Read buku sumber sains sukan ting 4 text version

KATA PENGANTAR

Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan gerak laku manusia dalam sukan untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi moden dalam sukan serta kehidupan harian manusia. Dalam KBSM, mata pelajaran Sains Sukan ialah mata pelajaran elektif bagi murid Tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya. Bagi melaksanakan kurikulum Sains Sukan secara berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan Buku Sumber Sains Sukan daripada membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada menggunakan buku sumber ini, guru digalakkan mengakses maklumat tambahan daripada sumber-sumber lain. Guru seharusnya mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan hasil fikiran untuk menyempurnakan buku sumber ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN

Kata Pengantar Tunjang 1 PENGEN ALAN S AINS S UKAN Konsep Sejarah Perkembangan Pengurusan Sukan Psikologi Sukan Tunjang 2 ANATOMI D AN FIS IOLOGI Pengenalan Anatomi dan Fisiologi Sistem Rangka Sistem Otot Rangka Sistem Saraf Sistem Tenaga PERS EDIAAN FIZIKAL Pengenalan Kecergasan Prinsip Latihan Fizikal Kaedah Latihan Fizikal Pemakanan Sukan LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK Asas Kawalan M otor Perkembangan M otor Pembelajaran Kemahiran M otor Asas Biomekanik

M uka surat 1 7 13 31 41 48 61 71 77 81 85 86 95 112 120 125 130

Tunjang 3

Tunjang 4

BUKU SUMBER SAINS SUKAN TUNJANG 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN Unit 1 ­ Konsep 1.1 Definisi Sains Sukan Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. 1.2 Kepentingan Sukan Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, rekreasi, ekonomi dan kerjaya. 1.2.1 Prestasi Sukan Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik. 1.2.2 Kesihatan Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masingmasing untuk mengekalkan prestasi. 1.2.3 Rekreasi Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi. 1.2.4 Ekonomi Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.

1

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1.2.5 Kerjaya Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluangpeluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluangpeluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas. 1.3 Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badanbadan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan. (a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua ) Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktivitiaktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. (b) Sukan untuk kecemerlangan Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuanpersekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.

2

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (a) Peringkat Individu Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. Memanfaatkan masa senggang. Mengurangkan tekanan hidup . Interaksi sosial yang bermakna. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas. (b) Peringkat Masyarakat Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang. (c) Peringkat Antarabangsa Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antara bangsa. Memupuk persahabatan. 1.3.2 Objektif Dasar Sukan Negara Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

3

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan . 1.3.3 Strategi dan Pelaksanaan Dasar Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan program-program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. Organisasi Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang

4

BUKU SUMBER SAINS SUKAN aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajian tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa. Personel Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Kewangan Ya yasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentifinsentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke

5

BUKU SUMBER SAINS SUKAN pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam displin yang dipohon. Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahankemudahan sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usahausaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Am Kerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu memperolehinya pada harga yang murah. Secara tidak langsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkan menghasilkan peralatan-peralatan sukan . Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolah ditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.

6

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1.4 Etika dan Patriotisme dalam Sukan Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai nilai-nilai positif. Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan. Slogan-slogan seperti MAL AYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK NEGAR A telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan atlit dan masyarakat. 2. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN 2.1 Sejarah Perkembangan Sains Sukan Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu. Perkembangan sejarah sukan dan dibahagikan kepada tiga peringkat. (i) Peringkat Awalan Akti viti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,

7

sains

sukan

boleh

BUKU SUMBER SAINS SUKAN semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789. 1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi. 1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan. Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging. Perkembangan masyarakat `moden' terutamanya dalam negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti berbentuk ketenteraan.

8

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (ii) Peringkat Pertengahan Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Mu ybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintissaintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal. (iii) Peringkat Terkini Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan persamaan-persamaan matematik terhadap aksi tersebut. Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.

9

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara China juga banyak menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti sukan negara. Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain (multidisciplinary approach). Contohnya, kajian meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik. Perkembangan Sains Sukan di Malaysia Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MAR A yang kini

10

BUKU SUMBER SAINS SUKAN dikenali sebagai Universiti Teknologi MAR A yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001. 2.2 Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas Lembaga ini ialah : (a) (b) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.

11

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (c) (d) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan. Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.

Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: 1. 2. 3. Sains sukan ­ prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia Pengkhususan sukan ­ kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu. Praktikal ­ amalan kejurulatihan

Objektif skim ini adalah untuk : (a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan. Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan. Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara. Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat.

(b)

(c) (d)

Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah (a) (b) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.

12

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Mala ysia Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensiagensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya. 3. PENGURUSAN SUKAN 3.1 Pengenalan Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu dibayar. Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib. Definisi Pengurusan Sukan Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai" Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi

13

BUKU SUMBER SAINS SUKAN atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan". Fungsi pengurusan sukan Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :1. merancang 2. menyediakan bajet 3. mengawal 4. mengarah 5. mengelola 6. menyediakan jadual pertandingan 7. membuat keputusan 8. menilai Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:a. persediaan profesional b. sikap profesional c. perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan. 3.2 Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu : (a) (b) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah : Jenis pertandingan Masa yang diperlukan Alatan dan kemudahan yang ada Agihan perlawanan yang adil

14

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan Kewangan Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan Penentuan pemenang dan pemain yang sah Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 4 kumpulan) Pertandingan kalah mati Pertandingan cabar mencabar 3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik.

3.2.2 Sistem Liga (Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan perlawanan Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah : kumpulan,

15

BUKU SUMBER SAINS SUKAN N(N-1) 2 di mana N = jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian N (N-1) = 6 (6-1) 2 2 = 6x5 2 = 30 2 = 15 perlawanan atau Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, Potongkan angka tertinggi iaitu 6 Campurkan kesemua nombor tersebut Jumlah yang diperolehi ialah 15 Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15 . Contoh penyusunan pertandingan liga Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angkaangka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Contoh:

1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4

atau

1 lwn 2

6 lwn 3

5 lwn 4

16

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Contoh susunan perlawanan 6 pasukan:

1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 1 lawan 6 5 lawan 2 4 lawan 3 1 lawan 5 4 lawan 6 3 lawan 2

Susunan perlawanan 1

Susunan perlawanan2

1 lawan 3 2 lawan 4 6 lawan 5

Susunan perlawanan 3

1 lawan 4 3 lawan 5 2 lawan 6

Susunan perlawanan 4

Susunan perlawanan 5

Contoh menentukan kedudukan Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 :

P M S K J G

-

Jumlah pertandingan Bilangan menang Bilangan seri Bilangan kalah Bilangan jaringan dibuat Bilangan gol kena

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan kalah tiada mata. Jadual 1 : Menentukan Kedudukan

Pasukan Pahlawan Perkasa Perwira Panglima P 3 3 3 3 M 2 2 1 0 S 1 1 0 0 K 0 0 2 3 J 9 5 2 0 G 1 0 9 5 Mata 5 5 2 0 Kedudukan 1 2 3 4

17

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Contoh Separa liga : (a) Liga 4 Kumpulan Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :Kumpulan A 1. Johan 2. Undi 3. Undi 4. Undi Kumpulan B 1. 2. 3. 4. Naib Johan Undi Undi Undi Kumpulan C 1. 2. 3. 4. Ketiga Undi Undi Undi Kumpulan D 1. 2. 3. 4. Keempat Undi Undi Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua ( suku akhir ) Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan

18

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

Suku Akhir 1

Separuh Akhir

Akhir

2 3 4 5 6 7 8 (b) Liga 3 kumpulan Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga pertandingan tahun lalu akan ditempatkan kumpulan seperti berikut :

Kumpulan A 1. Johan 2. Undi 3. Undi Kumpulan B 1. Naib Johan 2. Undi 3. Undi Kumpulan C 1. Ketiga 2. Undi 3. Undi Johan

dalam dalam

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

19

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam Kumpulan Y. iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya. Contoh: Kumpulan X Johan B Naib Johan A Naib Johan C Pusingan akhir Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan. Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. (c) Liga 2 kumpulan Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan) Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.

Kumpulan A 1. Johan 2. Tempat ke-4 3. Undi 4. Undi Kumpulan B 1. 2. 3. 4. Naib Johan Tempat ke-3 Undi Undi

Kumpulan Y Johan A Johan C Naib Johan B

20

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua

Separuh Akhir Pemenang 1 Kump.A (Kumpulan X) Pemenang 2 Kump.B Pemenang 1 Kump.B (Kumpulan Y) Pemenang 2 Kump.A Akhir

Johan

Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati. Pusingan akhir Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib johan. Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

(d) Liga 1 kumpulan Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan. Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila : (i) Bilangan pasukan yang kecil (ii) Masa (iii) Sumber kewangan (iv) Kemudahan dan (v) Bilangan pegawai

21

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

3.2.3

Pertandingan kalah mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. (a) Kalah mati sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. (i) Bilangan peserta menunggu/b ye Bilangan menunggu/b ye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contohnya: 14 pasukan bertanding Bilangan penyertaan 14 pasukan Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/'b ye' Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.

22

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan. (ii) Bilangan perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan (iii) Penempatan pilihan atau `seeded' Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan: Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

(b) Kalah mati dua kali Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri.

23

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan. KIRI

7 1 1 4 1 1 2 3 3 4 2 6 1 8 5 3 8 8 8 5 5 6 7 7 5 1 2

KAN AN

1 2

1

Petunjuk : ------------- Kalah ________ Mati Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali .

Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN.

24

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.2.4 Cabar mencabar (a) Pertandingan Sistem tangga Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.

Peserta Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8

Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu tangga ke bawah. (b) Pertandingan bentuk piramid atau corong. Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.

1 3

2

4

5

6

7

8

9

10 15

11

12

13

14

25

BUKU SUMBER SAINS SUKAN c) Pertandingan bentuk corong

9

10

11

12

6

7

8

4

5

3 2 1

3.3

Peraturan Am Pertandingan

3.3.1 Kepentingan Peraturan Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk penglibatan sesuatu program dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu diadakan. 3.3.2 Pertimbangan membuat Peraturan ( guru dan murid berbincang tentang tajuk ini ) 3.3.3 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) (i) Undang-Undang Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undangundang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.

26

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undangundang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. (ii) Kelayakan (a) Peserta: Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolahsekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM. Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM. Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolahsekolah Negeri. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM. Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain. Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM. Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM H ANYA untuk warganegara Malaysia. (b) Sekolah Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

27

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (c) Negeri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan khas. (iii) Had umur peserta Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut: 18 tahun dan ke bawah 15 tahun dan ke bawah 12 tahun dan ke bawah (a) (b) (c) (d) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama. Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu ketetapan khas. Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua sekolah peserta berkenaan. Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.

(e)

(f)

28

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (iv) Pendaftaran (a) (b) (c) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dengan cop rasmi. Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan MSSM. Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan. Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM hendaklah diperolehi. Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

(d)

(e) (f)

(g)

(v) Pakaian Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. (vi) Bantahan (a) Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak. Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan / sukan berkenaan.

