Read puisi.pdf text version

GURINDAM DAN PANTUN

(KUMPULAN HARUN AMINURRASHID)

Kalau hendak tahu luasnya padang, tanyalah belalang. Kalau hendak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput. Kalau hendak tahu luasnya kolam, tanyalah katak. Kalau hendak tahu dalamnya laut, tanyalah yu. Kalau hendak tahu luasnya langit, tanyalah helang. Kalau hendak tahu luasnya hutan, tanyalah kijang. Kalau hendak tahu kerasnya paku, tanyalah tukul. Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering, tanyalah galah. Semua orang mempunyai pengetahuan, Semua orang boleh menjadi guru....

Yang busut hendaknya menjadi bukit Yang bukit menjadi gunung. Yang kapas hendaknya menjadi benang Yang benang menjadi kain. Mata air hendaknya menjadi sungai Lopak menjadi kolam Tasik hendaknya menjadi lautan Alunnya menjadi gelombang Seinci hendaknya menjadi sekaki Sejengkal menjadi sedepa Semangkuk hendaknya menjadi sehidangan Sehasta menjadi sekodi Semayam hendaknya menjadi sebungkal Sekuali menjadi sekawah Sekampung hendaknya menjadi senegeri Seuncang menjadi seguni Secubit hendaknya menjadi sekepal Secupak menjadi segantang Semangkuk hendaknya menjadi setempayan Sebuntil menjadi sekepuk Sehari hendaknya menjadi sebulan Sebulan menjadi setahun Semusim menjadi sekurun

Kedua-dua gurindam ini dipetik daripada:

PANTUN DAN GURINDAM Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd PTS Consultant Sdn. Bhd, 2007

mnd/julai08

KALAM SRI KANDI HARUN AMINURRASHID

Kami datang bersama sembah Sembah Temasik penuh takzim Keinginan belajar tercapai sudah Di bumi Brunei kami bermukim Sambil duduk meniup serunai, Tidakkan tunduk dik pujuk rayu, Niat ke Brunei sudah tercapai, Ilmu dicedok jalinan dipadu. Jambu batu buah berangan Letak sebiji di atas talam Hati teruja dapat undangan Ke Negara Brunei Darussalam Ulu Temburong taman negara Penuh keindahan, ketenangan Lima hari kita bersaudara Semoga jalinan berpanjangan Kampung Ayer kampung warisan Turun-temurun pengekal adat Layanan mesra bak bingkisan Dalam hati sentiasa tersemat Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi saudara kami junjung Tanam serai tanam halia Tanam juga pokok sengkuang Orang berbudi disanjung mulia Ke mana pergi tiada terbuang Bandar Seri Begawan tersergam indah Menawan hati kami semua Ikatan persahabatan terjalin sudah Mudah-mudahan berkekalan hendaknya Air selasih merah warnanya Penyejuk tekak enak rasanya Sudilah tuan ke Kota Singa Kami menanti dengan ghairahnya

PANTUN

(KUMPULAN MASURI SALIKUN)

Bunga cempaka harum baunya Bunga penyeri si puteri ayu Negara Brunei Negara Beraja Rajanya berdaulat rakyatnya bersatu Si cilik membaca buku Sudah besar sungguh berilmu Singapura, Brunei bekerja bersatu Bahasa dan budaya semakin maju Tok Selampit suka berborak Hati terhibur si anak muda Budaya Brunei indah bercorak Tertawan hati yang kunjung tiba Selendang sutera pakaian puteri Tambah ayu berbaju kebaya Rakyat Brunei budi tak terperi Terpikat hati tetamu yang tiba Minum teh di pagi hari Mengunyah biskut berselang juga Menimba ilmu yang kamu ingini Jalinan mesra tidak kami lupa Kedayan, Tutong, Bisaya, Dusun Kumpulan etnik masyarakat Brunei Sepuluh jari kami susun Maaf dipinta sebelum bersurai Bandar Seri Begawan aman dan makmur Ditadbir oleh baginda Sultan Budimu Tuan tak akan terkubur Kian terpahat dalam ingatan Belait, Muara, Tutong, Temburong Empat daerah membelah negara Ilmu tersedia dan kami borong Buat hidangan pelajar Singapura Tenang-tenang air di laut Sampai kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Bunga Cina di atas batu Jatuh daunnya ke dalam ruang Adat dunia memang begitu Sebab emas budi terbuang Anak arnab di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Bersandarkan Melayu Islam Beraja Brunei makmur aman sejahtera Datang rakanmu dengan sengaja Ilmu disalur dua negara Kampung Air tumpuan pelancong Luas Temburong saujana mata Budimu tuan tinggi kusanjung Jalinan terhubung di hati bertakhta Kain pelikat berwarna-warni Dilipat di kemas di sudut almari Kami berhajat bila ke mari Menuntut ilmu dari di sini Negara Brunei kaya khazanah Pelengkap budaya orang Melayu Terima kasih layanan yang ramah Disimpan di hati dikenang selalu

