupkan buletin JPP dan majalah JPP IPG Kampus Sultan Mizan. Sementara, Siti Salwa binti Mail, exco Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) berazam untuk membimbing pelajar wanita di IPG Kampus Sultan Mizan ke arah lebih cemerlang dan mengutamakan kebajikan hal ehwal pelajar wanita. Puan Normaizam bt. Hamid, pensyarah dan selaku salah seorang penasihat JPP IPG Kampus Sultan Mizan ketika ditemui melahirkan keazamannya untuk membimbing kepimpinan JPP IPG Kampus Sultan Mizan agar IPG Kampus Sultan Mizan dapat berdiri sekurangkurangnya setanding dengan IPG-IPG lain yang ada di Malaysia. Semoga kepimpinan JPP IPG Kampus Sultan Mizan Sesi 2010/2011 mampu menjulang nama IPG Kampus Sultan Mizan ke persada negara dan antarabangsa.

RENUNGAN

Jadilah insan yang sentiasa menggembirakan diri sendiri dan orang di sekeliling kita agar hidup kita senantiasa bahagia.

19

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MERIAH

Oleh: Mohd. Yusri bin Mustaffa

Bulan Rabiul Awal datang lagi...

Peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat dan cahaya kepada ummat Islam pasti kekal dalam ingatan dan sanubari masing-masing. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1431H, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh warga IPG Kampus Sultan Mizan seperti kuiz Maulidur Rasul, teka silang kata, pertandingan mengarang puisi, program hijrah sikap bersama Jabatan Keselamatan Jalan raya Negeri Terengganu (JKJR), tayangan perdana filem bertajuk `Kun Fayakun', persembahan nasyid, program berbuka puasa perdana dan kenduri sempena Maulidur Rasul. Pensyarah, staf sokongan dan pelajar IPG Kampus Sultan Mizan bersepakat menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan sehingga membolehkan seekor lembu `dikorbankan' untuk majlis tersebut. Inilah yang dikatakan `sejati sejiwa membawa bahagia.' Persiapan kenduri telah diadakan pada hari Khamis, 25 Februari 2010 lagi. Kumpulan Hal Ehwal Wanita (HELWANI) bergotongroyong menyiapkan rempah ratus dan bahan masakan untuk kenduri yang diadakan pada hari Jumaat,26 Februari 2010. Bermula pada jam 7.30 pagi, pada 26 Februari 2010, warga IPG Kampus Sultan Mizan telah berhimpun di perkarangan Surau IPG Kampus Sultan Mizan untuk sama-sama memasak. Pelajar lelaki bergotongroyong memasang khemah, sementara pelajar wanita menyiapkan bahan masakan. Kerja-kerja melapah daging lembu telah menjadi begitu mudah berkat semangat `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.' Selepas solat Jumaat, warga IPG Kampus Sultan Mizan telah dapat menjamu selera.

Selepas solat Maghrib, ceramah bertajuk `Memperingati Rasulullah' telah diadakan. Penceramah yang diundang ialah Ustaz Hilmi Hassan, daripada Jabatan Agama Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat secara beramai-ramai selepas solat Isya'. Majlis ini telah berjaya mendekatkan diri warga IPG Kampus Sultan Mizan dengan sifat-sifat mulia peribadi Rasulullah S.A.W. Ketika ditemu ramah, Mohd. Azlan bin Ramli, Timbalan Exco Kerohanian dan Pendidikan menjelaskan bahawa objektif program tersebut diadakan untuk merapatkan silaturahim di antara seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan. Di samping itu, mengingati kembali keunggulan Rasulullah S.A.W sebagi insan teristimewa yang membawa rahmat ke seluruh alam. Mohd. Hafifi bin Sulaiman daripada unit 3PISMP ketika diminta pendapatnya mengenai program tersebut menyatakan "Program ini sangat bermanfaat. Semangat gotong-royong dan kerjasama jelas dapat dilihat bermula daripada persediaan sebelum memasak, semasa memasak, menyediakan peralatan dan kerja-kerja pembersihan selepas kenduri tersebut." Syabas diucapkan kepada warga IPG Kampus Sultan Mizan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MEDAN, INDONESIA