29

(b)

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (c) Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

(vii) Lembaga Tatatertib (a) Lembaga ini terdiri daripada: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau wakilnya sebagai pengerusi. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. Pengerusi Teknik permainan berkenaan. (b) Lembaga ini bertangunggungjawab untuk: Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkaraperkara seperti berikut : Memberi amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya. Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang berkenaan.

UNDANGUNDANG LEMBAGA TATATERTIB PERATURANPERATURAN AM PERTANDINGAN BANTAH AN

KELAYAKAN

PENDAFTARAN

HAD UMUR PESERTA 30

PAKAIAN

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 - Psikologi Sukan 4.1 Asas Psikologi Sukan 4.1.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi: a. Psikologi Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia (Wann, 1997). Psikologi Sukan Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia dalam sukan 4.1.2 Peranan Psikologis Sukan a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan pengetahuan kita tentang bidang ini. b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi Kognitif: Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti.

b.

31

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Emosi: Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit. Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit. Fi zikal

Prestasi

Kognitif Emosi

Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 4.2 Motivasi 4.2.1 Konsep Motivasi Definisi Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat neutral. a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Sumber a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.

32

BUKU SUMBER SAINS SUKAN b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang, persekitaran. 4.2.2 Moti vasi dan Ganjaran Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan motivasi individu. a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan.

4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri. a. Penetapan matlamat Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

33

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Tahap-Tahap Penetapan Matlamat a. Matlamat Jangka Panjang Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b. Matlamat Jangka Sederhana Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir. c. Matlamat Jangka Pendek Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang. Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat. b. Kata-Kata Rangsangan Diri Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.

34

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.3 Kebimbangan 4.3.1 Konsep Kebimbangan Definisi Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut. Jenis-Jenis Kebimbangan a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi mempunyai `darah gemuruh' yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya.

4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan a. Rangsangan Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.

35

BUKU SUMBER SAINS SUKAN b. Tafsiran Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. c. Pelakuan Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa hadapan. 4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. a. Terapi pernafasan Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika b. Pemusatan (centering) Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

36

BUKU SUMBER SAINS SUKAN c. Relaksasi Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. d. Visualisasi Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

4.4

Atribusi 4.4.1 Konsep Atribusi Definisi Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi dan tafsiran individu tersebut mengenai sesuatu situasi yang telah berlaku. Atribusi akan mempengaruhi sikap, perlakuan, keyakinan serta motivasi individu tersebut. Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas bahawa di akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, seseorang individu akan mencari penyebab kepada pencapaian mereka sama ada mereka berjaya atau gagal. 4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah disebabkan oleh tiga dimensi iaitu: a. Lokus Penyebab (locus of causality) Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan melihat sama ada kegagalan tersebut berpunca dari

37

BUKU SUMBER SAINS SUKAN kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana alatan yang kurang sempurna (luaran). b. Kestabilan (stability) Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh masa tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan kemahirannya (tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya dalam acara tersebut. Sekiranya gimnas tadi mengatributkan kejayaan beliau kepada ketinggian (stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya. c. Kebolehkawalan (controllability) Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes gimnas di atas, kekurangan kemahiran merupakan elemen di dalam kawalan sementara alatan tadi merupakan elemen di luar kawalan beliau. Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi penyebab. Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan jangkaan masa depan yang terbentuk. 4.4.3 Kesan Atribusi a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang individu. b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan diri atlit dengan membuat atribusi yang sesuai apabila berjaya atau gagal dalam sesuatu tugasan: kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang stabil dan dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).

38

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.5. Keagresifan 4.5.1 Konsep Keagresifan Definisi Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981). 4.5.2 Klasifikasi Keagresifan Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza: a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile) Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku. Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan sengaja menjatuhkan lawannya. b. Keagresifan Instrumental Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut. Contohnya seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan. c. Keagresifan Asertif Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu : a. Psiko-Fisiologikal Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau

39

BUKU SUMBER SAINS SUKAN diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan (peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan) b. Faktor Semasa i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton (pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.

40

BUKU SUMBER SAINS SUKAN TUNJANG 2 : ANATOMI DAN FISIOLOGI Unit 1 ­ Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 1.1 Sains Anatomi dan Fisiologi a. Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani `ana' bermaksud asingkan dan `tome' bermaksud memotong. Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

b.

1.2

Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekulmolekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisme (Rajah 2.1).

41

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia

ARAS SISTEM

Sistem Kardiovaskular ARAS ORGAN Organ Jantung

ARAS TISU Tisu Otot Jantung ARAS MOLEKUL ARAS SEL Sel Otot Jantung Filamen Protein

Sumber: Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall

1.2.1

Sistem-sistem Tubuh

Jadual 2.1 Sistem tubuh badan

Sistem 1. Integumentari (kulit) Bahagian dalam sistem Kulit Fungsi Sistem 1. Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan. 2. Bersifat kalis air, membantu mencegah kehila ngan air dalam badan. 3. Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan. 4. Menyingkirkan bahan kimia semasa perpelu han seperti air, asid urik dan garam mineral berle bih an.

42

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Sistem 2. Rangka Bahagian dalam sistem Tulang Kartilej Ligamen Sendi Fungsi Sistem 1. Menyokong berat badan. 2. Melindungi organ-organ lembut di dala m tubuh seperti otak, saraf tunjang (spina korda), jantung dan paru-paru. 3. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. 4. Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka. 5. Tuas untuk pergerakan badan. 6. Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan pla tele t di dala m sumsum merah tulang.

3. Otot

Otot Tendon

1. Mengekalkan postur tubuh. 2. Menghasilkan pergerakan 3. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot. 4. Menstabilkan sendi. 5. Mengartikulasi antara otot dengan tulang.

4.

Saraf Saraf

Otak Saraf tunjang Saraf periferi Organ reseptor

1. Mengesan, menerima dan bergerak bala s terhadap rangsangan yang diterima. 2. Menyimpan maklumat yang diterima. 3. Mengawal dan menyela ras aktiviti tubuh.

43

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Sistem 5. Endokrin a Bahagian dalam sistem Kelenja r seperti pituitari, tirio d dan adrenal Fungsi Sistem Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalu i hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah.

6.

Kardiovaskular

Jantung Salur darah

1. Jantung mengepam darah ke seluruh badan. 2. Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan .

7. Limfatik

Nodus limfa Salur limfatik Timus Organ limfoid Tonsil

1. Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih (le ukosit). 2. Menghasilkan limfosit 3. Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diu raikan oleh hati. 4. Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap ke dala m lakteal.

44

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Sistem 8. Respiratori Bahagian dalam sistem Hidung Farinks Trakea Bronkus Paru-paru Fungsi Sistem 1. Membekalkan oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida. 2. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksid a antara paru-paru. 3. Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis).

9. Pencernaan

Mulut Esofagus Perut Pankreas Hepar Ileum Usus besar Rektum

1. Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel. 2. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis.

10. Urinari

Ginjal Ureter Pundi kencing Uretra

1. Menyingkirkan bahan kumuh darip ada darah. 2. Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia. 3. Mengimbangkan paras asid dan alkali dala m darah.

45

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Sistem 11. Reproduktif Bahagian dalam sistem (a) Lela ki Penis Testes Vesikel semen Kelenja r prostat Uretra Fungsi Sistem 1. Menghasilkan zuriat. 2. Menghasilkan hormon seks.

(b) Perempuan Ovari Tiub falio pio Uterus Vagina

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5th ed.,C ummings Publishing Company Inc., California.

1.2.2

Hubungkait Sistem Tubuh Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma. Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada contoh yang berikut :

46

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.2 Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain

SISTEM RANGKA

1. Sistem integumentari Sintesis vitamin D penting untuk penyerapan normal kalsium dan fosforus (diperlukan untuk tumbesaran tulang) 2. Sistem otot Membekal kalsium untuk penguncupan otot Tulang-tulang bertindak sebagai tuas untuk menghasilkan pergerakan tubuh Menstabilkan kedudukan tulang Ketegangan pada tendon merangsang tumbesaran tulang 3. Sistem saraf Membekal kalsium untuk fungsi saraf Melindungi otak, saraf tunjang Reseptor pada sendi memberi maklumat tentang kedudukan tubuh Mengawal kedudukan tulang dengan mengawal penguncupan otot 4. Sistem kardiovaskular Menyediakan kalsium untuk penguncupan otot kardiak Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum merah tulang Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida 5. Sistem Respiratori Pergerakan tulang rusuk penting untuk pernafasan Rangka mengelilingi dan melindungi paru-paru Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida 6. Sistem Endokrina Melindungi organ-organ endokrina khususnya dalam otak, dada dan kaviti pelvik Tumbesaran tulang dikawalatur oleh hormon tumbesaran, tiroid dan seks Mobilasi kalsium dikawalatur oleh hormon-hormon parathormon dan kalsitonin 7. Sistem Pencernaan Tulang rusuk melindungi sebahagian daripada hepar dan usus Membekal nutrien, kalsium dan fosfat

Untuk semua sistem Memberi sokongan mekanikal Stor tenaga Stor kalsium dan fosfat

8. Sistem Uninari Melindungi ginjal dan ureter Pelvis melindungi pundi kencing dan uretra proksimal Memulihara kalsium dan fosfat untuk tumbesaran tulang Mengkumuh bahan sisa

Sumber : Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5 th.ed., Prentice Hall

47

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 ­ Sistem Rangka 2.1 Komponen Sistem Rangka Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum. Rajah 2.3 Rangka manusia, pandangan hadapan(anterior)

Kranium Tengkorak Hyoid Klavikel Skapula Sternum Tulang rusuk

Kolum Vertebra

Ulna Radius Karpals

Metakarpal Femur Patella Tibia

Sumber: Marti ni , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th ed., Pr entice Hall

Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi.

48

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses). Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. 2.2 Fungsi Sistem Rangka Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: (i) Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. (ii) Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh : Tengkorak melindungi otak (iii) Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh : Sendi siku ­ ulna dan humerus (iv) Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan selsel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

49

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

(v)

Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulangtulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineralmineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

2.3

Klasifikasi Tulang Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. 2.3.1 Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki. 2.3.2 Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini berongga. Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

50

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.3.3 Tulang leper/pipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. 2.3.4 Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus). 2.4 Struktur Tulang Panjang Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. 2.4.1 Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja. 2.4.2 Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum. Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang. 2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum. Periosteum: (i) mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya. (ii) menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf. (iii) terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.

51

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.4 Struktur Tulang Panjang

Epifisis proksimal Garisan epifiseal Tulang berongga Tulang mampat Foramen nutrien Salur nutrien Periosteum

Epifisis Metafisis

Diafisis

Metafisis Epifisis

Sumber: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5 th ed. Prentic e Hall

2.5

Perkembangan Tulang 2.5.1 Pembentukan Tulang (i) Sel-sel tulang Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiberfiber yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit. Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersamasama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka yang berumur. (ii) Osifikasi tulang Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio, kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej

52

BUKU SUMBER SAINS SUKAN hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak. Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar. Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari. Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.

