Read _________________________________________________________________ text version

Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol. 7, No. 1 (2001) 41-48

___________________________________________________________________________________________

Taburan unsur major dan logam berat tanih atas kawasan lombong emas Bukit Koman, Raub Pahang

Zulfahmi Ali Rahman, Sahibin Abd. Rahim, Mohd. Talib Latif & Lee Lai Yeen

Program Sains Sekitaran, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM Bangi 43600, Selangor Darul Ehsan

(Received 6 September 2000)

Abstrak. Analisis sampel tanih kawasan Bukit Koman Raub, Pahang dilakukan bagi menentukan taburan unsur-unsur major (dalam bentuk oksida) dan penumpukan logam berat persekitaran tanih permukaan. Tanihatas di kawasan kajian didominasi oleh tanih bertekstur lempung. Unsur major SiO2 didapati mempunyai kelimpahan unsur tertinggi berbanding unsur major lain. Ini diikuti oleh unsur-unsur lain iaitu Al2O3,, Fe2O3 dan K2O. Manakala kelimpahan unsur major lain adalah kecil (kurang dari 1.00%). Terdapat hubungan korelasi negatif yang signifikan antara Al2O3, Fe2O3 dan LOI dengan SiO2. Korelasi positif berlaku di antara MnO dan LOI dengan Fe2O3, dan juga di antara Na2O dan LOI dengan Al2O3. Taburan dan kelimpahan unsurunsur major bukan sahaja dipengaruhi oleh jenis batuan induk dan darjah luluhawa yang berlaku ke atasnya, malah terdapat kemungkinan diakibatkan oleh aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan kajian. Purata kandungan logam berat di dalam lempung dan lom lempung adalah tinggi berbanding dengan tekstur lain. Ini menunjukkan taburan dan penumpukan logam berat di dalam tanihatas dipengaruhi oleh pembentukan oksida Fe2O3 yang berasosiasi dengan lempung. Kandungan bahan organik dan pH tanih didapati memberikan sumbangan di dalam penumpukan kandungan logam berat di dalam tanih. Abstract. Soil analysis of Bukit Koman, Raub, Pahang were carried out to determine the distribution of major elements (in the form of oxides) and heavy metal accumulation in topsoil environment. Topsoil in the study area was dominated by clay texture. It was found that among the major elements, SiO2 showed the highest concentration compared with the others major elements. This was followed by Al2O3, Fe2O3 and K2O. Concentration of the rest of the major elements was small (less than 2.00 %). There were significant negative correlation between Al2O3, Fe2O3 and LOI with SiO2. Positive correlation occurs between MnO and LOI with Fe2O3, and between Na2O and LOI with Al2O3. The distribution and concentration of major elements were not only influenced by type of parent rock and the degree of its weathering, but were also due to the mining activity around the study area. Mean of heavy metal content in clay and clay loam is higher compared to other soil texture. This indicates that distribution and accumulation of heavy metal in topsoil was influenced by Fe2O3 formation which associated with clay textured soil. Organic matter content and soil pH was also found to contribute to the accumulation of heavy metal in soil.

___________________________________________________________________________________________

Keywords: Logam berat, taburan, penumpukan, unsur major

Pengenalan Lombong emas Bukit Koman, Pahang merupakan pengeluar emas utama di negara ini. Pada peringkat awal ia diusahakan secara kecil-kecilan. Kedatangan Inggeris telah menggalakkan aktiviti perlombongan di samping pembangunan teknologi moden. Beberapa lombong emas yang masih diusahakan seperti lombong emas Raub-Australia, Sendikit emas Kechan dan Seliusing. Beberapa kawasan di Kuala Lipis, Pahang menunjukkan simpanan emas yang ekonomik. Permineralan emas di kawasan ini dikatakan berkait rapat dengan rejahan granit porfiri Bukit Kajang. Walau bagaimanapun emas hanya didapati di dalam telerang kuartza dan batuan sedimen yang bersebelahan dengan rejahan tersebut. Aktiviti perlombongan emas masih diteruskan bagi menampung permintaan di samping penutupan beberapa lombong yang mengalami penurunan rizab