Oleh: Tan Gek Seen

P

ada 12-16 Mac 2010, seramai 40 orang pelajar PISMP dan KPLI serta 4 orang pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan telah menyertai lawatan sambil belajar ke Medan. Lawatan tersebut dibiayai oleh pelajar dan pensyarah sendiri. Tema lawatan tersebut ialah "Menjenamakan IPG Kampus Sultan Mizan ke Peringkat Antarabangsa." Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan kakitangan akademik institusi pendidikan Indonesia mengenai dunia pendidikan. Lawatan tersebut meliputi kunjungan ke Universiti Negeri Medan dan sekolah dasar. Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, En. Ishak bin Ismail melahirkan harapannya agar pelajar yang menyertai lawatan tersebut dapat menimba pengalaman dan melihat sendiri perkembangan program latihan perguruan di luar negara.

20

WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA EN MD. JAA'FAR BIN MAMAT (PENSYARAH CEMERLANG DG 54 (M)

Oleh: Mohd. Hanif bin Mat Nor idang Editor Warta IPG KSM cuba mendapatkan reaksi, pandangan serta buah fikiran pensyarah cemerlang, En Md Jaa'far bin Mamat berkaitan dengan pengalaman beliau untuk dikongsi dengan pihak pembaca.

S

Sidang Editor En Md Ja'afar

Boleh En Md Ja'afar ceritakan pengalaman bertugas sebelum ini secara ringkas ? Saya memulakan tugas sebagai guru pada tahun 1976 di Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut, sebaik tamat mengikuti Kursus Perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1977, saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya. Saya menyambung kembali tugas sebagai pendidik pada Februari 1980 di Sekolah Menengah Tengku Kudin, Raub, Pahang. Pada Mei 1985 saya menyertai bidang pendidikan guru dengan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang hingga Mei 2002. Seterusnya saya bertukar ke Maktab Perguruan Besut ( kini IPG Kampus Sultan Mizan, Besut ) hingga kini. En Md Ja'afar pernah berkhidmat di sekolah dan di beberapa buah IPG sebelum ini. Boleh tak En Md Ja'afar ceritakan perbezaan pengalaman di sekolah dan di IPG? Pengalaman saya di sekolah tidak lama, kira-kira 5 tahun sahaja, sementara di Maktab atau IPG agak lama iaitu 25 tahun. Tentulah pengalaman saya banyak di maktab atau IPG. Dari segi perbezaan pengalaman memang ada. Semasa berkhidmat di sekolah fokus saya (dan guru-guru lain) ialah kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan umum seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kini Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Sebagai guru, saya berasa gembira dan bahagia jika para pelajar kita mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan berkenaan saya mendapat satu kepuasan dengan kejayaan yang seumpama itu. Bagi saya misalnya pada tahun pertama perkhidmatan, saya telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia bagi tingkatan 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 yang hampir keseluruhannya pelajar berketurunan Cina. Mereka lazimnya gagal mendapat gred 1 atau 2 dalam SPM kerana gagal mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya menerima tanggungjawab itu dan melaksanakan pengajaran berdasarkan pengetahuan bahasa Melayu yang ada pada saya. Dari segi pengalaman, pada masa itu saya tidak ada pengalaman kerana sebelum ini saya bukan guru Bahasa Malaysia, tetapi guru Sains Paduan. Apa yang saya ingat saya telah mengajar mereka berdasarkan keperluan dalam peperiksaan dengan cara atau kaedah saya yang tersendiri. Alhamdulillah, apabila keputusan peperiksaan diumumkan semua pelajar saya yang berjumlah lebih 50 orang mendapat kepujian, malah ada yang mendapat A1 dan A2 bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Dengan pencapaian yang seumpama ini buat pertama kalinya sekolah saya telah berjaya mengatasi pencapaian sekolah terbaik daerah itu dalam peperiksaan SPM. Bayangkan betapa seronok, bangga dan bahagianya saya ketika itu. Saya telah mendapat ucapan tahniah daripada guru besar dan guru-guru lain, malah daripada PPD dan Jemaah Nazir. Di IPG kita tidak akan temui situasi seumpama ini kerana proses pendidikannya tidak berorientasi dan berfokuskan peperiksaan. Namun keistimewaannya tetap ada. Maksud saya masih ada 'kepuasannya' dalam perkhidmatan di IPG. Misalnya pada setiap semester atau tahun kita berjaya melahirkan guru pelatih yang disebut sebagai guru permulaan yang berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di seluruh pelosok negara, malah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat Institut Pendidikan Guru.