2.5.2 Tumbesaran tulang Arah tumbesaran Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanakkanak. Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal. Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis. Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah. Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban ke atas tulang.

53

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon. Keperluan untuk tumbesaran tulang secara normal Garam mineral (i) (ii) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi.

Vitamin (i) (ii) (iii) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.

Hormon (i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.

54

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.6 Jenis-Jenis Sendi Sendi

Berdasarkan Fungsi ( pergerakan)

Berdasarkan Struktur

Synarthroses Amphiarthroses Diarthroses

Sendi `fibrous'

Sendi Sendi `cartilagenous' `sinovial'

2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi Fungsi

1. Tidak bergerak (synarthroses)

Contoh Sendi

Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Artikukasi distal antara tib ia dengan fibula , simfisis pubis, dan artikula si antara turus vertebra( di cakera intervetebra) Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lu tut

Contoh Pergerakan

Tiada pergerakan

2. Gerakan terhad (amphiarthroses)

Pergerakan yang terhad

3. Gerakan bebas (diarthroses)

Rotasi sirkumduksi fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi pronasi dan supinasi rotasi

Sendi kondil Sendi di pergela ngan tangan dan pergela ngan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atla s dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal

Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke bela kang dan ke kiri atau

55

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Fungsi Contoh Sendi

sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

Contoh Pergerakan

ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh fleksi ekstensi abduksi adduksi sirkumduksi

Rajah 2.5 Jenis sendi sinovial

Sendi lesung

Sendi Pelana

Sendi kondil (Condyloid Join t)

Sendi Paksi (Pivot Joint)

Sendi Engsel (hinge joint) Sendi Engsel (Hinge Join t)

Sendi Gelungsur Sendi gelumgsur

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, Californi a

56

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.6.2 Sendi Berdasarkan Struktur Contoh Sendi

Sebahagia n darip ada tengkorak, garisan epifiseal

Struktur

`Bony fusion" Penukaran bentuk tulang artikul ke tulang keras.

Sendi ` fibrous' Tulang artikulasi berada dala m kedudukan rapat. Terikat ole h lapisan nip is tisu-tisu penghubung berfib er. Terikat ole h lig amen. Sendi `cartila gin ous' Hujung tula ng dihubung dengan kartilej. Cakera fibrokartilej sebagai penghubung Sendi `sinovial' Kaviti sendi mengandungi cecair sinovial yang membantu melincirkan pergerakan sendi.

Sutur antara tulang-tulang tengkorak Antara gig i dengan maksila dan mandible Antara tibia dengan fibula

Simfisis pubis lengkungan pelvis Antara tulang vetebra Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lu tut Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergela ngan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hin gga ketuju h dan sternum Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

57

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Fungsi 1. Tidak bergerak (synarthroses) Struktur Sendi ` fibrous' Sendi `cartila gin ous' Contoh Sendi Sutur antara tulangtulang tengkorak, sendi antara gig i dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikula si antara tula ng vertebra( di cakera intervertebra Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lu tut Contoh Pergerakan Tiada pergerakan

2. Gerakan terhad (amphiarthroses)

Sendi ` fibrous' Sendi `cartila gin ous'

Pergerakan yang terhad

3. Gerakan bebas (diarthroses)

Sendi `sinovial'

Rotasi sirkumduksi fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi semua pergerakan bersudut:fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi pronasi dan supinasi rotasi Pergerakan adala h secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh fleksi ekstensi abduksi adduksi sirkumduksi

Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergela ngan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radiu s Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hin gga ketujuh dan sternum Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

58

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.6.3 Jenis-jenis pergerakan

Jenis 1. Gerakan linear (Gelungsur) Penerangan Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan Pergerakan bersudut antara batang tulang dengan permukaan artikular fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi Pergerakan pada sendi sinovial di mana hujung distal tulang membuat bulatan tanpa memutarkan batang tulang sirkumduksi 3. Putaran Batang tula ng berpusin g secara menegak pada paksi longitudin al rotasi supinasi pronasi inversi eversi dorsifle ksi plantar fleksi elevasi depresi pronasi supinasi Sendi antara dua vertebra servikal yang pertama yang membenarkan kepala berpusing Contoh Pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh

2.

Gerakan Bersudut

Pergerakan pada sendi bahu Pergerakan pada sendi siku Pergerakan pada sendi pinggul

4. Pergerakan khusus

Rujuk muka surat 132 dan 133

Peringatan : Sila rujuk rajah jenis pergerakan di muka surat 132 dan 133.

59

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.6 Model ringkas pergerakan artikular

(a)

Kedudukan awal pensel bersudut tepat dengan permukaan (b) Pergerakan mengelungsur Pensel kekal tegak tetapi mata pensel bergerak keluar dari titik asal

(c)

Pergerakan bersudut Mata pensel tidak bergerak tetapi kedudukan batang pensil berubah secara relatif kepada permukaan

(d)

Sirkumduksi Mata pensel tidak bergerak. Batang pensel yang di pegang daripada 90 0 membentuk satu bula tan.

(e)

Putaran Batang pensil berpusing secara menegak pada satu titik

Sumber: Martini, F .H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5d ed. Prentice H all

60

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 3 ­ Sistem Otot Rangka 3.1 Pengenalan 3.1.1 Komponen sistem otot rangka: (i) Fiber otot Fiber otot adalah sel-sel otot Diameternya boleh mencapai sehingga 100mm dan panjangnya 30-40cm Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nukleus (ii) Tisu penghubung Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium Tendon Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain. (iii) Tendon Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

61

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.1.2 Fungsi Otot (i) Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. (ii) Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. (iii) Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka. (iv) Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

62

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.2 Jenis-Jenis Otot Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya. Jadual 2.2 Membanding otot rangka dengan otot-otot lain

Ciri Lokasi Otot rangka Otot kardiak Otot licin

Lekat pada tula ng atau kulit (beberapa otot muka) Struktur

Dindin g ja ntung

Dindin g organ viseral seperti dinding perut

Berbentuk satu selin der yang panja ng, setiap sel mempunyai banyak nukleus dan berjalu r Regulasi penguncupan

Sel-sel yang bercabang-cabang, unisel dan berjalu r

Unisel, fusiform, tidak berja lur

Terkawal melalui kawala n sistem saraf kecuali pergerakan Kelajuan Penguncupan Perlahan ke cepat Penguncupan Beritma Tiada

Luar kawala n, jantung ada perentak, sistem saraf kawal, hormonhormon

Luar kawala n, sistem saraf mengawal, hormon, kimia dan regangan

Perlahan Ada

Sangat perlahan Terdapat pada sebahagian otot-otot tersebut

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 5 th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia.

63

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.3 Ciri-ciri otot rangka 3.3.1 Kebolehujaan (irritability/excitability) Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan mudah dan cepat. 3.3.2 Kebolehkuncupan (contractibility) Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima rangsangan. 3.3.3 Kebolehpanjangan (extensibility) Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal. 3.3.4 Kebolehanjalan (elasticity) Kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal selepas memendek atau memanjang.

64

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.4 Otot-otot rangka yang utama 3.4.1 Otot rangka Rajah 2.7 Otot Rangka

Otot manusia pandangan hadapan(anterior)

Temporalis zygomaticus Masseter Sternocleidomastoid Deltoid External Intercostals Biceps brachii Rectus abdominis Flexor carpi radialis Pectoralis major Latissimus dorsi External Oblique Gluteus medius Gluteus maximus Adductor Longus sartorius Rectus femoris Vastus muscles Semitendinosus Biceps femoris Semime mbranosus Peroneus longus Tibialis anterior Gastrocnemius Hamstring group Adductors frontalis Orbicularis oculi Orbicularis oris

Otot manusia pandangan belakang(posterior)

Trapezius

Deltoid Tricep brachii Extensor carpi radialis Flexor carpi radialis

3.5

Pelekatan otot

Ex tensor carpi

Extensor digitorum

Rectus femoris Vastus muscle

Quadriceps Group

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 5 th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California.

3.5

Lekatan otot Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Pelekatan proksimal Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.

65

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Pelekatan distal Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat pelekatan distal otot ini akan bergerak ke arah tulang yang mempunyai pelekatan proksimal. Jadual 2.3

Nama Otot 1. Leher Sternocleidomastoid 2. Belakang tubuh Trapezius Latissimus dorsi

Nama otot utama, lokasi dan pelekatan otot

Lokasi Otot Lekatan Proksimal Sternum, klavikel Lekatan Distal

Leher

Mastoid di tulang temporal

Belakang leher dan bahagia n atas belakang badan Bahagia n bawah belakang badan

Tulang osip ital, serviks dan semua toraks Bahagia n bawah vertebra, iliak

Klavikel, skapula Hujung proksimal

3. Bahu deltoid

Bahagia n bahu

atas

Klavikel, skapula

Bahagia n tengah humerus

4. Lengan Bisep brakii Trisep brakii

Anterior lengan atas Posterior humerus

Skapula Skapula dan proksimal humerus

Proksimal radiu s Olekranon proses di uln a

5. Depan tubuh Pektoralis major Rektus abdominis Ekstemal oblik Ekstemal interkostal

Bahagia n atas dada Bahagia n tengah abdomen Dindin g, lateral abdomen Superfisia l antara tulang rusuk

Klavikel, sternum, tulang rusuk Pubis Tulang rusuk ke 8 Bahagia n bawah tulang rusuk

Proksimal humerus Sternum dan tulang rusuk ke5 hingga ke-7 Iliak Bahagia n atas tulang rusuk

66

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Nama Otot 6. Pinggul Gluteal maksimus 7. Paha Sartorius Kuadriseps Rektus femoris Vastus lateralis Vastus medialis Vastus intermediu s Hamstring Bisep femoris Semitendinosus Semi membranosus Lokasi Otot Lekatan Proksimal Sakrum, ilium Lekatan Distal

Punggung

Proksimal femur

Anterior paha Superfisia l, anterio r paha Lateral paha Medial paha Intermedial paha Posterior paha Posterior paha Posterior paha

Spina iliu m Bahagia n atas pelvik Bahagia n atas femur Medial femur Anterior dan lateral femur Bahagia n atas femur Bahagia n atas femur Bahagia n atas femur Lateral dan medial femur

Proksimal tibia Patella Patella Patella Patella Lateral fibula Medial tibia Medial tibia Posterior kalkanus

8. Kaki Gastroknemius Soleus

Betis

Distal femur dan fibula

Kalkanus

67

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.6 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka 3.6.1 Saling tindakan otot-otot Agonis Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus (ii) Antagonis Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama Tindakan berlaku secara serentak dengan otot Biseps brakii agonis Keterangan gambarajah:

Brakialis Brakioradia lis Triseps brakii Fleksi

(i)

Gerakan fleksi lengan Otot biseps brakii menguncup ­agonis Otot triseps brakii mengendur - antagonis

akan akan

(iii)

Sinergis Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama Sinergis menambah daya pada pelekatan otot Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otototot itu melekat Keterangan gambarajah: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

Biseps brakii

(agonis)

Brakialis

(agonis)

Triseps brakii

(antagonis)

Brakioradialis

(sinergis)

68

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.7 Penguncupan otot rangka 3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. (i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik. (ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. (iii) Penguncupan Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis penguncupan otot rangka Penguncupan isometrik Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otototot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.