emas. Kawasan bekas lombong biasanya terbiar untuk jangka waktu yang panjang. Keadaan ini berpotensi menyumbang kepada persekitaran yang toksik dan berbahaya. Aktiviti perlombongan seperti pemecahan, penggalian dan penimbunan pecahan batuan atau sisa tanah mendedahkan kepada tindakan air larian permukaan secara larut resap, luluh larut dan hakisan [1]. Hasil buangan seperti sisa tanah penutup dan pecahan batuan dilonggokkan di sekitar kawasan lombong dan sebahagiannya mungkin disalurkan ke kolam pembuangan khas. Pembuangan dan pelonggokkan sisa tanah dan batuan ini masih mengandungi logam-logam mineral yang tinggi dan berupaya dialirkan ke dalam sistem sungai dan air tanah di samping meninggikan kehadiran logam tersebut di dalam tanih sekitarannya. Kehadiran terowong bawah tanah boleh mengganggu keseimbangan regim semulajadi air bawah tanah. Kemasukan air permukaan melalui

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM tirisan dan pelarutresapan mineral menyebabkan pencemaran air tanah dan permukaan. Penutupan sesuatu kawasan lombong perlu disusuli dengan langkah kawalan yang berkesan bagi menangani masalah pencermaran logam. Jelasnya kawasan tercemar memberi kesan toksik kepada tanaman, haiwan dan juga manusia. Kajian analisis tanih kawasan lombong ini bertujuan melihat pengaruh taburan dan kepekatan unsur major tertentu dan parameter persekitaran lain seperti pH, kandungan bahan organik dan lempung ke atas pengayaan unsur logam berat yang selalu menjadi bahan cemar di sekitaran seperti Co, Cu, Cr, Ni, Pb dan Zn. Maklumat kajian ini diharap dapat memberikan gambaran asosiasi di antara unsur major dan logam berat, serta potensinya sebagai pencemar pada keadaan persekitaran yang sesuai terutamanya yang berpunca daripada aktiviti perlombongan di kawasan ini. Sehubungan itu langkah kawalan dan perawatan yang sewajar dapat diambil bagi mengelakkan kesan pencemaran logam ke dalam persekitaran yang lebih jauh. Kawasan Kajian Lombong emas Bukit Koman terletak kira-kira 4 km dari Raub, Pahang. Purata curahan hujan kawasan ini sekitar 2029 mm setahun. Jumlah hujan bulanan yang tinggi diterima pada bulan Oktober hingga Disember. Secara geologi, kawasan ini terdiri daripada syal cerah ke gelap, berlapisan, berbutiran halus dan terluluhawa. Terdapat juga syal yang mengalami metamorf rantau membentuk filit. Looi [2] menyatakan bahawa terdapat telerang kuartza dalam batuan syal yang berketebalan mencapai 1 meter dan berbentuk kekanta. Dua kaedah perlombongan iaitu lombong dedah dan lombong bawah tanah. Kaedah pertama tertumpu di permukaan dengan menggunakan pancutan air ke atas tanih pinggir bukit. Manakala kaedah kedua pula melibatkan penggunaan jentera penggali dan pembinaan terowong bawah tanah. Kayu balak digunakan sebagai penyokong terowong. Lombong di kawasan ini diusahakan oleh syarikat Australia dengan kaedah lombong bawah tanah [3]. Kaedah Kajian Sampel tanih diambil menggunakan dutch auger dan disimpan di dalam beg plastik yang bersih untuk analisis makmal. Lokasi persampelan dilakukan secara rawak dan mewakili sampel tanih atas (sekitar 0-20 cm)(Rajah 1). Taburan saiz partikel tanih ditentukan dengan kaedah pipet dan pengayakan kering). Penentuan pH tanih dilakukan di dalam nisbah air suling:tanih, 1:2.5 manakala kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah pembakaran.

Rajah 1 : Peta menunjukkan lokasi pensampelan tanah di kawasan sekitaran bekas lombong Bukit Koman, Raub, Pahang.

