Read BAGAIMANA ANDA BOLEH KAHWIN SEPERTI SITI NURHALIZA DI BAWAH RM20,000 SAHAJA text version

http://www.syokkahwin.com

BERKAHWIN SEPERTI SELEBRITI PADA BAJET RM25,000!

Pakar Perkahwinan Malaysia Mendedahkan Rahsia Sulit Perancangan Perbelanjaan Perkahwinan Yang HANYA dikongsikan Bersama Pakar Kewangan Nombor 1 Malaysia, Azizi Ali Sebelum Ini!

Oleh FAISAL MOHD ZABIDY, ACA Hakcipta Faisal Mohd Zabidy, ACA Diterbitkan oleh TrueWealth Sdn. Bhd.

Buku ini dilindungi di bawah akta Hakcipta Terpelihara ©.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Faisal Mohd Zabidy (FayZ) dari Syokkahwin.com dan juga TrueWealth

Publications Sdn. Bhd.

AUTOBIOGRAFI PENULIS

Faisal Mohd Zabidy, ACA adalah pemilik laman web SyokKahwin.com (http://www.syokkahwin.com ), sebuah laman web yang terkenal dengan taglinenya "Laman Yang Membuatkan Anda Tak Sabar Nak Kahwin". Ia merupakan laman portal dan direktori perkahwinan unggul Malaysia yang telah mencatatkan purata hits lebih dari 11 juta hits sebulan dari mereka yang rata-ratanya mencari maklumat khusus mengenai perancangan dan perkhidmatan perkahwinan. Pada masa lapangnya, FayZ juga menulis blog secara konsisten di http://syokkahwin.com/blog dan merupakan antara blogger utama dan dihormati di Malaysia. Faisal juga adalah seorang Associate Chartered Accountant (ACA) dan ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants in Ireland (ICAI). Berkelulusan ijazah Sains Perakaunan dan Kewangan dari London School Economics and Political Science (LSE), University of London, United Kingdom, Beliau kemudiannya telah bekerja dengan firma perkhidmatan perakaunan professional, KPMG Ireland Financial Services, yang berpusat di International Financial Services Centre (IFSC), Dublin, Ireland selama lebih dari tiga tahun sebelum pulang ke Malaysia.

1

http://www.syokkahwin.com

KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. PERANCANGAN AWAL PERKAHWINAN 3. PERBELANJAAN PERKAHWINAN 3.1. MENTALITI DAN KOMITMENT UNTUK BERJIMAT 3.2 BERJIMAT TETAPI BERKAHWIN SEPERTI SELEBRITI

4. TIPS PENJIMATAN MAJLIS PERKAHWINAN ANDA 4.1. WANG HANTARAN KAHWIN ANDA 4.2. TARIKH & HARI PERKAHWINAN 4.3. LOKASI MAJLIS 4.4. TEMA PERKAHWINAN 4.5. KAD UNDANGAN 4.6. PAKAIAN PENGANTIN DAN AKSESORI 4.7. GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN 4.8. PAKEJ FOTOGRAFI AND VIDEOGRAFI 4.9. ANDAMAN DAN SOLEKAN 4.10. KATERING 4.11. HADIAH PERKAHWINAN 4.12. HIASAN BUNGA 4.13. PELAMIN 5. PENGURUSAN KEWANGAN 5.1. MERANCANG KEWANGAN 5.2. CARA BERJIMAT UNTUK KAHWIN 5.3 CARA MENCIPTA IDEA PERNIAGAAN

