Read Pengenalan dan Sejarah text version

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAB 1 : SEJARAH DAN PERUNDANGAN KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1.1 SEJARAH PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.5 1002 1003

PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH 1003 PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1800AN-AWAL 1950AN) 1005 PERANCANGAN BANDAR SELEPAS MERDEKA (1957) 1015 1.1.4 PERANCANGAN BANDAR MASA KINI (SELEPAS TAHUN 1976) 1017 RUANG LINGKUP PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1950AN-1970AN 1024 1029 1029 1031 1031 1040

1.2 SEJARAH PERUNDANGAN PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA 1.2.1 1.2.2 1.2.3 `TOWN PLANNING ENACTMENT 1923' `TOWN PLANNING ENACTMENT 1927' "TOWN BOARDS ENACTMENT CAP 137" (ENAKMEN LEMBAGA BANDARAN BAB 137) 1.2.4 AKTA (PERANCANGAN) BANDARAYA KUALA LUMPUR 1973 (AKTA 107)

1001

Sejarah Perundangan

1.0 PENGENALAN

Perancangan bandar mula wujud sebagai suatu aktiviti profesional di Eropah. Seterusnya ia dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah ke negara-negara jajahan takluk mereka. Kebanyakan negara Dunia Ketiga telah menerima perancangan bandar dalam beberapa dekad yang lalu. Sistem perancangan bandar yang diamalkan di Malaysia pada masa kini banyak dipengaruhi oleh perkembangan sistem perancangan bandar di United Kingdom. Ini berpunca daripada kesan penjajahan British di negara ini selama lebih daripada seratus tahun. Bahagian ini seterusnya akan menyentuh sejarah perancangan bandar di Malaysia serta kaitannya dengan sejarah perancangan di negara-negara lain, khususnya,United Kingdom yang merupakan pengasas kepada sistem perancangan di Malaysia.

1002

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.1

SEJARAH PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA

Sistem perancangan bandar di Malaysia berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi. Ianya mengalami perubahan bermula daripada perancangan bandar sebelum penjajahan British, semasa penjajahan British, selepas kemerdekaan serta sehingga pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pada tahun 1995. Perubahan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, harmoni, selamat, selesa dan seterusnya membangunkan taraf ekonomi negara. Objektif utama perancangan bandar tidak berubah, tetapi bentuk dan ruang lingkupnya yang telah banyak berkembang. Sistem perancangan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dari segi penekanan iaitu sebelum tahun 1970an, konsep perancangan adalah berdasarkan Konsep Blueprint. Sekitar tahun 1976-1990an iaitu, selepas penggubalan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), konsep perancangan telah bertukar kepada perancangan berasaskan Perancangan yang lebih teratur dan berwawasan iaitu berlandaskan Dasar Perancangan dan Pembangunan sejagat yang lebih holistik dan mengambil kira hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekeliling. 1.1.1

Rancangan Pemajuan, Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Selepas 1990an ianya berkembang kepada Konsep

Perancangan Bandar Di Malaysia Sebelum Penjajahan British Tanda-tanda / usaha-usaha perancangan bandar di Tanah Melayu bermula di Melaka pada abad ke-15. Petempatanpetempatan awal pada masa itu biasanya terletak di sepanjang laluan darat, sungai-sungai dan pantai. Ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan memudahkan penduduk mendapatkan sumber bekalan air untuk keperluan harian dan bercucuk tanam. Menurut sejarah, semasa Parameswara tiba di Melaka pada tahun 1400, penempatan sedia ada masih merupakan kampung nelayan Melayu primitif. Parameswara merancang dan membina semula Melaka dan sekaligus meletakkan asas bagi sebuah bandar yang kemudiannya menjadi ibu kota empayar Melaka yang termasyhur. Melaka mempunyai potensi dari segi perdagangan melalui Selat Melaka, permukiman berpusat, pertahanan (sistem

1003

Sejarah Perundangan

perkubuan) dan pertanian. Ini kerana, Melaka mempunyai sumber air yang mencukupi, berhampiran dengan bukitbukau yang strategik dan dikelilingi oleh dataran yang luas. Berdasarkan sejarah Melaka serta penulisan Moorhead dan Winstedt didapati pada abad ke­15 (sebelum penjajahan British) telah ada tanda-tanda awal perancangan yang diamalkan di negara ini .Rujuk Ruangan 1-1 dan 1-2. Pada masa itu, perancangan meliputi pelbagai aspek antaranya aspek penempatan, aspek pentadbiran, perniagaan dan pertahanan. Pada era tersebut, perancangan lebih bergantung kepada keadaan semula jadi yang terdapat di kawasan sekitar mereka. Perancangan bandar di Tanah Melayu semakin berkembang dengan kemasukan British pada hujung abad ke-19. Ia seterusnya mewujudkan amalan perancangan fizikal di Melaka dan Pulau Pinang

(Straits Settlements).

PERSEKITARAN PERKAMPUNGAN AWAL MENURUT MOORHEAD: `Di sana, di tepi sungai, terdapat sekumpulan rumah-rumah daripada bambu atau jenis-jenis kayu lainnya; tidak tercapai oleh banjir atau binatang-binatang liar ketika membina rumah-rumah yang demikian itu, orang-orang pribumi mungkin telah mendapat ilham daripada bentuk pokok bakau yang banyak tumbuh di sepanjang sungai itu....' Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan dengan organisasi sosialnya sendiri di bawah pimpinan seorang ketua yang dipilih dengan berdasarkan kepada kewibawaan, kebijaksanaan, keupayaan dan keberanian di mana beliau dipercayai sebagai penyimpan tradisi dan penjaga kesejahteraan seluruh warga kampung, termasuklah undangundang dan peraturan.

Ruangan 1-1

PERKEMBANGAN BANDAR MELAKA MENURUT WINSTEDT: ` ...Dalam masa kurang dari satu abad, Melaka telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat dan ibu kota sebuah empayar. Orang-orang Melayu mentadbir pelabuhan antara bangsa mereka ini seiring dengan cara-cara yang diamalkan di India pada masa itu. Mereka menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengira bayaran pelabuhan serta mengenakan cukai ke atas barangan eksport seperti timah dan barangan import seperti pakaian. Mereka mempunyai 'standard' ukuran berat dan panjang yang tersendiri serta melaksanakan peraturan bagi mengetahui muatan kapal serta cara menggumpulkan cukai oleh pegawai-pegawai pelabuhan untuk diserahkan kepada kapitan perdagangan. Pentadbiran orang-orang Melayu pada masa itu adalah cekap dan adil sehingga bangsa-bangsa asing begitu tertarik untuk berniaga ke pelabuhan tersebut...'

Ruangan 1-2

1004

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.1.2

Perancangan Bandar Di Malaysia Semasa Penjajahan British (1800an-awal 1950an) Semasa penjajahan British, Pulau Pinang dan Melaka dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (Staraits Settlements), manakala negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Dari segi pentadbiran, ianya terletak di bawah kuasa penuh empayar British kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini terletak di bawah kuasa Pegawai Pentadbir British dan setiap negeri ditadbir oleh seorang Residen British yang diberi kuasa oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Selain itu negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States) juga tertakluk di bawah naungan empayar British tetapi bukan sebahagian daripada Negeri-negeri Bersekutu. Dalam Negeri-negeri Tidak Bersekutu ini terdapat seorang penasihat British kepada sultan dalam hal-hal berkenaan pentadbiran dan keselamatan. Kegiatan awal perancangan bandar dan desa dalam era ini telah bermula pada tahun 1801 dengan tertubuhnya Jawatan Kuasa Penilai (Committee of Assesors) di Pulau Pinang. Menjelang akhir abad ke 19 ianya telah berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain iaitu negeri Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan bermula pada akhir abad ke-19. Rujuk Ruangan 1-3. Ini ekoran daripada masalah yang dialami oleh bandar-bandar utama di Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur seperti kesesakan, kesihatan, kebakaran dan jenayah yang berpunca daripada aktiviti perlombongan. Inggeris telah mengambil peluang untuk campur tangan dengan mewujudkan sistem pengurusan bandar di negeri-negeri tersebut termasuk memastikan kepentingan ekonomi dan politik mereka dilindungi.

Foto 1-1: Kegiatan perlombongan di akhir abad ke 19

1005

Sejarah Perundangan

1801 (Bermulanya kegiatan awal perancangan bandar dan desa) Penubuhan Jawatan Kuasa Penilai (Committee of Assesors) di Pulau Pinang. Jawatan kuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik secara sukarela. Mereka telah diberi kuasa untuk menyusun atur bandar dalam keadaan yang paling sesuai untuk keperluan penduduknya. Sumbangan awal jawatan kuasa ini dalam bidang perancangan ialah dengan pembinaan jalan dan parit di sekitar Bandar Georgetown.

Ruangan 1-3

Peraturan berkenaan perancangan bandar yang pertama kali disediakan ialah dalam bentuk tindakan-tindakan kawalan pembangunan untuk kepentingan kesihatan dan perumahan. Ia diperkenalkan di Kuala Lumpur pada awal suku terakhir abad ke-19. Ini berikutan dengan peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan sebahagian besar bandar tersebut pada tahun 1881. Untuk mengurangkan risiko berulangnya bencana sebegini di masa hadapan, Majlis Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu telah mengambil beberapa langkah pencegahan : (a) Membahagikan bandar empat kawasan iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (b) Kuala Lumpur kepada

Kawasan perniagaan bagi pekedai-pekedai dan saudagar-saudagar besar; Kawasan perindustrian bagi tukang-tukang besi dan perniagaan berbahaya yang lain; Kawasan rumah-rumah pelacuran; dan Kawasan untuk kedai-kedai candu, kuihmuih dan bengkel.

