Read pr_20012704 text version

PRESS RELEASE

Updated List of Approved Securities by SC's Syariah Advisory Council

The Syariah Advisory Council (SAC) of the Securities Commission (SC) has approved an updated list of securities, which have been classified as Syariah approved securities. The securities are listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) and Malaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation (MESDAQ). The list of approved securities will take effect from 27 April 2001. Thirty-two companies, newly classified by the SAC as approved securities, have been added to the list. Eight companies which were in the previous list have been excluded (Tables 1 and 2). The complete list of the 630 approved securities as well as a breakdown of these securities according to sector are provided in the Appendix.

Table 1: Newly classified approved securities

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Amanah Harta Tanah PNB Antah Holdings Bhd. Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd. Bintulu Port Holdings Bhd. Daiman Development Bhd. D'nonce Technology Bhd. Haisan Resources Bhd. HeiTech Padu Bhd. Hup Seng Industries Bhd. Ingress Corporation Bhd. Kelanamas Industries Bhd. Kemayan Corporation Bhd. Kim Loong Resources Bhd. Kotra Industries Bhd. Malaysia Aica Bhd. Malaysian Resources Corporation Bhd. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. Metrojaya Bhd. MHC Plantations Bhd. NWP Holdings Bhd. Octagon Consolidated Bhd. Pintaras Jaya Bhd. Ranhill Bhd. Sime UEP Properties Bhd. SKB Shutters Corporation Bhd. The Store Corporation Bhd. TIME dotCom Bhd. Top Glove Corporation Bhd. Tractors Malaysia Holdings Bhd. UDA Holdings Bhd. Weida (M) Bhd. YTL Corporation Bhd. YTL Power International Bhd.

Table 2: Companies excluded from list of approved securities

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Austral Amalgamated Bhd. FA Peninsular Bhd. Ganad Corporation Bhd. Gula Perak Bhd. Pantai Holdings Bhd. Sateras Resources Bhd. Selangor Dredging Bhd. Taiping Consolidated Bhd.

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

PRESS RELEASE

In classifying these securities as approved securities, the SAC has applied a standard criteria i.e. focusing on the core activities of the companies listed on the KLSE and MESDAQ. Hence, companies whose activities are not contrary to the Syariah principles will be classified as approved securities. Securities will be excluded from the list of approved securities based on the following criteria: i) operations based on riba (interest) such as activities of financial institutions like commercial and merchant banks and finance companies; operations involving gambling; activities involving the manufacture and/or sale of haram (forbidden) products such as liquor, pork and meat not slaughtered according to Islamic rites; and operations containing element of gharar (uncertainty) such as conventional insurance business.

ii) iii)

iv)

For companies with activities comprising both permissible and non-permissible elements, the SAC applied several additional criteria, which are: v) the core activities of the company must be activities which are not against the Syariah as outlined in the four criteria above. Furthermore the haram element must be very small compared to the core activities; public perception or the image of the company must be good; and the core activities of the company have importance and maslahah (benefit in general) to the Muslim Ummah (nation) and the country, and the haram element is very small and involves matters such as `umum balwa (common plight), `uruf (custom) and the rights of the non-Muslim community which are accepted by Islam.

vi) vii)

Approved securities include ordinary shares, warrants and transferable subscription rights (TSRs). This means that warrants and TSRs are classified as approved securities from the Syariah perspective provided the underlying shares are also approved. On the other hand, loan stocks and bonds are non-approved securities unless their issuance is based on Islamic principles. In classifying these securities, the SAC received input and support from the SC. The SC gathered information about the companies from various sources such as company annual financial reports, responses to a survey form which was issued to obtain detailed information and through inquiries made to the respective company's management. The SC through the SAC, will continue to monitor the activities of all companies listed on the KLSE and MESDAQ from time to time to determine their status.