6. KESIMPULAN 6.1 PERKAHWINAN IMPIAN 6.2 RINGKASAN PERBELANJAAN PERKAHWINAN

2

http://www.syokkahwin.com

1. PENGENALAN

Perkahwinan selalunya menjadi kemuncak kehidupan seseorang. Sering kali ianya dianggap sebagai upacara indah yang hanya dapat dilalui hanya sekali dalam seumur hidup seseorang (ini adalah betul sekiranya anda tidak berpoligami, hehe! Atau tidak bercerai dan kahwin kembali ­ minta jauh panggang dari api!). Oleh sebab itu ada di antara kita yang sanggup bergolok-gadai kerananya lebih-lebih lagi kaum wanita yang mempunyai impian tersedia di kepala yang telah lahir sejak dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi bila melihat betapa hebatnya majlis perkahwinan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K. Mulalah antara kita yang terkejar-kejar ingin mendapatkan khidmat Ariff Thani (AriffThani.com), Nurul Shukor, Khoon Khoi dan Anne Avanti. Siapa tidak mahu bila ditanya, "Eh kau make-up siapa buat? Cantik betul!" dan kita dengan muka selambanya menjawab "Siapa lagi kalau bukan Nurul Shukor, alahh yang solekkan Siti tu!" Bangganya di dalam diri bukan kepalang. Betul tak? Tapi apabila mendapat tahu mengenai bayaran perkhidmatan yang dikenakan mula ada yang kecut perut dan anganangan mereka terhenti begitu sahaja! Begitu juga apabila tiba waktu majlis perkahwinan. Ramai yang tidak mahu kalah dari segi taraf "keglamourannya" Cara penganjuran dan meriahnya majlis sesuatu pasangan itu melambangkan status pasangan tersebut. Sebab itu kerana hendak menjaga status, banyak wang dibelanjakan. Perkahwinan di hotel adalah taraf minimum yang dikenakan ke atas diri sendiri. Tidak kurang juga yang sanggup berkongsi majlis persandingan demi perkongsian kos atau belanja bagi membolehkan mereka mengadakan di tempat yang agak mewah seperti Menara Kuala Lumpur. Ada juga yang mengharap bantuan wang yang dihulurkan oleh para tetamu yang hadir untuk menampung sebahagian dari perbelanjaan mereka ini. Tetapi sedarkah anda, jika wang yang diterima tidak seperti diharapkan, anda sudah tentunya akan dibebani dengan pelbagai hutang untuk bertahuntahun lamanya! Tetapi usahlah anda gusar kerana dengan terbitnya buku ini, kini kahwin cowboy atau tangkap basah terancang semata-mata untuk menjimatkan wang anda tidak diperlukan lagi! ;-D Ini disebabkan buku ini dapat memberikan panduan perancangan perkahwinan dan juga pengurusan kewangan perkahwinan yang cukup komprehensif untuk anda mendirikan perkahwinan yang diimpikan dengan selesa. Impian untuk berkahwin seperti Siti Nurhaliza kini dalam genggaman. Saya dedahkan rahsia saya secara PENUH, tanpa diedit di mana-mana, yang sudah lama saya simpan sebelum ini dan HANYA menjadi rahsia antara saya dan Azizi Ali sahaja! Baca buku ini, anda akan membuatkan Mak Andam anda tercengang sampai tercabut gigi palsu mereka pula nanti! Jaga-jaga ya, begitulah anggaran saya tempias buku ini nanti! ;-D Selamat Membaca! FAISAL BIN MOHD ZABIDY a.k.a. FayZ http://www.syokkahwin.com Laman Yang Membuatkan Anda Tak Sabar Nak Kahwin!