42

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

Jadual 1: Pecahan Saiz Butiran dan Tekstur Tanihatas Lombong Emas Bukit Koman. Sampel 1A 1B 2A 2B 2C 3A 3B 3C 3D 3E 4A 4B 5A 6A 6B 6C 7A 8A 8B 9A 9B 10A 10B 11A 11B Bahan Organik (%) 0.55 0.73 1.21 0.78 0.99 1.76 1.17 0.45 1.15 2.17 1.93 1.70 1.37 0.95 2.26 0.78 0.76 0.40 0.66 1.20 2.07 0.60 1.28 0.34 0.50 pH Pasir 4.50 3.92 2.65 2.56 3.44 5.31 4.50 5.01 5.37 4.76 4.46 5.12 4.45 5.22 5.25 5.30 2.75 4.82 3.50 5.11 5.26 5.18 4.91 5.42 5.18 40.81 42.02 35.72 46.64 35.1 1.41 15.67 15.82 20.05 32.7 16.79 25.34 17.58 8.5 26.95 21.03 40.97 21.07 3.84 42.54 37.48 13.78 22.6 51.78 40.57 Pecahan Saiz Butiran (%) Kelodak Lempung 39.67 39.24 39.45 33.53 46.54 33.3 30.11 26.7 41.9 19.53 36.67 36.93 44.71 44.82 46.99 44.41 42.57 51.37 68.38 33.6 23.98 54.94 33.44 29.14 46.49 19.51 18.72 24.83 19.83 18.35 65.29 54.23 57.48 38.06 47.76 46.56 37.73 37.71 46.68 26.06 34.56 16.46 27.56 27.79 23.86 38.55 31.28 43.96 19.08 12.94 Jenis Tekstur Lom Lom Lom-Lempung Lom Lom Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lom-Lempung Lempung Lom Lom-Lempung-Lodak Lom-Lempung-Lodak Lom-Lempung Lempung Lempung-Lodak Lempung Lom-Pasir Lom

Kandungan logam berat dan unsur major di dalam tanih ditentukan dengan teknik pendarflour sinar-X (XRF) [8]. Penentuan kandungan logam berat dilakukan dengan menggunakan teknik pelet tekan manakala unsur major ditentukan dengan menggunakan teknik pelet lakur [6, 7]. Peralatan yang digunakan untuk penentuan ini ialah `Phillips PW1480 X-Ray Digital' dan spektrometer dikawal menerusi perisian mikrokomputer `Digital Software X 44'. Kaedah kalibrasi graf didapatkan dengan menggunakan Program On Line Alpha. Logam berat yang ditentukan dari sampel tanih termasuklah Co, Cr, Cu, Ni, Pb dan Zn, manakala unsur oksida yang ditentukan ialah SiO2, Al2O3, Fe2O3, TiO2, MnO, CaO, MgO, Na2O dan P2O5. Hasil dan Perbincangan Taburan Saiz Partikel Taburan saiz partikel tanih ditunjukkan di dalam Jadual 1. Daripada 25 sampel tanihatas yang ditentukan sebanyak 12 sampel mempunyai tekstur lempung (3A, 3B, 3C, 3D, 3E, 4A, 4B, 5A, 6A, 6C, 9B, dan 10B), 6 sampel bertekstur lom (1A, 1B, 2B, 2C, 7A, dan 11B), 3 sampel bertekstur lom-lempung (2A, 6B, dan 9A), 2 sampel bertekstur lom-lempunglodak (8A dan 8B), manakala tekstur tekstur lempung-lodak (10A) dan lom-pasir (11A) masing-

masing mempunyai satu sampel. Analisis tekstur ini menunjukkan tanihatas di kawasan sekitar lombong emas Bukit Koman didominasi oleh partikel yang bersaiz kurang dari 2 µm (lempung). Komposisi unsur major Taburan kepekatan unsur major ditunjukkan di dalam Jadual 2. Unsur oksida SiO2 menunjukkan peratus kelimpahan dalam sampel tanih yang tertinggi, diikuti oleh Al2O3, Fe2O3 dan K2O. Unsur oksida yang lain mempunyai nilai kurang dari satu peratus. SiO2: Kandungan SiO2 dalam tanih berjulat antara 57.06% hingga 77.69% iaitu merupakan unsur major yang paling tinggi peratusannya berbanding unsurunsur yang lain dengan sisihan piawai sebanyak 6.1%. Komposisi unsur major dalam sampel tanih lom berjulat dari 72.76% hingga 77.69% manakala tanih lempung pula berjulat dari 57.06% hingga 66.12%. Tanih jenis lom-lempung berjulat antara 58.61% hingga 71.97%. Tanih jenis lom-lempung-lodak mempunyai purata 74.72%, manakala lom­pasir dan lempung-lodak masing-masing mempunyai nilai 70.30% dan 63.03%. Al2O3: Komposisi unsur oksida ini mepunyai julat di antara 12.55% hingga 24.67% dengan sisihan piawai sebanyak 3.13%. Tanih jenis lom mengandungi

