Read Nokia_C2-03_UG_ms.pdf text version

Panduan Pengguna Nokia C2­03/C2­06

Keluaran 1.2

2

Kandungan Menulis teks Tukar antara mod input teks Tulis menggunakan input teks tradisional Gunakan input teks ramalan mesej Hantar mesej Ambil mesej multimedia Dengarkan mesej suara Hantar mesej audio Peribadikan telefon anda Mengenai skrin utama Peribadikan skrin utama Peribadikan nada telefon anda Pengurusan masa Tukar masa dan tarikh Tetapkan penggera Tambah janji temu Kesambungan Bluetooth Kabel data USB Muzik dan audio Radio FM Pemain media Gambar dan video Ambil gambar Rakam video Hantar gambar atau video rangkaian Mengenai penyemak imbas web Semak imbas web Muatkan halaman web ke paparan telefon anda Tambah penanda buku 19 19 19 20 20 20 21 22 22 23 23 23 24 25 25 25 25 25 25 27 27 27 29 29 29 29 30 30 30 31 31 32

Kandungan

Keselamatan Bermula Telefon dua SIM anda Kekunci dan bahagian Masukkan kad SIM dan bateri Masukkan kad SIM kedua. Masukkan kad memori Caskan bateri Pasang tali Menghidupkan atau mematikan telefon Antena GSM Penggunaan asas Kod akses Tetapkan kad SIM mana untuk digunakan Kunci atau buka kunci kekunci dan skrin Tindakan skrin sentuh Sapu untuk membuka aplikasi atau mengaktifkan ciri Penunjuk Salin kenalan atau mesej dari telefon lama anda Tukar kelantangan panggilan, lagu atau video Panggilan Buat panggilan Hubungi nombor terakhir yang didail Lihat panggilan anda yang tidak dijawab Kenalan Simpan nama dan nombor telefon Gunakan dailan pantas 4 5 5 6 6 8 9 10 11 11 12 12 12 13 14 14 15 15 16 16 17 17 17 17 18 18 18

Kandungan Kosongkan sejarah menyemak imbas anda 32 Kekal berhubung dengan rakan anda dalam talian Mengenai Komuniti Mel dan berbual Mengenai Mel Hantar mel Baca dan balas pada mel Mengenai Bual Berbual dengan rakan anda Peta Mengenai Peta Lihat lokasi semasa anda pada peta Cari tempat Berkongsi lokasi atau tempat anda Buat laluan berjalan kaki Perkhidmatan Ovi Nokia Ketersediaan dan kos perkhidmatan Ovi Nokia Akses perkhidmatan Ovi Nokia Dapatkan bantuan Sokongan Langgani perkhidmatan Petua dan Tawaran Pastikan telefon anda terkini Lindungi alam sekitar Menjimat tenaga Mengitar semula 32 32 33 33 33 34 34 34 34 34 35 35 36 36 37 37 37 37 37 37 38 40 40 40 Indeks

3 49

Aksesori asal Nokia 41 Peraturan berguna berkaitan aksesori 41 Bateri 41 Maklumat produk dan keselamatan 42

4

Keselamatan

Keselamatan

Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, baca panduan pengguna yang lengkap. MATIKAN TELEFON DI KAWASAN LARANGAN Matikan peranti apabila penggunaan telefon mudah alih tidak dibenarkan atau apabila ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya, contohnya, dalam kapal terbang, dalam hospital atau berdekatan peralatan perubatan, bahan kimia atau kawasan letupan. Patuhi semua arahan di kawasan larangan. KESELAMATAN JALAN RAYA DIUTAMAKAN Patuhi semua undang-undang tempatan. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang harus anda pertimbangkan semasa memandu haruslah keselamatan jalan raya. GANGGUAN Semua peranti wayarles boleh mendapat gangguan, yang mungkin boleh menjejas prestasinya. PERKHIDMATAN YANG DISAHKAN Hanya kakitangan berkelayakan boleh memasang atau membaiki produk ini.

PASTIKAN PERANTI ANDA KERING Peranti anda tidak tahan air. Pastikan ia sentiasa kering.

LINDUNGI PENDENGARAN ANDA Dengar kepada alat dengar pada tahap sederhana, dan jangan pegang peranti berhampiran telinga anda apabila pembesar suara sedang digunakan.

Bermula

5

Bermula

Telefon dua SIM anda Anda boleh memasukkan dua kad SIM. Beberapa faedah bagi telefon dua SIM · Anda boleh membuat penjimatan apabila anda menggunakan perkhidmatan dari pembekal khidmat berbeza. · Gunakan satu nombor telefon untuk panggilan peribadi dan satu lagi untuk kerja, tetapi, bawa hanya satu telefon. · Elakkan kepelbagaian liputan rangkaian di antara pembekal khidmat. Kedua-dua kad SIM tersedia pada masa yang sama apbila peranti tidak digunakan, tetapi apabila satu kad SIM aktif, contohnya, membuat panggilan, kad lagi satu tidak tersedia. Jika anda hanya mempunyai satu kad SIM, masukkan kad ke dalam pemegang kad SIM1. Beberapa ciri dan perkhidmatan mungkin hanya tersedia apabila menggunakan kad SIM dalam pemegang kad SIM1. Jika terdapat kad SIM hanya dalam pemegang kad SIM2, anda hanya boleh membuat panggilan kecemasan. Sambungan GPRS tidak boleh dibuka dalam latar belakang. Jika aplikasi menggunakan sambungan GPRS, dan anda kembali ke skrin utama atau bertukar ke aplikasi lain, menu, atau paparan lain, sambungan ditutup secara automatik.

6

Bermula

Kekunci dan bahagian

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Paparan Kekunci panggil Pad kekunci Alat cuping telinga Lubang tali pergelangan tangan Kekunci kelantangan ke atas/Zum masuk Kekunci kelantangan ke bawah/Zum keluar Suis kunci kekunci Kekunci Tamat/Kuasa Mikrofon Penyambung AV Nokia (3.5 mm) Penyambung USB mikro Penyambung pengecas Kanta kamera. Sebelum menggunakan kamera, keluarkan pita pelindung dari kanta. 15 Pembesar suara 16 Slot kad SIM (SIM 2) Untuk beralih antara kad SIM, pada skrin utama, tekan dan tahan *.

Masukkan kad SIM dan bateri

Nota: Matikan peranti dan cabut pengecas dan sebarang peranti lain sebelum menanggalkan sebarang penutup. Elakkan daripada menyentuh komponen elektronik

Bermula semasa menukar sebarang penutup. Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan sebarang penutupnya terpasang.

7

Penting: Peranti ini direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM standard (lihat rajah) sahaja. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad atau peranti dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad. Sila rujuk dengan operator mudah alih anda untuk penggunaan kad SIM yang mempunyai potongan mini-UICC.

Penting: Untuk mengelakkan kerosakan kepada kad SIM, sentiasa keluarkan bateri sebelum anda memasukkan atau mengeluarkan kad. Telefon ini bertujuan untuk digunakan dengan BL-5C bateri. Sentiasa gunakan bateri asli Nokia. Jika anda hanya mempunyai satu kad SIM, masukkan kad ke dalam pemegang kad SIM dalaman. Kad SIM dan sesentuhnya mudah rosak kerana tercalar atau dibengkokkan, jadi berhatihatilah apabila mengendalikan, memasukkan, atau mengeluarkan kad itu. 1 Letakkan jari anda di dalam relung di bahagian atas telefon, dan berhati-hati semasa mengangkat dan mengeluarkan penutup belakang (1). Jika bateri dimasukkan, tariknya keluar (2).

2

Buka pemegang kad SIM (3), dan masukkan atau keluarkan kad SIM (4 atau 5). Pastikan kawasan sesentuh kad menghala ke bawah.

8

Bermula

3

Selarikan sesentuh bateri dan petak bateri, dan masukkan bateri (6). Untuk meletakkan semula penutup belakang, halakan kancing pengunci bawah ke arah slot (7), dan tekan ke bawah sehingga penutup dikunci ke tempatnya (8).

Masukkan kad SIM kedua. Mempunyai kad SIM kedua, tetapi mahu terus menggunakan kad SIM utama? Anda boleh memasukkan atau mengeluarkan kad SIM kedua tanpa mematikan telefon.

1 2

Buka penutup slot kad SIM luaran, ditanda dengan . Pastikan permukaan sesentuh kad menghadap ke atas, dan masukkan kad SIM. Tolak masuk kad, sehingga ia terkunci di tempatnya. Tutup penutup.

Bermula Keluarkan kad SIM kedua

9

Masukkan kad memori Hanya gunakan kad memori yang serasi yang diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad memori dan peranti serta merosakkan data yang disimpan pada kad. Telefon anda menyokong kad memori dengan kapasiti sehingga 32 GB.

1 2 3 4 5

Matikan telefon dan keluarkan penutup belakang dan bateri. Untuk melepaskan pemegang kad memori, luncurkan pemegang ke arah yang ditunjukkan oleh anak panah pada pemegang. Angkat pemegang kad memori (1). Masukkan kad memori yang serasi. Pastikan kawasan sesentuh kad itu menghala ke bawah (2). Rendahkan pemegang kad memori (3). Untuk mengunci pemegang kad memori, luncurkan pemegang ke kedudukan asalnya (4).

10

Bermula

Keluarkan kata memori 1 Matikan telefon. 2 Keluarkan penutup belakang dan bateri. 3 Untuk melepaskan pemegang kad memori, luncurkan pemegang ke arah yang ditunjukkan oleh anak panah pada pemegang. Angkat pemegang kad memori, dan keluarkan kad memori. Caskan bateri Bateri anda tidak dicas sepenuhnya di kilang, tetapi anda mungkin perlu mengecas semula sebelum anda boleh menukar telefon anda untuk kali pertama. Jika telefon menunjukkan cas yang rendah, lakukan yang berikut:

1 2 3

Sambungkan pengecas ke alur keluar dinding. Sambungkan pengecas ke telefon. Apabila telefon menunjukkan cas telah penuh, putuskan sambungan pengecas daripada telefon, kemudian daripada alur keluar dinding.

