Read Microsoft Word - 2.Jenis Air cond text version

Jenis Jenis Air Cond

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA

KERTAS PENERANGAN

2. JENIS- JENIS AIR COND

AIR CONDITION

IKML

1

Jenis Jenis Air Cond

SISTEM PENYAMANAN UDARA

JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini diterangkan sistem penyamanan udara komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara. Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian: 1. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit ) 2. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit ) 3. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit ) 4. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit ) 5. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan ) Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya. Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap: (i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu secara berasingan. (ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.

(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan. (iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah (kekal). Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap: (i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.

IKML

2

Jenis Jenis Air Cond (ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar. (iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan.

IKML

3

Jenis Jenis Air Cond

Penyamanan Udara Unit Terpisah Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyamanan udara yang berasingan unit penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam dan unit luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar pula terdiri daripada pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan. Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan di luar bilik . Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah: (i) Lekapan dinding. (ii) Lekapan lantai. (iii) Gantungan siling.

IKML

4

Jenis Jenis Air Cond

IKML

5

Jenis Jenis Air Cond

IKML

6

Jenis Jenis Air Cond Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa ini kerana : (i) Pemasangannya lebih mudah dan cepat. (ii) Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm. (iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi. Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah mengikut kehendak pengguna. (v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap. Sungguhpun harga sistem penyamanan udara unit terpisah lebih tinggi daripada unit tingkap, sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan konsep keselesaan, sunyi dan daya penyerapan haba yang baik. Pemaipan unit luar dan unit dalam Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar dan unit dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Untuk menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan.

IKML

7

Jenis Jenis Air Cond

Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup untuk kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi semasa kerja-kerja pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan (purging) pada unit dalam untuk menyambungkannya dengan unit luar. Berbanding dengan unit tingkap, pemasangan unit terpisah memerlukan masa yang agak panjang untuk menebuk dinding atau tingkap.

Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang Penyamanan udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu unit luar dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi tiga unit. Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut citarasa pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada kediaman atau pejabat yang mempunyai bilik yang banyak. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya tinggi. Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.

IKML

8

Jenis Jenis Air Cond

Kebaikan unit terpisah berbilang: (i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat. (ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap. (iii) Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Unit Iuarnva pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan menyingkirkan haba dan dua atau tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah digunakan, seperti subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah haba,dan penerima. Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut

IKML

9

Jenis Jenis Air Cond

Basic Component Air Cond 1. 2. 3. 4. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat ) Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan ) Compressor Capillary Tiub

IKML

10

Jenis Jenis Air Cond

IKML

11

COMPRESSOR

Jenis Jenis Air Cond

Seal Type With Motor Inside

Remove heat

IKML

12

Jenis Jenis Air Cond

EVAPORATOR

CAPILLIARY TUBE

IKML

13

Jenis Jenis Air Cond

FAN & BLOWER

IKML

14

Information

Microsoft Word - 2.Jenis Air cond

14 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

487241


You might also be interested in

BETA
C:\Documents and Settings\Arman
MS 70-146 JAB. AWAM & STRUKTUR.p65
F:\SUKATAN FUNGSIONAL SAHAJA\Sokongan I\SUKATAN J22 TK3-baru.doc
Microsoft Word - 12.Senggaraan Air Acond
SEPARATOR