Read Microsoft Word - malaysia nanban.doc text version

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Semenanjung) Malaysia Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Podium No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 PUTRAJAYA Tel : 03-88805475 Faks.: 03-88805621

LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP ) SEMENANJUNG MALAYSIA MAKLUM BALAS KERATAN AKHBAR: Malaysia Nanban 1. LPKP ingin merujuk kepada laporan akhbar Malaysia Nanban bertarikh 1 November 2010 halaman 5. 2. Pengadu meminta setiap no aduan LPKP ditulis di dalam bas awam untuk membolehkan aduan dilakukan segera seperti pemandu memandu laju. 3. Untuk makluman, merujuk kepada Pekeliling LPKP Bil 12 Tahun 2009, semua kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam perlu mempamerkan no aduan baru pada badan kenderaan. Nombor aduan LPKP ini hendaklah ditampal dengan menggunakan pelekat atau disembur dengan menggunakan cat dibahagian belakang badan kenderaan. Bagi kenderaan yang tidak mempunyai ruang belakang yang mencukupi (seperti lori), nombor aduan ini hendaklah ditampal di bahagian belakang atau tepi badan kenderaan 4. Ini adalah merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk menambahbaik mutu servis pengangkutan awam dan bagi membolehkan pengguna maklum akan saluran aduan yang disediakan LPKP. Setiap aduan akan disiasat dan tindakan akan dikenakan ke atas pengusaha yang ingkar dengan peraturan dan syarat lesen ditetapkan berdasarkan Akta LPKP 1987. 5. Aduan pemanduan secara berbahaya sebagi contoh memandu laju yang diterima akan di panjangkan ke agensi berwajib iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk diambil tindakan. Dalam melaksanakan tindakan lanjut atas aduan, serta bersempena dengan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam Teksi 18 Jan 2010, pengguna disaran memberikan maklumat terperinci berhubung aduan yang dilaporkan bagi memudahkan tindakan susulan dapat diambil. Sila ajukan aduan anda berserta no kenderaan, tarikh, masa dan butiran kejadian menerusi saluran aduan LPKP menerusi SMS LPKP Aduan (aduan anda) ke 15888, atau menelefon talian Hotline LPKP di 1 ­ 800 ­ 88 ­ 9600 ataupun menghantar emel melalui [email protected]

6. Segala keprihatinan dan makluman yang diberikan mengenai isu ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ISHAH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 12 NOVEMBER 2010

2

Information

Microsoft Word - malaysia nanban.doc

2 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

195487


You might also be interested in

BETA
Layout 1