3

http://www.syokkahwin.com

3. PERBELANJAAN PERKAHWINAN

Pada umumnya, apa yang menentukan kejayaan sesuatu perkara itu ialah perancangan yang betul di peringkat awal. Begitu juga dengan perkahwinan. Jika pada awalnya kita menentukan bahawa kita menetapkan sasaran untuk berbelanja sebanyak RM 25,000 maka persiapan yang diadakan haruslah menepati lingkungan bajet tersebut. Tidak semestinya dengan RM 25,000 anda tidak boleh mengadakan majlis seindah dan bergaya seperti selebriti. Dengan perancangan dan teknik yang betul yang dipaparkan di dalam buku ini, impian anda pasti akan menjadi kenyataan. Seringkali yang menjadi masalah dalam perancangan perkahwinan anda adalah "masalah rambang mata", jika mula berbelanja di Jalan Tunku Abdul Rahman atau di Indonesia, mulalah rambang mata. Yalah, manalah boleh pergi berbelanja dengan "tutup mata", nanti terjatuh pula masa berjalan kan..hehe. Di kala ber"shopping" ini, tidak akan difikir lagi bajet cukup atau tidak, kredit kad juga amat lekas dicapainya. Apatah lagi kita dibuaikan dengan ingatan fantasi perkahwinan seperti Nora Danish, Siti Nurhaliza yang bak Puteri Kayangan, (jika tidak Cinderella). Lepas kahwin, pancitlah hidup jawabnya. Lebih-lebih lagi jika ada mendapat cahaya mata selepas terlajak di malam pertama! Makinlah "bengkok" kata orang tua-tua. Pendek kata, biarlah terbabas kata, jangan terbabas membeli. Hehe..(Ini bukan peribahasa Karam Singh Walia, ini saya punya sendiri). Oleh itu amatlah penting untuk sesuatu pasangan itu menitik beratkan perancangan yang teratur sebaik sahaja membuat keputusan untuk berkahwin. Apa yang penting dalam perancangan ini adalah "PRIORITIZE" atau UTAMAKAN YANG PENTING. Ketahui apa yang perlu dan tidak perlu, kaji dulu pasaran perkhidmatan perkahwinan dan pengusaha-pengusaha perkahwinan yang ada di kawasan anda. Tidak rugi jika anda menghabiskan masa untuk bertanya dengan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumahtangga mengenai masalah yang mereka hadapi dan juga tips-tips yang sesuai. Ketahui juga apa yang sanggup anda korbankan dan apa yang anda mesti ada. Contohnya adakah mempunyai lauk pauk hidangan yang mewah lebih penting dari suasana majlis anda. Mungkin anda sanggup melakukan majlis di rumah dengan hiasan yang sederhana tetapi menarik jika dibandingkan dengan hotel dengan makanan yang mahal dan tidak tentu sedapnya. Begitu juga, adakah perlu untuk anda mempunyai LIMA flower girls atau DUA sahaja sudah mencukupi? Adakah ke semua "flowergirls" tersebut perlu memakai baju yang mempunyai fesyen yang sama atau cukup sekadar warnanya yang sama? Tepuk dada tanyalah poket anda..hehe.. Tidak semestinya berkahwin segah selebriti anda perlu turutkan kesemuanya. Mungkin walaupun fesyen "flower girls" tersebut tidak sama, tetapi mungkin mempunyai scarf rambut yang sama sudah memadai. Hihi..

4

http://www.syokkahwin.com

# Tips Tentu Syok Anda boleh membuat "survey" harga dan kualiti perkhidmatan yang disediakan di halaman http://www.syokkahwin.com. Dari semasa ke semasa, ulasan Personaliti Pengusaha Perkhidmatan perkahwinan juga dilakukan di blogSyok (http://www.syokkahwin.com/blog). Pengusaha-pengusaha yang tersenarai merangkumi dari yang paling rendah harganya dan juga yang premium yang digunakan oleh para Selebriti tanahair.

3.1 MENTALITI DAN KOMITMEN UNTUK BERJIMAT! Untuk mencapai matlamat perkahwinan seperti selebriti di bawah RM 25,000 yang paling utama adalah penukaran mentaliti anda. Buka pemikiran anda luas-luas agar anda dapat menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam buku ini dengan terbuka dan yang kedua ialah pastikan pemikiran yang mengandugi elemen-elemen pembaziran dapat dihapuskan! Bagi pembukaan luas pemikiran, tepuk dada, tanya selera. Jika anda betul-betul berhajat untuk berjimat dan berkahwin dengan sempurna, mungkin anda lebih terdorong mengikut panduan di dalam buku ini. Jika anda masih ingat bahawa diri anda seorang yang kaya dan sentiasa perlu berlagak kaya, mungkin anda akan memandang sinis terhadap ideaidea yang dikemukakan. Bagi bahagian membuangkan elemen-elemen pembaziran akan saya terangkan di sini. Caranya adalah mudah. Fikirkan tabiat berbelanja anda sekarang. · · · · Adakah anda seorang yang sentiasa tertarik membeli sesuatu yang tidak perlu? Adakah anda selalu memakai pakaian yang berjenama dan mahal sehingga melambung bil kad kredit anda? Adakah anda seorang yang suka meminjam dan mengharapkan bantuan keluarga untuk perbelanjaan diri sendiri? Adakah anda seorang yang setiap bulan kerap kehabisan wang tanpa wang lebih untuk disimpan?

Jika jawapannya adalah "Ya", maka anda adalah memang sebetulnya seorang calon utama yang perlu menukar mentalitinya. Yang nyata sekali terdapat banyak "nonsupportive conversations" atau percakapan-percakapan yang tidak membina di dalam minda anda yang sentiasa mengajak anda untuk berbelanja lebih. Anda perlu buangkan percakapan di pemikiran yang tidak menyokong ke arah penjimatan, contohnya: · · · · "Alaa sekali sekala apa salahnya" "Alaa nanti waktu lain pun boleh pakai baju nie!" "Mana boleh, Si Linda tu hantaran RM 12 ribu, takkan sayang nak beri I RM 8 ribu jea!!" "Waktu ni sale, waktu lain mana dapat nie...murah betul..rugi kalau tak beli"

5

http://www.syokkahwin.com

· ·

"Aku ni pegawai, kena begaya sedikit. Mana boleh kurang!" "Abang nie kedekut betul lah!"