43

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

Jadual 2: Kandungan Unsur Oksida Major di dalam Tanihatas Lombong Emas Bukit Koman. Sampel 1A 1B 2A 2B 2C 3A 3B 3C 3D 3E 4A 4B 5A 6A 6B 6C 7B 8A 8B 9A 9B 10A 10B 11A 11B Tekstur Lom Lom Lom-Lempung Lom Lom Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lom-Lempung Lempung Lom Lom-LempungLodak Lom-LempungLodak Lom-Lempung Lempung Lempung-Lodak Lempung Lom-Pasir Lom SiO2 74.49 75.23 68.68 73 72.76 57.06 62.48 64.98 64.99 60.07 64.53 62.13 61.69 65.95 58.61 66.12 77.69 75.33 74.11 71.97 63.9 63.03 62.57 70.3 75.55 TiO2 0.68 0.61 0.74 0.69 0.67 0.79 0.63 0.79 0.65 0.45 0.6 0.67 0.74 0.81 0.78 0.82 0.65 0.66 0.64 0.11 0.34 0.8 0.65 0.46 0.05 Fe2O3 2.88 3.74 3.42 1.83 2.39 2.45 4.83 2.45 3.12 10.78 6.72 6.86 6.47 2.93 14.37 3.85 0.73 1.51 1.83 2.88 7.89 2.5 6.11 1.55 1.06 Al2O3 13.68 12.55 15.76 14.98 14.97 24.67 21.23 21.17 21 17.01 17.16 18.76 19.46 20.15 16.65 19.57 13.51 14.81 15.16 15.93 16.71 22.9 20.3 16.98 16.62 MnO BDL 0.02 0.01 BDL 0.03 BDL 0.002 BDL BDL 0.003 BDL 0.02 0.02 0 0.04 0.01 0.004 0.003 BDL 0.002 0.003 0.01 0.01 BDL BDL CaO 0.02 0.04 0.5 0.09 0.04 0.02 0.02 0.02 0.03 0.04 0.04 0.04 0.03 0.02 0.02 0.02 0.04 0.03 0.03 0.02 0.04 0.02 0.03 0.03 0.01 MgO 0.35 0.45 0.54 0.59 0.39 0.22 0.23 0.22 0.23 0.44 0.52 0.65 0.77 0.16 0.08 0.21 0.24 0.32 0.32 0.21 0.45 0.34 0.23 0.21 BDL Na2O 0.53 0.21 0.38 0.33 0.44 1.08 0.9 1.08 0.76 0.18 0.11 0.2 0.07 0.6 0.16 0.51 0.88 0.49 0.42 0.32 0.31 1.25 0.84 0.07 0.21 K2O 3.26 2.97 3.79 4.26 3.28 2.86 2.35 3.56 2.61 2.62 2.84 3.94 4.94 2.07 1.9 2.8 2.9 2.86 2.65 2.78 3 3.23 2.48 3.96 2.22 P2O5 0.08 0.09 0.1 0.07 0.07 0.03 0.04 0.03 0.04 0.02 0.03 0.01 0.05 0.03 0.09 0.02 0.04 0.07 0.05 0.04 0.07 0.05 0.04 0.02 0.03 LOI 3.11 3.08 5.36 3.82 4.17 4.69 6.56 4.69 6.32 7.16 6.7 6.27 5.28 6.67 6.88 5.75 3.67 3.41 4.47 5.02 6.25 5.63 6.46 3.58 4.63

komposisi unsur ini berjulat dari 12.55% hingga 15.62%, tanih jenis lempung mempunyai julat komposisi unsur dari 16.71% hingga 24.67%. Tanih jenis lom-lempung pula berjulat di antara 15.76% hingga 16.71%, tanih jenis lom-lempung-lodak mempunyai purata 14.99%, manakala lom­pasir dan lempung-lodak masing-masing mempunyai nilai 16.98% dan 22.90%. Fe2O3: Kehadiran unsur oksida ini adalah berjulat dari 0.73% hingga 14.37% dengan sisihan piawai 3.21%. Tanih jenis lom mengandungi komposisi unsur ini berjulat dari 0.73% hingga 3.74%, tanih jenis lempung mempunyai julat komposisi unsur daripada 2.45% hingga 10.78%, tanih jenis lomlempung pula berjulat di antara 2.88% hingga 14.37%, tanih jenis lom-lempung-lodak mempunyai purata 1.67%, manakala lom­pasir dan lempunglodak masing-masing mempunyai nilai 1.55% dan 2.50%. MnO, CaO, MgO dan Na2O: Komposisi unsurunsur ini mempunyai peratusan yang relatif rendah dalam sampel-sampel tanih yang dianalisis. Komposisi MnO adalah berjulat dari 0.002% hingga 0.04% dengan beberapa sampel yang menunjukkan nilai di bawah had pengesanan. Oksida CaO dan MgO pula masing-masing berjulat dari 0.01% hingga

0.50% dan 0.08% hingga 0.77%. Sementara itu Na2O mempunyai julat peratusan antara 0.07% hingga 1.25%. K2O: Komposisi K2O berjulat dari 1.90% hingga 4.94% dengan sisihan piawai sebanyak 0.71%. Tanih jenis lom mengandungi komposisi unsur ini berjulat dari 2.22% hingga 4.26%, tanih jenis lempung mempunyai julat komposisi unsur daripada 2.07% hingga 4.94%, tanih jenis lom-lempung pula berjulat di antara 1.90% hingga 3.79%, tanih jenis lomlempung-lodak mempunyai purata 2.76%, manakala lom­pasir dan lempung-lodak masing-masing mempunyai nilai 3.96% dan 3.23%. P2O5: Kehadiran oksida unsur P2O5 berjulat daripada 0.021% hingga 0.094% dengan sisihan piawai sebanyak 0.02%. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa oksida unsur ini hadir dalam kuantiti yang sangat sedikit di dalam semua sampel tanih yang dianalisis. L.O.I. (Loss on Ignition) : Sampel-sampel tanih menunjukkan peratusan berjulat dari 3.08% hingga 7.90% dengan sisihan piawai 1.39%. Nilai LOI ini merujuk kepada kandungan bahan di dalam tanih yang mudah termusnah dan yang mudah meruap.

44

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

Jadual 3: Korelasi Di antara Unsur-unsur Major Dalam Bentuk Oksida SiO2 SiO2 TiO2 Fe2O3 Al2O3 MnO CaO MgO Na2O K2O P2O5 LOI 1 -0.321 -0.663 *** -0.764 *** -0.212 0.072 -0.088 -0.170 0.060 0.298 -0.779 *** 1 0.055 0.325 0.281 0.137 0.213 0.412 0.186 0.155 0.059 1 0.066 0.529 * -0.050 0.166 -0.373 -0.195 0.090 0.687 *** 1 -0.143 -0.188 -0.183 0.585 ** -0.072 -0.520 * 0.526 * 1 0.049 0.179 -0.275 0.067 0.398 0.131 1 0.329 -0.112 0.288 0.458 * -0.0007 1 -0.360 0.752 *** 0.197 -0.0184 1 -0.209 -0.138 0.002 1 0.072 -0.363 1 -0.328 1 TiO2 Fe2O3 Al2O3 MnO CaO MgO Na2O K2O P2O5 LOI

N=25, *paras keertian 5% , **paras keertian 1%,*** paras keertian 0.1%

Bahan meruap ini biasanya terdiri dari air positif dan negatif. Biasanya kehadiran bahan organik dan air yang tinggi memberikan nilai LOI yang tinggi. Hubungan antara unsur-unsur major Korelasi di antara unsur-unsur oksida major di dalam tanih kawasan kajian ditunjukkan di dalam Jadual 3. Terdapat korelasi negatif yang kuat di antara Fe2O3, Al2O3 dan L.O.I dengan SiO2 (Rajah 2). Sememangnya terdapat hubungan korelasi negatif yang kuat antara unsur oksida Fe2O3, dan Al2O3 dengan SiO2 terutamanya jenis tanih daratan [4]. Ini merupakan fenomena biasa apabila berlaku penggantian isomorfus di antara Fe+3, Al+3 dan Ti+3 ke atas Si+4 di dalam kekisi hablur semasa proses luluhawa [5]. Hubungan korelasi positif yang kuat ditunjukkan pula di antara unsur major Na2O, K2O dan P2O5 dengan TiO2. Unsur major Fe2O3 juga mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan MnO dan LOI. Di samping itu terdapat juga korelasi positif yang signifikan di antara Fe2O3 dengan kandungan lempung. Ini menunjukkan terdapat tandatanda pembentukan oksida Fe2O3 yang berasosiasi dengan saiz lempung. Komposisi logam berat Komposisi logam berat yang terdapat di dalam sampel tanihatas lombong emas di Bukit Koman ditunjukkan di dalam Jadual 4.

Kobalt: Kepekatan Co adalah daripada 0.44 µgg-1 hingga 60 µgg-1, dengan purata 14.12 µgg-1 dan sisihan piawai sebanyak 17 µgg-1. Purata kandungan Co berdasarkan tekstur tanih adalah masing-masing 10.67 µgg-1, 17.58 µgg-1, 23.33 µgg-1, 4 µgg-1, 0 µgg-1 dan 0 µgg-1 di dalam lom, lempung, lomlempung, lom-lempung-lodak, lempung-lodak dan lom-pasir. Kromium: Kepekatan Cr di dalam tanihatas di kawasan kajian mempunyai sela di antara 44 µgg-1 sehingga 297 µgg-1 dengan purata dan sisihan piawai masing-masing 119.28 µgg-1 dan 61 µgg-1. Purata kandungan Cr berdasarkan tekstur tanih adalah masing-masing 65.67 µgg-1, 149.75 µgg-1, 155.33 µgg-1, 77 µgg-1, 112 µgg-1 dan 59 µgg-1 di dalam lom, lempung, lom-lempung, lom-lempung-lodak, lempung-lodak dan lom-pasir. Kuprum: Kepekatan Cu di dalam sampel tanihatas mempunyai sela di antara 42 µgg-1 hingga 102 µgg-1 dengan purata 66 µgg-1 dan sisihan piawai 15 µgg-1. Purata kandungan Cu berdasarkan tekstur tanih adalah masing-masing 76.50 µgg-1, 60.83 µgg-1, 61.67 µgg-1, 81.5 µgg-1, 46 µgg-1 dan 67 µgg-1 di dalam lom, lempung, lom-lempung, lom-lempung-lodak, lempung-lodak dan lom-pasir.

45

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

Rajah 2: Korelasi di antara Fe2O3 dan Al2O3 dengan SiO2

30 Kepekatan Unsur (%) 25 20 15 10 5 0 55 60 65 SiO2 (%) 70 75 80

y = -0.35x + 28.01 r = 0.663*** y = -0.39x + 44.14 r = 0.764***

Fe2O3 Al2O3

Rajah 3: Korelasi di antara Al2O3 dengan Kandungan Lempung

70 60 Lempung (%) 50 40 30 20 10 0 10 12 14

y = 3.53x - 28.92 r = 0.777***

16

18 Al2O3 (%)

20

22

24

26

Nikel: Kepekatan Ni di kawasan kajian mempunyai julat di antara 3 µgg-1 hingga 32 µgg-1 dengan purata dan sisihan piawai masing-masing 17.92 µgg-1 dan 7 µgg-1. Purata kandungan Ni berdasarkan tekstur tanih adalah masing-masing 16.83 µgg-1 ppm, 18.50 µgg-1, 17.67 µgg-1, 19 µgg-1, 20 µgg-1 dan 14 µgg-1 di dalam lom, lempung, lom-lempung, lom-lempung-lodak, lempung-lodak dan lom-pasir. Plumbum: Kepekatan Pb di dalam sampel tanihatas berjulat di antara 9 µgg-1 hingga 178 µgg-1 dengan purata dan sisihan piawai masing-masing 46.24 µgg-1 dan 37 µgg-1. Purata kandungan Pb berdasarkan tekstur tanih adalah masing-masing 33.17 µgg-1, 46.08 µgg-1, 70.33 µgg-1, 44.5 µgg-1, 73 µgg-1 dan 31 µgg-1 di dalam lom, lempung, lom-lempung, lom-lempunglodak, lempung-lodak dan lom-pasir. Zink: Kepekatan Zn di dalam sampel tanihatas mempunyai sela di antara 12 µgg-1 sehingga 127 µgg-1 dengan purata 39.76 µgg-1 dan sisihan piawai 28 µgg-1. Purata kandungan Zn berdasarkan tekstur tanih

adalah masing-masing 36.83 µgg-1, 41.08 µgg-1, 70.33 µgg-1, 17.5 µgg-1, 16 µgg-1 dan 18 µgg-1 di dalam lom, lempung, lom-lempung, lom-lempung-lodak, lempung-lodak dan lom-pasir. Kepekatan yang dicatat untuk tanih bertekstur lempung-lodak dan lom-pasir bukan dalam bentuk purata kerana masing-masing hanya ada satu sampel. Nilai ini dikemukakan juga hanya untuk perbandingan dengan tekstur tanih yang lain. Daripada data ini didapati bahawa tanih yang berlempung ada tendensi untuk menumpukkan logam-logam berat. Parameter yang diandaikan mempunyai pengaruh ke atas penumpukan logam berat di dalam tanih telah diuji perkaitan dengan kaedah analisis statistik korelasi yang mana keputusannya ditunjukkan di dalam Jadual 5. Didapati pengayaan kandungan Co, Cr dan Zn di dalam tanihatas di kawasan kajian dipengaruhi secara signifikan pada paras keertian melebihi 1% oleh Fe2O3(Rajah 4) dan bahan organik tanih.

