Read Microsoft Word - PSP Cemerlang.doc text version

PSP Pemenang Tempat Ke-5 Pertandingan Rekacipta HHIN'07

PSP telah berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan rekacipta sempena Hari Harta Intelek Negara 2007 yang berlangsung pada 26-29 April 2007 di Pusat Konvensyen, KLCC. Kejayaan ini dicapai melalui projek SCS version 1.0 yang dibangunkan oleh Mohd Firdaus Bin Abdul Majid, Mohd Masrul B. Ibrahim, Mohd Hariz Bin Azmi dan Rosila Bt. Md Hashim dibawah penyelian En. Ahmad Zamzuri Bin Mohamad Ali. SCS Version 1 atau SMS Controller System ialah sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan Microsoft Visual Basic bagi mengawal perkakasan melalui SMS. Di antara kelebihan perisian ini ialah ianya boleh diaplikasikan pada

sebarang sistem sedia ada dengan sedikit kerja pendawaian mudah. Dengan antaramuka user friendly, pengguna boleh menentukan nombor yang perlu dihubungi sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku dan mereka boleh mengubahnya berdasarkan keperluan. Sistem ini hanya perlu dipasang (install) di computer atau server yang sedia ada di syarikat atau agensi malah juga milik individu. Dengan adanya SCS V 1.0 sesuatu kejadian akan dapat diketahui sebaik sahaja ianya berlaku pada ketika itu walau dimana sahaja pemilik atau pengguna itu berada.

En Ahmad Zamzuri dan Mohd Firdaus bersama hadiah yang dimenangi.

Pelajar PSP mendapat Pingat Perak di Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-17

18 Disember ­ Izzul Fadzli Bin Zulkiefli, pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Seberang Perai telah berjaya mendapat Pingat Perak Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-17 dalam kategori Rekabentuk Grafik. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Izzul telah berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM2500.00, plaque serta sijil kejayaan. Pertandingan anjuran Kementerian Kerja Raya ini telah berlangsung dalam dua peringkat iaitu peringkat tapisan untuk memilih enam peserta pertandingan akhir dan pertandingan akhir untuk memilih pemenang pingat emas, perak dan gangsa. Secara keseluruhan pertandingan telah berlangsung di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pendorong kepada semua untuk pencapaian yang lebih cemerlang dimasa hadapan.

Izzul Menerima Pingat Perak dari YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan diperhatikan oleh YB. Dato' Seri S. Samy Vellu

PSP tempat ke 3 dalam pertandingan "ROBOT SOCCER"

8 sept 2007 satu pertandingan robot soccer telah diadakan di Dewan Jubli, Politeknik Ungku Omar. Pertandingan dikategorikan kepada 2, robot 3 by 3 untuk pelajar yang dianggotai oleh 4 orang dan robot 5 by 5 untuk staf yang juga dianggotai oleh 4 orang. Penyertaan terdiri dari 8 pasukan dari Polimas, PSP, PKB, PJB, PKS, PKK, PUO dan PPD. Pertandingan ini akan menguji kemahiran robot yang dikawal oleh komputer melalui wireless. Kedudukan robot dan bola dapat dilihat melalui vision system.Kemahiran ini amat memrlukan kemahiran programing c++ dan elektronik. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengantarabangsakan dan mendedahkan pelajar dan pensyarah dengan kaedah pemikiran tinggi dan penciptaan teknologi baru. Johan keseluruhan pertandingan robot soccer kali ini telah dinobatkan untuk Politeknik Port Dickson. Bagi kategori robot 3 by 3, PKB, PPD dan PSP masing-masing mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Kategori robot 5 by 5, PPD, PKS dan POLIMAS masing-masing mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. PSP walaupun mendapat tempat ke 3, tetapi sangat bepuashati dengan keseluruhan program yang dibuat oleh pelajar sendiri. Bagi mereka, pengalaman ini sangat bermanafaat untuk penyertaan pertandingan robot dimasa-masa akan datang. Menurut Encik Husaini Aza, selaku ketua pasukan PSP, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Psp akan cuba merancang pertandingan seperti ini di peringkat dalaman untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar bagi menigkatkan tahap pencapaian yang lebih tinggi. JKE boleh!!! Katanya mengakhiri perbualan.

PSP mendapat tempat pertama di dalam pencegah kebakaran.

