Read holistik003_1Mei07.pdf text version

GALERI GAMBAR

1 Mei 2007 www.pmbj.gov.my PERCUMA Bil 003

Simbolik...Dato' Abdul Ghani memotong reben sebagai tanda meletakkan bumbung lutsinar Dewan Negeri di JSNAC.

Tunjuk minat...Datin Prof Dr Jamilah Ariffin menghulurkan mangkuk membantu peserta Kursus Kemahiran Makanan Sejuk Beku Bagi Ibu-Ibu Tunggal menyiapkan masakan mereka.

Tumpu perhatian...Peserta Seminar Peluang Pelaburan Wilayah Pembangunan Iskandar menumpukan perhatian semasa pembentangan kertas kerja.

Ingin tahu..Sebahagian hadirin majlis penerangan Wilayah Pembangunan Iskandar anjuran Umno Johor di Hotel New York.

Berbincang...Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot (dua dari kiri) bersama Dekan Universiti Malaysia Perlis Huzili Hussin dan Ketua Jabatan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail sedang mengupas isu pada program Forum Perdana Ehwal Islam yang dipengerusikan Ustaz Syahrin Md. Jamaluddin.

NOTA EDITOR

Mutu perkhidmatan harus meningkat seiring keselesaan tempat kerja

Editorial

Ketua Editor Editor Wartawan Sa'odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad Aivizanoorwani Shah Shahroni Hamirul Hairi Mohd Noh Rozza Khairiah Rosli Jurufoto/ Pereka Grafik Noorhaslina Senin Azmee Awang Penyelidikan Penyiaran Pembantu Editorial Saripah Sayuthi Mohd Fadzli Abu Bakar Rabiey Besah Norazah Mohd Yussof Rumiah Semirono Khadijah Abd Rahman holistik diterbitkan oleh Unit Media & Komunikasi (MedKom), Pejabat Menteri Besar Johor, Aras 13 Menara TH, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Tel 07-226 3781/83/84 holistik boleh di muaturun melalui : Web www.pmbj.gov.my/holistik Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dikeluar, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan keizinan Editor. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian holistik. Segala sumbangan karya yang dikirim, sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan karya yang dikirimkan melalui pos. Fax 07-222 6200 Web www.pmbj.gov.my E-mel [email protected]

SUKAN&RIADAH

selepas dibincangkan. Banyak faedah yang kita nikmati hari ini adalah hasil perbincangan yang dibuat dalam bangunan ini. Tidak mustahil juga ada ibu bapa kita bertemu jodoh di bangunan ini dan anak-anak mereka pula kemudiannya bekerja di sini. Semuanya ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Maka, tidaklah memeranjatkan nanti apabila ada yang bercucuran air mata tibanya waktu pagar Bangunan Sultan Ibrahim ditutup rapat menandakan berakhirnya peranan ia sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Pada waktu yang sama, "jantung" baru di Nusajaya sudah mula berfungsi dalam suatu persekitaran yang cukup kondusif. Serba-serbinya baru, dari jalan rayanya hinggalah ke suis di dinding dan kepala paip dalam tandas. Sepatutnyalah, azam kita untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang dikaitkan rapat dengan sistem penyampaian sekuat "jantung" baru ini. cemerlang daripada kita. "Masanya sudah tiba untuk kita menggunakan kepakaran di Institut Pengajian Tinggi kita melalui perkongsian pintar untuk menikmati faedah sebenar pendekatan sains dalam sukan," katanya ketika menutup Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan 2007 kali ke-enam di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini. Abdul Aziz melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan sukan tempatan jika persatuan masih keberatan menerima perubahan. "Kita tidak boleh menafikannya lagi (sains dalam sukan) kerana banyak bukti sudah ada di depan mata," katanya. Sementara itu, Nurul Farhana Abdul Majid dari Kulai diisytihar pesilat harapan kejohanan manakala Mohd Adlan Abdul Majid dari Kuantan pula dipilih sebagai pesilat terbaik remaja kebangsaan. Mohd Adlan, 17, berkata gelaran itu membakar semangatnya untuk lebih cemerlang dalam sukan berkenaan. PERSATUAN sukan harus bersedia mengubah corak dan pendekatan latihan jika ia didapati tidak meningkatkan prestasi atlit. Di samping itu, penerajunya juga disaran mengguna pakai pendekatan sains dan teknologi BUKIT Layang-Layang di Pasir Gudang sekali lagi menjadi tumpuan dunia Februari lepas sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa kali ke-12. Dianggarkan tidak kurang daripada 50,000 orang mengunjungi festival seminggu itu untuk melihat dengan lebih dekat berpuluh-puluh layang-layang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Layang-layang itu, yang antaranya dalam bentuk sotong, karektor kartun "Sesame Street" dan naga yang berwarna-warni, bukan sahaja untuk pameran tetapi turut "diterbangkan" dan menghiasi ruang angkasa Pasir Gudang. Selain pembuat dan pelayang tempatan, festival berkenaan turut menarik minat pencinta layang-layang dari 27 buah negara termasuklah Australia, New Zealand, Jepun, Perancis, Jerman, China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Asean. Ia anjuran bersama Johor Corporation melalui Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dan Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri untuk melahirkan atlit yang memiliki ketahanan dan daya saing yang tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Abdul Aziz Kaprawi berkata banyak negara telah membuktikan bahawa penggunan sains dan teknologi dengan kerjasama Persatuan Pelayang Johor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri serta Majlis Pelayang Malaysia. Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata 600 pelayang luar dan tempatan menyertai festival itu yang bertemakan "Membudayakan Layang-Layang ASEAN". Katanya festival itu menjadi lebih menarik dengan penampilan sulung pelayang dari Switzerland dan Russia. "Ini adalah satu pengiktirafan bahawa festival ini sudah diterima pelayang luar sebagai satu acara yang tidak boleh tidak disertai. "Secara tidak langsung, kehadiran lebih ramai pelayang luar telah menjadikan acara ini sebagai festival layang-layang antarabangsa terbesar dunia dan kita harus berbangga dengan pencapaian ini dan terus berusaha untuk memperbaiki penganjurannya," katanya. Antara acara yang diadakan sepanjang festival itu adalah mampu meningkatkan prestasi atlit mereka. "Contoh terdekat ialah jiran kita Singapura, sebuah negara kecil yang menggunakan pendekatan sains dalam sukan mereka dan hasilnya, pasukan bola sepak mereka agak lebih pertandingan wau cantik di bumi, persembahan layang-layang tempatan dan antarabangsa serta permainan "loly pop drop" untuk kanak-kanak Turut diadakan ialah pertandingan layang-layang sekolah peringkat kebangsaan, pertandingan "Malay kite", cabaran Taman Laru, pertandingan melukis dan mewarna, bengkel layang-layang dan pertandingan membuat wau. Sempena festival itu, Asean Kite Council (AKC) turut dilancarkan dengan kesemua lapan negara Asean menjadi anggotanya. Muhammad Ali berkata antara peranan AKC ialah memartabatkan layang-layang tradisional negara ASEAN ke seluruh pelusuk dunia. Katanya beliau bersyukur dengan pengiktirafan itu dan berazam untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Silat Remaja Antarabangsa yang akan berlangsung di Singapura. "Sebagai persiapan, saya akan mengikuti latihan di Kem Lati-

23

NADI pentadbiran Kerajaan Negeri bakal melalui satu perubahan yang besar sedikit masa lagi. Namun perubahan ini janganlah disalah anggap. Ia tidak membabitkan individu walaupun pasti ada yang akan tanpa segan-silu menitiskan air mata apabila tiba masa perubahan ini berlaku. Sebenarnya jika tiada sebarang aral melintang, segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sejak sekian lama berlangsung di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan berpindah ke Nusajaya. Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor atau JSNAC (Johor State New Administrative Centre) kini sedang rancak pembinaannya dan dijadual siap menjelang hujung tahun ini. Pembentangan Bajet 2008 dijangka menjadi pembuka tirai majlis-majlis besar di pusat pentadbiran baru ini kerana Dewan Negeri Johor juga sedang dibina di sini. Bagi hampir seluruh rakyat Negeri Johor, Bangunan Sultan Ibrahim amat sinonim sebagai tempat segala keputusan penting negeri diputus

han Negara bagi meningkatkan lagi disiplin dan fokus saya," katanya. Bagi Nurul Farhana, 17, walau pun tidak terpilih untuk mewakili negara, beliau menganggap penyertaan pada kejohanan ini sebagai satu pengalaman yang berguna untuk meningkatkan penguasaannya dalam acara seni mempertahankan diri. "Sasaran saya ialah untuk mewakili Johor dalam Sukan Malaysia akan datang sebelum melangkah ke peringkat antarabangsa," katanya. Sementara itu, pesilat tunggal Johor yang terpilih mewakili negara ke kejohanan di Singapura itu Siti Nursafiah Md Rashid, 17, berazam melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negeri. Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar itu berkata beliau menjalani latihan intensif selama tiga minggu berturut-turut sebagai persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan. "Saya bersyukur kerana hasil penat lelah berlatih pagi dan petang selepas waktu kelas, berbaloi. "Saya juga beruntung kerana ibu dan bapa saya sentiasa sering memberi galakkan dan sokongan untuk saya aktif dalam acara ini," katanya.

6

Azhar Food : Setanding jenama luar negara Kesesakan Jalan Wong Ah Fook tagih penyelesaian Tiada zon akses bebas dalam Iskandar JSNAC kebanggaan pentadbiran Johor Gambus: tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

NIAGA

8

MINDA PEMBACA

10

SEMASA

12

FOKUS

17

KENALI JOHOR

Jagoan Muda...Nurul Farhana dan Mohd Adlan bersama hadiah masing-masing.

Bersama Ketua Jabatan

Pegawai Daerah Johor Bahru

"Adalah menjadi misi saya untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dalam bandar yang belum memiliki rumah akhirnya mendapat rumah mampu milik yang selesa," A. Jabbar Md.Tahir.

Sebagai Pegawai Daerah, apakah cabaran besar yang dihadapi? Cabaran yang besar ialah mengseimbangkan pembangunan antara bandar dan luar bandar. Saya dapati ada perbezaan ketara berkaitan kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan meskipun ia terletak dalam satu daerah. Sebagai contoh, jalan di Kampung Sungai Melayu yang mengambil masa begitu lama untuk diturap. Satu lagi cabaran ialah mengagih-agihkan peruntukan pegawai daerah bagi projek-projek kecil seperti membaiki jeti dan parit. Peruntukan sekarang tidak mencukupi dan jika ia dapat ditambah, saya yakin projek kecil ini dapat dilaksanakan dengan segera yang sekali gus meningkatkan imej kerajaan. Apakah itu menjadi visi dan misi En Jabar? Saya berazam melihat dan memastikan pembangunan di seluruh daerah Johor Bahru yang merangkumi semua aspek, dilaksanakan dengan seimbang. Saya bertekad mengurangkan jurang perbezaan pembangunan infrastruktur di bandar dan pinggir bandar. Adalah menjadi misi saya untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dalam bandar yang belum memiliki rumah akhirnya mendapat rumah mampu milik yang selesa. Sebagai sebuah daerah yang menjadi pintu masuk di selatan tanah air, saya juga mahu memastikan Johor Bahru mempunyai daya tarikan bersesuaian dengan kedudukannya. Baru-baru ini Johor dilanda banjir besar dan Johor Bahru turut terjejas. Bagaimana bencana ini ditangani? Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, saya membuat persediaan awal dengan mengarahkan jentera penting seperti Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan Kesihatan, Pelajaran, Pengairan dan Saliran, Angkatan Tentera Malaysia serta pihak lain yang berkaitan bermesyuarat bagi menyelaras tugas dan tanggungjawab semasa banjir. Antara aspek yang dititik-beratkan ialah pusat-pusat pemindahan, bekalan makanan, keperluan logistik seperti bot dan kenderaan berat. Memang kita telah bersedia cumanya. banjir kali ini agak mengejut dan besar. Saya amat bersyukur kerana semua pihak telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik . Apakah pula masalah yang dihadapi ketika banjir? Di daerah Johor Bahru, sembilan mukim dan 63 kampung terjejas dalam bencana itu. Masalah utama kami adalah yang berkaitan dengan pusat pemindahan kerana ada tempat yang telah dikenal pasti untuk menempatkan mangsa banjir turut ditenggelami air. Begitu juga dengan bekalan makanan dan peralatan untuk mangsa banjir yang diperlukan secara mendadak dengan kuantiti yang besar dan perlu diikhtiarkan dengan pantas supaya mangsa banjir terutamanya kanakkanak, tidak kelaparan. Ia termasuklah keperluan lain seperti selimut dan tikar. Semasa gelombang kedua, kesulitan ini telah dapat diatasi. Semua petugas yang dikerah termasuklah sukarelawan telah melaksanakan tugas mereka dengan baik meskipun ramai di antara mereka yang rumah turut dinaiki air. Bagaimana tahap tindakbalas kakitangan Pejabat Daerah ketika banjir? Saya amat berbangga dengan mereka kerana mereka amat komited. Kepekaan dan kesungguhan mereka bekerja secara bergilir-gilir tanpa terlalu mengira waktu dan tidak mengharapkan sebarang imbuhan begitu membanggakan. Ingin saya sebutkan bahawa ada di antara mereka yang menggunakan barangan peribadi seperti telefon bimbit bagi memastikan segala aduan dan masalah dapat diselesaikan dengan pantas. Apakah harapan En Jabar terhadap kakitangan awam di Johor, khususnya di Pejabat Daerah Johor Bahru? Saya telah menekankan konsep "TEPAT, CEPAT dan MESRA" kepada semua kakitangan saya. Ia bertujuan mengubah mentaliti dan budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang. Maka, menjadilah harapan saya agar mereka dapat menerapkan ungkapan ini dalam hati sanubari masing-masing. Setiap kakitangan perlu tahu dan memahami pelanggan dan arahan dari pegawai atau pemimpin tertinggi negeri yang bertanggungjawab mengenai prestasi pentadbiran pada keseluruhannya. Sekarang ini, soal integriti amat ditekankan dalam pentadbiran. Jadi, adalah penting soal integriti ini juga dihayati semua pegawai dan kakitangan awam supaya persepsi negatif yang menuduh perkhidmatan kerajaan terlalu birokratik, tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah, tak berlaku.

Wa k t u S o l a t

Daerah-daerah negeri Johor

Info Bukit Layang-Layang

· Nama Bukit Layang-La yang di isytiharkan Tan Sri Mu hammad Ali Hashim semasa Majlis Perasmian Festival Layang -Layang Antarabangsa kali per tama pada 1995. · Ketinggian Bukit Lay angLayang kira-kira 20m dar i aras

laut dengan tiupan angin pada kelajuan tiga hingga 10m sesaat membolehkan layang-lay ang diterbangkan dengan mu dah. · Kelajuan ini juga memb olehkan layang-layang dite rbangkan sehingga ke keting gian melebihi 200m.

1 Mei 2007

22 MASYARAKAT KITA

FOKUS

03

Mahu lazat atau zat

"Produk organik ini memang bagus untuk kesihatan dan mempunyai kaitan rapat dari segi perubatan kerana apa yang kita makan sebenarnya adalah sebagai satu pelaburan pada kesihatan diri kita," Dato' Abd Karim Hassan.

Sambutan menggalakkan...Pengunjung memenuhi restoran makanan organik Zenxin di Ayer Hitam Taat setia...Penjawat awam melafazkan ikrar untuk terus berkhidmat cemerlang.