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

PRESS RELEASE

As a guide to investors, the SAC would like to advise investors on when they should dispose securities, which have been classified as Syariah non-approved. If at the time the announcement is made, the value of the securities held exceeds the original investment costs, the investors who hold such non-approved securities must liquidate them. Any capital gains arising from the disposal of the non-approved securities made at the time of the announcement can be kept by the investors. However, any excess capital gains from the disposal made after the announcement day at a market price that is higher than the closing price on the announcement day shall be channeled to the charitable bodies. On the other hand, investors are allowed to hold their investment in the non-approved securities if the market price of the said securities is below the original investment costs. It is also permissible for the investors to keep the dividends received during the holding period until such time when the total amount of dividends received and the market value of the nonapproved securities held equals the original investment cost. At this stage, they are advised to dispose their holding. In addition, investors during the holding period are allowed to subscribe to: (a) any issue of new securities by the company whose non-approved securities are held by the investors, for example rights issues, bonus issues, special issues and warrants (excluding securities whose nature is non-approved e.g. ICULS); and securities of other companies offered by the company whose non-approved securities are held by the investors,

(b)

on the condition that they are used to expedite the disposal of the non-approved securities. For securities of other companies [as stated in (b) above], they must be Syariah approved securities. Note : Original investment costs may include brokerage costs or related transaction costs. Please click on required boards: · · · KLSE Main Board KLSE Second Board MESDAQ

SECURITIES COMMISSION 27 April 2001

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

PRESS RELEASE Senarai Terkini Sekuriti-Sekuriti yang Diluluskan Majlis Penasihat Syariah SC

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan senarai terkini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti yang diluluskan oleh Syariah. Sekuriti-sekuriti tersebut tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ). Senarai sekuriti yang diluluskan ini berkuat kuasa mulai 27 April 2001. Tiga puluh dua buah syarikat yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti yang diluluskan telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Lapan buah syarikat yang berada di dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan (Jadual 1 dan 2). Senarai lengkap 630 buah sekuriti-sekuriti yang diluluskan berserta statistik berdasarkan sektor adalah seperti di Lampiran. Jadual 1: Syarikat-syarikat yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti yang diluluskan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Amanah Harta Tanah PNB Antah Holdings Bhd. Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd. Bintulu Port Holdings Bhd. Daiman Development Bhd. D'nonce Technology Bhd. Haisan Resources Bhd. HeiTech Padu Bhd. Hup Seng Industries Bhd. Ingress Corporation Bhd. Kelanamas Industries Bhd. Kemayan Corporation Bhd. Kim Loong Resources Bhd. Kotra Industries Bhd. Malaysia Aica Bhd. Malaysian Resources Corporation Bhd. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. Metrojaya Bhd. MHC Plantations Bhd. NWP Holdings Bhd. Octagon Consolidated Bhd. Pintaras Jaya Bhd. Ranhill Bhd. Sime UEP Properties Bhd. SKB Shutters Corporation Bhd. The Store Corporation Bhd. TIME dotCom Bhd. Top Glove Corporation Bhd. Tractors Malaysia Holdings Bhd. UDA Holdings Bhd. Weida (M) Bhd. YTL Corporation Bhd. YTL Power International Bhd.

Jadual 2: Syarikat-syarikat yang dikeluarkan daripada senarai yang diluluskan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Austral Amalgamated Bhd. FA Peninsular Bhd. Ganad Corporation Bhd. Gula Perak Bhd. Pantai Holdings Bhd. Sateras Resources Bhd. Selangor Dredging Bhd. Taiping Consolidated Bhd.

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

PRESS RELEASE

Dalam mengklasifikasikan sekuriti yang diluluskan, MPS telah menggunakan kriteria tertentu iaitu kajian yang ditumpukan kepada aktiviti utama sesebuah syarikat yang tersenarai di BSKL dan MESDAQ. Oleh yang demikian, sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti tidak bertentangan dengan prinsip Syariah diklasifikasikan sebagai sekuriti yang diluluskan. Sekuriti sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan berdasarkan kriteria-kriteria berikut: i) mempunyai operasi yang berteraskan riba (faedah) seperti yang dijalankan oleh institusi kewangan seperti bank perdagangan dan bank saudagar serta syarikat kewangan; mempunyai operasi yang melibatkan aktiviti perjudian; mempunyai operasi mengeluarkan dan/atau menjual barangan yang haram seperti minuman keras, daging khinzir (babi) dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam; dan mempunyai operasi yang melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.