Anda tidak perlu menukar bateri buat tempoh masa yang tertentu, dan anda boleh menggunakan telefon semasa ia sedang dicas. Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit diperlukan sebelum penunjuk pengecasan dipaparkan atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat. Jika bateri telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, untuk mula mengecas, anda mungkin perlu menyambungkan pengecas, kemudian memutuskannya dan menyambungkannya semula.

Bermula Pasang tali

11

Tali mungkin tersedia secara berasingan. Menghidupkan atau mematikan telefon Tekan dan tahan kekunci kuasa .

Anda mungkin digesa untuk mendapatkan tetapan tatarajah dari pembekal khidmat rangkaian anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perhidmatan rangkaian ini, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.

12

Penggunaan asas

Antena GSM

Kawasan antena diserlahkan. Elakkan daripada menyentuh kawasan antena semasa antena sedang digunakan. Bersentuhan dengan antena menjejaskan kualiti komunikasi dan boleh mengurangkan hayat bateri akibat paras kuasa yang lebih tinggi semasa pengendalian.

Penggunaan asas

Kod akses Kod PIN atau PIN2 (4-8 digit) Ia melindungi kad SIM anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan atau diperlukan untuk mengakses sesetengah ciri. Anda boleh menetapkan peranti anda untuk meminta kod PIN apabila anda menghidupkannya. Jika tidak dibekalkan dengan kad SIM anda atau anda terlupa kod, hubungi pembekal khidmat anda. Jika anda memasukkan kod dengan betul tiga kali berturutturut, anda perlu membuka halangan dengan kod PUK atau PUK2. Kod PUK atau PUK2 (8 digit) Ini diperlukan untuk membuka halangan kod PIN atau PIN2. Jika tidak dibekalkan dengan kad SIM anda, hubungi pembekal khidmat anda.

Penggunaan asas Nombor IMEI (15 digit) Kod kunci (kod keselamatan) (min. 4 digit atau aksara) Ini digunakan untuk mengenal pasti peranti sah dalam rangkaian. Bilangan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalang, contohnya, peranti dicuri. Untuk melihat nombor IMEI anda, dail *#06#. Ini membantu anda melindungi peranti anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.

13

Anda boleh menetapkan peranti anda untuk meminta kod kunci yang anda tentukan. Kod kunci lalai ialah 12345. Rahsiakan kod dan letakkan di tempat yang selamat, berasingan daripada peranti anda. Jika anda telrupa kod dan peranti anda terkunci, peranti anda memerlukan perkhidmatan. Caj tambahan mungkin dikenakan dan semua data peribadi dalam peranti anda mungkin dipadam. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Nokia Care atau pengedar peranti anda.

Tetapkan kad SIM mana untuk digunakan Anda boleh tenetapkan kad SIM mana untuk digunakan untuk panggilan keluar, mesej dan data mudah alih. Jika anda menamakan kad SIM anda, anda boleh melihat sepintas lalu yang mana, contohnya, untuk kerja dan yang mana untuk kegunaan peribadi. Pilih Menu > Pengurus SIM. Pilih daripada yang berikut: Tnya setiap kali -- Pilih kad SIM untuk digunakan pada setiap kali anda membuat panggilan, menghantar mesej, atau memindahkan data mudah alih. SIM1 -- Gunakan kad SIM dalam pemegang kad SIM dalaman sebagai kad SIM lalai untuk membuat panggilan, menghantar mesej, atau memindahkan data mudah alih. SIM2 -- Gunakan kad SIM dalam slot kad SIM luaran sebagai kad SIM lalai untuk membuat panggilan, menghantar mesej, atau memindahkan data mudah alih. Namakan semula kad SIM Pilih dan tahan SIM1 atau SIM2, dan dari menu pop-up, pilih Nama semula. Petua: Untuk membuka pengurus SIM dari skrin utama, tekan dan tahan *.

14

Penggunaan asas

Kunci atau buka kunci kekunci dan skrin Untuk mengelakkan daripada membuat panggilan apabila telefon anda berada di dalam poket atau bag, kunci kekunci dan skrin telefon anda. Luncurkan suis kunci kekunci. Petua: Jika suis kunci kekunci di luar capaian, untuk membuka kunci kekunci dan skrin, tekan kekunci tamat, dan pilih Buka k'ci. Tindakan skrin sentuh Untuk berinteraksi dengan antara muka pengguna skrin sentuh, ketuk atau ketuk dan tahan skrin sentuh. Buka aplikasi atau elemen skrin lain Ketuk aplikasi atau elemen. Akses pilihan khusus item Ketuk dan tahan item. Menu pop timbul dengan pilihan tersedia terbuka.

Tatal dalam senarai atau menu Letakkan jari anda pada skrin, gerakkannya ke atas atau ke bawah skrin dengan pantas, dan angkat jari anda. Kandungan skrin menatal dengan kelajuan dan arah pada masa pelepasannya. Untuk memilih item daripada senarai penatalan dan menghentikan pergerakan, ketuk item.

Penggunaan asas Sapu Letakkan jari pada skrin, dan gerakkan jari anda dengan perlahan ke arah yang dikehendaki.

15

Sapu untuk membuka aplikasi atau mengaktifkan ciri Anda boleh membuka aplikasi atau mengaktifkan ciri apabila anda sapu ke kiri atau ke kanan pada skrin utama. Untukkan fungsi atau ciri ke tindakan sapu Pilih Menu > Tetapan > Pintasan saya > Gerak isyarat leret, dan pilih arah sapu dan fungsi atau ciri yang dikehendaki. Penunjuk Anda mempunyai mesej yang belum dibaca yang dihantar ke SIM1. Anda mempunyai mesej yang belum dibaca yang dihantar ke SIM2. Anda mempunyai mesej yang belum dibaca yang dihantar ke SIM1 dan SIM2. Anda mempunyai mesej tidak dihantar, dibatal atau gagal dalam SIM1. Anda mempunyai mesej tidak dihantar, dibatal atau gagal dalam SIM2. Anda mempunyai mesej tidak dihantar, dibatal atau gagal dalam SIM1 dan SIM2. Pad kekunci dikunci. Telefon tidak berdering untuk panggilan masuk atau mesej teks. Penggera ditetapkan. Telefon didaftarkan pada rangkaian GPRS atau EGPRS menggunakan SIM1. Telefon didaftarkan ke rangkaian GPRS atau EGPRS menggunakan SIM2. Sambungan GPRS atau EGPRS dari SIM1 terbuka. Sambungan GPRS atau EGPRS dari SIM2 terbuka. Sambungan GPRS atau EGPRS dari SIM1 digantung (ditunda).

atau atau atau atau atau

16

Penggunaan asas atau Sambungan GPRS atau EGPRS dari SIM2 digantung (ditunda). Bluetooth diaktifkan. Jika anda mempunyai dua talian telefon, talian kedua sedang digunakan. Semua panggilan masuk ke SIM1 dialihkan ke nombor lain. Semua panggilan masuk ke SIM 2 dialihkan ke nombor lain. Semua panggilan masuk ke SIM1 dan SIM2 dialihkan ke nombor lain. Profil aktif semasa ditetapkan masa. Alat dengar disambungkan ke telefon. Telefon disambungkan ke peranti lain menggunakan kabel data USB.

Salin kenalan atau mesej dari telefon lama anda Mahu menyalin kandungan anda dari telefon Nokia serasi anda sebelum ini dan mula menggunakan telefon baru anda dengan cepat? Anda boleh menyalin, sebagai contoh, kenalan, entri kalendar dan mesej ke telefon baru anda, secara percuma.

1 2 3 4 5 6

7

Aktifkan Bluetooth dalam kedua-dua telefon. Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth. Pilih Menu > Tetapan > Pygrkn & sandrn. Pilih Tukar telefon > Salin ke sini. Pilih kandungan untuk disalin dan Selesai. Pilih telefon sebelumnya daripada senarai. Jika telefon lain memerlukan kod laluan, masukkan kod laluan. Kod laluan, yang boleh anda tetapkan sendiri, perlu dimasukkan dalam kedua-dua telefon. Kod laluan dalam beberapa telefon adalah tetap. Untuk butiran, lihat panduan pengguna telefon lain. Kod laluan adalah sah hanya untuk sambungan semasa. Jika digesa, benarkan permintaan sambungan dan menyalin.

Tukar kelantangan panggilan, lagu atau video Gunakan kekunci kelantangan.

Panggilan

17

Pembesar suara terbina dalam membolehkan anda bercakap dan mendengar daripada jarak dekat tanpa perlu meletakkan telefon ke telinga anda. Aktifkan pembesar suara semasa panggilan Pilih P/suara.

Panggilan

Buat panggilan 1 Buka gelangsar. 2 Pada skrin utama, masukkan nombor telefon. Untuk memadam nombor, pilih Kosngkn. Untuk panggilan antarabangsa, pilih * dua kali untuk aksara + (yang menggantikan kod akses antarabangsa) dan masukkan kod negara, kod kawasan (tinggalkan 0 di awal jika perlu), dan nombor telefon. 3 Tekan kekunci panggil. 4 Jika digesa, pilih kad SIM untuk digunakan. 5 Untuk menamatkan panggilan, tekan kekunci tamat. Petua: Jika gelangsar ditutup dan dipaparkan pada skrin utama, pilih menggunakan pad kekunci maya untuk memasukkan nombor telefon. untuk

Apabila anda menerima panggilan, kad SIM yang sedang digunakan ditunjukkan. Hubungi nombor terakhir yang didail Cuba untuk menghubungi seseorang tetapi mereka tidak menjawab? Mudah untuk menghubungi mereka sekali lagi. 1 2 Pada skrin utama, tekan kekunci panggil. Pergi ke nombor tersebut dan tekan kekunci panggil. Jika digesa, pilih kad SIM untuk digunakan.

Lihat panggilan anda yang tidak dijawab Ingin melihat siapa yang membuat panggilan yang anda tidak menjawab? Pada skrin utama, pilih Pamer. Nama pemanggil dipaparkan, jika ia disimpan dalam senarai kenalan. Panggilan yang tidak dijawab dan diterima dilog hanya jika disokong oleh rangkaian dan telefon dihidupkan dalam kawasan perkhidmatan rangkaian.

18

Kenalan

Hubungi kembali kenalan atau nombor Pergi ke kenalan atau nombor, dan tekan kekunci panggil. Lihat panggilan yang tidak dijawab kemudian Pilih Menu > Kenalan > Log dan Panggiln tak jwb.