"TAK sedaplah", begitulah reaksi kebanyakan orang di negara ini apabila mereka diminta mencuba makanan organik, terutamanya hasil tanaman seperti sayuran dan buah-buahan. Sekalipun ramai semakin mengetahui khasiat tanaman organik yang bebas daripada bahan kimia serta racun serangga, masingmasing masih melabel makanan itu sebagai tidak enak serta pahit. M e n u r u t Pengurus Besar Sekretariat Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Dato' Abd Karim Hassan, produk organik mempunyai kuantiti nitrat yang rendah, sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Katanya, ini berdasarkan bahawa tahap nitrat tinggi akan mengurangkan kandungan oksigen dalam peredaran darah. "Produk organik ini memang bagus untuk kesihatan dan mempunyai kaitan rapat dari segi perubatan kerana apa yang kita makan sebenarnya adalah sebagai satu pelaburan pada kesihatan diri kita." "Kita boleh lihat jika seseorang itu mengamalkan pemakanan seimbang dan melebihkan pengambilan sumber makanan organik, secara tidak langsung pengamal itu tadi akan tampil lebih sihat dan menarik. Produk organik adalah bersifat therapeutik iaitu bersifat merawat dan mencegah." "Ia juga bersifat antioksidan, ini bagus dalam membantu mengelak berlakunya mutasi gen dalam sel tubuh dan menghalang pembentukkan sel kanser," jelasnya. Beliau percaya seiring dengan peredaran masa, tahap kesihatan semakin menjadi fokus utama masyarakat kita, lantas semakin sedar mengenai kebaikan serta khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan organik. Mengambil contoh rakyat Jepun

1 Mei 2007

yang sudah lama terdedah kepada barangan serta makanan kesihatan, makanan organik jelas mendapat sambutan amat menggalakkan di negara itu. Abdul Karim berkata, produk organik tidak hanya terbatas kepada sayuran dan buah-buahan sahaja, bahkan ubatan dan minuman (herba) yang dianggap sebagai satu daripada kaedah menghindarkan penyakit. "Ini kerana ia mengandungi nutrisi iaitu elemen makro dan mikro yang semulajadi, baik bagi membekalkan tenaga serta mengisi keperluan lain dalam badan seperti pembinaan dan pembaikan sel badan, penghasilan antibiotik serta aktiviti badan yang bergantung kepada pemakanan," katanya. Menjawab pertanyaan mengenai apakah masyarakat kini semakin beralih kepada makanan organik, beliau berpendapat perubahan itu mulai ketara dan ia adalah hasil pendidikan dan program kesedaran oleh pelbagai pihak bagi membantu memastikan penurunan kadar masalah kesihatan di kalangan masyarakat. "Perkembangan industri makanan organik sendiri juga menjadi sebab mengapa masyarakat kita memilih makanan organik. Ini kerana produk organik berasaskan sumber semulajadi dan lebih segar. "Perubahan ini merupakan satu perkembangan positif kepada masyarakat dan negara sekali gus dapat membentuk rakyat lebih sihat dan sejahtera," katanya. Dari sudut saintifik, kandungan logam berat dalam tumbuhan juga rendah berbanding penggunaan kaedah bukan secara organik. Elemen seperti ini penting dalam menentukan kesihatan kerana berdasarkan kajian para saintis, tumbuhan yang terdedah kepada amalan penggunaan baja dan racun kimia mampu menyumbang kepada penyakit kanser. Dalam penawaran

organik, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersamasama Zenxin Agri-Organic Food Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif melibatkan diri dalam projek penanaman sayuran dan buahbuahan organik terutamanya buah naga. M e n u r u t Pengurus Zenxin Agri-Organik Food Sdn Bhd, K. K. Tai, buah naga yang ditanam secara organik mempunyai kadar nutrien yang tinggi dan bersifat anti-oksida, walaupun saiznya lebih kecil daripada saiz biasa. "Penanaman secara organik ini bebas daripada racun serangga dan bahan kimia. Oleh itu ia tidak tumbuh cepat, dan kita kena tunggu agak lama untuk dapat hasil. "Masalah lain ialah ia sering diserang fungus dan racun. Jadi penjagaan lebih teliti diperlukan, tidak macam menjaga sayur dan buah yang ditanam bukan cara organik," katanya. Berikutan itu, Tai mendakwa, kos tanaman secara organik adalah lebih tinggi berbanding tanaman biasa. "Apabila hasil kami kurang, permintaan pula tinggi dan kos juga tinggi, maka hasil organik dijual pada harga yang agak mahal. "Tapi kami cuba kurangkan harga produk organik kepada harga yang mampu dibeli oleh masyarakat kita. Harganya tidak akan berubah walaupun pada musim hujan ataupun tidak," jelasnya.

1. Sebagai Penjagaan kesihatan hati

Makanan organik bebas daripada bahan kimia dan racun serangga.

2. Segar Kaya dengan Nutrien

Produk organik mengadungi purata 50 peratus lebih vitamin, mineral, enzim dan lain-lain micro nutrien.

Amanat pemimpin...Dato' Abdul Ghani ketika menyampaikan amanatnya.

Khusyuk...Sebahagian kakitangan awam mendengar amanat Menteri Besar.

3. Tiada Hormon Tiruan dan Antibiotik.

Haiwan ternakan secara organik, bebas dari pada hormon tiruan dan antibiotik yang digunakan untuk mempercepat tumbesaran haiwan.

4. Makanan Organik lebih Enak.

Sayuran, buah-buahan dan daging mempunyai rasa lebih enak, rangup serta semulajadi sehinggakan ia boleh terus dimakan sejurus dipetik.

5. Makanan Organik tidak menggunakan GMO

Genetically Modified Organism (GMO) merupakan organisma yang diubahsuai, secara tidak langsung, pengambilannya dalam makanan harian tidak baik untuk penjagaan kesihatan.

DUA tahun berturut-turut Johor menjadi tumpuan pelabur asing dengan 27 peratus keseluruhan pelaburan langsung asing (FDI) yang diterima oleh Malaysia, adalah di Johor. Ia dijangka semakin rancak dengan pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar. Bagaimanapun sempena persaingan hebat dalam dunia sekarang, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menekankan persiapan dari segi prestasi sektor awam dan mutu perkhidmatannya. Ikuti petikan amanat lebih sejam beliau kepada kakitangan awam di Negeri Johor sempena 2007. Saudara dan saudari sekalian, Antara negara tertinggi kedudukannya dalam global competitiveness ialah Switzerland. Daripada 50 buah negara, Switzerland nombor satu, mengapa? Dikatakan Switzerland mempunyai satu persekitaran institusi yang baik, insfrastruktur terbaik, keadaan pasaran yang dikatakan efisien dan punyai suasana di mana inovasi teknologi yang tertinggi. Dia (Switzerland) mempunyai insfrastruktur untuk kajian saintifik yang telahpun matang, mereka juga mempunyai peruntukan terbesar untuk membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D), bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga oleh pihak swasta. Ia (Switzerland) juga memastikan bahawa intellectual property, dipelihara dengan sebaik-baiknya dan ia juga mempunyai institusi awam yang dikatakan telus dan siber, ini dia Switzerland. Kemudian kedudukan ini diikuti oleh negara-negara yang dekat dengan Switzerland iaitu negara-negara di sebelah Scandinavia. Finland nombor dua, Sweden nombor tiga, Denmark nombor empat. Kita nombor berapa? kita nombor 26 dari segi `global competitiveness'. Tapi boleh tahan juga kita dilukiskan seperti berikut:

"Malaysia is rank 26th, Malaysia is one the most efficient economies in the region with flexible labour market, relatively undistorted goods market and public institution." Jadi kita ni boleh tahan jugalah, sebab walaupun nombor 26, pasaran kita boleh tahan, tidaklah apa dipanggil distorted atau diherotkan. Jadi kita di tangga 26, di kawasan kita ni, Singapura nombor lima, Hong Kong nombor 11, Taiwan nombor 13, India 43 dan China 48. Saya menyebut perkara ini untuk serba sedikit menggambarkan bahawa dalam keadaan berlakunya persaingan antara negara untuk terus maju, rumusan ini sebagai hujah rujukan untuk menampakkan kedudukan kita. Dalam hujah itu, antara yang penting dalam mengukur competitiveness (daya saing) ini ialah di manakah prestasi sektor awam di sesebuah negara. Sejauhmana cekapnya sistem penyampaian sesuatu sektor awam. Pada tahun lalu, kita rumuskan dalam mesyuarat EXCO, bahawa kita bentuk satu panel terdiri daripada tujuh keahlian dipengerusikan oleh seorang bekas pegawai kanan di peringkat pentadbiran dan diplomatik, dianggotai bekas Pegawai JCS yang kanan, wakil daripada sektor swasta dan juga wakil daripada Majlis Peguam. Jadi dalam panel ini ada wakil daripada sektor awam dan ada wakil dari sektor swasta. Alhamdulilah mereka sudah merumuskan kajian yang dibuat dalam tempoh lebih kurang lapan bulan. Saya nak merujuk mengenai perkara tersebut bahawa pada ketika ini, pengurusan sektor awam di negeri kita ini, tidak boleh disangkal masih lagi tertakluk kepada pengurusan yang agak tradisional. Ia lebih berpaut kepada pematuhan, bet-

ul kita patuh kepada peraturan kewangan, tetapi kita terus tertakluk kepada pendekatan tradisional ini, pematuhan kepada peraturan dan sebagainya. Kita juga melihat bahawa bahawa Jabatan kita tidak ada misi yang jelas, kalau ada pun, kabur pernyataannya. Kita juga mengaku tidak cukupnya kemudahan ICT untuk memperkukuhkan sistem pengurusan yang ada. Kemudian satu lagi aspek yang juga kita tidak boleh nafikan bahawa dari segi accountability (pertanggungjawaban) kepada awam, kepada rakyat, juga tidak kukuh dan tidak jelas. Kemudian sistem mengesan, melapor mengenai apa kerja yang kita buat, ini memang tak ada. Selama ini, kita amat menekankan aspek pengurusan yang berkaitan dengan input, proses dan aktiviti. Kita tengok inputnya sama ada bajetnya, belanjawannya, prosesnya dan apa aktivitinya. Maka berlakulah apa yang dikatakan penekanan-penekanan seperti peruntukan kewangan yang dibelanjakan, proses membuat pembelanjaan, berapa kali kita bermesyuarat, kemudian berapa banyak kali kita turun untuk melihat apa yang berlaku di peringkat tempatan. Dalam kajian itu, ada juga penemuan yang mengatakan bahawa kita masih lagi agak berorientasikan kepada birokrasi, bukan kepada rakyat. Dikatakan bureucracy centred dan tidak kepada citizen centred. Ketuanya pula berpaut kepada kuasa yang ada pada diri dia, kedudukan dia, tidak kepada kepimpinannya. Dia berpaut kepada kuasa yang ada, jawatan yang dia pegang, bukannya dalam konteks mutu kepimpinannya ke arah membentuk satu teamwork yang kukuh. Inilah perkara-perakara yang saya ingin memetik serba sedikit apa yang boleh dirumuskan mengenai keadaan pen-

gurusan yang berbentuk tradisional itu yang kita ada selama ini. Oleh itu, pada hari ini, saya mencadangkan supaya di negeri Johor ini pengurusan pentadbiran awam hendaklah melalui satu proses perubahan paradigma kearah apa yang dipanggil pengurusan yang berasaskan kepada prestasi dan akauntabiliti, result and accountability. Pengurusan yang berpaksikan dan berlandaskan kepada prestasi, hasil dan sama penting ialah pertanggungjawaban (akauntabliti) dan ini menyentuh kepada apa yang dipanggil urus tadbir yang baik, good governence. Maka perubahanperubahannya ialah daripada fokus kita menguruskan dalam bentuk sumber, dalam bentuk aktiviti, dalam bentuk program, dalam bentuk proses kerja, dalam bentuk input. Kita nak alih pula kepada ke arah pencapaian hasil apa yang kita buat iaitu outputnya, apa dia outcome. Itu yang sepatutnya kita tekankan dan ini dalam bentuk sama ada khidmat kita ataupun barang yang kita buat, ataupun program yang kita laksanakan dan impaknya yang dapat dinikmati oleh rakyat. Itu yang sepatutnya menjadi penekanan pengurusan kita. Pengurusan berdasarkan prestasi dan akauntabliti ini, prestasi dan pertanggungjawaban ini, antara langkahnya adalah yang Pertama: Proses pembaharuan yang merupakan komitmen yang berterusan dan tertanam dalam kerja kita. Keduanya: Daripada fokus kepada organisasi kepada fokus untuk rakyat. Untuk setiap jabatan sebenarnya, fokusnya ialah untuk rakyat. Maka, fokus daripada pematuhan kepada fokus ke arah prestasi, fokus daripada jawatan kita kepada fokus kepimpinan kita dan daripada pengurusan yang berorentasikan kepada input, proses, aktiviti kepada

bersambung di muka 4

6. Pemilihan yang Baik

Tanaman organik mempunyai sumber dan antibiotik semulajadi, haiwan yang diternak secara organik bebas daripada sebarang jangkitan penyakit.

7. Petani mendapat Faedah daripada Penanaman secar Organik

Petani organik bebas daripada penyakit seperti kanser, masalah kulit, masalah pernafasan, dan penyakit-penyakit lain kerana tidak terdedah kepada bahan kimia dan racun serangga.

8. Mencegah lagi baik.

Dari segi harga, makanan organik agak mahal tetapi ia berbaloi untuk kesihatan, misalnya, epal organik mengandungi 50 peratus lebih nutrien daripada epal yang tidak dihasilkan secara organik.

9. Pendekatan Organik dapat melindungi Hidupan Liar

Pertanian organik juga menggalakkan ekosistem haiwan melalui kitaran makanan (kawalan biologi), selain dapat membantu mengawal dan menjaga alam sekitar.

10.Menjaga Alam Sekitar untuk Generasi yang akan datang

Bagi menjamin kesejahteraan generasi yang akan datang, pengambilan makanan organik adalah perlu untuk penjagaan kesihatan, memulihara alam sekitar, haiwan-haiwan liar dan hidup harmoni dengan alam semulajadi.

meluaskan Segar...Sayuran yang ditana m secara or produk gani

k.

1 Mei 2007

04 SEMASA

dari muka 3

SENI

Oleh itu, kita akan membentuk satu panel untuk pelan tindakan ke arah pengurusan berasaskan kepada prestasi ini, di mana Setiausaha Kerajaan Negeri akan mempengerusikan panel ini untuk diterapkan di Jabatanjabatan di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri. Jadi kita ambil tahun 2007 ini untuk kita laksanakan agenda tersebut. Insya-Allah dengan cara yang demikian, mungkin kita dapat menempa perubahan pada tahun 2007 ini, di mana sektor awam akan melalui satu proses perubahan yang memperkukuhkan lagi negeri kita ini untuk mampu bersaing walaupun di peringkat global.

21

pengurusan berorientasikan hasil dan akauntabliti. Jadi saudara-saudara sekalian, ini sebenarnya satu agenda yang penting, yang kita insyaAllah nak laksanakan pada tahun 2007 ini, iaitu membawa pentadbiran negeri Johor ini, pentadbiran awam ini kepada satu paradigma yang baru, yang boleh dikatakan dari agak tradisional kepada yang saya sebutkan tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri dah sebut ada proses penstrukturan yang sedang dibuat, kita alu-alukan tetapi yang pentingnya ke arah pengurusan untuk mencapai hasil, untuk mencapai impak prestasi dan juga untuk menjamin akauntabliti.

Halwa telinga...Gabungan kemantapan orkestra MBJB dan persekitaran Hutan Bandar memukau pengunjung.

Sedia Berkhidmat...Barisan orang kuat kerajaan negeri Johor.

"Saya tidak fikir ada profesional atau tokoh koporat yang ingin ke disko kerana saya percaya bagi mereka, tempat seperti inilah yang lebih sesuai untuk merehatkan minda," Harith Ilham.

IRAMA jazz, bagi penggemar muzik genre ini, dikaitkan rapat dengan persekitaran yang tenang jika inginkan kepuasan mendengarnya. Tetapi mencari tempat yang menyediakan persekitaran seumpama itu di negeri yang pesat membangun ini lebihlebih lagi dalam Bandaraya Johor Bahru adalah mustahil. Keadaan ini menyebabkan ramai yang sanggup memandu sehingga ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melepaskan rindu pada muzik jazz. Namun kini, peminat jazz khususnya yang tinggal di ibu negeri, boleh melayan perasaan menikmati irama muzik kegemaran mereka di laman sendiri di Hutan Bandar. Bermula September lepas, orkestra Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengadakan persembahan pada setiap Jumaat bermula jam 8.45 malam. Dan lebih menarik lagi, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk orang ramai menyaksikan persembahan tiga jam itu. Idea mewujudkan jazz corner ini dicetuskan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Abdul Latiff Yusof semasa beliau menjadi Datuk Bandar Johor Bahru. Ia didorong tekad beliau untuk mempelbagaikan daya tarikan Bandaraya Johor Bahru terutamanya di kalangan peminat muzik. Hutan Bandar lokasi terbaik Keheningan persekitaran taman rekreasi Hutan Bandar menyediakan suasana yang cukup sesuai untuk muzik jazz. Maka, tidak hairanlah sebaik kaki melangkah masuk ke kawasan berkenaan, terasa diri bagai dibuai mimpi indah mendengarkan alunan muzik berirama lembut itu. Konsep bersantai di bawah rimbunan pohon menghijau dengan limpahan lampu suram nyata melengkapkan mood untuk menikmati muzik itu. Menurut Wan Ibrahim Wan Embong, pengarah muzik orkestra MBJB, sepanjang lebih empat bulan sejak program itu diperkenalkan, sambutan orang ramai amat menggalakkan. "Kami menerima banyak cadangan termasuklah menambah kekerapan persembahan. "Bagi kami, bila ada menunjukkan minat pada persembahan kami, ia bermakna kami telah berjaya menimbulkan kesedaran mengenai kewujudan jazz corner ini," katanya. Orkestra itu yang ditubuhkan pada 1994 dianggotai 12 pemuzik profesional sepenuh masa. Wan Ibrahim berkata selain daripada penyanyi tetap MBJB, beberapa penyanyi luar juga pernah diundang membuat persembahan. Antaranya ialah Indra Shahir Jazz dari Singapura, Farid Ali dan Karisma, sebuah kumpulan tempatan dari Kampung Melayu, Johor Bahru. Jazz Corner tempat berkumpul tokoh koporat Dalam usia yang belum pun mencecah setahun, Jazz Corner di Hutan Bandar ini dilihat mampu pergi lebih jauh. Umpama serampang dua mata, selain sebagai tempat merehatkan minda sambil mendengar muzik, ia juga boleh dijadikan lokasi berkumpul penggemar muzik jazz di selatan semenanjung. Sejajar dengan program membangunkan selatan Johor sebagai sebuah wilayah ekonomi bertaraf dunia, Wilayah Pembangunan Iskandar, pastinya ia memerlukan kepelbagaian seni dan muzik jazz tidak harus diketepikan. Apatah lagi penggemar irama itu kerap dikaitkan dengan mereka yang bercitarasa tinggi termasuklah golongan profesional dan tokoh koporat. Seperti kata Harith Ilham, seorang pengunjung tetap Jazz Corner, yang mengakui kewujudan tempat seperti itu sudah lama dinantikan. "Bagi peminat muzik berentak disko, terdapat banyak tempat di bandaraya ini untuk mereka kunjungi tetapi bagi penggemar jazz, tiada, sehinggalah muncul Jazz Corner. "Saya tidak fikir ada profesional atau tokoh koporat yang ingin ke disko kerana saya percaya bagi mereka, tempat seperti inilah yang lebih sesuai untuk merehatkan minda," katanya. Wan Ibrahim berkata lokasi Hutan Bandar ini cukup strategik dan persekitarannya pula amat sesuai untuk mood irama jazz. "Dengan usaha yang berterusan, mungkin nanti Jazz Corner ini menjadi tempat berkumpulnya pelabur asing, peniaga dan tokoh koporat," ujarnya

PEGAWAI dan kakitangan awam di negeri ini bertekad memikul amanah melaksanakan perubahan pendekatan perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada hasil dan akauntabiliti kepada rakyat bagi meningkatkan keberkesanannya. Mereka menyambut baik cadangan Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman supaya wujud perubahan paradigma daripada tradisi perkhidmatan berorientasikan sumber, proses dan aktiviti kepada berorientasikan ouput, impak dan akauntabiliti terhadap rakyat.

