Read RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006 text version

RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006-2015 BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM 1.0 UMUM 1.1 Tempoh Rancangan Pengurusan Hutan ( RPH ) RPH yang disediakan ini adalah bagi tempoh 15 tahun iaitu dari tahun 20062015. 1.2 Organisasi dan Struktur Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Darulnaim (JPNK), sepertimana juga dengan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri yang lain di Semenanjung Malaysia, terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur. JPSM pula merupakan salah sebuah daripada beberapa Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Di negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri diterajui oleh seorang Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) yang, di samping bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Perhutanan JPSM, juga bertanggungajwab terus kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Dato Tuan Guru Menteri Besar. Di peringkat negeri, PPN bertanggungjawab dalam menguruskan hal pentadbiran, pembangunan, pengurusan dan pemeliharaan segala produk dan perkhidmatan hutan yang terdapat di negeri ini; manakala di peringkat Persekutuan pula beliau bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPSM berhubung dengan urusan teknikal dan professional perhutanan merangkumi semua aspek pengurusan hutan secara berkekalan (sustainable forest management (SFM)), pemeliharaan dan perlindungan sumber hutan, pembangunan industri berasas-hutan dan kayu serta produk bukan-kayu, pembangunan sumber manusia dan pendidikan/ pengembangan/ publisiti tentang perhutanan selaras dengan kehendak Dasar Perhutanan Negara (DPN). Tugas dan tanggungjawab yang berat ini dilaksanakan dengan teratur dan sempurna berpandukan kepada arahan umum yang terdapat di dalam Manual Perhutanan 2003 serta panduan yang agak lebih spesifik di peringkat Unit Pengurusan Hutan (Forest Management Unit ­ FMU) dalam bentuk Rancangan Pengurusan Hutan (RPH). Keseluruhan Negeri Kelantan Darulnaim adalah dianggap sebagai sebuah FMU tersendiri dan RPH ini telah disediakan khusus bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terdapat dalam negeri ini. Dari segi perundangan, ketentuan bagi penyediaan RPH bagi FMU Kelantan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

sebagai salah sebuah negeri dalam Semenanjung Malaysia, telah diperuntukkan oleh undang-undang negara di dalam Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan) 1993 (Seksyen 4 dan Seksyen 20).

Struktur Pentadbiran

Pada masa ini pentadbiran JPNK berpusat di ibu pejabatnya di Tingkat 1, Blok 5, Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim. Pentadbiran daerah pula dibahagikan kepada tiga (3) Jajahan Hutan iaitu Jajahan Kelantan Barat yang berpejabat di Tanah Merah, Jajahan Kelantan Timur yang berpejabat di Machang dan Jajahan Kelantan Selatan yang berpejabat di Gua Musang. Di peringkat ibupejabat di Kota Bharu Bandaraya Islam, PPN dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Pembangunan dan Timbalan Pengarah Operasi, seorang Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Kewangan), seorang Penolong Pengarah (Silvikultur dan Perlindungan), seorang Penolong Pengarah (Perancangan dan Pengurusan Hutan), seorang Penolong Pengarah (Perindustrian dan Pengusahasilan), seorang Penolong Pengarah (Operasi dan Penguatkuasaan); 2 orang Penolong Pegawai Pengurusan Hutan, 2 orang Penolong Pegawai Silvikultur dan 2 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa. Di peringkat Jajahan, setiap Jajahan Hutan ditadbir oleh seorang Pegawai Hutan Jajahan dengan dibantu oleh seorang atau dua orang Penolong Pegawai Hutan Jajahan. Jajahan Hutan Kelantan Barat Jajahan Hutan Kelantan Barat dibahagikan kepada Empat Renj iaitu; (1) Renj Tanah Merah, (2) Renj Jeli, (3) Renj Kuala Balah, dan (4) Renj Dabong. Jumlah keluasan HSK di bawah pentadbiran Jajahan Hutan ini ialah kira-kira 226,538ha merangkumi sejumlah 12 HSK iaitu HSK Balah, HSK Berangkat, HSK Bukit Akar, HSK Gunung Basor, HSK Gunung Stong Selatan, HSK Gunung Stong Tengah, HSK Gunung Stong Utara, HSK Jedok, HSK Jeli, HSK Jentiang, HSK Sungai Sator, dan HSK Sokor Taku. Kira-kira 48,800ha daripada HSK dalam Jajahan Hutan ini masih belum dibalak pada 2005. Jajahan Hutan Kelantan Timur Pejabat Jajahan Hutan Kelantan Timur mentadbir seluas 169,202ha HSK yang mana kira-kira 26,600ha daripadanya masih belum dibalak pada 2005. Senarai HSK yang termasuk di dalam Jajahan Hutan ini ialah: HSK Sungai Sam, HSK Temangan, HSK Ulu Sat, HSK Ulu Temiang, HSK Chabang Tongkat, HSK Sungai Durian, HSK Lebir, HSK Serasa, HSK Relai, HSK Sungai Rek dan HSK Semarak. Kesemua HSK ini ditadbir dalam 4 Renj iaitu Renj Machang, Renj Kuala Krai, Renj Laloh dan Renj Manik Urai. Jajahan Hutan Kelantan Selatan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Jajahan Hutan Kelantan Selatan merupakan Jajahan Hutan yang terbesar dengan 4 Renj iaitu Renj Batu Papan, Renj Galas, Renj Nenggiri dan Renj Lojing serta membabitkan seluas kira-kira 233,947ha HSK. Sebahagian besar daripada HSK ini merupakan HSK yang baru diusahasil (i.e. kurang daripada 25 tahun). Pada 2005 sejumlah kira-kira 45,100ha daripada HSK dalam Jajahan Hutan ini masih belum dibalak. HSK-HSK yang terdapat di sini termasuklah: HSK Batu Papan, HSK Bukit Hantu, HSK Chiku, HSK Gunung Rabong, HSK Limau Kasturi, HSK Lojing, HSK Nenggiri, HSK Perias, HSK Sungai Betis, HSK Sungai Berok, HSK Sungai Terah, dan HSK Ulu Galas. 1.2.1 Kerangka Perundangan dan Pentadbiran Dasar Perhutanan Negara Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 (Pindaan 1992) telah diterimapakai di negeri Kelantan pada 29hb. April 1979. Semenjak penerimaan DPN ini JPNK telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri berdasarkan prinsip keberkekalan sumber menurut SFM, sesuai dengan kehendak-kehendak dan peruntukan yang relevan di dalam Dasar ini iaitu dengan memberi penekanan secara komprehensif dan berintegrasi dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan dan sumber biodiversiti di samping pada masa yang sama memenuhi keperluan dan aspirasi negeri dan rakyat tempatan sebagaimana yang digariskan seperti berikut:i) Mengadakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang mencukupi dan terpelihara serta terurus dari segi kualiti dan kuantitinya dan sebagai Hutan Perlindungan; ii) Mengadakan kawasan HSK yang mencukupi sebagai Hutan Berhasil bagi menjamin pengeluaran hasil (kayu balak dan bukan kayu) dan perkhidmatan hutan yang berterusan, bermutu tinggi dan berkekalan di samping menjamin pemeliharaan biodiversiti dan kestabilan alam sekitar dan ekologi; iii) Mengurus kawasan HSK berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan sesecara berkekalan (SFM); iv) Melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan penghutanan-semula kawasan dan alam sekitar hutan secara berterusan berdasarkan amalan silvikultur yang konsisten dan berkesan bagi memenuhi permintaan sumber pada jangka panjang;

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

v)

Mempastikan supaya kerja-kerja pengusahasilan sumber hutan di luar kawasan HSK dilaksanakan secara berimbang dan mesra-alam sekitar sesuai dengan pola pembangunan dan gunatanah supaya memperoleh faedah-faedah yang paling maksima;

vi)

Meningkatkan pengusahasilan dan penggunaan semua jenis hasil dan perkidmatan hutan dan menggalakkan pertumbuhan industri berasas kayu dan bukan-kayu bagi tujuan mencapai tahap penggunaan sumber yang maksimum dan bernilai-tambah, meminimumkan pembaziran, membangunkan sains dan teknologi (menerusi penyelidikan dan pembangunan), mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, mendapatkan tukaran wang asing dan meningkatkan taraf hidup; dan

vii)

Melaksanakan program latihan perhutanan dan pembangunan sumber manusia di semua peringkat sektor awam dan swasta bagi mengeluarkan tenaga kerja yang bermaklumat, bermotivasi, berkualiti dan terlatih.

1.2.2

Perundangan Hutan (a) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 Dan KaedahKaedah Hutan 1986 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19hb Oktober 1984 telah diterimapakai di Negeri Kelantan pada 19hb Disember 1986. Akta ini kemudiannya telah dipinda pada tahun 1993 dengan memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih berat terhadap sesuatu kesalahan hutan. Pindaan akta ini telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kelantan pada 23hb Mac 1994 dan telah diluluskan sebagai Enakmen Perhutanan Negeri (Penerimapakaian) Pindaan 1993. Enakmen ini kemudiannya telah diwartakan pada 28hb April 1994 dan mulai berkuatkuasa di Negeri Kelantan pada 29hb April 1994. Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 diatur menurut 10 Bahagian, 17 Bab, 117 Seksyen dan 6 Jadual. Bahagian - Bahagian yang dimaksudkan terdiri daripada: (I) Permulaan; (II) Pentadbiran; (III) Hutan Simpanan Kekal, (IV) Pengurusan dan Pembangunan, (V) Royalti dan Premium; (VI) Kayu

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

yang Tidak Dituntut; (VII) Pelbagai Kesalahan dan Penalti; (VIII) Penguatkuasaan; (IX) Pelbagai; dan (X) Peruntukan Peralihan dan sebagainya. Sebahagian besar daripada kandungan APN 1984 ternyata lebih memberi penumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan sumber hutan khususnya yang berhubung dengan pengusahasilan pelbagai produk dan sumber yang terdapat di dalam hutan bagi maksud menghasilkan pulangan kewangan secara tetap dan lestari; terutamanya produk kayu balak. Dalam konteks ini kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dan perlindungan sumber biodiversiti boleh dikatakan masih baru dan APN 1984 perlulah dikemaskinikan dengan memasukkan peruntukan baru bagi mencerminkan perubahan paradigma ini. Di negeri Kelantan, pengusahasilan hutan bagi produk kayu balak dilaksanakan melalui sekurang-kurangnya 5 kaedah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) (b) Kelulusan melalui Kawasan Perjanjian Jangka Panjang Kelulusan secara pemberian Tender Pembalakan Skim Insentif kepada Kilang Papan Kelulusan Permohonan Mengusahasil Saki Baki Kayu Balak dalam Tanah Kerajaan, dan Kelulusan mengusahasil Tanah Berimilik/Lesen Melombong.

Enakmen Industri Berasas Kayu 1985 dan Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1990 Sesuai dengan peruntukan dalam seksyen 1(2) dari Akta Industri Berasas-Kayu (State Legislature Competency), 1984, Akta berkenaan telah diterimapakai di negeri Kelantan Darulnaim apabila Akta Perhutanan Negara 1984 (A313) dilulus dan diterimapakai di peringkat negeri pada 1hb Januari 1986. Ini memberi kuasa dan tanggungjawab kepada JPNK bagi mengawal, menyelaras dan melesen semua jenis industri berasas kayu di negeri ini. Akta ini terdiri daripada 5 Seksyen dan satu Jadual, bertujuan bagi mengawal dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan berhubung dengan pengilangan dan pemprosesan bahan-bahan kayu di seluruh Malaysia . Pada masa ini terdapat sejumlah 63 buah kilang papan, 5 buah kilang papan lapis, dan 7 buah kilang kayu kumai yang berdaftar di negeri Kelantan; di samping banyak kilang perabot dan stor kayu. Bilangan lesen membalak yang aktif beroperasi di Kelantan adalah tidak kurang daripada 300 lesen

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

kesemuanya setiap tahun. Catuan Tebangan Tahunan (Annual Allowable Coupe ­ AAC) bagi Negeri Kelantan bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001 ­ 2005) telah ditetapkan seluas 6,900 ha/tahun. Kadar AAC ini akan diubah dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan keupayaan sumber sediada sesuai dengan semangat dan prinsip pengurusan hutan secara SFM sambil mengambilkira pertimbangan perancangan-makro di peringkat nasional. (c) Akta/ Enakmen Lain yang Berkaitan. Dalam menjalankan rutin hariannya JPNK sentiasa berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sumber alam, tanah dan alam sekeliling. Jabatan/agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat-pejabat Tanah dan Jajahan dan sebagainya. Kakitangan JPNK memberikan bantuan dari semasa ke semasa dalam usaha agensi-agensi berkenaan menjalankan penyiasatan, pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta yang berkaitan atau terhadap peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Di antara akta/undang-undang yang dimaksudkan termasuk: Kanun Tanah Negara 1965; Kanun Keseksaan (FMS Cap. 45), 1948 (Pindaan 1993); Kanun Acara Jenayah (FMS Cap. 6), 1903 (Pindaan 1995); Akta Keterangan 1950 (Pindaan 1993); Akta Prosedur Kewangan 1967 (Pindaan 1993); Enakmen Bekalan Air 1935; Akta Perlindungan Tanah 1960; Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988); Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973; Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1995); Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1983); Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB) 1985;

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Enakmen Perlombongan 1928; Akta Kerajaan Tempatan 1976. 2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENGURUSAN 2.1 Objektif Jabatan Objektif JPNK bersifat dinamik dan sentiasa dinilai semula dan disesuaikan dengan tuntutan kontemporari dalam konteks wawasan dan misi yang telah ditetapkan; dengan mengambilkira perkembangan semasa dan yang dijangka berlaku di masa akan datang dalam bidang pengurusan sumber hutan tropika dan pemeliharaan alam sekeliling. Objektif-objektif yang telah ditetapkan untuk tahun 2004 bagi JPNK, yang mana sebahagiannya merupakan lanjutan daripada objektif bagi tahun-tahun sebelumnya; adalah seperti berikut:(i) Untuk menguruskan dan memelihara integriti kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sedia ada supaya dapat memberi faedah yang maksimum kepada rakyat dan negeri ini dari segi pembangunan sosial dan kerohanian, ekonomi dan alam sekitar; (ii) Untuk melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan menghutan semula HSK yang telah diusahasil secara teratur dan berkesan berpandukan kepada konsep, pendekatan dan amalan silvikultur yang diyakini dan sempurna supaya dapat mengeluarkan hasil dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkekalan (iii) Untuk menjamin supaya kawasan-kawasan dan sumber hutan di luar HSK dapat diusahasilkan secara berimbang dan optimum sesuai dengan konsep pembangunan terancang dan menurut kesesuaian gunatanah bagi memperoleh faedah-faedah yang tinggi untuk rakyat dan negeri serta melindungi kestabilan alam sekitar, iklim dan ekologi; (iv) (v) Untuk menggunakan tenaga kerja yang ada secara optimum dan dengan kos yang sesuai; Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih aktif dan bermakna usahawan Bumiputera dalam sektor industri berasaskan sumber hutan sejajar dengan dasar Kerajaan; (vi) Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memelihara hutan dan melindungi alam sekitar dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, negeri dan Negara dalam konteks pemeliharaan biodiversiti dan iklim global; dan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

(vii) Untuk mengadakan kaedah pemantauan aktivit-aktiviti dengan lebih berkesan di samping mengesan masalah-masalah yang wujud di peringkat perlaksanaan. 2.2 Wawasan, Misi, Objektif dan Fungsi JPNK Sebagai sebuah organisasi kerajaan yang penting dan terkemuka di negeri ini, JPNK mempunyai wawasan, misi dan objektifnya sendiri sesuai degan fungsi dan tanggungjawabnya yang besar dalam memenuhi jangkaan sosio-ekonomi negeri dan perlindungan alam sekitarnya. Kenyataan-kenyataan mengenai wawasan, misi, objektif dan fungsi JPNK membawa mesej yang mendalam tentang hasrat dan komitmen Jabatan sebagai suatu pasukan yang giat, prihatin dan bersungguh-sungguh menuju ke arah mencapai matlamat SFM serta kecemerlangan peribadi setiap anggota dan kakitangan yang terbabit. Kenyataan-kenyataan mengenai wawasan, misi dan objektif Jabatan dapat ditemui dengan mudah dalam penerbitan-penerbitan rasmi Jabatan seperti Laporan Tahunan, risalah dan sebagainya dan diperturunkan di sini sebagai rujukan penting. a) Wawasan JPNK ingin diiktiraf sebagai sebuah agensi awam yang terunggul di dunia dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan berdasarkan prinsip-prinsip SFM. (b) Misi Jabatan JPNK berhasrat mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta berusaha mengoptimumkan sumbangan sumber asli ini kepada pembangunan sosio-ekonomi dan alam sekeliling negeri khasnya dan negara amnya. (c) Fungsi Jabatan JPNK dipertanggungjawabkan bagi menunaikan fungsi-fungsi berikut:(i) (ii) Menasihat pihak Kerajaan Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk penghasilan pendapatan yang maksimum; Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang dan kaedah-kaedah hutan dan enakmen industri berasas kayu; (iii) (iv) (v) Menyelia kegiatan pengusahasilan kayu balak dan produk/perkhidmatan hutan; Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasas kayu; Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan produk hutan bukan kayu (NTFP);

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

(vi) (vii)

Mengutip/memungut hasil hutan; Melaksanakan projek-projek pengurusan dan pembangunan semula sumber hutan serta pemulihan, penyelidikan dan pemeliharaannya bagi menjamin keberkekalan hasil di samping memelihara integriti alam sekitar; dan

(viii)

Menjalankan tugas-tugas pentadbiran hutan.

3.0

KEDUDUKAN SEMASA 3.1 Sumber Hutan

Keseluruhan tumbuhan semulajadi asal di Kelantan ialah terdiri daripada hutan hujan tropika (HHT) yang kaya dengan sumber biodiversiti serta merupakan suatu warisan dan pusaka yang penting; bukan sahaja untuk negeri dan negara bahkan juga untuk generasi masakini dan yang akan datang. Pada akhir 2002, daripada jumlah keluasan tanahnya yang meliputi 1,493,181ha, 59.8% (atau 894,27ha) adalah tanah berhutan manakala bakinya 40.11% (598,910ha) lagi adalah tanah tidak berhutan. Pecahan gunatanah bagi kawasan tanah berhutan ialah seperti berikut: Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 629,687ha; Tanah Kerajaan seluas 155,801ha; Taman Negara seluas 108,783ha; dan Hutan Ladang seluas 4,036ha. Pengurusan secara profesional oleh JPNK ke atas sumber hutan negeri adalah difokus kepada hutan yang dikategorikan sebagai HSK di mana pengurusan secara intensif dirancang dan dilaksanakan dengan teliti menurut standard yang telah ditetapkan dalam usaha mencapai tahap kelangsungan dan kemampanan sumber untuk jangkamasa berkekalan atau SFM. Dalam kes Hutan Tanah Kerajaan (HTK), tanggungjawab JPNK terhad kepada mentadbir hasil hutan yang terdapat di atas HTK berbabit serta mempastikan kaedah pengeluaran hasil secara teratur dan mesra-alam tanpa membabitkan isu keberkekalan sumber. Pentadbiran dan pengurusan sumber hutan di atas HSK berpusat di Ibu Pejabat Perhutanan Negeri di Kota Bharu Bandar Raya Islam dan dibahagikan kepada tiga Jajahan Hutan iaitu Kelantan Timur (berpejabat di Machang), Kelantan Barat (berpejabat di Tanah Merah) dan Kelantan Selatan (berpejabat di Gua Musang). Kedudukan dan perubahan keluasan kesemua 35 HSK di Kelantan adalah seperti berikut:

Jajahan Hutan

Hutan Simpan

Temangan Chabang Tongkat Semerak** Ulu Temiang Sungai Durian

Luas (ha) pada 2002

1,590 4,863 4 15,397 16,481

Tahun diwarta

6.7.1937 7.11.1946 5.12.1939 18.4.1955 27.5.1948

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Kelantan Timur

Relai Lebir Ulu Sat Sungai Rek Sungai Sam Serasa 11 Berangkat Jedok Jeli Sokor Taku Sungai Sator Jentiang Gunung Stong Tengah Gunung Stong Selatan Gunung Stong Utara Bukit Akar Gunung Basor Balah 12 Batu Papan Ulu Galas Sungai Terah Ciku Gunung Rabong Bukit Hantu Nenggiri Limau Kasturi Perias Sungai Berok Sungai Betis Lojing 12

39,432 47,549 14,432 15,360 3,756 10,338 169,202 21,409 4,382 3,649 21,825 2,777 13,673 21,950 28,134 11,044 1,072 40,613 56,010 226,538 17,580 13,215 4,442 759 16,355 3,134 21,160 2,107 60,355 25,824 55,953 13,063 233,947

1.1.1957 1.1.1957 24.8.1958 11.5.1989 11.5.1989 11.8.1989 9.9.1941 1.1.1957 6.6.1991 10.10.1960 1.4.1962 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 1.3.1990 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 1.3.1990 11.5.1989 11.5.1989 11.5.1989 -

Jumlah Jajahan

Kelantan Barat

Jumlah Jajahan

Kelantan Selatan

Jumlah Jajahan

JUMLAH HSK

35

629,687

-

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

3.1.1

Jenis-jenis Hutan Di Dalam HSK Kesemua kawasan HSK di Kelantan adalah dari jenis hutan darat dan tiada terdapat dari hutan jenis lain seperti Hutan Paya Bakau (HPB) dan sebagainya. Kawasan Hutan Paya Bakau sedia ada boleh didapati di muara-muara sungai iaitu di Semerak, Pasir Putih dan Tumpat dengan meliputi jumlah keluasan 744 ha sahaja dan berstatus Hutan Tanah Kerajaan. Hutan-hutan ini telahpun dikenalpasti untuk diusahasil dan dibangunkan bagi tujuan lain yang bukan perhutanan. Dalam pada itu, kesedaran akan pentingnya fungsi perlindungan dari HPB telah mendorong pelbagai pihak untuk turut menyumbang ke arah memulihkan ekosistem hutan ini dengan cara menanam semula, di mana yang bersesuaian. Sehingga kini sejumlah 36,500 anak pokok bakau minyak dan bakau kurap telah ditanam oleh pelbagai pihak termasuk JPNK dalam usaha memulihkan ekosistem kawasan pulau yang lapang; meliputi keluasan 42.18ha. Perincian di dalam bahagian berikut adalah mengenai jenis-jenis hutan darat yang biasa terdapat di dalam HSK di Kelantan, iaitu berdasarkan klasifikasi oleh Wyatt-Smith (1963). (a) Hutan Dipterokarpa Pamah (HDP) Hutan Dipterokarpa Pamah (HDP) terdiri daripada dirian hutan asli yang tumbuh di dataran rendah dan kaki bukit berketinggian purata 300m a.p.l. (atas paras laut). Untuk beberapa dekad lamanya hasil keluaran kayu dan bukan-kayu daripada HDP ini telah menjana pendapatan yang lumayan bagi sektor kerajaan dan swasta. Pada masa ini, situasi ini telahpun berubah dengan banyaknya apabila sebahagian besar kawasan HDP ditukar guna kepada tujuan pertanian, industri dan pentempatan. Hutan jenis ini dicirikan dengan pokok-pokok unggul/emergen yang tinggi, malarhijau, dan silaranya yang tebal dan bersinambungan membentuk lapisan kanopi di atas hutan sehingga kadangkala menyebabkan lantai hutan menjadi teduh dan gelap. Tahap kemajmukan biodiversiti spesies adalah tinggi pada ketinggian 60 ­ 150m apl dan berkurangan pada takat yang lebih tinggi. Kawasan HDP di negeri Kelantan yang sebelum ini begitu luas telah jauh berkurangan sehingga apa yang tinggal pada masa ini terhad di tiga kawasan sahaja: kawasan-kawasan kecil di utara, lingkaran tengah dan di baratdaya. Di utara Kelantan HDP wujud dalam bentuk berpulau-pulau; termasuk HSK Temangan dan HSK Chabang Tongkat, yang mana kedua-duanya kaya dengan dirian pokok dari kaum damar. HSK Temangan terdiri daripada hutan jenis

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Meranti putih­Gerutu dan Kempas­Kedondong, manakala HSK Chabang Tongkat mengandungi hutan jenis Keruing. Di bahagian tengah Kelantan, HDP mengunjur dari HSK Jedok di baratlaut hingga ke HSK Relai di tenggara; di antaranya diselangseli dengan kawasan diceroboh, kawasan pembukaan hutan dan kawasan penukaran hutan kepada kegunaan lain. Amalan pertanian pindah oleh komuniti Orang Asli memang telah lama merosakkan kawasan hutan di baratdaya sehingga menyebabkan wujudnya hutan buluh yang tebal di atas tapak bekas pertanian pindah yang ditinggalkan. Anggaran dari Inventori Hutan Nasional III (IHN3) menunjukkan kira-kira 37,000ha hutan terbabit dengan finomena pertanian pindah ini. Usaha bagi memulihkan kawasan-kawasan seperti ini sudah tentulah memerlukan upaya yang besar dengan membabitkan kos yang tinggi. Pada masa ini kawasan HDP yang dijangka "selamat" di Kelantan ialah yang berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa dan di pesisir sebelah utara Taman Negara. (b) Hutan Dipterokarpa Bukit (HDB) Hutan jenis ini mempunyai daya produktiviti yang agak tinggi, terdapat pada ketinggian 300m ­ 900m apl, juga boleh ditemui di atas permatang-permatang yang terbuka. Perbedaan utama di antara Hutan Dipterokarpa Bukit dan HD Pamah ialah perubahan umum dalam kandungan spesies dan juga saiz pokok yang umumnya semakin mengecil sejajar dengan pertambahan ketinggian dari atas paras laut (apl). HDB bercirikan pokok-pokok yang mempunyai silara berwarna kelabu-perak dari spesies Meranti Seraya (Shorea curtisii). Di negeri Kelantan, sebahagian besar HSK sedia ada adalah dari HDB yang membentuk tiga lingkaran yang jelas: di bahagian timur, barat dan selatan dan beberapa kelompok kecil di bahagian tengah Kelantan. Segmen timur yang mengunjur dari HSK Ulu Sat ke HSK Lebir meliputi kawasan tadahan air di perbatasan sebelah timur. Di kawasan selatan, dirian hutan nampaknya terpelihara dalam keadaan baik disebabkan ianya terletak di dalam kawasan Taman Negara dengan pecahan-pecahan lebih kecil boleh ditemui di HSK Gunung Rabong, HSK Ulu Galas dan HSK Bukit Hantu. Di bahagian barat, kesinambungan lingkaran hutan diselangseli oleh kehadiran hutan buluh, ladang pertanian pindah dan perkampungan Orang Asli: dari utara, HSK Gunung Basor hingga ke selatan ke kaki Banjaran Titiwangsa, melalui HSK Balah dan HSK Perias, HSK Sungai Betis, HSK Sungai Berok hingga ke kawasan HSK Lojing. Meskipun kawasan-kawasan ini telah diwartakan sebagai HSK, namun

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

pencerobohan dan kecurian hasil kayu balak masih tetap berlaku dan menjadi ancaman utama kepada SFM. Kedaaan ini menuntut diadakan usaha pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat. (c) Hutan Dipterokarpa Atas dan Hutan Oak Gunung (HDA dan HOG) Terdapat pada ketinggian 900m apl, spesies HDA dan HOG adalah berbeda daripada hutan di ketinggian yang lebih rendah. Kecuali Meranti Bukit (Shorea platyclados) tidak banyak spesies dipterokarpa tumbuh di siini. Pokok-pokok dari spesies lain adalah lebih kecil saiznya, manakala spesies utama di lantai hutan ialah rotan dan palma kecil. Hutan Dipterokarpa Atas (HDA) membentuk lingkaran ketinggian yang tirus sebelum kedudukannya diambil alih oleh spesies Hutan Oak Gunung, seperti Berangan dan Medang pada ketinggian di atas 1,050m apl. Di sini, rotan, palma, paku gunung, pakis dan lumut Sonerilla spp. membentuk lapisan bawah menyelaputi lantai hutan. Dirian Hutan Oak Gunung tidak mempunyai nilai ekonomi kayu balak dan justeru sesuai dipelihara sebagai Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Tanah dan Hutan Perlindungan Hidupanliar. Di negeri Kelantan, hutan jenis HDA dan HOG pada amnya masih tidak terusik dan bersinambungan, dari HSK Gunung Basor ke HSK Gunung Stong, HSK Balah dan HSK Perias hingga ke HSK Sungai. Betis dan HSK Sungai Berok, kecuali di kawasan Lojing di mana terdapat beberapa projek membabitkan penukaran tanah hutan di bawah konsep pembangunan tanah secara integrasi sedang dijalankan. Hutan-hutan ini membentuk lingkaran di bahagian timur Banjaran Titiwangsa dengan beberapa kawasan kecil di Taman Negara dan di sepanjang perbatasan Kelantan ­ Terengganu. (d) Hutan Ericaceous Gunung (HEG) Ditemui pada ketinggian atas 1,500m a.p.l. dan juga di atas permatangpermatang terdedah, hutan jenis ini juga dikenali sebagai hutan berlumut; berbeda daripada Hutan Oak Gunung dari segi strukturnya yang lebih rendah, pokok renek yang kurang daripada 10m tinggi serta keadaannya yang sentiasa basah disebabkan oleh intersepsi beterusan lembapan awan. Lumut dan selaput pakis hidup subur di dalam ekosistem yang dingin di atas tanah gambut berasid yang terkumpul dari semasa ke semasa. Ekosistem Hutan Ericaceous Gunung sangat penting kerana fungsinya membentuk punca air bagi sungai-sungai

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

utama. Di Kelantan, HEG terdapat di sepanjang perbatasan dengan Perak, di atas puncak Gunung Basor dan Gunung Chamah serta kawasan Lojing dengan segmen-segmen kecil di atas gunung-gunung terpencil, seperti Gunung Rabong.. Walau bagaimana pun, kebanyakan hutan berlumut di Kelantan tidak termasuk di dalam kategori HSK. (e) Hutan Batu Kapur (HBK) Tumbuh-tumbuhan yang ditemui di dalam ekosistem batu kapur mempunyai komposisi yang tak menentu; dari dirian hutan tinggi di lembah yang lembap hingga ke pokok-pokok kecil dan belukar di atas batuan terdedah serta tumbuhan jalar yang bergantungan dari cenuram gersang. Terdapat banyak spesies penting yang memerlukan habitat batu kapur untuk tumbuh meskipun majoritinya lebih mengutamakan habitat yang lebih lembap dengan litupan tumbuhan tebal. Banyak bukit-bukit batu kapur di Kelantan dengan rangkaian gua-guanya, menyokong flora dan fauna yang tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Habitat-habitat yang unik ini patut dipelihara. Di Kelantan tumbuhan batu kapur menunjukkan taburan yang agak meluas tetapi terpencil-pencil di atas lebih daripada 200 bukit batu kapur, dari Kuala Krai hingga ke utara di Jeli. Sebahagiannya terdapat di dalam kawasan HSK, misalnya HSK Chiku, HSK Nenggiri dan HSK Sungai Betis. Di antara tumbuhan herba ekosistem batu kapur yang dianggap endemik di Kelantan, termasuklah spesies Begonia yang baru ditemui di Gua Jaya and Sungai Bering, Epithema, Ophiorrhiza longerepens dari Batu Boh dan Paraboea dari Gua Gagak dan Gunung Rabong serta Conodoboea dari Sungai Ketil, di selatan Gua Musang.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Rajah 3.1: Peta Klasifikasi Hutan Di negeri Kelantan.

PETA HUTAN PERLINDUNGAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

40 0 0 0 0 45 0 00 0 50 0 0 0 0

PETUNJUK Hutan dara Hutan lipur Hutan pelajaran Hutan penyelidikan Petak bancian hutan berterusan Petak pembesaran Ketinggian melebihi 1000m asl Tadahan Air Kategori A Tadahan Air Kategori B Tadahan Air Kategori C Hidupan Liar

650 0 0 0

65 0 0 00

1:800000

10 0 10 km

6 000 0 0

6 0 0 000

5 50 0 00

5 50 0 00

500 0 0 0

50 0 0 00

40 0 0 0 0

45 0 00 0

50 0 0 0 0

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

3.2

Persekitaran Biofizikal Semulajadi

Negeri Kelantan Darulnaim terletak di bahagian timurlaut Semenanjung Malaysia di antara latitud 4o30' - 6o15' Utara dan longitud 101o - 102o 45' Timur meliputi kawasan tanah seluas 1,493,181ha (Rajah 2.1) ­ menjadikannya negeri yang ke-enam terbesar di Malaysia dan ke-empat terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan bersempadan di sebelah utara dan timurlautnya dengan Negara Thailand; di sebelah barat, negeri Perak Darulridzuan; di selatan, negeri Pahang Darulmakmur; manakala di bahagian timurnya ialah negeri Terengganu Darul Iman. Bandara Raya Islam Kota Bharu yang merupakan ibu negeri Kelantan terletak pada latitud 6o7.6' ­ 6o8' Utara dan longitud 102o8.3' ­ 102o14' Timur, meliputi kawasan keseluruhan seluas 1,200ha. Jumlah penduduk negeri Kelantan pada 2001 ialah seramai kira-kira 1.42 juta orang berbanding dengan 1.3 juta pada tahun 1995; 94 peratus daripadanya berketurunan Melayu. Berdasarkan jumlah keluasan tanah berhutan seluas 894,271ha; nisbah hijau per kapita (per capita green ratio) bagi negeri Kelantan pada 2001 ialah 0.62ha. Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) penduduk per kapita pada 2001 ialah sebanyak RM6,618.00 (JPSM 2003) berbanding dengan RM6,241.00 pada 2000 (JPSM 2002). Pada keseluruhannya negeri Kelantan adalah merupakan negeri pertanian, dengan pembangunan di bidang lain berjalan dengan pesat, terutamanya dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan. Pada 1997, sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan menyumbangkan sebanyak 20.70 peratus kepada KDNK negeri. Penumpuan kepada bidang pertanian adalah selaras dengan Dasar Industri Asastani Negara yang menekankan kepada pembangunan industri asas-tani menerusi pengeluaran produk-produk baru bernilai-tinggi daripada komoditi pertanian, penggunaan sisa-sisa dan keluaran sampingan serta perhutanan-tani iaitu usaha yang menggabungkan pembangunan perhutanan dan pertanian di tempat/tapak yang sama. Buat masa ini ekonomi Negeri sebahagian besarnya bergantung kepada pengusahasilan sumber semulajadi terutamanya industri berasas hutan (seperti kayu balak dan produk bukan kayu) dan pengeluaran pertanian. 3.2.1 Ikim (Suhu, Hujan, Angin) Negeri Kelantan mengalami iklim tropika lembap atau iklim basah khattulistiwa yang dicirikan dengan suhu panas sepanjang tahun, Lembapan Bandingan (Relative Humidity) yang tinggi, sedikit berangin dan hujan lebat bermusim, terutamanya dalam musim tengkujuh (monsoon). Pada skala makro, berdasarkan ketinggian mukabumi dan pengaruh rain-shadow effect, lembangan Sungai Kelantan boleh dibahagikan kepada dua wilayah iklim iaitu Wilayah Iklim

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Utara dan Wilayah Iklim Tanah Tinggi Tengah. Wilayah Iklim Utara pada amnya lebih panas dan iklimnya lebih seragam, manakala Wilayah Iklim Tanah Tinggi Tengah berkeadaan lebih dingin dengan curahan hujan yang sedikit rendah daripada Wilayah Iklim Utara. Iklim negeri Kelantan pada keseluruhannya di pengaruhi oleh dua musim tengkujuh. Musim tengkujuh timurlaut biasanya berlaku di antara bulan-bulan November dan Januari (kadangkala sehingga Mac) bilamana negeri ini menerima kira-kira 40% curahan hujan tahunan, sedangkan musim tengkujuh baratdaya berlaku di antara Mei dan September. Di antara kedua-dua monsoon ini terdapat dua doldrum yang membawa hujan lebat terutamanya dalam bulan April dan Oktober. Purata curahan hujan tahunan ialah kira-kira 3,296.7mm dengan maksimum sebanyak 654.4mm dalam bulan Disember dan minimum 114.2mm dalam bulan Mac (Anon. 1994) (Rajah 2.2). Dalam keadaan tertentu, seperti yang berlaku dalam musim tengkujuh luarbiasa pada minggu kedua bulan Disember 2004, curahan hujan boleh mencapai angka 100-300mm dalam sehari. Ketika itu Kampung Gemang Bahru dilaporkan menerima curahan hujan tahunan 2,600mm dan Kg Jeli 3,300mm. Di Kota Bharu, Purata Curahan Hujan Tahunan ialah 2,608mm; min suhu tahunan 27oC dengan suhu minmum 23oC dan suhu maksimum 31oC ((Amer Saifude Ghazali 2000). Purata bulanan suhu di bandaraya ini adalah di antara 28oC dalam bulan Mei dan 25.5oC dalam bulan Januari manakala Purata Lembapan Bandingan Bulanan (LBB) ialah 82%. Nilai LBB yang tinggi ini adalah perkara biasa bagi negara beriklim tropika yang mana, bersama dengan pengaruh angin, memberikan kesan yang kuat terhadap variabel fizikal yang lain seperti kadar pemelowapan. Rajah 2.3. menunjukkan pola kadar purata tahunan pemelowapan terbuka bagi negeri Kelantan. Jadual 2.1 pula menunjukkan statistik mengenai pemelowapan air terbuka (open water evaporation), pemelowapan hutan (forest evaporation) dan pemelowapan rumput (grass evaporation). 3.1.2 Geologi dan Pedologi Tanah tinggi di bahagian utara dan baratlaut Kelantan merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa dengan topografi yang berbagai bentuk; dari dataran sungai ke hutan dipterokarpa bukit bawah hingga ke cerun-cerun curam (dari 8o - >40o) dengan sebahagian besarnya berada pada ketinggian 200m ­ 700m a.p.l. (atas paras laut). Kota Bahru terletak di kawasan dataran banjir

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

dengan ketinggian purata kurang daripada 76.2meter dari aras laut dengan tanahnya dari jenis lanar dan berpasir. Di bahagian pendalaman Kelantan, pada amnya lembah sungai berada di antara celah-celah batuan granit yang merupakan sebahagian daripada banjaran-banjaran gunung yang membentuk perbatasan negeri dan mengandungi batuan sedimentari, volkanik dan jelmaan. Jalur topografi mengunjur dari utara ke selatan selari dengan larian batuan dan pemanjangan gunung-gunung granit. Sebahagian besar geologinya terdiri daripada `metamorphic arenaceous rock/carbonaceous slate', terutamanya di cerun rendah. Di atas bukit-bukit dan cerun curam, terdapat batuan dari jenis acid igneous. Batuan seperti ini menghasilkan tanah-taneh dari siri Bungor serta tanah alluvial dan loam liat berpasir subur sehingga membolehkannya menyokong pertumbuhan hutan hujan tropika yang subur dan tebal. Geologi di bahagian tengah Kelantan di dominasi oleh Banjaran Timur di mana formasi geologinya berbentuk semasa era Triassic dan dicirikan dengan batupasir, batulumpur dan shale yang bersebati di samping kehadiran tanah volkanik (terbitan gunung berapi). Tanah di sini terdiri daripada campuran siri Bungor (varian merah (5YR 5/8)) dan Serdang. Di bahagian selatan Kelantan, situasi yang serupa juga ditemui di mana tanah di kawasan Lojing adalah berbentuk daripada formasi Silurian-Ordovician di mana batuan schists, phyllite, slate dan batu kapur lebih dominan dengan kehadiran sedikit batuan batupasir dan volkanik. Batuan jenis ini juga menghasilkan tanahtaneh dari siri Bungor dan Serdang. Di bawah klasifikasi pihak USDA (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat), tanah siri Bungor jatuh di dalam kumpulan tanah Typic Paleudult: "clayey, kaolintic dan isohyperthermic". Berdasarkan pengelasan FAO/UNESCO pula ia terkumpul dalam kelas Haplic Acrisol. Ciri utama tanah siri Bungor ialah warna yang kuning kecoklatan (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kekuningan (10YR 5/4, 5/6, 5/8); tanahliat berpasir halus; "weak to moderate, fine to medium sub-angular blocky structures; friable; deep, welldrained; occurs on undulating to steep terrain; CEC 5 ­ 10 cmol (+) per kg soil; low base saturation; diagnostic argillic horizon". Selanjutnya, bahan-bahan coalluvial juga ditemui terkumpul di sepanjang sungai-sungai. Siri Bungor boleh dijumpai di pelbagai topografi dari kelas kecerunan C3 (8o ­ 16o) ke C7 (35o). Dalam kes bahan koluvial tadi, tekstur tanahnya sangatlah berbaur disebabkan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

oleh pengumpulan deposit-deposit dari tanah tinggi ke kawasan lembah. Ia terdiri daripada campuran pasir, keladak, tanahliat dan batu kerikil. 3.1.3 Hidrologi Dari perspektif hidrologi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengklasifikasi negeri Kelantan kepada 3 Wilayah Hidrologi (WH) berdasarkan jenis batuan, tanah-taneh, topografi dan fisiografi. Wilayah-wilayah Hidrologi berkenaan ialah WH 63 (Kota Bahru, kod L5 W3); WH 64 (Tanah Merah, kod L1 W3) dan WH 65 (Kuala Kerai, kod L1 W2). Ringkasan ciri hidrologi wilayahwilayah berkenaan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2. WH64 (Tanah Merah) dan WH65 (Kuala Kerai) mempunyai tanah-taneh jenis lithosols pada cerun atas manakala di cerun bawah terdapat tanah podzol merah-kuning terbitan granit bersama-sama campuran podzol merah-kuning dan podzol kuning-kelabu serta tanah laterit terbitan batuan sedimen. Batuan jenis ini mempunyai aliran air bawah (baseflow) yang rendah dengan penghasilan air bumi yang rendah juga. Namun demikian, muatan penyimpanan airnya boleh ditingkatkan semasa hujan lebat manakala punca air boleh muncul di celah-celah pertemuan antara-muka dan jurang batuan yang mungkin membabitkan rekahan yang panjang. Ini bererti kederasan aliran sungai boleh berubah secara mendadak menurut keadaan sehingga boleh menyebabkan banjr kilat. Lapisan tanah di kawasan ini di dapati nipis dan menjadi tak stabil dan mudah dihanyutkan air apabila terdedah akibat pembasmian litupan tumbuhan/hutan di atasnya. Tanah dan lumpur yang terhakis dan hanyut setiap hari menjadi sedimen yang dimendapkan di kawasan tanah rendah yang mana menjadi penyebab utama yang menyumbang kepada limpahan sungai dan kejadian banjir. Kawasan WH63 (Kota Bahru) terdiri daripada dataran pantai yang luas yang mempunyai takat air bumi yang tinggi sehingga menyebabkan penakungan air. Bandaraya Kota Bahru sendiri disaliri oleh Sungai Kelantan, Sungai Keladi, Sungai Pengkalan Chepa dan Sungai Pengkalan Datu. Tanah-taneh didominasi oleh alluviam marin, gambut, regosol dan podzol, tanahliat organan dan tanah gley yang tidak subur di kawasan berhampiran pantai. Di bahagian daratan sedikit tanahnya ialah dari jenis sulfat berasid. 3.1.4 Sungai-Sungai

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Negeri Kelantan meliputi kawasan tanah seluas 14,943km dan 180 batang sungai dengan jumlah panjang 4,306.24km. Empat daripada sungai-sungai ini merupakan sungai-sungai utama iaitu Sungai Kelantan (lebar purata 180 ­ 300m), Sungai Golok (lebar purata 10 ­ 50m), Sungai Semerak (lebar purata 40m), dan Sungai Kemasin

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Jadual 2.2: Wilayah Hidrologi di Negeri Kelantan

Wilayah Hidrologi Klasifikasi Kota Bahru L5W3: batuan berongga daripada deposit pasir bertanahliat. Di sepanjang dataran pantai. Hasilan air >200m3/hari/telaga (disepanjang dataran pantai). 50 ­ 200m3/hari/telaga ke daratan. Tanah Merah L1W3: Mengandungi batuan raksasa terdiri daripada granit tak tulen bercampur shales, schists dan lahar gunung berapi. Poket-poket kecil batuan berongga terdiri daripada pyroclasts, tuffs, tuff terhakis. Batuan menghasilkan air bumi dari 0 ­ 12m3/hari/telaga. Batu berongga menghasilkan antara 20-50m3/hari/telaga hingga <20m3/hari/telaga. 2 9,920km 2,500 ­ 2,650mm 1,250 ­ 1,500mm 1,000-1,250mm Kuala Krai L1W2: sama seperti Tanah Merah

1

2 3

4

5

Luas, km2 -purata hujan tahunan - kadar.potential EP/ tahun Aliran permukaan potensi Geologi

2,250km 2,750 ­ 3,000mm 1,500 ­ 1,750mm 1,250mm

2

23,450km 2,250 -2,500mm 1,500mm 750 ­ 1,000mm

2

Deposit berpasir, bertanahliat, longgar

Terutamanya batuan bergranit takterkias, sedikit shales (didominasi oleh batupasir, batulumpur dan siltstones), batuan volcanic dan sedikit schists. Di bahagian tenggara kawasan terdapat shales dan grewel, pasir, tanahliat, batupasir liat dan siltstones.

6

Fisiografi

7

Pedologi

Ke arah pantai ­ tanah rata dan beralun dengan paya gambut di tengah. Ke arah daratan tofografinya lebih beralun dan teres riverin rendah dan sederhana tinggi. Di daratan kawasan didominasi oleh tanah alluvial dan tanah kelabu di atas recent riverine, subrecent dan marine alluvium. Tanah disepanjang pantai terdiri daripada regosols dan podzols dan tanah organic dengan tanah kelabu.

Bahagian barat bukit-bukit dan gunung-gunung bercerun curam. Di utara tofografinya tidak sebegitu teruk ­ terdapat bukit-bukit rendah dan tanah beralun. Tanah lithosols di bahagian barat dan tanah bertanahtinggi. Bukit Jeli: Podzolik merah kuning terbitan granit yang berubah kepada podzol kuning kelabu terbitan sediment di selatan. Tanah Merah: tanah laterit berasal sediment. Machang: podzol merah kuning dari granit berubah kepada lithosol di tanah tinggi curam di selatan. Tanah berhutan 84.5%; pokok, palma, pertanian kekal 8.0%; tanah pertanian 2.3%; padang rumput 2.2%; paya, rawa, hutan wetland 1.3%; Hortikultur 1.0%.

Di bahagian atas: granit tak terkias, shales di dominasi oleh batupasir, batulumpur dan batumendap), pyroclastics, tuffs, reworked tuffs, grwel, pasir, tanahliat, batupasir bertanahliat, batu mendakan dan sedikit schists. Di bahagian bawah terdapat jenis batuan yang sama dengan poketpoket kecil batupasir (didominasi oleh conglomerate, quartzites, greywackers, shales, schists, phyllites). Kompleks bukit dan gununggunung.

8

Tumbuhan dan Gunatanah

Tanah pertanian 29.5%; Paya marshlands, wetlands 19.6%; Pokok, palma, pertanian kekal 14.9%; Hortikultur 13.0%; Tanah berhutan 10.3%; Padang rumput 8.1%; Tanah terbiar, unclassified lands 3.4%; Bandar dan kawasan berkaitan 1.2%.

Keseluruhan bahagian utara kawasan ini didominasi oleh lithosols di atas kompleks tanah cerun dengan podzol kuning kelabu dengan alluvium sungai recent di sepanjang sungai-sungai utama. Jenis tanah ini menganjur keselatan dan boleh didapati di cerun-cerun bawah kompleks tanah curam, yang mana mendominasi bahagian selatan kawasan ini. Tanah hutan 85.1%; pokok, palma, tanaman kekal 9.5%, padang ragut 2.1%.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

(lebar purata 24m). Sungai Kelantan ialah sungai terbesar dengan keluasan tadahan air seluas 13,000km2 (85% dari keseluruhan luas negeri) dan mempunyai 2 cawangan utama iaitu Sungai Galas (kawasan tadahan 8,000km2 atau 54% daripada keluasan negeri), dan Sungai Lebir (kawasan tadahan 2,500km2 atau 17% daripada keluasan negeri). Sungai Golok ialah kedua terbesar dengan kawasan tadahan seluas 1,000km2 (6.7% daripada keluasan negeri) diikuti oleh Sungai Semerak (kawasan tadahan 200km2 atau 13% daripada keluasan negeri) dan Sungai Kemasin (kawasan tadahan 48km2 atau 3% daripada keluasan negeri) (JPS Malaysia 1995). Terdapat tidak kurang daripada 400 pentempatan, kampung, mukim dan bandar yang terletak di sepanjang sungai-sungai di seluruh Kelantan. Pada musim tengkujuh, kawasan yang mudah dilanda banjir ialah kawasan di sebelah hilir daripada muara pertemuan Sungai Galas/Sungai Lebir, bermula dari Kuala Kerai hingga ke muara Sungai Kelantan. Ini ialah kerana jalan utama bagi aliran air ke Laut China Selatan ialah menerusi Sungai Kelantan selain daripada beberapa sungai lain yang lebih kecil seperti Sungai Semerak, Sungai Kemasin dan Sungai Golok. Sungai Kelantan menampung beban yang berat akibat daripada input yang datang menerusi sungai-sungai lain di seluruh lembangannya. Sungai-sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Sokor, Sungai Nal, Sungai Pehi, Sungai Pergau, Sungai Kenerong, Sungai Nenggiri, Sungai Relai, Sungai Aring, Sungai Koh, Sungai Betis, Sungai Yai, Sungai Perias dan Sungai Jenera, selain daripada Sungai Lebir dan Sungai Galas. Purata tahunan bekalan sumber air permukaan bagi negeri Kelantan ialah sebanyak 5,430m3/saat yang mana sebahagian besarnya mengalir terus ke Laut China Selatan menerusi Sungai Kelantan. Angka ini adalah lebih tinggi daripada anggaran purata bagi Semenanjung Malaysia pada 5,050m3/saat dan lebih rendah daripada Terengganu iaitu 8,860m3/saat. Kapasiti penuh air dalam Sungai Kelantan di tempat-tempat yang berstrategik seperti Kota Bahru ialah 4,500m3/saat, Pasir Mas 6,600m3/saat, Tanah Merah 10,200m3/saat, Jambatan Guillemard 11,000m3/saat dan Kuala Kerai 10,500m3/saat. Di antara pelan tindakan yang dicadangkan bagi mengurangkan bahaya akibat banjir ialah dengan membina empangan baru seperti di Lebir, membina benteng di bahagian berisiko tinggi di sepanjang Sungai Kelantan, pembesaran dan pengorekan sungai. Di pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan,

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

sumbangannya yang penting dan tak ternilai dalam konteks ini ialah usaha berterusan bagi memantapkan pengurusan kawasan Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan dan Hutan Kawalan Banjir di seluruh negeri. Dalam hubungan ini perluasan/penambahan kawasan HSK yang boleh diikategorikan sebagai Hutan Kawalan Banjir adalah salah suatu strategi yang sedang diberi pertimbangan serius oleh pihak Jabatan. 3.1.4.1 Gunatanah Sehingga awal 2004, daripada jumlah keluasan tanah negeri seluas 1,493.181ha, sebanyak 59.89% atau 894,271ha adalah tanah berhutan dan 40.11% atau 598,910ha ialah tanah tidak berhutan. Daripada jumlah 894,271ha tanah berhutan; seluas 629,687ha (atau 70.41%) adalah Hutan Simpanan Kekal (HSK); 3,965ha (0.44%) Hutan Ladang; 151,836ha (16.98%) Hutan Tanah Kerajaan; dan 108,783ha (12.16%) kawasan Taman Negara. Tanah hutan yang berada di luar lingkungan HSK adalah di luar bidang kuas JPNK. Ini termasuklah Taman Hidupan Liar (THL), Hutan Tanah Kerajaan (HTK) dan Hutan Tanah Berimilik. THL terletak di bawah bidang kuasa pihak PERHILITAN. Hutan Tanah Kerajaan (HTK) terletak di bawah bidang kuasa pelbagai agensi lain kerajaan terutamanya yang berhubung dengan tanah dan hasil bumi, manakala hasil kayu kayannya terletak di bawah bidang kuasa pihak JPNK. Kira-kira 98.3% tanah milik digunakan untuk kegiatan pertanian di bawah beberapa program kemajuan tanah. Sehingga akhir 2001 jumlah kawasan tanah yang diusahakan untuk pertanian di Kelantan ialah 381,489.9ha berbanding dengan 335,660ha pada 1997. Tanah pertanian terbabit di tanam dengan: tanaman/ladang industri (319,135.7ha), buah-buahan (56,175.1ha), sayursayuran (3,115.8ha), kontan (1,632.0ha), rempah (450.7ha), dan tanaman lain (546.1ha) (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2003). Dalam bidang perindustrian pula, sehingga kini kira-kira 500ha tanah telah dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui projek-projek perindustrian terancang. Rajah 2.9 menunjukkan pecahan gunatanah di negeri Kelantan sehingga 2003. Peta gunatanah dalam Rajah 2.10 menunjukkan bahawa kebanyakan gunatanah pertanian berlaku di bahagian tanah pamah dan daratan sebelah utara dan timurlaut. Dasar Pertanian Negeri memberi penekanan kepada pembukaan tanah baru, pembangunan pertanian secara in situ, khidmat sokongan, pembangunan tanaman makanan dan pembangunan ladang nukleus dengan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

matlamat akhirnya menjadikan Kelantan sebagai negeri "Jelapang Makanan Negara". Pengalaman menunjukkan bahawa dasar kerajaan negeri yang memberi tumpuan kepada sektor ini telah berjaya

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Rajah 2.9: Pecahan Gunatanah di Kelantan

Jumlah Luas Tanah Negeri = 1,493,181ha

894,271ha (Hutan)

598,910ha (Tak hutan)

629,687ha (HSK)

381,490ha (Pertanian) 200,590ha (Rizab)*

3,965ha (Hutan Ladang) 151,836ha (Hutan Tanah Kerajaan) 108,783ha (Taman Hidupanliar)

5,000ha (Bangunan) 520ha (Industri)

4,000ha (Lombong)

7,310ha (Lain-lain)

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Rajah 2.10. Peta Gunatanah Kelantan

7 0 0 0 00

PETA GUNA TANAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

40 0 0 0 0 45 0 0 0 0 50 0 0 0 0

7 00 0 0 0

PETUNJUK

GETAH HUTAN HUTAN PAYA DAN BUYAU KAWASAN BAHARU DITERANG KAWASAN BANGUNAN LADANG KAWASAN PERBANDARAN KEBUN SAYUR-SAYURAN KELAPA KELAPA SAWIT KOLAM DAN TASIK PADANG TERNAK KEKAL PADI PELBAGAI TANAMAN PERKEBUNAN CAMPUR RUMPUT TERBIAR/LALANG SEMAK (BELUKAR)

N

6 50 0 0 0

6 5 0 0 00

1:800000

10 0 10 20 km

6 00 0 0 0

6 0 0 0 00

5 50 0 0 0

5 5 0 0 00

5 00 0 0 0

5 0 0 0 00

40 0 0 0 0

45 0 0 0 0

50 0 0 0 0

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

memberikan kekuatan dan ketahanan (resilience) kepada ekonomi Kelantan ketika berdepan dengan zaman kemelesetan ekonomi pada akhir 1990an. Matlamat utama pembangunan ruang (spatial) di negeri ini ialah: i) Pembangunan yang seimbang di antara wilayah: di antara Kawasan Kelantan Utara (KKU) yang lebih membangun dan Kawasan Kelantan Selatan (KKS) yang agak ketinggalan; ii) Eksploitasi sumber ekonomi secara rasional untuk mewujudkan kesan pengganda di beberapa pusat dan bandar; terutamanya sumber asli seperti perhutanan, tanah dan industri asastani, di samping eko-pelancongan; dan iii) Mempastikan bahawa perlindungan alam sekitar dan ekologi dapat dikekalkan secara berterusan serta menghayati konsep sustainable development yang mesra alam; misalnya menerusi pengurusan kawasan tadahan air tanah tinggi, pengawalan banjir dan pengurusan sumber hutan berdasarkan prinsip SFM oleh Jabatan Perhutanan. 3.2 Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Struktur organisasi JPNK adalah seperti berikut:

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

3.4

Kaedah Pentadbiran Dalam usaha mempastikan supaya sistem pentadbiran dan pelaksanaan projek-projek perhutanan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, Pengarah Perhutanan Negeri, di peringkat ibu pejabat di Kota Bharu, menyalurkan setiap arahan dan tindakan menerusi empat bahagian pelaksana utama iaitu:a) Bahagian Pembangunan Hutan Fungsi utama Bahagian ini adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengawal segala projek-projek pengurusan dan pembangunan hutan yang melibatkan kerja-kerja silvikultur, pengurusan sumber hutan, latihan, pengembangan serta kejuruteraan. b) Bahagian Operasi Hutan Bahagian ini bertanggungjawab mengawal kerja-kerja pelesenan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, mengutip hasil, serta penguatkuasaan undang-undang perhutanan. c) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Bahagian ini bertanggungjawab dalam aspek-aspek pentadbiran, perkhidmatan kakitangan, penyimpanan rekod dan juga kewangan Jabatan seperti kutipan hasil yang meliputi premium, royalti, ses pembangunan hutan dan caj-caj lain serta laporan shuttle. d) Pejabat Hutan Jajahan dan Renj Hutan Para petugas di pejabat-pejabat ini diketuai oleh Pegawai-Pegawai Hutan Jajahan dengan dibantu oleh Renjer-Renjer Hutan bertanggungjawab kepada pentadbiran di peringkat Jajahan dan Renj, membabitkan kawalan pengusahasilan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang. Mereka juga bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan aktiviti-aktiviti silvikultur di peringkat jajahan dan renj.

4.0

CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (CTT)

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

4.1

Pengiraan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) Berdasarkan di atas serta memandangkan akan kurangnya maklumat mengenai tumbesaran jangka panjang dirian kedua, andaian-andaian berikut digunapakai bagi mengira pertambahan isipadu kayu balak dan seterusnya Catuan Tebangan Tahunan (AAC) bagi Hutan Pengeluaran di Negeri Kelantan. 1) 2) 3) Pusingan tebangan = 30 tahun; Kadar tumbesaran isipadu pokok = 2.25 m3/ha/tah; Bukti yang menunjukkan bahawa pokok-pokok dipterokarpa pulih dengan baik selepas pembalakan. Walau bagaimana pun kadar pemulihan itu bergantung kepada kualiti kerja pembalakan yang dijalankan dan juga darjah kerosakan yang ditimpakan; dan 4) Secara purata setiap kilang berasaskan kayu di Kelantan memerlukan sebanyak kira-kira 18,200m3/tahun bekalan bahan mentah kayu balak bulat (Nazir Khan 2001). Ini bermakna jika kesemua 45 kilang papan yang masih beroperasi buat masa ini, dapat bertahan di sepanjang tempoh RPH, maka jumlah permintaan kayu balak bulat adalah 819,000m3/tahun. Dalam pada itu andainya jumlah kilang papan yang beroperasi meningkat kepada 50 buah, maka permintaan terhadap bekalan bahan mentahkayu balak bulat adalah 910,000m3/tahun. Dalam mengira AAC, terdapat dua senario yang boleh dipertimbangkan; senario 1 di mana pengiraan berdasarkan pemerhatian di lapangan; manakala senario 2 berpandukan kepada standard SMS.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Senario 1: Jadual 6.5: Pengiraan AAC Berdasarkan Senario 1

Tahun Luas Kawasan YEAL = 30 ++, ha Angg. Isipadu Permulaan (pada 2006), m3/ha Anggaran Isipadu Berdiri Bersih (Faktor kerosakan 35%); m3

Anggaran Isipadu Berdiri Kasar, m3

2006 2010 2015

56,587 59,106 61,949

200 190 115

57,193 x 200 = 11,317,400 59,106 x 190 x 2.25 x 4 = 101,071,260 61,949 x 115 x 2.25 x 9 = 144,263,727

7,356,310 65,696,319 93,771,418

Isipadu sedia dibalak 2006 ­ 2009 = 1,839,077 m3/tahun 2010 ­ 2014 = 13,139,263 m3/tahun 2015 ­ 2019 = 18,754,283 m3/tahun. Berdasarkan di atas, ternyata jumlah isipadu kayu balak bulat yang dapat dibekalkan adalah melebihi daripada keperluan maksima industri berasaskan kayu di negeri ini, meskipun mereka beroperasi pada tahap kapasti maksimum. Dalam hal ini apa jua bekalan yang berbaki, ada baiknya disimpan untuk kegunaan di masa akan datang. Namun demikian jika diandaikan kilang papan berkenaan memerlukan kira-kira 1 juta meter padu kayu balak bulat (termasuk jumlah yang akan dieksport ke luar Kelantan) maka wajarlah anggaran AAC sebanyak lebih kurang 1.2 ­ 1.3 juta meter padu dipertimbangkan. Dengan andaian bahawa pengusahasilan membabitkan tebangan sehingga kira-kira 100 m3/ha maka anggaran luas kawasan yang boleh dikeluarkan sebagai AAC di bawah senario ini ialah antara 12,000 ­ 13,000 ha/tahun. Perlu juga diingat bahawa sebarang usaha mengusahasil kawasan HSK secara besar-besaran hendaklah mengambil kira implikasinya terhadap alam sekeliling dan ekosistem hutan pada keseluruhannya. Dan pendekatan secara RIL dan LIL adalah merupakan alternatif terbaik.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Senario 2: Dengan mengambil andaian oleh Thang (1987): TM Isipadu tegak pokok >5cm ppd = 163.2m3/ha (pada YEAL = 30) TM Isipadu tegak pokok >45cm ppd = 63.8 m3/ha (pada YEAL = 30) TM Pengeluaran berekonomik = 30 ­ 40 m3/ha Jadual 6.6 memberikan ringkasan pengiraan AAC di bawah scenario ini. Jadual 6.6: Perkiraan AAC Di Bawah Senario 2.

Tahun Luas Kawasan, ha 56,587 59,106 61,949 Angg. Isipadu Berdiri pada YEAL 30 tahun, m 3/ha 63.8 63.8 63.8 Anggaran Isipadu Berdiri 3 Kasar, m 57,193 x 63.8 = 3,610,250 54,001 x 63.8 = 3,770,960 63,193 x 63.8 = 3,952,346 Anggaran Isipadu Berdiri Bersih (Faktor kerosakan 35%); m 3 2,346,660 2,451,125 2,569,025

2006 2010 2015

Isipadu sedia dibalak: 2006 ­ 2009 = 586,665 m3/tahun = 5,860 ha/tahun = 33 kilang papan 2010 ­ 2014 = 490,225 m3/tahun = 4,900 ha/tahun = 27 kilang papan 2015 ­ 2019 = 513,805 m3/tahun. = 5,100 ha/tahun = 28 kilang papan Perkiraaan di atas berdasarkan andaian bahawa: pengusahasilan membabitkan tebangan sejumlah kira-kira 100 m3/ha. Ini bermakna jika senario ke-2 ini diterima maka, jumlah AAC yang dicadangkan yang boleh dianggap sustainable ialah kira-kira 4,900 ha ­ 6,000 ha/ tahun. Dalam keadaan sekarang, senario 2 nampaknya lebih hampir kepada keadaan realiti yang mana akan menyaksikan lebih banyak kilang papan ditutup, kecuali usaha dibuat bagi menggembelingkan upaya supaya (i) bekalan dari hutan ladang dipertingkatkan dengan segeranya; (ii) kadar pembaziran sumber kayu di hutan dan di kilang diminimumkan menerusi amalan RIL/LIL dan peningkatan kadar perolehan (recovery rate); (iii) peningkatan dalam usaha R & D, terutamanya mengenai kajian tumbesaran; (iv) meningkatkan pemantuan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturanperaturan yang relevan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

5.0

PRISKRIPSI PENGURUSAN HUTAN Pengurusan sumber hutan asli di Negeri Kelantan dalam tempoh RPH yang lalu dijalankan berdasarkan kepada premis berikut: TM Kesemua hutan pengeluaran adalah terdiri daripada hutan darat hutan dipterokarpa campuran (inland mixed dipterocarp forest) TM Kesemua hutan pengeluaran adalah terdiri daripada campuran hutan tanah pamah, hutan bukit dan hutan bukit atas TM Pentadbiran dan pengurusan sumber hutan dijalankan berpandukan kepada beberapa garispanduan dan dokumen rujukan; di antaranya yang utama ialah: (i) Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992); (ii) RPH Negeri Kelantan bagi tempoh 1996 ­ 2005; (iii) Manual Perhutanan 2003 JPSM; (iv) Akta Perhutanan Negara 1984; (v) Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan; (vi) Rancangan Operasi Tahunan (Annual Operation Plan (AOP)) TM Pengurusan sumber hutan adalah bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi dan perlindungan alam sekitar negeri dan masyarakat tempatan. Pembahagian hutan kepada 11 kategori sebagaimana yang dituntut oleh Akta Perhutanan Negara dipatuhi sepenuhnya dengan tambahan satu lagi kategori hutan: Taman Hutan Negeri (THN) di HSK Gunung Stong Tengah pada 2005. Di sepanjang tempoh RPH yang lalu, pelbagai program dan projek pembangunan hutan telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak JPNK. Ini termasuklah Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Perhutanan Masyarakat, Pembangunan Tenaga Manusia dan Infrastruktur, Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam sekitar dan Publisiti & Pengembangan Maklumat Perhutanan. Pada keseluruhannya dianggarkan RM6 ­ 8 juta/tahun telah dibelanjakan bagi membiayai programprogram yang dinyatakan dengan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH). 5.1 Pengurusan dan Pembangunan Sumber Hutan Di bawah program ini usaha dijalankan supaya HSK dapat diurus secara saintifik dan teratur ke arah menjamin pengeluaran yang berterusan bekalan hasil kayu dan bukan kayu dan perkhidmatan hutan. a) Penubuhan HSK Projek ini membabitkan aktiviti-aktiviti penandaan dan pembersihan sempadan HSK termasuk kerja-kerja menyukat, mencuci sempadan, pemasangan tiang sempadan dan papan tanda bagi tujuan pengawalan dan pencegahan daripada pencerobohan. Keutamaan bagi dijalankan kerja penandaan dan pencucian

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

sempadan ialah di kawasan yang bersempadanan dengan kawasan Tanah Berimilik kerana pengalaman menunjukkan bahawa di tempat seumpama inilah biasanya kejadian pencerobohan dan kebakaran HSK bermula. 5.2 PENGURUSAN LADANG HUTAN Perkembangan hutan ladang di Kelantan adalah kurang menggalakkan di sepanjang 1980an dan 1990an. Sehingga akhir 2004 jumlah keluasan ladang hutan di Kelantan berada pada tahap 3,965ha; terdiri daripada ladang-ladang Acacia mangium (60%), Jati (Tectona grandis) (2.8%), Sentang (Azadirachta excelsa) (18.2%) dan Getah (Hevea brasiliensis) (2.1%). Namun demikian, senario ini nampaknya berubah mulai awal 2000an dengan beberapa syarikat swasta menunjukkan minat untuk melabur di dalam perhutanan ladang di Lojing, HSK Jedok, HSK Gunung Basor dan HSK Jentiang. Di peringkat Jabatan, perladangan hutan secara besarbesaran memanglah suatu perkara yang agak sukar dilaksanakan. Kerja-kerja ladang yang dijalankan setakat ini terbatas kepada menangani ladang sedia ada di samping menubuhkan ladang-ladang baru di dalam lingkungan keupayaan Jabatan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak, penanaman, rawatan dan penyediaan anak benih. Tinjauan ke atas rekod 11 tahun semenjak 1989 menunjukkan pencapaian yang agak bercampur oleh Jabatan. Secara puratanya kos menubuh dan merawat ladang hutan adalah RM1,130.175/ha dengan Kos Penubuhan sahaja boleh mencapai sehingga RM1,826.27 (Jadual 4.11). Jadual 4.11. Prestasi Perladangan Hutan, 1989 ­ 2002, Luas dalam Ha.

TAHUN 1989 1990 1992 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 Purata 100 120 230 165 100 30 0 80 0 840 439 167 1,091 430 432 523 Ha Di tanam 84.80 429.1 Ha Di rawat (termasuk penjarangan) 1,734.6 814.6 Jumlah Ha 1,819.4 1,243.7 974 100 960 669 332 1,191.0 460 432 603 Jumlah Kos, RM 878,504.11 954,575.87 351,923.98 182,627.35 675,151.50 910,793.55 471,525.00 1,010,004.00 763,250.00 567,217.00 1,018,298.90 RM/ha 482.85 767.53 361.32 1,826.27 703.28 1,361.43 1,420.26 848.03 1,659.24 1,313.00 1,688.72 1,130.175

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Tanaman Getah Pokok Getah menjanjikan pulangan yang baik bagi sektor perhutanan memandangkan penerimaan yang baik terhadap kayunya di pasaran tempatan dan antarabangsa sebagai bahan mentah perabot. Menurut rekod, perladangan getah di Kelantan untuk kayu balak bermula dalam tahun 1996 apabila tanah seluas 23.5ha dalam HSK Relai di tanam dengan pokok getah TLC (timber-latex clone) pada kos sebanyak RM4,044.54/ha. Ini bererti pada tahun 2005 dirian getah TLC yang pertama ini telahpun mencapai usia 9 tahun. Sehingga kini terdapat seluas 53.5ha getah TLC terletak di dalam Blok 1/96 dan 1/97 HSK Relai, dalam Jajahan Hutan Kelantan Timur (Jadual 4.12). Kos merawat dirian getah ini pada peringkat awal didapati sebanyak dalam lingkungan RM1,500.00/ha - RM3,500.00/ha. Jadual 4.12. Prestasi Penanaman Getah TLC di Kelantan, Luas dalam Ha.

TAHUN 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 Ha Di tanam 23.5 16.5 20 Ha Di rawat 2 33.5 33.5 33.5 33.5 53.5 Jumlah Ha 23.5 18.5 33.5 33.5 33.5 53.5 53.5 Jumlah Kos, RM 95,046.76 74,294.00 59,802.10 50,000.00 98,915.00

(termasuk RM78,965.00 sumbangan drp JPSM Kuala Lumpur)

RM/ha 4,044.54 4,015.89 1,785.14 1,492.54 2,949.70 3,724.93 3,560.79

199,284.00 190,502.45

5.3

PENGURUSAN HASIL BUKAN KAYU Tanaman dan Rawatan Rotan dan Buluh Rotan dan buluh adalah merupakan sebahagian daripada sumber produk hutan bukan-kayu yang amat penting dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, terutamanya bagi perusahaan pembuatan perabot. Pada keseluruhannya projek menanam rotan dan buluh dijalankan dengan cara dikontrak kepada pihak swasta dan di bawah pengawasan Jabatan. Menurut rekod, sehingga akhir 2004, seluas 1,753ha tanaman Rotan dan 155ha tanaman Buluh telah berjaya diwujudkan di Negeri Kelantan oleh JPNK (Jadual 4.13 & 4.14).

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Jadual 4.13. Aktiviti Penanaman dan Rawatan Rotan, 1986 ­ 2004

TAHUN HUTAN SIMPAN Ulu Sat Chabang Tongkat Chabang Tongkat Chabang Tongkat KOMPATMENT 66 36 33 32 37 38 54B 55 54A 54C 3 20 5 5 11B 12A 12B 62 63 55 57 120A/129 120B/129 120C/129 124 126 157 158 161 160 161 162 156 155 148 157 156 161 162 157 148 90 108 112 113 121 109 110 111 114 57 61 158 HA 25 20 40 40 15 15 8 8 30 12 5 50 40 15 40 30 30 35 30 10 35 40 40 40 140 140 140 70 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 25 20 25 20 25 25 25 20 1,753

1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993

Chabang Tongkat Chabang Tongkat Chabang Tongkat Ulu Sat Chabang Tongkat Ulu Sat Ulu Sat Ulu Sat

1994

Chabang Tongkat Relai Gunung Basor

1995 1996 1997 1998

Gunung Basor Gunung Basor Gunung Basor

1999

Gunung Basor

2000

Gunung Basor

2001

Gunung Basor

2002 2003 2004

JUMLAH

Gunung Basor Ulu Sat Gunung Basor

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Jadual 4.14(a-c) Prestasi Penanaman Rotan dan Buluh (Ha) Di Negeri Kelantan a) Rotan dan Buluh

TAHUN <1993 `94 `95 `96 `97 `98 `99 2000 `01 `02 '03 & `04 Jumlah

Rotan

Ha 363 170 120 280 210 25 175 125 125 90 70 1,753

Buluh

Ha 10 10 20 30 30 30 20 0 0 0 5 155

b) Rotan

TAHUN 1989 1990 1991 1992 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 Purata Ha Di tanam 46 30 17 90 120 280 210 165 200 125 125 90 Ha Di rawat 140 126 141 123 100 190 400 210 500 605 490 350 Jumlah Ha 186 156 158 213 220 470 610 375 700 730 615 440 Jumlah Kos, RM 94,908.02 78,988.32 74,923.55 106,390.00 172,418.00 373,825.00 291,268.75 341,497.00 620,000.00 499,745.00 463,726.20 391,636.03 RM/ha 510.26 506.33 474.20 499.48 783.72 795.37 477.98 910.66 885.71 684.58 754.03 890.08 681.03

c) Buluh

TAHUN 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 . Ha Di tanam 10 10 20 30 30 0 10 0 Ha Di rawat 0 0 30 30 30 0 80 0 Jumlah Ha Jumlah Kos, RM t.d. 89,090.00 123,493.50 93,740.00 0 65,000.00 0 RM/ha

50 60 60 0 90 0

1,781.80 2,058.23 1,562.33 722.22 0

Memandangkan akan kemajuan yang agak terbatas dalam hal pengurusan rotan dan buluh di Kelantan, JPNK perlulah mempunyai suatu halatuju tertentu berhubung dengan pembangunan sumber bukan-kayu ini; iaitu dalam konteks kos dan faedahnya, khususnya buluh yang didapati memakan kos yang agak tinggi.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

5.4

HCVF/ GRA Di Dalam FMU Tapak-tapak berikut telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk dijadikan HCVF dan GRA di dalam FMU negeri Kelantan: 1. Jaluran hutan yang membentuk koridor dan penampan di antara sempadan bahagian selatan FMU dengan Taman Negara. Adalah dicadangkan supaya lebar jalur penampan/ koridor ini ditetapkan pada 100 meter. 2. Kawasan hutan yang sekarang membentuk Taman Hutan Negeri Gunung Stong Kelantan di HSK Gunung Stong Tengah dan Taman Warisan Alam (TWA) Meranti Bukit di HSK Relai. Dengan status baru bagi HSK Gunung Stong Tengah dan TWA ini, kedudukan biodiversiti di kawasan berkenaan boleh dikatakan terjamin dan terpelihara. Taman Hutan Negeri Stong Kayu dengan pelbagai sumber dari segi geologi, sumber biologi, akuatik dan Aroid, moktob tanah, ektoparasit dan endoparasit, serangga, ikan dan Taman Hutan Negeri Stong ini juga telah merekodkan penemuan populasi Rafflesia Kerii, seperti endomik buluh Holttumochioo pubescens, seperti palas Licuala stongensis dan seperti Halia Zingiber Kelantanense. 3. 4. Semua 17 kawasan VJR yang sediada di seluruh negeri Kelantan. Semua rangkaian petak-petak kajian "growth plots" di Negeri Kelantan, iaitu terdiri daripada 15 buah PCK Kajian Tumbesaran dan 9 buah petak Kajian CFI, termasuk kawasan penampan (buffer zones) di sekeliling PCK dan CFI. 5. Kawasan/tapak lain yang akan dikenalpasti dari semasa ke semasa. Bagi merealisasikan konsep pemeliharaan sumber genetik ini, strategi berikut akan dilaksanakan semasa tempoh RPH ini. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menjadikan semua kawasan VJR dan Taman Hutan Negeri Gunung Stong, Kelantan sebagai HCVF Negeri Kelantan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

5.4.1

Mengenalpasti Spesies Sasaran: Spesies yang dipilih (atau spesies sasaran) ialah spesies yang dianggap sangat penting bagi sesuatu dirian hutan dan ekosistem, sehingga wajar diberi pertimbangan khas, di atas beberapa sebab: (1) Ia penting dari segi komersial, sehingga menyebabkannya ditanda untuk operasi tebangan memilih; (2) Ia mungkin berpotensi di masa hadapan, tetapi populasinya wujud dalam bilangan yang sangat sedikit sehingga penerusan hidup (survival) dan kelestarian spesies ini mungkin menjadi persoalan; (3) Spesies yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi, seperti dirianMeranti bukit di Taman Warisan Alam yang berpotensi dibangunkan sebagaidestinasi ekopelancongan; (4) (5) Spesies nadir; Spesies yang mempunyai kadar tumbesaran yang amat perlahan yang mana sebarang usaha penebangan akan mengancam survival mereka; (6) Spesies yang mempunyai potensi pembiakan yang rendah, misalnya terlalu jarang berbuah, manakala pembiakan tampang pula sukar dijalankan; (7) Spesies yang menghasil bijibenih yang banyak atau pokok yang mempunyai nilai tinggi bagi penghutanan semula. Spesies Pokok Sasaran adalah dikenalpasti berdasarkan kriteria yang tersebut di atas dan di susunatur menurut empat tahap kepentingan; iaitu rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

5.4.2

Menubuhkan Pengkalan Data: Sebuah pengkalan data yang baik dan berfungsi sangatlah penting dalam rangka untuk mempastikan keberkesanan dan relevannya sesuatu projek HCVF/GRA yang dicadangkan. Langkah-langkah yang terbabit termasuklah: · · · · Penyusunan (sorting) data dan verifikasi; Data coding menurut kaedah coding yang standard bagi spesies-spesies menurut prosedur yang diberikan dalam manual inventori; Memasukkan data ke dalam komputer dan penstoran (storage) ; Kompilasi data pokok dan maklumat lain seperti sejarah kawasan, geologi dan tanah, iklim, sistem pengurusan hutan, kehadiran hidupanliar, kejadian/insiden kerosakan dan kecederaan disebabkan serangan agen perosak, wind throw, kebakaran, etc., perilaku finologi (termasuk pengeluaran pucuk baru (flushing), pembungaan dan pembuahan); · · Mensistesis data dan menyediakan rumusan supaya memudahkan retrieval; dan Laporan berkala. Pemantauan dan penyediaan laporan yang tetap, misalnya setiap enam bulan adalah disyorkan supaya dapat direkod sebarang perubahan yang berlaku di dalam HCVF/GRA, dan untuk mengenalpasti bidang-bidang yang memerlukan perbaikan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

5.4.3

Aktiviti dan Pelan Tindakan Di Masa Hadapan Di Dalam HCVF/ GRA Bergantung kepada jenis dan peranan sesuatu HCVF itu, garis tindakan berikut akan diikuti oleh JPNK bagi mempastikan kegunaan dan relevannya untuk jangkamasa berterusan. (1) Menanda dan memelihara sempadan kawasan Ancaman-ancaman yang dihadapi oleh HCVF boleh jadi dalam berbagai bentuk, dari yang sekecil-kecilnya seperti kemasukan orang secara tanpa izin sehingga kepada kerosakan fisikal yang serius seperti pencerobohan dan pembalakan haram yang mana boleh membawa kepada kemerosotan fisikal yang berat ke atas kawasan dan sumber biodiversiti di dalamnya. Dengan demikian adalah penting supaya apa jua ancaman masakini dan juga yang bakal mendatang dikenalpasti dan kalau boleh dikuantifikasi supaya ianya dapat dimasukkan ke dalam rancangan pengurusan HCVF dan langkah-langkah berpatutan diambil bagi mengatasi/mengelakkannya. Pemeriksaan yang kerap dan survei ke atas sempadan disertakan dengan dokumentasi yang relevan mungkin dapat membantu mempastikan keselamatan dan keutuhan kawasan HCVF. (2) Menjalankan Inventori Pelbagai-Sumber ke atas HCVF Aktiviti ini boleh dijalankan bersama-sama dengan survei ke atas sumber pada skala FMU yang mana biasanya dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tempoh perancangan. Maklumat yang dikutip hendaklah meliputi seberapa banyak yang mungkin parameter dan sumber-sumber yang menerangkan situasi hutan berkenaan. Selanjutnya maklumat seumpama ini akan membantu pengurus dalam menetapkan peranan/fungsi serta kegunaan HCVF yang dimaksudkan dan memutuskan jenis-jenis kegunaan lain yang sesuai dengannya. (3) Menyelenggara Pengkalan Data dan Mendokumentasi serta Memasang Tanda Di Tanah Berhubung dengan Ciri dan Sumber yang Relevan Wujudkan pengkalan data - pengkalan data yang bersesuaian mengandungi maklumat mengenai sumber (hidup dan bukan hidup) di dalam HCVF termasuk yang mempunyai potensi bagi kegunaan yang lestari di masa hadapan. Spesies pokok sasaran khususnya hendaklah ditanda kedudukannya di tanah dan di atas peta dan seterusnya didigit di atas komputer. Selanjutnya pokok-pokok ini akan dilabel dengan label plastik berukuran 4cm x 10cm dengan menunjukkan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

maklumat mengenai nama-nama tempatan dan saintifik dan dipasang pada ketinggian yang bersesuaian di batang pokok. Label-label ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi mempastikannya tidak rosak atau hilang dan maklumat di atasnya dapat dibaca dengan jelas. (4) Memantau Pembungaan dan Pembuahan dan Mengutip Biji Benih. Aktiviti ini dijalankan secara tetap dan direkod dengan baik. Pola dalam pengeluaran bunga dan buah akan dipantau dalam konteks perubahan cuaca dan musim serta respons terhadap perubahan alam sekitar. Dalam hubungan ini data mengenai cuaca (taburan hujan, rajah angin, suhu, lembapan) serta faktorfaktor lain seperti kejadian jerebu, pencemaran, aliran air, dll akan dipantau dengan input dan kerjasama dari agensi-agensi berkaitan. Faktor-faktor alam sekitar sudah semestinya mempunyai kesan yang penting ke atas kesihatan pokok dan seterusnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti bunga dan buah yang dihasilkan. (5) Mengesan dan Mengutip Anakliar. Penghasilan bijibenih dan stok tanaman yang viabel akan merupakan salah satu daripada matlamat HCVF yang digunakan sebagai GRA yang mana merupakan satu daripada raison d' etre penubuhannya. Bijibenih dan anak liar dari kawasan ini akan dilabel dengan baik menurut provenannya sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ujikaji atau digunakan dalam aktiviti-aktiviti penanaman secara in situ dan ex situ serta operasi penghutanan semula. (6) Menubuhkan Tapaksemaian bagi Pembiakan dan Penambahbaikan Stok Tanaman. Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti (4) tetapi dengan objektif bagi menubuhkan stok masa depan bagi bahan tanaman berkualiti dan terpilih. Spesies yang disasarkan tidak terhad kepada spesies pokok hutan sahaja malah kepada semua spesies yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi (high conservation value). (7) Bancian-semula pokok-pokok dan sumber-sumber lain Aktiviti ini bertijuan untuk memantau taburan, kuantiti, kadar tumbesaran, tahap kesihatan dan perilaku fenologi mereka. Aktiviti ini termasuklah memantau status spesies sasaran dan menilai kelayakannya untuk terus diiktiraf sebagai spesies sasaran dalam konteks persekitaran sosio-ekonomi yang berubah-ubah.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

(8)

Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) R & D ke atas biologi populasi, sistem reproduktif dan program pembiakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan atas dasar kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti institusi penyelidikan perhutanan dan pertanian serta universiti-universiti. Dewasa ini terdapat minat yang meningkat di kalangan agensi-agensi antarabangsa dalam menyokong pembangunan kawasankawasan pemeliharaan, tetapi hal ini perlu di jalankan secara terancang dengan penglibatan penuh agensi-agensi tempatan. Strategi pemeliharaan yang bersesuaian akan dibangunkan oleh JPNK bagi dengan rancangan pengurusan HCVF yang baik. setiap tapak dan disertakan

Pengalaman yang akan diperolehi berhubung dengan pengurusan HCVF, akan membantu pengurusan hutan dalam: Membangunkan teknik penubuhannya dalam konteks kos dan faidah yang dijangka; Penubuhan HCVF akan menyumbang kearah pembentukan rangkaian contohcontoh HCVF yang menyeluruh, di Malaysia khususnya dan tropika amnya; dan Selanjutnya rangkaian HCVF yang berfungsi penuh boleh dibangunkan sebagai sebahagian daripada "International Registry of HCVFs" yang lebih besar. Tumpuan utama daripada perlaksanaan rancangan strategi projek SFM adalah membabitkan isu-isu berikut: 1) Perlaksanaan operasi-operasi perhutanan (pengusahasilan dan pemuliharaan) yang mesra-alam sekitar dan membantu kearah pencapaian objektif silvikultur yang disertakan dengan langkah-langkah mitigasi dengan tujuan mengelakkan kerosakan dan operasi pemuliharaan yang mahal harganya. 2) Pembinaan pengkalan data dan maklumat secara bersistematik dan teratur mengenai stoking dan komuniti hutan pada peringkat kompatmen; yang mana merupakan syarat asas bagi membuat unjuran stoking masa hadapan dan penentuan catuan isipadu tebangan tahunan (AAC). 3) Menjana, merumus dan menjaga aliran maklumat yang lengkap dan berterusan yang mana penting bagi kegunaan pengurusan dan pembuatan keputusan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

Matriks dalam Jadual 8.1 menunjukkan senarai aktiviti keutamaan dalam perancangan operasi di dalam kawasan HSK Hutan Pengeluaran di negeri Kelantan, di sepanjang tempoh RPH.

Jadual 8.1:

Perancangan Stategik Pengurusan HSK Dalam Tempoh RPH (2006 ­ 2015)

Aktiviti

STATUS REGENERASI/ BIL. TAHUN SELEPAS PEMBALAKAN (YEAL) Catatan

YEAL = >25 (Dibalak pd & sebelum 1980) 2 Dibalak 2006­2010 (RPH ini bermula pada 2006, i.e. pusingan ke 2) 1. Sediakan RPH; 2. Peruntukan kawasan untuk diusahasil 3. Sediakan Rancangan Operasi 5-tahun. 1. Ditanda-semula dan dibersihkan YEAL = 20<25 (Dibalak 1981-85) 3 Balak 2011­ 2015 YEAL= 15<20 (Dibalak 1986-90) 4 Dibalak 2016 -2020 YEAL = 10<15 (Dibalak 1991-95) 5 Dibalak 2021 - 2025 YEAL = 5<10 (Dibalak 1996 - 2000) 6 Bakal dibalak 2026 ­ 2030 (tamat Kitaran Ke 2) YEAL = 0<5 (Dibalak 2001 -2005) 7 2031 ­ 2035 Calon bagi memulakan pusingan ke 3. 1. Kemaskini data inventori mengenai sumber hutan; 2. Peruntuk kawasan utk di usahasil 1. Ditanda-semula dan dibersihkan Dirian hutan akan diklasifikasi semula berdasarkan inventori HSK diseluruh negeri.

1 Jadual pembalakan bagi hutan dirian ke-2 Perancangan Operasi

1.Peruntukan kawasan utk di usahasil; 2. Sediakan Rancangan Kerja 5-tahun 1. Ditandasemula dan dibersihkan

1. Sediakan RPH; 2. Peruntukan kawasan utk diusahasil.

Sempadan

1. Ditandasemula dan dibersihkan

1. Kemaskini data inventori mengenai sumber hutan; 2. Peruntuk kawasan utk di usahasil 1. Ditandasemula dan dibersihkan

1. Sediakan RPH baru; 2. Peruntukan kawasan balak utk diushasil;

Tentukan kaedah pengelasan hutan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

Inventori / Survei

1. Survei sumber komprehensif, 2. Inventori Pre-F

Inventori Post-F1

Terpulih?

Terpulih?

Post-F2

Post F1

Penandaan sempadan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang hutan perlu diberi keutamaan. Setiap kakitangan dan unit dalam JPNK bertanggungjawab dalam hal penguatkuasaan undangundang dan peraturan hutan. Inventori ke atas semua sumber kayu dan bukan kayu bagi megenalpasti dan membangun sumber yang berpotensi menjana ekonomi negeri.

Jalan: Pembinaan & Penyelenggaraan . Pengusahasilan

Jajaran baru/ pembinaan baru

Jalankan survei ke atas jalan & infrastruktur Kajian "re-tooling & redesigning" sistem pembalakan

Berdasarkan AAC dan peraturan Penandaan Pokok

Regenerasi Semulajadi (NR) Rawatan ke atas NR

Tubuhkan PCK tumbesaran (GY) dan pemantauan Potong akar Pre-F

Ulang-ukur PCK GY

Rondaan rutin & penyelenggaraan infrastruktur Bangunkan kaedah pembalakan terbaik sesuai dengan keadaan kawasan hutan. Ulang-ukur PCK GY

Selenggara jalan bagi memudahkan perhubungan untuk kerja silvikultur Halusi teknik pembalakan yang bersesuaian dengan hutan dirian kedua Ulang-ukur PCK GY Kemaskini rekod tentang kos dan hasil

Analisis data dan buat unjuran isipadu akan datang. Pertingkatkan tahap kesihatan hutan (forest hygiene)

Pantau pembungaan dan pembuahan secara berterusan

Penjarangan liberasi bagi jaras besar

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006 Penjarangan Penjarangan daunNR kedaun & (anakbenih penjarangan pilih bagi semulajadi) NR Tanaman Survei kawasan/ Mengaya (TM) spots untuk direhabilitasi Rawatan Tanaman Mengaya (RTM) Tapak Semaian Perhutanan Pembajaan & Pruning

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015) Penjarangan ke2 /

Jalankan TM di atas ruang kosong dan lorong penarikan Penjarangan pertama TM Penjarangan TM. ke-2

Tanam kawasan terdedah/kawasan kosong & lorong penarik.

Selenggara setiap 5 tahun

Zon Penampan (ZP) HCVF

1. Fasiliti tambahan bagi t/semaian 2. Kutipan bijibenih & Pemantauan pembuahan spesies pokok 3. Membiak/ Membina stok tanaman Tandakan peta lokasi ZP & tandakan ditanah. 1. Kenalpasti & tanda HCVF; 2. Kenalpasti habitat sasaran 3. Kenalpasti spesies sasaran. Kenalpasti dan tandakan HP di atas peta dan di tanah

1. Pindahkan stok tanaman ke kawasan penanaman

1. Kaji kemungkinan menubuh tpk semaian sementara bagi menjimat kos peng-angkutan. 1. Kaji kegunaan alternatif bagi ZP

1. tingkatkan kapasiti tpk semaian bagi mengeluarkan NTFP & herba.

1. Tapaksemaian dikomersilkan 2. JPNK menawarkan kepakaran/ khidmat nasihat tentang tapak semaian 1. dokumentasi flora & fauna dalam ZP 1. Komersialkan sumber BioD; 2. Sediakan brosur/risalah promosi 1. Rondaan rutin.

Hutan Perlindungan (HP)

Rondaan rutin ZP bagi mempastikan tiada violation 1. Sediakan Rancangan Pengurusan bagi HCVF; 2. Inventori sumber-sumber dalam HCVF Kaji sumbersumber di dalam HP dan dokumentasi hasil kajian. 1. Laksanakan syor2 dalam Stong Development Plan 2. Sediakan plan bagi memasar/ promosi G. Stong & tarikannya.

1. survei ke atas flora & fauna dalam ZP Kajian konservasi dalam HCVF.

Hutan Rekreasi/ Ameniti

1. Susul pembangunan Taman Hutan Negeri (THN) di HSK G. Stong. 2. Sediakan rancangan pengurusan bagi Taman Hutan Negeri Gunug Stong. 3. Bina infrastruktur

1. Daftarkan HCVF ke dalam senarai-daftar nasional atau dunia. 2. Rondaan rutin. Sediakan Rancangan Pengurusan bagi HP selaras dengan prinsip SFM 1. Bangunkan rancangan dan langkah perlindungan bagi THN; 2. Terbitkan bahanbahan promosi; 3. Selenggara infrastruktur/ kemudahan

Bangunkan langkah-langkah perlindungan bagi HP

Kaji kesesuaian HP dengan kegunaan lain hutan.

1. Jalankan survey pasaran ke atas permintaan rekreasi bagi fasiliti-fasiliti JPNK's; 2. Jalankan R&D yg berkaitan dgn ekopelancongan di Kelantan. 1. Terbitkan penemuan R & D

Penyelidikan & Pembangunan

1. Ulang-ukur PCK Tumbesaran 2. Tubuhkan rangkaian baru PCK

1. Kajian ke atas hidrologi & ekologi; 2. Jalin

1. Bentang hasil kajian dlm seminar/wksyop. 2. Bangunkan

1. Rondaan rutin; 2. Selenggaraan rutin keatas kemudahankemudahan 3. Dapatkan sokongan kewangan bagi R&D ke atas penyelidikan mengenai ekopelancongan. 1. Selenggaraan rutin kemudahan, R & D, PCK 2. Ulang-ukur dan

1. Bentangkan hasil R&D dalam seminar; 2. Terbitkan hasil

Selenggara tiap tahun, Ulangukur setiap 3 atau 5 tahun

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006 (R & D) Tumbesaran 3. Tubuhkan stesyen tetap bagi kajian luar

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015) kolaborasi R & D dengan agensiagensi lain. strategi bagi membiayai R&D, selenggara fasiliti, 3. Tingkatkan kapabiliti 1. dapatkan kolaborasi dan sokongan kewangan bagi latihan k/tangan. kutipan data rutin. R&D

Latihan/ pembinaan kapasiti

Pensijilan (Odit penuh) Pensijilan (Odit tahunan/ surveillance) Rebiu Berkala RPH

1. Woksyop mengenai 1. tetapkan 1. JPNK 1. kembangkan RPH yang baru; tempat bagi menawarkan skop dan 2. latihan dalaman latihan k/tangan latihan kepada peupayaan latihan. bagi k/tangan agensi-agensi 3. Latihan bagi lain. kontraktor, pembalak & pembekal 4. Kempen kesedaran bagi orang ramai. 1. Pensijilan FSC diikuti dengan odit pemantauan tahunan; 2. ISO 14001 certification; 3. ISO 9001 certification; 4. Other certifications/ accrediations ---- Odit Pemantauan Tahunan (annual surveillance) --2009 2012, 2015 2018 2025 2030

Kekerapan 3 ­ 5 tahun. Dijalankan oleh Badan Pensijilan yg dilantik (misal MTCC, SIRIM QAS International, dll.)

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

6.0

IMPLIMENTASI 6.1 Jadual Perlaksanaan

Usaha-usaha perancangan dan perlaksanaan garispandu dan arahan yang disarankan di dalam RPH ini adalah dibuat berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut: 1) Disebabkan oleh saiz FMU yang luas dengan pelbagai jenis habitat dan topografinya, adalah sukar untuk menjalankan suatu inventori yang benar-benar komprehensif serta penilaian ekonomi ke atas semua kompatmen hutan serta segala sumber dan stoking yang terdapat di dalamnya dalam tempoh masa yang singkat. Meskipun demikian data-data dan maklumat yang dikutip sehingga kini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang situasi sumber hutan yang diurus.

(2)

Data tempatan mengenai kadar tumbesaran spesies pokok dan dirian yang hidup di dalam keadaan silvikultur dan status regenerasi yang berlainan yang dikutip sehingga kini memberikan isyarat yang bercampur berhubung dengan pola masa depan tumbesaran dirian kedua. Ini bererti lebih banyak data dari pengukuran yang berterusan dan berkala diperlukan sebelum sesuatu pola dapat dikesan untuk dibuat unjuran. Ia juga menuntut supaya lebih banyak PCK tumbesaran di tubuhkan dalam semua HSK (jika tidak dalam setiap kompatmen) di seluruh negeri Kelantan. Memandangkan akan batasan ini, maka data anggaran dan andaian daripada kawasan di luar FMU telah terpaksa digunakan bagi membuat unjuran prestasi tumbesaran dirian pokok pada umur-selepaspembalakan (YEAL) yang berlainan. Keadaan ini tak dapat tidak memberi kesan kepada kejituan pengiraan AAC dan sebagainya.

(3)

Penyimpanan-rekod yang kurang memuaskan dan tidak kemaskini dalam Buku Rekod Kompartmen (BRK ­ compartment record book) mengenai operasi perhutanan, keputusan ringkas inventori, pemerhatian di lapangan dan keadaan demografi/ komposisi dirian hutan, rawatan silvikultur serta tindak balas dirian dan spesies pokok terhadap rawatan berkenaan. Ini memberikan ruang di masa hadapan ke arah penambahbaikan prosedur kerja dan peningkatan kualiti yang mana akan diberi perhatian khusus oleh JPNK di sepanjang tempoh RPH ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

(4)

Terdapat keperluan bagi latihan di kalangan kakitangan di semua peringkat, terutamanya di peringkat profesional dan pengurusan serta pelaksana. Keperluan latihan juga terdapat di kalangan kontraktor, pembalak dan pembekal di samping kempen kesedaran bagi masyarakat umum, terutamanya komuniti yang bergantung secara langsung kepada hasil dan perkhidmatan hutan. Usaha-usaha latihan dan kempen kesedaran perlu menekankan kepada aspek kepunyaan (sense of belonging) dan cinta kepada hutan dan alam sekitar di mana setiap orang dianggap sebagai rakan-kongsi (partner) dalam usaha yang baik ini.

(5)

Terdapat keperluan kepada penyelidikan dan pembangunan (R & D) khususnya dalam hal berkaitan dengan tumbesaran dirian kedua, kerosakan pembalakan, ekologi, perhutanan-tani dan alam sekitar. R & D hendaklah berbentuk aplikasi dengan tujuan membuka peluang bagi meningkatkan pembangunan industri dan menambahkan hasil pendapatan negeri dari sektor perhutanan. Contoh yang nyata ialah projek perintis bagi pembalakan di tanah tinggi di atas 1,000m dari paras laut dan usaha membangunkan ekopelancongan, hutan rekreasi dan Taman Warisan Alam. Terdapat keperluan segera bagi pensijilan operasi perhutanan, terutamanya di bawah skima MTCC, ITTO, FSC dan ISO14004. Pensijilan seperti ini membolehkan estet HSK negeri Kelantan diiktiraf sebagai sebuah FMU dan unit pengurusan hutan hujan tropika yang diurus dengan bijak, saintifik dan professional selaras dengan prinsip SFM.

(6)

Berdasarkan di atas, strategi berikut akan diambil oleh JPNK bagi melaksanakan RPH ini dengan jayanya: 1) Mendokong segala usaha kearah meningkatkan kadar tumbesaran pokok muda dan regenerasi dipterokarpa dan bukan-dipterokarpa yang bolehniaga (termasuk sapling, pol kecil dan pokok-pokok muda bersaiz dalam kelas saiz kecil). Ini termasuklah menjalankan aktiviti-aktiviti silvikultur dan pemulihan yang dijangka dapat mewujudkan sekitaran yang kondusif bagi pokok muda dan regenerasi dalam dirian tinggal. Aspek pengawasan dan penguatkuasaan juga akan dipertingkat bagi mempastikan bahawa operasi pengusahasilan dan pembukaan jalan tidak membawa kerosakan yang berat ke atas ekologi dan dirian.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

2)

Memberi keutamaan tinggi kepada inventori selepas-tebangan (Post-F), bermula dari dirian kedua yang paling tua dengan YEAL = 10 tahun dan ke atas. Ini adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan komposisi dirian dari segi taburan spesies dan saiz. Berdasarkan maklumat ini pengelasan dirian selepas dibalak akan lebih terperinci dan bermaklumat.

3)

Memberi keutamaan tinggi kepada rawatan silvikultur dan pemulihan yang bertujuan untuk membebaskan pokok-pokok muda dan pol daripada sebarang saingan dan dominasi oleh pokok lain yang tidak dikehendaki.

4)

Meneruskan pemantauan status dan perkembangan tumbesaran dirian kedua menerusi petak-petak kajian yang ditubuhkan. Data dan keputusan dari pemantauan akan digunakan bagi menilai semula unjuran ke atas AAC dan seterusnya hasil kewangan untuk tahun-tahun mendatang.

5)

Meneruskan pemantauan dan pembangunan hutan pemeliharaan dan HCVF serta sumber biodiversiti negeri. Pengurusan hutan pemeliharaan dan HCVF akan dijalankan berpandukan kepada rancangan pengurusan yang disediakan khas bagi hutan-hutan berkenaan. Maklumat mengenai sumber biodiversiti berguna bagi mengenalpasti produk/ perkhidmatan hutan alternatif yang boleh dibangun dan dikomersialkan.

6)

Membina pengkalan maklumat dan data pada peringkat kompatmen iaitu meliputi aspek-aspek mengenai: sempadan, sumber kayu balak, sumber NTFP, ciri-ciri botani, kadar tumbesaran, sumber biodiversiti dan hidupan liar, fenologi, sumber bijibenih, hidrologi, tanah, latarbelakang pembalakan dan sejarah silvikultur, kepentingan sosial, dll. Sebahagian daripada maklumat ini merupakan komponen penting yang perlu dimasukkan di dalam BRK (Buku Rekod Kompatmen).

7)

Melaksanakan dengan segera garispandu sediada bersama-sama dengan syor tambahan mengenai langkah-langkah kawalan (mitigation) seperti yang disyorkan dalam Bab 5, 6, 9, dan 10 dalam RPH ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

6.2

KEPATUHAN KEPADA MC & I (2002) Persoalan yang sering dikemukakan oleh juruaudit pengurusan hutan/alam sekitar adalah berkisar di sekitar maklumat yang direkod berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, produk yang dikeluarkan serta perkhidmatan yang ditawarkan di samping hubungkait di antara pelbagai proses, pemegang hak (stakeholders) dan alam sekeliling. Dalam konteks ini, pengalaman menunjukkan bahawa kebanyakan organisasi gagal mendapat sokongan ke arah pensijilan disebabkan oleh masalah berkaitan dengan kawalan dokumen selain daripada sebabsebab lain seperti proses dan operasi perhutanan, pemeriksaan, ujian dan pengukuran. Pengalaman JPNK dengan beberapa badan audit dalam tahun-tahun kebelakangan telah menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan dalam mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang relevan termasuk protokol MC & I (2002) di bawah MTCC yang mana telah menggunapakai kesemua 10 Prinsip dan 56 Kriteria Pengurusan Hutan yang dianjurkan oleh pihak FSC. Prinsip-prinsip FSC adalah seperti berikut: Prinsip 1: Prinsip 2: Pematuhan kepada undang-undang dan Prinsip FSC (6 kriteria) Hakmilik dan Hak dan tanggungjawab Penggunaan Tanah (3 kriteria) JPNK dan kesemua pejabat Hutan Jajahan adalah anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah di peringkat daerah bagi menyelesaikan semua pertelingkahan dan percanggahan dalam hakmilik tanah hutan, jika ada. Sehingga kini belum ada sebarang pertelingkahan membabitkan tanah hutan dalam HSK. Undang-undang negara menetapkan bahawa semua hutan dalam HSK adalah milik kerajaan. Pada masa yang sama hak milik tanah di bawah Hutan Tanah Kerajaan dan Hutan Berimilik dihormati. Prinsip 3: Hak-hak Masyarakat Orang Asli (4 kriteria) Hak-hak masyarakat Orang Asli sentiasa dihormati dalam konteks perundangan negara. Prinsip 4: Hubungan Kemasyarakatan dan Hak-hak Pekerja (5 kriteria) Kehadiran JPNK di peringkat daerah diterima baik. Rakyat dan komuniti perniagaan di Kelantan diberi keutamaan bagi mendapat pekerjaan dalam Jabatan dan kontrak perhutanan. JPNK telah menyumbang secara positif

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 2006

Rancangan Pengurusan Hutan (2006 ­ 2015)

kepada ekonomi negeri dan semua daerah-daerahnya.Terdapat jawatankuasa bersama di antara pihak JPA dan kakitangan awam. JPNK merupakan majikan yang baik dan jiran yang bertanggungjawab. Prinsip 5: Faedah-faedah dari Hutan (6 kriteria) Kadar tumbesaran yang menasabah dalam hutan dirian kedua mempastikan kemampanan operasi perhutanan ke dalam pusingan kedua di bawah SMS. Prinsip 6: Impak Alam Sekeliling (10 kriteria) Tiada penggunaan api atau pembakaran terbuka dalam semua operasi perhutanan. Pengurusan kawasan simpanan dan perlindungan dirujuk dalam RPH . Garispandu mengenai langkah-langkah memitigasi impak negatif dari operasi perhutanan, dipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Pembuangan bahan kimia, bekas menyimpan, minyak buangan, dll, dijalankan dengan baik. Prinsip 7: Rancangan Pengurusan Hutan (4 kriteria) Pengurusan JPNK terdiri daripada pasukan profesional yang layak dan berpengalaman. Pengurusan sumber adalah selaras dengan SFM yang memberi penumpuan seimbang kepada keperluan-keperluan ekonomi, sosial, dan kemapanan serta perlindungan alam sekitar. RPH ini adalah penerusan daripada RPH yang sebelumnya yang tamat pada 2005. Suatu ringkasan awam daripada RPH ini akan dilampirkan pada laman web JPNK. Prinsip 8: Pemantauan dan Penilaian (5 kriteria) Projek-projek penyelidikan secara kerjasama dengan FRIM, MACRES, JPSM, UPM, dll, dijalankan. PCK penyelidikan dan pemantauan ditubuhkan dan diulang-ukur secara berkala. Keupayaan R & D terus dipertingkatkan. Latihan dan pendedahan yang bersesuaian diberikan kepada kakitangan berkenaan. Prinsip 9: Penyelenggaraan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi (HCVF) (4 kriteria) Kawasan HCVF telah dikenalpasti dan ditandakan di atas peta dan juga di tanah. Terdapat rancangan tindakan bersesuaian bagi pengurusan HCVF. Prinsip 10: Ladang Hutan (9 kriteria) Prinsip ini hanya relevan bagi ladang hutan yang ditubuhkan pada atau sebelum 1994.

Information

RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

53 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

26849


You might also be interested in

BETA
6.1OVERALL CONCLUSION
Microsoft Word - Senarai Peserta Kursus Induksi Khusus Baru.doc
RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006