Read Microsoft Word - SKAMD - Laporan Aktiviti PIBG 2006 _Biro Pendidikan & Penerangan_.doc text version

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Biro Pendidikan & Penerangan

AJK Ibubapa: Tn. Hj. Kamarudin B. Ishak AJK Guru: Cikgu Aishah Bt. Muhammad Radzi Biro Pendidikan dan Penerangan mempunyai peranan penting untuk membantu pengurusan SKAMD melalui projek-projek akademik tambahan yang boleh membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar SKAMD. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan SKAMD bersama Biro Pendidikan dan Penerangan telah merancang pelbagai program membina dan menarik untuk para pelajar SKAMD dan juga ibubapa. Pihak pengurusan SKAMD telah menyasarkan 40 pelajar 5A untuk Peperiksaan UPSR 2006. Jawatankuasa PIBG bersama dengan pengurusan SKAMD telah mengadakan beberapa program akademik seperti Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Tuisyen Gemilang UPSR (Bayaran RM10 sebulan) dan juga Skor A (makmal komputer) untuk membantu pelajar.

Tuisyen Gemilang UPSR

Program Komputer Skor A

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Ceramah motivasi untuk para pelajar dan ibubapa juga telah diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat para pelajar. Sebagai insentif, Jawatankuasa PIBG 2006 juga telah berjanji untuk memberikan sebuah basikal canggih kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2006.

Majlis Motivasi Pelajar (Skor A)

Majlis Motivasi Ibubapa (Tn. Hj. Hushim)

Jawatankuasa PIBG telah berjaya mendapatkan bantuan daripada Proton Edar Sdn Bhd yang mengedarkan basikal-basikal "Mountain Bike" berkualiti tinggi yang canggih. Proton Edar Sdn Bhd telah bersetuju untuk membekalkan basikal kepada PIBG SKAMD pada harga subsidi iaitu RM250.00 sebuah. Sehubungan dengan itu, Proton Edar Sdn Bhd telah menghadiahkan sebuah basikal yang telah dipamerkan di kantin sekolah untuk menaikkan lagi semangat para pelajar Tahun 6. Jawatankuasa PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada Proton Edar Sdn Bhd yang telah membekalkan semua basikal tersebut pada harga subsidi. Namun, hanya 12 pelajar yang mendapat 5A pada peperiksaan UPSR 2006. Manakala 16 lagi pelajar mendapat keputusan 4A,1B. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG telah membuat keputusan untuk menghadiahkan basikal kepada setiap 28 pelajar yang mendapat keputusan 5A & 4A,1B. Pihak pengurusan SKAMD juga telah diminta untuk membuat "post mortem" sebagai panduan untuk Tahun 2007.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Hari Anugerah Kecemerlangan 2006

Biro Pendidikan dan Penerangan juga telah meneruskan tradisi dengan menaja Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2006 di mana RM2,023 telah diperuntukkan. Objektif diadakan Hari Kecemerlangan ini adalah untuk:1. Menjadikan pelajar yang berjaya sebagai contoh teladan kepada pelajar-pelajar yang lain. 2. Menggalakkan pelajar-pelajar yang lain supaya terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik. 3. Sebagai insentif kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk terus mengekalkan kecemerlangan. 4. Menyampaikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Berikut adalah program-program yang telah dianjurkan / ditaja oleh Biro Pendidikan & Penerangan:No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Program Kursus Kepimpinan Pengawas & Ketua Kelas Gaji Guru Ganti Majlis Motivasi Gemilang 5A (Skor A) Program Anti Dadah Bengkel Teknik Menjawab UPSR Majlis Motivasi Ibubapa (Tn. Hj. Hushim) Guru Tuisyen Gemilang (Jun, Jul & Aug) Buku Tambahan Tuisyen Gemilang Guru Skor A (Makmal Komputer) Bengkel Teknik Menjawab Soalan (SN, MT, BM & BI) Kertas Soalan Ujian Setara UPSR (Percubaan 2006) Kos (RM) 500.00 240.00 675.00 100.00 2,500.00 1,510.00 3,825.00 941.22 770.00 680.00 384.00

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

3

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

No 12 13 14

Program Sarapan Pagi Murid (Peperiksaan UPSR) Sambutan Hari Kecemerlangan Hadiah Basikal UPSR (5A & 4A,1B - 28 Murid) JUMLAH