Melarang pembinaan rumah-rumah kayu dalam kawasan perdagangan di kawasan bandar. Bagi kawasan yang masih dibenarkan penggunaan rumah kayu, rumah-rumah tersebut tidak boleh didirikan lebih daripada dua belas unit dalam satu deretan. Deret-deret rumah berkenaan juga mesti dipisahkan dengan jarak tidak kurang daripada dua puluh kaki sebagai langkau api. Melarang sama sekali penggunaan bahan atap yang mudah terbakar termasuk atap untuk meneduhi

(c)

1006

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kaki lima walaupun bangunannya daripada batu, batu-bata atau lumpur.

diperbuat

Foto 1-2: Gambaran di Padang, Kuala Lumpur pada tahun 1884 menunjukkan struktur bangunan pada masa itu adalah berupa `pondok atap'.

Foto 1-3 : Gambar lama Lebuh Pasar pada awal abad ke-20

Pada waktu yang sama, bandar-bandar lain di Semenanjung Tanah Melayu juga mengalami perkembangan pesat. Walau bagaimanapun, perkembangan tanpa kawalan telah menyebabkan berlakunya kesesakan dan kekotoran sehingga menimbulkan pelbagai punca penyakit berjangkit dan menambahkan kecenderungan untuk berlakunya kebakaran. Berikutan masalah tersebut, pada tahun 1890, bagi pertama kalinya Lembaga Kebersihan atau `Sanitary Board' ditubuhkan oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah-masalah berkenaan .Rujuk Ruangan 1-4.

1007

Sejarah Perundangan

1890 (Bermula peraturan perancangan berbentuk kawalan pembangunan) Lembaga Kebersihan (`Sanitary Board') Fungsi Lembaga Kebersihan a) Menguatkuasakan undang-undang kecil yang memerlukan penyerahan pelan-pelan bangunan baru dan pindaan kepada bangunan baru dan pindaan kepada bangunan lama untuk siasatan. Mengawal pembinaan, pembaikan, pembersihan, perparitan, pengairan, pemasangan lampu jalan, pembinaan dan penjagaan terusan serta lain-lain perkara yang bersangkutan dengan pembangunan bandar. Mengatasi masalah yang berpunca daripada perkembangan bandar yang tidak terkawal seperti penyakit berjangkit, kesesakan dan kekotoran.

b)

c)

Ruangan 1-4

Lembaga Kebersihan 1890 ditubuhkan berdasarkan kepada pengalaman yang berlaku di United Kingdom semasa Revolusi Industri pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Masalah-masalah yang timbul di United Kingdom pada masa itu diatasi melalui campur tangan Majlis Perbandaran dan Akta Perbadanan Perbandaran 1835 (Municipal Corporation Act 1835) .Rujuk Ruangan 1-5 dan 1-6. Penubuhan Lembaga Kebersihan serta peraturanperaturan yang dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu boleh dianggap sebagai usaha-usaha awal perundangan perancangan dalam pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat dianggap sebagai undang-undang perancangan yang sebenar. Sebelum penubuhan Lembaga Kebersihan, terdapat juga usaha-usaha ke arah penubuhan Pejabat Kesihatan dan penguatkuasaan. Namun, ia hanya merupakan usahausaha individu yang memberi kesan-kesan setempat yang terhad.

1008

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

REVOLUSI INDUSTRI DI UNITED KINGDOM Revolusi Industri merupakan zaman yang penting dalam usaha menuju ke satu keadaan yang lebih maju dan moden terutamanya bagi penghasilan pelbagai rekaan. Perubahan yang mendadak pada zaman Revolusi Industri di United Kingdom telah menimbulkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan fizikal antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pembangunan perumahan secara kurang sempurna. Rumah yang direka bentuk secara 'back to back design' menyebabkan sistem pembetungan dan pengairan sukar dirancang. Rumah-rumah yang sempit tidak dapat dimasukkan bekalan air. Keselesaan dan kawasan rekreasi tidak dipentingkan. Berlaku pencemaran alam dan kebisingan. Rumah yang berdekatan dengan kawasan perkilangan menghadapi masalah udara yang kotor serta kebisingan. Penduduk kehilangan 'sense of community'.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, Majlis Perbandaran pada masa itu telah memperkenalkan undang-undang untuk mengawal keadaan di kawasan perumahan dan kesihatan orang awam. Selain itu, Akta Perbadanan Perbandaran 1835 (Municipal Corporation Act 1835) juga telah dibentuk di United Kingdom.

Ruangan 1-5

CAMPUR TANGAN MAJLIS PERBANDARAN SEMASA REVOLUSI INDUSTRI DI UNITED KINGDOM Aktiviti dan campur tangan majlis perbandaran dalam menghadapi masalah yang timbul dalam bandar telah menjadi asas kepada perancangan bandar moden. Tujuan utama campur tangan majlis perbandaran pada masa itu ialah untuk mengatasi masalah kesesakan, menyediakan sistem pembetungan yang lebih baik dan berkesan serta meningkatkan keadaan kesihatan penduduk secara umum. 1835 Akta Perbadanan Perbandaran 1835 (Municipal Corporation Act 1835) Dibentuk untuk menguat kuasakan fungsi kerajaan tempatan bagi menyelesaikan masalah kependudukan.

Ruangan 1-6

Sistem Lembaga Kebersihan ini telah diperluaskan ke bandar-bandar lain dan sebahagian kampung-kampung di sekitar bandar pada tahun-tahun berikutnya sehingga memberi kesan yang lebih menyeluruh. Ini bermakna dalam dekad terakhir abad ke-19 penduduk bandar di Semenanjung Tanah Melayu telah mula menikmati keadaan kebersihan dan kesihatan yang lebih baik hasil daripada kawalan pembangunan yang lebih terancang. Ia

1009

Sejarah Perundangan

juga memberi kesan di dalam pembentukan keseragaman bangunan dan rupa bentuk bandar dalam sesebuah negeri. Pada tahun 1912 W.F. Nutt, seorang Ahli Majlis Persekutuan (Federal Councillor) telah menyuarakan pendapat mengenai keperluan penyeliaan peraturan perancangan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. Setelah mengambil kira pendapat-pendapat tersebut, pada tahun 1913 Jawatan Kuasa Perancangan Bandar (Town Planning Committee) bagi Kuala Lumpur telah ditubuhkan . Rujuk

Ruangan 1-7.

1913 PENUBUHAN JAWATAN KUASA PERANCANG BANDAR UNTUK KUALA LUMPUR Jawatan kuasa ini berfungsi untuk menyedia, memeriksa dan memberi kelulusan terhadap pelan-pelan pembangunan.

Ruangan 1-7

Dalam tahun 1917 sebuah enakmen yang dikenali sebagai Enakmen Pembaikan Bandar (`Town Improvement Enactment') telah diluluskan. Rujuk Ruangan 1-8 dan 1-9. Enakmen ini bertujuan untuk mengelakkan bandar-bandar di Tanah Melayu dari mengalami keadaan yang sesak dan kotor seperti yang berlaku di England semasa Revolusi Industri. Enakmen ini mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan bagi tujuan pembaikan atau pembangunan semula. Ianya adalah berdasarkan kepada Town Improvement Act, 1890 di United Kingdom.

1917 ENAKMEN PEMBAIKAN BANDAR ('TOWN IMPROVEMENT ENACTMENT') Enakmen Pembaikan Bandar memberi kuasa kepada Lembaga Kebersihan untuk melaksanakan rancangan pembaikan bandar dalam bentuk rancangan perbaikan am, rancangan pengagihan semula, rancangan pembangunan semula, rancangan jalan-jalan, rancangan lorong-lorong belakang atau rancangan bangunan (seksyen 3 dan 6, `Town Improvement Enactment'). Walau bagaimanapun, undang-undang berkaitan perancangan bandar masih tidak wujud. Tanpa perundangan tersebut, tiada sebarang tindakan yang sah dan berkesan boleh dilakukan.

Ruangan 1-8

1010

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

SEKSYEN III DAN VI, ENAKMEN PEMBAIKAN BANDAR, 1917 SEKSYEN III IMPROVEMENT SCHEMES Subject to the provisions of this Enactment, every Sanitary Board shall, within the area subject to its control, have power a) b) To initiate, execute and enforce improvement schemes under this Enactment. To administer for the purpose of such improvement schemes such funds as may from time to time be put at its disposal by the Government and, To do all such things as may be necessary or proper for the due discharge of any of the functions assigned to it by this Enactment. Seksyen VI An improvement scheme shall be one of the following types or may combine any two or more of such types of any special features thereofthat is to say: a) b) c) d) e) f) A general improvement scheme. A redistribution scheme. A rebuilding scheme. A street scheme. A back lane scheme. A building scheme

c)

Ruangan 1-9

Walau bagaimanapun, Pihak berkuasa terpaksa mengambil balik tanah secara paksa dan membayar pampasan pada kadar yang tinggi kepada pemilik tanah. Segala kos membaik pulih kawasan dan mewujudkan bandar yang terancang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. Pada masa yang sama juga, Persekutuan Negeri-negeri Tanah Melayu masih kekurangan kaedah dan peruntukan kewangan bagi menjalankan kerja-kerja perancangan bandar seperti yang tercatat dalam Enakmen Pembaikan Bandar 1917. Keadaan ini menjadi lebih rumit kerana tiadanya pegawai perancang bandar di Tanah Melayu pada ketika itu. Ekoran daripada masalah-masalah yang dihadapi, Kerajaan Persekutuan Negeri-negeri Tanah Melayu telah mendapatkan khidmat seorang perancang bandar daripada Kerajaan Australia Selatan bagi tempoh dua belas bulan iaitu Charles Compton Reade yang dilantik sebagai Penasihat Perancang Bandar yang pertama bagi Negerinegeri Melayu Bersekutu. Beliau telah menubuhkan Jabatan Perancangan Bandar pada 18 Januari 1921. .Rujuk Ruangan 1-10.