ii) iii)

iv)

Bagi syarikat dengan aktiviti bercampur, iaitu mempunyai unsur yang dibenarkan dan yang diharamkan oleh Syarak, MPS mempertimbangkannya daripada beberapa sudut tambahan, iaitu: v) aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan Syarak sebagaimana yang telah digariskan oleh empat kriteria di atas, manakala unsur haram adalah amat kecil berbanding dengan aktiviti utamanya; pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara `umum balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), `uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

vi) vii)

Sekuriti-sekuriti yang diluluskan ini termasuk saham biasa, waran dan hak langganan boleh pindah (TSR). Ini bermakna waran dan TSR adalah diluluskan daripada segi Syariah sekiranya saham pendasar kedua-duanya merupakan sekuriti yang diluluskan. Walau bagaimanapun, saham pinjaman dan bon adalah sekuriti-sekuriti yang tidak diluluskan melainkan terbitannya adalah berpandukan prinsip Islam. Dalam mengklasifikasikan sekuriti-sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC. Pihak SC mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat, borang kaji selidik yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan juga melalui soal selidik dengan pihak pengurusan syarikat

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

PRESS RELEASE

berkenaan. SC melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua syarikat yang tersenarai di BSKL dan MESDAQ dari masa ke semasa bagi menentukan statusnya. Sebagai panduan kepada pelabur, MPS ingin menasihatkan para pelabur mengenai masa yang sesuai untuk melupuskan sekuriti-sekuriti yang tidak diluluskan. Sekiranya semasa pengumuman ini dikeluarkan, nilai sekuriti yang dipegang melebihi kos pembelian asal, pelabur yang memegang sekuriti yang tidak diluluskan hendaklah melupuskannya. Sebarang keuntungan modal yang diperolehi daripada pelupusan sekuriti-sekuriti yang tidak diluluskan pada masa pengumuman dibuat boleh diambil oleh pelabur. Walau bagaimanapun, sekiranya pelupusan sekuriti yang tidak diluluskan berkenaan dibuat selepas hari pengumuman, maka lebihan keuntungan modal daripada perbezaan harga semasa pasaran dengan harga penutup pada hari pengumuman hendaklah disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Sebaliknya, pelabur dibenarkan untuk memegang sekuriti tersebut sekiranya nilai sekuriti yang dipegang lebih rendah daripada kos pembelian asal. Di dalam tempoh pegangan itu, pelabur juga dibenarkan untuk menerima dividen sehingga jumlah keseluruhan dividen yang diterima dan nilai pasaran sekuriti yang tidak diluluskan tersebut menyamai kos pembelian asal. Pada ketika itu, pelabur dinasihatkan untuk melupuskan sekuriti tersebut. Di samping itu, pelabur semasa di dalam tempoh pegangan itu juga dibenarkan untuk melanggan (a) sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang sekuriti tidak diluluskan dipegang oleh pelabur, contohnya terbitan hak, terbitan bonus, terbitan istimewa, waran dan sebagainya. (tidak termasuk sekuriti yang tidak diluluskan seperti ICULS); dan sekuriti-sekuriti syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang sekuriti tidak diluluskan dipegang oleh pelabur,

(b)

dengan syarat ia digunakan untuk mempercepatkan proses pelupusan sekuriti-sekuriti yang tidak diluluskan. Bagi sekuriti-sekuriti syarikat lain [seperti yang dinyatakan pada (b) di atas], sekuriti tersebut mestilah yang diluluskan oleh Syariah. Perhatian : Kos pelaburan asal termasuk kos pembrokeran atau kos transaksi yang berkaitan. Sila klik yang papan dikehendaki: · · · Papan Utama KLSE Papan Kedua KLSE MESDAQ

SURUHANJAYA SEKURITI 27 April 2001

Securities Commission, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 603 - 6204 8000 Fax : 603 - 6201 1818

Information

pr_20012704

6 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

1215475