Kos (RM) 600.00 2,023.00 7,000.00 21,748.22

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

4

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Biro Ekonomi

AJK Ibubapa: Pn. Nor Azlina Bt. Abdul Aziz AJK Guru: Cikgu Zarina Bt. Ramli Biro Ekonomi adalah merupakan biro yang terpenting di dalam organisasi PIBG. Biro inilah yang merancang dan menjanakan sumber kewangan tambahan Tabung PIBG. Untuk Tahun 2006, pihak pengurusan SKAMD bersama Biro Ekonomi telah merancang dan melaksanakan Kempen Hari Bacathon untuk menjana sumber kewangan tambahan Tabung PIBG. Jawatankuasa PIBG telah merancang dua strategi sempena kempen Hari Bacathon. Strategi pertama ialah melalui Kutipan Kad Bacathon oleh pihak ibubapa. Strategi kedua ialah melalui sumbangan sektor swasta dengan insentif pelepasan cukai daripada pihak LHDN. Alhamdulillah, dengan kerjasama erat Jawatankuasa PIBG, sekolah dan ibubapa, kedua-dua strategi ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di mana kita telah berjaya mengutip RM29,272.80 (Kad Bacathon = RM16,291.80 dan Sektor Swasta = RM12,981.00). Berikut adalah senarai penyumbang sektor swasta untuk makluman semua:No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Syarikat Global Upline Sdn Bhd FLIR Asia Sdn Bhd Digi Telecommunications Sdn Bhd Tmeh Engineering Sdn Bhd SHS Technologies (M) Sdn Bhd Subang Alam Sdn Bhd Pasaraya Hero Klinik Zulkifli Poliklinik Negara Tadika Mawar Murni Tadika Arif Minda KUMON Yoong Education Services Sedia Kawal (M) Sdn Bhd Stesen Servis Fazam PETRONAS Tmn Alam Megah Panca Indra Komputer Sdn Bhd Klinik Famili Shah Alam Home Central Furniture Sdn Bhd JH Pharmacy (Shah Alam) Sdn Bhd Decathium Sdn Bhd Sumbangan (RM) 5,000.00 2,000.00 2,000.00 500.00 500.00 500.00 250.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 111.00 100.00 100.00 100.00 100.00

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

No 21 22 23

Syarikat A1 Hygiene Services Sdn Bhd Klinik Aman KN Smart Trading JUMLAH

Sumbangan (RM) 50.00 50.00 20.00 12,981.00

Ini merupakan rekod kutipan tertinggi yang pernah dijanakan dalam sejarah PIBG SKAMD. Di samping itu juga, kita telah menerima sumbangan berbentuk hadiah seperti beg, hampers dan juga penajaan khemah daripada sektor swasta. No 1 2 3 4 5 6 7 8 Syarikat Shell Service Station (Chop Yew Lian) Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd Celcom Berhad Kedai Buku Achievers Tadika Sri Mutiara Speed Canopy MOY Publications (Ujang) Perpustakaan Negara Sumbangan Hadiah Pek Makanan 37 Beg Hampers Hampers Penajaan 2 Khemah Buku Komik Bahan-Bahan Kempen Membaca dan Saguhati

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan wang dan tenaga bagi menjayakan program Hari Bacathon ini. Biro Ekonomi dan pengurusan SKAMD juga telah berjaya mengumpulkan RM1,144.10 melalui Hari Karnival Bacathon yang telah diadakan pada 04/11/2006. Pada masa akan datang, projek sumbangan sektor swasta hendaklah diadakan lebih awal, iaitu sebelum bulan Jun. Ini adalah kerana peruntukan sumbangan dana "Corporate Social Responsibility"(CSR) selalunya diperuntukkan pada awal tahun. Pihak pengurusan SKAMD juga diunjurkan untuk melaksanakan "self financing" or "minimum financing" projek (sekiranya boleh) ketika menganjurkan Hari Kemuncak program melalui sewaan tapak program yang lebih cekap. Di pihak ibubapa pula, Jawatankuasa PIBG amatlah berharap agar lebih ramai ibubapa akan dapat hadir pada masa akan datang untuk menjayakan sambutan program sekolah seperti Hari Karnival Bacathon. Sekiranya ini dapat dilakukan, Jawatankuasa PIBG bersama pengurusan SKAMD akan dapat menarik perhatian sektor perniagaan khususnya bahagian pendidikan, seperti KUMON, Tadika, Pusat Tuisyen dan sebagainya untuk mengambil bahagian di dalam program tersebut. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Biro Ekonomi 2006 adalah sebanyak RM5,681.94.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Gambar-Gambar Hari Karnival Bacathon