1011

Sejarah Perundangan

1921 JABATAN PERANCANGAN BANDAR YANG PERTAMA DIWUJUDKAN PADA 18 JANUARI 1921 Jawatan Perancang Bandar juga diwujudkan untuk mengambil alih kuasa Lembaga Kesihatan bagi kelulusan pembangunan.

Ruangan 1-10

Charles Compton Reade telah berusaha memperkenalkan perundangan untuk perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar No. 19, 1923 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan pada tahun 1923. Rujuk Ruangan 1-11.

1923 (Kewujudan Undang-Undang Perancangan Yang Pertama) Enakmen Perancangan Bandar No.19, 1923 (Town Planning Enactment 1923) Enakmen ini merupakan undang-undang perancangan yang pertama. Ia digubal dengan merujuk beberapa sumber dari Britain, Prussia Master Act (Germany) 1875, Australia, Amerika. Melalui enakmen ini, tujuan kawalan tidak hanya terhad kepada sebabsebab keselamatan dan kesihatan. Pengawalan guna tanah bagi kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian dan kegunaan lain dalam Pelan Bandar Am merupakan bentuk kawalan baru bagi memastikan kesediaan tanah yang cukup untuk pelbagai kegunaan di samping mencegah percampuran kegunaan yang tidak sesuai dan menimbulkan konflik. Pemecahan lot tanah pula dikawal bagi menjamin setiap lot selaras dengan tujuan pembinaan serta susun atur keseluruhannya sesuai untuk pembangunan masa hadapan. Oleh itu, ia dapat memastikan jalan-jalan, lorong-lorong belakang, kawasan lapang serta keperluankeperluan lain disediakan ketika pemecahan lot dijalankan.

Ruangan 1-11

Enakmen ini menggantikan Enakmen Pembaikan Bandar 1917. Ia juga bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi pembaikan dan pembangunan bandar-bandar serta kawasan-kawasan lain. Oleh itu, Enakmen Perancangan Bandar 1923 ini merupakan perkembangan baru dalam perundangan perancangan di Malaysia. Satu pameran perancangan bandar telah diadakan buat pertama kalinya di Tanah Melayu bertempat di Bandar Kuala Lumpur pada 27 hingga 31 Ogos 1926 bersempena `Malayan Agri Horticultural Show'. Ia merupakan langkah awal bagi memperkenalkan perkhidmatan perancangan bandar melalui koleksi pelan-pelan dan gambarajah perancangan yang komprehensif. Ini bertujuan untuk

1012

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan perancangan bandar serta membolehkan mereka membuat bantahan. Pameran ini turut merangkumi pameran sejarah perancangan bandar kuno China dan Yunani yang juga seangkatan dengan sejarah perancangan bandar di Jepun, Amerika dan Australia. Namun begitu, pameran berkenaan sejarah perancangan ini lebih memberi penekanan terhadap sejarah dan konsep `Garden City' yang telah dilaksanakan di England. Pada bulan September dan Oktober tahun 1927, satu lagi pameran perancangan bandar telah diadakan di Ipoh juga atas usaha Reade. Pameran kali ini adalah mirip kepada pameran yang lepas pada 1926 di Kuala Lumpur dengan penekanan kepada bandar-bandar di Tanah Melayu. Pada tahun 1927 Enakmen Perancangan Bandar 1923 telah diubahsuai dan digantikan dengan Enakmen Perancangan Bandar 1927 (`Town Planning Enactment 1927'). Rujuk Ruangan 1-12. Pengubahan terhadap Enakmen 1923 adalah disebabkan oleh teguran yang berterusan oleh ahliahli perniagaan pada masa itu kerana berasa tidak berpuas hati dengan peraturan baru yang menyebabkan kelewatan kelulusan sesuatu perancangan. Kemuncak kepada teguran tersebut telah membawa kepada penubuhan Jawatan Kuasa Pemilihan yang baru (di bawah Majlis Persekutuan) dengan tujuan untuk menyemak semula peruntukan Enakmen 1923 dan menggantikannya dengan Enakmen 1927.

1927 ENAKMEN PERANCANGAN BANDAR 1927 (`Town Planning Enactment 1927') Enakmen ini bertujuan untuk mengawal selia perancangan bagi keseluruhan kawasan Lembaga Kebersihan.

Ruangan 1-12

Enakmen 1927 telah mengubah bentuk perancangan bandar daripada lebih berbentuk sebagai suatu latihan komprehensif terhadap pengurusan tanah untuk tujuan kebajikan komuniti kepada bentuk perancangan yang menekankan penyeliaan pelan-pelan asas yang menunjukkan jalan-jalan utama dan pengelasan guna tanah. Enakmen ini turut memperuntukkan peranan pihak berkuasa perancangan adalah sebagai pihak berkuasa tempatan kawasannya dan seterusnya dikenali sebagai `Lembaga Kebersihan' (Sanitary Board). Lembaga Kebersihan mempunyai kuasa untuk menubuhkan suatu

1013

Sejarah Perundangan

Jawatankuasa yang akan menguruskan hal ehwal perancangan bandar. Peruntukan ini berbeza dengan peruntukan di dalam Enakmen 1923 di mana tiada peruntukan untuk melantik pegawai perancang bandar sebagai ahli `ex-officio' Jawatankuasa berkenaan. Penglibatan pegawai perancang bandar hanyalah untuk memberikan nasihat dan menyediakan skim perancangan atas permintaan Lembaga. Ini bermakna, kuasa pegawai perancang bandar telah dikurangkan. Enakmen 1927 masih mengekalkan idea Reade berkaitan pengezonan (zoning) guna tanah sebagai elemen terpenting untuk menyusun pembangunan bandar. Namun begitu, Enakmen 1927 digantikan dengan Enakmen Lembaga Kebersihan 1929 (Sanitary Boards Enactment 1929) di mana sebahagian besar Enakmen 1927 telah disuaikan menjadi bahagian IX Enakmen 1929. Pada tahun 1929, Reade telah bersara dan jawatan Pegawai Perancang Bandar Persekutuan telah dimansuhkan. Pada ketika itu, terdapat lima orang Pegawai Perancang Bandar dari United Kingdom. Pada tahun 1933, oleh kerana kegawatan ekonomi semua jawatan Pegawai Perancang bandar telah dimansuhkan kecuali satu yang dipegang oleh R.P Davis. Pada tahun 1935 Enakmen Lembaga Kebersihan 1929 telah disemak semula dan digabungkan dengan semua pindaan yang telah dibuat sebelumnya. Hasil semakan tersebut disatukan di bawah 'Sanitary Boards Enactment, (F.M.S Cap 137). Rujuk Ruangan 1-13.

1935 `Sanitary Boards Enactment 1929' atau Enakmen Lembaga Kebersihan 1929 telah disemak semula dan digabungkan dengan semua pindaan yang telah dibuat sebelumnya serta disatukan di bawah 'Sanitary Boards Enactment, Cap 137 of the Laws of Federated Malay States' (F.M.S Cap 137).

Cap 137 of the Laws of Federated Malay States, 1935'

Ruangan 1-13

Pada tahun 1941, Jabatan Perancangan Bandar terpaksa ditutup buat sementara akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Jabatan tersebut dibuka semula pada Jun 1942 di bawah `New Order' oleh pihak Pemerintah Jepun. Encik A.Manuelpillai, Ketua Juruteknik yang dipinjamkan dari Jabatan Ukur telah dilantik untuk memangku Jawatan Pegawai Perancang Kerajaan. Pada 1 Oktober 1943, jabatan ini sekali lagi ditutup dan beroperasi semula pada 3

1014

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

hb Mei 1944 sebagai sebahagian daripada pejabat `Public

Works Department'

Pada tahun 1946 setelah Pemerintah Jepun berundur dari Tanah Melayu, R.P. Davis kembali ke era Malayan Union sebagai 'Town Planner Malayan Union'. 'Sanitary Boards' telah ditukar kepada 'Town Boards' manakala nama 'Sanitary Enactments' telah diganti dengan nama 'Town Boards Enactment' atau Enakmen Lembaga Bandaran dengan mengekalkan sinonim yang sama iaitu Cap 137. Rujuk Ruangan 1-14.

1946 Istilah 'Sanitary Boards' telah digantikan dengan 'Town Boards' dan dikenali sebagai 'Town Boards Enactment' atau Enakmen Lembaga Bandaran dengan mengekalkan sinonim yang sama iaitu Cap 137. Ia bertujuan untuk menyeragam penggunapakaiannya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Ruangan 1-14

Pada tahun 1947, penguatkuasaan peraturan kawalan pembangunan telah diperkukuhkan melalui 'Town Board Enactment 1947 FMS Cap 137 (Part IX) yang menyentuh perundangan perancangan. Ia juga mengukuhkan mekanisme perancangan yang berdasarkan Pelan Bandar Am sebagai asas pengezonan (zoning) guna tanah. Undangundang ini telah diguna pakai oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dengan beberapa pengubahsuaian. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, jentera pentadbiran perancangan bandar beroperasi menerusi dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri (Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan). Melalui sistem tersebut tugas pengawalan pembangunan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala pembentukan dasar perancangan am diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. 1.1.3 Perancangan Bandar Selepas Merdeka (1957) Dalam era ini, nama ketua jawatan perancangan bandar ditukar kepada Pesuruhjaya Perancang Bandar (Commissioner of Town and Country Planning). Jawatan ini masih lagi dipegang oleh pegawai dari United Kingdom iaitu T.A.L Concannon. Aktiviti perancangan bandar lebih tertumpu kepada penyediaan pelan susunatur kampungkampung baru semasa darurat.

