Read Microsoft Word - 063 - Ahmad Fuad & Zaitul Azma - UPM - Pengkategorian Peribahasa . . . text version

PENGKATEGORIAN PERIBAHASA MELAYU BERDASARKAN ASPEK NILAI DAN PEMIKIRAN: SATU ANALISIS PRAGMATIK

Oleh

AHMAD FUAD MAT HASSAN ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Pengenalan

Peribahasa Melayu menjadi alat penting untuk merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu menggunakan bahasa yang puitis disampaikan secara tersurat. Pemikiran dalam peribahasa Melayu adalah lahir daripada minda bangsa Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan faunanya, budi pekerti masyarakatnya, sistem nilai, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat berjiran, dan kepentingan konsep keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri.

Pemikiran ialah proses kognisi atau akal yang bersifat sejagat, yakni dimiliki oleh semua manusia tidak kira bangsa, agama, ataupun warna kulit. Steinberg (1990) berpendapat bahawa proses pemikiran manusia, bermula daripada peringkat kanak-kanak. Proses ini dibangunkan sedikit demi sedikit apabila dirangsang terhadap sesuatu proses atau pengalaman yang dialami manusia. Masyarakat yang berbangsa Melayu dahulu telah merakam pemikiran atau weltanshauung bangsanya melalui medium peribahasa yang wujud daripada rangsangan dalam aspek kemasyarakatan atau sosial, ekonomi dan politik. Dengan kata lain, orang Melayu pada suatu ketika dahulu telah merakamkan perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian, peristiwa dan sebagainya menggunakan medium bahasa yang sangat puitis, ringkas, berirama dan sebagainya berdasarkan pemerhatian mereka yang tajam terhadap alam, adat dan budaya, pengalaman hidup dan sebagainya.

Justeru, kertas kerja ini menyenaraikan dua objektif, iaitu untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang menonjolkan aspek nilai dan pemikiran Melayu. Keduanya, mengenal

1

pasti penggunaan

bahasa yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu untuk

menyampaikan mesej pemikiran menggunakan teori Relevans. Data kajian dikumpul daripada teks Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Peribahasa SPM . Data kajian ini dianalisis menggunakan teori pragmatik.

Daripada kajian yang dijalankan didapati peribahasa Melayu turut memaparkan aspek nilai dan pemikiran untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup oleh para pengguna bahasa. Aspek nilai dan pemikiran yang terkandung dalam peribahasa ini dipaparkan mengikut enam belas nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Nilai baik hati dicetuskan dalam peribahasa Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Daripada peribahasa Ayam itik, raja pada tempatnya , pula terpancar nilai berdikari dalam amalan kehidupan seseorang individu, keluarga dan seterusnya dalam kalangan masyarakat melalui pemikiran Melayu yang mementingkan sikap atau amalan berdikari pada setiap individu dan anggota masyarakatnya manakala daripada peribahasa Ayam yang tangkas di gelanggang , jelas sekali pemikiran Melayu amat menitikberatkan sikap atau amalan berhemah tinggi dalam pergaulan kepada seluruh kelompok bangsa Melayu.

Namun, pemikiran Melayu menuntut masyarakatnya sederhana.. Oleh itu peribahasa agih-agih kangkung yang bermaksud terlalu murah hati sehingga diri sendiri menderita disifatkan

sebagai satu sindiran. Seseorang harus mengamalkan nilai baik hati secara berhikmah iaitu tidak sehingga membebeankan diri sendiri.

Peribahasa buangkan yang keruh, ambil yang jernih memaparkan pemikiran Melayu yang mempunyai sifat baik hati dengan sanggup bermaaf-maafan sesama anggota masyarakat untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan dan memulihara perhubungan yang baik dan aman dalam masyarakatnya. Kandungan pemikiran Melayu tersirat ini mendidik serta menyarankan agar masyarakat supaya membuang sifat dendam yang timbul akibat daripada perselisihan faham dengan mengambil langkah berbaik-baik semula tanpa ada perasaan curiga untuk memulihara keamanan dalam bermasyarakat dan mengekalkan kehidupan yang harmoni.