69

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Penguncupan Isotonik Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat `dumbell'. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot. Penguncupan Isokinetik Contoh : Pengunaan mesin "multi-gym'. 3.7.3 Halaju Penguncupan Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot. Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otot-otot postur. Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama. Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik.

Jenis fiber Sentak cepat Deskripsi Keupayaan anaerobik yang tinggi Digunakan dalam acara pecutan/eksplo sif (acara berin tensiti tinggi, berja ngka masa pendek) Sentak lambat

Keupayaan aerobik yang tinggi Digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan (ja ngka masa yang lama)

70

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 ­ Sistem Saraf Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi sistem badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. 4.1 Klasifikasi sistem saraf Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen. Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik

Sistem saraf

Sistem saraf pusat

Sistem saraf periferi

otak

Saraf tunjang

Sistem sensori ( Sistem aferen )

Sistem motor ( Sistem eferen )

Sistem saraf somatik

Sistem saraf autonomik

71

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.1.1 Sistem saraf pusat Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf. 4.1.2 Sistem saraf periferi Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan. Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan. Rajah 2.8 Arka Refleks

Neuron aferen Afektor Sinaps Neuron eferon Reseptor

Sumber: Hall, S.H.(2003), Basic Bi omechanics, 4th ed. , McGraw Hill

72

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2 Fungsi sistem saraf 4.2.1 Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. 4.2.2 Menterjemah rangsangan. 4.2.3 Mencetuskan pergerakan motor. 4.2.4 Menyimpan maklumat. 4.2.5 Menjana pemikiran dan idea. 4.3 Struktur Neuron Neuron atau sel-sel saraf menghantar impuls-impuls saraf dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain tubuh melalui unjuran protoplasma yang panjang. Walaupun neuron-neuron terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua neuron mempunyai badan sel, akson dan dendrit. Rajah 2.9 Struktur Neuron

Nukleus pada badan sel

Selaput mielin Neurilemma (selaput schwan) Sel schwan Akson diliputi selaput Mielin dan neurilemma

Nodus Ranvier Terminal akson

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of Human Anatomy and Physiolog y, Califor nia

73

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

(i)

Dendrit

Ia adalah fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur dari badan sel. Ia berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel. (ii) Akson

Ia adalah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Akson disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai mielin. Mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar transmisi impuls saraf. (iii) Badan sel

Ia mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel.

4.4

Sinaps dan transmisi impuls 4.4.1 Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antara neuron transmisi dan neuron penerimaan. Sinaps berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.

74

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.4.2 Proses transmisi impuls dari neuron ke neuron. Rajah 2.10 Transmisi impuls dari neuron ke neuron

Tombol sinaptik Akson Transmisi

1

Penghantaran Implus

Vesikel Klef sinaptik

sinaps

2

Neuron y ang menerima Neuron Transmisi Klef sinaptik Vesikel bercantum dengan membran plasma

3

Neurotransmitter dibebaskan ke klef

4

Neurotransmitter terikat pada reseptor

Molekul Neurotransmitter

Saluran Ion Neurotransmitter Reseptor

Neuron yang menerima Neurotransmitter dipecahkan dan dibebaskan

5

Saluran Ion terbuka

6

Saluran Ion menutup

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiol ogy, 5 th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia.

Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam bentuk impuls. Impuls dihantar ke tombol sinaptik pada hujung akson. Impuls ini dihantar menyeberangi klef sinaptik dengan bantuan neurotransmitter yang disimpan dalam vesikel. Molekul-molekul neurotransmitter yang terikat pada reseptor dibebaskan ke klef sinaptik dan kemudian ke salur ion. Semasa salur ion tertutup, neurotransmiter tersebut dipecahkan dan dibebaskan.

75

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.5 Persimpangan saraf otot Persimpangan saraf otot ialah tapak neuron motor bertemu fiber otot. Transmisi rangsangan dalam bentuk impuls dari neuron ke fiber otot adalah sama seperti transmisi impuls dari neuron ke neuron kecuali tiada mekanisme perencatan pada persimpangan saraf otot. Asetilkolina (ACh) ialah sejenis neuron transmitter. Rembesan ACh membolehkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik. Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase dirembeskan untuk bertindak balas dengan asetilkolina. Keadaan ini menghalang pengujaan fiber otot pada impuls berikutnya bagi tempoh masa tersebut. Rajah 2.11 Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka

Dendrit Akson

Otot rangka Akson terminal

Persimpangan saraf otot

Sumber: Sumber diubah s uai daripada: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, d 5 ed. Prentice Hall

76

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 8 ­ Sistem Tenaga 8.1 Pengenalan sistem tenaga Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan. Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. A ATP =

Adenosina tenaga

P

P

Pi

ATP

ADP + Pi + Tenaga

(Adenosina trifosfat

adenosina difosfat + fosfat bukan organik + tenaga )

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

+

A

+

P

= ATP

P

P

A

P

=

P

=

=

Pi

ADP + P(i)

8.2

Pembentukan Adenosina Trifosfat Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui : (a) (b) (c) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik/sistem asid laktik) Sistem aerobik (sistem oksigen)

77

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (i) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi). Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP.

P Tenaga C

Tenaga + ADP + Pi

ATP

(ii)

Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis) Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.

78

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.12 Sistem anaerobik laktik

Glukosa Glikogen

ATP

Glukosa ­ 6- fosfat Enzim glikolitik

ATP Asid Piruvik Asid Laktik

Sumber: Bowers, R.W. & F ox, E.L. (1992), Sports Physiology, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub.

ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATPPC). ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit. (iii) Sistem aerobik (oksigen) Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga Penghasilan ATP melibatkan 3 proses: i. Glikolisis ii. Kitaran Krebs iii. Sistem pengangkutan elektron Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.

79

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.13 Sistem aerobik

Glikogen

GLIKOLISIS AEROBIK

Glukosa

ADP +Pi ATP

Asid Piruv ik Protein Lemak CO2 CO2 KITARAN KREBS

CO2

H +e H +e H +e

+ +

+

-

ADP + Pi ATP ADP + Pi ATP ADP + Pi ATP

-

-

H2 O

SISTEM PENGANGKUTAN ELEKTRON

Sumber: Bowers, R.W. & Fox, E.L. (1992), Sports Physiolog y, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub.

Jadual 2.4

Sistem ANAER OBIK Alaktik (ATP-PC) Laktik AEROBIK

Ciri-ciri tiga sistem penghasilan ATP

Sumber makanan/kimia Fosfokreatin Glukosa/glikogen Glukosa/glikogen, Lemak, protein Keperluan oksigen Tidak perlu Tidak perlu Perlu Kelajuan Penghasilan ATP Sedikit dan terhad Sedikit dan terhad Banyak dan tidak terhad Jangka masa

Sangat pantas Pantas Perlahan

10 saat 1-3 minit Lebih 3 minit

80

BUKU SUMBER SAINS SUKAN TUNJANG 3: PERSEDIAAN FIZIKAL Unit 1 ­ Pengenalan Kecergasan 1.1 Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan. Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. 1.1.1 Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 1.1.2 Kecergasan Mental Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. 1.1.3 Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. 1.1.4 Kecergasan Emosi Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

1.1.5 Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

81

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1.2 Kecergasan Fizikal 1.2.1 Definisi Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. 1.2.2 Komponen kecergasan fizikal (a) Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah: i. ii. iii. iv. v. Komposisi badan/kandungan lemak Daya tahan kardiovaskular Fleksibiliti Kekuatan otot Daya tahan otot

Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. (i) Komposisi badan/kandungan lemak Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. (ii) Daya tahan kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan

82

BUKU SUMBER SAINS SUKAN berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. (iii) Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendisendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. (iv) Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). (v) Daya Tahan Otot Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. (b). Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponenkomponen ini adalah: (i) Kelajuan (Speed) Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi. (ii) Ketangkasan (Agility) Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.

83

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (iii) Kuasa (Power) Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. (iv) Imbangan (Balance) Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik). (v) Masa reaksi (Reaction Time) Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. (vi) Koordinasi (Coordination) Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

84

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 ­ Prinsip Latihan Fizikal 2.1 Prinsip lebihan bebanan Prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan dalam beban kerja. Penambahan beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem biologi dapat mengadaptasi kepada beban kerja yang dikenakan. Penambahan ini boleh dilakukan dengan memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah berikut : (a) Intensiti latihan : iaitu kualiti kerja yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (RM ­ Repitition Maximum). (b) Frekuensi latihan : iaitu kekerapan latihan dilakukan seperti 2 sesi sehari atau 5 sesi seminggu. (c) Jangkamasa : iaitu masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu latihan seperti 1 jam sesesi atau 12 jam seminggu. Prinsip Perbezaan Individu Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi satu latihan fizikal yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal. Prinsip Kekhususan Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau kehendak sesuatu sukan yang diceburi . Sekiranya individu lemah dalam daya tahan kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen ini perlulah diberikan. Prinsip Kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya penurunan dalam daya tahan mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk meningkatkannya. Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan tidak dilakukan lebih daripada 72 jam. Prinsip Kepelbagaian Latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti atau bagi mengelakkan kebosanan.