46

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

Jadual 4: Kandungan Logam Berat Terpilih di dalam Tanihatas Lombong Emas Bukit Koman (µgg-1) Sampel 1A 1B 2B 2C 7A 11B 3A 3B 3C 3D 3E 4A 4B 5A 6A 6C 9B 10B 6B 2A 9A 8A 8B 10A 11A Tekstur Lom Lom Lom Lom Lom Lom Purata Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Lempung Purata Lom-Lempung Lom-Lempung Lom-Lempung Purata Lom-Lempung-Lodak Lom-Lempung-Lodak Purata Lempung-Lodak Lom-Pasir Co 8 15 0 8 12 21 10.67 10 15 18 44 53 4 18 4 4 9 23 9 17.58 61 0 9 23.33 8 0 4 0 0 Cr 73 79 44 62 53 83 65.67 161 155 95 125 253 162 138 108 141 123 173 163 149.75 297 71 98 155.33 72 82 77 112 59 Cu 102 81 89 69 58 60 76.50 48 78 45 55 42 77 69 68 71 74 58 45 60.83 59 73 53 61.67 79 84 81.5 46 67 Ni 25 14 10 25 11 16 16.83 26 16 16 16 3 19 12 18 30 32 15 19 18.50 19 24 10 17.67 25 13 19 20 14 Pb 20 17 25 31 9 97 33.17 63 59 49 87 23 23 22 22 31 47 81 46 46.08 0 33 178 70.33 54 35 44.5 73 31 Zn 37 46 38 33 40 27 36.83 19 12 23 23 46 83 84 78 22 33 55 15 41.08 127 55 29 70.33 15 20 17.5 16 18

Pengaruh unsur oksida major, pH, bahan organik dan kandungan lempung ke atas logam berat.

Jadual 5: Korelasi Di antara Unsur-unsur Major, pH, Bahan Organik Tanih dan Kandungan Lempung dengan Logam Berat. Co SiO2 TiO2 Fe2O3 Al2O3 pH BOT % Lempung -0.398 -0.132 0.693*** 0.041 0.346 0.555** 0.144 Cr -0.786*** 0.062 0.893*** 0.353 0.487* 0.823*** 0.518* Cu 0.512* 0.163 -0.238 -0.539** -0.433* -0.327 -0.403 Ni -0.068 0.503* -0.200 0.262 0.171 -0.190 0.121 Pb 0.055 -0.620** -0.276 0.235 0.387 -0.088 0.037 Zn -0.319 0.103 0.749*** -0.23 -0.045 0.652*** -0.091 % Lempung -0.398 -0.131 0.277 0.776*** 0.345 0.554** 1

N=25, *paras keertian 5% , **paras keertian 1%,*** paras keertian 0.1%

Hubungannya adalah positif yang bermaksud penambahan kandungan bahan organik tanih dan pembentukan Fe2O3 menyebabkan kandungan Co, Cr dan Zn di dalam tanih bertambah. Kaitan di antara Cr dengan SiO2 menunjukkan hubungan signifikan songsang. Ini bermaksud bahawa semakin banyak kandungan SiO2 di dalam tanih, semakin kurang kehadiran unsur Cr. Kromium bagaimanapun mempunyai korelasi positif yang

signifikan melebihi paras keertian 5% dengan Fe2O3, BOT, pH dan kandungan lempung. Ini menunjukkan semakin banyak kandungan Fe2O3, bahan organik dan lempung Cr makin kuat terikat dan terjerap di dalam tanih. Kenaikan pH juga menyebabkan semakin banyak ion Cr yang terjerap di dalam tanih. Kepekatan kandungan Cu dipengaruhi secara positif oleh SiO2, dan secara negatif oleh Al2O3 dan pH tanih. Korelasi yang ditunjukkan adalah signifikan