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

3

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

4

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Biro Keselamatan & Disiplin

AJK Ibubapa: Pn. Asmahniza Bt. Amin AJK Guru: Cikgu Mohd. Shukri B. Shahabudin Merujuk kepada Usul PIBG 2006 yang telah dikembalikan oleh pihak ibubapa, usul keselamatan lalulintas merupakan usul yang tertinggi. Ini adalah kerana beberapa faktor utama:1. Kedudukan pintu masuk SKAMD yang berhampiran dengan selekoh. 2. "Speed Breaker" di hadapan sekolah yang telah "haus". Ini membolehkan kenderaan dipandu dengan laju di hadapan sekolah. 3. Pertambahan trafik kenderaan terutama pada waktu pagi disebabkan penambahan kawasan penduduk seperti Putra Heights.

Kedudukan Sekolah Berhampiran Selekoh

"Speed Breaker" yang telah "haus"

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG 2006 bersama-sama dengan pengurusan SKAMD telah menjadikan agenda keselamatan lalulintas sebagai yang paling utama. Jawatankuasa PIBG telah menghantar surat rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14/04/2006 memohon:1. Pemasangan "Lampu Trafik Melintas" untuk menggantikan "Lampu Amaran Kelajuan" yang sedia ada. 2. Penurapan semula "Speed Breaker". 3. Pemanjangan jarak "Speed Breaker". 4. Pemasangan pagar di kawasan longkang besar di hadapan sekolah. 5. Pembinaan "Tempat Menunggu Pelajar". "Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Lampu Kuning Amaran di hadapan SKAMD

Longkang Besar di hadapan SKAMD

Jawatankuasa PIBG juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Hj. Amzah B. Umar, ADUN Sri Muda, Kota Raja, yang telah memberikan surat sokongan kepada PIBG SKAMD dalam permohonan ini. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak, kesemua permohonan kita telah diluluskan dan dilaksanakan oleh pihak MBSA pada pertengahan Jun 2006, kecuali "Tempat Menunggu Pelajar". Jawatankuasa PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSA yang telah melaksanakan permohonan kita dengan kadar segera (kurang daripada 3 bulan daripada tarikh permohonan).

Lampu Isyarat dan "Speed Breaker" yang telah diturap dan dipanjangkan

Jawatankuasa PIBG kemudiannya telah menghantar surat susulan rasmi kepada JKR Daerah Petaling pada 05/06/2006 mengenai projek "Tempat Menunggu Pelajar". Satu "Mesyuarat Khas" telah diadakan di SKAMD pada 15/06/2006 yang telah dihadiri oleh "Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

wakil JKR Daerah Petaling, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling dan pejabat DUN Seri Muda (Sila rujuk "Minit Mesyuarat Khas PIBG"). Namun, sehingga sekarang projek pembinaan "Tempat Menunggu Pelajar" ini masih belum berhasil. Adalah diharapkan Jawatankuasa PIBG 2007 yang baru akan dapat meneruskan permohonan ini.

Pagar Longkang ­ MBSA (Siap Pada 07/06/2006)

Untuk makluman semua, gaji pengawal lalulintas sekolah adalah dibiayai oleh Tabung PIBG. Jawatankuasa PIBG telah menaikkan gaji pengawal lalulintas daripada RM250 kepada RM300 sebulan mulai bulan Januari. Jawatankuasa PIBG juga telah memperuntukkan elaun sebanyak RM100 sebulan kepada pengawal keselamatan mulai bulan Mei 2006, untuk membantu pengawalan lalulintas. Perbelanjaan sebanyak RM4,000 telah dibelanjakan untuk membayar gaji pengawal dan penolong pengawal lalulintas daripada bulan Januari ­ November 2006. Jawatankuasa PIBG juga telah membelanjakan RM344 untuk membeli peralatan keselamatan pengawal lalulintas seperti "vest", papan tanda berhenti dan sarung tangan. Biro Keselamatan dan Displin juga telah membelanjakan RM190 untuk menggantikan cermin-cermin tingkap kelas yang telah pecah. Jumlah keseluruhan perbelanjaan Biro Keselamatan & Disiplin adalah sebanyak RM4,534.00.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