Kenalan

Simpan nama dan nombor telefon Pilih Menu > Kenalan. Pilih Tambah baru, dan masukkan nombor dan nama. Jika digesa, pilih di mana untuk menyimpan kenalan. Tambah atau edit butiran kenalan 1 Pilih Nama dan kenalan. 2 Pilih Pilihan > Tambah butiran. Petua: Untuk menambah nada dering atau gambar untuk kenalan, pilih kenalan dan Pilihan > Tambah butiran > Multimedia. Gunakan dailan pantas Anda boleh menghubungi rakan-rakan dan keluarga anda dengan pantas apabila anda memperuntukkan nombor telefon yang paling kerap digunakan kepada kekunci nombor telefon anda. Anda hanya boleh menggunakan dailan pantas untuk kenalan yang disimpan pada telefon anda atau pada kad SIM dalam pemegang kad SIM dalaman. Pilih Menu > Kenalan > Dail cepat. Beri nombor telefon ke kekunci nombor 1 Pilih kekunci nombor. 1 disimpan untuk peti mel suara. 2 Masukkan nombor atau cari kenalan. Keluarkan atau tukar nombor telefon diperuntukkan ke kekunci nombor Pilih dan tahan kekunci nombor, dan daripada menu pop timbul, pilih Padam atau Tukar. Membuat panggilan Pada skrin utama, tekan dan tahan kekunci nombor.

Menulis teks Nyahaktifkan dailan pantas Pilih Menu > Tetapan dan Panggilan > Dail cepat.

19

Menulis teks

Tukar antara mod input teks Apabila menulis teks, anda boleh menggunakan teks input tradisional . , , dan menunjukkan huruf aksara. atau ramalan

menunjukkan mod nombor diaktifkan.

Aktifkan atau nyahaktifkan mod input teks ramalan Pilih Pilihan > Ramalan > Ramalan aktif atau Ramalan tk aktif. Tidak semua bahasa disokong oleh input teks ramalan. Tukar antara huruf besar atau huruf kecil Tekan #. Aktifkan mod nombor Tekan dan tahan #, dan pilih Mod nombor. Untuk kembali ke mod huruf, tekan dan tahan #. Petua: Untuk memasukkan nombor individu dengan cepat, tekan dan tahan kekunci nombor. Tetapkan bahasa penulisan Pilih Pilihan > Bahasa tulisan. Petua: Untuk mengaktifkan mod nombor, aktifkan atau nyahaktifkan mod input teks ramalan, atau tetapkan bahasa penulisan, anda juga boleh tekan dan tahan #, dan pilih pilihan yang sesuai. Tulis menggunakan input teks tradisional 1 Tekan kekunci nombor 2-9 berulang kali sehingga aksara yang dikehendaki dipaparkan. 2 Masukkan aksara seterusnya. Jika ia terletak pada kekunci yang sama, tunggu sehingga kursor dipaparkan, atau alihkan kursor ke hadapan. Aksara yang terdapat bergantung kepada bahasa menulis yang dipilih.

20

mesej

Gerakkan kursor Pilih atau , atau ketuk di mana anda hendak meletakkan kursor. Masukkan tanda baca umum Tekan 1 berulang kali. Masukkan aksara khas Pilih dan aksara yang diinginkan. Masukkan ruang Tekan 0. Gunakan input teks ramalan Tulis menggunakan input teks ramalan Kamus terbina dalam mencadangkan perkataan semasa anda memilih kekunci nombor. 1 2 3 Pilih setiap kekunci nombor (2-9) sekali untuk setiap aksara. Untuk mencari perkataan yang dikehendali, pilih * berulang kali. Untuk mengesahkan perkataan, pilih .

Tambah perkataan yang tiada pada kamus Jika ? dipaparkan apabila anda memasukkan perkataan menggunakan input teks ramalan, perkataan bukan di dalam kamus. Anda juga boleh menambahnya pada kamus terbina dalam. 1 2 3 Pilih Mengeja. Tuliskan perkataan menggunakan input teks tradisional. Pilih Simpan.

Tuliskan perkataan majmuk 1 Tulis bahagian pertama perkataan. Untuk mengesahkan perkataan, alihkan kursor ke hadapan. 2 Tulis bahagian perkataan seterusnya dan sahkan perkataan semula.

mesej

Hantar mesej Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan anda dengan menggunakan teks dan mesej multimedia. Anda boleh melampirkan gambar, video dan kad niaga pada mesej anda. Pilih Menu > Pesanan.

mesej 1 2 3 4 5

21

Pilih Buat mesej. Untuk menambah lampiran, pilih Pilihan > Masukkan objek. Tulis mesej anda, dan pilih Teruskan. Untuk memasukkan nombor telefon atau alamat mel secara manual, pilih Nombor atau e-mel. Masukkan nombor telefon, atau pilih Mel, dan masukkan alamat mel. Pilih Hantar. Jika digesa, pilih kad SIM untuk digunakan.

Petua: Untuk memasukkan aksara khas atau smiley, pilih Pilihan > Masukkan simbol. Menghantar mesej dengan lampiran lebih mahal daripada menghantar mesej teks biasa. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda. Anda boleh menghantar mesej teks yang lebih panjang daripada had aksara untuk mesej tunggal. Mesej yang lebih panjang akan dihantar sebagai dua atau lebih mesej. Pembekal khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang sewajarnya. Aksara dengan aksen, tanda lain, atau sesetengah pilihan bahasa, mengambil lebih banyak ruang, membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej. Jika item yang anda masukkan dalam mesej multimedia adalah terlalu besar untuk rangkaian, peranti mungkin secara automatik mengurangkan saiznya. Hanya peranti yang serasi boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia. Mesej mungkin nampak berlainan dalam peranti berlainan. Ambil mesej multimedia Untuk menyemak tetapan semasa bagi pengambilan mesej multimedia, pilih Menu > Pesanan dan Tetapan mesej > MMS > SIM1 atau SIM2, dan pilih Penerimaan MMS. Petua: Anda mungkin dikenakan kos tambahan jika menghantar dan menerima mesej multimedia apabila berada di luar rangkaian rumah anda. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menghentikan telefon anda daripada mengambil mesej multimedia secara automatik. Untuk maklumat lanjut mengenai kosnya, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda. Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data. Ubah suai tetapan untuk pengambil mesej multimedia 1 Pilih Menu > Pesanan dan Tetapan mesej > MMS. 2 Pilih SIM1 atau SIM2. Tetapan mesej multimedia digunakan pada kedua-dua kad SIM.

22 3

mesej Pilih Penerimaan MMS dan daripada yang berikut: Automatik -- Mesej multimedia sentiasa diambil secara automatik. Manual -- Anda menerima pemberitahuan mengenai mesej multimedia yang anda telah terima dalam pusat pemesejan dan anda boleh mengambil mesej multimedia secara manual. Tak aktif -- Pengambilan mesej multimedia dinyahaktifkan. Anda tidak mendapat pemberitahuan mengenai mesej multimedia.

Jika anda memilih Penerimaan MMS > Manual, anda boleh mengambil mesej multimedia secara manual. Ambil mesej multimedia secara manual 1 Pilih Menu > Pesanan > Peti masuk. 2 Buka pemberitahuan mesej multimedia dan pilih Ambil. Mesej multimedia dimuat turun ke telefon anda. Dengarkan mesej suara Apabila anda tidak boleh menjawab, anda boleh menukar panggilan ke peti mel suara anda dan mendengarkan mesej anda kemudian. Anda mungkin memerlukan langganan peti mel suara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perhidmatan rangkaian ini, hubungi operator rangkaian anda. Anda hanya boleh menggunakan peti mel suara dengan kad SIM dalam pemegang kad SIM dalaman. 1 2 3 Pilih Menu > Pesanan > Mesej suara dan Nombor pt mel suara. Masukkan nombor peti mel suara anda, dan pilih OK. Untuk menghubungi peti mel suara, pada skrin utama, tekan dan tahan 1.

Hantar mesej audio Tidak mempunyai masa untuk menulis mesej teks? Sebaliknya rakam dan hantar mesej audio. Pilih Menu > Pesanan. 1 2 Pilih Mesej lain > Mesej audio. Untuk merakamkan mesej anda, pilih .

3 4

Untuk menghentikan rakaman, pilih Pilih Teruskan dan kenalan.

.

Peribadikan telefon anda

23

Peribadikan telefon anda

Mengenai skrin utama Pada skrin utama, anda boleh: · · · · · Lihat pemberitahuan panggilan yang tidak dijawab dan mesej yang diterima Buka aplikasi kegemaran anda Kawal aplikasi seperti radio Tambah pintasan untuk ciri berbeza, seperti menulis mesej Melihat kenalan kegemaran anda dan memanggil atau menghantar mesej kepada mereka dengan cepat

Peribadikan skrin utama Ingin melihat landskap kegemaran atau gambar keluarga anda di latar belakang skrin utama? Anda boleh menukar gambar latar ini, dan susun semula item pada skrin utama, untuk memperibadikannya mengikut cita rasa anda. Tukar gambar latar 1 Pilih Menu > Tetapan dan Paparan > Gambar latar. 2 Pilih folder dan gambar. Anda boleh juga mengambil gambar dengan kamera telefon anda, dan guna gambar tersebut. Petua: Muat turun lebih banyak gambar latar daripada Kedai Ovi. Tambah aplikasi atau pintasan 1 Ketuk dan tahan skrin utama, dan dari menu pop timbul, pilih Pribadikn paparn. 2 Pilih bar, item dari senarai dan Balik. Tukar pintasan 1 Ketuk dan tahan pintasan yang anda ingin tukar, dan dari menu pop timbul, pilih Tukar pintasan. 2 Pilih item dari senarai dan Balik. Petua: Untuk mengeluarkan bar aplikasi atau pintasan dari skrin utama, gantikannya dengan yang lain atau pilih (kosong). Petua: Untuk meningkatkan saiz fon dalam aplikasi Pemesejan dan Kenalan, semasa menyemak imbas web, atau dalam menu utama, pilih Menu > Tetapan dan Paparan > Saiz fon.

24

Peribadikan telefon anda

Peribadikan nada telefon anda Anda boleh memperibadikan nada dering dan kekunci dan nada amaran untuk setiap profil. Pilih Menu > Tetapan dan Nada. Tukar nada dering Pilih Nada dering: dan nada dering. Petua: Muat turun lebih banyak nada dering dari Kedai Ovi Nokia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kedai Ovi, pergi ke www.ovi.com. Selepas memilih nada dering, anda boleh menandakan bahagian pada nada dering, dan tetapkan bahagian tersebut sebagai nada dering anda. Nada dering asal atau klip bunyi tidak disalin atau diubah suai. Nada dering pratetap tidak boleh diubah suai, dan tidak semua format nada dering disokong. Tandakan bahagian untuk digunakan. 1 Pilih nada dering. Apabila digesa, pilih Ya. ke tempat permulaan. 2 Seret penanda permulaan

3 4 5

Seret penanda tamat ke tempat tamat. Apabila penanda dipindahkan ke titik baru, pilihan dimainkan. Untuk memainkan pilihan secara manual, pilih Main. Pilih Selesai.

Petua: Untuk menala halus tempat permulaan dan tamat bagi pilihan, pilih , dan pilih dan tahan atau . Ubah kelantangan nada pad kekunci Pilih Nada pad kekunci:, dan seret bar kelantangan.

atau

Pengurusan masa

25

Pengurusan masa

Tukar masa dan tarikh Pilih Menu > Tetapan dan Tarikh dan masa. Tukar zon waktu semasa dalam perjalanan 1 Pilih Ttpan. tarikh & masa > Zon masa:. 2 Pilih zon masa bagi lokasi anda. 3 Pilih Simpan. Masa dan tarikh ditetapkan mengikut zon waktu. Ini memastikan bahawa telefon anda memaparkan masa penghantaran yang betul bagi mesej teks dan multimedia yang diterima. Contohnya, GMT +8 menandakan zon waktu bagi Singapura, Malaysia, dan Filipina, 8 jam ke timur Greenwich, London (UK). Tetapkan penggera Anda boleh menggunakan telefon anda sebagai jam penggera. Pilih Menu > Aplikasi > Jam penggera. 1 2 3 Menetapkan masa penggera. untuk menetapkan penggera. Pilih Untuk menetapkan penggera untuk dibunyikan, pada masa yang sama setiap hari, pilih Tetapan > Ulang penggera > Aktif dan hari nya.

Tambah janji temu Simpan janji temu penting anda ke kalendar sebagai entri mesyuarat. Pilih Menu > Kalendar. 1 2 Pergi ke tarikh yang dikehendaki, dan pilih Pilihan > Tambah entri baru. Pilih medan jenis entri Mesyuarat, dan isikan medan itu.

Kesambungan

Bluetooth Mengenai kesambungan Bluetooth Pilih Menu > Tetapan > Kesambungan > Bluetooth. Anda boleh menyambung secara wayarles ke peranti serasi yang lain, seperti telefon, komputer, alat dengar dan kit kereta.

26

Kesambungan

Anda boleh menggunakan sambungan untuk menghantar item dari telefon anda, menyalin fail dari PC serasi anda dan mencetak fail dengan pencetak serasi. Memandangkan peranti dengan teknologi wayarles Bluetooth berkomunikasi menggunakan gelombang radio, ia tidak perlu berada dalam garis nampak. Walau bagaimanapun, mesti berada dalam 10 meter (33 kaki) daripada satu sama lain, walaupun sambungan mungkin tertakluk kepada gangguan daripada halangan seperti dinding atau dari peranti elektronik lain.

Apabila telefon anda dikunci, hanya sambungan kepada peranti yang dibenarkan dapat dilakukan. Petua: Untuk mengakses tetapan Bluetooth dari skrin utama, tambah pintasan pada widget pintasan. Nota: Mungkin terdapat sekatan terhadap penggunaan teknologi Bluetooth di beberapa negara. Contohnya, di Perancis, anda hanya dibenarkan menggunakan teknologi Bluetooth di dalam bangunan. Selepas 1 Julai 2012, pengehadan terhadap penggunaan luar bagi teknologi Bluetooth pada produk ini di Perancis ditarik balik oleh EU. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda. Hantar gambar atau kandungan lain ke peranti lain menggunakan Bluetooth Gunakan Bluetooth untuk menghantar gambar, video, kad niaga dan kandungan lain yang dibuat oleh anda ke komputer anda atau telefon atau peranti serasi rakan. 1 2 3 Pilih dan tahan item untuk dihantar, dan daripada menu pop timbul, pilih Hantar > Mlalui Bluetooth. Pilih peranti untuk menyambung. Jika peranti yang dikehendaki tidak dipaparkan, untuk mencarinya, pilih Pilihan > Carian baru. Peranti Bluetooth berada dalam lingkungan jarak dipaparkan. Jika peranti lain memerlukan kod laluan, masukkan kod laluan. Kod laluan, yang anda boleh tetapkan sendiri, perlu dimasukkan dalam kedua-dua peranti. Kod

Muzik dan audio laluan dalam beberapa peranti adalah tetap. Untuk butiran, lihat panduan pengguna peranti. Kod laluan adalah sah hanya untuk sambungan semasa. Pilihan yang tersedia mungkin berbeza-beza.

27

Kabel data USB Salin kandungan antara telefon anda dan komputer Anda boleh menggunakan kabel data USB untuk menyalin gambar anda dan kandungan lain antara telefon anda dan komputer serasi. 1 2 Gunakan kabel USB serasi untuk menyambung telefon anda ke komputer. Pilih daripada mod yang berikut: Nokia Ovi Suite -- Nokia Ovi Suite dipasang pada komputer anda. Pemindhn media -- Nokia Ovi Suite tidak dipasang pada komputer anda. Jika anda hendak menyambung telefon anda pada sistem hiburan utama atau pencetak, gunakan mod ini. Pnyimpnn massa -- Nokia Ovi Suite tidak dipasang pada komputer anda. Telefon dipaparkan sebagai peranti mudah alih pada komputer anda. Jika anda hendak menyambung telefon anda ke peranti lain, seperti stereo rumah atau kereta, gunakan mod ini. Untuk menyalin kandungan, gunakan pengurus fail komputer. Untuk menyalin kenalan anda, fail muzik, video atau gambar, gunakan Nokia Ovi Suite.

3

Muzik dan audio

Radio FM Mengenai radio FM Pilih Menu > Muzik > Radio. Anda boleh mendengar pada stesen radio FM menggunakan telefon anda ­ hanya sambungkan alat dengar, dan pilih stesen. Untuk mendengar radio, anda perlu menyambung alat dengar yang serasi ke peranti. Alat dengar bertindak sebagai antena.

28

Muzik dan audio

Mendengar pada radio Pilih Menu > Muzik > Radio. Ubah kelantangan Gunakan kekunci kelantangan. Tutup radio Tekan dan tahan kekunci tamat. Menetapkan radio untuk bermain di latar belakang Pilih Pilihan > Main di l/belakng. Tutup radio apabila ia dimainkan di dalam latar belakang Tekan dan tahan kekunci tamat. Cari dan simpan stesen radio Cari stesen radio kegemaran anda, dan simpankannya, supaya anda boleh mendengarnya kemudian. Pilih Menu > Muzik > Radio. Cari stesen berikutnya yang tersedia atau . Pilih dan tahan Simpan stesen Pilih Pilihan > Simpan stesen. Cari stesen radio secara automatik Pilih Pilihan > Cari smua stesen. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, cari apabila berada di luar atau berdekatan tetingkap.

Gambar dan video Tukar ke stesen yang di simpan Pilih atau . Namakan semula stesen 1 Pilih Pilihan > Stesen. 2 Pilih dan tahan stesen, dan daripada menu pop timbul, pilih Nama semula.

29

Petua: Untuk mengakses stesen secara terus dari senarai stesen yang disimpan, tekan kekunci nombor yang sepadan dengan nombor stesen. Pemain media Mainkan lagu Main muzik yang disimpan dalam memori telefon atau pada kad memori. Pilih Menu > Muzik > Muzik saya dan Semua lagu. 1 2 Pilih lagu. Untuk menjedakan main, tekan ; untuk menyambung semula, pilih .

Main video Main video yang disimpan dalam memori telefon atau pada kad memori. Pilih Menu > Muzik > Muzik saya dan Video. 1 2 Pilih video. Untuk menjedakan main balik, tekan ; untuk menyambung semula, pilih .

Gambar dan video

Ambil gambar 1 Pilih Menu > Foto > Kamera. 2 Untuk mengezum masuk atau keluar, gunakan kekunci kelantangan. . 3 Pilih Gambar disimpan dalam Menu > Foto > Foto saya. Tutup kamera Tekan kekunci tamat. Rakam video Selain mengambil gambar dengan telefon anda, anda juga boleh menangkap saat-saat istimewa anda sebagai video.

30

rangkaian

Pilih Menu > Foto > Kamera video. 1 2 3 > Kam. vid.. Untuk tukar daripada mod imej ke mod video, jika perlu, pilih Untuk mula merakam, pilih . Untuk mengezum masuk atau keluar, gunakan kekunci kelantangan. Untuk berhenti merakam, pilih .

Video disimpan dalam Menu > Foto > Video saya. Tutup kamera Tekan kekunci tamat. Hantar gambar atau video Ingin berkongsi gambar dan video anda dengan rakan dan keluarga? Hantar mesej multimedia atau hantar gambar menggunakan Bluetooth. Pilih Menu > Aplikasi > Galeri. Hantar gambar 1 Pilih folder yang mengandungi gambar. 2 Pilih dan tahan gambar untuk dihantar. Untuk menghantar lebih daripada satu gambar, pilih Pilihan > Tanda, dan tandakan gambar yang dikehendaki. 3 Pilih Hantar atau Pilihan > Hantar yg ditnda dan kaedah penghantaran yang diingini. Hantar video 1 Pilih folder yang mengandungi video. 2 Pilih Pilihan > Tanda, dan tandakan video. Anda boleh menanda beberapa video untuk dihantar. 3 Pilih Pilihan > Hantar yg ditnda dan kaedah penghantaran yang diinginkan.

rangkaian

Mengenai penyemak imbas web Pilih Menu > Internet. Anda boleh melihat laman web pada internet dengan penyemak imbas pada telefon anda. Untuk menyemak imbas web, anda perlu disambungkan ke internet.

rangkaian Jika digesa, pilih kad SIM yang akan digunakan. Hubungi pembekal khidmat rangkaian anda untuk mendapatkan ketersediaan perkhidmatan ini, penentuan harga dan arahan.