2.2

2.3

2.4

2.5

85

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 3 ­ Kaedah Latihan Fizikal 3.1 Pengenalan Sejak seabad yang lalu, peningkatan dalam prestasi sukan banyak dipengaruhi oleh kaedah latihan fizikal yang lebih canggih dan sistematik yang telah diperkenalkan oleh para jurulatih dan diguna pakai oleh para atlit. Kaedah-kaedah latihan ini direka untuk membolehkan atlit mencapai kecergasan optimum dalam masa sesingkat mungkin dan apabila diperlukan, terutamanya dalam mencapai prestasi puncak. Kaedah latihan yang diaplikasikan disesuaikan dengan keperluan sesuatu jenis sukan dan keperluan atlit serta disusun rapi mengikut musim pertandingan dengan diasaskan kepada pengetahuan sains sukan. Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu : (a) (b) 3.2 Kaedah Latihan Aerobik Kaedah Latihan Anaerobik

Kaedah Latihan Aerobik Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan adalah : (a) (b) (c) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) Latihan Fartlek Latihan Jeda Jarak Jauh

3.2.1 Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh. Sesuai dengan namanya, latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, lebih baik kesannya terhadap sistem kardiovaskular. Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kelajuan yang dicadangkan adalah antara dua ke tiga meter se saat

86

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (2-3m/s) dan diperkenalkan pada awal persediaan umum bagi semua jenis sukan. 3.2.2 Latihan Fartlek Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud `speed play' iaitu latihan pelbagai kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggirendah. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus. Latihan ini dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk satu sesi latihan : Berjalan pantas selama lima minit Berlari anak selama 10 minit Pecut dengan 70 % kelajuan maksima selama 30 saat Berjalan perlahan selama tiga minit Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit Berlari anak selama lapan minit Pecutan dengan 80 % kelajuan maksima selama 20 saat Berlari dengan 60 % kelajuan maksima selama dua minit. 3.2.3 Latihan Jeda Jarak Jauh Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus. Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1: 1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian. Contohnya adalah seperti berikut :

87

musim

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Masa larian = 10 minit Masa rehat = 5 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½ Masa larian = 3 minit Masa rehat = 3 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1 Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada 800 meter bagi satu larian (ulangan). Sementara itu, jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua dimulakan. Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut : 3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1:1/2 ), bermaksud : 3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit. 3.3 Kaedah Latihan anaerobik Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut : (a) kelajuan (b) kekuatan otot (c) daya tahan otot (d) kuasa (e) ketangkasan Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan di bawah kaedah latihan anaerobik adalah : (a) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat (b) Latihan pecutan berulang (c) Latihan pliometrik

88

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.3.1 Latihan Jeda (jarak sederhana dan jarak dekat) Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini memberi penekanan kepada keupayaan tubuh untuk bekerja secara anaerobik. Jeda rehat antara ulangan dan antara set memberi peluang kepada otot untuk menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa kelesuan. Tubuh dapat bekerja dalam satu jangka masa yang lebih lama dan kecekapan otot untuk penghasilan semula ATP meningkat. Latihan ini amat sesuai diaplikasikan kepada hampir semua jenis permainan seperti bola sepak, hoki, ragbi, badminton dan sepak takraw. Dicadangkan supaya latihan ini diperkenalkan pada pertengahan musim persediaan khusus sehinggalah ke penghujung musim . Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : 2 bagi jarak sederhana hingga 1 : 3, 1: 4 dan 1 : 5 bagi jarak yang lebih dekat. Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana : 4 x 400 meter x 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 ) Contoh latihan jeda jarak dekat 6 x 80 meter x 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 ) 3.3.2 Latihan pecutan berulang Latihan pecutan berulang adalah latihan pecutan yang diselang seli dengan jeda rehat bertujuan untuk meningkatkan kelajuan. Berbeza dengan latihan jeda, latihan ini memerlukan pelaku memecut dengan intensiti maksimum pada jarak yang lebih dekat, lazimnya 60 meter atau kurang. Selepas setiap ulangan pelaku akan berehat aktif secukupnya, iaitu sehingga kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit atau kurang sebelum memulakan ulangan yang berikutnya. Latihan dikawal oleh kadar nadi pelaku dan masa larian terbaik yang dicatatkan. Latihan diberhentikan apabila masa yang dicatatkan jauh daripada masa sasaran atau kadar nadi melebihi kadar nadi maksimum, mana yang terdahulu.

89

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.3.3 Latihan Pliometrik Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90an. Berasal daripada perkataan Greek, `plio' membawa maksud `lebih' atau `meningkatkan' dan `metrik' bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihanlatihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan. Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar. Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri : Larian lutut tinggi `bounding' larian `tendang pinggul' (butt-kick) `skip' lompat sebelah kaki Contoh latihan pliometrik menggunakan bola segar : baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan satu tangan baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan dua tangan baling bola segar berpasangan dari atas kepala baling bola segar berpasangan melalui atas kepala dengan membelakangi pasangan

90

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Contoh latihan pliometrik pelbagai ketinggian : menggunakan kotak

susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu litar jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih kurang 10 meter pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan melompat turun dari kotak sepantas mungkin. Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi yang diberi Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh dibuat dengan menggunakan pagar dan bangku panjang. 3.4 Kaedah Latihan Litar Latihan litar telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England pada tahun 1950-an oleh R.E.Morgan dan C.T. Adamson. Latihan ini mengandungi satu siri bateri latihan mengikut keperluan jenis sukan yang ditetapkan mengikut stesen. Setiap pelaku dikehendaki melakukan aktiviti yang telah ditetapkan sehingga tamat satu litar latihan atau satu set. Jumlah set ditentukan oleh jurulatih bergantung kepada objektif yang hendak dicapai. Sejak daripada mula latihan ini diperkenalkan, beberapa perubahan telah dibuat oleh jurulatih untuk menyesuaikan latihan ini dengan kehendak latihan dan objektif. Ada jurulatih yang menggunakan kemahiran teknikal yang berlainan sebagai aktiviti bagi setiap stesen dan ada pula yang menggunakan alat latihan bebanan seperti `barbell' dan `dumb-bell'. Umumnya, latihan litar adalah latihan dengan pelbagai aktiviti senaman yang disusun dalam satu litar. Setiap aktiviti senaman dikenal sebagai stesen. Lazimnya latihan litar mengandungi antara enam hingga 12 stesen. Jarak antara satu stesen dengan stesen yang lain adalah antara lima hingga 10 meter. Pemilihan aktiviti bagi setiap stesen bergantung kepada objektif yang hendak dicapai. Sekiranya objektif latihan adalah bagi meningkatkan ketangkasan, maka aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan ketangkasan perlulah dipilih. Begitu juga jika objektif latihan adalah untuk meningkatkan

91

BUKU SUMBER SAINS SUKAN kekuatan eksplosif, maka aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan eksplosif perlulah dipilih. Kesesuaian masa bagi latihan ini diaplikasikan dalam rancangan latihan tahunan bergantung kepada objektif latihan. Adalah diingatkan bagi satu latihan litar yang dipilih, jurulatih hanya menetapkan satu objektif sahaja dalam aspek komponen fizikal yang ingin ditingkatkan supaya tidak melanggar prinsip kekhususan. Contoh preskripsi bagi satu sesi latihan litar adalah seperti berikut : Objektif latihan : Meningkatkan kekuatan eksplosif otot Bilangan set : 3 set Bilangan stesen : 8 stesen Masa kerja setiap stesen : 30 saat Jarak antara stesen : 5 meter Rehat antara stesen : 60 saat Rehat antara set : 3 minit Akti viti ­aktiviti : Burpee Bangkit tubi Lompat lutut ke dada Tekan tubi `Russian leap' mendayung (seated rowing) `alternate split jump' leding belakang (back arch) Peringatan : elakkan daripada mengunakan otot atau kumpulan otot yang sama berturut-turut. 3.5 Latihan bebanan. Latihan bebanan ini adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz atau hipertropi otot. Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan. Untuk menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repitition Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai

92

BUKU SUMBER SAINS SUKAN tahap kegagalan otot sementara (temporary failure). muscular

1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara 2 RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2 RM, bebanan untuk 2 RM adalah lebih berat berbanding bebanan untuk 3 RM dan seterusnya. Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan latihan :

Komponen Fizikal Kekuatan maksimum Kekuatan Hipertropi Daya tahan Ulangan Maksimum (RM) 1-2 RM 3 ­ 6 RM 8 ­ 12 RM 15 ­ 50 RM Set 3-4 3-4 3-6 2-4 Intensiti 95­100 % 85-90 % 65 ­ 80 % 30 ­ 60 % Rehat 2-5 minit 2-5 minit 30-90 saat 15-45 st.

Beberapa peraturan juga perlu dipatuhi bagi memastikan latihan bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada pelaku : Peraturan 1 Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan kekuatan otot Peraturan 2 Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligamen sebelum meningkatkan kekuatan otot Peraturan 3 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian teras badan sebelum meningkatkan kekuatan kaki atau tangan Peraturan 4 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot-otot sinergi dan pengimbang sebelum otot-otot agonis

93

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.6 Perbandingan anaerobik

Latihan Anaerobik Anaerobik alaktik [Sistem ATP-PC] Aktiviti berintensiti tinggi kurang dari 10 saat Anaerobik Laktik [Sistem asid laktik] Aktiviti berintensisi tinggi yang dijalankan dalam masa 10 saat ke 1 minit Sumber tenaga diperolehi menerusi glikolisis anaerobik Sistem ini boleh dilatih dengan menyusun secara selang-seli antara jeda kerja dengan jeda rehat Intensiti senaman pada tahap 80% - 90% keupayaan maksimum - jeda kerja 10 saat - jeda rehat 50 ke 60 saat - jeda kerja 40 saat - jeda rehat 80 ke 100 saat * Jeda kerja dan rehat bergantung kepada jarak kerja dan intensiti Aktiviti ini menghasilkan asid laktik, oleh itu rehat diperlukan (rehat aktif)

antara

latihan

aerobik

dan

latihan

Latihan Aerobik Sistem Oksigen

Aktiviti berintensiti rendah yang dilaksanakan dalam jangkamasa yang panjang (melebihi 3 minit) Sumber tenaga diperolehi menerusi karbohidrat dan lemak Untuk mendapatkan kesan latihan aerobik. Aktiviti perlu dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit Intensiti kerja adalah antara 40 % - 70% keupayaan maksimum

Sumber tenaga diperolehi daripada simpanan ATP-PC dalam sel-sel otot Sistem ini boleh dilatih dengan menyusun berselang-seli antara jeda kerja maksimum dan jeda rehat penuh Intensiti latihan adalah 100 % lakuan kerja dengan intensiti maksimum dan rehat sehingga kadar nadi balik ke 120 denyut seminit lakuan kerja lazimnya adalah kurang daripada 10 saat

-

Tahap ambang laktat dicapai sebaik sahaja asid laktik mula terkumpul

Melambatkan kehadiran asid laktik di samping memperoleh tenaga yang berlebihan melalui penguraian semula asid laktik kepada tenaga

94

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 Pemakanan Sukan 4.1 Definisi Pemakanan Sukan Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien dan juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu. Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang mengaplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan prestasi optimal semasa pertandingan. Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara fizikal dilihat dari dua aspek : pemakanan bagi pertandingan dan pemakanan bagi latihan. 4.1.1 Kepentingan Pemakanan kepada Prestasi Atlit Prestasi fizikal yang cemerlang dalam sukan bergantung kepada dua faktor utama : genetik dan status latihan. Pemakanan sukan mampu memberi kelebihan yang signifikan terhadap prestasi atlit. Apabila seorang atlit kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal terganggu kerana bekalan tenaga tidak mencukupi, ketidakupayaan untuk menjana metabolisme secara optimal ketika bersenam serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim. 4.2 Keperluan Nutrien dan Pemakanan Seimbang Definisi nutrien adalah bahan dalam makanan yang membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaikpulih tisu dan menjana metabolisme. Terdapat enam kelas nutrien : karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, dan air. Konsep pemakanan seimbang merujuk kepada pemakanan pelbagai makanan yang merangkumi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran. Walaupun diet setiap individu memerlukan nutrien essential dan tidak essential, keperluannya berbeza mengikut umur dan tahap kehidupan. Contohnya seorang atlit marathon memerlukan diet yang berbeza dari rakan atlit yang terlibat dalam sukan memanah.

