Read Microsoft Word - IKLAN 2011.doc text version

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan dibawah ini :

A. JAWATAN, GRED, NO.FAIL DAN DESKRIPSI TUGAS

Bil. Nama Jawatan Gred No.Fail Deskripsi Tugas Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi dan tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistik. Urusan ­ urusan perkhidmatan seperti pengesahan dalam perkhidmatan, cuti dan persaraan. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan. Mengurus dan mengawal peruntukan. Menyeleggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

1.

Pembantu Tadbir (P/O)

N17

SPA[K]/S/ 001 BHG. 21

2.

Pembantu Tadbir (Kewangan)

W17

SPA[K]/S/ 079 BHG. 4

3

Pembantu Akauntan

W17

SPA[K]/S/ 038

Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

4

Pegawai Khidmat Pelanggan

N17

SPA[K]/S/ 072

Bertanggung jawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari masa kesemasa perkembangan diatas aduan pelanggan/tetamu.

1

B.

KLASIFIKASI DAN KUMPULAN PERKHIDMATAN

Jawatan Bil. 1 2 3 4 Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan Perkhidmatan Kewangan Perkhidmatan Kewangan Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan Kumpulan Perkhidmatan Sokongan Sokongan Sokongan Sokongan

C.

JADUAL GAJI DAN IMBUHAN TETAP

Gred N17 Jadual Gaji P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95 P1T1 RM 821.89 - P1T25 RM 2152.86 P2T1 RM 873.32 - P2T25 RM 2274.01 P3T1 RM 926.26 - P3T25 RM 2399.46 P1T1 RM 821.89 - P1T25 RM 2152.86 P2T1 RM 873.32 - P2T25 RM 2274.01 P3T1 RM 926.26 - P3T25 RM 2399.46 P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95 Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115.00 Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00

W17

RM115.00

RM180.00

W17

RM115.00

RM180.00

N17

RM115.00

RM180.00

D.

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut : 1. Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) a) Warganegara Malaysia. b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).

2

2.

Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) a) Warganegara Malaysia b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. c) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Metametik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80; atau

d)

e) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53; atau e) Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-Kira daripada Politeknik dibawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17; dan f) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.

Jawatan Pembantu Akauntan a) Warganegara Malaysia b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. c) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Metametik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau d) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80; atau e) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53; atau f) Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-Kira daripada Politeknik dibawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17; dan g) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3

4.

Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan a. Warganegara Malaysia. b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan d. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

E.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. TARAF JAWATAN : Tetap PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

Anggota-anggota yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

1.

F. G.

1.

2.

H.

1. 2.

CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara on line (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman http://www.spakedah.gov.my PEMOHON YANG BERKELAYAKAN SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN DI ATAS SAHAJA LAYAK MEMOHON. BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DICETAK DAN

HANTARKAN KE SURUHANJAYA INI DISERTAKAN DENGAN SEKEPING GAMBAR FOTO TERBARU (BERUKURAN PASPORT), SALINAN KAD PENGENALAN (KPT), SALINAN PERAKUAN BERANAK/SIJIL KELAHIRAN, SALINAN SEMUA SIJIL-SIJIL TERMASUK TRANSKRIP, SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN LAIN YANG DISAHKAN. TANDATANGAN PENGESAHAN SALINAN SIJIL/DOKUMEN HENDAKLAH DILENGKAPI DENGAN COP NAMA DAN JAWATANNYA. SEMUA SALINAN SIJIL/DOKUMEN HENDAKLAH BERSAIZ A4.

3.

Pegawai yang sedang berkhidmat (tetap,sementara,kontrak,sambilan) dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut (PU (A) 176/2005) 17 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang kemaskini (ditaip mengikut format borang Am 274B dan C. Salinan fotostat tidak diterima) dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2010 yang disahkan. Surat pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga.

.

4.

Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak.

4

I.

1.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman, Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 ALOR SETAR.

2.

Tarikh tutup permohonan jawatan : 23 April 2011

J.

1. 2.

CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.

Jika memohon lebih daripada satu jawatan, pemohon hendaklah mencetak borang permohonan tersebut bagi setiap jawatan yang dipohon. Pohon patuhi arahan CARA MEMOHON.

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Tarikh: 10April 2011

Save:my doc.iklan2011

5

Information

Microsoft Word - IKLAN 2011.doc

5 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

498270


You might also be interested in

BETA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2003
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2007
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009