1015

Sejarah Perundangan

Jawatan Pesuruhjaya Perancang Bandar telah diserahkan buat pertama kalinya kepada rakyat tempatan iaitu Dato' Rosli Buyong pada tahun 1969. Nama jawatan tersebut ditukar kepada Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa bermula pada tahun 1972 hingga ke hari ini. Walaupun perundangan semasa yang digunakan sebelum ini bertujuan untuk mewujudkan perancangan yang menyeluruh, tetapi terdapat juga beberapa perundangan lain yang boleh mempengaruhi perancangan keseluruhan sama ada secara langsung atau tidak terutamanya Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang terlibat dalam kawalan pembangunan iaitu kawalan ke atas tanah oleh Pihak berkuasa Negeri. Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah utama di Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 hb. Januari 1966. Mulai tarikh tersebut, sistem pegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua kesebelas buah negeri Semenanjung Malaysia. Sebelum Kanun Tanah Negara berkuatkuasa, sebelas buah negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berbeza iaitu sistem Deeds dan sistem Torrens. Negeri Pulau Pinang dan Melaka menggunakan sistem Deeds iaitu suatu sistem khusus yang terdapat di Negerinegeri Selat sebelum Perang Dunia Kedua. Ia mengambil contoh dari undang-undang harta dan pindah hak Inggeris. Melalui sistem tersebut, surat ikatan yang disempurnakan secara persendirian merupakan asas hak milik tanah. Sementara itu, sembilan buah negeri Melayu yang lain pula menggunakan sistem Torrens iaitu suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan. Kanun Tanah Negara telah digubal berdasarkan kepada 'Federated Malay State Land Code 1926' (Undang-undang yang terpakai di Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum Kanun Tanah Negara berkuat kuasa). Untuk menggantikan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diwujudkan dalam tahun 1963 dan berkuatkuasa pada 1 hb. Januari 1966. Oleh itu dengan adanya Kanun Tanah Negara dan Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, kesemua sebelas buah negeri di Semenanjung menggunakan sistem pendaftaran hak milik tanah yang sama iaitu Sistem Torrens mulai 1 hb. Januari 1966.

1016

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.1.4 Perancangan Bandar Masa kini (Selepas Tahun 1976) Sehingga 1976, Cap 137 merupakan satu-satunya undangundang yang digunapakai oleh semua negeri untuk tujuan perancangan kecuali Kuala Lumpur yang mengeluarkan / menggugurkan Bahagian IX Cap 137 pada 20 hb. Ogos 1970. Pada tarikh yang sama Ordinan Darurat (Kuasakuasa Penting) No. 46, 1970 telah dikuatkuasakan di Kuala Lumpur bagi menggantikan Bahagian IX Cap 137. Ia dikuatkuasakan berikutan daripada peristiwa 13 hb. Mei 1969 yang menimbulkan kekacauan di negara ini dan bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pelaburpelabur supaya terus melabur di Kuala Lumpur. Pelan Pembangunan Kawasan Pusat 1886, Pelan Pengkawasan Kepadatan Perumahan 1887 dan Pelan Pengkawasan Guna Tanah 1888 yang dihasilkan di bawah Cap 137 telah dipinda dan dinomborkan semula menjadi Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1039 (Kawasan Perdagangan Pusat), Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1040 (Pelan Pengkawasan) dan Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1041 (Pelan Guna Tanah). Pada tahun 1973, Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107) telah digubal dan sekali gus memansuhkan Ordinan No. 46, 1970 Bagi mengatasi kelemahan sistem pelan pembangunan lama di bawah Cap 137 iaitu Pelan Am Bandar, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan dua perundangan pada tahun 1976 iaitu Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). a. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) ialah hasil kajian satu Suruhanjaya yang dibentuk bagi mengkaji dan mengemukakan laporan penyusunan semula sistem Kerajaan Tempatan yang baru (Sept. 1965 - Jan 1969). Pada tahun 1976, Rang Undangundang Kerajaan Tempatan telah diluluskan oleh Parlimen dan dikenali sebagai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta 171 ini dijana daripada keseluruhan Cap 137 kecuali bahagian IX. Tujuan utama Akta tersebut ialah untuk menyelesaikan masalah perpecahan kawasan kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia.

1017

Sejarah Perundangan

Melalui proses penyeragaman undang-undang dan dasar berkaitan kerajaan-kerajaan tempatan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, diharapkan keseluruhan atau sebahagian besar Semenanjung Malaysia akan diliputi oleh bidang kuasa majlis perbandaran atau majlis daerah. Pada masa yang sama, Akta ini memberi kuasa yang luas kepada unit-unit Pihak berkuasa Tempatan yang baru. Mereka boleh melibatkan diri dalam semua aktiviti perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat tempatan. Di samping itu, mereka juga diberi / diperuntukkan kuasa untuk mengambil balik tanah atas sebab-sebab kepentingan awam, memajukan kawasan perindustrian dan menjadikannya sebahagian daripada kawasan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Majlis perbandaran dan daerah mempunyai fungsi yang sama tetapi dengan skop dan skala yang berbeza. Walaupun pihak berkuasa tempatan yang baru ini diberi kuasa yang luas, kuasa mutlak masih terletak di tangan kerajaan negeri iaitu pihak yang membentuk dan mengawas pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing. Oleh itu kerajaan negeri akan menentukan sama ada menerima atau menolak Akta 171 berkenaan. b. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) Sebelum tahun 1976, peruntukan perundangan perancangan tidak dapat menghasilkan perancangan guna tanah yang menyeluruh kerana liputan Pelan Bandar Am yang disediakan mengikut Cap 137 adalah terhad. Ini menyebabkan pembangunan berlaku secara 'piece meal'. Di samping itu, kandungan Pelan Bandar Am yang tidak komprehensif dan struktur perancangan yang tidak fleksibel juga telah menyebabkan peranannya sebagai mekanisme perancangan bagi negeri-negeri yang sedang pesat membangun kurang berkesan. Semenjak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi tempoh masa 1970-1990, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di samping mengagihkan kekayaan secara saksama dikalangan masyarakat berbilang kaum dan menyusun semula

1018

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

masyarakat. Dasar Ekonomi Baru menjadi rangka bagi penyediaan pelan pembangunan negara. Oleh itu, struktur perancangan yang lebih dinamik diperlukan bagi menghadapi aliran pembangunan ini. Ekoran daripada itu, Akta 172 untuk menghasilkan perancangan yang lebih sistematik. Melalui Akta 172 sekali lagi bidang perancangan bandar mengalami satu titik tolak baru yang mencorakkan disiplin perancangan bandar di negara ini hingga ke hari ini. (Secara ringkasnya, Akta 172, menyediakan peruntukan bahawa sistem rancangan pembangunan di negara ini pula meliputi dua tahap utama iaitu Rancangan struktur dan Rancangan Tempatan). Falsafah perancangan juga telah beranjak daripada bentuk pelan 'zoning' guna tanah kepada perkara yang lebih komprehensif, terbuka, terperinci dan lebih kompleks iaitu meliputi aspek sosial, ekonomi dan fizikal selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan cabaran pembangunan negara semasa. c. Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) Bagi menyeragamkan perancangan mengikut konsep dan tatacara Rancangan Pemajuan seperti yang dimaksudkan oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, semua pihak berkuasa tempatan di negara ini telah seharusnya menerimapakai Akta tersebut. Walau bagaimanapun, taraf pentadbiran dan kedudukan Wilayah Persekutuan yang agak unggul tidak dapat disamakan dengan pihak berkuasa tempatan lain. Ini menyebabkan Wilayah Persekutuan tidak dapat menerimapakai Akta tersebut. Ekoran dari itu, pada tahun 1982, Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta yang dikenali sebagai Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Penggubalan Akta 267 secara tidak langsung telah memansuhkan Akta 107 yang digunapakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini. Akta 267 dibentuk bertujuan untuk menyediakan peruntukan-peruntukan bagi mengawal dan mengatur perancangan dalam Wilayah Persekutuan, bagi melevi caj pembangunan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

1019

Sejarah Perundangan

d.

Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) Dalam tahun 1990an, penyediaan Rancangan Struktur telah meliputi keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Malaysia ke-7 merupakan era penyediaan Rancangan Tempatan dan Rancangan Struktur (Pengubahan). Dalam era ini, Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) telah diluluskan bagi mengadakan peruntukan pendaftaran Perancang Bandar serta pengukuhan profesion perancang bandar. Rujuk Ruangan 1-15.

1995 AKTA PERANCANG BANDAR (Akta 538) Menyediakan peruntukan pendaftaran Perancang Bandar. Ia mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Akta ini juga memperuntukkan penubuhanLembaga Perancang Bandar serta fungsi-fungsinya untuk kepentingan perancang bandar.

Ruangan 1-15

Pada tahun 1995 juga Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telah dipinda. Pindaan tersebut memberi fokus kepada isu alam sekitar, iaitu berkenaan pemeliharaan pokok dan topografi tanah. Pindaan ke atas Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ini ialah berikutan daripada tragedi keruntuhan 'Highland Towers' pada 11 Disember 1993 dan kesedaran dalam perancangan fizikal yang lebih menyeluruh. Pindaan tersebut juga dibuat berdasarkan kesedaran mengenai perlunya satu usaha untuk menangani isu-isu persekitaran secara serius seperti pengekalan alam semula jadi, penghijauan alam dan perlindungan bangunan bersejarah. Rujuk Ruangan 1-16.

