Read Microsoft Word - 17. Teks Ucapan_KP_Perhimpunan Bulan Mei 2010 text version

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULAN MEI 2010 Oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Fadzil bin. Hj. Mohd Khir Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia

Pada 6 Mei 2010, jam 8.30 pagi Auditorium K.R. Soma, Wisma Tun Sambanthan

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha En. Kamalruddin b. Samsuddin Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Y. Bhg. Datin Wira Hajjah Hamisah bt. Ariffin Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pejabat-Pejabat Projek Ketua-ketua Seksyen dan Unit

dan semua warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya sekali lagi dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Bulan Mei 2010. Setinggi penghargaan kepada Bahagian Korporat yang merupakan urusetia bagi majlis perhimpunan pada bulan ini. Pemilihan tema pada kali ini Creative Mind Leads to Innovation bertepatan dengan usaha Jabatan untuk

1

menggalakkan budaya pemikiran kreatif dan inovasi di kalangan warga Jabatan dalam menyokong pelaksanaan agenda Negara.

Sidang hadirin sekalian,

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi Walaupun Hari Pekerja telah 2 minggu berlalu, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja JPBD Semenanjung Malaysia dan terima kasih di atas sumbangan dan komitmen tuan-tuan dan puanpuan dalam menjayakan semua program Jabatan. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik secara lebih kreatif dan inovatif, selaras dengan tema Hari Pekerja pada tahun ini iaitu "Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi". Inovasi merupakan satu aspek yang penting dalam meningkatkan produktiviti Negara ke tahap yang tertinggi dan seterusnya merealisasikan program transformasi Negara dan memenuhi aspirasi Negara yang lain. Inovasi merupakan salah satu daripada 4 nilai pelengkap yang akan mendokong 4 tonggak utama pembangunan Negara sepertimana yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri.

Tahun 2010 merupakan Tahun Kreativiti dan Inovasi. Kepentingan inovasi dalam agenda Negara adalah jelas dan diberikan penekanan dalam setiap program yang dijalankan. Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini juga memberi fokus kepada aspek inovasi di kalangan para belia di mana tema `Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara" telah dipilih. Belia merupakan trendsetter dalam banyak perkara. Menyedari hakikat itu, Kerajaan telah mengenal pasti pelbagai aktiviti dan program bagi memupuk budaya kreativiti dan minat kepada inovasi di kalangan para belia.

Di Jabatan kita juga, sebahagian besar dari tuan-tuan dan puan-puan merupakan golongan belia, iaitu berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun (berdasarkan tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007). Tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan kelompok masyarakat yang disasarkan sebagai generasi kreatif

2

dan berinovasi yang akan menjadikan budaya inovasi dan kreativiti sebagai amalan seharian dan sebagai golongan yang masih aktif bekerja, diharapkan sifat-sifat positif tersebut akan mendorong tuan puan untuk menghasilkan output mahupun proses kerja yang lebih inovatif dan mampu meningkatkan produktiviti perkhidmatan. Dengan menginovasi produk dan proses merangkumi semua sektor ekonomi, Negara kita akan mampu meningkatkan kekayaan dan daya saingnya di peringkat dunia , setara dengan negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Finland. Oleh yang demikian para belia ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang akan menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang kini sangat berdaya saing.

Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam Budaya inovasi bermula dengan cara kita perlu melihat dunia di sekeliling kita secara kreatif, berfikir secara kreatif, memahami bagaimana sesuatu perkara itu berlaku atau boleh dilakukan dan seterusnya berusaha untuk mengenalpasti jalan penyelesaian atau suatu penambahbaikan yang lebih baik. Inovasi bukan hanya untuk menyelesaikan masalah dengan penghasilan produk yang baru tetapi ianya merupakan satu pendekatan untuk kita sentiasa mempertingkatkan dan

