Read microsoft-word-kertaskerja-tk-3-dg-44-_s2_-zul.pdf text version

630223-04-5449 ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 2.0 Definisi Perpaduan (Integrasi) Definisi Etnik (Kaum) Definisi Masyarakat Majmuk

3 4 6 7 8

PUNCA MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA 2.1 2.2 Sistem Pendidikan Yang Berbeza Isu-Isu Selain Pendidikan 9 10

3.0

CARA-CARA MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH 3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan Pendemokrasian Pendidikan Pelaksananaan Sekolah Wawasan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran Sukan Untuk Perpaduan Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Kurikulum Yang Sama Sukatan Pelajaran Yang Seragam

11 13 14 15 17 18 19

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8

19 20 20

3.9 3.10

1

630223-04-5449

3.11 3.12

Peperiksaan Yang Seragam Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum Di Sekolah

21

21

4.0

PERPADUAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENUTUP BIBLIOGRAFI BAHAN TAMBAHAN DARI INTERNET

22 22 24 26

5.0

2

630223-04-5449 RINGKASAN EKSEKUTIF Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur.

Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Namun begitu, kesan gelombang

globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistik dan pelbagai nilai dalam kalangan masyarakat sedikit sebanyak mulai terhakis sehingga merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan strategi yang mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah Wawasan 2020. Salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan terhadap diri, maka dasar-dasar kerajaan berfokaskan kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelbagai dasar seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan,

menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian Pendidikan, Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan

Sekolah satu aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama bagi semua , Bahasa Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan peperiksaan seragam telah dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini dapat membantu dalam memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme, integrasi nasional demi kestabilan, kesejahteraan rakyat yang berterusan dan sekali gus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

3

630223-04-5449 1.0 Pengenalan Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. perkongsian nilai Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,

kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara "glokal" yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 yang mengemukakakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan dan dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Cabaran paling utama dalam usaha negara

mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah seperti berikut: `Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sisitem pemerintahan, mutu

4

630223-04-5449 kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemas kini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah.

Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walau bagaimana pun, masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah.

5

630223-04-5449 Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi

menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.

1.1

Definisi Perpaduan (Integrasi) Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat

merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989). Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam

6

630223-04-5449 sesebuah unit politik. Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulankumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden (1975), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan Politik Integrasi politik Sosial Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Sumber : Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC), 2003. Ekonomi Integrasi wilayah Integrasi ekonomi

1.2

Definisi Etnik (Kaum)

Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

7

630223-04-5449 1.3 Definisi Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Walaupun hidup bersama, mereka adalah berasingan (live side by side but separately), setiap kumpulan mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai, pemikiran dan cara hidup masing-masing (Sufean Hussin, 1996). Mengikut

tokoh antrolopologi terkenal (J. S. Furnival, 1944) mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah negara) tetapi tidak bersatu padu. Perhubungan masyarakat majmuk hanyalah didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam sosial bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif. Malahan wujudnya perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival: "Perdagangan dan perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam pertanian, pemodal-pemodal asing mengupah buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar" .

8

630223-04-5449 2.0 Punca Masalah Perpaduan Di Malaysia

Antara isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di negara ini ialah: 2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza Mengikut Ramlah Adam (2003) Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Sekolah Cina dan Tamil bukan hanya menggunakah bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China dan India, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.

Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik ­ berpelajaran Inggeris dan

9

630223-04-5449 berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world ­ view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi

keperluan tenaga dan ekonomi.

2.2

Isu-Isu Selain Pendidikan

2.2.1

Tindakan Kerajaan membantu kaum Bumiputera didalam bidang

sosio-ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain; 2.2.2 Terdapat sebahagian dari kalangan penganut pelbagai agama di

negara ini yang kurang sensitif (peka) dan bertoleransi telah menjejaskan keharmonian kaum di negara ini. 2.2.3 Kurangnya semangat partriotisme dan kesukarelaan di kalangan

masyarakat boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. 2.2.4 Peningkatan kes-kes gejala sosial di kalangan remaja dan

peningkatan kes-kes jenayah boleh mengugat keharmonian serta kesejahteraan masyarakat. 2.2.5 Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah

khususnya Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia turut membantutkan kelancaran proses integrasi nasional.

10

630223-04-5449 2.2.6 Fahaman politik yang melampau dan taksub telah membawa

kepada perpecahan di kalangan masyarakat sesama atau antara kaum. 2.2.7 Terdapatnya sekatan tertentu terhadap pergerakan yang bebas

bagi rakyat Malaysia untuk memasukki Sabah dan Sarawak telah menjejaskan proses integrasi nasional. 2.2.8 Media massa lebih gemar memberi liputan luas dan sensasi

terhadap isu-isu perpaduan yang berbentuk negatif daripada mempromosi aspek-aspek positif di dalam perpaduan antara kaum.

3.0

Cara-cara Mewujudkan Perpaduan Antara Kaum Dan Memperkasakan Sekolah

Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dan

memperkasakan sekolah. Antaranya ialah:

3.1 Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik

digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-

11

630223-04-5449 pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun, hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga hingga Kesembilan, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan

keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..

12

630223-04-5449 Oleh itu, pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Hal demikian kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai dengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan baik.

3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.

Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.

13

630223-04-5449 Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar daripada semua kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.

3.3 Pendemokrasian Pendidikan Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Baik di bandar mahupun di luar bandar reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sam ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan

14

630223-04-5449 masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat

kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini, Pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

3.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk

mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

15

630223-04-5449 Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan. Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini

dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai

pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolahsekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.

16

630223-04-5449 3.5 Pelaksanan Sekolah Satu Aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi antara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat. Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh kawankawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Di samping mereka boleh bergaul secara meluas , mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling memahami antara satu sama lain. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa dengan terasingannya sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman

17

630223-04-5449 atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan dari peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberikan perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

3.6 Sukan Untuk Perpaduan Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat atau pelajar. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malahan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan dua tahun sekali jelas memainkan peranannya untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.

18

630223-04-5449 3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan SekolahSekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantarnya dan Sekolah-Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

3.8

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan iaitu Bahasa Malaysia dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

19

630223-04-5449 3.9 Kurikulum Yang Sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

3.10

Sukatan Pelajaran Yang Seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Sivik, Pendidikan Moral memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

20

630223-04-5449 3.11 Peperiksaan Yang Seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

3.12

Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum Di Sekolah

3.12.1 Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina Bangsa/budaya, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik, Kem Padu Anak Malaysia, Mantor-mentee, Kawat kaki (Kelab dan Persatuan), Homestay, Perhimpuan/nyanyian dan Lawatan Integrasi/anak Angkat/Pesta. 3.12.2 Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan kepada masyarakat/pelajar agar kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini adalah seperti Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, Majalah/Buletin

Perpaduan, Bulan Perpaduan (bulan Mei), Brosur dan Segmen di Media.

21

630223-04-5449 4.0 Perpaduan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tumpuan

memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK

perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti, Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M, Beraspirasi nasional, Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, Pencapaian akademik cemerlang, Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi, Iklim dan budaya sekolah yang sihat, Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan,

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan, Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

5.0

Penutup Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam

proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang

22

630223-04-5449 dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia. Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatu padu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

23

630223-04-5449 BIBLIOGRAFI

Abd Rahim Abd Rashid, (1993), Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur. Akta Pendidikan 1961, (1984), International Law Book Service, Kuala Lumpur. Akta Pendidikan 1996, (1998), International Law Book Service, Kuala Lumpur. Amir Hasan Dawi, (1999), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, anjung Malim. Hamedi Mohd Adnab, (1994), Bahasa Melayu STPM, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Hoy, Wayne K. & Miskel, Cecil G. (1987), Educational Administration, Theory Research and Practice (3rd Edition), Random House, New York. Hoy, W.K (1969), Pupil Control Ideology And Organizational Socialization School Review, Vol. 77, 257 ­ 256. Hussein Hj. Ahmad, (1993), Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (1988), Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Thinker's Library Sdn. Bhd, Selangor.

