Read organisasi_vol31_no1_(231-239)2008.pdf text version

Masalah Pendidikan, 31(1)

ORGANISASI PENDIDIKAN SEBAGAI SATU SISTEM SOSIAL:

ANTARA MATLAMAT DAN FUNGSI EDUCATIONAL ORGANIZATIONASA SOCIAL SYSTEM: BETWEEN FORMAND FUNCTION

Rahmad Sukor Ab. Samad Mahzan Arshad Sid Awa Abu Bakar Abdul Jalil Othman Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

This article suggests an approach in managing schools, based on the system framework that is related with the school as a social organization, especially the mission and functions of the school. Equipped with the definitions of several general terms used in educational organization, this article will discuss some of the pivotal ways in implementing and managing change in schools. This article will also review the educational organization as a social system, and the components required to be one, such as structure, individual, culture and politics. Apart from that, the output of educational organization as a social system will also be discussed. It is hoped that this article will provide sufficient insights about the current trends in school management and the implementation of change in schools, particularly to the school leaders.

Pemimpin sekolah bertanggungjawab sebagai watak utama dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah, dan pengurusan yang baik merupakan asas dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Sebagai pengurus, pemimpin sekolah bukan sahaja harus mempunyai asas empirikal dan logikal dalam proses pengurusan, tetapi, sebagai seorang yang profesional, dia juga seharusnya mempunyai obligasi moral yang bersesuaian. Dalam usaha melakukan reformasi dan perubahan pendidikan, beberapa set nilai-nilai utama dan tujuan utama diperlukan untuk memantapkan perkembangan pendidikan. Tugas utama seseorang pemimpin adalah untuk membantu mengubah sokongan, hati nurani, bakat dan kehendak baik setiap ahli dalam organisasinya kepada satu visi dan harapan untuk mencapai mesa depan yang lebih cerah. Menggunakan visi sebagai satu gabungan kuasa bersama dapat membantu mengeratkan hubungan dan meningkatkan semangat berkomuniti di dalam sesuatu kumpulan atau organisasi. Di samping itu, is juga dapat memberi peluang kepada setiap individu untuk menunjukkan bakat dan semangat masing-masing, serta meningkatkan perasaan spiritual di dalam perhubungan.

231

Masalah Pendidikan, 31(1)