Sikap dan mentaliti beginilah yang akan membawa kepada banyak kepada keterlanjuran dalam perbelanjaan dan pembaziran. Contohnya "Alaa nanti waktu lain pun boleh pakai". Tetapi kadangkala selepas 10 tahun lamanya baju tersebut masih lagi tersadai di almari tidak terusik. Selagi anda bersikap begini, semakin susah anda ingin berjimat. Komitmen yang tinggi harus ada pada diri anda. Anda perlu tahu akibatnya sekiranya anda tidak berjimat. Selagi tiada sebab musabab yang menekan anda untuk mencapainya maka susah untuk anda mendapat komitmen ini. Sematkan pemikiran berjimat seperti di bawah ini segera sebelum anda meneruskan pembacaan ke bab-bab yang seterusnya. Pemikiran berjimat yang perlu: · "Aku ni pendapatan beribu-ribu ke atau jutawan ke nak berbelanja sebanyak ini. Biar betul!! Cukup ke nak berbulan madu nanti? Tetiba anak pulak datang!" · "Cis, banyaknya kena keluar duit, baik aku periksa bajet aku dulu. Nanti tak cukup pulak!" · "Kalau aku berbelanja lebih nanti, aku akan tak cukup duit dan berhutang sampai bila-bila! Aku akan merana di tangan Ah Long!". · "Mana aku nak cari duit. Jika berhutang dengan saudara mara dan tak bayar nanti langsung bermasam muka mereka nanti dan putus hubungan!" · "Berbelanja mewah masa kahwin tidak menjanjikan kebahagiaan" · "Tak bolehke aku buat sendir benda nie, sementara ada masa?" · "Penapa mahal sangat nie Encik? Perlukah saya pakej ini? · "Perlu ke ada dua jurugambar?Satu pun kan cukup!" Jika anda boleh mainkan percakapan ini di kepala anda sewaktu anda pergi membelanja untuk perkahwinan dan juga sewaktu menghadapi mereka yang cuba mempengaruhi anda agar berbelanja besar, saya percaya segala pembaziran akan terhenti dengan tiba-tiba! Oleh itu tabahkan hati dan kuatkan azam! Insya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar! Jika anda tidak ingin terjebak dalam perangkap along-along yang ganas di Malaysia, berwaspadalah! Jangan diturutkan perasaan. Teliti buku ini satu persatu. Diharapkan anda akan dapat apa yang anda inginkan.

6

http://www.syokkahwin.com

3.2. BERJIMAT TETAPI BERKAHWIN SEPERTI SELEBRITI

Pembahagian RM 25,000

Bulan Madu 2% Kad Kahwin Fotografi Cincin Tunang & Nikah 17% 4% 2%

Katering 12%

Sewa Pakaian 4%

Barang Hantaran 18%

Duit Hantaran 41%

Gambarajah 2: Yang mana satu patut diutamakan?

Mungkin ada di antara anda yang memandang sinis terhadap penyataan ini. Ini bukanlah gimik pemasaran tetapi adalah realiti yang boleh diapplikasikan. Buku ini mempunyai banyak idea lengkap pengurusan kewangan dan juga teknik-teknik menjana pendapatan sampingan yang boleh digunapakai dengan SEGERA dan juga mengelakkan diri anda daripada BERHUTANG! Persediaan perkahwinan boleh bermula dengan dua cara iaitu dengan merancang apa yang kita mahukan (mengikut kehendak nafsu dan angan-angan) atau berdasarkan kewangan kita. Jika perancangan itu berdasarkan kemahuan dan kehendak nafsu, maka bersedialah untuk meminjam sana-sini. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa jika berdasarkan kewangan, tak ke mana lah majlis kita, takkan nampak meriahnya!