95

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2.1 Nutrien essential dan bukan essential Nutrien essential adalah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap sebagai nutrien essential kerana `dietary fiber' yang terdiri dari karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit tertentu. Karbohidrat, lemak, protein, air dan beberapa mineral dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien adalah nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah yang kecil (ukuran dalam miligram dan mikrogram) Jadual 3.1 Nutrien Essential bagi Manusia

Karbohidrat Makanan berserat (fiber) Lem ak (Asid Lem ak Esential) Asid lemak linoleik Asid lemak alfa linoleik Protein (Asid Am ino Esential) Histidine Phenylalanine Isoleucine Threonine Leucine Tryptophan Lysine Valine Methionine Vitam ins Larut Air Larut Lemak B1 (thiamin) A (retinol) B2 (riboflavin) D ( kalsiferol) Noacin E (tokoferol) B6 (pyridoxine) K Asid pantothenic Folacin B12 (cyanocobalamin) Biotin C (asid askorbik) Mineral Utama Trace/ Surih Kalsium Boron Klorida Kromium Magnesium Kobalt Fosforus Kuprum Kalium Fluorine Natrium Iodine Sulfur Ferum Air

Sumber: Williams, (2002)

Manganese Molybedum Nikel Selenium Silikon Vanadium Zink

96

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Nutrien bukan essential adalah nutrien yang terdapat dalam makanan dan boleh juga dihasilkan oleh badan. Contohnya glukosa atau dikenali sebagai karbohidrat ringkas. Glukosa boleh didapati daripada makanan dan pada masa yang sama boleh dibentuk daripada penguraian lemak dan protein. Dalam aktiviti fizikal, glukosa diperlukan untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan glukosa dalam diet harian adalah tidak perlu. Jadual 3.2 Nutrien bukan essential

Nutrien Bukan Essential Karnitine

Kreatin Gliserol

Sumber: Williams, (2002)

Dietary Reference Intakes (DRI) adalah rujukan bagi jumlah nutrien yang setiap individu patut makan untuk hidup sihat dan mengelakkan daripada penyakit. Jumlah ini didapati melalui penyelidikan dan berubah mengikut semasa.

4.2.2 Panduan Piramid Makanan Piramid makanan telah dibentuk sebagai rujukan kepada kepelbagaian makanan, jumlah kalori yang terdapat dalan setiap kumpulan makanan dan pengambilan lemak, minyak dan gula secara sederhana. Enam kumpulan makanan dalam Piramid Makanan termasuk roti, cereal, nasi dan pasta (6-11 hidangan), kumpulan sayuran (3-5 hidangan), kumpulan buahbuahan (2-4 hidangan), kumpulan terbitan susu seperti yogurt dan keju (2-3 hidangan), kumpulan daging, ikan, ayam, telur dan kekacang (2-3 hidangan) dan kumpulan lemak, minyak dan gula (berpada-pada).

97

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 3.1 Piramid Makanan

Sumber: McArdle, Katch, W.D., F.I. & Katc h., V.L. (2000) Essentials of Exercise Physiology,2nd ed., Lippinc ott Williams & Wil kins

4.3

Tenaga bagi Manusia Dalam tubuh manusia, tisu badan menyimpan tenaga kimia yang boleh menjana tenaga elektrik untuk menghasilkan impuls saraf, menghasilkan haba untuk menyelenggarakan suhu badan pada 37 C (98.6 F). 4.3.1 Definisi dan Ukuran Tenaga Tenaga merujuk kepada kapasiti untuk membuat kerja. Kerja juga dikenali sebagai tenaga mekanikal. Contohnya apabila atlit merejam lembing, atlit tersebut telah melakukan kerja, pada masa yang sama menghasilkan tenaga mekanikal. Kerja merujuk kepada hasil kerja pada jarak yang dilakukan. Kerja = Daya x Jarak

98

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Apabila kita merujuk kepada kecepatan melakukan kerja, kita merujuk kepada Kuasa Kuasa = Kerja / Masa Bagaimana kita mengukur tenaga dan kerja? Tenaga boleh diukur dengan Joules, kilogram-meters (KGM), Watts 1 Joule = 0.102 KGM 1 Watt = 1 Joule per saat Contoh kiraan: Apabila atlit mengangkat berat sebanyak 10 kg dan menaiki tangga setinggi 50 m dan mengambil masa satu minit, maka atlit tersebut telah melakukan 500 KGM. Ini bermakna atlit tersebut telah melakukan sebanyak 4,901 Joule. Atlit tersebut juga telah menjana Kuasa sebanyak 81.7 Watt. Satu (1) kalori merujuk kepada ukuran tenaga haba. 1 gram kalori mewakili jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu air sebanyak satu darjah celcius. 1 kilokalori (kcal) 1 gram karbohidrat 1 gram lemak 1 gram protin = = = = 1000 kalori (C) 4.30 C 9.45 C 5.65 C

Peringatan: 6 jenis tenaga adalah mekanikal, kimia, elektrikal, haba, cahaya dan haba. 4.3.2 Simpanan Tenaga dalam Badan Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta disimpan dalam bentuk adenosine trifosfat (ATP) dan fosfokreatine (PCr). Kedua-dua ATP dan PCr terdapat dalam tisu dalam jumlah yang sedikit dan mudah habis dalam beberapa saat sahaja. ATP dan PCr membekalkan tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m. Oleh itu amatlah penting untuk memastikan simpanan ATP dan PCr dalam tisu badan mencukupi. Karbohidrat, lemak dan protein dalam badan boleh membentuk ATP dan PCr. Tenaga yang paling banyak disimpan dalam badan adalah dalam bentuk lemak iaitu

99

BUKU SUMBER SAINS SUKAN trigliserida dan asid lemak bebas (free fatty acid). Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen dan glukosa. Protein disimpan dalam bentuk asid amino dalam tisu.

Jadual 3.3. Simpanan Tenaga Utama dalam Tubuh Manusia

Sumber Tenaga ATP PCr Karbohidrat Bentuk Tenaga Yang Disimpan Tisu Tisu Serum Glukos Glikogen Hati Glikogen Otot Serum Asid Lemak Bebas Serum Trigliserida Trigliserida Tisu Adipos Protein Protein Otot Jumlah Kalori dalam Badan 1 4 20 400 1,500 7 75 80,000 30,000 Jumlah kiloJoule dalam Badan 4.2 16.8 88 1,680 6,300 29.2 315 336,000 126,000 Jarak yang boleh tercapai 17.5 ela 70 ela 350 ela 8.8 km 24 km

Lemak

4.3.3 Sistem Tenaga Terdapat tiga jenis sistem tenaga: 1) Sistem ATP-PCr 2) Sistem anaerobik glikolisis 3) Sistem aerobik Sistem Tenaga membekalkan sumber tenaga dalam bentuk ATP (Adenosin Trifosfat). Apabila penguraian ATP berlaku maka tenaga akan dibebaskan. Tenaga ini digunakan untuk pergerakan otot. Sistem tenaga ATPPCr dan sistem anaerobik glikolisis tidak memerlukan kehadiran oksigen bagi penghasilan tenaga berbanding dengan sistem aerobik. Rajah 3.2. menunjukkan sistem tenaga dan peratus sumbangan sistem tenaga bagi beberapa acara sukan.

100

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Sumber: Powers & Howley (2002) Rajah 3.2 Sumbangan sistem tenaga anaerobik dan aerobik dalam sukan

Sumber:

Powers & Howley, (2002)

4.3.4. Metabolisme Semasa Rehat dan Senam Metabolisme merupakan jumlah perubahan fizikal dan kimia yang berlaku dalam badan seperti penukaran dari makanan kepada tenaga, pembentukan enzim dan hormon serta pembinaan tisu dan tumbesaran tulang. Tenaga adalah diperlukan untuk proses metabolisme berlaku. Semasa rehat, kadar metabolisme adalah rendah. Oleh kerana penggunaan otot adalah minimum semasa rehat, badan tidak perlu membentuk ATP dengan banyak dan cepat. Tenaga yang minimum itu hanya perlu bagi fungsi

101

BUKU SUMBER SAINS SUKAN fisiologikal seperti pengepaman darah dan juga untuk menghasilkan haba badan. Akti viti senam akan meningkatkan kadar metabolisme. Semakin tinggi intensiti serta semakin pantas kita melakukan aktiviti fizikal, maka semakin cepatlah berlakunya penguncupan otot. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga dan kalori. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan contoh kalori yang digunakan bagi aktiviti tertentu. Jadual 3.4 Penggunaan Kalori Bagi Aktiviti

Aktiviti Kadar Metabolik Semasa Rehat Duduk dan Menulis Berjalan 4.4 km per jam Berjalan 11 km per jam Berlari 31 km per jam Angkat berat (maksimum) Penggunaan Kalori sem init 1.0 2.0 3.3 9.4 29.3 > 90.0

4.4

Karbohidrat, Lemak dan Protein 4.4.1 Karbohidrat Karbohidrat merupakan komponen makanan dalam diet Asia. Setiap satu gram karbohidrat adalah lebih kurang 4 kalori. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga. Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati). 4.4.1.1 Jenis-jenis Karbohidrat

Jadual 3.5 Jenis-jenis karbohidrat

Jenis Karbohidrat Mudah Karbohidrat Kompleks Dietary Fiber Nam a Monosakarida: Glukosa, Fruktosa, Galaktosa Disakarida : Maltosa, laktosa, Sukrosa Polisakarida : A milopektin, A milos, Glikogen Larut air : Gam, Pektin Tidak larut air :Selulosa Contoh Madu, Gula perang, jus buah-buahan Nasi, Kanji, Gandum Didapati dalam hampir semua tumbuhtumbuhan

102

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.4.1.2. Fungsi Karbohidrat Karbohidrat yang dimakan akan diuraikan sehingga menjadi bentuk termudah seperti glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam darah dan glukosa darah adalah penting untuk proses metabolisme. Tahap glukosa dalam darah normal adalah 80-100 miligram per mililiter darah. Insulin, sejenis hormon akan memastikan glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang optimum. Glukosa darah berlebihan akan diserap semula ke dalam tisu. 4.4.1.3. Keperluan Semasa Senam Keperluan pengambilan karbohidrat berbeza bagi peringkat umur yang berbeza. Atlit mempunyai keperluan karbohidrat yang lebih tinggi dari individu bukan atlit untuk membekalkan tenaga semasa berlatih. Jadual 3.6 Keperluan Karbohidrat

Per ingkat Umur Kanak-kanak lelaki 9 - 12 tahun 12 - 15 tahun 15 - 18 tahun Kanak-kanak perempuan 9 - 12 tahun 12 - 15 tahun 15 - 18 tahun Dew asa Atlit dalam latihan Atlit berdaya tahan tinggi Keperluan Karbohidrat dalam diet harian 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 50 ­ 60 % 60 ­ 70 % 60 ­ 70 % Kalori 1,400 1,550 1,750 1,100 1,300 1,250 1,300 1,800 2,450

4.4.2. Lemak Lemak dalam diet kita adalah lipid, suatu bahan organik. Lipid'dietary' yang penting dalam diet kita adalah trigliserida, kolesterol dan fosfolipid. Lemak boleh didapati dalam daging, hasil tenusu dan kekacang.

103

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.4.2.1 Jenis-jenis Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan lecithin. 4.4.2.2 Fungsi Lemak Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga. 4.4.2.3. Keperluan Semasa Senam Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan. 4.4.3 Protein Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah. 4.4.3.1 Keperluan Semasa Senam Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan 15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama semasa senam, pengambilannya adalah penting untuk memastikan metabolisme tubuh

104

BUKU SUMBER SAINS SUKAN seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu. 4.5 Vitamin dan Mineral Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja. Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur. 4.5.1. Jenis-jenis dan Keperluan Jadual 3.7 Jenis-jenis vitamin dan keperluan

Jenis Vitamin Larut Lemak; Vitamin A Keperluan dan Fungsi 5000 IU (menggalakkan pertumbuhan tulang; mengelakkan rabun) 200 IU ( berfungsi sebagai hormon menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus) 15 mg d-alpha (antioksidan untuk lindung sel membran dari kerosakan) 80 mikrogram (membantu koagulasi darah) 90 mg(lelaki); 75 mg (wanita) (Bentuk kolagen; membantu penyerapan ferum) 2.4 mikrogram (membentuk koenzim bagi membina DNA; bantu pembinaan sel darah merah) Keperluan dan Fungsi 1000 mg (pembentukan tulang dan gigi; transmisi impuls saraf) 400mg (Sintesis protein, pengecutan otot) Sumber dari Makanan Hati, susu, karotenoid Keledek Hasil tenusu, margarin Minyak ikan

Vitamin D

Vitamin E

Minyak sayuran, sayursayuran hijau, kuning telur

Vitamin K Larut Air; Vitamin C

Hati, telur dan bayam Buah-buahan sitrus, Sayur-sayuran hijau

Vitamin B Kompleks

Daging, ikan, ayam dan hasil tenusu Sumber dari makanan Hasil tenusu, kuning Telur, kekacang

Jenis Mineral Kalsium

Magnesium

Kekacang, sayur-sayuran hijau, buah-buahan

105

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.6 Air dan Elektrolit Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan molekul yang ringkas (dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen ­ H 2O) tetapi elemen yang paling penting untuk kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Air tidak memberikan tenaga tetapi penting dalam proses metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu badan. Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit. Elektrolit (natrium, kalium klorida) adalah penting untuk beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan keseimbangan cecair badan. 4.6.1 Keperluan dan Kepentingan Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman (termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah dan cecair serebrospinal (ekstrasel). Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.

106

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 3.3 4.6.2. P e n y e l e n g g a r a a n S u h Pengambilan dan kehilangan air dalam sehari

4 4.6.2 Penyelenggaraan Suhu Badan Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit. Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.

107

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 3.4 Sumber haba dan kehilangan haba semasa bersenam

4.7

Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan dan Pertandingan Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan karbohidrat sebelum, semasa dan selepas latihan.

108

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Jadual 3.8

Latihan

Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan

Jumlah perlu diambil (gram / kg berat badan) 4 - 5 1.0 1.0 Bila? Contoh Makanan Nasi, buahbuahan Minuman Berkarbohidrat Nasi, kentang, roti, glukos

Sebelum Semasa Selepas

4 jam sebelum latihan Setiap 15 ­ 20 minit selepas latihan ber mula Selew at-lewatnya 2 jam selepas latihan tamat

Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalam perut. Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan. Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 1015% protein (termasuk asid amino esential).

109

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.7.1 Isu-isu pemakanan sukan : Female AthleteTriad, Vegetarianism Female Athlete Triad Ia merujuk kepada gaya pemakanan `disorder', ammenorhea dan osteoporosis merupakan suatu fenomena yang berlaku kepada atlet wanita yang menghadkan pengambilan makanan atau tidak cukup makan kerana sukan. Sukan jenis ini adalah yang memerlukan penjagaan berat badan seperti gimnastik atau sukan yang ekstrem seperti larian marathon. Pengambilan kalori yang berkurangan akan menyebabkan kandungan lemak berkurangan dan mengganggu fungsi hormon. Hormon estrogen mungkin berkurangan menyebabkan haid terhenti. Dalam atlit wanita, ia juga dikenali sebagai `athletic amenorrhoea' dan ini sering dikaitkan dengan osteoporosis. Vegetarianism Atlit menjadi seorang vegetarian (tidak memakan hasil dari haiwan) disebabkan agama, mengurangkan berat badan, tidak suka daging dan sifat sayangkan haiwan. Atlit vegetarian perlu tahu alternatif yang boleh menggantikan protein dari haiwan seperti kekacang. Terdapat atlit vegetarian yang cemerlang di peringkat dunia. Walau bagaimanapun penyelidikan telah menunjukkan tiada peningkatan atau pengurangan prestasi fizikal dengan menjadi seorang vegetarian. 4.8 Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan Bantuan ergogenik adalah bahan atau fenomena yang boleh membantu meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara sukan. Contohnya, pemakanan yang tinggi karbohidrat boleh menyimpan lebih banyak tenaga dalam tubuh; sokongan dari para penonton dapat memberi keyakinan kepada atlit; baju renang hidrodinamik yang mempunyai rintangan air yang rendah boleh meningkatkan kelajuan atau steroid anabolik yang boleh memberi kekuatan yang lebih bagi ahli angkat berat. 4.8.1 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik Terdapat bantuan ergogenik yang dapat membantu prestasi sukan. Tetapi lebih banyak yang memudaratkan atlit. Rajah di bawah menunjukkan jenis bantuan ergogenik serta kelebihan dan keburukannya.

110

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Jadual 3.9 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik

Jenis Kreatin Beta-Blockers Kelebihan Membantu menyimpan lebih ATP dalam sel otot Mengurangkan perasaan gemuruh, pening kepala kerana migrain Membesarkan otot Meningkatkan kekuatan Melambatkan kelesuan, prestasi meningkat Meningkatkan prestasi Melambatkan rasa kelesuan Keburukan Tiada diketahui Mengurangkan tekanan darah; bahaya bagi atlit yang berpenyakit asma Jantung rosak; alat kelamin menjadi kecil; ketagih Jangkitan kuman AIDS; tekanan darah meningkat Tiada di ketahui Acara Sukan Bola sepak, lar ian pecut Menembak, terjun

Steroid Blood Doping Tokokan karbohidrat

Angkat berat; Lari pecut, renang Lumba basikal; Larian jarak jauh Bola Sepak, hoki, bola jar ing

Tokokan karbohidrat Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensiti latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu : Fasa 1 (hari 1 ­ 2) : Fasa 2 (hari 3 ­ 5) : Fasa 3 (hari ke 6) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat normal. Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat (70%). Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa kembali.

111

BUKU SUMBER SAINS SUKAN TUNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK Unit 1 ­ Asas Kawalan Motor 1.1 Definisi kawalan motor Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor. Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan. Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. 1.2 Jenis lakuan motor Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi adalah: (i) (ii) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

1.2.1 Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) (i) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari. Contohnya: Pantulan lutut Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas Pergerakan involuntari terhasil memerlukan pergerakan tersebut. apabila situasi

(ii)

(iii) (iv)

Mekanisme umum pergerakan involuntari adalah seperti yang berikut:

112

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil. Sistem saraf pusat

ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR Perlferi CNS Neuron sensori

Sinaps

Rangsangan/ stimulus Gerakbalas/ respon PERSEKITARAN

Efektor

Reseptor

Neuron motor

BIOLOGI

Mekanisme involuntari

REFLEKS TENDON PATELLA

(contoh refleks involuntari paling ringkas) Sinaps Neuron af eren

Reseptor Neuron ef eren

Efektor

113

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran. Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada persekitaran.

1.2.2 Lakuan motor berkemahiran (voluntari) Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Contohnya: (a) Badminton Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob. (b) Bola tampar Ketika menerima servis, pemain pasukan yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan yang berkemahiran akan membuat strategi menyangga, mengumpan dan merejam.

114

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Mekanisme pergerakan voluntari Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut : Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah: Saraf tunjang (spinal cord) Tunjang otak (brain stem) Otak tengah (mid brain) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori. Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor. Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral. Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima pergerakan voluntari terhasil. maklumat motor ini

115

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Transmisi sensori

Talamus

MEKANISME UMUM LAKUAN

Maklumat sensori di terima daripada sumber reseptor yang releven Neuron sensori pada reseptor akan menukar rangsangan ke bentuk impuls saraf

Korteks Somatosensori

Serebelum

Daripada CNS peringkat rendah, semua impuls sensori dihantar ke thalamus

Pangkal otak Nukleus pangkal otak Korda spina

Talamus berfungsi menghubungkan maklumat sensori ke korteks cerebral Berlaku pemprosesan awal semua maklumat sensori di pusat kortikal masing-masing

Fiber saraf aferen daripada getaran atau penghubung reseptor Dorsal

Korda spina

Transmisi motor

Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks penggabung (association cortex )

Korteks Somatosensori Talamus

Neuron sensori yang membawa impuls sensori akan bersinaps dengan neuron motor di korteks motor

Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui laluan-laluan motor kortikospinal (corticospinal spinal pathways) Basal ganglia Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor dan ko-aktivasi ·-· bagi spesifikasi peranan dan penguncupan otot Persimpangan laluan korda spina

Pangkal otak Serebelum

Korda spina Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untuk membolehkan pergerakan.

116

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari) Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai pergerakan berkemahiran. Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu : (i) (ii) Kemahiran generik Kemahiran berobjektif (a) Kemahiran generik Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti berjalan. Kemahiran generik berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. (b) Kemahiran berobjektif Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum. Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti praktis (pembolehubah pembelajaran) dan latihan (pembolehubah prestasi). Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan, berenang dan berbasikal. Pergerakan bukan lokomotor ialah jenis pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti menangkap bola dan lompat setempat.

117

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1.3 Pengelasan kemahiran motor Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu : (i) (ii) (iii) Kriteria ketepatan lakuan Kriteria ciri pergerakan Kriteria stabiliti persekitaran

1.3.1 Ketepatan lakuan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada : Kemahiran motor kasar Kemahiran motor halus Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat. Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak. 1.3.2 Ciri Pergerakan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut: Kemahiran diskrit Kemahiran berterusan Kemahiran siri Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan

118

BUKU SUMBER SAINS SUKAN memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata. Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata. Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal. 1.3.3 Stabiliti persekitaran Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: Kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran terkawal (close skill). Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol. Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.

119

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 ­ Perkembangan Motor 2.1 Definisi perkembangan motor Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: (i) (ii) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

2.2

Peringkat perkembangan kemahiran motor Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah: (i) (ii) Prinsip I ­ Prinsip cephalo-caudal Prinsip II ­ Prinsip proksimo-distal

120

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan.