31

Anda mungkin menerima tetapan tatarajah yang diperlukan untuk menyemak imbas sebagai mesej tatarajah daripada pembekal khidmat rangkaian anda. Muzik dan video tidak boleh distrim dalam penyemak imbas web telefon. Semak imbas web Pilih Menu > Internet. Lihat sejarah penyemak imbas, tapak yang dicirikan, atau penanda buku anda Untuk beralih antara Sejarah, Ditampilkn, dan tab Kegemarn, sapu ke kiri atau ke kanan. Pergi ke halaman web Pilih bar alamat, dan masukkan alamat. Bergerak pada halaman web Seret halaman menggunakan jari anda. Zum masuk Pilih bahagian yang dikehendaki pada halaman web. Zum keluar Ketik dua kali pada skrin. Cari dalam Internet Pilih medan carian, dan masukkan perkataan carian. Jika diminta, pilih enjin carian lalai anda. Kembali ke halaman web yang dilawati sebelum ini. Buka tab Sejarah, dan pilih halaman web. Petua: Anda boleh muat turun aplikasi web dari Kedai Ovi Nokia. Apabila anda membuka aplikasi web buat kali pertama, ia ditambah sebagai penanda buku. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kedai Ovi, pergi ke www.ovi.com. Muatkan halaman web ke paparan telefon anda Penyemak Imbas anda boleh mengoptimumkan halaman web untuk paparan telefon anda. Selain daripada perlu mengezum masuk, halaman web disusun menjadi lajur tunggal yang lebih besar, teks yang boleh dibaca dan gambar.

32

Kekal berhubung dengan rakan anda dalam talian

Pilih Menu > Internet. Pilih / > Alat > Paparan lajur. Pergi ke bahagian sebelumnya atau seterusnya pada halaman web. Daftar masuk ke halaman web. Pergi ke bahagian utama pada halaman web. Carian pada halaman web. Baca suapan RSS. Untuk pergi ke bahagian berlainan pada halaman web dengan cepat, pilih dari berikut:

Pilihan tersedia mungkin berbeza-beza. Paparan ini tidak tersedia untuk tapak web yang direka untuk penggunaan mudah alih. Tambah penanda buku Jika anda melawati halaman web yang sama setiap masa, tambahnya sebagai penanda buku, supaya anda boleh mengaksesnya dengan mudah. Pilih Menu > Internet. Semasa menyemak imbas, pilih > Ditambah ke kegemaran. Pergi ke halaman web berpenanda buku Buka tab Kegemarn, dan pilih penanda buku. Kosongkan sejarah menyemak imbas anda Pilih Menu > Internet. Buka tab Sejarah, dan pilih > Kosongkan sejarah. Kosongkan kuki yang disimpan atau teks yang disimpan dalam borang web > Alat > Tetapan > Kosongkan kuki atau Kosongkan isi auto. Pilih

Kekal berhubung dengan rakan anda dalam talian

Mengenai Komuniti Pilih Menu > Aplikasi > Aplik. & p'mainan > Komuniti, dan daftar masuk ke perkhidmatan rangkaian sosial relevan anda. Dengan aplikasi Komuniti, anda boleh meningkatkan pengalaman rangkaian sosial anda. Aplikasi mungkin tidak tersedia di semua wilayah. Apabila mendaftar masuk pada

Mel dan berbual

33

perkhidmatan rangkaian sosial, seperti Facebook atau Twitter, anda boleh melakukan perkara berikut: · · · Lihat kemas kini rakan-rakan anda Siarkan kemas kini status anda sendiri Kongsi gambar yang anda ambil dengan kamera

Hanya ciri yang disokong oleh perkhidmatan rangkaian sosial tersedia. Menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial memerlukan sokongan rangkaian. Ia boleh melibatkan pemindahan jumlah data yang besar dan kos trafik berkaitan. Untuk maklumat mengenai caj pemindahan data, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Perkhidmatan rangkaian sosial adalah perkhidmatan pihak ketiga dan tidak disediakan oleh Nokia. Semak tetapan privasi perkhidmatan rangkaian sosial yang anda guna kerana anda akan berkongsi maklumat dengan sekumpulan orang ramai. Terma penggunaan perkhidmatan rangkaian sosial dikenakan pada maklumat perkongsian pada perkhidmatan itu. Biasakan diri anda dengan terma penggunaan dan amalan privasi perkhidmatan itu.

Mel dan berbual

Mengenai Mel Pilih Menu > Pesanan > Mel. Anda boleh menggunakan telefon anda untuk membaca dan menghantar mel dari akaun mel anda dari pembekal perkhidmatan mel yang berlainan. Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data. Jika anda masih belum mempunyai akaun mel anda boleh membuat akaun Nokia yang termasuk perkhidmatan Ovi Mail Nokia. Untuk maklumat selanjutnya, pergi ke www.ovi.com. Dengan akaun Nokia anda, anda boleh mengakses semua perkhidmatan Ovi Nokia. Hantar mel Pilih Menu > Pesanan > Mel dan akaun mel. 1 2 3 Pilih Pilihan > Karang baru. Masukkan alamat mel penerima dan subjek, dan tulis mesej anda. Untuk melampirkan fail, sebagai contoh, gambar, pilih Pilihan > Lampir > Dari Galeri.

34 4 5

Peta Untuk mengambil gambar untuk dilampirkan ke mel, pilih Pilihan > Lampir > Dari Kamera. Pilih Hantar.

Baca dan balas pada mel Pilih Menu > Pesanan > Mel dan akaun mel. 1 2 Pilih mel. Untuk membalas atau mengemukakan mel, pilih Pilihan.

Mengenai Bual Pilih Menu > Pesanan > Bual. Anda boleh bertukar-tukar mesej segera dengan rakan anda. Bual adalah perkhidmatan rangkaian. Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data. Berbual dengan rakan anda Pilih Menu > Pesanan > Bual. Anda boleh mendaftar masuk dan berbual dalam beberapa perkhidmatan pada masa yang sama. Anda perlu mendaftar masuk secara berasingan ke setiap perkhidmatan. Anda boleh mendapat perbualan berterusan dengan beberapa kenalan pada masa yang sama. 1 2 3 4 5 Jika beberapa perkhidmatan perbualan tersedia, pilih perkhidmatan yang diperlukan. Daftar masuk ke perkhidmatan. Dalam senarai kenalan anda, pilih kenalan dengan siapa anda hendak berbual. Tulis mesej anda dalam kotak teks di bahagian bawah paparan. Pilih Hantar.

Peta

Mengenai Peta Telefon anda didatangkan dengan aplikasi Peta, dan mungkin mempunyai kad memori dengan peta yang dipramuatkan untuk negara anda. Masukkan kad memori ke dalam telefon sebelum menggunakan Peta. Anda hanya boleh menggunakan Peta apabila menggunakan kad SIM di dalam pemegang kad SIM dalaman.

Peta Pilih Menu > Peta.

35

Anda boleh menyemak imbas peta untuk bandar yang berlainan di negara anda. Anda boleh juga: · · · · Lihat lokasi semasa anda Rancang laluan ke tempat yang berdekatan Cari tempat atau alamat tertentu, dan simpannya. Hantar lokasi anda atau tempat kepada rakan dalam mesej teks

Apabila anda menyemak imbas kawasan yang tidak diliputi oleh peta yang telah dimuat turun pada kad memori, peta bagi kawasan tersebut dimuat turun secara automatik melalui internet. Memuat turun peta mungkin melibatkan penghantaran data yang banyak menerusi rangkaian pembekal khidmat anda. Untuk maklumat mengenai caj pemindahan data, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Nokia Ovi Suite untuk memuat turun peta. Untuk memuat turun dan memasang Nokia Ovi Suite pada komputer serasi anda, pergi ke www.ovi.com. Akses rangkaian mungkin diperlukan untuk mencari lokasi semasa anda. Anda mungkin digesa untuk memilih pusat akses internet. Beberapa perkhidmatan mungkin tidak tersedia di dalam semua negara, dan akan disediakan hanya dalam bahasa terpilih. Kandungan peta digital kadangkala boleh menjadi tidak tepat dan tidak lengkap. Jangan bergantung semata-mata pada kandungan atau perkhidmatan ini untuk komunikasi penting seperti dalam kecemasan. Lihat lokasi semasa anda pada peta Pilih Menu > Peta dan Keddkn saya. Kemas kini lokasi semasa anda Pilih Pilihan > K/kini kedudukn. Simpan lokasi semasa anda Pilih Pilihan > Smpn sbg kegmrn. Cari tempat Pilih Menu > Peta. 1 2 Pilih Cari. Masukkan nama tempat atau alamat.

36 3

Peta Pilih Jalankan. Senarai tempat atau alamat yang sepadan dipaparkan.

Perhalusi carian anda 1 Pilih Lanjutan > Cari tempat atau Cari alamat. 2 Tentukan butiran lanjut untuk carian anda, dan ikut arahan. Petua: Untuk mencari kategori tempat secara keseluruhan, tinggalkan semua medan nama kosong. Petua: Jika anda tidak dapat menjumpai tempat yang anda cari, cuba untuk mencari dari pangkalan data dalam talian. Pilih Cari dalam talian untuk. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Untuk butiran, hubungi pembekal perkhidmatan anda. Berkongsi lokasi atau tempat anda Anda boleh hantar lokasi semasa atau tempat anda pada peta kepada rakan dalam mesej teks. Pilih Menu > Peta. 1 2 3 4 Pilih Keddkn saya atau tempat pada peta dan Pilihan > Hantar tempat ini. Menulis mesej anda. Alamat dan pautan ke lokasi ditambah secara automatik. Masukkan nombor telefon penerima, atau pilih Cari dan kenalan. Pilih Hantar.