Ideologi Utama dalam Visi Ideologi utama menerangkan perwatakan sesuatu organisasi yang mana ia bagaikan pelekat yang berfungsi memastikan sesuatu organisasi itu sentiasa bersatu sambil berkembang. Setiap visi yang efektif seharusnya melambangkan ideologi utama yang terdapat dalam sesuatu organisasi itu, yang mana ia terdiri daripada dua bahagian berlainan iaitu nilai-nilai utama berkaitan dengan satu sistem untuk membimbing prinsip-prinsip dan kepercayaan; dan berserta tujuan-tujuan utama yang menerangkan sebab utama sesuatu organisasi itu wujud. Sesuatu ideologi itu boleh dikenal pasti dengan melihat ke dalam organisasi tersebut. Oleh itu, ideologi ini adalah ash, bukannya tiruan. Melakukan Perubahan Dalam usaha untuk bertahan, kadar pembelajaran dalam mana-mana organisasi seharusnya bersamaan dengan, atau lebih daripada kadar perubahan. Atau dalam kata lain, kadar perubahan mempengaruhi kadar pembelajaran. Jika ini dilihat dari perspektif organisasi pembelajaran, perubahan melibatkan seluruh proses pembelajaran berterusan. Pertama sekali, memahami jenis perubahan yang akan terjadi di dalam organisasi pembelajaran adalah penting kepada pengurusan. Yukl (2002) menegaskan bahawa terdapat beberapa perubahan asas dalam organisasi, seperti sikap dan perubahan peranan, perubahan teknotogi, perubahan strategi kompetitif, dan perubahan ekonomi. Selepas memahami perubahan-perubahan ini, adalah penting kepada pemimpin untuk melakukan diagnosis tentang masalah yang dihadapi organisasi secara berhati-hati, sebelum mengimplementasi program baru datam organisasi. Ini kerana keuntungan yang diperotehi metalui perubahan pada satu bahagian organisasi lazimnya gagal meningkatkan prestasi organisasi tersebut secara keseluruhan dan mungkin mengakibatkan masalah bare kepada sub-unit yang lain. Keduanya, pemimpin sekolah harus mengarahkan perubahan dalam mengetuai organisasi untuk berinovasi secara berterusan, bersesuaian dan lebih pantas daripada pembelajarannya. Contohnya, sentiasa membuatkan organisasi itu fleksibel dan kompetitif, serta bergerak ke langkah seterusnya. Ini merupakan aspek yang positif dan proaktif dalam melaksanakan perubahan, yang mana ia memfokus ke arah inovasi dan kreativiti. Dalam usaha untuk menjadi inovatif dan kreatif dalam organisasi pembelajaran, pemimpin sekolah harus memahami faktor-faktor yang memberi kesan terhadap inovasi dan kreativiti khususnya budaya organisasi dan sokongan pengurusan yang mendahului faktor-faktor lain. Manusia memerlukan pendidikan dalam proses kehidupannya. Pendidikan boleh diperolehi secara formal dan tidak. Sekolah, kolej, universiti dan tempat-tempat ibadat adalah berfungsi sebagai organisasi-organisasi yang bertanggungjawab memberikan pendidikan formal. Tujuan pendidikan pada dasarnya adalah untuk membantu masyarakat untuk memiliki perasaan berkomuniti (www.tenj.edu/cantalu2/purpose_of Education.htm-6K). Ini adalah kerana sasaran utama pendidikan adalah anggota masyarakat. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan adalah satu sistem sosial yang melibatkan masyarakat yang berfungsi untuk mewariskan budaya, tradisi, ilmu, pemikiran dan kemahiran hidup dari generasi ke generasi (Sufean, 2005).

232

Masalah Pendidikan, 31(1)