24

630223-04-5449 Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain, Idris Omar, (2007), Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996, Universiti Utara Malaysia, Kedah. Sanusi Osman, (1989), Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing, Dr. Saedah Hj. Siraj, (1993), Pendidikan di Malaysia, Utasan Publication, Kuala Lumpur. Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia ­ Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996 Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25 Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51 Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63. Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45. Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

25

630223-04-5449 Bahan Tambahan dari Internet BookFinder.com: Book directory [e3ef08de] ,P. Ramlee, Seniman Agung Dunia Melayu: Kumpulan Kertas Kerja (9679120678) Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan: Tun Hussein Onn, Father of Unity ...www.bookfinder.com /dir/e3ef08de Education And Modernization In The Third World: , Kertas ini dimaksudkan untuk menyelidik peranan pendidikan dalam membuka jalan ... pendidikan moden membuktikan tidak membawa perpaduan menuju pemodenan politik. ...www.penerbit.ukm.my/jdem17-4.html. Islam Hadhari, Seminar & Kertas Kerja. Informasi Terkini / Aktiviti. Undian Islam Hadhari. F.A.Q ... mahukan sekolah kebangsaan berupaya memperagakan kurikulum baru di bawah .www.islamhadhari.net/v4/ ucapanpm / detail.php? nkid=20. JasinDaily ,... melemahkan serta menghapuskan sekolah agama rakyat di seluruh dunia, menunjukkan ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...www.jasindaily.blogspot.com /om/sejarah3.html KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ... aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan.. members.tripod.com/~sarjana/pra1.html KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012) KONFLIK ... quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional. ..,members.tripod.com/~sarjana/konflik1.html KERTAS KERJA SOSIOLOGI PENDIDIKAN (MTT 3303) SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana ...sarjana.tripod.com.

MASALAH13MEI ,... merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan ... Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ...www.angelfire.com/on2/ Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html.

26

630223-04-5449 Patriot Malaysia - Memacu Misi Nasional- YAB Dato' Seri Abdullah Haji ... Polarisasi kaum masih boleh dilihat di sekolah, di tempat kerja dan dalam ... punca yang boleh menggugat perpaduan kaum dan kestabilan negara, seterusnya.www.patriotisme.net.my/modules.php?name=News&file =article&sid=28. POLITICAL/ARCHIVES/C0A-303.HTML ,.. diraja untuk menyiasat keadaan perpaduan nasional di Malaysia, agar penyelesaian .. tersebut dan membentangkan satu kertas putih di Dewan ini dengan ..www.angelfire.com/journal2/tsgtan/POLITICAL/ARCHIVES/C0A-03.HTML. ::Roslan SMS Corner:: ,... ulangtahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia semalam. ... penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan. n32.blogspot.com/2007_04_01_archive.html Search Results ,... sejumlah besar sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar. ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...mesra.net/forum/index.php? ...&act=Search&CODE=getalluser&mid=16240. UCAPAN YB DATUK DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI DI JABATAN PERDANA ... (PDF) , DAN INTEGRASI NASIONAL DI DALAM MEWUJUDKAN SUASANA EKONOMI, ... PENGAJARAN AGAMA-AGAMA LAIN DI SEKOLAH BANTUAN. KERAJAAN, PIHAK JAWATANKUASA BERPENDAPAT. www.pbssabah.org/bandau/speech/bentang.pdf zukri @ keADILan ,.. istilah, interaksi antara kaum, integrasi nasional dan sebagainya, tetapi amat ... kediaman di UKM yang memperkenalkan penggunaan nombor siri pada kertas undi dan ...zukri-keadilan.blogdrive.com

27

Information

27 pages

Report File (DMCA)

Our content is added by our users. We aim to remove reported files within 1 working day. Please use this link to notify us:

Report this file as copyright or inappropriate

38509


You might also be interested in

BETA
fa_JURNAL COVER_in front
Bab 15
untitled