Apabila rakan anda menerima mesej yang mengandungi butiran alamat dan pautan, mereka boleh pilih pautan tersebut untuk melihat tempat pada peta dalam penyemak imbas web telefon. Buat laluan berjalan kaki Buat laluan berjalan kaki ke tempat yang berdekatan. Anda boleh melihat laluan dan semua pusingan pada peta sebelum anda bergerak. Pilih Menu > Peta. 1 2 3 Pilih Rancng lluan. Pilih Lokasi bermula dan lokasi yang disimpan atau yang terbaru, dan tempat dari peta, atau alamat tertentu sebagai titik permulaan laluan berjalan kaki anda. Untuk bermula dari lokasi semasa anda, pilih Kedudukan saya. Pilih Destinasi dan titik tamat laluan berjalan kaki. Jarak maksimum di antara temapat permulaan dan tamat ialah 10 kilometer, diukur dalam baris lurus. Menggunakan feri dan beberapa terowong khas untuk laluan pejalan adalah terbatas. Pilih Jalankan > Mula.

4

Perkhidmatan Ovi Nokia 5 Untuk membatalkan laluan, pilih Pilihan > Batalkan laluan.

37

Perkhidmatan Ovi Nokia

Ketersediaan dan kos perkhidmatan Ovi Nokia Ketersediaan perkhidmatan Ovi Nokia mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang mungkin dikenakan kos lalu lintas data. Untuk mendapatkan maklumat mengenai caj penghantaran data, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ovi, pergi ke www.ovi.com. Akses perkhidmatan Ovi Nokia Pilih Menu > Aplikasi > Aplik. & p'mainan dan perkhidmatan Ovi yang dikehendaki.

Dapatkan bantuan

Sokongan Apabila anda hendak mempelajari selanjutnya mengenai cara untuk menggunakan produk anda atau anda tidak pasti bagaimana telefon anda harus berfungsi, baca panduan pengguna secara teliti. Jika ini tidak menyelesaikan isu anda, lakukan salah satu daripada berikut: · · · Hidupkan semula telefon anda. Matikan telefon, dan keluarkan bateri. Selepas kirakira seminit, gantikan bateri dan hidupkan telefon. Kemas kini perisian telefon anda Simpan semula tetapan kilang asal

Jika isu anda kekal tidak dapat diselesaikan, hubungi Nokia untuk pilihan pembaikan. Pergi ke www.nokia-asia.com/repair. Sebelum menghantar telefon anda untuk pembaikan, sentiasa buat sandaran data anda. Langgani perkhidmatan Petua dan Tawaran Petua dan Tawaran adalah perkhidmatan mudah untuk membantu anda menggunakan telefon anda sepenuhnya, memberikan anda petua dan mesej sokongan, dan juga pengemaskinian permainan dan aplikasi anda. Pilih Menu > Aplikasi > Aplik. & p'mainan > Petua dan tawaran. Caj mesej teks mungkin dikenakan apabila anda melanggan atau berhenti melanggan. Untuk mendapatkan terma dan syarat, lihat panduan pengguna telefon anda, atau pergi ke www.nokia.com/mynokia.

38

Dapatkan bantuan

Pastikan telefon anda terkini Kemas kini perisian telefon menggunakan telefon anda Anda hendak meningkatkan prestasi telefon anda dan mendapatkan kemas kini aplikasi serta ciri baru? Kemas kini perisian dengan kerap untuk menggunakan telefon anda sepenuhnya. Anda juga boleh menetapkan telefon anda agar menyemak secara automatik sama ada terdapat kemas kini. Amaran: Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti, walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan selesai dan peranti dihidupkan semula. Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data. Anda hanya boleh mengemas kini perisian anda apabila menggunakan kad SIM dalam pemegang kad SIM dalaman. Sebelum memulakan kemas kinian, sambung pengencas atau pastikan bateri peranti mempunyai kuasa yang mencukupi. Pilih Menu > Tetapan.

1 2

Pilih Peranti > Kemas kinian peranti. Untuk memaparkan versi perisian semasa dan semak sama ada kemas kini yang tersedia, pilih Btrn perisian semasa.

Dapatkan bantuan 3 4 Untuk memuat turun dan memasang kemas kini perisian, pilih M/trn perisian peranti. Ikut arahan yang dipaparkan. Jika pemasangan dibatalkan selepas muat turun, pilih Pasang k/kini prisian.

39

Kemas kini perisian mungkin mengambil masa beberapa minit. Jika terdapat masalah dengan pemasangan, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda. Semak kemas kini perisian secara automatik Pilih Kms kini prisian auto, dan tentukan kekerapan anda menyemak kemas kini perisian baru. Pembekal khidmat rangkaian anda boleh menghantar kemas kini perisian telefon melalui udara kepada telefon anda. Untuk maklumat lanjut terhadap khidmat rangkaian ini, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda. Kemas kini perisian telefon menggunakan PC anda Anda boleh menggunakan aplikasi Nokia Ovi Suite PC untuk mengemas kini perisian telefon anda. Anda memerlukan PC serasi, sambungan internet berkelajuan tinggi, dan kabel data USB serasi untuk menyambung telefon anda kepada PC. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya dan memuat turun aplikasi Nokia Ovi Suite, pergi ke www.ovi.com/suite. Simpan semula tetapan asal Jika telefon anda tidak berfungsi dengan betul, anda boleh menetapkan beberapa tetapan ke nilai asalnya. 1 2 3 Tamatkan semua panggilan dan sambungan. Pilih Menu > Tetapan dan S/smla ttpn kilng > Tetapan sahaja. Masukkan kod keselamatan.

Ia tidak menjejaskan dokumen atau fail yang disimpan pada telefon anda. Selepas menyimpan semula tetapan asal, telefon anda dimatikan dan dihidupkan semula. Ia mungkin masa lebih lama daripada biasa. Aturkan fail Anda boleh mengalihkan, menyalin dan memadam fail dan folder atau membuat folder baru dalam memori telefon anda atau kad memori. Jika anda mengaturkan fail anda ke dalam foldernya sendiri, ia mungkin membantu anda mencari fail pada masa hadapan. Pilih Menu > Aplikasi > Galeri.

40

Lindungi alam sekitar

Buat folder baru Dalam folder di mana anda hendak membuat folder sub, pilih Pilihan > Tambah folder. Salin atau alihkan fail ke dalam folder Pilih dan tahan fail, dan daripada menu pop timbul, pilih pilihan sewajarnya. Petua: Anda juga boleh memainkan muzik atau video, atau lihat gambar dalam Galeri. Sandarkan gambar anda dan kandungan lain pada kad memori Adakah anda hendak memastikan bahawa anda tidak akan kehilangan fail penting? Anda boleh menyandarkan memori telefon anda ke kad memori serasi. Pilih Menu > Tetapan > Pygrkn & sandrn. Pilih Buat sandaran. Simpan sandaran Pilih S/smla sandaran.

Lindungi alam sekitar

Menjimat tenaga Anda tidak perlu mengecas telefon anda selalu jika anda melakukan perkara berikut: · · Tutup aplikasi dan sambungan data, seperti sambungan Bluetooth anda apabila tidak digunakan. Nyahaktifkan bunyi yang tidak diperlukan, seperti skrin sentuh dan nada kekunci.

Mengitar semula

Apabila telefon ini telah mencapai penghujug hayat kerja, kesemua bahan-bahannya boleh diambil sebagai bahan dan tenaga. Untuk menjamin pelupusan dan penggunaan semula yang betul, Nokia bekerjasama dengan rakan kongsinya menerusi program yang dipanggil We:recycle. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mengitar semula produk Nokia lama anda dan di mana untuk mencari tapak pengutipan, pergi ke www.nokia.com/werecycle, atau hubungi Pusat Hubungan Nokia.

Aksesori asal Nokia Kitar semula pembungkusan dan panduan pengguna di skim pengitaran semula tempatan anda.

41

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sifat persekitaran telefon anda, pergi ke www.nokia.com/ecoprofile.

Aksesori asal Nokia

Untuk ketersediaan aksesori yang diluluskan, sila tanya wakil penjual anda.

Rangkaian aksesori yang luas tersedia untuk peranti anda. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat www.nokia-asia.com/accessories. Peraturan berguna berkaitan aksesori · Jauhkan semua aksesori daripada jangkauan kanak-kanak kecil. · Apabila anda mencabut kord kuasa sebarang aksesori, genggam dan tarik plagnya, bukan kordnya. · Periksa secara tetap bagi memastikan bahawa sebarang aksesori yang dipasang pada kenderaan telah dipasang dan beroperasi dengan betul. · Pemasangan sebarang aksesori kereta yang kompleks mesti dibuat oleh kakitangan berkelayakan sahaja. Bateri Jenis: BL-5C Waktu bual: Sehingga 5 jam. Siap sedia: Sehingga 400 jam. Penting: Masa bual dan siap sedia bateri adalah anggaran dan hanya mungkin di bawah keadaan rangkaian yang optimum. Masa bual dan siap sedia bateri yang sebenar bergantung pada kad SIM, ciri yang digunakan, umur dan keadaan bateri, suhu bateri didedahkan, keadaan rangkaian, dan banyak faktor lain, dan boleh jadi jauh lebih

42

Maklumat produk dan keselamatan

pendek berbanding dengan masa yang dinyatakan di atas. Nada dering, pengendalian panggilan bebas tangan, penggunaan dalam mod digital, dan ciri lain juga menggunakan kuasa, dan jumlah masa peranti digunakan untuk panggilan akan mempengaruhi masa siap sedianya. Jumlah masa peranti dihidupkan dan berada dalam mod siap sedia juga akan menjejaskan masa bercakapnya.

Maklumat produk dan keselamatan

Perkhidmatan rangkaian dan kos Peranti anda diluluskan untuk penggunaan pada Rangkaian (E)GSM 900, 1800 MHz. Untuk menggunakan peranti tersebut, anda memerlukan langganan dengan pembekal khidmat. Penggunaan perkhidmatan rangkaian dan memuat turun kandungan ke peranti anda memerlukan sambungan rangkaian dan mungkin membawa kos lalu lintas data. Sesetengah ciri produk memerlukan sokongan daripada rangkaian, dan anda mungkin perlu melanggan kepadanya. Jaga peranti anda Kendalikan peranti anda, bateri, pengecas dan aksesorinya dengan cermat. Cadangan yang berikut membantu anda melindungi perlindungan waranti anda. · Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan mungkin mengandungi mineral-mineral yang menghakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya, dan biarkan peranti kering. Jangan gunakan atau simpan peranti di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan komponen elektroniknya boleh menjadi rosak.

· · · · · · · · · · ·

Jangan simpan peranti pada suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas kembali kepada suhu normalnya, lembapan boleh terbentuk di dalam peranti dan merosakkan litar elektronik. Pengubahsuaian yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan melanggar peraturan yang mentadbir peranti radio. Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian kasar boleh memecahkan papan litar dalaman dan kefungsian mekanikal. Hanya gunakan kain yang lembut, bersih, kering untuk membersihkan permukaan peranti. Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan dalam panduan pengguna.

Jangan simpan peranti pada suhu yang tinggi. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti, merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan plastik.

Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang operasi sempurna. Matikan peranti dan keluarkan bateri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan prestasi yang optimum. Jauhkan peranti anda daripada magnet atau medan magnet.

Untuk memastikan data penting anda selamat, simpannya di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan, seperti peranti anda, kad memori, atau komputer, atau tulis maklumat penting.

Kitar semula Sentiasa kembalikan produk elektronik, bateri dan bahan pembungkusan anda yang telah digunakan ke pusat pengumpulan yang khusus. Dengan cara ini anda membantu untuk menghalang pembuangan sisa yang tidak terkawal serta menggalakkan penggunaan semula bahan. Lihat cara mengitar semula produk Nokia anda di www.nokia.com/recycling . .

Maklumat produk dan keselamatan

43

Mengenai Pengurusan Hak Digital Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan hak-hak sah orang lain termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, atau memindahkan imej, muzik, dan kandungan lain. Pemilik kandungan mungkin menggunakan teknologi perlindungan hak digital (DRM) yang berbeza untuk melindungi harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM untuk mengakses kandungan yang dilindungi DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang dilindungi dengan WMDRM 10 dan OMA DRM 1.0. Jika perisian DRM tertentu gagal untuk melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh meminta keupayaan perisian DRM sedemikian bagi mengakses kandungan dilindungi DRM yang baru dibatalkan. Pembatalan juga mungkin menghalang pembaharuan kandungan dilindungi DRM sedemikian yang sedia ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian DRM sedemikian tidak menjejaskan penggunaan kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM yang lain atau penggunaan kandungan yang tidak dilindungi DRM. Kandungan pengurusan hak digital (DRM) yang dilindungi disediakan dengan lesen berkaitan yang mentakrifkan hak anda untuk menggunakan kandungan tersebut. Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi OMA DRM, untuk membuat sandaran lesen dan juga kandungan, gunakan ciri sandaran Nokia Ovi Suite. Kaedah pemindahan lain mungkin tidak memindahkan lesen yang perlu dipulihkan dengan kandungannya agar anda boleh terus menggunakan kandungan yang dilindungi OMA DRM selepas memori peranti diformat. Anda juga mungkin perlu menyimpan semula lesen sekiranya fail pada peranti anda menjadi rosak. Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi WMDRM, lesen dan juga kandungan akan hilang jika memori peranti diformatkan. Anda juga mungkin kehilangan lesen dan kandungan jika fail pada peranti anda menjadi rosak. Kehilangan lesen atau kandungan boleh mengehadkan kebolehan anda untuk menggunakan kandungan yang sama pada peranti anda lagi sekali. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda. Sesetengah lesen mungkin disambungkan kepada kad SIM yang tertentu, dan kandungan yang dilindungi boleh diakses hanya jika kad SIM dimasukkan dalam peranti. Bateri dan pengecas Maklumat bateri dan pengecas Peranti anda bertujuan untuk digunakan dengan bateri boleh dicas semula BL-5C. Nokia mungkin membuat model bateri tambahan tersedia untuk peranti ini. Sentiasa gunakan bateri asli Nokia. Peranti ini dimaksudkan untuk digunakan apabila mendapat bekalan kuasa daripada pengecas yang berikut: AC-3. Nombor model pengecas Nokia yang sebenar mungkin berbeza bergantung pada jenis plag, dikenal pasti dengan E, X, AR, U, A, C, K, atau B. Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa siap sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri. Penting: Masa bual dan masa siap sedia hanya anggaran. Masa sebenar dipengaruhi oleh, contohnya, keadaan rangkaian, tetapan peranti, ciri yang digunakan, keadaan bateri, dan suhu. Keselamatan bateri Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum mengeluarkan bateri. Apabila anda mencabut pengecas atau aksesori, pegang dan tarik palam, bukan kordnya. Apabila pengecas anda tidak digunakan, cabutnya daripada palam elektrik dan peranti. Jangan biarkan bateri yang telah dicas penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayat bateri. Jika dibiarkan tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan hilang casnya.

44

Maklumat produk dan keselamatan

Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F). Suhu yang melampau mengurangkan keupayaan dan jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri yang sejuk atau panas mungkin tidak akan berfungsi buat sementara waktu. Melitar pintas secara tidak sengaja boleh berlaku apabila objek logam menyentuh jaluran logam pada bateri, contohnya, jika anda membawa bateri gantian dalam poket anda. Melitar pintas boleh merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan. Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup. Buang bateri menurut peraturan tempatan. Kitar semula bila boleh. Jangan buang sebagai sisa rumah. Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, tebuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor, jangan biarkan cecair bateri menyentuh kulit atau mata. Sekiranya perkara ini berlaku, basuh segera bahagian yang berkenaan dengan air, atau dapatkan bantuan perubatan. Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk memasukkan objek asing ke dalam bateri, serta merendam atau mendedahkannya pada air atau cecair yang lain. Bateri boleh meletup jika rosak. Gunakan bateri dan pengecas untuk tujuan kegunaannya sahaja. Penggunaan tidak wajar, atau penggunaan bateri atau pengecas yang tidak serasi boleh mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, atau bahaya yang lain dan boleh mentaksahkan kebenaran atau waranti. Jika anda percaya bateri atau pengecas rosak, bawanya ke pusat perkhidmatan untuk pemeriksaan sebelum terus menggunakannya. Jangan sekali-kali menggunakan bateri atau pengecas yang rosak. Gunakan pengecas dalam bangunan sahaja. Maklumat keselamatan tambahan Buat panggilan kecemasan 1 Pastikan peranti dihidupkan. 2 Masukkan kad SIM.

Periksa untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi. Anda juga mungkin perlu melakukan perkara yang berikut: Nyahaktifkan sekatan panggilan yang telah anda aktifkan untuk peranti anda, seperti sekatan panggilan, dailan tetap, atau kumpulan pengguna tertutup. Pastikan profil penerbangan tidak diaktifkan. Jika skrin dan kekunci peranti telah dikunci, buka kuncinya.

· · · · 3 4 5 6 7

Tekan kekunci tamat berulang kali, sehingga skrin utama dipaparkan. Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa anda. Nombor panggilan kecemasan berbeza-beza mengikut lokasi. Berikan semua maklumat yang diperlukan seberapa tepat yang mungkin. Jangan tamatkan panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian. Tekan kekunci panggil . Buka gelangsar.

Penting: Aktifkan panggilan selular dan internet, jika peranti anda menyokong panggilan internet. Peranti mungkin cuba membuat panggilan kecemasan menerusi rangkaian selular dan melalui pembekal khidmat panggilan internet anda. Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Jangan bergantung semata-mata kepada sebarang peranti wayarles untuk komunikasi penting seperti kecemasan perubatan. Kanak-kanak kecil Peranti anda dan aksesorinya bukan mainan. Ia mungkin mengandungi bahagian-bahagian kecil. Jauhkannya dari capaian kanak-kanak kecil. Peranti perubatan Pengendalian peralatan pemancar radio, termasuk telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat perubatan yang tidak dilindungi secukupnya. Rujuk pakar perubatan atau pengilang alat perubatan tersebut untuk menentukan sama ada ia

Maklumat produk dan keselamatan

45

dilindungi secukupnya daripada tenaga RF luaran. Matikan peranti anda di tempat peraturan yang ditampalkan mengarahkan anda berbuat demikian, sebagai contoh, di hospital. Alat perubatan yang diimplan Pengilang alat perubatan menyarankan bahawa pemisahan minimum sebanyak 15.3 sentimeter (6 inci) dikekalkan antara peranti wayarles dan alat perubatan yang diimplan, seperti perentak jantung atau kardioverter defibrilator yang diimplan, untuk mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku dengan alat perubatan tersebut. Orang yang memiliki peranti sedemikian hendaklah: · · · · · Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih daripada 15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan. Jangan bawa peranti wayarles dalam kocek dada. Pegang peranti wayarles pada telinga yang bertentangan dengan alat perubatan. Ikut arahan pengilang untuk alat perubatan yang diimplan.

Matikan peranti wayarles jika terdapat sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan peranti wayarles dengan alat perubatan yang diimplan, rujuk penyedia jagaan kesihatan anda. Pendengaran Amaran: Apabila anda menggunakan alat dengar, keupayaan anda untuk mendengar bunyi-bunyi di luar mungkin terjejas. Jangan gunakan alat dengar apabila ia boleh membahayakan keselamatan anda. Sesetengah peranti wayarles boleh mengganggu sesetengah alat bantuan pendengaran. Nikel Nota: Permukaan peranti ini tidak mengandungi nikel pada bahagian plat. Permukaan peranti ini mengandungi keluli tahan karat. Lindungi peranti anda daripada kandungan berbahaya Peranti anda boleh terdedah kepada virus dan kandungan berbahaya yang lain. Ambil langkah penjagaan yang berikut: · · · · Berhati-hati semasa membuka mesej. Ia mungkin mengandungi perisian berniat jahat atau mungkin boleh merosakkan peranti atau komputer anda. Berhati-hati semasa menerima permintaan kesambungan, menyemak imbas internet, atau memuat turun kandungan. Jangan terima sambungan Bluetooth daripada sumber yang anda tidak percaya.

Hanya pasang dan gunakan perkhidmatan dan perisian daripada sumber yang anda percayai yang menawarkan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi.

Pasang perisian antivirus dan perisian keselamatan yang lain pada peranti anda dan mana-mana komputer yang disambungkan. Hanya gunakan satu aplikasi antivirus pada satu masa. Menggunakan lebih banyak mungkin menjejaskan prestasi dan operasi peranti dan/atau komputer. Jika anda mengakses penanda buku yang diprapasang dan pautan kepada tapak internet pihak ketiga, ambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Nokia tidak mengendors atau menanggung liabiliti untuk tapak sedemikian.

·

Persekitaran beroperasi Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF dalam kedudukan biasa pada telinga atau sekurang-kurangnya 1.5 sentimeter (5/8 inci) jauh daripada badan. Sebarang sarung pembawa, klip tali pinggang atau pemegang yang dipakai pada badan tidak seharusnya mengandungi logam dan peranti hendaklah diletakkan sejauh jarak yang disebut di atas daripada badan.

46

Maklumat produk dan keselamatan

Untuk menghantar fail data atau mesej memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian. Fail data atau mesej mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat. Ikut arahan jarak pemisahan sehingga penghantaran selesai. Kenderaan Isyarat radio mungkin menjejaskan sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau yang tidak dilindungi secukupnya di dalam kenderaan bermotor seperti pancit bahan api elektronik, sistem brek elektronik antikelincir (antikunci), sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem beg udara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak dengan pengilang kenderaan anda atau pengilang peralatannya. Hanya kakitangan yang berkelayakan yang harus memasang peranti di dalam kenderaan. Pemasangan atau servis yang tidak betul mungkin berbahaya dan mungkin mentaksahkan jaminan anda. Sentiasa jalankan pemeriksaan untuk memastikan bahawa semua peralatan peranti wayarles dalam kenderaan anda dilekapkan dan beroperasi dengan betul. Jangan simpan atau bawa sebarang cecair mudah bakar, gas atau bahan letupan dalam ruang yang sama dengan peranti, bahagianbahagiannya atau aksesori. Ingat bahawa beg udara mengembung dengan daya yang kuat. Jangan letakkan peranti atau aksesori anda di kawasan pengembangan beg udara tersebut. Matikan peranti anda sebelum menaiki pesawat. Penggunaan peranti wayarles dalam pesawat adalah berbahaya kepada pengendalian pesawat dan mungkin menyalahi undang-undang. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku Matikan peranti anda dalam mana-mana kawasan yang mempunyai suasana potensi mudah meletup. Patuhi semua arahan yang ditampal. Percikan api di kawasan tersebut boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Matikan peranti di tempat pengisian semula bahan api seperti berhampiran dengan pam minyak di stesen servis. Patuhi sekatan di depot bahan api, kawasan penyimpanan dan pengagihan, loji kimia atau tempat operasi letupan sedang dijalankan. Kawasan yang mempunyai suasana potensi mudah meletup kerap, tetapi tidak sentiasa, ditanda dengan jelas. Ini termasuk kawasan tempat anda dinasihatkan untuk mematikan enjin kenderaan anda, di bahagian bawah dek kapal, pemindahan bahan kimia atau kemudahan penyimpanan dan tempat di mana udara mengandungi bahan kimia atau partikel seperti bijirin, habuk atau serbuk logam. Anda hendaklah memeriksa dengan pengilang kenderaan yang menggunakan gas petroleum cair (seperti propana atau butana) untuk menentukan sama ada peranti ini boleh digunakan dengan selamat di kawasan persekitarannya. Maklumat pensijilan (SAR) Peranti mobil ini memenuhi garis panduan antarabangsa bagi pendedahan kepada gelombang radio. Peranti mudah alih anda adalah sebuah pemancar dan penerima radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan kepada gelombang radio yang disarankan oleh garis panduan antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan saintifik ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang direka bentuk bagi memastikan keselamatan semua orang, tidak kira usia dan kesihatan. Garis panduan pendedahan bagi peranti-peranti mudah alih menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan ICNIRP adalah 2.0 watts/kilogram (W/kg) dipuratakan kepada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan menggunakan kedudukan operasi biasa dengan peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Paras SAR sebenar bagi peranti yang beroperasi mungkin adalah jauh di bawah nilai maksimum kerana peranti direka bentuk untuk menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian. Jumlahnya berubah bergantung kepada beberapa faktor seperti sejauh mana jarak anda dengan stesen pangkalan rangkaian. Nilai SAR tertinggi mengikut garis panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti ini pada telinga ialah 0.61 W/kg . Penggunaan aksesori peranti boleh menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR mungkin berubah-ubah bergantung kepada keperluan laporan kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR tambahan boleh didapati di bawah maklumat produk di www.nokia.com.

Hak cipta dan notis lain

47

Hak cipta dan notis lain

PENGISYTIHARAN PEMATUHAN

Nokia sedang dalam peralihan antara Badan Termaklum EU dan produk ini telah diluluskan sebagai mematuhi peraturan EU dengan kedua-dua Badan Termaklum. Salah satu tanda CE yang ditunjukkan mungkin muncul pada produk semasa tempoh peralihan ini. NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-702 ini mematuhi keperluan yang penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC berkaitan yang lain. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati di http:// www.nokia.com/global/declaration . © 2011 Nokia. Semua hak terpelihara. Nokia, Nokia Connecting People, Ovi, dan WE: logo adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat yang disebut di sini berkemungkinan adalah tanda dagangan atau nama dagangan pemilik masing-masing. Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang. Nokia mengamalkan dasar pembangunan berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan peningkatan kepada sebarang produk yang diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.

Termasuk perisian kriptografi RSA BSAFE atau protokol keselamatan daripada RSA Security.

Java dan semua tanda berasaskan Java adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sun Microsystems, Inc. Bahagian perisian Nokia Maps adalah Projek FreeType ©1996-2012. Hak cipta terpelihara. Tanda perkataan dan logo Bluetooth adalah milik Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Nokia adalah di bawah lesen. Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan, termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan komersil boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat http://www.mpegla.com.

48

Hak cipta dan notis lain

Hingga setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia atau mana-mana pemegang lesennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerosakan khas, sampingan, turutan atau tidak langsung yang berlaku dalam apa jua keadaan sekali pun. Isi kandungan dokumen ini dibekalkan "sebagaimana adanya". Kecuali seperti yang dituntut oleh undang-undang yang berkuat kuasa, tiada sebarang jenis jaminan, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan, kebolehpercayaan atau kandungan dokumen inI. Nokia berhak untuk menyemak dokumen ini atau menariknya balik pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Ketersediaan poduk, ciri, aplikasi dan perkhidmatan mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi penjual Nokia anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang. Nokia tidak memberikan waranti atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda mengakui bahawa aplikasi diberikan seperti sedia ada. Nokia tidak membuat sebarang perwakilan, memberikan waranti, atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Ketersediaan perkhidmatan Nokia mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sesetengah operasi dan ciri bergantung pada kad SIM dan/atau rangkaian, MMS atau bergantung pada keserasian peranti dan format kandungan yang disokong. Sesetengah perkhidmatan adalah tertakluk kepada caj yang berasingan. /Keluaran 1.2 MS

Indeks

49 25 29 30 29 20 14 6 16 39 39 38 18 16 18 40 12 12 12 12 12

Indeks

A Aksesori asal Nokia antena B bateri -- mengecas Bluetooth browser D dail cepat E E-mel entri mesyuarat G gambar -- mengambil -- menghantar -- menyalin I IM (mesej segera) IM (pemesejan segera) input teks input teks ramalan internet J jam jam penggera K kad memori kad perniagaan kad SIM 41 12 6, 43 10 25, 26 30 18 33 25

29 26, 30 27 34 34 19, 20 19, 20 30 25 25 9 26 5, 6, 8, 13

Kalendar kamera -- mengambil gambar -- menghantar gambar dan video -- merakam video kamus kawal kekunci kekunci dan bahagian kelantangan kemas kinian -- perisian telefon kemas kinian perisian Kemas kini perisian kenalan -- menambah -- menyalin -- menyimpan kitar semula kod akses kod keselamatan kod kunci Kod PIN Kod PUK

M mail 33 Maklumat sokongan Nokia 37 masa dan tarikh 25 mel -- membaca dan membalas kepada 34 -- membuat 33 -- menghantar 33 memindahkan kandungan 16, 27 memperibadikan telefon anda 23, 24 mencari -- stesen radio 28 mengambil gambar Lihat kamera mengecas bateri 43 mengemas kini -- perisian telefon 38

50

Indeks penyemak imbas web -- kuki -- menyemak imbas halaman -- penanda buku perkhidmatan bual (IM) Perkhidmatan Ovi Nokia Perkhidmatan petua dan tawaran Peta -- berkongsi -- lokasi semasa -- membuat laluan -- mencari peti mel -- suara petua alam sekitar profil -- memperibadikan R radio radio FM Radio FM rangkaian sosial 30 32 31 32 34 37 37 34 36 35 36 35 22 40 24 27, 28 27 28 32

menghidupkan/mematikan 11 menghidupkan/mematikan kuasa 11 mengunci -- kekunci 14 -- skrin 14 menyalin kandungan 16, 27 menyandarkan data 40 menyimpan data 40 merakam -- video 29 mesej -- audio 22 -- menyalin 16 -- penghantaran 20 mesej multimedia 20, 21 mesej suara 22 mesej teks 20 MMS (perkhidmatan mesej multimedia) 20, 21 muzik 29 N nada -- memperibadikan nada dering Nombor IMEI O Ovi by Nokia P panggilan -- kecemasan -- log -- membuat panggilan kecemasan pembesar suara penanda buku penggera pengurusan fail penunjuk

24 24 12 37

44 17 17 44 16 32 25 39 15

S sambungan data -- Bluetooth 25 sambungan kabel 27 sambungan USB 27 Skrin laman utama 23 skrin sentuh 14 skrin utama 15, 23 SMS (perkhidmatan mesej ringkas) 20 sokongan 37 T tali tarikh dan masa telefon -- menghidupkan/mematikan tema 11 25 11 23

Indeks tetapan -- menyimpan semula tetapan kilang, penyimpan semula tetapan penyimpanan semula Tukar telefon V video -- memainkan -- menghantar -- menyalin -- merakam 39 39 39 16

51

29 26, 30 27 29

Information

51 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

260944


You might also be interested in

BETA
BM1