"Saya berani katakan, kita di peringkat jabatan masih lagi kekurangan dari segi kemudahan elektronik yang terkini sama ada peralatan mahupun kepakaran untuk mempermudahkan sesuatu urusan," katanya. Abdul Ghani mengarahkan perubahan paradigma perkhidmatan sektor awam itu dalam amanatnya yang disampaikan lebih sejam sempena pertemuannya dengan pegawai dan kakitangan awam Negeri Johor bagi tahun 2007 di Johor Bahru. Pegawai Daerah Kota Tinggi, Norizan Kulob, berkata penubuhan jawatankuasa untuk melaksanakan perubahan tersebut seperti yang dicadangkan oleh Menteri Besar Johor, haruslah disegerakan supaya akauntibiliti pentadbiran awam dapat dipertingkatkan lagi. "Pengurusan pentadbiran awam kini lebih kepada fokus organisasi dan pentadbiran berdasarkan input sahaja iaitu lebih kepada sistem birokrasi serta pelaksanaan sesuatu urusan yang tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. "Pada pendapat saya, penubuhan jawatankuasa ini dapat membantu dalam memudahkan urusan-urusan yang dilakukan dengan pihak kerajaan seiring dengan objektifnya selain sistem penyampaian sektor awam dapat dipertingkatkan.

pendekatan baru ini dapat dikekalkan," katanya. Beliau percaya selain gerak kerja dan pengurusan yang lebih efisyen, pendekatan baru itu juga dapat membuka minda kakitangan awam supaya mereka lebih berdaya saing dan menghasilkan output yang memberi faedah kepada semua. Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Chong Chee Han, pendekatan pengurusan berdasarkan prestasi dan akauntibiliti yang diusulkan Menteri Besar Johor, dapat membantu meningkatkan lagi produktiviti serta misi Jabatan.

akan menjadi lebih mudah dan perkhidmatan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada rakyat dalam masa yang lebih singkat. Sekali gus, perkhidmatan dan layanan cemerlang dapat diberikan oleh kakitangan awam kepada rakyat," katanya.

"Tanggungjawab penjawat awam ialah menterjemahkan program dengan menggunakan proses yang lebih singkat, cekap dengan dibantu oleh prosedur yang dipermudahkan dengan bantuan kemudahan pengurusan termasuklah peralatan elektronik," Abdul Rahman Jaafar

Pegawai Derah Muar, Abdul Rahman Jaafar, berkata pendekatan yang dicadangkan oleh Menteri Besar itu amat bersesuaian kerana ia berteraskan kepada prestasi sebagai matlamat dan objektif yang dipertanggungjawabkan supaya memenuhi tuntutan, dan matlamat kerajaan dalam membangunkan negeri serta masyarakat. Katanya, jika sebelum ini kakitangan awam bekerja berdasarkan rutin dan prosedur yang sedia ada, kini mereka bertugas dengan matlamat yang difokuskan untuk dicapai dalam satu tempoh yang ditetapkan di mana, kualiti dan impaknya memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. "Tanggungjawab penjawat awam ialah menterjemahkan program dengan menggunakan proses yang lebih singkat, cekap dengan dibantu oleh prosedur yang dipermudahkan dengan bantuan kemudahan pengurusan termasuklah peralatan elektronik.

1 Mei 2007

"Pengurusan secara output ini dapat mendorong kakitangan awam menghasilkan cara kerja yang berkualiti, berbanding pengurusan berdasarkan input yang diamalkan sekarang kerana tindakan susulannya yang agak lambat," Chong Chee Han

"Pengurusan secara output ini dapat mendorong kakitangan awam menghasilkan cara kerja yang berkualiti, berbanding pengurusan berdasarkan input yang diamalkan sekarang kerana tindakan susulannya yang agak lambat. "Pendekatan baru ini dapat menepati kehendak pelanggan, selain sistem penyampaian dapat diperbaiki dan berjalan dengan lebih lancar lagi, katanya. Bagi Timbalan Pengarah Hal Ehwal Orang Asli, Suriani [email protected], pendekatan pengurusan perkhidmatan awam berteraskan prestasi dan akauntabiliti dapat membantu sesebuah jabatan untuk mencapai matlamat mereka. Katanya, pekerja juga akan lebih komited dalam menjalankan tugas mereka sekali gus membentuk mereka lebih berdaya saing dan positif terhadap masa depan. "Apabila pendekatan pengurusan output ini dilaksanakan, urusan antara jabatan

"Apabila pendekatan pengurusan output ini dilaksanakan, urusan antara jabatan akan menjadi lebih mudah dan perkhidmatan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada rakyat dalam masa yang lebih singkat. Sekali gus, perkhidmatan dan layanan cemerlang dapat diberikan oleh kakitangan awam kepada rakyat," Suriani Abdullah @ Dollah

Penyelia Kanan Operator Mesin Pemprosesan Data, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Linda Hashim, berkata, selagi sesuatu pendekatan pengurusan perkhidmatan awam itu mendatangkan kebaikan, wajar ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Pada pendapat saya, penubuhan jawatankuasa ini dapat membantu dalam memudahkan urusan-urusan yang dilakukan dengan pihak kerajaan seiring dengan objektifnya selain sistem penyampaian sektor awam dapat dipertingkatkan," Norizan Kulob

"Pendekatan pengurusan pentadbiran baru ini lebih fleksibel dan tidak terlalu bergantung kepada peraturan tetapi saya berharap agar ketelusan kerja melalui

"KWSP kini menjalankan satu sistem perkhidmatan output yang lebih ke arah mesra pelanggan dengan mengamalkan sistem online untuk memudahkan pelanggan menjalankan urusan dengan pihak kami, " Linda Hashim

"KWSP kini menjalankan satu sistem perkhidmatan output yang lebih ke arah mesra pelanggan dengan mengamalkan sistem online untuk memudahkan pelanggan menjalankan urusan dengan pihak kami, "katanya.

RM100,000. Itulah jumlah wang tunai untuk dimenangi dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor Kedua. Jumlah itu dipercayai adalah yang tertinggi pernah ditawarkan dalam sebarang pertandingan yang membabitkan penulisan. Sayembara ini dianjurkan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia

(Gapena). Ia akan berakhir pada 31 Disember. Ketua Bahagian Persuratan dan Sejarah YWJ, Dzulkarnian Asmawi berkata novel yang ingin dipertandingkan hendaklah berlatarbelakangkan peristiwa atau sejarah yang berlaku dalam negeri ini seawal 1528 hingga meletusnya konfrontasi pada 1963. Katanya peristiwa dan tokoh sejarah pada era Kerajaan Johor Lama dan Kerajaan Johor

Moden, pemerintahan British, zaman pendudukan Jepun, darurat, penubuhan Umno, penentangan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union dan penubuhan Malaysia adalah antara yang boleh dijadikan bahan untuk novel berkenaan. "Novel mestilah memaparkan peristiwa, sejarah atau tokoh yang dikesan dan dibuktikan kewujudannya dan bukan watak rekaan," katanya. Beliau berkata sayembara

ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penulis serantau yang menulis dalam Bahasa Melayu. Menurutnya setiap penulis hanya boleh menghantar tidak lebih daripada dua manuskrip. Dzulkarnian berkata sayembara itu bertujuan menimbulkan kesedaran sejarah di kalangan masyarakat melalui pembacaan novel. "Tidak semua orang meminati

sejarah kerana ia kerap dianggap sebagai "ubat tidur" tetapi jika kita dapat menghidangkan peristiwa lampau yang digarap dalam bentuk novel, kami percaya sejarah boleh menjadi bahan bualan," katanya. Maklumat lanjut mengenai sayembara ini boleh diperolehi dengan melayari laman www. ywj.gov.my

1 Mei 2007

20 KENALI JOHOR

SEMASA

05

Gambus: tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

"Ia cukup unik lagi mengasyikkan dan sukar untuk dijelaskan dengan perkataan," cerita Hussain penuh semangat tentang keistimewaan alat muzik berbentuk bujur telur ini yang sejarah mengatakan berasal dari Timur Tengah.

Sultan Iskandar perkenan anugerah DK kepada KM Sarawak

Bermutu...Antara gambus buatan Hussain.

Getarannya meninggalkan kesan yang cukup mendalam sebagaimana yang dialami Hussain Md Said lebih 30 tahun dahulu. "Tidak seperti alat muzik bertali lain, gambus menghasilkan satu getaran yang amat berlainan. "Ia cukup unik lagi mengasyikkan dan sukar untuk dijelaskan dengan perkataan," cerita Hussain penuh semangat tentang keistimewaan alat muzik berbentuk bujur telur ini yang sejarah mengatakan berasal dari Timur Tengah. Mengimbas kisah cintanya dengan gambus, Hussain berkata segalanya bermula awal tahun 70an apabila dia membeli sebuah gambus selepas terpesona dengan kegemersikan alat muzik itu. Sejak itu, katanya, gambus berkenaan jarang berjauh darinya. Pantang ada kelapangan, pasti dihabiskan bersama gambusnya untuk memperbaiki kebolehan bermain peralatan itu. Berubah minat Namun minatnya tiba-tiba berubah selepas menimang cahaya mata pertama sekitar 1973. "Saya sendiri tidak tahu mengapa saya berminat pula untuk cuba membuat gambus dan

1 Mei 2007

Berkat kesungguhannya, Hussain kini boleh berbangga untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pembuat gambus tempatan ternama lain. Benarlah kata pujangga, sesuatu yang dibuat dengan penuh perasaan minat, cinta dan kesungguhan akan membuahkan hasil yang istimewa. Begitulah dengan gambus hasil kerja tangan Hussain yang terserlah kehalusan buatannya. "Saya hanya menggunakan kayu yang terbaik iaitu jati merah, seraya, laban atau jambu batu. "Kayu pokok-pokok ini keras tetapi ringan," jelas beliau dan menambah hanya beberapa batang skru digunakan untuk mencantumkan tengkuk dengan badan gambus manakala cantuman bahagian lain menggunakan gam kayu. Hussain berkata satu lagi rahsia yang beliau bongkar semasa membelek gambus ujikajinya ialah faktor kenipisan papan badan dan muka sesebuah gambus. "Semakin nipis papan, semakin mantap atau padatlah bunyi yang dihasilkan gambus itu. "Di pasaran sekarang, ada gambus yang dibuat menggunakan habuk kayu untuk menjimatkan kos dan bunyinya, janganlah terperanjat kerana seolah-olah mendap," katanya.

Biasanya beliau akan mencari dahan yang bengkok semulajadinya memudahkan ia diukir menjadi leher dan kepala gambus. "Gambus yang dibuat dengan cara ini lebih kemas, kuat dan menghasilkan bunyi yang lebih menarik, "tambahnya. Hussain turut memberikan panduan memilih gambus yang bermutu. "Ketuklah di hujung kepalanya. Untuk gambus yang bermutu,

Gambar ihsan Jabatan Penerangan Johor

Ia mengimbau seribu kenangan. Begitu mengasyikkan sehingga tanpa disedari, melentuk-lentuklah kepala pendengarnya lagak seorang pemetik gambus.

Habis gambusnya itu dileraikan dan setiap bahagian dibelek dengan penuh semangat ingin tahu.

Untuk bahagian leher dan kepala pula, kayu jambu batu adalah yang terbaik kerana ia liat dan mempunyai keanjalan semulajadi.

Namun dalam mempertahankan keaslian pembuatan gambus, Hussain akur dengan perubahan zaman dan menerima kekunci pemutar gitar akustik menggantikan pemutar kayu yang biasa digunakan pada sesebuah gambus. "Lebih pratikal dan gambus dapat ditala dengan lebih tepat," ujar Hussain. Petik gambus ikut naluri Gambus dimainkan berdasarkan agakan atau naluri untuk menekan pada kod-kod tertentu dan kerana itulah lehernya tiada fret atau sempadan kod. "Berlainan dengan gitar akustik, tali gambus berlapis dua. Tali pertamanya adalah kod C, diikuti G, D, A, E dan D.

Gambus amat sesuai untuk mengiringi lagu-lagu berbentuk nasihat, keagamaan, kemuliaan budi pekerti dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat Melayu. Hussain sendiri pernah merakamkan lagu-lagu nasihat diiringi petikan gambus pada 1998. Antaranya ialah Pekerti Mulia, Renungkanlah, Niat Puasa dan Umpama Garam. "Membuat gambus memerlukan ketenangan dan penumpuan. Segala masalah harus diketepikan dan tumpuan diberikan sepenuhnya pada gambus yang hendak kita buat," katanya.

Sembah takzim...Dato' Abdul Ghani mempersembahkan ucapan di hadapan Baginda Tuanku.

di mana RM5.5 bilion adalah modal asing. "Kita menjangka pertumbuhan ini akan terus meningkat kepada 6.7 peratus pada tahun ini yang didorong oleh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan," katanya. Mengenai pembangunan di negeri Johor, Abdul Ghani berkata secara keseluruhannya sebanyak RM11 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai projek.

Kurnia...Baginda Tuanku menyematkan pingat DK 1 pada Tan Sri Abdul Taib.

Menurutnya selain daripada agenda pembangunan fizikal, Kerajaan Negeri juga bertekad membasmi sepenuhnya kemiskinan ketara menjelang tahun hadapan.

"Hanya tinggal kira-kira 1,300 keluarga miskin ketara sekarang dan Kerajaan Negeri akan berusaha dengan lebih keras mewujudkan peluang untuk mereka menambah pendapatan," katanya.

DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar berkenan menganugerahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama (DK I) sempena Hari Keputeraan baginda pada 8 April lepas. Abdul Taib adalah individu keempat dari kalangan rakyat biasa yang dianugerahkan Darjah Kerabat Johor. Individu lain ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Baginda turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran lain dan pingat kepada 302 orang lagi. Timbalan Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Shamsudin dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato'. Beliau adalah penerima tunggal darjah itu.

Lima lagi dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang turut membawa gelaran Dato'. Mereka terdiri daripada Mohd Alies Mohd Ayob dari Petaling Jaya, Panglima 21 Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing Datuk Awie Suboh, Dr Zahir Husain Kamari dari Kulai, Anusart Suwanmongkol dari Bangkok dan Dr Harjit Singh dari Johor Bahru. Istiadat penganugerahan berlangsung di Istana Besar yang dihadiri kerabat diraja Johor, Abdul Ghani dan isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin dan isteri Abdul Taib, Puan Sri Laila Taib. Abdul Ghani dalam ucapan sembah takzimnya berkata, Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan tahun lepas iaitu pada paras 6.1 peratus. "Pelabur asing yakin dengan kekukuhan ekonomi kita dan tahun lepas, nilai pelaburan adalah sebanyak RM7.6 bilion

Kayu Laban

20 inci

8 inci

Leher

Kayu Jati 28-30 inci Tengkuk

Kepala

"Wilayah ekonomi ini pula akan memacu Johor menjadi tunggak kegiatan serantau dalam sektor perkhidmatan, pengangkutan, perubatan, kewangan, pendidikan, kegiatan daya cipta dan pelancongan," katanya. Untuk itu, katanya, Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI) di Senai akan dibangunkan sebagai hab kargo dan penumpang serantau. Abdul Ghani berkata hab ini akan digabungkan dengan rangkaian lebuh raya dan keretapi serta tiga pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan Tanjung Langsat.

Mesra...Baginda Tuanku bersalaman dengan penari cilik yang membuat persembahan pada majlis minum petang di perkarangan Istana Besar sempena Hari Keputeraan baginda.

2 inci

Badan

Ilustrasi komponen gambus mengikut ukuran sederhana besar

Teruja...Sebahagian lagi penari yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Sultanah Zanariah dan Sultanah Nora.

1 Mei 2007

Gambar ihsan Film Star

Kayu Seraya

Kayu Jati

Gambar ihsan Film Star

Badan

Katanya jumlah itu tidak termasuk RM3.8 billion untuk meningkatkan keperluan asas Wilayah Pembangunan Iskandar.

Gambar ihsan Jabatan Penerangan Johor

GETARAN petikan gambus secara solo hampir 30 saat di awal lagu ghazal malar hijau, Dia Datang, memang meruntun jiwa.

saya teruskan dengan menjadikan gambus pertama saya sebagai mangsa minat baru ini," katanya.

Hussain berkata papan badan dengan ketebalan dua hingga tiga milimeter akan menghasilkan bunyi izhar ­ istilah tajuwid untuk bunyi yang jelas dan kuat.

bunyi ketukan hujung jari akan keluar bergema di bahagian badan," katanya.