1020

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PINDAAN) 1995 (AKTA A933) Cadangan pindaan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan ke-42 pada 30 September 1994. Majlis ini telah menerima dan menyokong cadangan tersebut. Sehubungan dengan itu pada bulan September 1995, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang ini dan seterusnya mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong pada 20 Oktober 1995. Akta pindaan ini dikenali sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995.

Ruangan 1-16

Pada tahun 1995 juga Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat diperkenalkan. Doktrin ini menyentuh hubungan tiga hala iaitu hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekeliling. Selain itu, peranan perancangan bandar juga lebih menonjol melalui pembangunan Multi-media Super Corridor dan pembangunan Putrajaya yang merupakan bandar pertama yang berteraskan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat, penggunaan teknologi maklumat serta menekankan Konsep Bandar Taman. Rujuk Foto 1-5. Idea pembangunan Bandar Taman menjadi tumpuan ramai dan terkenal setelah ditonjolkan dalam buku yang ditulis oleh Ebenezer Howard `Tomorrow ­ Peaceful Path to Real Reform', yang telah diterbitkan pada tahun 1898. Idea ini diperkenal untuk mengurangkan kesesakan dan kesusahan penduduk bandar yang terpaksa hidup dalam keadaan bandar yang terlalu sesak dan menghadapi pelbagai masalah. Konsep Bandar Taman telah menerapkan idea `The Town ­ Country Magnet' seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1-1. Bandar Taman telah direalisasikan dengan pembangunan bandar satelit yang mempunyai penduduk seramai 32,000 orang. Ia dibangunkan pada jarak tertentu dari pusat bandar. Pembangunannya disokong oleh industriindustri dalam bandar tersebut. Antara bandar satelit dan pusat bandar, satu jaluran guna tanah pertanian yang kekal yang bertindak sebagai zon pemisah diwujudkan. Rujuk Rajah 1-2. dan 1-3.

1021

Sejarah Perundangan

a: Pemandangan di Putrajaya

b: Tasik di Putrajaya

tengah-tengah

bandar

c: Masjid yang tersergam di bandar Putrajaya

d: Menara pandang jauh di Taman Wetland, Putrajaya

Foto 1.5 : Contoh Perancangan berteraskan konsep `Bandar Dalam Taman'

1022

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 1.1 : "The Three Magnet" yang diperkenalkan oleh Howard

Rajah 1.2 : Gambar bandar dalam taman oleh Howard

Rajah 1.3 : Bandar Sosial yang diperkenalkan oleh Howard ­ Setiap bandar dalam taman mempunyai kawasan perumahan, tempat kerja dan kawasan lapang.

1023

Sejarah Perundangan

1.1.5

Ruang Lingkup Perancangan Bandar Di Malaysia Sekitar Tahun 1950an-1970an Perancangan bandar di awal tahun 1950an memberi dengan fokus kepada aspek keselamatan yang berpunca daripada ancaman komunis. Pada masa itu, perancangan penempatan dibuat secara `ad-hoc'. Petempatanpetempatan tersebut dikenali sebagai Kampung Baru. Perancangan Kampung-kampung Baru yang tidak tersusun telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah seperti kepadatan penduduk yang tinggi, peluang pekerjaan yang terhad serta wujudnya kawasan yang sesak dan buruk (slum). Pada pertengahan tahun 1950an pula, penglibatan perancangan mula berubah kesan daripada pembentukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). Kedua-dua badan berkanun tersebut telah diberi tanggung jawab untuk membuka tanah-tanah baru, mendirikan petempatan baru dan mengembangkan kampung-kampung sedia ada bagi memperbaiki taraf kehidupan penduduk-penduduk yang menyertai rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, perancangan kampungkampung FELDA yang dibuat melalui penyediaan infrastruktur dan fasiliti asas sebelum kemasukan penduduk telah mengakibatkan pembaziran serta mewujudkan corak guna tanah yang kurang sesuai. Skim FELCRA juga turut menghadapi masalah-masalah sosial seperti kekotoran dan kesesakan. Pada tahun 1960an, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan pelbagai agensi untuk melaksanakan projekprojek pembangunan. Ini termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (RDA). UDA ditubuhkan bagi mengatasi masalah pembangunan bandar yang tidak terkawal seperti bekalan tanah yang semakin terhad serta kepadatan di kawasan bandar yang terlalu tinggi. Ini diikuti dengan penubuhan RDA yang bermula pada tahun 1971 sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.

1024

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

a.

Kampung-kampung Baru Semasa Darurat (19481960) Kampung-kampung Baru merupakan perkampungan untuk menempatkan semula penduduk atas sebab keselamatan daripada ancaman Parti Komunis Malaya yang pada ketika itu mengganggu ketenteraman dan keselamatan sebilangan besar penduduk yang tinggal di kampung-kampung terpencil dan kawasan setinggan yang berselerak di kawasan luar bandar dan pinggir hutan. Kampung-kampung Baru telah dibangunkan secara 'ad-hoc' dan disediakan dengan kemudahankemudahan asas jangka pendek seperti jalan yang tidak berturap serta lot untuk bercucuk tanam. 87% daripada keseluruhan jumlah Kampung Baru tersebut merupakan Kampung Baru untuk bangsa Cina, 8.0% untuk bangsa Melayu, 4.0% untuk bangsa India dan 1% bagi lain-lain bangsa. Dari segi taraf dan bentuk pentadbirannya pula, kebanyakan Kampung-kampung Baru pada masa itu adalah di bawah pentadbiran Majlis Tempatan (Local Council). Apabila Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berkuat kuasa, pentadbiran petempatan-petempatan ini diletakkan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan segala aktiviti dan bentuk pembangunan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Akta 171 tersebut. Dengan terlibatnya Kampung-kampung Baru di dalam penyusunan semula pentadbiran Kerajaan Tempatan, telah menunjukkan adanya positif di kalangan pihak kerajaan untuk mengawal dan menentukan corak pembangunan di penempatan tersebut.

b.

Pembangunan Bandar Baru (1950an) Idea pembangunan bandar baru bermula bagi mengatasi masalah sosial dan fizikal yang wujud kesan daripada keadaan pembangunan bandar yang tidak terkawal. Pencetusan idea bandar baru bermula di Britain kesan daripada Revolusi Industri yang berlaku di beberapa buah bandar utama pada akhir kurun ke-19. Konsep Bandar Taman (Garden City) dan Konsep Kejiranan telah diterima pakai di Britain. Rujuk Ruangan 1-17.

1025

Sejarah Perundangan

KONSEP KEJIRANAN Konsep Kejiranan diwujudkan untuk maksud sosial dan lalulintas supaya jarak perjalanan menjadi lebih dekat antara kemudahan dan tempat kediaman. Perry berpendapat lalulintas utama tidak digalakkan melintasi kawasan perumahan. Jose Sert menyatakan bahawa kepadatan penduduk sehingga 50 orang seekar dapat menjadikan kawasan itu sebagai pusat kejiranan yang berkesan. Selain itu, sekolah rendah sesuai dijadikan sebagai titik penumpuan bagi penduduk sekitar.

Ruangan 1-17

Di Malaysia, antara bandar baru yang awal dirancang secara menyeluruh ialah Petaling Jaya pada awal tahun 1954 untuk mengatasi masalah perbandaran di Kuala Lumpur. c. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) -1960an. Perbadanan Pembangunan Bandar merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1960an berdasarkan Akta Parlimen. Ia terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan Awam dan diberi tugas untuk menyedia dan melaksanakan sebarang skim pembangunan yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dalam konteks pembangunan bandar. Ini meliputi usaha memajukan harta tanah bagi projek-projek pembangunan bagi ruang perniagaan dan perumahan. d. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan merupakan sebuah badan berkanun bagi melaksanakan skim pembangunan tanah yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1956 dan merupakan salah satu daripada badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pembangunan tanah luar bandar serta penempatan semula penduduk. FELDA menjalankan penyelidikan, perancangan serta pelaksanaan skim-skim kemajuan tanah untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk-penduduk yang menyertai rancangan tersebut. Kawasan FELDA telah dilengkapi dengan pelbagai dengan menyediakan kemudahan perumahan, kedai, sekolah, pos dan lain-lain. Dalam tempoh 50 tahun, FELDA telah memajukan lebih 800,000 hektar

1026

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kawasan ladang melalui 309 skim pembangunan tanah dengan pelbagai tanaman komersial termasuk getah, kelapa sawit, koko dan tebu di Semenanjung Malaysia dan Sabah. e. Lembaga Penyatuan dan Persekutuan (FELCRA) Pemulihan Tanah

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan merupakan skim pembangunan tanah yang kedua terbesar di Malaysia. Program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan terdiri daripada Pemulihan Tanah, Penyatuan Tanah, Skim Tanah Pemuda dan Projek In-situ. f. Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) Lembaga Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan tujuh badan berkanun untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan bagi wilayah masing-masing. Badan berkanun tersebut terdiri daripada Lembaga Kemajuan Wilayah JENGKA, DARA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, KEDA dan PERDA yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Wilayah. Ketujuh-tujuh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah tersebut meliputi sebanyak 31% daripada keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Rujuk Jadual 1.1.