3

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Biro Keceriaan & Pembangunan

AJK Ibubapa: Pn. Nazeema Bt. Mohamed Yunos AJK Guru: Cikgu Jarah Bt. Ismail Merujuk kepada mesyuarat-mesyuarat Agung yang lepas dan juga Usul PIBG 2006 yang telah dikembalikan oleh pihak ibubapa, masalah kebersihan sekolah terutamanya tandas merupakan rungutan yang tertinggi. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG 2006 bersama-sama dengan pengurusan SKAMD telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mengatasi masalah ini. Di antara langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil adalah seperti berikut:1. Membuka sebuah lagi tandas utama murid di Blok B. Jumlah tandas utama murid dengan ini telah bertambah kepada 3 tandas daripada 2 tandas. 2. Melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pencucian dan pembersihan (RM1,434.50). Di samping itu juga, PIBG telah memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membeli "detergen" (Bahan pencuci) yang lebih kuat. 3. Melanggan perkhidmatan sistem pembersihan otomatik "Sanicare" (Automatic Flushing Treatment System). Nota: Kos penyelenggaraan perkhidmatan "Sanicare" untuk semua tandas termasuk tandas guru adalah sebanyak RM340.00 sebulan. Pembiayaan perkhidmatan "Sanicare" akan diambil daripada sumber sewaan Sek. Agama KAFA, sewa padang dan komisyen "vending machine"yang dimasukkan ke dalam tabung PIBG, lebih kurang RM400 ­ RM450 sebulan.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Biro Keceriaan dan Pembangunan 2006 juga telah meneruskan tradisi menganjurkan Majlis Gotong Royong SKAMD pada bulan Mei 2006. Peruntukan sebanyak RM2,452.30 telah dibelanjakan untuk majlis ini. Namun, penyertaan daripada pihak ibubapa adalah amat mengecewakan. Kehadiran ibubapa adalah lebih kurang 60 ­ 70 orang sahaja berbanding dengan jumlah murid SKAMD sebanyak 800 murid. Adalah diharapkan lebih ramai ibubapa yang akan hadir pada majlis gotong royong akan datang (sekali setahun)dan menyumbangkan tenaga demi mencantikkan kawasan sekolah anak-anak kita. Di pihak pengurusan SKAMD pula, jawatankuasa PIBG menasihatkan agar program gotong-royong akan datang dapat difokuskan kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti tandas, kantin atau sebagainya. Tanpa `fokus' tersebut, program gotongroyong ini tidak dapat dilakukan secara efektif dan sempurna.

Perbelanjaan keseluruhan Biro Keceriaan dan Pembangunan adalah sebanyak RM6,786.80.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Biro Sukan

AJK Ibubapa: En. Mohd. Ali B. Hj. Ahmad AJK Guru: Cikgu Ikram B. Ibrahim Seperti tahun-tahun lepas, Biro Sukan PIBG telah menaja kos penganjuran Hari Sukan SKAMD 2006 pada bulan Mac 2006 (RM5,392). Pelbagai acara seperti olahraga dan sukaneka telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Melalui penganjuran ini, adalah menjadi harapan PIBG dan juga sekolah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar dalam bidang sukan. Sehubungan itu juga, kita dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di lapangan sukan. Jawatankuasa PIBG juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada:1. Pasaraya Hero 2. Kedai Buku Achievers 3. Pasaraya Weng Hong Onn yang telah memberikan sumbangan penajaan "hampers" sempena Hari Sukan 2006. Adalah diharapkan pada masa hadapan, lebih banyak syarikat yang akan tampil menghulurkan sumbangan.

Biro Sukan juga telah memperuntukkan RM500 untuk pembelian tiang "Court Badminton", dan juga penajaan Yuran Piala Raja Muda serta pertandingan bola jarring. Jumlah keseluruhan perbelanjaan Biro Sukan 2006 adalah sebanyak RM6,352.00.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2006

Hal-Hal Lain

1. Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim 2006 Jawatankuasa PIBG telah menghantar surat kepada semua ibubapa pada bulan puasa yang lepas, memohon sumbangan derma Hari Raya untuk anak-anak yatim di SKAMD. Alhamdulillah, respon yang kami terima adalah cukup memberangsangkan di mana derma yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM2,725.00. Ini merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan oleh PIBG SKAMD. Adalah difahamkan, pada tahun-tahun terdahulu, purata kutipan tabung sumbangan ini adalah sekitar RM600 ­ RM700. Peningkatan yang besar ini mencerminkan keperihatinan para ibubapa SKAMD terhadap pelajar-pelajar yatim yang tidak bernasib baik. Syabas kami ucapkan! Kesemua wang derma tersebut telah dibelanjakan untuk membeli kelengkapan baju raya dan juga pemberian duit raya untuk setiap pelajar yatim di SKAMD. 2. Pembangunan Website SKAMD (http://www.skamd.edu.my) Jawatankuasa PIBG 2006 telah mengambil inisiatif untuk membangunkan laman rasmi web SKAMD untuk melancarkan lagi penyebaran maklumat daripada pihak sekolah kepada ibubapa dan juga pelajar. Adalah diharapkan dengan pembangunan website ini, maklumat-maklumat sekolah dapat disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan. Disamping itu juga, ianya diharapkan dapat "mengeratkan" lagi hubungan di antara pihak ibubapa dan guru di mana maklumat-maklumat mengenai sekolah, guru-guru, kelas, analisa peperiksaan, pencapaian akademik dan sebagainya dapat disampaikan secara cepat, lengkap dan tepat. Setiap guru juga akan dibekalkan dengan email rasmi sekolah e.g. [email protected] Matlamat utama projek ini adalah untuk memudahkan lagi komunikasi di antara ibubapa dan guru. Jawatankuasa PIBG 2006 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staff pentadbiran SKAMD yang terlibat dalam melaksanakan projek ini. Setinggi-tinggi pehargaaan juga diberikan kepada En. Adi Yazid B. Rosli (Ahli PIBG SKAMD yang juga CEO, ProNetOp Sdn Bhd) yang telah bertungkus-lumus merekacipta website SKAMD ini. "Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 ­ 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 ­ 5191 1671

Sehubungan dengan itu juga, Jawatankuasa PIBG 2006 telah memperuntukkan sebahagian wang yang dibawa ke hadapan (Bulan Januari) untuk pembayaran "WiFi System" sekolah dan juga kelengkapan komputer beserta "printer" di Bilik Guru untuk memudahkan lagi para guru SKAMD menggunakan fasiliti email mereka. Adalah menjadi harapan kami, website SKAMD ini akan sentiasa dijaga dan dikemaskinikan oleh pengurusan SKAMD kelak, agar ianya menjadi "nadi" komunikasi yang amat berguna diantara pihak sekolah dan ibubapa.

3. Tabung "Fixed Deposit" Matlamat utama program Hari Bacathon diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi membina bumbung di Dataran Ilmu. Namun dana ini tidak mencukupi disebabkan adanya komitmen kewangan PIBG yang lain. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa PIBG 2006 telah membuat keputusan untuk memulakan tabung dana ini dengan menyimpan wang minima sebanyak RM5,000.00 menggunakan fasiliti "Fixed Deposit" di bank daripada baki wang yang dibawa ke hadapan (Bulan Januari). Adalah diharapkan, Jawatankuasa-Jawatankuasa PIBG yang akan datang akan menambahkan lagi tabung dana ini pada setiap tahun sehingga ianya mencukupi. Sekian, terima kasih. "Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

SKAMD ­ Laporan PIBG 2006

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

SKAMD ­ Carta Organisasi PIBG

YDP Naib YDP

Penasihat (Gurubesar)

Setiausaha

Bendahari

Biro Pendidikan & Penerangan

Biro Ekonomi

Biro Keselamatan & Disiplin

Biro Keceriaan & Pembangunan

Biro Sukan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

1

PIBG - Biro Pendidikan & Penerangan

· Membantu SKAMD melalui projek-projek akademik tambahan yang boleh membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar SKAMD.

Tuisyen Gemilang UPSR

Program Komputer Skor A

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG - Biro Pendidikan & Penerangan

Majlis Motivasi Pelajar (Skor A)

Majlis Motivasi Ibubapa (Tn. Hj. Hushim)

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

2

PIBG - Biro Pendidikan & Penerangan

· Sebagai insentif kepada pelajar-pelajar Tahun 6, PIBG telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal canggih kepada setiap pelajar 5A

Basikal dibekalkan oleh Proton Edar 28 Basikal (12: 5A & 16: 4A,1B)

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG - Biro Pendidikan & Penerangan

· Hari Anugerah Kecemerlangan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

3

PIBG - Biro Pendidikan & Penerangan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Ekonomi

· Merancang dan menjanakan sumber kewangan tambahan Tabung PIBG. · Menjayakan Hari Bacathon.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

4

PIBG ­ Biro Ekonomi

Kutipan Kad Bacathon RM16,291.80

Sumbangan Swasta RM12,981.00

Karnival Bacathon RM1,144.10

Jumlah Keseluruhan RM30,416.90 "Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Ekonomi

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

5

PIBG ­ Biro Ekonomi

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

· Keselamatan Lalulintas merupakan isu utama (Usul 2006).

Kedudukan Sekolah Berhampiran Selekoh

"Speed Breaker" yang telah "haus"

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

6

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

Peningkatan Kesibukan Lalu-Lintas

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

Longkang Besar di hadapan Sekolah

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

7

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

· Jawatankuasa PIBG telah menghantar surat rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14/04/2006 memohon:1. Pemasangan "Lampu Trafik Melintas" untuk menggantikan "Lampu Amaran Kelajuan" yang sedia ada. 2. Penurapan semula "Speed Breaker". 3. Pemanjangan jarak "Speed Breaker". 4. Pemasangan pagar di kawasan longkang besar di hadapan sekolah. 5. Pembinaan "Tempat Menunggu Pelajar".

Terima kasih kepada YB Datuk Hj. Amzah B. Umar, ADUN Sri Muda, Kota Raja. => Surat Sokongan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

Lampu Isyarat dan "Speed Breaker" yang telah diturap dan dipanjangkan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

8

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

Pagar Longkang ­ 07/06/2006

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

Pembinaan Tempat Menuggu Pelajar (Masih Belum Berjaya)

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

9

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

· Gaji Pengawal & Penolong Pengawal Lalulintas

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

· Penggantian cermin tingkap yang pecah

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

10

PIBG ­ Biro Keselamatan & Disiplin

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keceriaan & Pembangunan

· Kebersihan Tandas merupakan isu utama (Usul 2006).

1. Membuka sebuah lagi tandas utama murid di Blok B. Jumlah tandas utama murid dengan ini telah bertambah kepada 3 tandas utama daripada 2 tandas utama. 2. Melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pencucian dan pembersihan (RM1,434.50). Di samping itu juga, PIBG telah memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membeli "detergen" (Bahan pencuci) yang lebih kuat.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

11

PIBG ­ Biro Keceriaan & Pembangunan

3. Melanggan perkhidmatan sistem pembersihan otomatik "Sanicare" (Automatic Flushing Treatment System), RM340.00 Sebulan.

Pembiayaan perkhidmatan "Sanicare" akan diambil daripada sumber sewaan Sek. Agama KAFA, sewa padang dan komisyen "vending machine" yang dimasukkan ke dalam tabung PIBG, lebih kurang RM400 ­ RM450 sebulan.

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Keceriaan & Pembangunan

· Tradisi Majlis Gotong Royong

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

12

PIBG ­ Biro Keceriaan & Pembangunan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Sukan

· Tradisi Hari Sukan Tahunan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

13

PIBG ­ Biro Sukan

Berjaya mendapatkan sumbangan hampers drpd:1. Pasaraya Hero 2. Kedai Buku Achievers 3. Pasaraya Weng Hong Onn

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Biro Sukan

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

14

PIBG ­ Hal-Hal Lain

· Sumbangan

Hari Raya Anak-Anak Yatim 2006

Berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2,725.00

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG ­ Hal-Hal Lain

· Pembangunan

Website (http://www.skamd.edu.my)

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

15

PIBG ­ Hal-Hal Lain

· Tabung

"Fixed Deposit" (Pembinaan Bumbung)

Minima RM5,000.00

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

Ringkasan Akaun 2006

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

16

January 2007 Provision

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

PIBG SKAMD 2006 ­ Terima Kasih

"Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita"

17

Information

Microsoft Word - SKAMD - Laporan Aktiviti PIBG 2006 _Biro Pendidikan & Penerangan_.doc

34 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

406284


You might also be interested in

BETA
PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) UNTUK PELAJAR PRA-SEKOLAH BAGI MATAPELAJARAN SAINS DI BAWAH TAJUK "MENGENAL HAI
Microsoft Word - tesis.doc
Microsoft Word - psm ok.doc
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH
PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA : PERBANDINGAN ANTARA EMPAT JENIS SEKOLAH