"Bermain gambus pula memerlukan penghayatan yang mendalam sehingga kita dapat menguasai bunyi setiap kod yang akhirnya membolehkan kita memetik tali berpandukan naluri," katanya.

06 SEMASA

PENDIDIKAN

19

MANGSA banjir besar di negeri ini akan menerima sepenuhnya bantuan wang ihsan menjelang Jun ini. Bantuan ini termasuklah wang ihsan tambahan RM52.2 juta untuk menampung kos membaiki rumah mereka yang rosak ditenggelami air. Sehingga April lepas, senarai penerimanya sudah 95 peratus disahkan dan mangsa diminta bersabar untuk sedikit masa lagi. Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman berkata senarai itu perlu dikemas kinikan dan diulang periksa untuk mengelakkan sebarang keraguan. Bantuan wang ihsan tambahan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Februari lepas. Ia membabitkan pemberian RM1,100 kepada mangsa yang rumahnya ditenggelami air melebihi 1.5m manakala yang kurang 1.5m akan menerima RM700. Daripada jumlah wang ihsan tambahan itu, kira-kira RM12.13 juta dianggarkan diberi kepada 11,035 keluarga kategori melebihi 1.5m sementara RM40.10

Bumiputra terpinggir dalam industri automotif

HANYA dua peratus. Itulah unjuran penglibatan Bumiputera dalam industri hiliran automotif di Johor yang dianggarkan bernilai lebih RM3 billion. Statistik ini, menurut Persatuan Pengusaha Automotif Johor (Protif), cukup memilukan tetapi tidak mengejutkan. "Kita ada pelbagai kelemahan tetapi kekurangan bantuan modal merupakan halangan utama untuk kita maju dalam perniagaan ini," kata presiden Protif Mustakim Sihap. Beliau berkata kerajaan memang menyediakan bantuan modal yang antaranya termasuklah melalui Mara, namun ia tidak mencukupi. "Mara menawarkan bantuan antara RM30,000 and RM250,000 tetapi ia masih jauh daripada mencukupi. "Untuk peralatan sahaja kita memerlukan sekurangkurangnya RM250,000," katanya dan menambah RM500,000 dianggarkan jumlah yang "selesa" untuk menceburi perniagaan itu. Sehubungan itu, Protif mencadangkan penubuhan dana khas automotif dan program anak angkat untuk membantu Bumiputera bertapak lebih kukuh lagi dalam perniagaan ini. Mustakim berkata cadangan itu akan memberi ruang kepada mereka yang berpotensi untuk maju mendapat pembiayaan secara konsisten di samping khidmat nasihat. "Cadangan ini juga haruslah disulami pula dengan sokongan serta pemantauan kerajaan secara menyeluruh. "Pemantauan ini seelokeloknya bermula dari peringkat awal seseorang itu menceburi perniagaan berkenaan sehinggalah dia stabil," katanya.

Riadah...Antara aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara warga emas.

SPM 2006: Bilangan yang layak perolehi sijil meningkat

Perbandingan Peningkatan Pencapaian SPM 2005 dan 2006

100

94.50

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lepas menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila peratusan mereka yang layak memperolehi sijil, meningkat. Daripada 42,652 pelajar yang menduduki peperiksaan itu, seramai 38,781 atau 86.94 peratus layak mendapat sijil berbanding 86.55 peratus pada 2005. Peratusan itu turut melonjakkan Gred Purata Sekolah (GPS) Johor daripada 5.77 pada tahun sebelumnya kepada 5.82. Melengkapkan prestasi cemerlang itu ialah peningkatan bilangan sekolah bantuan penuh kerajaan yang mencatatkan pencapaian 100 peratus dari 31 pada 2005 kepada 36. Seramai 390 pelajar mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi 1A dan 2A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Daripada jumlah itu, 99 memperolehi 1A dan enam daripada mereka yang telah diisytiharkan sebagai antara pelajar cemerlang SPM 2006 peringkat kebangsaan. Mereka ialah Remina Doh Li Shen (14 1A), Lee Zhi Wei (13 1A), Tan Chun How (12 1A), Siti Munirah Shabudin (10 1A), Chong Qing Joel (11 1A) dan Mohamad Fahrurrazi Abbas @ Ahmad (10 1A). Sepuluh buah sekolah juga disenaraikan sebagai sekolah cemerlang Johor. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Muar; Sekolah Tun Fatimah,

Johor Bahru; Sekolah Menengah Sains Johor; Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing; Sekolah Sains Kota Tinggi; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru; SMK Sultan Ismail, Johor Bahru; SMK Bandar Putra Kulai; SMK Dato Penggawa Barat, Pontian dan SMK Teknik Johor Bahru. Daripada segi pencapaian mata pelajaran pula, sebanyak 34 mata pelajaran mencapai tahap 100 peratus. Selain itu, beberapa mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang amat menggalakkan. Antaranya ialah Bahasa Inggeris yang mencatatkan 75.11 peratus berbanding 74.80 peratus pada 2005, Bahasa Melayu (87.15 peratus/ 87 peratus - 2005), Matematik (77.61 peratus/ 75.79 peratus - 2005) dan Geografi (71.38 peratus/ 63.92 - 2005). Turut menunjukkan peningkatan ialah mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (86.81 peratus/ 82.50 peratus - 2005), Prinsip Akaun (79.29 peratus/ 76.21 peratus - 2005), Kimia (94.50 peratus/ 91.52 peratus - 2005), Bahasa Arab Tinggi (98.55 peratus/ 96.29 peratus - 2005) dan Pengetahuan Sains Sukan (92.22 peratus/ 83.51 peratus - 2005). Selain itu, kecemerlangan para pelajar turut membolehkan lima mata pelajaran mencatatkan keputusan yang mengatasi pencapaian peringkat nasional. Mata pelajaran itu ialah Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Bahasa Arab Tinggi dan Prinsip Akaun. "Adalah tidak mustahil jika satu hari nanti, ramai Orang Asli berjaya dalam kerjaya yang menjurus kepada bidang profesional," katanya dalam ucapan penutupan program itu. Seorang daripada peserta, Asri Awang, 12, berkata aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu telah menarik minatnya untuk memahami mengenai sains dan teknologi. "Ia begitu seronok. Kami belajar secara bermain (dalam bentuk permainan), tak sama macam belajar di sekolah. "Kami juga kena sama-sama fikir dalam satu kumpulan, sesama kawan-kawan," katanya. Peserta, Siti N o r h a i r a Azman, 11, berkata, pengalaman menyertai program itu menyeronokannya untuk belajar sains di sekolah. "Sebelum ini, saya rasa sains ini susah nak faham. Tapi sekarang seronok pula," katanya.

96.29

98.55

87.00

87.15

86.81

91.52

82.50

80 75.11 74.80

77.61

75.79

Peratus

63.92

60

71.38

76.21

79.29

Prihatin...Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan wang bantuan banjir kepada Jamian Salleh.

Lukisan Kejuruteraan

40 Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Matematik

20

Sementara itu, kerja-kerja memulih infrastruktur yang rosak akibat bencana alam berkenaan telah bermula dan sebahagian hasilnya dijangka dapat dilihat menjelang akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja

Prinsip Akaun

juta lagi kepada 57,299 keluarga kategori kurang 1.5m.

Raya dan Perumahan, Datuk Baderi Dasuki berkata sebanyak RM260 juta telah diperuntukan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pemulihan itu. Katanya ia membabitkan infrastruktur seperti parit, saliran dan sungai. Bencana alam yang melanda

Geografi

0

Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sekitar RM1.5 bilion dengan Jabatan Kerja Raya melaporkan kerosakan infrastruktur bernilai lebih RM350 juta.

Matapelajaran 2005 2006

Kimia

pada Disember dan Januari lepas mengakibatkan kerosakan yang besar terhadap infrastruktur termasuklah jalan raya, jambatan dan bangunan.

Pengetahuan Sains Sukan

Bahasa Arab Tinggi

83.51

92.22

Orang Asli terhadap bidang sains dan teknologi. Pelajar yang terpilih menyertai program itu didedahkan kepada persekitaran pembelajaran tidak formal selain kepelbagaian teknik, bahan serta sumber pembelajaran dalam topik sains. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Zainal Abidin Osman, berkata program itu adalah satu daripada landasan untuk menyampaikan hasrat kerajaan terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli. Katanya, program itu membimbing masyarakat Orang Asli agar tidak canggung malah lebih berani dan peka terhadap perkembangan sains dan teknologi. "Kerajaan negeri berharap usaha dan aktiviti yang dilaksanakan melalui program ini dapat memberi impak ke arah peningkatan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli.

MERSING dan Kota Tinggi akan menjadi dua buah lagi daerah yang mempunyai pusat jagaan harian warga emas selepas Muar dan Kluang. Pembinaan kedua-dua pusat itu dijadual bermula selepas pertengahan tahun ini. Ia adalah permulaan kepada rancangan kerajaan mewujudkan pusat jagaan harian warga emas di setiap daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Robia Kosai keperluan mewujudkan pusat serupa di Johor Bahru pula akan dipertimbangkan. Katanya sambutan yang menggalakkan terhadap pusat sedemikian mendorong kerajaan merancang mewujudkannya di semua daerah. "Ia bertujuan memastikan kehidupan seharian warga emas lebih teratur serta selesa," katanya. Dr Robia menjelaskan rancangan mewujudkan pusat itu di setiap daerah bukan untuk menggalakkan anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang sudah berstatus warga

1 Mei 2007

emas ke situ. "Kita berharap orang ramai tidak salah faham dengan niat kita. Pusat ini adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukannya. "Kita berpendapat daripada dibiarkan warga emas itu berseorangan di rumah semasa anak-anak mereka bekerja, adalah lebih baik mereka berada di pusat ini yang me-

nyediakan pelbagai aktiviti sesuai dengan usia," katanya. Antara aktiviti itu ialah senaman Tai Chi dan J Robik selain yang berunsurkan keagamaan kelas mengaji al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain. Pusat jagaan harian ini beroperasi seawal jam tujuh pagi sehingga lima petang.

Mencabar minda...Peserta program didedahkan dengan aktiviti yang menguji minda

BUAT julung kalinya pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Johor didedahkan dengan kegiatan Penggalakkan Sains dan Teknologi melalui Program Sahabat Petrosains Negeri Johor 2007.

Seramai 70 pelajar masyarakat orang asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Layau, Kota Tinggi dan SK Sayong Pinang, Kulai menyertai program selama empat hari di bangunan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC),

Johor Bahru, baru-baru ini. Program anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Sains Teknologi dan ICT dengan kerjasama PETROSAINS Sdn Bhd itu, bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat

1 Mei 2007

18 NIAGA

SEMASA

07

Bermula di belakang rumah ibu bapa Mariam untuk memproses serta memulakan perniagaan kerepek, pasangan ini menempuh pelbagai dugaan termasuk kata-kata cabaran seperti "Boleh ke kamu bagi makan anak bini dengan kerepek?"

Itu 15 tahun lalu, dan sekarang, Azhar Food Supplies mempunyai tiga buah kilang dengan 43 pekerja di samping tiga buah lori dan dua van untuk mengangkut bahan mentah serta menghantar produk ke pasaran. Mereka mengeluarkan kira-kira enam tan produk kerepek yang sudah diproses dalam masa sehari dan jumlah itu meningkat sekali ganda pada musim perayaan. "Saya memulakan perniagaan dari bawah dengan menggunakan apa yang ada seperti untuk memasarkan kerepek, saya menggunakan kereta sendiri hinggakan tempat duduk belakang kereta saya keluarkan untuk letakkan kerepek. "Semua ini dari mengupas ubi, menggoreng dan membungkus sehinggalah diedar untuk jualan, suami dan saya buat sendiri," kata Mariam.

Produk tempatan...Bungkusan menarik mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Taman teknologi di Sedenak

SEDENAK yang lebih dikenali kerana keluasan ladang kepala sawit bakal menempa era baru berikutan keputusan kerajaan membangunkan sebuah taman taman teknologi di situ. Ia akan menjadi taman teknologi kedua negara selepas Kulim di Kedah. Taman teknologi ini akan merangkumi tiga komponen iaitu taman teknologi tinggi, hab makanan halal dan industri sokongan seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana. Johor Corporation (JCorp) merupakan peneraju projek ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata RM144 juta telah diperuntukkan bagi membina kemudahan inftastruktur. "Taman teknologi kedua ini adalah untuk menampung permintaan pelabur asing yang berhasrat melabur di Kulim tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kehabisan tapak," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bersama Industri antara kementeriannya dan Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini. Umpama kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, Kerajaan Negeri mengalualukan pengumuman itu. Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman berkata taman teknologi itu boleh berfungsi sebagai aktiviti ekonomi tambahan kepada Wilayah Pembangunan Iskandar. Beliau yang juga pengerusi JCorp berkata perbadanan itu sudah mengenal pasti sebidang tanah seluas 280 hektar sebagai tapak taman berkenaan. "Memandangkan tapaknya telah pun ada, maka Kerajaan Negeri berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin," katanya. Abdul Ghani juga berkata taman itu

Bakal berubah...Ladang sawit di Sedenak seperti ini akan dibangunkan sebagai Taman Teknologi Johor.

Azhar Food Supplies memang berada di bandar industri tradisi kerepek, iaitu Batu Pahat yang terkenal sebagai lubuk pelbagai jenis kerepek sama ada dari ubi, pisang, keledek dan sukun. Oleh itu, bagi memastikan Azhar Food Supplies tidak tenggelam dari industri berkenaan, pelbagai usaha dan kaedah digunakan untuk mencari kelainan. "Contohnya, untuk pembungkusan sahaja, kami mengambil masa tiga tahun mencari rekabentuk yang sesuai dan RM60,000 dibelanjakan untuk penyelidikan," jelas Mariam. Selain aspek pembungkusan yang menarik, Azhar Food Supplies amat mementingkan kualiti bahan mentah utamanya iaitu ubi sehinggakan walaupun ramai yang menawarkan bahan mentah itu, tidak semuanya diterima kerana tidak memenuhi kualiti. "Sebab itu kami berusaha sendiri menanam ubi bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik dari segi saiz dan rasanya. Kini, kami sudah pun mempunyai ladang seluas 60 hektar di Gelang Patah yang ditanam ubi dan pisang," kata Mariam. Antara kerepek keluaran Azhar Food Supplies ialah ubi masin, ubi mentega (kuning), ubi racik (jejari), ubi pedas yang berperisa sotong, tomato, jagung, kari dan berlada. Walaupun menumpukan perniagaan kepada kerepek ubi, Azhar Food Supplies turut mengeluarkan snek lain

yang berasaskan dhal, kentang, keledek ungu, pisang tanduk, keladi putih dan sukun. Sekalipun sudah mempunyai jenama sendiri, Azhar Food Supplies masih memasarkan kerepek secara pukal kepada peniaga yang ingin menjual menggunakan jenama masing-masing. Malah, kata Mariam, menjual secara pukal telah menjadi nadi perniagaannya sejak dahulu lagi kerana ia lebih mudah selain menjimatkan kos, tenaga dan masa. "Cara ini memang tidak dapat mempopularkan jenama kami dengan meluas tetapi saya rasa kaedah ini berkesan. Ia juga memastikan peniaga mendapat bekalan. "Namun ini tidaklah bermakna tiada langsung jenama Azhar Food di pasaran," katanya. Selain itu, Azhar Food Supplies bertindak sebagai pusat pengumpulan industri kecil setempat untuk kek icing dan pelbagai jenis kek lain serta produk luar negara yang dipastikan kesahihan kandungannya. "Walaupun terdapat produk yang kami pasarkan datangnya dari luar, ia telah disahkan dengan logo halal. Contohnya, asam dari China yang kami pasarkan mempunyai sijil halal," kata Mariam.

akan membuka era baru dalam bidang perindustrian di negeri ini. "Jika dahulu pelaburan di negeri ini lebih SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) Johor akan mempergiatkan lagi usaha menggalakkan rakyat negeri ini yang layak mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian. Timbalan pengarahnya Rokiah Hanum Ibrahim berkata selain daripada membuka kaunter pendaftaran di tingkat bawah pejabat SPR di Wisma Persekutuan di Johor Bahru, unit pendaftaran bergerak juga dihantar ke kawasan tumpuan orang ramai. "Lazimnya, apabila kita membuka kaunter pendaftaran di pusat membelibelah dan majlis-majlis konvokesyen Institusi Pengajian Tinggi, sambutan yang diterima amat menggalakkan. "Kita juga menumpukan kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara dengan mengadakan ceramah supaya mereka tidak lupa untuk mendaftar apabila mencapai umur 21 tahun," katanya.

bertumpu kepada sektor perkhidmatan, kini kita ada pula pelaburan dalam sektor pembuatan yang berteknologi tinggi," katanya. Rahman berkata kira-kira 583,000 rakyat negeri Johor yang layak mendaftar masih belum berbuat demikian. Angka itu meletakkan Johor sebagai negeri kedua paling ramai yang belum mendaftar dengan SPR selepas Selangor. Rokiah berkata di Johor, golongan yang berumur 21 hingga 30 tahun adalah yang paling ramai mendaftar berbanding peringkat umur yang lain. Katanya usaha mendaftar pengundi baru adalah aktiviti berterusan SPR. "Tiada yang anehnya dengan usaha ini," katanya. Kenyataan SPR terutama yang berkaitan dengan usaha mendaftar pengundi baru kerap disambut dengan spekulasi semakin hampirnya pilihan raya. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah pada 2004.