47

ZULFAHMI ALI RAHMAN et al.: TABURAN UNSUR MAJOR DAN LOGAM

R ajah 4: K orelas i di antara C o, C r dan Z n dengan F e 2 O 3 350 300 Logam Berat (mgg-1) 250 200 150 100 50 0 -50 0 2 4 6 8 F e 2 O 3 (% ) 10 12 14 16 y = 3.47x - 0.49 r = 0.693*** y = 6.45x + 12.62 r = 0.749*** y = 16.88x + 48.30 r = 0.893***

Co Cr Zn

pada paras keertian 5%. Ketika pH semakin rendah berlaku penurun Al2O3 yang akan membebaskan unsur Cu nya ke larutan unsur-unsur ini mungkin dijerap oleh mineral silikat yang banyak di dalam tanih. Kuantiti unsur Cu yang dijerap bergantung kepada banyaknya silikat di dalam tanih. Semakin banyak mineral silikat maka semakin banyak ion Cu yang dijerap. Kandungan Ni dan Pb di dalam tanih hanya dipengaruhi oleh unsur major TiO2. Hubungan TiO2 dengan Ni adalah positif manakala hubungannya dengan Pb adalah negatif. Korelasi adalah signifikan melebihi paras keertian 5%. Kepekatan Zn di dalam tanih dipengaruhi secara positif pada paras keertian yang melebihi 0.1% oleh Fe2O3 dan bahan organik. Kaitan positif selalunya menggambarkan darjah pengikatan atau penjerapan ion yang mana akan lebih efektif apabila kandungan sesuatu parameter itu bertambah. Dalam hal ini pembentukan Fe2O3 yang banyak menambahkan pengikatan Zn, sementara pertambahan kandungan bahan organik menyebabkan perjerapan ion Zn lebih banyak. Kesimpulan Perbezaan kelimpahan logam bergantung kepada jenis tekstur tanih terutamanya jenis lempung, serta keupayaan mobiliti sesuatu unsur dalam tanih di bawah pengaruh persekitaran. Unsur-unsur minor yang menunjukkan kelimpahan yang tinggi seperti Cu dan Cr jelas dipengaruhi oleh pembentukan oksida Fe2O3, Al2O3 dan SiO2. Faktor persekitaran seperti pH, kehadiran bahan organik dan peratus lempung di dalam tanih turut memberi pengaruh ke atas penjerapan dan pengikatan logam berat.

Penghargaan Penulis ingin merakamkan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia di atas penajaan projek penyelidikan ini melalui geran A/6/97. sehingga penyelidikan ini selesai. Terima kasih juga kepada Tuan Hj.Abd.Aziz Ngah di Makmal Sinar-X, Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, FST, UKM untuk analisis logam berat dan unsur oksida major.

Rujukan 1. Jumaat Salimon , 1992. Taburan logam berat di perairan sekitar lombong tembaga Mamut dan empangan Lohan. Prosiding Simposium Sumber Alam Kebangsaan Pertama (Julai 1992)., Jil. 2 , 119-126 Looi, K.M.,1978. The geology and mineralisation of the Bukit Koman area, Raub, Pahang. 96 m.s. Richardson, J.A., 1939. The geology and mineral resources of the neighbourhood of Raub, Pahang, Federated Malay States, with account of the geology of the Raub Australian gold mine. Mem. Geol. Surv. Dept. Fed. Malaya, 3, 166 m.s. Sahibin A.R & Mohamad, M.T., 1998. Komposisi unsur major dan surih di dalam beberapa sampel tanah atas di Pulau Langkawi. Jurnal Kimia Analisis, Vol. 4 (1), 81-90. Alloway, B.J., 1995. Heavy metal in soils. Blackie Academic & Professional. m.s. 11-22. De Jongh, W.K., 1973. X-ray fluorescence analysis applying the theoritical matrix corrections. Stainless Steel. X-ray Spectrometry, 2(151). De Jongh, W.K., 1979. The atomic number Z=O: Loss and gain on ignition in XRF analysis treated by the JN-equations. X-ray Spectrometry, 8(52). Norrish, K. dan Hutton, J.T., 1969. An accurate Xray spectrographic method for the analysis of a wide range of geological samples. Geochim. Et Cosmochima Acta, 33:431-453.

2. 3.

4.

5. 6. 7.

8.

48

Information

_________________________________________________________________

8 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

829219


Notice: fwrite(): send of 194 bytes failed with errno=104 Connection reset by peer in /home/readbag.com/web/sphinxapi.php on line 531