Organisasi Pendidikan Seperti yang telah diperkatakan, sekolah, kolej, universiti dan rumah-rumah ibadat adalah berfungsi sebagai organisasi pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi? Menurut Cole (1995) organisasi adalah sebuah entiti sosial yang terdiri dari sekumpulan manusia. Beliau juga mengatakan bahawa organisasi sebagai sebuah sistem terbuka yang melibatkan tiga ciri utama iaitu input dari persekitaran, perubahan dan keluaran/output kepada persekitaran. Menurut Steward (1994) pula organisasi dibina untuk mencapai matlamat yang tidak berupaya dicapai secara individu. Dalam memperkatakan mengenai organisasi pendidikan, Hoy dan Miskel (2005) bersetuju bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah sistem terbuka yang mengambil kira terhadap struktur dan proses yang memerlukan input dari persekitaran, menukarnya kepada pengeluaran/output kepada persekitaran. Beliau juga menerangkan bahawa bilik darjah, buku, komputer, bahan pengajaran, pendidik dan pelajar adalah input yang sangat diperlukan oleh organisasi pendidikan. Beliau menambah bahawa pelajar ditransformasi oleh sistem organisasi pendidikan untuk menjadi seorang graduan yang berpendidikan kepada persekitaran luar iaitu masyarakat. Dengan erti kata lain, organisasi pendidikan perlu meneroka pelbagai sumber dan idea sama ada di dalam mahupun di luar persekitarannya (Bush, 2003). Organisasi Pendidikan Sebagai Sistem Sosial Telah dipersetujui ramai bahawa organisasi adalah satu sistem yang terbuka (Cole, 1995; Hoy & Miskel, 2005; Scott, 2003; Steward, 1994). Wailer (1932, dalam Hoy & Miskel, 2005) mengatakan bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah sistem yang mempunyai interaksi sosial. Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah berasaskan perhubungan dan sistem keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Organisasi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti dikenal pasti sebagai mengamalkan sistem sosial kerana di dalam organisasi ini terdapat sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu dengan yang lain, bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan juga berinteraksi dengan persekitaran luarnya (Lunenburg, 1995). Organisasi pendidikan mengamalkan sistem terbuka walaupun mempunyai peringkat interaksi yang berbeza. by dan Miskel (2005) berpendapat bahawa organisasi pendidikan mempunyai ciri-ciri sistem sosial seperti bahagian-bahagian yang saling bergantung antara satu dengan yang lain (interdependence), populasi yang jelas, persekitaran yang berbeza, rangkaian perhubungan sosial yang kompleks serta mempunyai budayanya yang tersendiri. Scott (2003) juga bersetuju bahawa sistem sosial merupakan satu sistem terbuka. Sistem sosial melibatkan manusia yang dipengaruhi oleh nilai dan sumber dalam komuniti melalui politik dan sejarah (Lunenburg, 1995). Manusia bertindak berasaskan keperluan dan peranan mereka. Di dalam organisasi pendidikan manusia adalah terdiri dari pelajar, pendidik, pekerja-pekerja sokongan, ibu baps, dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya sama ada secara formal atau tidak. Griffifth (2003) melalui dapatan kajiannya membuktikan bahawa sistem sosial yang terbuka dapat menggalakkan pengurus dan pendidik di dalam organisasi pendidikan bekerjasama untuk membentuk dan mengamalkan inovasi bagi meningkatkan mutu kerja dan persekitaran pembelajaran ke arah keberkesanan pembelajaran. Sebagai sistem sosial, organisasi pendidikan terdiri dari pelbagai bahagian yang berinteraksi antara satu dengan yang lain (Scott, 2003). Sekiranya satu dari bahagian tersebut terjejas is akan melibatkan keseluruhan bahagian lain di dalam organisasi 233

Masalah Pendidikan, 31(1)

berkenaan (Cole, 1995). Sebagai contoh, sekiranya seorang pengajar mengalami musibah dan tidak berupaya hadir ke sekolah, kelas beliau tidak dapat dikendalikan; seorang guru lain akan diarahkan untuk menggantikan tugasan beliau sedangkan guru tersebut tidak bersedia untuk berbuat demikian dan ini akan menyebabkan gangguan terhadap pelajar. Keadaan ini akan menyebabkan ibu bapa berasa tidak berkeyakinan dengan pengurusan sekolah. Organisasi pendidikan sebagai sistem sosial berfungsi berorientasikan matlamat (Bush, 2003; Hoy & Miskel, 2005; Lunenburg, 1995). Kadangkala mereka mempunyai banyak matlamat. Di sekolah, sebagai contoh, pembelajaran dan pengawalan pelajar adalah dua di antara banyak matlamat organisasi pendidikan ini. Secara amnya matlamat utama organisasi pendidikan adalah untuk melahir atau menyediakan pelajar untuk menjadi seorang dewasa yang memahami peranannya sebagai seorang rakyat kepada sesebuah negara (Postman, 1996). Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai beberapa elemen yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan (Hoy & Miskel, 2005). Elemen-elemen penting sistem sosial yang dinyatakan oleh Hoy dan Miskel (2005) adalah struktur, individu, budaya dan politik. Elemen-elemen ini diambil kira dalam menguruskan sistem sosial organisasi pendidikan adalah bagi keseimbangan di dalam organisasi (Evers & Lakomski, 2001) Struktur merupakan elemen pertama sistem sosial. Pengstrukturan dalam sistem sosial yang diamalkan dalam organisasi pendidikan adalah berdasarkan pengecilan kumpulan dalam organisasi kepada komponen yang lebih kecil. Komponen-komponen yang berbeza diperlukan bagi membentuk fungsi yang spesifik dan pengagihan bahan bagi memastikan keberkesanan pencapaian matlamat organisasi (Honig & Hatch, 2004). Sistem pendidikan mempunyai bahagian seperti di sekolah contohnya, mempunyai guru matematik, guru sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Sekolah juga mempunyai unit-unit pengkhususan seperti kaunselor dan pentadbir, dan mempunyai hierarki seperti guru, penolong pengetua, pengetua dan pengawas pendidikan. Pengagihan sumber manusia mengikut kepakaran dan kemahiran dapat meningkatkan pengeluaran produk yang berkualiti serta pencapaian matlamat organisasi yang lebih berkesan (Cole, 1995). Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai peraturan dan arahan untuk membentuk tingkah laku yang baik dan berkesan. Selain peraturan dan arahan yang formal, terdapat juga keadaan biasa yang membentuk tingkah laku manusia dalam menjalani tugasan dan fungsi masing-masing di dalam organisasi. Sebagai contoh, setiap pelajar sekolah diwajibkan memakai tali leher pads setiap hari persekolahan. Tujuan peraturan ini adalah untuk membentuk tingkah laku pelajar untuk berpakaian secara kemas dan sopan. Maka is dapat mendisiplinkan pelajar dalam berpakaian dan masyarakat secara menyeluruh. Selain itu, mereka yang mematuhi peraturan akan menerima ganjaran dan yang melanggar undang-undang akan menerima hukuman. Sebagai contoh, pelajar lelaki berambut panjang akan menjalani sesi gunting rambut oleh guru disiplin pada masa perhimpunan sekolah. Peraturan dan arahan menyebabkan ahli tidak mempunyai peluang yang lebih luas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Organisasi pendidikan tidak juga terhalang dari terlibat dengan politik. Ini adalah sate di antara ciri sistem sosial. Politik bermakna mempengaruhi seseorang dalam satu keadaan tawar menawar untuk mendapatkan sesuatu matlamat pendidikan. Penggunaan kuasa adalah penting apabila menceburi perhubungan sosial. Namun mereka mempunyai nilai-nilai yang dikongsi bersama untuk merangsang tingkah laku.

234

Masalah Pendidikan, 31(1)