DITENGAH-TENGAH penguasaan jenama antarabangsa, sepasang pengusaha makanan ringan tempatan di Rengit, Batu Pahat mempertaruhkan nama Melayu ­ AZHAR FOOD­ sekalipun dalam usaha menembusi pasaran dunia. Menggunakan jenama Azhar Food, pasangan Azhar Rasnan dan Mariam Boon (gambar atas), sudah mula mempromosikan kerepek ubi mereka ke Singapura, Melbourne, Hong Kong dan Bangkok selain di pantai timur dan utara tanah air. Pembungkusan makanan ringan keluaran Azhar Food Supplies ini bukan sahaja tidak menampakkan sebarang kejanggalan berbanding jenama popular kentang goreng lain, malah setanding sehingga ada yang menyangkanya ia adalah produk import. Keluaran jenama berkenaan yang baru diperkenalkan di pasaran dengan pembungkusan berkualiti dan menarik, adalah usaha terbaru pasangan berusia 40 tahun ini selepas lebih 15 tahun bergiat menjadi pengeluar dan pembekal kerepek di Batu Pahat. Bermula di belakang rumah ibu bapa Mariam untuk memproses serta memulakan perniagaan kerepek, pasangan ini menempuh pelbagai dugaan termasuk kata-kata cabaran seperti "Boleh ke kamu bagi makan anak bini dengan kerepek?"

1 Mei 2007

Beliau yang juga pengarah urusan syarikat bertanggungjawab menyelia operasi keseluruhan terutama pemasaran sementara suaminya lebih kepada memastikan segala kerja mengeluarkan produk dilaksanakan dengan cekap serta memenuhi kualiti. "Pada mulanya kami gunakan wang sendiri sebagai modal, kami berniaga setapak demi setapak. Kecil-kecil dulu...bila nampak kukuh sedikit dan berkembang, barulah kami mendapatkan pinjaman RM20,000 melalui Jabatan Pertanian," kata Mariam lagi.

Pengundi baru..Unit pendaftaran bergerak SPR membantu memudahkan orang ramai mendaftar.

Pengerusi SPR Tan Sri Ab. Rashid AB.

Sungai Skudai,Tebrau dan Segget "hidup" semula tahun depan

SUNGAI-sungai Skudai, Tebrau dan Segget yang telah diklasifikasikan sebagai antara sungai paling tercemar di negara ini akan hidup semula menjelang tahun depan. Malahan, jika tiada sebarang kekangan, mereka yang lama dahulu pernah memancing di sungai-sungai ini yang terletak dalam Bandaraya Johor Bahru boleh memasang hasrat untuk kembali berbuat demikian. Sasarannya mungkin agak tinggi namun Kerajaan Negeri bertekad membekalkan oksigen ke dalam sungai-sungai ini untuk membolehkannya bernafas semula. Langkah pertama ke arah ini ialah membebaskan sungai-sungai berkenaan daripada sisa-sisa pepejal. Peringkat seterusnya membabitkan pembinaan sistem pembentungan yang terurus manakala yang terakhir ialah merawat air menggunakan kaedah mikro organisma efektif. Keseluruhan usaha ini dianggar menelan kos RM1 bilion, kata Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman. Menurutnya kos program pembersihan dan pemuliharaan ketiga-tiga sungai itu dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan peruntukan Wilayah Pembangunan Iskandar. Katanya RM150 diperlukan untuk membersihkan ketiga-tiga sungai itu dan untuk membebaskannya dari sisa pepejal pula, lebih daripada RM100 juta akan dibelanjakan. "Kosnya memang tinggi kerana Sungai Skudai sahaja, saya difahamkan, mengumpul sehingga 41,000 tan sisa pepejal setahun," katanya. Beliau berkata syarikat yang bakal dilantik untuk melaksanakan program itu diberi tempoh kira-kira setahun untuk menyempurnakannya. "Kita mahu menjelang akhir 2008, ketiga-tiga sungai ini hidup semula dengan air yang jernih dan bersih," katanya.

Proses...Azhar Food mampu mengeluarkan kira-kira enam tan kerepek sehari.

1 Mei 2007

08 SEMASA

AGAMA

17

MSC Johor pikat 100 syarikat

"Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap MSC Johor kerana mengetahui ia terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar," Ganesh Kumar.

KORIDOR raya multimedia (MSC) Johor di Kulai dijangka mampu menarik minat lebih 100 buah syarikat pada tahun pertama operasinya dengan nilai pelaburan kira-kira RM300 juta. Lebih memberangsangkan lagi ialah apabila 60 peratus daripada bilangan itu merupakan syarikat dari luar negara. Ketua pegawai ekskutif MSC Cyberport Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan koridor berkenaan, Ganesh Kumar Bangah berkata kebanyakan syarikat asing itu adalah dari Singapura. "Ia sama ada yang ditubuhkan dan dimiliki pelabur Singapura atau syarikat asing yang beribu pejabat di republik itu," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Cyberport Holdings Sdn Bhd (CHSB) dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) baru-baru ini. Perjanjian berkenaan adalah untuk membolehkan keduadua pihak memulakan projek MSC Johor itu. KPRJ adalah syarikat milik penuh Kerajaan Johor dan menguasai 30 peratus kepentingan dalam MSC Cyberport manakala CHSB memegang saham yang selebihnya. Syarikat kerajaan negeri ini diwakili ketua eksekutifnya Johar Salim sementara CHSB diwakili pengerusinya Salikon Sarpin. Pada majlis itu, satu memorandum persefahaman antara MSC Cyberport dan Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) turut dimeterai yang membuka peluang kepada syarikat berstatus MSC yang beroperasi dalam MSC Johor memperolehi pembiayaan sehingga RM120 juta.

Persefahaman...Dato' Abdul Ghani pada majlis menandatangani memorandum persefahaman membangunkan Koridor Multimedia Johor. Dari kiri ialah Ganesh Kumar, Salikon, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Abdul Latiff Yusof, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Zahri Jamil dan Mohd Zubir .

Perpaduan dan persaudaraan dalam bermasyarakat

Cyberport sementara MDV diwakili ketua pegawai ekskutifnya Mohd Zubir Ansori. Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan memorandum itu. Ganesh Kumar berkata MSC Cyberport juga sedang berunding dengan beberapa buah syarikat IT di Bangalore, India untuk mempelawa mereka ke Kulai. "Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap MSC Johor kerana mengetahui ia terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. "Mereka melihat potensi yang amat luas dan kami yakin syarikat IT India pasti tidak mahu melepaskan peluang pelaburan seperti ini," katanya. Kawasan seluas 60 hektar di Indahpura telah disediakan untuk dijadikan koridor raya multimedia Johor itu dan menurut Ganesh Kumar, MSC Cyberport akan membelanjakan RM700 juta bagi membangunkannya. Katanya kerja-kerja pembinaan infrastruktur akan bermula pertengahan tahun ini dan dijadual siap sepenuhnya pada 2009. DALAM hidup bermasyarakat, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak kira apa sahaja yang kita lakukan, ia pasti membabitkan pihak lain. Maka dalam proses berkomunikasi inilah kita akan berhadapan dengan perselisihan faham yang sebenarnya sesuatu yang biasa. Islam mengajar kita tentang penyelesaiannya. Justeru, atas dasar agama dan kerana Allah, kita menghadapinya dengan baik sebagai menyambut nikmat perpaduan dan keharmonian sesama kita. Allah swt berfirman dalam surah al-Hujurat ayat ke-10 yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang berIman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Membina Kekuatan Kekuatan paling ampuh dalam masyarakat ke arah merealisasikan matlamatnya ialah melalui perpaduan yang kukuh. Masyarakat yang berjaya membina kecemerlangan tamadun adalah mereka yang bersatu padu dalam melaksanakan agenda negaranya. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang menyokong serta menunjangi kejayaan membentuk tamadun seperti penguasaan ilmu pengetahuan dan kekuatan modal insan, perpaduan adalah penting sebagai pemangkin yang memelihara fungsi kedua-dua faktor berkenaan. Penguasaan ilmu menjadi kuat dan semakin tumbuh dengan gemilang dengan adanya mentaliti kesepaduan untuk berkongsi dan menyumbang dalam setiap bidang. Itulah yang dikatakan kekuatan apabila setiap elemen dalam masyarakat menyokong bagi membentuk objektif kejayaan yang satu. Modal insan yang berkualiti menjadi lebih terbilang dengan kesepaduan yang dimanfaatkan berlandaskan Islam. Jadikanlah sejarah kejatuhan tamadun terdahulu iaitu tanpa perpaduan sesebuah kejayaan yang realistik boleh berubah menjadi sekadar nukilan dalam dokumentasi bersejarah sahaja, sebagai satu iktibar. Lihatlah bagaimana perpecahan dan konflik tanpa lorongan agama melemahkan tamadun yang kuat dengan pelbagai kerosakan. Akibatnya tamadun ini mengalami kejatuhan yang amat drastik lagi menyedihkan. Allah swt juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat ke-103 yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa Jahiliah dahulu. Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam. Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..." Dengan perkongsian hidup secara harmoni, kita menghayati betapa agama Islam diturunkan sebagai nikmat dan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Nikmat itu adalah kekuatan sesebuah masyarakat yang menghasilkan kedamaian, keharmonian dan kejayaan bersama. Persatuan Dan Kesatuan Kita bersyukur kerana masyarakat Malaysia sangat terbuka. Jika dilihat, masyarakat kita sejak dahulu hingga kini sudah pun hidup dalam pelbagai bentuk persatuan. Setiap persatuan mempunyai agenda, matlamat dan gerak kerja tersendiri bagi menyumbang kepada masyarakat. Persatuan sosial dan keagamaan di Johor banyak menghasilkan kejayaan untuk dinikmati semua. Namun perlu diingat bahawa persatuan ini haruslah menjadi landasan untuk berfungsi sepenuhnya dengan mementingkan kesatuan. Allah swt berfirman dalam surah al-Hujurat ayat ke-11 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum wanita mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sebahagian daripada kamu menyatakan keaiban yang sebahagian yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik. Maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang setelah dia beriman. Dan ingatlah! Sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim." Berdasarkan ayat berkenaan, terdapat tiga perkara yang perlu dititik berat dalam kehidupan seharian: Pertama: Mengelakkan diri daripada merendah, meremeh dan memperolok-olokkan sesama masyarakat atau kelompokkelompok lain. Ini kerana kita perlu mengakui setiap pihak pasti memiliki kelebihan serta kelemahan tersendiri. Kedua: Mencela dan membuka aib sesuatu pihak harus dijauhkan daripada budaya masyarakat kita. Ketiga: Memulia dan menggelar orang lain dengan status yang baik adalah digalakkan kerana ia adalah asas pergaulan baik yang sudah diatur Islam bagi memelihara hubungan persaudaraan dan perpaduan. Kesimpulan Umat Islam adalah bersaudara serta mementingkan aspek kesamaan taraf kerana kita diciptakan dengan asal yang sama "InsyaAllah, saya akan terus memberi sumbangan kepada masyarakat hingga ke akhir hayat," katanya selepas diumumkan sebagai penerima anugerah itu sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini. Bahkan, Syed Zain berkata, anugerah itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus menabur bakti ke arah mengukuhkan syiar Islam. Dua saudara baru juga menerima anugerah sedan memiliki matlamat hidup yang selaras dengan tujuan kita diciptakan di muka bumi ini. Justeru, dengan matlamat hidup yang satu, Allah swt menciptakan umat manusia itu supaya saling bersatu padu dan bekerjasama demi kepentingan sejagat. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang Mukmin bagi orang Mukmin yang lain adalah umpama satu binaan kuat menguat di antara satu sama lain." Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Bandingan orangorang Mukmin dalam berkasih sayang mereka dan bertolong-tolongan mereka seperti bandingan satu tubuh. Apabila sakit satu anggota daripadanya, tertariklah sekalian anggota hingga tidak dapat tidur dan demam." Semoga nilai-nilai persaudaraan, perpaduan dan kasih sayang kerana Allah ini dijadikan sebagai budaya paling dominan dalam masyarakat kita. Segalanya adalah demi memperolehi rahmat serta nikmat berterusan, agar ia membentuk suatu kekuatan ke arah tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ganesh Kumar mewakili MSC

JOHOR bakal menyaksikan kebanjiran pelabur Eropah yang tertarik dengan kos operasi yang rendah di negeri ini.

Pelabur Eropah tumpu ke Johor

multinasional, terutamanya dari Jepun, sedang memindahkan operasi mereka dari Malaysia ke China atau Vietnam tetapi saya merasakan pelabur Eropah mempunyai pandangan yang berbeza. "Mereka mendapati Johor mempunyai pakej yang menarik serta masih menawarkan kos operasi yang sangat kompetatif," katanya selepas mesyuarat agung tahunan VSI baru-baru ini. VSI adalah antara pengeluar utama acuan dan barangan asal pengeluar (OEM) yang digunakan secara meluas dalam industri audio, komputer, telekomunikasi dan motor. Beh berkata jangkaan beliau mengenai kebanjiran pelabur Eropah itu berasaskan kepada suasana industri pembuatan semasa dan mendatang di China. kerjasama dengan pelabur Eropah berdasarkan kepada pengalamannya yang luas dalam bidang berkenaan. "Kos operasi di negara itu, yang telah meningkat sejak akhir-akhir ini, dijangka akan menyamai Malaysia dalam masa satu atau dua tahun lagi. "Saya percaya pelabur yang bijak akan melihat jauh kehadapan dan pastinya mereka tidak dapat menafikan tarikan dan potensi Johor," katanya. Pengarah urusan VSI, Gan Sem Yam pula yakin syarikat itu berupaya menjalin "Kami yakin untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pelanggan dari Eropah setiap tahun. "Skop barangan yang dihasilkan dan perkhidmatan VSI amat luas sementara rangkaian hubungan kami bukan sahaja terhad di Malaysia malahan menjangkau ke China, Indonesia serta Vietnam. "Kami yakin perkhidmatan kami memenuhi keperluan mereka," katanya.

Rencana ini adalah kupasan Khutbah Jumaat Negeri Johor Darul Ta'zim yang disampaikan pada 12 Januari 2007, bersamaan 22 Zulhijjah 1427.

Menurut seorang pekilang tempatan, Zon Dagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Senai adalah dua lokasi yang dijangka menjadi tumpuan para pelabur Eropah itu. Beh Kim Ling, pengerusi ekskutif VS Industry Berhad (VSI) berkata, beliau melihat wujudnya "minat yang mendalam" di kalangan pelabur Eropah untuk meneroka peluang di Johor. "Memang benar banyak syarikat

Tokoh Maal Hijrah Johor menyumbang tanpa minta balasan

SYED ZAIN Syed Hussin Al-Habsyi, Tokoh Maal Hijrah Johor 1428H, tidak pernah meminta balasan atas setiap sumbangannya dalam memantapkan lagi syiar Islam. "Saya buat semua semata-mata kerana kecintaan saya pada Islam.

bagai menghargai sumbangan mereka. Muhammad Firdaus Tay Abdullah dan Muhammad Aslam Yelangovan Abdullah menerima Anugerah Khas Saudara Baru dan masing-masning menerima wang RM1,500. Selain mereka, jawatankuasa beberapa buah masjid dan surau di sekitar negeri Johor turut menerima Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang Negeri.

1 Mei 2007

Dihargai...Syed Zain (duduk di tengah) meraikan kegembiraan bersama ahli keluarga.

1 Mei 2007

16 MINDA PEMBACA

SEMASA

09

Takziah kepada keluarga Ahmad Faizal

di Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) pada 1 September 1984, Mohamed ketika di Berita Harian dan Faizal dengan cara lebih dekat lagi di Pejabat Menteri Besar Johor ­ mereka adalah individu yang sanggup memikul apa jua bebanan dalam tugas di tempat kerja. Sesungguhnya, sudah banyak andaian dan analisa bahawa tekanan dalam menyempurnakan tugas yang semakin mendesak serta rencam itu, adalah satu daripada punca yang memudahkan manusia masa kini dihinggapi penyakit-penyakit seumpamanya. Lebih-lebih lagi Allahyarham Faizal, yang menempuh perjalanan hidup penuh berliku sama ada ketika di Berita Harian, di Negeri Johor dan selepas meninggalkan perkhidmatan di unit ini, yang sebelumnya dikenali dengan nama Pejabat Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor. Allahyarham memilih untuk meletakkan jawatan pada awal tahun 2005 selepas berkhidmat lebih lima tahun, iaitu sebaik beliau ditawarkan untuk menerajui unit ini dalam satu proses penyusunan semula. Saya sendiri berusaha memujuk Allahyarham agar kekal dalam perkhidmatan itu untuk sama-sama menyusun semula operasi unit ini agar berfungsi sebagai Unit Media dan Komunikasi (Medkom) seperti hari ini. Bagaimanapun tekadnya untuk berdikari dan kesediaannya menghadapi cabaran dalam pasaran bidang perhubungan awam tidak dapat mengubah pendiriannya. Keberaniannya dikagumi, namun kegetiran yang dihadapi oleh Allahyarham semacam dapat dirasai oleh rakanrakan seangkatan dengannya, sekalipun beliau menyembunyikan penderitaan penyakitnya. Senyuman dan wataknya yang bersahaja membuatkan tidak mudah untuk kita meneka bahawa Allahyarham sebenarnya berada dalam keadaan tertekan. Prinsipnya mudah, beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan memohon simpati sesiapa. Barangkali baginya, siapalah Ahmad Faizal untuk mengharap balasan budi atau menagih sesuatu. Namun, bagi mereka yang mengenalinya, yang menghargai kewujudan dan sumbangannya, Allahyarham Ahmad Faizal tetap meninggalkan kesan dan makna. Oleh itu, kami warga Medkom dan Pejabat Menteri Besar Johor merakamkan takziah kepada keluarganya dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin. Saodi Mat Atar, Medkom, Johor Bahru.

Zon akses bebas tidak dilaksanakan

mungkin boleh menerima hakikat yang mereka tidak lagi dibenarkan mengunjungi pantai di Stulang Laut atau sebahagian Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook jika cadangan itu dilaksanakan. Katanya pelan komprehensif itu menyatakan akan diwujudkan pemisah seperti tembok atau terusan untuk mengasingkan zon. CADANGAN mewujudkan Zon Akses Bebas dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) yang membolehkan warga asing keluar dan masuk tanpa pasport tidak akan dilaksanakan. Keputusan itu dibuat kerana kerajaan tidak melihat adanya keperluan untuk mewujudkan zon berkenaan. Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman berkata cadangan mewjudkan zon itu memang ada dalam Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar. "Namun kita mendapati zon itu sebenarnya tidak diperlukan. "Apabila kita melihat tiada keperluan, maka tidak perlulah cadangan itu dilaksanakan," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan dan Perancangan Iskandar anjuran Institut Juru Ukur Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri di Johor Bahru. Abdul Ghani yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan. "Tiada (tekanan). Juga bukan kerana adanya bantahan tetapi kita tidak melihat sebarang alasan yang kukuh untuk mewujudkan zon itu. "Kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk tidak melaksanakan cadangan itu," katanya. Abdul Ghani berkata ketiadaan zon seumpama itu juga tidak akan menjejaskan usaha mempromosi Iskandar sebagai wilayah ekonomi terbaru rantau ini. Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar memuatkan cadangan mewujudkan dua Zon Akses Bebas ­ di Nusajaya dan Johor Bahru berhampiran Stulang Laut dengan objektif mempromosi wilayah itu sebagai zon antarabangsa. Ia digambarkan sebagai sebuah bandaraya 24-jam dan tanpa batasan untuk tempoh tinggal. Keputusan kerajaan tidak melaksanakan cadangan itu disokong rakyat yang sejak dari awal lagi memang mempersoalkan perlunya diadakan zon berkenaan. Pelabur hartanah Micheal Tay berkata beliau tidak melihat bagaimana zon itu boleh membawa faedah kepada rakyat. "Memang betul kita mahu menarik pelabur asing tetapi tidak perlulah sampai kita menyediakan bukan satu malahan dua zon sedemikian untuk mereka. "Tidakkah ini serupa menyerahkan terus tanah itu kepada mereka," katanya. Pengusaha perkhidmatan pengangkutan Fahim Ahmad pula berkata rakyat tidak "Di sebalik pemisah ini akan wujud sebuah bandaraya yang serba canggih bersama aktiviti hiburan seperti yang lazim dikaitkan dengan corak kehidupan masyarakat asing. "Bayangkanlah apa jawapan yang harus diberikan kepada anak-anak kita bila mereka bertanya mengapa di sebalik tembok ini ada dunia lain yang corak kehidupannya sungguh berbeza tetapi masih lagi dalam negara kita," katanya. Penasihat Persatuan Automotif Melayu Johor A. Abu Talib berpendapat negara tidak harus terlalu mengambil hati orang asing sehingga mengenepikan pandangan serta mengguris perasaan rakyat. "Kita amat menantikan limpahan projek Iskandar ini dan kita mahu sama-sama terbabit. "Namun tidaklah perlu sehingga kita seolah-olah menyerahkan tanah kita kepada mereka," katanya. Beliau berkata jika semata-mata untuk menarik rakyat Singapura untuk tinggal dan melabur dalam Iskandar seperti yang disebut dalam pelan komprehensif itu, tidaklah perlu sampai diwujudkan zon berkenaan. "Sekarang pun sudah ramai rakyat Singapura memiliki rumah dan menetap di Johor," katanya.

Johor tarik pelaburan RM2.5b

JOHOR menerima pelaburan bernilai RM2.5 bilion sepanjang tiga bulan pertama tahun ini. Angka yang memberangsangkan itu adalah nilai 42 projek yang diluluskan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz. Menurutnya angka itu cukup menggalakkan jika diambil kira nilai keseluruhan pelaburan yang dicatatkan negara sepanjang tempoh yang sama. "Secara keseluruhan, kita meluluskan 201 projek yang bernilai RM6.4 bilion. "Daripada jumlah itu, RM2.8 bilion dilaburkan di negeri-negeri wilayah selatan dan Johor mendahuluinya," katanya pada majlis dialog dan seminar mengenai peluang pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Persada Johor, Johor Bahru baru-baru ini. Untuk rekod, sehingga Disember tahun lepas, sebanyak 3,028 projek yang bernilai RM41.3 bilion telah dilaksanakan di Johor Rafidah berkata kekukuhan ekonomi dan kestabilan negara menjadi daya tarikan utama pelabur asing menanam modal di Malaysia. Katanya RM4 bilion daripada jumlah keseluruhan pelaburan setakat ini datangnya dari luar.

Dalam kenangan...Allahyarham Ahmad Faizal (kiri sekali) semasa lawatan kerja di Timur Tengah bersama rombongan Kerajaan Negeri.

PEMERGIAN tiga bekas rakan setugas dalam tempoh tiga minggu pada pertengahan Mac lalu, yang juga hampir sebaya dalam usia begitu muda, amatlah mengharukan. Bermula dengan kembalinya ke Rahmatullah, Ahmad Faizal Fadzil, yang pernah sama-sama bertugas di akhbar Berita Harian dan di Pejabat Menteri Besar Johor, pada 12 Mac; lebih seminggu kemudian diikuti oleh kematian bekas editor Ekonomi Berita Harian, Mohamed Said dan tidak lama selepas itu, Aliza Aziz, seorang penerbit di TV3. Kesemuanya dijemput lebih awal oleh

yang maha Esa dalam usia di antara 39 hingga 45 tahun. Satu lingkungan usia yang masih muda dalam keadaan sekarang, di mana jangka hayat manusia semakin lanjut dengan kesedaran kesihatan dan pelbagai sumber pemakanan tambahan. Namun ketiga-tiganya menyahut panggilan Illahi disebabkan penyakit yang semakin `biasa' dengan manusia moden iaitu kencing manis, serangan jantung dan barah atau lebih lancar disebut sebagai kanser. Mengenali ketiga-tiganya, Aliza yang sama-sama mentah ketika melapor diri

Kesesakan Jalan Wong Ah Fook tagih penyelesaian

TAHNIAH saya ucapkan kepada kerajaan negeri atas pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diharapkan akan mengubah sosioekonomi rakyat negeri ini, dalam tempoh 25 tahun akan datang. Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki terutama sekali prasarana yang membabitkan rakyat bagi memastikan keselesaan kehidupan di negeri ini setanding dengan pembangunan fizikal yang direncanakan itu. Antara yang perlu diberi perhatian ialah aliran lalu lintas di tengah bandar raya ini, terutama sekali di Jalan Wong Ah Fook yang menjadi "spot" utama pelancong dan warga tempatan untuk membeli belah. Pada hemat saya, Johor Bahru mungkin satu-satunya bandaraya dalam negara ini yang membenarkan kenderaan berat, bukan bas, tetapi kontena dan lori tangki melalui pusat bandaraya. Perihal yang pelik itu mengundang pelbagai masalah. Lalu-lintas menjadi haru-biru apabila kenderaan berat dan panjang yang melebihi 40 kaki ini cuba membelok. Tambah bercelaru lagi apa-

bila ada pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan berat dan besar ini. Selain itu, kenderaan berat dan besar ini juga telah menyebabkan banyak kerosakan. Saya percaya ramai sudah tidak ingat berapa kali Jalan Wong Ah Fook dan jalan-jalan di persekitaran pusat bandaraya ini telah diturap. Puncanya? Lubang yang pada mulanya sekecil cawan selang beberapa hari menjadi sebesar dulang akibat "dilanyak" kenderaan besar dan berat ini. Apakah tiada tempat lain untuk kita belanjakan wang selain asyik menampal jalan di bandaraya ini. Setiap tahun, saya percaya mungkin ratusan ribu malahan mungkin juga jutaan ringgit dibelanjakan semata-mata untuk kerja-kerja menampal lubang ini. Apa sudah jadi dengan kita. Saban hari kita melaung-laungkan betapa indahnya negara dan negeri kita sementara angkasawan kita hanya menanti hari untuk berlepas. Kita antara negara paling cepat kadar pembangunannya tetapi, saban hari juga

kita melihat kontraktor menampal jalan raya. Maka, saya mencadangkan supaya kenderaan berat dan besar yang keluar dari Tambak Johor terus melalui Jalan Ibrahim hingga sampai ke persimpangan lampu isyarat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum membelok ke kanan untuk memasuki Jalan Lingkaran Dalam. Dari sini, kenderaan ini boleh meneruskan perjalanan ke Lebuhraya Utara Selatan dengan melalui Jalan Tun Razak. Melalui cara itu, saya merasakan masalah kerosakan jalan yang tidak kesudahannya serta kesesakan di Jalan Wong Ah Fook dan jalan-jalan di sekitarnya dapat dikurangkan. Atau, penyelesaian mutlaknya ialah pembinaan jambatan yang boleh menyambung kenderaan, baik ringan mahupun yang besar dan berat dari Singapura, terus ke Jalan Lingkaran Dalam dan kemudian Jalan Tun Razak. Affendi J Ahmad Tampoi

"Minda pembaca" ialah ruangan

khusus bagi orang ramai memberi pandangan atau komen tentang isu semasa, sama ada di kawasan sendiri atau Negeri Johor. Editor berhak melakukan suntingan terhadap isi surat.Editor juga berhak memilih surat untuk disiarkan. Hanya surat yang disertakan dengan nama sebenar penulis sahaja akan dilayan. Sertakan no. kad pengenalan, no. telefon dan alamat penuh. E-melkan surat anda ke [email protected]

PELABUR yang ingin meneroka peluang perniagaan dalam Iskandar tetapi meragui tahap keselamatannya kini boleh meneruskan hasrat mereka dengan hati yag lebih tenang. Dengan tambahan 2,000 anggota polis, 500 unit polis bergerak dan 17 buah balai polis baru, sebarang keraguan terhadap usaha kerajaan meningkatkan tahap

keselamatan dalam wilayah itu harus terhakis. Untuk mengadakan kesemuanya ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM330 juta bagi memperkuatkan kehadiran polis dalam Iskandar. Peruntukan sebesar itu juga akan menyaksikan penubuhan sebuah unit udara polis khas

untuk wilayah ini sementara bilangan bot polis marin ditambah. Ini adalah komitmen kerajaan dalam memastikan Iskandar mempunyai tahap keselamatan yang tinggi sejajar dengan usaha meletakkan namanya di persada antarabangsa sebagai wilayah pembangunan ekonomi terkini.

1 Mei 2007

1 Mei 2007

gambar hiasan

10 SEMASA

JPMM

15

Tahir taat arahan menjaga kawasan

SEBAGAI wakil rakyat, Tahir Taat memikul tanggungjawab membantu penduduk berpindah ketika dilanda banjir. Dalam sibuk memperhambakan diri kepada rakyat, beliau sendiri turut menjadi mangsanya. Sebagai satu-satunya wakil rakyat yang menghuni pusat pemindahan, sambil memberi beliau juga menjadi penerima bantuan.

Apakah misi dan visi YB untuk memajukan kawasan Bukit Serampang kerana jika dilihat ia lebih kepada kawasan Felda dan Felcra. Saya dahpun tetapkan tiga misi dan visi yang saya yakin dapat membantu mencapai apa yang saya rancangkan. Pertama, saya ingin membantu meningkatkan lagi ekonomi serta pendapatan penduduk di kawasan saya yang terletak di luar bandar. Kebanyakan mereka adalah petani. Misalnya, dengan berikan mereka hak milik tanah, diharapkan dapat mendorong mereka memajukan lagi tanaman. Keduanya, saya ingin membantu anak-anak di kawasan saya dalam bidang pendidikan. Dengan itu, mereka dapat menimba bukan sahaja ilmu iaitu akademik, tetapi juga dari segi sahsiah dan moral. Akhir sekali, saya akan cuba mengajak belia-belia di kawasan luar bandar ini, aktif dalam sukan supaya mereka tidak terlibat dengan gejala sosial seperti dadah dan jenayah. Apakah sumber utama yang terdapat di kawasan YB dan dijangka mempunyai potensi untuk dimajukan lagi? Kawasan saya lebih kepada sektor pertanian, masyarakat di sini rata-ratanya petani. Hasil utamanya kelapa sawit, getah dan juga dusun buah-buahan. Saya yakin produk pertanian ini boleh mendatangkan hasil lumayan. Tambahan pula, baru-baru ini Felcra mempunyai cadangan untuk menjadikan kelapa sawit sebagai bahan mentah diesel. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di sana? Soal hak milik tanah. Mereka inginkan hak mereka diberikan secepat mungkin selain masalah infrastruktur awam yang telah uzur seperti balai raya, surau serta jalan-jalan pertanian yang digunakan untuk membawa hasil keluar daripada kawasan tanaman ataupun kebun. Bagaimana YB berhadapan serta menyelesaikan masalahmasalah tersebut? Kebiasaannya, saya akan merujuknya kepada jabatan yang berkenaan. Saya juga bawa masalah tadi ke Mesyuarat Pembangunan ataupun tindakan pada peringkat daerah. Seterusnya disuarakan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Sebahagian daripada masalah yang saya suarakan di Dewan, telah mendapat perhatian pihak yang berkenaan. Pada bulan Disember yang lepas, Johor telah dilanda banjir yang luar biasa dan kawasan YB turut terlibat, boleh YB ceritakan mengenai pengalaman tersebut? Seluas 80 peratus DUN Bukit Serampang terlibat dengan banjir. Sebanyak 30 pusat pemindahan telah dibuka pada kejadian banjir pertama. Ia menampung 10,000 orang mangsa yang melibatkan 5,000 keluarga. Namun begitu, banjir yang kedua hanya melibatkan 4,000 orang mangsa dan 2,400 keluarga. Kawasan paling teruk terjejas ialah kawasan yang hampir dengan sungai seperti Kundang Hulu, Lenga, Bukit Kepong dan Gersik. Saya turut membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan pada waktu malam. Saya sentiasa berada di kawasan dan membantu menghantar bekalan makanan ke pusat pemindahan yang sudah terputus hubungan jalan. Saya difahamkan YB turut menjadi mangsa banjir, boleh YB kongsi pengalaman pada ketika itu? Ya, saya turut menjadi mangsa banjir pada ketika itu dan turut tinggal di pusat pemindahan di Kompleks Penghulu, Gersik bermula 18 Disember hingga 15 Januari lepas. Air di rumah saya berada pada paras pinggang. Saya turut menanggung kerugian apabila perabot dan harta benda saya rosak. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang turut menghulurkan bantuan seperti wang ehsan kepada saya dan keluarga. Apakah kerosakan utama yang dihadapi oleh kawasan YB akibat banjir dan bagaimana keadaannya kini? Kerosakan rumah dan harta benda tidak dapat dinafikan lagi, namun begitu, bantuan telahpun dihulurkan bagi meringankan beban mangsa. Selain itu, banyak tanaman mati terutamanya pokok durian, serta kebun-kebun sayur, kelapa sawit dan getah. Keadaan selepas banjir semakin pulih dan penanaman semula tanaman yang musnah juga sedang dijalankan. Boleh YB jelaskan berapa anggaran kerugian secara keseluruhan untuk membaikpulih semula keadaan kawasan seperti asal? Lebih kurang RM2 juta diperlukan bagi baikpulih rumah, harta benda dan bangunan awam. Sektor pertanian pula perlu RM5 juta untuk tanam semula.

profil adun

Tarikh Lahir : 19 Mei 1947, Muar Umur : 60 Isteri : Hajjah Khalipah Binti Maamor Anak : Anita Haniza Hairi Iskandar Suzi Harlina Hairul Izwan Nur Aminah Alamat Rumah: No. 24, Kampung Sungai Senduk 84700, Gersik, Muar Alamat Pejabat: Pusat Khidmat, ADUN Bukit Serampang, Lenga, Muar No Telefon: 06-9728705 (Pej) Faks: 06-9728705 HP: 013-7284887 PENDIDIKAN: Sekolah Melayu Gersik Sekolah Menengah Baru (Sekolah Menengah Dato' Amar DiRaja Muar) Sekolah Menengah Aminuddin Baki (SAB) Kuala Lumpur Pusat Latihan Perguruan Seremban Sijil Tinggi Pelajaran (STP) (Persendirian) PENGLIBATAN DALAM DUNIA POLITIK: 1969 ­ Ketua Pemuda UMNO Cawangan Gersik 1973-1987 ­ Ahli Jawatankuasa Pemuda Muar Pagoh 1987-1992 ­ Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh 1992-1995 ­ Bendahari UMNO Bahagian Pagoh 1995-1999 ­ Setiausaha UMNO Bahagian Pagoh 2000- 2007­ Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh ANUGERAH PINGAT: 1995 ­ Pingat Ibrahim Sultan (PIS) 1995 ­ Pingat Pangkuan Negara (PPN) 1998 ­ Ahli Mangku Negara (AMN) 2003 ­ Kesatria Mangku Negara (KMN)

Unik...Jambatan sepanjang 1.7 kilometer yang disokong oleh kabel bakal menjadi mercu tanda negeri ini.

SETAHUN dari sekarang, ratusan ribu pengguna Lebuhraya Pasir Gudang (LPG) tidak lagi mengeluh dan merempan, akibat terperangkap dalam kesesakan apabila laluan empat lorong Lebuhraya Senai-Desaru siap, Jun tahun depan. Tidak akan ada lagi kesesakan beberapa kilometer panjang, sekalipun hanya berlaku kerosakan sebuah kenderaan di bahu jalan, atau hujan yang melembapkan perjalanan, serta sekadar ada kerja pemotongan rumput di tepi laluan penting dua lorong LPG. Itulah fenomena yang ditempuhi oleh lebih 100,000 kenderaan yang menggunakan LPG saban hari yang meningkat berbanding 41,000 pada tahun 1995 dan 92,000 dua tahun lalu, berikutan kepesatan industri dan kawasan perumahan di Pasir Gudang dan sekitarnya. Pengalaman yang melenguhkan badan dan menambah serabut fikiran itu akan menjadi kenangan apabila pengguna memilih

lebuhraya yang baru sepanjang 77 kilometer yang bermula dari Senai dan melewati Pasir Gudang sebelum berakhir di Bandar Penawar, Desaru. Pembinaan lebuhraya itu yang mempunyai lima susur keluar yang sedang rancak dilaksanakan sekarang akan menjadi nadi utama dan pemangkin pertumbuhan serta pembangunan di sebelah Timur Johor. Rekabentuk Lebuhraya Senai-Desaru itu turut diserikan dengan sebuah jambatan yang merentasi Sungai Johor untuk menghubungkan tebing di sebelah Kampung Sungai Latoh, dan Teluk Sengat dengan melewati Pulau Juling. Jambatan sepanjang 1.7 kilometer dengan kos RM400 juta itu akan berdiri teguh dengan keunikan rekabentuknya yang diperteguhkan oleh dua pilon setinggi 150 meter serta disangga oleh kabel-kabel , sekali gus menjadi satu lagi mercu tanda di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, ketika menyempurnakan secara simbolik penyambungan pembinaan jambatan itu, berkata ia berbeza berbanding jambatan Pulau Pinang yang disokong oleh kabel di kiri dan kanan jambatan. "Dengan jarak 500 meter antara dua pilon, menjadikan jambatan itu sebagai jambatan yang paling lebar antara dua pilon di Malaysia," katanya. Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina dengan belanja RM1.1 bilion itu tidak termasuk kos pengambilalihan tanah bernilai RM600 juta yang dibiayai Kerajaan Persekutuan. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 2005 oleh Ranhill Engineering & Construction Sdn. Bhd. Seperti pengguna LPG, pengguna yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan dua jam dan laluan agak sempit di Tiram dan Kota Tinggi sebelum ke kawasan peranginan di Desaru, akan menikmati perjalanan ringkas 40 minit dari Senai ke Bandar Penawar. Abdul Ghani berkata, projek Leburaya Senai-Desaru itu telah lama dirancang dan amat diperlukan membawa kawasan Timur Johor, khususnya Kota Tinggi kepada arus pembangunan. "Lebuh raya ini mendekatkan lagi perhubungan antara kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan bahagian tengah Johor yang lebih maju. "Kawasan Timur Johor mempunyai potensi yang menarik untuk dibangunkan kerana ia

Tuang...Dato' Abdul Ghani bersama presiden Ranhill Bhd Tan Sri Hamdan Mohamad menuang simen sebagai simbolik penyempurnaan pembinaan jambatan.

Gerak Kerja

Lega rakyat dapat tanah

ISU hak milik tanah yang seringkali dibangkitkan oleh kalangan peneroka FELDA dan juga peserta FELCRA selepas penat lelah memajukannya sehingga membuahkan hasil, menjadi soal penting kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Tahir Taat. Lantaran itu, beliau banyak membantu dalam urusan hak milik tanah dengan Pejabat Tanah, dan menganggap ia adalah tanggungjawab utamanya. "Antara isu hak milik tanah yang berjaya saya selesaikan ialah tanah generasi kedua di Felda Sri Jaya, Sri Ledang dan Lenga. "Selain itu, saya turut membantu menyelesaikan hak milik tanah peserta Felcra iaitu tanah umum di Bukit Kepong yang

N7 Bukit Serampang

barubaru ini telah menerima geran hak milik tanah daripada Kerajaan.

PROFIL PENGUNDI DUN BUKIT SERAMPANG (N7) TAHUN 2004 BN : 11,482 Pas : 2,418 Majoriti : 9064 Jumlah Pengundi : 19,230 Undi Rosak : 340

kaya dengan alam semulajadi," katanya. Sesungguhnya, pembinaan lebuhraya itu akan merancakkan kegiatan di Timur Johor, yang sebelum ini, sudahpun mempunyai namanya yang terkenal di seluruh negara, khususnya Desaru. Pusat peranginan Desaru dijangka mendapat suntikan nafas baru selepas agak lama melalui

kemalapan dan kelembapan pembangunan sehingga banyak kegiatan pelancongan terhenti kerana kurang sambutan. Bagaimanapun, kini tinjauan ke Desaru mendapati kegiatan pembangunan termasuk perumahan, premis perniagaan dan pusat-pusat pelancongan, hotel dan chalet hidup semula untuk menyambut kedatangan pengunjung yang semakin meningkat.

"Namun begitu, Paya Macan, Bukit Kepong masih lagi dalam proses penukaran hak milik," katanya. Sementara itu, Tahir turut menjelaskan ada di antara kawasan tanah yang pesertanya sudah menghadiri sesi temuduga tetapi masih lagi menunggu untuk mendapatkan kelulusan hak milik tanah. "Antara kawasan yang sedang menanti kelulusan hak milik tanah ini ialah Paya Sawah, Kampung Baru, batu 28 dan Tulang Gajah," jelasnya.

(Atas) Tanggungjawab...Tahir bersama-sama ahli UMNO Bahagian Pagoh menghantar bekalan makanan ke kawasan banjir yang terputus hubungan di Pekan Lenga, Muar. Simpati...Sempat beramah mesra dengan seorang mangsa banjir yang berusia 78 tahun di SRJK (C) Lenga, Muar, yang mengalami penyakit beguk dan kaki.

Tersergam indah...Jambatan yang menghubungkan tebing Kampung Sungai Latoh dan Teluk Sengat.

1 Mei 2007

1 Mei 2007

14 JPMM

ASAM PEDAS

11

MENJADI wakil rakyat untuk kawasan yang majoriti penduduknya bukan dari bangsa yang sama memang mencabar. Banyak yang perlu diketahui baik daripada segi nada perbualan, jenis makanan hinggalah yang berkaitan dengan agama. Bagi M. Asojan, wakil rakyat Bukit Gambir, pengalaman sebagai seorang guru nyata banyak membantu beliau melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang dirumuskan wartawan Hamirul Hairi.

Pandang siapa belakang saya

masalah. Sebagai guru, kita tidak boleh memilih siapa yang hendak kita didik. Anak-anak murid kita semua mesti dilayan sama rata dan ini berkehendakan sikap keterbukaan yang tiada batas. Jadi, saya belajar cara menyelami hati mereka yang bukan dari kaum yang sama dengan saya dan inilah yang saya rasa menjadikan saya tidak canggung berdampingan dengan sesiapa sahaja. Semenjak menjadi wakil rakyat, bagaimana YB memperuntukkan masa melawat kawasan YB? Ada tiga penghulu, 26 ketua kampung dan tiga ketua masyarakat dalam kawasan saya. Pada setiap Jumaat, saya akan mengadakan perjumpaan dengan rakyat dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Selain itu, saya menggunakan satu lagi pendekatan iaitu dengan mengatur program melawat kampung dari semasa ke semasa. Apakah visi dan misi dan YB? Saya ingin melihat kawasan di Bukit Gambir khususnya Sagil maju dalam sektor pertanian. Kawasan saya membekal hampir 30 peratus keperluan sayur-sayuran untuk utara Johor. Visi saya ialah membawa dan memajukan industri asas tani dalam Bukit Gambir. Selain itu, saya cuba meningkatkan taraf ekonomi penduduk melalui penumpuan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Apakah yang menarik di kawasan YB untuk diperkenalkan kepada umum? Gunung Ledang yang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Johor dan saya cuba untuk mengaitkan kawasan pelancongan ini dengan IKS. Saya mencadangkan agar pelancong ke Gunung Ledang dibawa ke pusat IKS untuk membeli produk IKS. Selain itu, bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman tinggal dalam suasana kampung, pakej "homestay" amat sesuai di kawasan DUN Gambir. Tempat ini juga terkenal dengan "nasi ambang" dan boleh dijadikan trademark DUN Gambir seperti Muar dengan mee bandungnya. Baru-baru ini, Johor dilanda banjir besar dan kawasan YB turut terjejas. Boleh ceritakan pengalaman itu? Kami di DUN Gambir boleh dikatakan sudah biasa menghadapi bencana. Pengalaman dilanda ribut pada Mei 2004, Mac 2005 dan Mac 2006 membuatkan kami lebih bersedia. Ketika banjir besar yang lepas, kebanyakan penduduk sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi tiada kejadian yang tidak diingini menimpa penduduk DUN Gambir. Bagaimana dengan urusan bantuan mangsa banjir? Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada rungutan baik daripada segi bantuan makanan, barangan keperluan asas mahu pun pengagihan wang ihsan. Saya juga kagum dengan kecekapan jentera kerajaan yang diketuai Dato' Menteri Besar membantu mangsa ketika dan selepas banjir. Dato' sendiri saya lihat berterusan mengadakan lawatan ke kawasan banjir bagi memastikan semua mangsa mendapat perhatian yang sewajarnya. Bagaimana pula dengan keadaan kemudahan awam seperti jalan raya di kawasan YB selepas banjir. Adakah kerja-kerja pemulihan sudah dijalankan? Secara keseluruhannya, kemudahan awam seperti jalan raya dan jambatan yang roboh akibat banjir dalam DUN Gambir sudah dibaiki dengan peruntukan daripada kerajaan sejumlah RM680,000. Antaranya ialah kerosakan jalan di Taman Sri Jaya yang menelan belanja RM200,000. Sektor pertanian pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM400,000. Namun, mujurlah kami cuma dilanda gelombang pertama sahaja kerana kerugiannya pasti lebih jika gelombang kedua turut sampai ke DUN Gambir.

Sungai Oh Sungai ! Mengapa engkau kotor?

"MACAM mana aku tak kotor, manusia tak jaga aku." (Barangkali itu jawapannya kalau sungai itu boleh berkata-kata). "Manusia oh manusia! Mengapa engkau tak jaga sungai? "Macam mana aku nak jaga sungai,..." (Apakah jawapan kita masing-masing?) Setujukah kita dengan bait-bait seterusnya nyayian rakyat `Bangau Oh Bangau' yang setiap satu pihak ditanyakan mengenai perbuatannya, sentiasa memberi alasan dengan menunding jari kepada pihak lain? Bermula dengan bangau yang kurus memberi alasan ikan tidak mahu timbul; ikan pula menyalahkan rumput terlalu panjang; lalu rumput menunding kepada kerbau yang tidak mahu memakannya, sehinggalah akhirnya sang ular yang tidak lagi dapat menyalahkan sesiapa di atas perbuatannya mahu makan katak, lalu menjawab "memang makanan aku". Renungkanlah pula perbualan ringkas tetapi penuh bermakna pada 1989 di antara Tengku Ahmad Rithauddeen (ketika itu Menteri Pertahanan) dengan seorang guru besar, sebaik beliau keluar dari tandas selepas menghadiri satu majlis di sebuah sekolah di Kota Bharu. "Cikgu, mengapa tandas sekolah ni kotor sangat," tanya Tengku Rithauddeen. "Namanya pun tandas Tengku," jawab guru itu bersahaja selepas kelihatan tercari-cari jawapan yang sesuai. Tengku Rithauddeen sendiri menceritakan perbualannya itu dengan rasa kesal mengenai sikap manusia terhadap soal kebersihan dan ia menjadi satu penyakit masyarakat yang sukar dicari penawarnya. Sebenarnya, tepuk dada tanyalah selera. Tanpa sungai dan tandas boleh berkata-kata pun, kita tentunya mampu membuat penilaian, malah pancaindera mata pastinya dapat melihat perbuatan kita sendiri. Itulah yang membezakan manusia daripada makhluk Allah yang lain iaitu dengan dikurniakan akal dan fikiran untuk membolehkannya berfikir. Malah akal dan fikiran adalah satu keistimewaan kepada manusia yang diturunkan sebagai khalifah untuk bertanggungjawab memakmurkan muka bumi. Namun peranan manusia sebagai khalifah itu menjadi tandatanya dalam hal kebersihan ini. Sebagai contoh, dalam sidang akhbar bersama Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid sempena taklimat mengenai pemulihan sungai di Johor Bahru pada 24 April lalu, isu pencemaran sumber air utama itu menjadi topik hangat. Azmi mendedahkan bahawa kempen `Cintai Sungai Kita' yang berusia 14 tahun telah gagal. Tebing sungai diperindahkan, tetapi air sungai semakin kotor kerana manusia masih mengabaikan kebersihan sungai. Tebing sungai cantik, air sungai tetap kotor; bermakna manusia belum sedar mengenai alam sekitarnya. Abdul Ghani ketika memberi amanat kepada Kakitangan Kerajaan di awal tahun 2007 ini, telah mengingatkan supaya perkhidmatan yang diberikan hendaklah mengutamakan hasil dan kesannya. Beliau menegaskan perlu wujud perubahan paradigma daripada tradisi perkhidmatan berorientasikan sumber, proses dan aktiviti kepada berorientasikan output, impak dan akauntabiliti terhadap rakyat. Dalam hal ini, tepatlah Azmi menilai kempen Cintai Sungai Kita telah menemui kegagalan. Jika manusia tidak berubah, berterusanlah masalah pembuangan sampah dan sisa pepejal, buangan kilang, buangan air dari dapur adalah antara penyebabnya, malah ketidaksempurnaan sistem merawat kumbahan menjadi penyumbang utama kepada pencemaran sungai. Semua gejala itu adalah faktor manusia di belakangnya, malah dalam keadaan tertentu sikap manusia yang menentukan sama ada kotoran dan buangan berkenaan akhirnya masuk ke dalam sungai atau tidak. Akibatnya, 17 sungai mengalami pencemaran paling teruk di negara ini iaitu pada tahap lima, yang bermakna airnya tidak boleh dirawat lagi. Ini termasuklah tiga sungai paling teruk tercemar di Johor iaitu Sungai Segget, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. Kini, setiap sungai dalam kategori itu, memerlukan belanja RM2 bilion untuk dipulihkan

profil adun

YANG BERHORMAT M. ASOJAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI GAMBIR Umur : 39 Tahun Nama Isteri : Manimala Muniandy Nama Anak : Saranya Lohanya Geevanya Alamat : No.18, Taman Permata, JalanBukit Kontang,84900 Tangkak, Johor. Alamat Pejabat : No.7, Tingkat 1, Bangunan UMNO, ADUN Bandar Baru Bukit Gambir, 84800 Bukit Gambir, Muar, Johor. No.Telefon : 013-6262950(H/P); 06-9765788(PEJ) PENDIDIKAN SRJK(T) Durian Tunggal, Durian Tunggal, Melaka SM Tun Tuah, Bacang, Melaka SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban (SPM) SM Datuk Haji Abdul Malek, Alor Gajah(STPM) Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban Diploma Pendidikan Perguruan (Pengajian Bahasa Tamil) PENGLIBATAN POLITIK 1999 - Ketua Pemuda MIC cawangan Bukit Gambir 2000 - Ketua Pemuda MIC bahagian Ledang 2003 - Timbalan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda MIC Negeri Johor. 2006 - Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda MIC Negeri Johor.