menambahbaik proses dan prosedur kerja serta perkhidmatan yang diberikan. Kejayaan Jabatan Imigresen mengeluarkan passport dalam tempoh 1-2 jam berbanding dahulunya 3 hari merupakan salah satu contoh inovasi yang bukan berasaskan penghasilan produk baru. Begitu juga dengan konsep preskripsi ubat secara SMS Take N Go yang diamalkan di hospital Putrajaya. Inovasi menggalakan penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement). Langkah-langkah seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah ditetapkan baru-baru ini merupakan salah satu usaha untuk memupuk budaya inovasi di dalam sektor awam. Pendekatan seperti perbincangan secara lab dan program-program yang telah digariskan memerlukan setiap pihak yang terlibat untuk berfikir secara out of the box, di luar norma dan kebiasaan bagi mendapatkan langkah-langkah pelaksanaan yang akan memberikan hasil dalam tempoh yang singkat.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

3

Budaya Inovasi Di JPBD Sudah tiba masanya, kita semua berhijrah dari old school of thought (resistance to change) kepada satu pemikiran yang baru dan bersedia untuk menerima perubahan. Saranan Kerajaan supaya setiap penjawat awam membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan tugas harus diterima secara positif. Ianya tidak seharusnya dianggap satu perkara yang baru atau berasingan dari tugas seharian. Inovasi harus disekalikan dengan pelaksanaan core business masing-masing.

Dalam konteks Jabatan, kita juga perlu lebih kreatif dalam melaksanakan tugas seharian. Kita juga perlu berani dan yakin dalam melaksanakan pendekatan yang baru dalam memastikan produk yang dikeluarkan adalah lebih kualiti, tepat dan memenuhi kehendak pelanggan. Sepertimana yang semua maklum, Jabatan kini telah melaksanakan pendekatan baru dalam penyediaan Rancangan Tempatan di mana penglibatan Jabatan bukan hanya sekadar menjadi penyelaras kajian. Pendekatan smart partnership di antara Jabatan dan perunding swasta akan memberi peluang kepada warga Jabatan untuk terlibat secara langsung dalam kerjakerja lapangan dan penggubalan strategi dan cadangan khusunya bagi sektor guna tanah, rekreasi dan kemudahan masyarakat. Pendekatan sebegini bukan hanya akan memastikan kualiti produk terpelihara, malah ianya akan dapat meningkatkan kemahiran dan professionalism warga jabatan di samping menjimatkan kos kajian.

Sidang hadirin sekalian,

Sepertimana yang saya nyatakan tadi, sudah tiba masanya kita berganjak dari norma-norma yang bukan hanya akan melewat dan menjejaskan kualiti kerja malah mampu menjejaskan kredabiliti Jabatan sebagai peneraju dan custodian bagi

perkhidmatan perancangan bandar dan desa. Sebagai contoh, Jabatan bertanggung jawab untuk memastikan supaya Rancangan Tempatan (RT) yang siap disediakan, akan diwartakan bagi membolehkan kawalan perancangan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kelewatan pengwartaan RT menyebabkan data menjadi out dated dan kurang bersesuaian untuk dijadikan rujukan dalam merancang pembangunan.

4

Sebagai langkah penambahbaikan, Jabatan telah menjadikan pelaporan status pengwartaan RT sebagai agenda tetap yang akan dilaporkan secara berkala dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara dan juga menjadikan pengwartaan RT sebagai salah satu KPI Jabatan.

Bagi mengatasi isu kelewatan pelantikan perunding, Jabatan juga telah mengambil langkah menambah baik proses dan mengurangkan tempoh masa pelantikan perunding dengan mengemukakan Kertas Cadangan langkah-langkah

Memantapkan Proses Pelantikan Perunding Bagi Kajian-Kajian JPBD kepada Kementerian Kewangan. Salah satu cadangan yang telah disyorkan adalah

kelulusan kos siling kajian perlu diberikan bersama kelulusan pelantikan firma perunding supaya proses dapat dipendekkan tanpa perlu melalui peringkat kelulusan kos.

Tuan-tuan dan Puan-puan ,

Pelaksanaan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Jabatan komited dalam mempertingkatkan produktiviti dengan membudayakan inovasi dan kreativiti. Sehubungan itu, Jabatan telah mengenal pasti unit di Bahagian Korporat sabagai Unit Inovasi yang akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan aktiviti dan program-program inovasi Jabatan. Penubuhan unit ini juga selaras dengan Garis Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU pada 29 Januari 2010. Pada masa kini Jabatan telah mengenal pasti 9 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang akan melaksanakan projek-projek inovasi yang mampu untuk menambahbaik

perkhidmatan, khususnya dalam bidang perancangan bandar. Kumpulan-kumpulan ini adalah dari Bahagian Perundangan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Wilayah, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara/Seksyen Teknologi Maklumat, Pejabat Projek Zon Utara, Pejabat Projek Zon Tengah dan Pejabat Projek Zon Utara.

Bercakap tentang KIK, ianya tidak dapat dipisahkan dengan pertandingan dan pada tahun ini kumpulan-kumpulan KIK Jabatan akan bertanding bagi Anugerah KIK

5

Terbaik di peringkat KPKT dan sekiranya terpilih,

akan menyertai Konvensyen

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam dijadualkan pada 25-27 Oktober 2010 di Wilayah Persekutuan. Bagi memilih kumpulan yang akan mewakili Jabatan ke peringkat saringan di Kementerian pada bulan Ogos 2010, Jabatan akan mengadakan saringan pada 8 Julai 2010.

Walau bagaimanapun, sepertimana yang saya nyatakan tadi, inovasi tidak seharusnya dipisahkan dari tugas-tugas seharian dan ianya bukanlah bagi tujuan pertandingan sahaja. Kumpulan-kumpulan ini perlu mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan inovasi dan mengkaji proses sedia ada untuk mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan tindakan penambahbaikan sama ada dari aspek proses dan prosedur, perundangan, tenaga kerja dan sebagainya. Inovasi yang baik dan dikategorikan sebagai berjaya adalah inovasi yang boleh diaplikasikan dalam tugas seharian. Inovasi juga seharusnya menambah nilai (add value) atau memberikan nilai (create value) kepada sesuatu perkhidmatan.

Sidang hadirin sekalian,

Pengantarabangsaan Jabatan Dalam era globalisasi, Jabatan perlu memainkan peranan bukan hanya di dalam Negara malah kita seharusnya bersedia untuk melangkaui sempadan Negara dan memperkenalkan Jabatan kepada dunia. Menerusi Program Pengantarabangsaan pada tahun 2006, Jabatan telah berjaya mempengerusikan satu mesyuarat yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara perancang-perancang bandar awam ASEAN menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Protem Bagi penubuhan Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Perancang Bandar ASEAN Kali 1. Pada tahun ini, Jabatan sekali lagi akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengerusi dan urusetia mesyuarat dengan menganjurkan mesyuarat yang sama untuk kali kedua pada bulan November 2010.

Sebagai sesi perkongsian ilmu dan untuk mempromosikan produk jabatan, ahli-ahli mesyuarat akan turut diberikan taklimat berkenaan MURNinet dan diikuti dengan sesi perbincangan Meja Bulat berkenaan sistem maklumat guna tanah di Negara6

negara ASEAN. Melalui forum sebegini, Jabatan perlu mengambil peluang untuk mempromosikan keupayaan dan kepakaran jabatan dalam bidang-bidang

perancangan bandar yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh Negara-negara lain. Secara tidak langsung ini akan dapat meningkatkan lagi martabat jabatan dan perkhidmatan perancangan bandar tempatan di kalangan masyarakat luar Negara. Mesyuarat ini dicadang diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia 2010 pada bulan November 2010.

Jabatan juga bertanggung jawab untuk memastikan kepentingan perancang bandar tempatan terbela dalam setiap rundingan berkaitan liberalisasi sektor perkhidmatan perancangan bandar sama ada di peringkat WTO, ASEAN mahupun rundingan dua hala dengan beberapa Negara seperti Australia, New Zealand dan India. Bagi memastikan peranan serta tanggung jawab yang besar ini dapat dilaksanakan oleh Jabatan dengan sebaik mungkin, pendekatan yang bijak dan kreatif perlu diambil. Perundingan dengan pihak yang berkenaan seperti Lembaga Perancang Bandar Malaysia, Pertubuhan Perancang Malaysia, wakil Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa Malaysia (MITI) dan perunding serta pemantapan perundangan dan mekanisma bagi mengawal selia kemasukan perancang bandar asing perlu dipercepatkan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Pengurusan Kewangan Kita perlu memastikan perbelanjaan Jabatan dilakukan secara teliti, cekap, berkesan, mempunyai `value for money', berjimat dan berpegang kepada amalanamalan yang terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap yang terkawal dan telus. Sehingga 11 Mei 2010, prestasi perbelanjaan P43 berdasarkan e-SPKB adalah lebih kurang 15.74% dan dijangkakan adakan dapat menepati unjuran sebanyak 17.7% menjelang 30 Mei 2010.

Bagi peruntukan B43 pula, sehingga 11 Mei 2010 , Jabatan telah membelanjakan sebanyak 27.75% dan sebahagian besar perbelanjaan adalah bagi perbelanjaan tuntutan pejalanan dan perbelanjaan pakej mesyuarat dan kursus. Berdasarkan

7

maklumat yang diterima, masih banyak pakej mesyuarat dan kursus yang belum dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan. Walabagaimanapun, semua pelaksanaan pakej mesyuarat dan kursus perlu mengambil kira peruntukan perjalanan untuk keseluruhan tahun 2010

Oleh yang demikian, ingin saya bangkitkan di sini, setiap tahun Jabatan akan menghadapi isu yang sama iaitu perbelanjaan bagi tuntutan perjalanan sering melebihi jumlah yang telah diperuntukkan. Oleh itu, Jabatan perlu mencari pendekatan yang kreatif bagaimana untuk menyelesaikan isu yang berbangkit ini. Penganjuran majlis dan mesyuarat di luar Jabatan mungkin boleh dikurangkan. Di samping itu, penganjuran latihan di dalam Jabatan boleh memberikan faedah yang lebih besar kepada lebih ramai pegawai berbanding dengan hanya menghantar seorang dua pegawai bagi menghadiri kursus yang sama yang dianjurkan oleh pihak swasta.

Sidang hadirin sekalian,

Penutup Inovasi bukanlah satu perkara yang baru. Total Quality Management (TQM), Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), kesemuanya merupakan usaha untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Hari ini sekali lagi

penekanan adalah kepada aspek inovasi dan kreativiti sebagai faktor penting yang diperlukan dalam menambahbaik penyampaian perkhidmatan serta pemangkin kepada pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi ke arah transformasi ekonomi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Seiring dengan saranan dan hasrat YAB Perdana Menteri, di sini saya menyeru kepada semua warga Jabatan untuk berfikiran terbuka dalam menerima perubahanperubahan yang berlaku dalam meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Setiap dari kita haruslah membiasakan diri untuk berfikir dan menjalankan tugas secara lebih kreatif dan inovatif. Jangganlah menganggap sesuatu perubahan itu sebagai membebankan. Sepertimana saya nyatakan pada

8

awal ucapan tadi, inovasi dan core business kita, tidak seharusnya dipisahkan. Apabila dipisahkan keduanya maka kebanyakan dari kita akan merasakan ianya sebagai beban kerja tambahan dan berat untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati.

Kepada semua warga Jabatan, sentiasalah

berusaha ke arah merealisasikan

matlamat negara sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri. Janganlah kita berasa selesa dengan pencapaian pada hari ini. Masih terdapat banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi dalam merealisasikan visi dan misi Jabatan dan seterusnya menjayakan visi dan misi nasional. Namun begitu, dengan integriti dan komitmen yang padu pada daripada semua warga Jabatan halangan-halangan ini diharapkan dapat diatasi dan mampu menjadikan JPBD

antara organisasi yang banyak yang menuju ke arah transformasi yang diharapkan oleh pihak kerajaan.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ral/amn D:\amilia\admin\TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULAN MEI 2010

9

Information

Microsoft Word - 17. Teks Ucapan_KP_Perhimpunan Bulan Mei 2010

9 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

599863


Notice: fwrite(): send of 195 bytes failed with errno=104 Connection reset by peer in /home/readbag.com/web/sphinxapi.php on line 531