Komponen-komponen Pentfng Organisasi Pendidikan Sebagal Sistem Sosial

Semua sistem sosial mempunyai aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi yang bertujuan untuk keseimbangan organisasi (Hoy & Miskel, 2005). Organisasi Pendidikan adalah organisasi formal yang juga dikatakan sebagai sistem pendidikan sosial yang bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Organisasi ini bekerjasama antara satu bahagian dengan bahagian yang lain yang dikenali sebagai sistem pemikiran (Senge, 1990) dengan meletakkan segala kebertanggungjawaban untuk membentuk jalan-jalan yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat (Leithwood & Louis, 1998). Organisasi sebagai sistem sosial mengandungi beberapa elemen-elemen utama, iaitu: struktur, individu, budaya dan politik (Hoy & Miskel, 2005). Struktur. Struktur organisasi boleh diertikan sebagai birokrasi yang dibentuk sebagai keperluan yang formal bagi memastikan kebertanggungjawab sesuatu sumber terhadap organisasi (Cole, 1995). Menurut Mintzberg (1971) struktur organisasi adalah kaedah bagaimana pekerja-pekerja dibahagikan kepada tugasan-tugasan tertentu yang mana mereka berkoordinasi di antara mereka. Organisasi pendidikan adalah organisasi yang amat kompleks, berinteraksi antara satu dengan yang lain dan sekiranya kegagalan berinteraksi berlaku ia akan menjejaskan organisasi (Lunenburg, 1995). Oleh itu kebanyakan organisasi moden, termasuk sekolah mengguna pakai idea Weber iaitu yang berkaitan dengan birokrasi. Ini adalah berkaitan dengan struktur organisasi yang mana ia melibatkan pembahagian tenaga kerja dan pengkhususan, orientasi impersonal, hierarki autoriti, peraturan dan orientasi kerjaya (Hoy & Miskel, 2005). Oleh kerana sekolah adalah organisasi yang kompleks, maka tugasan di dalamnya juga adalah kompleks yang tidak berupaya untuk dilaksanakan oleh seorang individu. Maka Hoy dan Miskel (2005) percaya bahawa pembahagian tenaga keda dapat menambahbaik keberkesanan organisasi. Keberkesanan meningkat disebabkan pembahagian tugas mewujudkan pengkhususan yang mendorong pekerja menjadi lebih berpengetahuan dan mahir untuk melakukan tugasan mereka. Oleh itu pembahagian tugas dan pengkhususan dapat meningkatkan kemahiran kakitangan organisasi pendidikan. Namun begitu, Weber (dalam Hoy & Miskel, 2005) menyatakan bahawa pengstrukturan akan mewujudkan birokrasi di mans jabatan/pejabat disusun secara vertikal bagi tujuan pemantauan dan penyeliaan tugas. Secara tidak langsung wujud hierarki autoriti. Maka ia dapat menjanjikan kepada pematuhan disiplin terhadap pelaksanaan tugas dan fungsi organisasi melalui peraturan. Dipercayai, peraturan dapat memastikan keseragaman dan kestabilan tindakan pekerja. Selain pengkhususan, birokrasi dan hirarki autoriti, pengstrukturan organisasi juga menyebabkan pekerja merasakan kerja yang dilakukan sebagai kerjaya. Dengan itu pars pekerja mempunyai perasaan untuk mendapatkan insentif. Maka pemantauan dan penyeliaan perlu dilakukan bagi memastikan setiap kakitangan menjalankan tugas dengan sempuma, berkesan dan selari dengan kehendak organisasi. Individu. Organisasi pendidikan terdiri dari sekumpulan manusia yang bekerjasama antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat organisasi. Struktur, peraturan dan arahan, kedudukan dalam penjawatan dan birokrasi adalah di antara perkara yang dapat membantu manusia ke arah mencapai matlamat organisasi. Namun kumpulan manusia tersebut mempunyai kehendak dan keperluan mereka

235

Masalah Pendidikan, 31(1)