Masyarakat Melayu merupakan komuniti majoriti dalam kawasan YB, maka apakah pendekatan yang digunakan untuk memenangi hati mereka? Saya tidak meminggirkan sesiapa pun. Slogan saya mudah... jangan tengok siapa saya tetapi tengoklah siapa di belakang saya. Apa yang saya maksudkan di belakang saya adalah kerajaan Barisan Nasional iaitu kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pusat dan Dato' Abdul Ghani Otman di negeri. Ahli Parlimennya pula ialah Hamim Samuri. Pendekatan saya mudah sahaja. Sesiapa sahaja tidak kira kaum yang datang berjumpa saya untuk mengadu masalah mereka, saya akan cuba selesaikan serta merta. Sebelum menjadi wakil rakyat, YB adalah seorang guru dan kemudian agen insurans. Jadi bagaimana YB menyesuaikan diri dari dengan perubahan tanggungjawab? Pengalaman saya terutamanya semasa menjadi guru membantu saya mendekati masyarakat. Profesion ini mendedahkan saya kepada sikap keterbukaan, iaitu menerima setiap orang itu seadanya tanpa mengira warna kulit, bahasa dan latar belakang keluarga dan seterusnya berusaha untuk membantu orang itu jika dia berhadapan dengan

Menjijikkan...Cara mudah tapi tidak bertanggungjawab untuk membuang sampah.

bukan sahaja dari segi memerangkap dan membersihkan sampah di dalamnya, tetapi lebih penting memastikan sumber yang mengalir ke dalam sungai itu dirawat terlebih dahulu. Negeri Johor masih bernasib baik, kerana ada empat lembangan sungai yang bersih iaitu Sungai Muar, Sungai Johor, Sungai Mersing dan Sungai Jemaluang dan ia mampu membekalkan air untuk tempoh yang panjang. Pencemaran sungai sudah menjadi satu penyakit di negara ini. Seperti pelbagai jenis penyakit yang ditakuti manusia sekarang, lebih mudah dan murah mencegahnya daripada mengubatnya. Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi memulihkan ketiga-tiga Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai. Kos sebesar itu terpaksa ditanggung selepas berseronok, alpa dan leka serta sikap endah tak endah kita selama ini terhadap sungai dan persekitaran. Bayangkan, Sungai Skudai, misalnya menadah 41,000 tan sisa pepejal setahun. Lalu, kualiti airnya yang berada pada tahap dua di hulu, iaitu masih selamat untuk digunakan, beransuransur merosot sepanjang aliran 40 kilometer itu sehingga menjadi tahap empat dan lima di hilirnya. Namun, siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa selepas ketiga-tiga sungai itu dapat dipulihkan kelak, ia akan kekal bersih dan membuatkan

hidupan marin bernafas serta menjadikannya habitat. Apakah kita dengan mudahnya berkata: "Kerajaan kan ada.... atau itu kerja JPS atau pun JAS". (Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar). Mengambil contoh, Sungai Skudai; lembangannya yang melebar dengan lima anak sungai bermula dengan Sungai Sedenak lagi, diikuti Sungai Sengkang dan akhirnya Sungai Kempas, didiami oleh lebih 500,000 penduduk termasuk 25,000 setinggan.

Orang sekarang, sungai di belakang rumah dan kedai; menjadi saluran perlimbahan kerana tidak lagi melihat kepentingan air sungai berikutan air mudah diperolehi dengan hanya memutar kepala paip di dapur atau dalam bilik mandi. Orang dahulu, bergantung kepada bekalan air mentah ­ kalau sungai kotor mereka jadi susah. Orang sekarang, boleh dapat bekalan air bersih hingga ke bilik tidur sekalipun, tidak kiralah di bandar mahupun di ceruk desa. Lalu apa ertinya sungai kepada mereka? Apakah kita lupa, atau buatbuat lupa bahawa bekalan air bersih tetap berasal dari air mentah sungai juga. Kalau air sungai sudah tidak boleh dirawat lagi, masakan dapat kita nikmati bekalan air bersih. Paip yang cantik pun tidak berguna lagi. Masakan kita mahu beranggapan bahawa masalah bekalan air bersih bukan masalah kita. Bukannya kita gunakan air bersih secara percuma. Kita sudah membayarnya, lalu menjadi tanggungjawab syarikat yang membekalkan air dan kerajaan yang memerintahlah memastikan bekalan sentiasa ada. Kalau itu prinsip yang dipegang, seolah-olahnya setujulah kita dengan nyanyian rakyat Bangau Oh Bangau. Lalu jadilah kita seperti bangau dan segala objek yang disebut dalam nyanyian itu yang sentiasa meletakkan tanggungjawabnya kepada pihak lain. Kalau begitu, apa tanggungjawab kita?

1 Mei 2007

Gerak Kerja

Punca Utama Pencemaran

Derita hidu bau najis sudah berlalu

KIRA-KIRA dua tahun lepas, sapu tangan atau selendang menjadi teman penduduk Bukit Gambir terutamanya mereka yang tinggal di Sengkang Batu

17, Sengkang Batu 18 dan Sengkang Batu 19 setiap kali berada di luar rumah. Tidak kira walau sesingkat mana berada di luar rumah, salah satu mesti di tangan dan bagi yang tidak mengetahui mengapa, pasti kehairanan.

Namun, itulah yang dilalui penduduk kawasan berkenaan demi menahan derita kerana terpaksa menghidu bau najis ayam. Menurut Asojan, bau najis itu datangnya dari ladang ternakan serta kilang memproses najis ayam untuk dijadikan baja yang terletak berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk Beliau berkata sebaik sahaja penduduk mengadukan hal itu kepadanya, beliau terus membangkitkannya pada mesyuarat pembangunan daerah namun beliau agak kecewa dan hairan kerana pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk menangani aduan itu tidak melaksanakan tugas dengan berkesan. "Sehinggalah kepada mesyuarat berikutnya

dan apabila keadaan menjadi agak tegang, barulah jabatan itu bertindak tegas dengan mengarahkan penutupan ladang ayam di Sengkang Batu 17, Sengkang Batu 18 dan Sengkang Batu 19," jelasnya. Asojan berkata kilang memproses najis ayam pula telah diberikan notis satu bulan untuk memastikan bau najis itu tidak menjejaskan keselesaan penduduk sekitarnya atau berhadapan kemungkinan diarah tutup. Menurutnya sebagai tindakan susulan, Pegawai Daerah Muar telah menemui semua peng u s a h a ladang ternakan ayam dalam daerah berkenaan dan mencadangkan penggunaan sejenis bahan berasaskan bioteknologi untuk mengawal bau najis itu.

Selain itu, katanya, beliau juga mencadangkan agar kerajaan membuat pindaan kecil terhadap enakmen unggas dengan mensyaratkan najis ayam yang tidak diproses tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Asojan berkata beliau gembira kerana penyelesaian itu telah dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akhirnya memutuskan supaya ia dilaksanakan di seluruh Johor.

Jangan kita menidakkan bahawa setinggan adalah antara penyumbang kepada pencemaran sungai selain industri, sektor perniagaan, penternakan dan pertanian. Pernah kira-kira lapan tahun lalu, masyarakat setinggan tersinggung dan marah apabila ada pimpinan Kerajaan Negeri Johor mengatakan bahawa mereka (setinggan) adalah antara pihak yang mencemarkan Sungai Skudai. Maka, sesetengah pihak termasuk pimpinan politik dan kumpulan tertentu mengambil kesempatan dengan menyertai setinggan untuk mengkritik kerajaan, sehingga dialih tumpuan daripada isu utamanya iaitu mengenai tabiat buruk membuang sampah ke dalam sungai dan isu sungai tercemar. Orang dahulu, membina rumah menghadap sungai kerana ia menjadi laluan perhubungan, sumber minuman, tempat bermandi manda dan membasuh pakaian.

Pendengar setia...Asojan mendengar masalah penduduk.

1 Mei 2007

12 FOKUS

Nusajaya: Bandar serba lengkap

Pembangunan keseluruhan Bandar Nusajaya dianggarkan menelan belanja RM1.5 bilion. Selain JSNAC, sebagai nadinya, Bandar Nusajaya akan mempunyai enam komponen lain yang akan menjadinya sebuah kawasan "lengkap sendiri, berdaya maju sendiri". Ia terdiri daripada Kelompok Perindustrian dan Logistik, Bandar Perubatan, Bandar Pendidikan, Puteri Harbour di Persiaran Waterfront dan Destinasi Resort Dunia. Komponen ini berkeupayaan menjana ekonomi Bandar Nusajaya di samping menyediakan suasana hidup yang lebih selesa. Kelompok Perindustrian dan Logistik Selatan (SiLC) Diwujudkan atas kawasan seluas 520 hektar, ia memfokuskan pembangunan nilai rantaian kelompok industri yang merangkumi tiga bidang utama - teknologi terkini, industri nutrisi dan kesihatan serta industri logistik. Ia disasarkan kepada syarikat berteknologi tinggi dan tidak tidak dihadkan kepada industri bioteknologi dan semikonduktor. Bandar Perubatan Dengan keluasan 27.1 hektar, ia dilengkapi prasarana perubatan seperti hospital, kolej kejururawatan, kompleks perubatan pakar, pusat penjagaan kesihatan, poliklinik dan kemudahan untuk rawatan tradisional. Bandar Pendidikan Kawasan seluas 247.2 hektar ini akan menyaksikan pembinaan institusi pendidikan kelas dunia yang menawarkan persekitaran bandar pendidikan mengikut model projek Bandar Pengetahuan Dubai. Beberapa universiti terkemuka dunia dari Britain, Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan India sudah dijemput untuk membuka cawangan luar kampus di sini. Puteri Harbour di Persiaran Waterfront Sebuah marina di tapak seluas 278 hektar berhampiran JSNAC, menawarkan pemandangan indah Selat Johor sekali gus mewujudkan suasana kerja yang selesa. Juga dilengkapi hotel, pusat konvensyen, terminal pengangkutan air dan kondominium, Persiaran Waterfront akan menjadi lokasi yang ideal untuk acara bertaraf antarabangsa. Destinasi Percutian Dunia Diwujudkan atas kawasan 962 hektar dan dilengkapi dua taman tema termasuk satu yang berjenama dunia. Selain itu, ia akan turut menempatkan kelab golf, hotel, spa, pelancongan ekotourism, marina dan restoran yang mampu menggamit pelancong. Kediaman Yang Mendamaikan Rumah yang menepati citarasa pembeli yang inginkan persekitaran bertaraf kosmopolitan. Ia turut meyediakan pilihan rumah yang mampu dimiliki semua. Antara projek yang sedang dibangunkan ialah Nusa Idaman, Ledang Heights dan Horizon Hills.

Perlabuhan Tanjung Pelepas

FOKUS

13

Air: Laluan cepat ke JSNAC

SISTEM pengangkutan awam, sama ada yang menghubungkan JSNAC dengan kawasan lain mahupun dalam pusat pentadbiran itu sendiri, telah dirancang dengan teliti bagi memastikan ia berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Aspek utama yang diambil kira ialah kedudukan JSNAC itu sendiri yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Johor Bahru. tidak akan mengambil lebih daripada 15 minit. "Ia amat menjimatkan masa dan saya sendiri mungkin menjadikannya sebagai mod untuk bergerak antara dua tempat ini," katanya. Abdul Ghani berkata untuk bergerak dalam pusat pentadbiran itu pula, perkhidmatan bas perantara akan disediakan. "Dalam pada itu, kita juga sedang melihat perkhidmatan monorail dan amat cenderung untuk mewujudkannya dalam kawasan ini," katanya. JSNAC mesra rakyat Rancangan mewujudkan dua mod pengangkutan awam ini menjadikan JSNAC mesra rakyat. Pengusaha pelancongan Chua Poh Kok berkata kegusaran rakyat mengenai kemungkinan sukarnya untuk ke pejabat kerajaan sudah patut terhapus. "Kalau perjalanan untuk ke sana sudah dipermudahkan, saya tidak fikir kita boleh merungut lagi. "Cuma harapan saya agar kerajaan dapat memastikan perkhidmatan ini benarbenar cekap," katanya. Bagi Isa Ahmad, seorang pekerja swasta di Tampoi, perkhidmatan teksi air itu boleh berperanan sebagai serampang dua mata. "Saya percaya pelancong asing juga akan berminat untuk mencuba teksi air ini kerana ia menghubungkan dua tempat yang menarik," katanya.

Teksi Air...Pengangkutan pilihan ke JSNAC.

Dewan Negeri Johor

Dataran Mahkota

Kompleks Pejabat Menteri Besar

Walaupun ada Lebuhraya Link Kedua yang menghubungkan pusat pentadbiran ini dengan Jalan Skudai melalui Perling, namun perjalanan, terutamanya dari Johor Bahru mengambil masa lebih 40 minit. Itu pun bergantung kepada keadaan lalu lintas dan tidak mustahil masa perjalanan akan menjadi lebih panjang apabila bilangan kenderaan semakin bertambah dengan beroperasinya JSNAC nanti. Lebuhraya Link Kedua juga menghubungkan pusat pentadbiran ini dengan Lebuhraya Utara Selatan melalui persimpangan Senai Utara. Namun laluan ini adalah lebih untuk kenderaan yang datang dari utara.

Kompleks Jabatan Negeri

Kompleks Jabatan Negeri

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor

Menyedari situasi itu, Kerajaan Negeri mewujudkan perkhidmatan teksi air antara Johor Bahru dan JSNAC untuk tidak merencatkan urusan rakyat dengan pemerintah.

PUSAT Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC ­ Johor State New Administrative Centre) di Bandar Nusajaya dekat Gelang Patah adalah simbol kemajuan pesat yang sedang berlaku di negeri ini. Dibina di atas tapak berkeluasan 130 hektar, projek yang bernilai lebih RM400 juta ini dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama merangkumi Kompleks Menteri Besar, Dewan Negeri, Dataran Mahkota dan Kompleks Kerajaan Negeri. Rekabentuk bangunannya berdasarkan seni bina Johor-Melayu dan Moor-Andalusia.

PETA LOKASI JSNAC

Kelompok Perindustrian dan Logistik Selatan (SiLC)

lata Dari Lebuh raya Utara Se

Sehingga April lepas, fasa pertama sudah melepasi tahap 50 peratus siap. Kerancakan projek berkenaan memang mengagumkan dan tidaklah keterlaluan jika Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman melahirkan keyakinan bahawa ia dapat disiapkan sepenuhnya menjelang hujung tahun ini. "Pembinaannya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kita harap persidangan Dewan Negeri yang diadakan untuk membentang dan membincangkan bajet 2008 dapat dilangsungkan di bangunan baru ini nanti," katanya selepas menyempurnakan upacara meletak bumbung lutsinar bangunan itu baru-baru ini. Fasa kedua pula merangkumi sebuah masjid serta perumahan pegawai dan kakitangan kerajaan yang di jadual siap pada penghujung 2008. Setahun selepas itu, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan pula dijangka selesai pembinaannya untuk melengkapkan kawasan berkenaan sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang serba moden.

JSNAC nadi Nusajaya Perencanaan JSNAC ini tidak dibuat dalam sekelip mata tetapi bermula sekitar pertengahan 90an ketika rancangan membina jambatan kedua menghubungkan Malaysia dengan Singapura sibuk dibincangkan. Meskipun tidak dinyatakan secara terperinci, namun umum mengetahui bahawa banyak pembangunan akan berlaku di sepanjang Lebuhraya Link Kedua yang menghubungkan Jambatan Kedua dengan Lebuhraya Utara Selatan. Antara yang diketahui ialah membangunkan sebuah bandar baru serba moden yang dinamakan Nusajaya. Namun, krisis kewangan pada 1997 merencatkan banyak rancangan termasuklah pembangunan Nusajaya yang terpaksa ditangguhkan. Keadaan bagaimana pun berubah dan menjelang 2003, Kerajaan Negeri meluluskan plan induk pembangunan Nusajaya yang telah diolah semula. Rancangan baru ini membabitkan beberapa projek yang digarap untuk bertindak sebagai pemangkin kepada usaha membangunkan Nusajaya dan JSNAC, yang terletak di pinggir Lebuhraya Link Kedua kira-kira 30 kilometer dari Johor Bahru, adalah nadinya. Diam-diam ubi, berisi Kerja-kerja pembinaan JSNAC berjalan lancar malahan lima peratus lebih awal daripada jadual.

Namun kerancakannya memang tidak dirasai orang ramai kerana lokasinya yang terselindung dalam rimbunan kelapa sawit bekas sebuah ladang. Malahan mereka yang pertama kali melawat tapak projek itu merasa kagum dengan kerancakan pembinaannya. "Ini baru betul-betul seperti peribahasa diam-diam ubi tapi berisi," kata seorang wakil rakyat yang pertama kali melawat tapak JSNAC. Beliau bersama-sama semua wakil rakyat Negeri Johor dibawa melawat projek berkenaan sempena majlis perletakkan bumbung lutsinar bangunan Dewan Negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar Sdn Bhd, Mohd Auzir Mohd Tahir yakin pusat pentadbiran baru ini dapat disiapkan sebelum hujung tahun. "Kami bekerja tujuh hari seminggu dan hampir 24 jam sehari dan pembinaannya setakat ini pun hampir lima peratus lebih awal daripada jadual. "Setakat ini, kami tidak mempunyai sebab untuk tidak dapat menyiapkannya mengikut jadual," katanya. Cahaya Jauhar Sdn Bhd adalah syarikat usahasama antara Kerajaan Negeri dan UEM Land Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membina JSNAC. Mohd Uzir berkata antara keunikan JS-

NAC ialah pembinaannya yang berpaksikan kiblat. "Ia turut mempunyai sebuah tembok peringatan sejarah Johor, panggung terbuka yang boleh memuatkan 2,300 tetamu serta sebuah taman bercirikan Islam seluas 0.6 hektar. "JSNAC bakal menjadi sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang cukup selesa dan semua orang akan suka mengunjunginya," katanya.

Teksi air itu, menurut Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman, akan beroperasi antara Teluk Danga dan Puteri Harbour. "Kita menjangka perjalanan sehala

Isa menjangkakan ramai yang pasti ingin melihat dengan lebih dekat pusat pentadbiran baru itu yang digambarkan sebagai begitu unik. "Perkhidmatan teksi air berkenaan melengkapkan keunikan itu," katanya.

Dari

Perl

ing

Cadangan Lebuh raya Pesisir Pantai Bandar Perubatan

Horizon Hills

Lebuh raya Link Kedua

Bandar Pendidikan Bandar Puteri Ledang Perubatan JSNAC Harbour Heights

SE

LA

TJ

OH O

R

n

SINGAPURA

Semakin nyata...Bangunan Dewan Negeri yang sudah lebih lima puluh peratus siap.

1 Mei 2007

1 Mei 2007

Information

12 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

59560


You might also be interested in

BETA
Service Standard Poster.xls
LO suara KGMMB correction.indd