7

http://www.syokkahwin.com

Buku ini bertindak untuk memastikan perancangan anda bukan sahaja nampak meriah seperti selebriti tetapi juga di dalam lingkungan bajet yang anda mampu! Untuk itu anda perlulah mengetahui jenis-jenis kos yang terlibat di dalam perbelanjaan perkahwinan anda. Secara ringkasnya, kos perbelanjaan perkahwinan ini terbahagi kepada DUA: · Kos yang di LUAR kawalan kita · Kos yang di BAWAH kawalan kita; Antara perbelanjaan yang dikategorikan sebagai di LUAR kawalan kita adalah: · Belanja mas kahwin ­ kadar minimum ditetapkan oleh Pejabat Agama Islam Negeri. · Kursus perkahwinan ­ bayaran standard yang dikenakan oleh kebanyakan pusat kursus swasta dan juga kerajaan adalah tetap iaitu sebanyak RM80. Antara perbelanjaan yang boleh dikategorikan sebagai di BAWAH kawalan kita adalah: · Perbelanjaan yang berkadaran dengan jumlah tetamu yang hadir/dijemput: o Katering o Hadiah tetamu o Kad kahwin · Hantaran kahwin (berapa harganya?) · Harga cincin pertunangan & perkahwinan (berapa harganya?) · Baju lelaki/perempuan (menyewa, menempah atau membuat sendiri) · Baju pihak lelaki/perempuan ­ jika inginkan sedondon · Andaman dan solekan · Baju Flowergirls · Tempah pelamin & bunga pahar · Dulang hantaran dan barangan hantaran (bergantung kepada jumlah dulang dan harga barangan) · Jurugambar (studio atau professional) · Hiburan di majlis perkahwinan seperti kompang, cak lempong, kumpulan marhaban/berzanji atau set karaoke dan juga system P.A. dan "Master of Ceremony". · Hiasan kamar tidur pengantin (majlis dibuat di rumah atau di dewan? Jika di dewan tidak perlulah hiasan di kamar tidur). · Kos berbulan madu Apa kata anda sekarang? Adakah anda sudah tergamam melihatkan perkara-perkara yang perlu dibelanjakan di atas? Ini belum lagi saya beritahu jumlahnya berapa! Agaknya ada di antara anda sudah terketar-ketar untuk meneruskan perkahwinan. Sabar saudara dan saudari sekelian. Demi pasangan yang kita cintai, bukankah laut dan sungai berapi sanggup direnangi? Gunung yang tinggi sanggup didaki? Jika ya, mari kita teruskan membaca! ;-D

8

http://www.syokkahwin.com

Sekarang, selepas mengetahui senarai perbelanjaan di atas, sila muat turun fail anggaran perbelanjaan perkahwinan (di dalam format Microsoft Excel) di http://www.syokkahwin.com/persediaankahwin/belanjakahwin.xls bagi membantu anda merancang perbelanjaan perkahwinan anda. Cuba-cuba masukkan nombor perbelanjaan di ruangan yang disediakan untuk melihat berapa yang anda sanggup habiskan untuk setiap jenis perbelanjaan dan adakah perbelanjaan itu masih lagi di bawah jumlah RM 25,000. Secara logiknya, fokus anda hendaklah ditumpukan ke arah perkara-perkara yang boleh anda kawal. Ada di antara perkara-perkara di atas yang tidak perlu dan boleh dilupakan sama sekali, tetapi ada juga yang perlu tetapi boleh dijimatkan dengan mengamalkan taktik-taktik dan strategi-strategi yang dicadangkan di dalam buku ini. Flower girls misalnya, adakah ini sesuatu yang perlu? Bagi sesetengah orang, ia amat perlu, tetapi bagi sesetengah orang ia adalah sesuatu yang membazir. Tetapi jika ingin berkahwin seperti selebriti, siapa kata ini membazir, betul tak? Ada caranya di mana kos flower girls ini dapat dijimatkan supaya anda kekal boleh mendapatkan status Selebriti Sehari! Ini adalah tujuan buku ini. Sila baca tips pertama di BAB seterusnya.

ANDA SUKAKAN BUKU INI? ANDA BOLEH MEMBELINYA SECARA ONLINE DI http://www.syokkahwin.com/rahsiaselebriti.

Buku terbitan TrueWealth Sdn. Bhd.

9

Information

BAGAIMANA ANDA BOLEH KAHWIN SEPERTI SITI NURHALIZA DI BAWAH RM20,000 SAHAJA

9 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

372430


You might also be interested in

BETA
BAGAIMANA ANDA BOLEH KAHWIN SEPERTI SITI NURHALIZA DI BAWAH RM20,000 SAHAJA
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus