Read Microsoft Word - Rentak.doc text version

ASAS PENGENALAN RENTAKRENTAK-RENTAK TRADISIONAL MALAYSIA

18 November 2009

Pengenalan Hampir semua seni dan muzik tradisional Malaysia berasal dari negaranegara luar Malaysia. Oleh kerana itu tidak hairanlah elemen-elemen muziknya mempunyai persamaan dengan elemen muzik yang terdapat di luar negara. Antara yang banyak mempengaruhi muzik tradisional di Malaysia ialah Arab, India, kerajaan-kerajaan lama di Indonesia. Misalnya alat muzik dhol dan gambus yang digunakan dalam ghazal serupa dengan alat muzik di India dan Arab. Muzik gamelan hampir serupa dengan gamelan di Indonesia. Rentak ialah pola irama tertentu yang dikenali dan dipersetujui dalam satu budaya. Pola irama ini dimainkan berulang-ulang menggunakan kombinasi pelbagai alat muzik bertujuan mengiringi melodi lagu. Rentak tradisional Malaysia juga dikaitkan dengan pelbagai rentak yang dibawa masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui pelbagai cara termasuklah perdagangan (contohnya Zapin oleh ahli perniagaan Arab), lawatan-lawatan (contohnya Ghazal dari Riau yang dibawa masuk oleh pembesar Johor) dan penghijrahan (contohnya muzik Gamelan, Wayang Kulit, Caklempong dll yang dibawa masuk oleh orang Jawa ./ Minang, Indonesia ) dan Wayang Kulit yang dibawa masuk oleh orang Patani (Thailand) di Kelantan. Rentak Asli Merupakan rentak bertempo lambat. Ia bersesuaian dengan fngusinya bagi mengiringi lagu asli (juga dikenali dengan lagu "nasib"). Alat muzik yang sering digunakan menguringi lagu rentak Asli ialag gong dan rebana manakala melodinya dimainkan oleh alat muzik biola, akordian dan gitar. Terdapat dua ton paluan dimainkan menggunakan rebaba iaitu tak, bung dan gong. Rentak ini adalah berasaskan pola irama dua bar dimana bar pertama sering mengalami improvisasi mengikut kreativiti pemain rebana dan bar kedua pula berfungsi untuk membawa balik atau mengawal pola irama yang telah diimprovisasi tadi. Lihat contoh irama bar 1 yang mengalami improvisasi dalam bar 3 dan 7. Walau bagaimana pun, improvisasi yang dibuat tidak keterlaluan hingga seolah-olah "mengganggu" melodi lagu samada yang dinyanyikan atau dimainkan menggunakan alat muzik.

1

Rentak Inang Rentak Inang sesuai digunakan mengiringi lagu rancak dan mempunyai tempo yang agak cepat. Pola irama rentak Inang pada asasnya menggunakan pola rentak satu bar. Namun begitu, biasanya pemain akan membezakan sedikit irama bar kedua, tujuannya supaya rentak ini tidak menjemukan. Lihat penggunaan ton "gong" pada detik pertama bar pertama berbanding ton "bung" pada detik pertama bar kedua. Pola irama asas rentak Inang adalah seperti berikut

Nota : Pola irama dalam bar 4 adalah improvisasi / kreativiti pemain rebana. Ia sesuai dimainkan sebagai penanda sesuatu seksyen akan tamat atau sebagai penanda untuk memulakan seksyen baru.

2

Rentak Inang juga boleh dimainkan seperti berikut.

Inang Cina merupakan improvisasi dari rentak Inang. Biasanya, rentak ini menggunakan tempo yang lebih cepat. Rentak ini juga dikenali dengan rentak Cak Kun Cak. Berikut adalah pola irama rentak Inang Cina yang sering dimainkan mengiringi lagu Inang yang rancak.

Catatan : Rentak Inang Cina / Cak Kun Cak ini sering ditulis menggunakan tanda masa 2/2. Rentak Zapin Rentak Zapin sering dimainkan mengiringi nyanyian dan tarian Zapin. Rentak Zapin dikatakan berasal dari bandar Hadratulmaut (wilayah selatan Semananjung Arab) dan dibawa ke Gujerat, India sebelum dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan India. Rentak asas Zapin adalah seperti berikut. Seperti biasa, sedikit improvisasi dimainkan sebelum menamatkan seksyen lagu atau memulakan seksyen baru dalam sesebuah lagu.

3

Gendang Silat Terdapat pelbagai versi gendang silat yang berbeza. Antara pola irama asas yang sering dimainkan ialah seperti berikut.

4

Rentak Masri Berasal dari Timur Tengah Pola irama rentak asas Masri.

Contoh pola irama imrovisasi rentak Masri.

Rentak Joget Dikatakan mempunyai kaitan dengan tarian Jingli kaum Portugis. Mengikut bunyi, pola irama rentak Joget adalah seperti berikut.

Namun dalam penulisan notasi, lagu-lagu rentak ini ditulis menggunakan meter duaan atau empatan seperti berikut.

5

Information

Microsoft Word - Rentak.doc

5 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

836708


You might also be interested in

BETA
Pertamuan