sendiri (Hoy & Miskel, 2005) dan mereka secara individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai tugas mereka dalam organisasi (Evers & Lakomski, 2001). Tidak semesti setiap ahli organisasi mempunyai keperluan, kepercayaan dan pemahaman secara individu mengenai matlamat kerjanya. Setiap individu mempunyai niat dan keperluan tersendiri dalam menjalankan tugasan harian di dalam organisasi pendidikan (Bush, 2003). Sebagai contoh, seorang tukang kebun mempunyai niat menjalankan tugasnya untuk menceriakan sekolah. Bagi mereka, tugasan yang dijalankan itu adalah tanggungjawab yang diarahkan oleh pengetua untuk menjaga lanskap dan kebersihan persekitaran sekolah dan dengan melaksanakan tugas mereka akan diberi upah untuk menyara ahli keluarga. Mereka mungkin tidak terfikir bahawa tugas yang mereka laksanakan juga turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat sekolah untuk mengeluarkan graduan yang berpendidikan dan berkemahiran. Ini adalah kerana pemikiran mereka mengenai pekerjaan mereka sendiri adalah berbeza dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Oleh itu dalam menjalankan pengurusan dalam organisasi pendidikan seseorang pengurus perlu memahami bahawa setiap individu dalam organisasinya mempunyai matlamat mereka sendiri dan matlamat mereka tidak semestinya selari dengan matlamat organisasi. Maka menjadi tanggungjawab pengurus untuk menyedar dan membawa kumpulan ini ke arah pencapaian matlamat organisasi. Budaya.Seperti yang telah dibincangkan, organisasi terdiri dari sekumpulan manusia. Manusia secara individu atau kumpulan berinteraksi antara satu sama lain (Cole, 1995) untuk memastikan kerja yang dijalankan memenuhi keperluan organisasi untuk mencapai matlamatnya. Apabila ahli-ahli organisasi berinteraksi antara satu dengan yang lain mereka berkongsi kepercayaan, nilai, norma dan cara berfikir (Morgan, 1986). Perkongsian ini akan hanya membentuk budaya dalam organisasi tersebut apabila persefahaman mengenai sesuatu perkongsian tercapai oleh ahli-ahli sesebuah organisasi. Budaya sesebuah organisasi adalah berbeza dari organisasi yang lain. Perbezaan ini adalah berdasarkan matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. Keadaan ini menerap identiti organisasi dalam din ahli-ahlinya. Sebagai contoh, Universiti Malaya mempunyai identitinya sendiri jika dibandingkan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Budaya dan identiti sesebuah organisasi mempengaruhi bukan sahaja elemen struktur dan individu malah ia mengwujudkan nilai dan perasaan kekitaan dalam menjalankan kerja berkumpulan. Budaya organisasi bukan sahaja melibatkan pars pekerja di dalam sesebuah organisasi, malah ia turut dirasai oleh mereka yang berada di luar organisasi iaitu pelanggan. Di dalam situasi organisasi pendidikan, pelajar dan ibu bapa adalah pelanggan, mereka akan menumpukan perhatian kepada institusi pendidikan yang mempunyai budaya yang positif, contohnya sekolah yang mempunyai rekod pencapaian akademik yang cemerlang akan menjadi tumpuan ibu bapa untuk mendaftar anak-anak mereka di sekolah tersebut. Politik. Struktur dikatakan mewakili dimensi formal sistem sosial organisasi pendidikan dan aspek personal mewakili individu dalam organisasi. Manakala budaya adalah dimensi yang kolektif yang menggabungkan formal dan personal untuk mewujudkan satu perkongsian kepercayaan (Hoy & Miskel, 2005). Dimensi politik pula adalah terbahagi serta berkonflik, seterusnya akan menyebabkan individu dan kumpulan berada dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain (Mintzberg, 1983; Pfeffer, 1992). Kehadiran politik dalam sesuatu organisasi boleh mengakibatkan kecelaruan atau

236

Masalah Pendidikan, 31(1)