PANTUN

(KUMPULAN MAHMUD AHMAD)

(Mastura Ashari) Jalan-jalan ke Seri Begawan Singgah sebentar di kaki Penaga Kami di sini mencari kawan Buat berkongsi ilmu di dada Indah tersergam Istana Mangalela Tempat raja permaisuri bersemayam Ikatan mesra kita sudah bermula Di Negara Brunei Darussalam Ke pasar Geylang membeli baju Terserempak pula Dayangku Intan Orang Melayu boleh maju Kalau semuanya bermuafakatan (Siti Faridah Omar) Sekapur sirih seulas pinang Adat berkunjung budaya Melayu Dari Singapura kami datang Niat menimba pengalaman dan ilmu. Bukan singgah sebarang singgah Singgah membawa hajat besar Bukan hajat sebarang hajat Hajat ingin berkongsi dan belajar. Dua negara di bawah serumpun Adat dijaga pusaka dijunjung. Di Brunei Darussalam kita berhimpun Melestarikan bahasa, budaya disanjung. Mata bertentang minda bertemu Jalinan mesra ikatan persahabatan Rombongan datang menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan Acara majlis tampak meriah Disambut dengan paluan rebana Junjung budaya julang maruah Agar Melayu tak hilang di dunia. (Amnah Jantan) Bukan dagang sebarang dagang Datang berdagang barang sulaman Dari Kota Singa kami datang Ingin menimba ilmu dan pengalaman Anak Cina datang berduyun Mencari ketam di hujung tanjung Alangkah indahnya hidup serumpun Budaya bangsa kita junjung Sireh dihidang untuk tetamu Tetamu berkunjung berpasang-pasangan Di Brunei Darussalam kita bertemu Semoga persahabatan kekal berpanjangan Kain batik tenunan Kelantan Dipakai budak lepas berkhatan Budi baik tuan tidak kami lupakan Semoga bertemu di lain kesempatan (Ismail Jaafar) Bukan barang sebarang barang, Barangan asli dari Kembangan; Bukan datang sebarang datang, Datang berhajat mohon bimbingan. Pahlawan Melayu malang nasibnya, Sudah jatuh ditimpa tangga; Takkan Melayu hilang di dunia, Brunei bertahta siap siaga. Daun selasih kami lurutkan, daun dilurut di tapak tangan; Terima kasih kami ucapkan , Pengalaman indah jadi kenangan

PANTUN

(KUMPULAN MUHAMMAD ARIFF AHMAD)

Berbaris semut di pohon tualang Rebahnya kayu dijadikan balak Seisi kampung hidup cemerlang Teguh agama berbudi berakhlak Berpuput bayu ke semenanjung Suria bersinar menerangi hari Dari jauh kamiberkunjung Ingin ketahui budaya negeri

Berdiri di tebing menunggu penambang, Dah lama tunggu tak sampai kini; Dari jauh kami bertandang, Hendak berkenalan orang di sini. Niat hendak ke Burung Pinggai, Tersesat sampai ke Bakut Cina; Malam/Hari ini kita bercerai, Tahun depan kita berjumpa . Belajar silat di hujung Tanjung, Bukan sekejap bertahun lama, Bersiap jika musuh menyerang; Brunei berdaulat raja dijunjung, Menjadi sanjungan rakyat jelata, Dari dahulu hingga sekarang. Padi di sawah masak menguning Awan berarak mengusik hati Air di sini begitu hening Aman damai terasa di hati Bunga teratai cantik terapung Pohon bidara merentas sempadan Ingin belajar hidup berkampung Kampung Ayer kami buat teladan

Kasa reput disulam bertaut, Sayang mak milah bertenun lagi, Sebelum dijemput ajal dan maut, Insya-Allah, kita berjumpa lagi.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Tanjung Katong airnya biru, Tempat mandi si dara jelita; Sama sekampung lagikan rindu, Inikan lagi jauh dimata. Kalau gugur buah setandan, Sampai ke tanah baru tergolek. Kami bersyukur kepada Tuhan, Datang kami disambut baik.

Information

5 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

515430