Nama LKW Luas Kawasan (KM2) 1,900 10,122 3,004 Tahun Mula 1971 1972 1972 16% daripada Negeri Johor 34% daripada Negeri Terengganu 83% daripada Negeri Kelantan % daripada Negeri

JENGKA DARA KEJORA

33% daripada Negeri Pahang

KETENGAH

4,439

1973

KESEDAR

12,334

1978

1027

Sejarah Perundangan

Nama LKW

Luas Kawasan (KM2) 8,344

Tahun Mula 1982

% daripada Negeri

KEDA

88% daripada Negeri Kedah 73% Negeri Pinang daripada Pulau

PERDA

737

1983

Jumlah

40,880

31% daripada Semenanjung Malaysia

Jadual 1.1 : Malaysia

Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di Seluruh

Tujuan utama pembangunan wilayah ialah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara wilayah melalui: (a) Pemindahkan industri ke kawasan luar bandar untuk membuka peluang-peluang pekerjaan di wilayah yang kurang maju; dan Pembukaan kawasan atau tanah-tanah baru yang menekankan sektor pertanian bagi menghasilkan barangan eksport.

(b)

Pada tahun 1970an dan awal 1980an, Lembaga Kemajuan Wilayah merupakan agensi terpenting kerana hasil pertaniannya menjadi teras ekonomi negara. Walau bagaimanapun, pada tahun 1980an kerajaan telah mengorak langkah ke arah industri pembuatan dan pengeksportan barangan siap setelah menyedari ekonomi negara tidak akan berkembang dengan hanya mengharapkan harga komoditi bahan-bahan mentah.

1028

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.2

SEJARAH PERUNDANGAN PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA

Sejak awal abad ke 20, terdapat beberapa enakmen yang telah digubal dan digunapakai di negara ini bertujuan untuk mengawal dan memandu perkembangan bandar dan masalah-masalah yang berkaitan. Antara enakmen-enakmen tersebut ialah `Town Planning Enactment 1923', `Town Planning Enactment 1927', `Town Board Enactment Cap 137' dan Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107). 1.2.1 `Town Planning Enactment 1923' Enakmen ini merupakan satu perundangan yang komprehensif di dalam bidang perancangan dan kawalan pembangunan termasuklah peluasan kawasan rumah, pengambilan, penjualan dan penyewaan tanah yang disokong oleh Kaedah Perancangan Bandar,1924. Di samping itu, enakmen ini memberi ruang kepada juru rancang dalam merancang dan membangunkan tanah. Enakmen ini juga menyediakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Bandar (`Town Planning Committee') di mana juru rancang merupakan ahli `ex-officio' yang mempunyai kuasa dalam semua hal yang berkait dengan perancangan bandar. Sungguhpun enakmen ini memberi kuasa yang luas dalam bidang perancangan kepada juru rancang tetapi ia juga mengambil kira kepentingan tuan-tuan tanah. Jawatankuasa Perancangan Bandar perlu memaklumkan keputusan kelulusan perancangan kepada pemohon yang membuat permohonan untuk pembangunan tanah dalam masa tiga bulan daripada tarikh penghantaran permohonan. Enakmen ini juga mengandungi peruntukan penyediaan zon guna tanah, jalan dan kemudahan awam lain, pembukaan dan penutupan tasik dan sungai, dan juga pengambilan, penjualan dan penukaran tanah. Enakmen ini juga turut memperuntukan hal-hal berkaitan penyediaan Pelan Bandar Am yang bertujuan untuk: (a) meningkatkan atau meluaskan komunikasi dan kemudahan lalu lintas;

1029

Sejarah Perundangan

(b)

meningkatkan atau meluaskan pelan tata atur tanah atau peruntukan pelan atur untuk daerah yang kurang maju; menyediakan peraturan pembangunan; meningkatkan dan perumahan; dan untuk bangunan dan

(c) (d) (e)

meluaskan

kemudahan dan

memastikan keselamatan, keselesaan awam.

kebersihan

Dengan adanya Pelan Bandar Am, orang perseorangan mahupun pihak berkuasa tidak dibenarkan membina, mengubah, menambah atau meroboh bangunan, juga mengguna sebarang tanah atau bangunan melainkan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan dalam pelan. Sebelum sebarang perubahan dibuat, permohonan perlu dibuat kepada Jawatankuasa Perancangan dan sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh merayu kepada Residen Inggeris yang berkenaan. Enakmen 1923 juga menyediakan peruntukan bagi tujuan penguatkuasaan melalui mahkamah dan barang siapa yang melanggarnya boleh didenda sehingga RM 2000. Enakmen 1923 juga telah memperluaskan lagi bidang kawalannya, meliputi pengezonan tanah (zoning) bagi tempat-tempat kediaman, perindustrian, pertanian dan lain-lain kegunaan dalam Pelan Bandar Am. Tujuan perluasan bidang kawalan ini ialah untuk memastikan tanah adalah mencukupi untuk berbagai kegunaan di samping mencegah berlakunya percanggahan guna tanah. Walau bagaimana pun, enakmen ini telah mendapat tentangan hebat daripada ahli-ahli perniagaan dan ahliahli Majlis Persekutuan pada ketika itu. Tentangan tersebut menyentuh kuasa Jawatankuasa Perancangan Bandar yang bertindih dengan kuasa Lembaga Kebersihan. Pentadbiran perancangan bandar oleh Reade dikatakan tidak terkawal dan persoalan-persoalan telah timbul sama ada beliau bebas daripada sebarang kritikan terhadap skim perancangan yang hendak dijalankan. Kritikan lain termasuklah pelebaran jalan-jalan di dalam skim pelan susun atur, dan kelewatan meluluskan pelan, kemampuan kerajaan untuk melaksanakan perlebaran jalan dan pembayaran pampasan kepada tuan tanah terlibat. Akibat daripada kritikan-kritikan tersebut telah menjana kepada penubuhan satu Jawatankuasa Pemilihan Majlis

1030

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Persekutuan pada tahun 1926, yang bertujuan untuk mengkaji dan menyemak semula peruntukan Enakmen Perancangan Bandar 1923, dan seterusnya, Enakmen Perancangan Bandar 1927 digubal menggantikan Enakmen Perancangan Bandar 1923. 1.2.2 `Town Planning Enactment 1927' Pada tahun 1927, `Town Planning Enactment 1923' telah digantikan dengan enakmen baru iaitu `Town Planning Enactment 1927' (selepas ini disebut sebagai enakmen 1927) yang bertujuan untuk menyediakan perancangan bagi keseluruhan kawasan Lembaga Kebersihan. Ia tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan perancangan bandar yang diisytiharkan sahaja tetapi meliputi kawasan yang lebih luas. Enakmen 1927 masih mengekalkan keperluan penyediaan Pelan Bandar Am walaupun perinciannya telah diringkaskan kepada :(a) (b) Jalan-jalan, jalan kereta perhubungan yang utama; api dan lain-lain

Zon-zon atau perkawasan yang diasingkan bagi kegunaan, perdagangan, perindustrian, pertanian atau lain-lain kegunaan yang dikhususkan; Rezab untuk keperluan kerajaan; dan Taman-taman, kawasan-kawasan lipur diri serta kawasan-kawasan lapang seumpamanya.

(c) (d)

Di bawah Enakmen ini, Lembaga Kebersihan merupakan pihak yang berkuasa dalam bidang perancangan bandar. Lembaga ini melantik satu Jawatankuasa untuk mengawal perancangan bandar. Enakmen ini masih mengekalkan idea Reade yang menggunakan pengezonan sebagai satu mekanisme untuk mengawal pembangunan bandar dan seterusnya digabungkan dan dijadikan sebagai Bahagian IX dalam `Sanitary Boards Enactment' pada tahun 1929 dan sekali lagi ia diubahsuaikan sebagai Bahagian IX dalam `Town Boards Enactment 1930' di mana ia dikenali sebagai Cap 137. 1.2.3 "Town Boards Enactment Cap 137" (Enakmen Lembaga Bandaran Bab 137) Penggubalan `Town Boards Enactment Cap 137 (selepas ini akan disebut sebagai Cap 137) merupakan gabungan

1031

Sejarah Perundangan

pelbagai pindaan ke atas `Sanitary Boards Enactment' semenjak tahun 1916 dan mengintegrasikan juga peruntukan-peruntukan di dalam `Town Planning Enactment' yang berkaitan dengan penyediaan Pelan Bandar Am yang dikenali juga sebagai Pelan Pengkawasan (Zoning Plan). Selepas perang dunia kedua dan pengambilalihan pemerintah British daripada penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, penggunaan nama `Sanitary Boards Enactment' ditukar kepada `Town Boards Enactment Cap 137' untuk diseragamkan penggunaannya bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Cap 137 memperuntukkan dua belas bahagian seperti berikut :

Bahagian I Bahagian II Bahagian III Bahagian IV Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Bahagian X Bahagian XI Bahagian XII

Penyusunan Seksyen Perlembagaan Lembaga Bandaran Tugas dan Kuasa Lembaga Bandaran & Pengerusi Perkadaran Pencegahan dan Pemadaman Kebakaran Halangan dan kacau-ganggu Pengawalan Gerai dan Penjaja Jalan-jalan dan Bangunan Perancangan Bandar Peluasan Pengunaan Enakmen Pengumpulan Kadaran dengan Ansuran Tambahan

Peruntukan yang berkaitan secara langsung dengan hal-hal perancangan bandar di dalam Cap 137 terkandung di dalam Bahagian IX yang juga merupakan petikan dan sesuaian daripada Enakmen 1927. Kandungan Bahagian IX Cap 137 adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 3.1:

1032

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

PART IX TOWN PLANNING Powers of Boards 135. Every Town Board shall have power to prepare a general town plan in respect of the area for which it has been appointed or any part thereof. Contents of general town plan 136. (i) A general town plan (hereinafter referred to as a draft plan) may shew or make provision therein for (a) (b) streets, railways and other main communications; zones or districts set apart for use for any type or category that may be stated on such draft plan pf residential, commercial, industrial, agricultural or other use (including use for the working of minerals), and zones or districts ( being either the same as or different from any of those herein before referred to) in any one or more of which the intensity of development, calculated by reference to ­ (i) (ii) the number of houses or persons on any one acre; the percentage of the area of any lot to be covered by building; and

(iii) the total floor space of buildings; or calculated in such other manner as the Board may determine, shall not exceed the degree or amount indicated in the draft plan as permitted for that particular zone or district;'; (c) (d) (e) (f) reserves for Government purposes; parks, recreation grounds and similar open spaces; building lines; and regular lines of streets which have been declared under Part VII.

(ii) The draft plan may consist of one or more plans drawn to such scale and reproduced in such manner as the Board may determine. Exhibition of draft 137. A draft plan when prepared shall be open to public inspection for a period of three months. During such period the Board shall advertise once a week in a local newspaper and shall notify in each issue of the Gazette the place and hours at which such plan may be inspected. Consideration of objections 138. (i) Any person affected by the draft plan may within the said period of three months send to the chairman a written statement of his objections to anything appearing in the draft plan. (ii) Such written statement shall set out (a) (b) the nature of the reasons for the objection; if the objection would be removed by an alteration of the draft plan, any alteration proposed.

(iii) Any written such statement shall be considered at a meeting of the Board, of which the objector shall be advised, and the objector may attend and be heard in person or by advocate or by duly authorised

1033

Sejarah Perundangan

agent or officer. (iv) The Board may reject any objection in whole or in part or frame amendments of the draft plan to meet such objection. Notice of any amendment shall be served upon the registered proprietor of any land affected thereby. (v) Any written objection to an amendment received within fourteen days after service of such notice upon the objector shall be considered at a meeting of the Board of which such objector and the objector (if any) upon whose objection such amendment was made shall be advised, and all the objectors may attend and be heard in person or by advocate or by a duly authorised agent or officer. Submission of draft plan to Resident 139. After consideration of all objections the Board shall submit the draft plan with or without amendments to the Ruler in Council for his approval. They shall submir therewith (a) (b) a schedule of the objections (if any) made under section 138 and not withdrawn; a schedule of the amendments (if any) framed by the Board with a view to meeting such objections.

Powers of Resident 140. (i) Upon submission of a draft plan the Ruler in Council may (a) approve it; (b) refuse to approve it; (c) refer it to the Board for the further consideration and amendment; (ii) The Ruler in Council may approve a draft plan notwithstanding that any requirements under the provisions of this Part applicable thereto have not been complied with; (iii) A draft plan approved as aforesaid is hereinafter referred to as `an approved plan.'; (iv) The Ruler in Council may by notification in the gazette correct any omission from or error in any approved plan; (v) On such approval being given the approved plan shall be printed and a copy shall be permanently exhibited for public inspection at the offices of the Board, and the fact of such approval and exhibition shall be notified in the gazette; and (vi) The Board shall supply a copy of the approved plan to any person on payment of such fee as the Board may determine. Refusal to approve plan 141. If the Rule in Council refuses to approve a draft plan such refusal shall be notified in the gazette, but any such refusal shall be without prejudice to the preparation of a new draft plan and the submission of the same. Deposit of copies of plan 142. (i) Copies of the approved plan certified by the Chairman shall be deposited with the Collector of Land Revenue and the Regostrar of Titles, and each such officer shall forthwith make an endorsement on the document of title registered in his office to the holding affected by the approved plan to the effect that such holding is subject to the

1034

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

conditions of the approved plan. (ii) The Collector or Registrar may, if he shall think fit, by notice in the prescribed form require any person in pessession of an issue copy of a document of title to deliver the same to him for similar endorsement, and such person shall be legally bound to deliver the same within fourteen days from the service of such notice. Plan of lay out of local area 143. (i) Whenever it appears to the Board that any land is in process of development the Board may prepare a lay out showing any of the things for which provision may be made under section 136(i) which it deems necessary to secure proper sanitary conditions, amenity and convenience in connection with the laying out and the use of such land and of any neighbouring lands. (ii) The provisions of sections 137 to 141, both inclusive, shall apply to the preparation of such lay out. (iii) When any such lay out has been approved it shall become part of the approved plan and a copy shall be deposited and endorsement made as provided in Section 142. (iv) Land shall be deemed to be in the process of development when a plan for any building upon it has been submitted under Part VII or any application for sub-division of it has been made under Section 149. Amendment of revocation of approved plan 144. (i) The Ruler in Council may by notification in the gazette (a) amend an approved plan in whole or in part by the alteration or deletion of any provision or matter therein appearing or the addition of any provision thereto : provided that before any approved plan is so amended a Schedule of the proposed amendments shall be exhibited in the manner prescribed in Section 137 and objections thereto may be made and considered as provided in Section 138; revoke in whole or in part an approved plam by the approval of any sebsequent draft plan prepared and submitted in accordance with this Enactment.

(b)

(ii) Any amendment to an approved plan shall be permanently exhibited in the manner provided by Section 140, and a copy thereof shall be deposited and endorsement made as provided in Section 142. Effect of approved plan 145. (i) The Board shall refuse to aprove the plan of any new building or of any new private street submitted under Part VII of this Enactment, unless such plan is in conformity with the approved plan. (ii) The Board may refuse to approve the plan of any new building or of any private street to be erected or made upon any land in respect of which the preparation of a draft plan or lay-out has been authorized by the Board. 145AThe Board may ­ (a) (b) make by laws to regulate and control the development and use of any land or building within the Town Board area; and approve and impose conditions thereof.

1035

Sejarah Perundangan

Survey of streets, etc., shown in approved plan 146. (i) After the notification of a draft plan showing zoning in respect of any area has been first gazetted under Section 137 no building shall be used or converted for use for any purpose other than the purpose for which the zone in which such building stands is set apart: Provided that nothing in this section shall prevent the continued use of a building for the purpose for which it was used immediately prior to the first notification in the gazette of the draft plan. (ii) Any person who without the written sanction of the Board uses or converts for use any building in contravention of subsection (i) of this section shall be liable to a fine of five hundred dollars and to a daily fine of one hundred dollars for every day on which the offence is continued after conviction, and a Magistrate may, on the application of the Chairman, make an order requiring such person to alter in any way, or to demolish, such building. Payment of compensation for zoning 147. Subject to the provisions of Parts VII and VIII of this Enactment when the provision shown or made in an approved town plan for any of the purposes specified in paragraph (a), (c) ad\nd (d) of section 136(i) extends to the inclusion therein of any alienated land compensation shall except as hereinafter provided be paid for the acquisition of so much of such land as is required for the aforesaid purposes : (a) (b) Provided that no compensation shall be paid for land required for a street not exceeding 66 feet in width: Provided further that in the case of a street exceeding 66 feet in width compensation shal only be paid for so much of the land required therefor as is in excess of 66 feet in width : Provided further that nothing herein contained shall de deemed to require the Ruler in Council to acquire any land until the registered proprietor thereof shall have submitted a plan under Part VII of this Enactment and approval thereof shall have been refused under Section 145: And provided lastly that if it is shown to the satisfaction of the Ruler in Council that in any particular case the application of the provisions of this section would cause undue hardship to the proprietor of any alienated land the Ruler in Council may authorize the payment to such proprietor of such compensation as the Ruler in Council in his discretion may think reasonable and just.

(c)

(d)

Control of subdivision 148. No compensation shall be paid to the proprietor or any person interested in any holding on account of any zoning in an approved plan affecting such holding. 149. (i) No holding or holdings situated within a Town Board area shall be divided or combined, the provisions of any other Enactment notwithstanding, unless such division or combination be approved in writing by the Chairman. (ii) In the case of holdings not affected by an approved plan or layout the Chairman shall, before grantingor withholding his approval, take into consideration the suitability for building purposes of the size and situation of each proposed lot having regard to the probable future development of the area.

1036

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(iii) In the case of holdings affected by an approved plan or layout, the Chairman shall withhold his approval if any portion of a street, back-lane or open space shown in the approved plan or layout and comprised within the holding or holdings does not appear as a separate lot in the proposed scheme of division or combination. (iv) In the case of holdings affected by zoning the Chairman shall withhold his approval if any lot in the proposed scheme of division or combination other than land comprised in a street, back-lane or open space as aforesaid is not so situated and of such size that it can be used for the purpose of eracting at least one dwelling-house in accordance with the prescribed density of buildings. (v) Nothing in this section contained shall be held to debar the Chairman from approving any division or combination which in his opinion will facilitate the redistribution and proper development of any land having in view the provisions of the approved plan, if any, or the probable future development of the area. (vi) Any person aggrieved by the withholding by the Chairman of his approval may appeal to the Ruler in Council whose decision shall be final.

Sumber : The Town Board Enactment of the Federated Malay States (F. M. S. Cap 137)

Jadual 2.1 : Kandungan Bahagian IX `Town Board Enactment Cap 137'

Bahagian IX; Perancangan Bandar dalam Cap 137 yang di petik daripada Enakmen 1927 memberi kuasa kepada setiap Lembaga Bandaran untuk menyediakan pelan-pelan yang sah di sisi undang-undang bagi kawasan di bawah pentadbirannya. Pelan tersebut yang dikenali sebagai Pelan Bandar Am boleh dibuat bagi keseluruhan atau sebahagian dari kawasan Lembaga Bandaran (seksyen 135). Di bawah Cap 137, setiap Lembaga Bandaran dikehendaki menyediakan Pelan Bandar Am bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan di bawah bidang kuasanya. Kandungan Pelan Bandar Am di bawah enakmen 1927 dan Cap 137 adalah berbeza. Di bawah Enakmen 1927, Pelan Bandar Am yang dihasilkan adalah lebih ringkas bagi membolehkan hanya kategori am zon guna tanah disertakan bersama dengan jaringan perhubungan utama. Sesuatu Pelan Bandar Am boleh menunjukkan atau membuat peruntukan untuk jaringan komunikasi, jenis zon guna tanah atau pengkawasan (district), kepentingan guna tanah, rezab kerajaan seperti taman-taman, kawasan rekreasi atau lain-lain kawasan lapang, garisan bangunan dan jajaran jalan-jalan. Sebahagian zoning atau pengkawasan yang telah ditetapkan hendaklah diperuntukkan untuk kawasan perumahan, komersial, industri, pertanian atau lain-lain kegunaan.

1037

Sejarah Perundangan

Kandungan Pelan Bandar Am yang disediakan di bawah Cap 137 telah dibuat beberapa perubahan ke atasnya termasuk kawalan terhadap kepentingan guna tanah. Beberapa peruntukan dalam Pelan bandar Am (di bawah Cap 137) telah dijadikan asas rujukan dalam perancangan bandar moden seperti kawalan kepadatan untuk pembangunan perumahan, nisbah plot dan kawasan `plinth' untuk pembangunan komersial dan peruntukan untuk menyediakan kawasan-kawasan taman, rekreasi dan kawasan lapang. Dalam jangka masa 10 tahun yang pertama selepas penggubalan Cap 137 pada tahun 1930, sejumlah dua belas pelan bandar telah diwartakan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu masing-masing lapan di Negeri Perak, satu di Kuala Lumpur dan tiga di Selangor. Pelan Bandar Am yang terawal disediakan di Perak ialah Pelan B3 Bandar Ipoh (Kinta) pada tahun 1930 di mana pelan tersebut telah dipinda oleh Majlis Bandar Ipoh (Ipoh City Council) pada akhir September 1988. Pelan Bandar Am bagi Kuala Lumpur dan Selangor diwartakan pada tahun 1939. Tiga pelan di Negeri Sembilan telah diwartakan pada tahun 1932 bagi Kuala Kelawang, pada tahun 1939 bagi Petaling (Jelebu) dan pada tahun 1935 bagi Port Dickson. Lembaga Bandaran juga diberi kuasa menyediakan pelanpelan tata atur bagi kawasan-kawasan yang sedang dalam proses pembangunan (seksyen 143). Hal ini boleh dikuatkuasakan dengan menggunakan Bahagian VII (Jalan-jalan dan Bangunan-bangunan) dan Bahagian VIII (Pembaikan Bandar) Cap 137. Pelan draf tersebut perlu diwartakan dan bantahan-bantahan terhadap penyediaan pelan tersebut akan diterima untuk dipertimbangkan. Pelan yang telah diluluskan hendaklah diwartakan sekali lagi bagi makluman orang ramai melalui warta kerajaan. Cap 137 turut memperuntukkan perkara berhubung dengan bayaran pampasan. Tiada bayaran pampasan dibuat bagi pembangunan yang berada di dalam zon-zon yang telah diluluskan dalam pelan bandar am (Sek. 148). Peruntukan ini telah dibuat semenjak daripada enakmen yang terawal lagi bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu iaitu tuan-tuan tanah persendirian mengambil kesempatan terhadap zon-zon yang telah diluluskan demi kesejahteraan komuniti amnya. Walau bagaimanapun pada tahun 1926 kerajaan telah mengubah polisi pampasan, di mana pampasan akan diberikan bagi mana-mana tanah yang dimajukan untuk tujuan penyediaan jalan-jalan dan tujuan kerajaan. Cap 137 turut memperuntukkan zon `alienated

1038

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

land' yang bertujuan untuk kepentingan awam akan dibayar pampasan kecuali bagi tanah yang diperuntukkan untuk jalan-jalan yang mempunyai kelebaran kurang dari 66 kaki (Sek. 147). Pampasan akan turut diberikan bagi tanah-tanah yang bersempadanan dengan mana-mana tanah yang telah diambil balik untuk penyediaan jalanjalan, lain-lain bentuk perhubungan dan juga tanah-tanah yang merujuk atau di tetapkan untuk kegunaan kerajaan dan taman-taman, kawasan rekreasi dan lain-lain kegunaan yang mirip kepada kawasan lapang. Cap 137 (terutama Bahagian IX ) yang dibincangkan ini hanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Negeri-negeri lain di Semenanjung mempunyai undangundang berhubung dengan pembangunan bandar yang tersendiri. Di Negeri Johor undang-undang mengenai perancangan bandar terkandung dalam Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran (Johor) No. 118, 1951. Di Kelantan ia didapati dalam Bahagian VIA Enakmen Perbandaran No. 20, 1938. Di Terengganu undang-undang itu merupakan Bahagian IX daripada Enakmen Lembaga Bandaran (Terengganu) Bab 64, 1936. Melaka dan Pulau Pinang menerima pakai Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran Cap 137 dalam tahun 1949, manakala Perlis menerima pakai Enakmen Lembaga Bandaran yang sama dalam tahun 1952 dan akhirnya Kedah dalam tahun 1956. Pada dasarnya semua undang-undang tersebut adalah sama; namun terdapat perbezaan dari segi cara pemakaiannya, samada oleh negeri, perbandaran, lembaga bandar ataupun majlis tempatan. Ini bermakna semenjak tahun 1956 semua negeri-negeri di Semenanjung telah mempunyai undang-undang perancangan bandar yang hampir sama bagi mengatur mengendali Pelan Bandar Am, kawalan kegunaan tanah serta pemecahan lot tanah. Sistem perundangan perancangan yang terdahulu iaitu menerusi Cap 137, tidak dapat menghasilkan perancangan guna tanah yang menyeluruh kerana liputan Pelan Bandar Am yang disediakan mengikut Cap 137 adalah terhad dan menyebabkan pembangunan berlaku secara `piece meal'. Di samping itu, kandungan Pelan Bandar Am yang tidak komprehensif dan struktur perancangan yang tidak telus menyebabkan peranannya sebagai alat perancangan bagi negeri-negeri yang sedang menghadapi pembangunan pesat didapati berkesan. Cap 137 masih terus dipakai di Tanah Melayu selepas kemerdekaan sehingga tahun 1976. Apabila Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) dan

1039

Sejarah Perundangan

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) bagi keseragaman sistem kerajaan tempatan dan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, manamana kelulusan atau keputusan yang telah diberikan di bawah perundangan Cap 137 masih terpakai sehingga kini sehinggalah sesuatu kelulusan atau keputusan tersebut tamat tempoh dan memerlukan kelulusan atau keputusan baru, ianya akan tertakluk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 1.2.4 Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107) Atas keputusan dan peranan Parlimen, satu Akta baru yang diberi nama Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 telah digubal. Penggubalan Akta 107 secara langsung telah memansuhkan Akta yang telah dipakai sebelumnya iaitu Ordinan No. 46 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970. Akta 107 mula berkuatkuasa pada bulan Mei 1973 dan seterusnya pada tahun 1977, buat pertama kalinya pindaan dibuat ke atas Akta ini. Tujuan pindaan dibuat adalah untuk memperluaskan lagi ruang lingkup peruntukan Akta 107 untuk diimplementasikan di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan seperti yang telah ditetapkan di dalam Pelan No. 383. Pindaan ini sekaligus telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya (Commissioner) untuk menyediakan pelanpelan tata atur bagi kawasan-kawasan tambahan yang dimaksudkan Akta 107. Akta 107 mengandungi 9 bahagian yang disusun seperti berikut: Bahagian I Bahagian II Bahagian III Bahagian IV Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Permulaan Tugas-tugas dan Kuasa-kuasa Datuk Bandar Pelan Pembangunan Lengkap Pelan Pembangunan Sementara Pengawalan Rancangan Melevi Bayaran Pembangunan Lembaga Rayuan Pemberitahu Pembelian Pengambilan Tanah Pelbagai dan

1040

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Menurut Akta ini, perancangan bandar di Wilayah Persekutuan adalah berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Komprehensif. Seksyen 6 Akta 107 telah menetapkan bahawa Pelan No. L 886, L 887 dan L 888 telah diwartakan di bawah notis pewartaan bernombor 1197 daripada 1967 dan telah diubahsuai dan diberikan nombor yang baru oleh Menteri iaitu Pelan No. 1039, 1040 dan 1041. Pelan-pelan tersebut telah dipamerkan kepada orang awam selaras dengan kehendak seksyen 4, Ordinan No. 46 (kuasa-kuasa perlu) Darurat 1970 di mana pelanpelan tersebut merupakan pelan yang dimaksudkan sebagai Pelan Pembangunan Komprehensif oleh Akta 107. Dalam tahun 1974, kawasan pentadbiran Kuala Lumpur telah diperluaskan daripada 93 kilometer persegi kepada 243 kilometer persegi selaras dengan pertukaran status Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan. Berikutan dengan itu, dalam tahun 1977, Akta 107 dipinda bagi memungkinkan pelan susun atur dan Pelan Pembangunan Sementara (Interim Development Plan) dibuat merangkumi keseluruhan kawasan baru Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimana pun atas sebab-sebab yang akan diterangkan di Bab 3, dalam tahun 1982 Akta ini dimansuhkan dan diganti dengan akta baru yang dikenal sebagai Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

1041

Information

Pengenalan dan Sejarah

41 pages

Find more like this

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

70853


You might also be interested in

BETA
Ensiklopedia Bab 1
akademika01[70Jan].pmd
Pengenalan dan Sejarah