huru hara dan menimbulkan konflik antara individu atau kumpulan di dalam organisasi. Ini akan menghalang pencapaian matlamat organisasi (Davies, 2005). Dalam situasi organisasi pendidikan, Yukl (2002) memberikan beberapa garis panduan kepada pentadbir untuk membina dan menggunakan kuasa secara berkesan. Namun, kuasa yang tidak digunakan secara berkesan akan mengakibatkan penentangan bergantung kepada keadaan dan bentuk permintaan (Hoy & Miskel, 2005). Ini adalah kerana individu di dalam organisasi mampu mempamirkan kuasanya secara tidak formal bagi menentang dan mendapat keuntungan secara individu mahupun dari peringkat kumpulannya. Sebaik-baiknya konfrontasi disebabkan permainan politik di dalam organisasi perlu dicegah kerana ia memberi kesan negatif kepada organisasi. Namun sekiranya ia berlaku ia perlu ditransformasikan kepada perhubungan kuasa yang stabil (Flyvbjerg, 1998). Output Organisasi Pendidikan Sebagal Satu Sistem Sosial Selain dari perkara di atas, Scott (2003) juga bersetuju bahawa organisasi pendidikan sebagai satu sistem sosial mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Kadang kala organisasi pendidikan mempunyai banyak matlamat. Secara amnya, sistem pendidikan bermatlamat untuk menyediiakan pelajar untuk memainkan peranan mereka sebagai seorang yang dewasa. Bila berbincang mengenai matlamat pendidikan di dalam konteks masyarakat (society), organisasi pendidikan sebagai sistem sosial dikaburi dengan pelbagai matlamat. Matlamat pendidikan dibina oleh seseorang individu, kumpulan atau masyarakat persekitarannya, pada peringkat negara mahupun dunia. Oleh itu tidak dinafikan organisasi pendidikan mengalami kesukaran untuk mengenal pasti matlamat sebenar pendidikan. Ini mengakibatkan pengurusan pendidikan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana matlamat memainkan peranan penting dalam menentukan struktur organisasi dan seterusnya menentukan tugas dan perhubungan seseorang individu di dalam organisasi (Wee, 1994). Mengikut Khalid Baig (2006), dalam konteks dunia, bagi masyarakat negara dunia pertama, pendidikan adalah berkaitan dengan sistem kapitalis yang bermatlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan untuk kemajuan ekonomi sesebuah negara. Khalid juga berpendapat matlamat seseorang individu tentang pendidikan adalah untuk mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang dihormati. Bagi masyarakat Islam pula, matlamat pendidikan adalah mendapatkan kehidupan dan pendapatan yang halal kepada ekonomi negara. Khalid juga mengatakan bahawa sekiranya pendidikan berniatlamatkan kewangan ia adalah amat malang kerana is akan mengalihkan fokus pendidikan kepada pusat vokasional, yang mana is merendahkan pendidikan di dalam masyarakat. Bagi Malaysia, matlamat pendidikan negara ini yang rata-rata penduduknya terdiri dari bangsa Melayu, China dan India, maka sistem pendidikannya adalah bermatlamat untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat hari ini dilanda pelbagai masalah dalaman seperti rasuah, ketidakadilan, penindasan, kemiskinan dan banyak lagi. Adakah masalah ini berkaitan dengan matlamat pendidikan masyarakat Islam atau kesilapan organisasi pendidikan dalam menetapkan matlamat pendidikannya? Semua sedan bahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkelayakan. Dikatakan bahawa setiap individu dalam sesebuah masyarakat dan sistem sosial orgatlisasi pendidikan sama ada pelajar, ibu baps dan juga pendidik mempunyai

237

Masalah Pendidikan, 31(1)

matlamat pendidikan yang tersendiri. Bagaimanapun setiap individu mempuliyai maruah diri yang tidak dapat diasingkan dari diri mereka disebabkan kapasiti moral mereka yang unik. Oleh itu Jones (2003) percaya pelajar memilih penghujung kehidupan mereka. Sekiranya matlamat seseorang pelajar dalam pendidikan adalah untuk mendapatkan kejayaan, maka mereka akan mengawal diri mereka melalui pembelajaran untuk mematuhi perundangan dipersekitarannya. Maka matlamat pendidikan akan tercapai dan terhasillah tenaga kerja yang berkelayakan dan produktif serta rakyat yang berdisiplin. Bagi Martin Luther King (1948), fungsi pendidikan adalah mendidik seseorang untuk berfikir secara intensif dan kritikat. Oleh itu jenayah yang paling merbahaya adalah berpunca dari manusia yang diberi peluang untuk memberi alasan tanpa moral. Menurut Farrakhan (1993) pendidikan sepatutnya adalah untuk memupuk seseorang individu dan segi minda, tubuh badan dan kerohaniannya melalui ilmu yang diperolehi. Namun mengapa ramai manusia yang berpendidikan dan berkelayakan mengeksploitasi pendidikan? Mereka bermatlamat untuk mendapatkan pendidikan bagi meruntuhkan masyarakat. Di antaranya adalah seperti para peniaga wang yang memanipulasi matawang yang menyebabkan sesebuah masyarakat atau negara lain teraniaya. Terdapat jugs cendekiawan yang memainkan mats pena atau basil penulisan mereka sebagai media untuk meruntuhkan kesefahaman serta menimbulkan kemarahan dalam sesuatu masyarakat atau bangsa. Sebagai seorang yang terpelajar dan berkemahiran yang dilahirkan oleh organisasi pendidikan mereka sepatutnya berupaya berfikir secara intensif dan kritikal kesan dari perbuatan mereka terhadap sistem sosial. Penutup Institusi pendidikan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur untuk mencapai matlamat pendidikan. Organisasi pendidikan adalah organisasi yang mempunyai sistem sosial yang terbuka. Setiap sumber manusia atau bahan di dalam dan luar organisasi ini berinteraksi antara satu dengan yang lain bagi penghasilan produknya. Namun segalanya adalah bergantung kepada matlamat pendidikan yang telah ditetapkan. Matlamat pendidikan juga agak sukar untuk dirumuskan dalam konteks masyarakat kerana setiap individu, kumpulan, masyarakat mahupun negara mempunyai matlamat yang tersendiri berkaitan pendidikan. Maka sehingga kini, pembentukan matlamat dan pengurusan sistem pendidikan masih belum berkesan. Hasil dari proses sistem pendidikan, organisasi ini masih belum mampu untuk melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan, berkemahiran dan mempunyai pemikiran yang intensif dan kreatif kerana masih wujudkan graduangraduan yang berfikiran negatif dan seterusnya membebankan negara.