26 ­ 28 Oktober 2007 :- Penyertaan 30 pelajar Politeknik Seberang Perai ke Malaysian Politechnic Polibriged Annual Camp (MaPPAC) II di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Selangor melibatkan semua pelajar dari ketiga-tiga jabatan. Pemilihan pelajar melalui kaedah latihan dan pemilihan oleh Persekutuan Pengakap Balik Pulau dan latihan kawad oleh Lt. Khairudin Ishak. MaPPAC II yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah mempertandingan 5 kategori iaitu pertolongan cemas, pencegah kebakaran, protokol dan etiket, jati diri/ merempuh halangan dan kawad. Semua kategori ini meliputi modul R1001 dan pertandingan ini terdiri daripada ujian praktikal dan teori. Menurut pengurus pasukan Pn. Norhanani Abd Rahman, PSP telah mendapat tempat pertama di dalam pencegah kebakaran. Sistem permakahan secara dimerit telah meletakkan PSP di tempat ke 5 daripada 21 buah Politeknik. Mazwan Mohamad, Parade Commander kawad menyatakan program seumpama ini memberikan satu pengalaman yang berharga dan menguji displin serta pengetahuan pelajar terutama mengenai apa yang telah dipelajari di dalam kokurikulum semester satu. Di harap pengalaman daripada program MaPPAC II ini akan menjadi panduan untuk PSP sebagai tuan rumah MaPPAC III pada tahun hadapan.

PSP tempat pertama dalam pertandingan projek Edufest Zon Utara

Projek SMESS yang dibangunkan oleh 4 orang pelajar, Mohammad Salehuddin Azizi, 24, Mohd Zairullizan Mohd Zain 22, Khairul Zanawi Ismail 24 dan Muhammad Mahezan Zakaria 23 telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan projek Edufest 2007 yang berlangsung di Dewan Seri Mutiara pada 31 Mei yang lalu. Projek berkenaan di bawah penyeliaan Norazri Bakhari telah menarik minat para juri apabila pemilik kereta boleh menerima SMS secara automatic jika kenderaan mereka diceroboh. Pemilik kenderaan juga dapat memantau setiap pergerakan mekanikal yang berlaku ke telefon bimbit pengguna seperti "PINTU DIBUKA" . Disamping itu penggera kereta juga akan berbunyi secara automatic. Sistem ini berfungsi seperti system keselamatan GSM Modem yang ada pada masa kini tetapi system yang dihasilkan dengan kos yang lebih murah (RM 500) berbanding unit yang sama dijual dipasaran antara Rm 1,000 hingga Rm2,000.Tahniah kepada semua pelajar dan penyelia terbabit. TAHNIAH!!

Robot Soccer SP 5 Vs 5, PSP tempat ke-3

2 ­ 5 November 2007, satu pertandingan Robot soccer yang dianjurkan oleh JPKK telah berlangsung di Kompleks Sukan PSP. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Politeknik, Tuan Haji Mukhlis pada majlis makan malam yang diadakan di LPL, PSP. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang mewakili Politeknik KotaBharu, Politeknik Kuching, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson, Politeknik Johor Bharu, Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Syah dan tidak ketinggalan Politeknik Sebarang Perai sebagai tuan rumah. Pertandingan robot 5 Vs 5 kali ini hanya untuk kategori pelajar sahaja. 4 orang pelajar yang mewakili pasukan PSP adalah dari kelas DIT 6A iaitu Hafifi, Hasman, Adam dan Ahmad Zuriman Affendy. Program Robot keseluruhannya menggunakan kepakaran program mikrosoft Visual C++. Johan pertandingan Robot Soccer kali ini dinobatkan buat Politeknik Kota Bharu manakala Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Seberang Perai masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Apa yang menarik minat penonton pada hari pertandingan Robot kali ini adalah tentang score board yang sangat menarik dan interaktif. Penonton berpuashati kerana melalui score board mereka mudah mengetahui perkembangan perlawanan. Bagi Psp, adalah menjadi harapan untuk menjadi juara FIRA Malaysia tahun 2008 dan seterusnya berpeluang mewakili negara ke peringkat Dunia yang akan berlangsung di China. Juara FIRA Malaysia 2007 kali pertama telah dinobatkan kepada Politeknik Port Dickson yang telah berlangsung di PUO, Ipoh baru-baru ini.

Antara pelajar yang PSP yang menyertai pertandingan robot soccer SP 5 Vs 5

Information

Microsoft Word - PSP Cemerlang.doc

4 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

560811


You might also be interested in

BETA
Microsoft Word - PSP Cemerlang.doc