Daripada peribahasa

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

menggambarkan nilai

kerajinan yang menunjukkan pemikiran Melayu yang bersifat dedikasi iaitu berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah. Pemikiran Melayu

2

menitikberatkan sifat dedikasi dalam setiap perkara yang dilakukan supaya sifat dedikasi akan menjamin sesuatu perkara itu dapat dilakukan secara berterusan tanpa ada rasa jemu dan berkerja separuh jalan. Dedikasi dalam nilai-nilai murni ini diterjemah dan dilahirkan oleh pemikir Melayu melalui medium bahasa yang diungkapkan melalui peribahasa yang ringkas dan padat tetapi luas maknanya untuk mendidik dan memotivasikan masyarakat Melayu supaya berusaha dan dedikasi dalam menjalankan sesuatu pekerjaan untuk memperoleh hasil yang baik dan berfaedah. Penggunaan kata hendak jelas menunjukkan kemahuan, manakala dalih secara tersuratnya mewakili makna alasan.

Manakala peribahasa Genggam bara api sampai jadi arang yang menyampaikan mesej pemikiran, iaitu seseorang itu mesti berusaha dan bertanggungjawab melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanah atau ditugaskan kepadanya dengan bersungguh-sungguh sehingga pekerjaan itu selesai. Frasa genggam bara api merujuk kepada usaha. Genggam dalam Kamus Dewan (2008) bermaksud cengkaman tangan untuk memegang. Genggam dalam peribahasa ini adalah tersurat kerana merujuk kepada perbuatan menggenggam bara api, tetapi secara tersiratnya genggam yang dimaksudkan adalah perihal pegangan kepada sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan secara komited dan bersungguh-sungguh. Frasa biar sampai jadi arang juga mengandungi makna yang tersirat iaitu merujuk kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan atau diamanahkan mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai. Menurut teori Relevans, setiap perkataan yang diujarkan sesuai dengan konteks dan pendengar pula dapat memahaminya dengan memproses secara mudah, sesuatu ujaran itu dianggap relevan.

Kesimpulan Peribahasa boleh dijadikan elemen penting dalam membentuk jati diri pelajar dan seterusnya membangunkan minda dalam kalangan pelajar Malaysia. Remaja Malaysia harus menyedari kepentingan menganuti sistem nilai yang menunjangi kehidupan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya. Segala sistem nilai ini perlu diterima dan diamalkan secara bersama. Selain itu, kajian tentang peribahasa Melayu turut menjelaskan tentang falsafah, pengajaran dan gambaran ketinggian pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu yang disampaikan secara halus dan berkesan. Justeru pengkategorian peribahasa berdasarkan nilai dan pemikiran Melayu dapat menonjolkan dengan lebih jelas aspek nilai dan pemikiran Melayu dalam penciptaan peribahasa sejak zaman dahulu lagi.

3

Bibliografi

Abdullah Yusof, Ahmad Kamil Ghazali (1996). Kognisi dan Hubungannya dengan Bahasa. Kuala Lumpur. Jurnal Dewan Bahasa (1996.02: 164) Bahiyah Dato Hj Abdul Hamid dan Hafriza Burhanudeen (1998). Men and Women in Malay Proverb: An Analysis of Malay Gender Ideology. Dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan dan Rashila Ramli. ed. Kedudukan dan Citra Wanita dalam Sumbersumber Tradisional Melayu. Bangi: UKM Brown C.C. (1951). Malay Saying. Singapore : Graham Brash (pte) Ltd Hamilton A.W (1974). Malay Proverbs. Singapore: Eastern Universiti Press Ltd. Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisonal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Indrawati Zahid (1998) Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11) : hlm 978-984 Mohd Noor Ismail (2001). Peribahasa Cerminan Pemikiran Melayu. Kertas Projek Master. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Serdang: UPM Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Peribahasa Melayu Sebagai Bingkai Pemikiran Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, Jilid 32, (11) : hlm 820-830 Rajiee Hadi (1995). Bahasa dan Fikiran: Hubungan Antara Struktur Lahir dengan Struktur Batin. Kuala Lumpur. Jurnal Dewan Bahasa (1995.11: 1017) Sperber, D. & Wilson (1986a). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell. Sperber, D. & Wilson (2002). Pragmatics, modularity and mind-reading. Mind & Language 17.3-23 Za ba (1962). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Za ba (1965). Ilmu Mengarang Melayu. (Edisi Kedua) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4

Information

Microsoft Word - 063 - Ahmad Fuad & Zaitul Azma - UPM - Pengkategorian Peribahasa . . .

4 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

9848


You might also be interested in

BETA
14SH004A1
Rasuah dalam Karya Sastera Melayu Klasik: Satu Analisis Semantik Kognitif
Microsoft Word - contoh jawapan soalan karangan b percubaan negeri 2010
Microsoft Word - 063 - Ahmad Fuad & Zaitul Azma - UPM - Pengkategorian Peribahasa . . .