238

Masalah Pendidikan, 31(1)

Rujukan Bush, T. (2003). Theories of educational leadership and management (3rd ed.). London: Sage. Cole, G.A. (1995). Management theory and practice (5th ed.). London: DP Publications. Davies, B. (2005). The essentials of school leadership. London: Sage. Evers, C. W., & Lakomski, G. (2001). Theory in educational administration: Naturalistic directions. Journal of Educational Administration, 39(6), pp. 499-520. Farrakhan, L. (1993). The purpose of education: A torchlight for America (pp. 47-53). Chicago: FCN. Flyvbjerg, B. (1998). Personality and power: Democracy in practice. Chicago: University of Chicago Press. Griffifth, J. (2003). Schools as organizational models: Implication for examining school effectiveness. The Elementary School Journal, 104(1), pp. 29-42. Honig, M. I., & Hatch, T. C. (2004). Crafting coherence: How schools strategically manage multiple, external demand: Educational Reseacher, 33(8), pp. 16-31. Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2005). Educational administration: Theory, research and practice (7th ed.). New York. McGraw Hill. Jones, R. (2003). Purpose of Education. http://home.comcast.netlreillviones/education.html Khalid Baig. (2006). The Real Purpose of Education. http://www.albalagh.netleducationleducation2.shtml King, M. L. (1948). The Purpose of Education. http://www.toptags.com/aama/voices/speeches/pofed.htm Leithwood, K., & Louis, K. S. (1998). Organizational learning in school. Lisse: Swets & Zeitlinger. Lunenburg, F. E. (1995). The principalship: Concept and application. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Mintzberg, H. (1971). The structuring of organizations: Synthesis of the research. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Mintzberg, H. (1983). Power in and around organizations. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Morgan, G. (1986). Images of organization. London: Sage. Pfeffer, J. (1992). Managing with power: Politics and influence in organizations. Boston: Harvard Business School. Postman, N., (1996). The End of Education: Redefining the Value of School. http://www.cdli.ca/elmurphv/emurphvlpostman.htmL Scott, W. R. (2003). Organizations: Rational, natural and open systems (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Senge, P. M. (1990). The fifth discipline: The art & practice of the learning organization. New York: Doubleday. Steward, R. (1994). Managing today and tomorrow. London. Macmillan. Sufean Hussin, (Ed.). (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong Heights: PTS Professional. Wee, E. H. (1994). Organisasi dan pentadbiran sukan dan pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Vinlin Press. Yukl, G. (2002). Leadership in organizations (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

239

Information

10 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

2330


You might also be interested in

BETA
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DAERAH TIMUR LAUT PULAU P
Teologi & Kristologi
Abstract:
PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA : PERBANDINGAN ANTARA EMPAT JENIS SEKOLAH