3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR

Diri bebas ( 11 bulan)

Duduk bebas ( 7 bulan)

Kawalan kepala ( 2-3 bulan) Nota untuk Guru : Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : Cephalo = kepala Caudal = penghujung saraf tunjang Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

121

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

3 PERINGKAT MAJOR PERKEM BANGAN KEUPAYAAN LOKOMOTOR

Tingkat pencapaian berlaku selari dengan perkembangan kawalan postur

Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

Nota untuk Guru: Guru menerangkan maksud cephalo-caudal: Cephalo = kepala Caudal = penghujung tunjang

122

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip II : Prinsip Proksimo ­ Distal. Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran.

PERINGKAT PERKEM BANGAN KEUPAYAAN MANUAL

Kemahiran manual (genggam dan capai) yang matang biasany a dicapai di akhir tahun pertama - kemahiran ini akan terus mengalami perekembangan. Tingkat pencapaian kemampuan manipulasi objek (menggunakan tangan) bermula pada 3-4 bulan.

Asas kepada perolehan kemahiran manual yang lebih kompleks

Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

123

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Nota untuk guru : Guru menerangkan maksud proksimo-distal. Proksimo = hampir. Distal = jauh (Hampir dan jauh adalah merujuk kepada kedudukan aksis batang tubuh) 2.2.2 Tingkat/ Tahap pencapaian motor Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas 2 tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa sokongan dicapai. Tahap pencapaian motor perkembangan yang utama : (i) dilihat dalam tiga aspek

Perkembangan kawalan postur Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti berikut (mengikut urutan). Kawalan kepala Duduk tanpa sokongan Diri tanpa sokongan

(ii) Perkembangan keupayaan lokomotor Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor adalah seperti yang berikut (mengikut urutan) Mengguling Merangkak Diri tanpa sokongan (iii) Perkembangan keupayaan bukan lokomotor Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah berciri seperti berikut (mengikut sekuen) Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek Keupayaan mencapai sasaran Keupayaan menggenggam objek

124

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 3 ­ Pembelajaran Kemahiran Motor 3.1 Definisi pembelajaran kemahiran motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor seperti berikut: (a) Lengkok lurus (linear) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran

Pembelajaran

Praktis

Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani, semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring. (b) Lengkok cembung (negatively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut.

Pembelajaran

Praktis

Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan. Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap

125

BUKU SUMBER SAINS SUKAN ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan. (c) Lengkok cengkung (positively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses tersebut. Contohnya berenang.

Pembelajaran

Praktis

Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat. (d) Lengkok "S"(Ogive). Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok linear, cembung dan cekung sepanjang proses pembelajaran. Contohnya memandu kereta (kemahiran siri).

Pembelajaran

Praktis

3.2

Pembolehubah-pembolehubah motor

pembelajaran

kemahiran

Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu : (a) (b) Perbezaan individu Pemindahan pembelajaran

3.2.1 Perbezaan individu Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972)

126

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu: (i) (ii) (i) Keupayaan persepsi motor Kecekapan fizikal Keupayaan persepsi motor Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah: Koordinasi pelbagai anggota Koordinasi ini melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. Ketepatan kawalan Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa membuat terjunan. Orientasi respons Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yang paling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada. Masa reaksi Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan.

127

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Kelajuan respons Kelajuan respons merujuk kepada tempoh masa yang diambil untuk melengkapkan pergerakan. Contohnya, dalam situasi larian 100m kelajuan respons adalah masa yang dicatatkan untuk menamatkan perlumbaan. Keupayaan manipulasi jari Keupayaan manipulasi jari adalah keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari. Contohnya kemahiran bermain piano, menjahit, `pitching' dalam sukan sofbol, menjaring bola keranjang dan bola jaring serta boling tenpin. Keupayaan manual Keupayaan manual merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan contohnya menangkap dan membaling. Integrasi respons Integrasi respons merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan. Contohnya dalam permainan badminton seperti posisi pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan arah bulu tangkis. (ii) Kecekapan fizikal Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Kekuatan statik Kekuatan dinamik Kekuatan eksplosif Kekuatan bahagian anggota atas Kelenturan statik Kelenturan dinamik Koordinasi asas Keseimbangan asas Daya tahan

128

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.2.2 Pemindahan pembelajaran Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah: (i) Pemindahan positif (ii) Pemindahan negatif (iii) Pemindahan sifar (i) Pemindahan positif Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun. (ii) Pemindahan negatif Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis. (iii) Pemindahan sifar Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.

129

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 ­ Asas Biomekanik Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang biologi dan mekanik yang bertujuan untuk memahami dan menjelaskan pergerakan manusia. Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks penghasilan pergerakan. 4.1 Ciri-ciri sistem mekanikal jasad Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad. 4.1.1 Sistem tuas rangka Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada: Tulang sebagai palang Sendi sebagai fulkrum Penguncupan otot sebagai penghasilan daya Rintangan atau kerja sebagai beban Tuas boleh dikelaskan kepada: (i) (ii) (iii) Kelas pertama Kelas kedua Kelas ketiga

130

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.

Tuas kelas pertama

Tuas kelas kedua

Tuas kelas ketiga

B F

D F

B

D F

D

B

Fulkrum terletak antara daya dan beban Tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perla han Contoh Penggunaan: Dalam permainan badminton, aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai daya dan reket sebagai beban

Beban terletak antara daya dan fulkrum Tuas kelas kedua menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perla han pada jula t yang kecil

Daya terle tak antara beban dan fulkrum Tuas kelas ketig a menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas

Apabila berjengket atas huju ng kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban

Mengangkat tangan di bahagian siku dan siku bertin dak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bicep

131

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2 Diskripsi pergerakan asas Pergerakan asas adalah seperti:

Fleksi

Ekstensi

Hiperektensi

Abduksi

Aduksi

Rotasi

Elevasi

Depresi

132

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Supinasi Inversi

Pronasi

Eversi

Dorsi- fleksi Sirkumduksi

Plantar - fleksi

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5th ed.,C ummings Publishing Company Inc., California.

Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang disenaraikan bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum. Pergerakanpergerakan seumpama ini melibatkan interaksi segmen jasad untuk menghasilkan daya. Untuk menghasilkan daya maksimum, strategi pergerakan adalah untuk menggunakan seberapa banyak sendi yang relevan kepada pergerakan tersebut. Sendi-sendi tersebut digunakan mengikut urutan dari penggunaan otot besar kepada otot kecil dan pergerakan ini berlaku dalam arah yang sama. Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum ini adalah seperti yang berikut: (a) (b) Pergerakan linear Pergerakan bersudut

133

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2.1 Pergerakan linear Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rektilinear dan kurvelinear. (i) Pergerakan rektilinear - pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar.

Contoh pergerakan rektilinear

(ii)

Pergerakan kurvelinear - pergerakan melibatkan sesaran melengkung.

Contoh pergerakan kurvelinear

Pergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.

134

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2.2 Pergerakan rotasi/bersudut Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang melibatkan rotasi bahagian badan yang bersentuhan dengan tapak sokongan Contoh pergerakan rotasi/bersudut

135

RUJUKAN Abernethy , B., Kipp ers, V., Mackinnon, L., Neal, R.J. & Hanrah an, S. (1997), The Biophysica l Foundations of Human Movement, Human Kinetics, Australia. Bomp a, T.O. (1994), Theory and Methodology of Training: The K ey to Athletic Performance, 3rd ed., Kendall/Hunt Publishing Co. Iowa. Hall, S.J. (2003), Basic Biomechanics, 4 ed., M c Graw Hill Comp anies, New York Johnson, B. & Nelson, J.K. (1986), Practical Measurements for Evaluation in Physical Education, Burgess Pub. Edina. Mah Chee Wai (1999), Bio logi : Ban tuan Studi Lengkap SPM, Sasbadi Sdn. Bhd.,Petaling Jay a. Majlis Sukan Sekolah-Seko lah M alay sia (1994), Peraturan Pertandingan Sukan, Percetakan Yayasan Islam Teren gganu. Marieb, N.M . (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 5 th ed.,Cummin gs Publishing Co mp any Inc., California. Martini, F.C. (2001), Fundamentals of Anatomy & Physio logy, 5 ed., Prentice Hall, New Jersey . McArdle, W.D., Katch, F.I.,& Katch, V.L . (1996), Exercise Ph ysiology: Energy, Nutrition and Human Performance, Williams & Wilkins, Pennsy lvania. Morrow, J.R., Jackson, A.W., Disch, J.G. & Mood, D.P. Measurement and Evaluation in nd Human Performance, 2 ed., Human Kinetics, Champ aign. Prentice, W.E. (19980, Fitness and Wellness for Life, 6 ed., M c.Graw Hill College Shaharud in Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Vander, A., Sherman, J. & Luciano, D. (1998), Human Physiology: The M echanism of th Body Function, 7 ed.,M c Graw Hill Comp anies, New York. Wilmore, J.H. & Costill, D.L. (1994), Physiolog y of Sport and Exercise, Human Kinetics, Champ aign.

th th th

AHLI PANEL BUKU S UMBER GURU S AINS S UKAN KBS M Penasihat : Dr. Sharifah M aimunah bt. Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Dr. Rohani bt. Abd.Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum En. Lee Chong Nim Ketua Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Universiti Putra M alaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Sains M alaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Putra M alaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris KUSTEM Inst. Perguruan Darul Aman, Kedah M aktab Perguruan Perempuan M elayu M elaka Sek. Sukan Bukit Jalil Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi SM K Seri Indah, Serdang SM K Lela Segara, Terengganu Sek. Sukan Bukit Jalil Sek. Sukan Bukit Jalil Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi Sek. Tinggi M elaka Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi

:

Penyelaras

:

Panel Penulis dan Penyumbang idea : En. Zamrus b. A.Rahman Cik Fauziah bt. Hussin Cik Azizah M d. Amin En. Baharin b. Yahaya Dr. M ohd Khairi b. Zawi Dr. Shaharudin b. Abd.Aziz Dr. Ahmad Tajuddin b. Othman En. Hisyamudin b. Ahmad En. M ohd Jasni b. Ladin En. Jeffrey Low Y.M Tg. Fadilah Tg. Kamalden Cik Nelfianty Abd. Rashid En. Razali b. Abdullah En. Salim b. Awang N gah Cik Nur Farah Gan Abdullah En. M uraleedharan En. M ohd Nasir Deraman Cik Kamariah M d. Yassin En. Gopal Raman En. Rosnam b. Ali Pembantu Penyunting : En. Entheran Subramaniam En. M d. Lani b. Sobi En. Kasbullah En. Azmi b. Osman En. Saifuludin b. Abdullah En. M uhd Nizam b. M ohd Yusof En. M ohd Azmin b. Atan

Information

buku sumber sains sukan ting 4

140 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

47548


You might also be interested in

BETA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR
Microsoft Word - PENDIDIKAN SAINS SUKAN DI UPSI, isu & cabaran, artikel penuh
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid