Read TEKS%20UCAPAN%20PENGETUA%20SMK%20BANDAR%20PUTRA%20MAJLIS%20GRADUASI%20%2012%20MAC%202009.pdf text version

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK BANDAR PUTRA MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR SPM TAHUN 2008 Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan.

Yang Berbahagia Tuan Haji Che Mustappa, wakil rasmiPegawai Pelajaran Daerah Kulai, Yang berusaha, Dr. Mohamad Ngasri b. Dimon, YDP PIBG SMK Bandar Putra dan ahli jawatankuasanya, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Ibu Bapa/Penjaga, guru-guru, graduan SPM SMK Bandar Putra 2008 dan pelajar-pelajar SMK Bandar Putera yang saya hormati sekalian. Pertamanya bagi pihak sekolah saya ingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, YDP PIBG, ibu bapa dan graduan SPM 2008 ke Majlis Graduasi pada hari ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini diatur sedemikan rupa sebagai salah satu daripada program susulan kecemerlangan akademik sekolah ini yang menjadi tradisi kita untuk menzahirkan pengiktirafan kita kepada anak-anak kita yang berjaya dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008. Hari ini merupakan kemuncak kepada usaha yang telah kita lakukan untuk menuai hasil yang selalu kita impikan iaitu kecemerlangan. Justeru, jadikanlah hari ini sebagai kenangan yang cukup bermakna dalam tempoh 5 tahun persekolahan anda di sekolah yang kita sayangi ini. Hadirin sekalian, Berdasarkan keputusan yang diperoleh pada hari ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar SPM 2008 telah dapat merealisasikan impian kita untuk mencapai sasaran yang kita harapkan dari segi kualiti dan kuatiti. Pada hari ini saya ingin mengumumkan bahawa keputusan SPM 2008 adalah keputusan terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan kita dapat meningkatkan pencapaian kita seperti berikut .

Peratus Kelulusan

: 100% (mengekalkan keputusan tahun sebelumnya)

Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.65 (peningkatan 0.53 berbanding tahun 2007) Murid mendapat semua A : 14 orang (meningkat 11 orang berbanding 3 orang tahun 2007)

3 orang pelajar gemilang dan 11 orang pelajar cemerlang.

3 orang mendapat gemilang semua A1 iaitu :

1. Chen Sim Yee (11A1) 2. Siew Kai Ming (11A1) 3. Yap Mann Yin (11A1)

Mengekalkan 100% kelulusan bagi 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM.

Tahniah untuk semua pelajar SPM 2008. Saya mewakili seluruh warga sekolah ini ingin merakamkan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya memperoleh kejayaan cemerlang ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua guru, PIBG, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah serta pihak-pihak lain sama ada dari kerajaan dan swasta yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini. Semoga prestasi cemerlang yang dicapai dalam SPM tahun 2008 ini akan menjadi cabaran kepada semua pihak khususnya pewaris calon SPM 2009 di belakang sana untuk merealisasikan kesinambungan kecemerlangan yang berterusan dalam SPM tahun ini. Saya percaya dengan komitmen

yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan daripada semua pihak, komuniti Bijak Pintar SMK Bandar Putra akan dapat direalisasikan. Hadirin sekalian, Kepada graduan SPM 2008, Kejayaan yang anda capai hari ini adalah kejayaan kita bersama ­ pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Kejayaan yang kita tuai pada hari ini juga adalah berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa anda semua yang menyahut cabaran sebagai `pejuangpejuang SMKBP' untuk meletakkan sekolah kita sebagai antara sekolah terbaik negeri Johor sebagaimana misi dan visi yang kita sering laung-laungkan. Inilah hadiah yang paling berharga bukan sahaja buat diri anda, tetapi keluarga, sekolah, PPD, JPNJ dan masyarakat anda. Anda telah meletakkan sekolah kita di kedudukan terbaik di daerah Kulai. Pertama daripada 16 buah sekolah di daerah Kulai. Malah anda telah meletakkan keputusan SPM kita di kedudukan (rangking) Top 5 sekolah harian negeri Johor di belakang SMK Convent JB, SMK Sultan Ismail JB dan SMK Dato Penggawa Barat Pontian. Keputusan ini juga telah meletakkan kita sebagai sekolah cemerlang SPM sebaris dengan 5 buah sekolah elit SBP yang ada di negeri Johor. Malah hari ini juga kita akan dianugerahkan sebagai antara penerima anugerah sekolah cemerlang SPM dalam majlis pengumuman SPM negeri Johor oleh Pengarah Pelajaran Johor di Dewan Mawar Johor Baru. Saya juga selalu menyebut bahawa dalam perjalanan hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecemerlangan diri dan salah satunya telah anak-anak pelajar buktikan melalui keputusan SPM ini. Jadikanlah keputusan cemerlang ini sebagai landasan untuk anda meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda dalam bidang akademik dan kerjaya. Insyallah. Saya pernah menyebut bahawa, Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk "You Can Do It !" telah menyunting beberapa pendapat dan pandangan pakar-pakar motivasi yang mengungkapkan kata-kata yang cukup menarik perhatian saya iaitu "You Have to Pay the Price". Ini bermakna kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu keseluruhan kata-kata di atas bermaksud seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha dengan gigih sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapainya. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri pelajar-pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri. Inilah yang saya cukup bangga dengan anda semua kerana anda sebenarnya telah dapat mengaplikasikan ungkapan itu yang dapat dibuktikan melalui kejayaan ini. Saya mengharapkan usaha gigih anda ini akan menjadi sumber inspirasi kepada calon-calon SPM 2009. Akhir kata, Tahniah sekali lagi kepada semua graduan SPM dan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tuan Haji Che Mustappa yang sudi hadir menyempurnakan penyampaian keputusan SPM pada hari ini. Kepada semua ibu bapa/penjaga tahniah atas kejayaan anak-anak tuan/puan. Tidak lupa terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SMK bandar Putra yang tidak pernah jemu untuk memastikan kejayaan anak-anak murid kita, begitu juga PIBG yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini. Kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Graduasi 2008 , tahniah juga kerana dapat mengelolakan majlis dengan sempurna. Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

AZMAN BIN ADNAN Pengetua SMK Bandar Putra

Information

2 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

154672


You might also be interested in

BETA
Microsoft Word - abstrak-kandungan-hantar
Microsoft Word - Karangan Terbaru 111297.doc
Microsoft Word - Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani Muar.docx