Sidang Editor

En Md Ja'afar

Bersambung di muka 22

21

Sambungan di muka 21

Sidang Editor

En Md Ja'afar juga merupakan antara orang terawal yang dilantik sebagai pensyarah cemerlang di IPG. Pada pendapat En Ja'afar, apakah kriteria yang diperlukan untuk melayakkan seseorang itu diiktiraf sebagai pensyarah cemerlang ?

En Md Ja'afar

Saya bukanlah antara orang terawal yang dilantik sebagai pensyarah cemerlang di IPG. Seingat saya sudah ada dua peringkat atau kumpulan pensyarah cemerlang IPG yang dilantik. Ertinya saya adalah peringkat atau kumpulan ketiga yang dilantik pada Julai 2000. Bagi saya kriteria seseorang pensyarah cemerlang ialah cemerlang di dalam tugasnya, sama ada tugas p&p atau tugas-tugas lainnya. Tetapi yang paling utama sekali ialah cemerlang dalam p&pnya. Kerana itulah semasa seseorang itu dinilai sebelum dilantik sebagai pensyarah cemerlang, kecemerlangan proses p&pnya di bilik darjah diselia sepenuhnya, biasanya oleh pihak Jemaah Nazir. Penyelia akan membuat penilain sama ada proses p&p itu benar-benar memperlihatkan kecemerlangannya di dalam pengajaran atau sebaliknya. Selain itu pemerhatian dan penilaian juga dbuat terhadap tugas-tugas lain, berdasarkan bidang tugas masing-masing. Selain itu, seseorang pensyarah perlu memperlihatkan sikap inovatif dalam kerja buatnya, terutama yang berkaitan dengan 'core buisnessnya', memperlihatkan sifat kepimpinan serta cemerlang dalam sahsiah dan daya sosialnya. Bagi saya semua orang memiliki kriteria ini. Cuma sama ada ketara atau tidak, mahir dan bersedia untuk ketengahkan atau tidak. Ada orang yang tidak yakin dengan kelebihan dan kecemerlangannya kerana itu dia tidak mahu dan tidak bersedia untuk mengetengahkan kelebihannya itu untuk dinilai dan seterusnya diiktiraf sebagai cemerlang. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, boleh tak En Jaafar terangkan apakah ciri -ciri guru yang terbaik pada pandangan En Jaa'far ?

Sidang Editor

En Md Ja'afar

Pada saya guru yang terbaik ialah guru yang melaksanakan tugasnya pada peringkat yang terbaik. Dengan kata lain dia melaksanakan tugas dengan cemerlang. Persoalan yang timbul ialah bagaimana seseorang guru itu dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Jawapan kepada persoalan inilah sebenarnya yang menjelaskan cirri-ciri guru cemerlang. Untuk menjadi cemerlang guru mesti mempunyai ilmu dalam bidang yang diajar. Mana mungkin seseorang yang tidak atau kurang ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang boleh mengajar dan mendidik murid-muridnya dengan berkesan dalam bidang berkenaan. Ilmu yang dimiliki itu perlu pula disampaikan dengan strategi penyampaian yang berkesan. Di sini seseorang guru itu perlu pula menguasai bidang pedagogi atau perkaedahan yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajarnya untuk menyampaikan ilmu dalam mata pelajaran itu kepada murid-murid. Kualiti lain yang perlu ada pada seseorang guru untuk menjadi cemerlang ialah bertanggungjawab dan komitmen. Saya mewakili Sidang Editor Warta IPG KSM sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian En Ja'afar diwawancara serta menghargai buah fikiran yang amat berguna untuk dikongsi bersama. Sama-sama

Sidang Editor

En Md Ja'afar

22

PERANCANGAN JABATAN SAINS KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEUPAYAAN MENAAKUL DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS

Oleh: Che Zaini Che Chik

J

abatan Sains IPG Kampus Sultan Mizan yang diketuai oleh Tn Hj Mazlan Mohd Noor, merancang pelbagai aktiviti untuk memastikan semua pensyarah dan pelajarnya meningkat dari segi keupayaan berfikir dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Antara kursus dan aktiviti yang dirancang kepada guru dan pensyarahnya ialah kursus penyelidikan, kursus bina bahan ICT dalam P&P sains ­ grafik dan video editing fasa II, kursus komunikasi dalam bahasa Inggeris, my outdoor science, kreativiti dalam P&P sains, 'professional talk' (guru cemerlang sains) ­ pendekatan dalam pedagogi sains, bengkel pembinaan modul pembelajaran fasa II, pameran aktiviti P&P Sains dan kursus keselamatan dalam makmal sains. Pada 13 Januari 2010, kursus penggunaan peralatan teleskop yang baru dibeli telah diadakan. Seramai 15 orang pensyarah Jabatan Sains dan pembantu makmal mengikuti kursus tersebut untuk memahirkan diri menggunakannya. Kursus selama satu hari tersebut menjurus kepada penjelajahan dan meneropong objek-objek di langit yang merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran sains sekolah rendah. Diharapkan dengan peralatan tersebut, pelajar akan lebih jelas dengan objek -objek yang ada di langit dan boleh mendapat maklumat baru, menjana hipotesis seterusnya keupayaan menaakul dengan lebih baik. Mengikut Zuraida (2006), bagi menguasai pembelajaran sains, pelajar perlu berupaya membuat penaakulan secara hipotetikal-deduktif iaitu gaya penaakulan yang membolehkan seseorang itu menjana hipotesis baru daripada maklumat yang dimiliki lalu menguji hipotesis itu. Keupayaan menaakul boleh diterap dengan membina perhubungan , simbol dan mengekspres idea-idea dalam pengajaran sains. Semua aktiviti Jabatan Sains pada tahun 2010 adalah menjurus ke arah meningkatkan keupayaan penyampaian ilmu sains dan pemindahan pembelajaran ahlinya bermula dengan pemerhatian, membuat bayangan atau pun secara mental, menjana corak pemikiran dengan membuat perhubungan, memupuk pemikiran berkadar, pemikiran berkolerasi dan keupayaan mengawal pemboleh ubah. Gambar: Pelajar dewasa sedang menguji hipotesis di makmal.

MOTIVASI UNTUK PENDIDIK

"An able teacher teaches, A good teacher demonstrates, A great teacher inspires" "Pembudayaan kecemerlangan merentasi semua aktiviti kehidupan dalam sesuatu institusi." -Prof. Peter Mortimore "Kekuatan pendidikan sebagai asas penciptaan kegemilangan tamadun di samping kekuatan angkatan bersenjata." -Paul Kennedy.

23

CATATAN PENGALAMAN MENJALANI PRAKTIKUM...

Seorang Guru Pelatih KDPM Prasekolah (KEMAS) sedang melayan karenah murid prasekolah di SK. Beting Lintang, Besut semasa praktikum.

SELAMAT MENIMANG CAHAYA MAYA

"Praktikum ketiga kali ini, saya lebih seronok dan selesa melaksanakannya. Persediaan pengajaran saya lebih teratur dan saya mengetahui untuk melaksanakannya dengan baik melalui pengalaman praktikum 1 dan 2 dahulu. Masalah saya, murid kurang faham bahasa standard yang saya guna, maka terpaksa menggunakan dialek mereka sekali-sekala" Mohd Alif b. Mokhtar (PISMP Ambilan Jan 2007)

1.

2.

3.

1 Januari 2010 merupakan tarikh keramat bagi En. Mahadi bin Nik Mohamad kerana isteri tercinta selamat melahirkan cahaya mata. Pn. Arbaayah binti Zainuddin, Pembantu Tadbir (P/O) telah selamat melahirkan cahaya matanya yang kelima iaitu lelaki pada 3 Januari 2010. Puan Rosmah And. Ghani daripada Jabatan Pendidikan Prasekolah telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Firman Allah s.w.t. Maksud: " Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orangorang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalanjalan keselamatan dan Allah mengeluarkan orangorang itu daripada gelap kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Al-Quran ,5: 15-16)

" Praktikum fasa 2 ini lebih memberi keyakinan kepada saya dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ." Rosmimi bt. Mat Jalil (KDPM KEMAS Ambilan Julai 2007)

24

Information

24 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

85920


You might also be interested in

BETA